an senibina islam dan kesannya di malaysia

42
PERKEMBANGAN SENIBINA ISLAM DAN KESANNYA DI MALAYSIA Fri, Feb 12 2010 08:19am MYT 1 nur haziqah 7 Posts Sign up Now! Disediakan oleh: Nur Haziqah Binti Muhamad Hanafiah ( A119369 ) Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM 1.0 Pengenalan Senibina merupakan seni par excellence yang berkaitan dengan pengaturan ruang, manakala senibina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia dihadapan Tuhan dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan pelbagai teknik senibina (Nasr 1987 : 58). Menurut M. A. J. Beg, senibina bukan sahaja dilihat pada bentuk- bentuk bangunan dan tugu- tugu peringatan, malahan ia turut membayangkan tamadun yang dilahirkan (Romzah 1994 : 4). Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa, keutuhan senibina Islam bukan sahaja berhubungkait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di sebalik alam dengan Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga berhubungkait dengan kesatuan hidup individu dengan masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi ataupun al-Syari’ah (Nasr 1987 : 73). Menurut beliau lagi, prinsip- prinsip senibina Islam tidak

Upload: jeeva-ellapillai

Post on 03-Jul-2015

484 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

PERKEMBANGAN SENIBINA ISLAM DAN KESANNYA DI MALAYSIA

Fri, Feb 12 2010 08:19am MYT 1

nur haziqah7 Posts

Sign up Now!

Disediakan oleh:

Nur Haziqah Binti Muhamad Hanafiah ( A119369 )

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Fakulti Pengajian Islam, UKM

1.0 Pengenalan

Senibina merupakan seni par excellence yang berkaitan dengan pengaturan

ruang, manakala senibina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia

dihadapan Tuhan dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan

disesuaikan dengan pelbagai teknik senibina (Nasr 1987 : 58). Menurut M. A. J.

Beg, senibina bukan sahaja dilihat pada bentuk- bentuk bangunan dan tugu- tugu

peringatan, malahan ia turut membayangkan tamadun yang dilahirkan (Romzah

1994 : 4).

Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa, keutuhan senibina Islam bukan

sahaja berhubungkait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di

sebalik alam dengan Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga

berhubungkait dengan kesatuan hidup individu dengan masyarakat yang diatur

oleh hukum Ilahi ataupun al-Syari’ah (Nasr 1987 : 73). Menurut beliau lagi,

prinsip- prinsip senibina Islam tidak ditemui dalam sumber- sumber penulisan

pada zaman awal Islam bukan bermaksud ia tidak wujud, tetapi ia tidak perlu

dijelaskan secara terperinci seperti hari ini.

Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak

dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam. Suatu karya seni dapat

dikategorikan sebagai seni Islam bukan hanya kerana diciptakan oleh seorang

Muslim, tetapi juga dilandasi oleh wahyu Ilahi (Nasr 1987 : 17 ). Sejarah

perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu bermula setelah kedatangan para

pendakwah Islam seawal abad ke 12M. Hasil peninggalan mereka bukan sahaja

Page 2: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

menjadi bukti sejarah, malahan telah mempengaruhi kesenian dan kebudayaan

masyarakat tempatan termasuklah dalam aspek senibina dan kesannya boleh

dilihat di seluruh negara sehingga ke hari ini.

2.0 Senibina dalam al- Qur’an dan al- Hadith

Seni atau ‘art’ pada asalnya didapati daripada perkataan Latin, yang difokuskan

kepada kerja- kerja tangan atau ukiran. Dalam konteks senibina, ianya adalah seni

membuat bangunan. ‘Seni’ mempunyai erti yang merangkumi konsep, rupa,

bentuk, gerak, dan masa. Manakala perkataan ‘bina’ tidak khusus kepada rangka

bangunan ataupun sesuatu bentuk fizikal tetapi meliputi tindakan dan juga konsep

(Romzah 1994 : 2).

Senibina Islam menurut Yaa’cob Yusuf, merupakan gabungan konsep- konsep

Tauhid, Perundangan, dan Kemasyarakatan yang terdapat dalam kepercayaan dan

ajaran Islam merupakan faktor penyatu yang mencantumkan berbagai bentuk

bangunan dalam menghasilkan satu corak yang menggambarkan semangat

kesatuan dalam kepelbagaian, keharmonian dan keseimbangan (Yaa’cob 1983 :

40).

Al- Qur’an banyak menjelaskan kepada kita tentang senibina. Penerangan

dari wahyu Allah S.W.T telah dijadikan sumber rujukan bagi para sarjana.

Antaranya ialah al- Qur’an telah memberitahu bahawa Allah S.W.T adalah Maha

Mencipta, dan segala ciptaanNya adalah sempurna. Hal ini dijelaskan oleh Allah

S.W.T dalam banyak surah, antaranya pada surah an- Naba’, ayat 12 dan 13 yang

memberitahu kepada manusia bahawa Allah S.W.T telah membinakan tujuh

langit yang kukuh di atas manusia:

ع�ل�ن�ا (13) و�ج� اجا ر� س� ب�ن�ي�ن�ا) 12( و�ه�اجا ك�م� و� و�ق� ف� ب�عا س� د�ادا ش�

Antara ayat lain yang membicarakan tentang senibina adalah seperti dalam surah

Qaf, ayat 6 tentang pembinaan (penciptaan) langit yang tidak retak walau

sedikitpun:

Page 3: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

ل�م� �ف� � أ وا آء� إ�ل�ى ي�نظ�ر� م� م� الس� ه� و�ق� ا ك�ي�ف� ف� ه� ا ب�ن�ي�نـ� ه� ي�نـ� ز� ا و� ا و�م� وج- م�ن ل�ه� ر� ف�

Allah S.W.T juga telah menjelaskan bahawa rumah ibadat yang pertama

didirikan ialah Ka’bah, penerangan ini terdapat dalam beberapa surah seperti

pada ayat 96, surah Ali- Imran:

و�ل� إ�ن�ع� ب�ي�ت- أ� ب�ب�ك�ة� ل�ل�ذ�ى ل�لن�اس� و�ض� كا ب�ار� ل9ل�ع�ـل�م�ين� و�ه�دى م�

Firman Allah S.W.T dalam surah al- Isra’ ayat 1 turut memberitahu kepada

manusia tentang binaan (rumah ibadat) yang diberkati Allah S.W.T adalah

Masjid al- Haram dan Masjid al- Aqsa’:

ان� ب�ح� ى ال�ذ�ى س� ر� س� ب�ع�ب�د�ه� أ� د� م=ن� ل�ي�ال ج� ام� ال�م�س� ر� د� إ�ل�ى ال�ح� ج� ال�ذ�ى اال�ق�ص�ى ال�م�س�

ك�ن�ا ل�ه� ب�ار� و� ي�ه� ح� ت�ن�آ م�ن� ل�ن�ر� �ن�ه� ءايـ� و� إ يع� ه� م� ير� الس� الب�ص�

Allah S.W.T turut menceritakan peristiwa sejarah tentang kebinasaan negeri-

negeri orang yang zalim dan keruntuhan bangunan- bangunan dan istana, kesan

ini dapat dilihat sehingga kini. Peristiwa ini diceritakan dalam surah al- Hajj, ayat

45:

ك�أ�ي9ن ي�ة- م9ن ف� ر� ا ق� ه� ل�ك�نـ� ةH و�ه�ى� أ�ه� ى� ظ�ال�م� ه� ي�ةH ف� او� ا ع�ل�ى خ� ه� وش� ب�ئ�ر- ع�ر� ع�ط�ل�ة- و� Nم

ر- يد- و�ق�ص� م�ش�

Allah S.W.T telah memberi ilham kepada Ashab al-Kahfi, supaya mendirikan

bangunan (tempat ibadat) di atas gua, peristiwa ini telah diceritakan oleh Allah

S.W.T dalam surah al- Kahfi, ayat 21:

ن�ا و�ك�ذل�ك� م� أ�ع�ث�ر� � ع�ل�ي�ه� وا قR الل�ه� و�ع�د� أ�ن� ل�ي�ع�ل�م� أ�ن� ح� اع�ة� و� � الس� ي�ب� ال ا ر� يه� �ذ� ف� إ

ع�ون� ز� م� ي�ت�نـ� م� ب�ي�ن�ه� ه� ر� م�� أ� ال�وا ق� � ف� م� اب�ن�وا نا ع�ل�ي�ه� م� ب�ن�يـ� بNه� م� أ�ع�ل�م� ر� ال� ب�ه� ال�ذ�ين� ق�

� م� ع�ل�ى غ�ل�ب�وا ر�ه� م�ذ�ن� أ� م� ل�ن�ت�خ� دا ع�ل�ي�ه� ج� م�س�

Tujuan penciptaan piramid oleh kerajaan Firaun pada zaman nabi Musa a.s di

Mesir turut dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al- Qasas, ayat 38:

ال� ع�و�ن� و�ق� ا ف�ر� �يNه� ا ال�مأل يأ ه- م9ن� ل�ك�م� ع�ل�م�ت� م� �لـ� د� غ�ي�ر�ى إ و�ق�أ� ـن� ل�ى ف� ـم� ع�ل�ى ي�ه�

ع�ل الط9ين� اج� ل9ى ف� حا ر� ه� إ�ل�ى أ�ط�ل�ع� ل�ع�ل9ى ص� �لـ� إ�ن9ى م�وس�ى إ ذ�ب�ين� م�ن� أل�ظ�نNه� و� ال�كـ�

Page 4: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

Aspek pertahanan dalam senibina turut diterangkan oleh Allah S.W.T secara

terperinci. Allah S.W.T telah mengajar manusia tentang bagaimana membuat

dinding pertahanan yang hebat, yang tidak mampu dimusnahkan oleh manusia,

kecuali hanya kuasa Allah S.W.T sahaja yang boleh menghancurkannya dalam

sekelip mata. Penjelasan itu terdapat pada ayat 94- 98, surah al- Kahfi:

� ال�وا ن�ي�ن� يذ�ا ق� ر� وج� إ�ن� ال�ق� وج� ي�أ�ج� أ�ج� م� د�ون� و� س� ض� ف�ى م�ف� ل� االRر� ه� ع�ل� ف� ل�ك� ن�ج� جا ر� خ�

ع�ل� أ�ن ع�ل�ى م� ب�ي�ن�ن�ا ت�ج� ب�ي�ن�ه� دbا و� ال� س� ا ق� ك�ن9ى م� يه� م� ب9ى ف� ي�رH ر� ين�ون�ى خ� أ�ع� ة- ف� و� ب�ق�

ع�ل� م� ب�ي�ن�ك�م� أ�ج� ب�ي�ن�ه� ا و� د�م ب�ر� ء�ات�ون�ى ر� د�يد� ز� ت�ى ال�ح� �ذ�ا ح� او�ى إ ي�ن� ب�ي�ن� س� د�ف� ال� الص� ق�

� وا خ� ت�ى انف� �ذ�ا ح� ع�ل�ه� إ ج� ن�ارا

ال� ر�غ� آت�ون�ى ق� ع�ل�ي�ه� أ�ف� ا ق�ط�را م� � ف� ع�وا طـ� وه� أ�ن اس� ر� ا ي�ظ�ه� � و�م� ع�وا ت�طـ� ل�ه� اس�

با ن�ق�

ال� ـذ�ا ق� ةH ه� م� ح� ب9ى م9ن ر� ر�

Terdapat banyak lagi penjelasan al- Qur’an terhadap senibina. Al- Qur’an

yang merupakan petunjuk dan wahyu dari Allah S.W.T, bukan sahaja dijadikan

sebagai sumber hukum, malahan menceritakan perkara ghaib dan peristiwa

sejarah, serta mengajar manusia cara- cara membuat pelbagai jenis senibina.

Penjelasan oleh Rasulallah s.a.w berkaitan senibina juga terdapat dalam al-

Hadith. Antaranya adalah seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:

Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada

amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang

lain dan terus disebarkannya, anak- anak yang soleh yang ditinggalkan, al-

Qur’an yang diwariskan atau masjid- masjid yang dibinanya atau rumah- rumah

musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak- anak sungai yang dialirinya

atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang

berterusan selepas kematiannya (ini merupakan waqaf yang berkekalan

untuknya). (Riwayat Ibnu Majah, bab tsawab mu’allim al-nas al-khair, no. 242)

Page 5: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:

Tempat yang paling dicintai Allah S.W.T di atas muka bumi ialah masjid dan

tempat yang paling dibenci ialah pasar- pasar. (Riwayat Muslim, bab fadl al-jalus

fi muslah… no.1528)

Daripada Umar ibn al-Khatab r.a, meriwayatkan katanya:

Aku mendengar bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: Barangsiapa membina

rumah- rumah Allah S.W.T, yang memasukkan di dalamnya nama Allah

(berdzikir kepada Allah), Allah S.W.T akan binakan baginya rumah di dalam

syurga. (Riwayat Ibnu Hibban, qala al-mulhaq: isnaduhu sahih)

Daripada A’isyah r.a, meriwayatkan bahawa baginda Rasulallah s.a.w bersabda:

Baginda memerintahkan orang ramai di kampung- kampung supaya membina

masjid- masjid, menjaga kebersihan masjid, dan memasang bau- bauan masjid.

(Riwayat Abu Daud, bab ittakhazu al-masjid fi al-duar, no.455)

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh al- Qur’an dan al- Hadith, jelaslah

bahawa kepentingan senibina Islam kepada manusia khususnya umat Islam tidak

dapat dinafikan lagi. Tuntutan agama ini telah dijadikan satu kewajipan oleh para

pendakwah yang datang ke Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja

menyumbangkan ilmu, malahan menjadi perintis terhadap perkembangan

senibina Islam di Malaysia pada masa kini.

3.0 Perkembangan senibina berunsur Islam di Malaysia

Senibina Islam membentuk satu kesatuan sekaligus kepelbagaian, keselarasan,

dan naungan, di seluruh kota dan desa. Antara senibina Islam yang terawal adalah

Masjid al- Haram, Masjid al- Aqsa’ dan Masjid al- Nabawi. Menurut catatan Ibnu

Hisham, 4 dinding asas Ka’bah pada zaman nabi Muhammad s.a.w, adalah hanya

beberapa sentimeter lebih tinggi dari saiz ketinggian manusia. Manakala menurut

catatan Izraqi saiz dinding itu berukuran 4.5m, bersamaan dengan 15 kaki (Allan

Page 6: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

1989 : 4). Masjid al- Aqsa’ kemudiannya telah dibina selepas 40 tahun

pembinaan Ka’bah (Omer 2005 : 235).

Berdasarkan catatan sejarah tamadun Islam terdahulu, dapatlah diketahui

bahawa senibina Islam tidak lahir serentak dengan kelahiran Islam itu sendiri. Ia

lahir kerana pengaruh dari negeri- negeri asing, hasil dari peperangan dan

pembukaan negeri. Senibina Islam berkembang dalam masyarakat Islam itu

sendiri secara beransur- ansur selari dengan perkembangan tamadun (Desai

1971 : 12).

Perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu mempunyai sejarahnya

yang tersendiri. Senibina Islam ini muncul selaras dengan perkembangan Islam di

Tanah Melayu pada kurun ke-12M. Senibina berunsur Islam ini dibangunkan

oleh kelompok pendatang yang berperanan menyebarkan dakwah di Tanah

Melayu. Binaan yang dibangunkan oleh golongan tersebut mempamerkan

kebudayaan tempat asal mereka.

Antara negeri terawal yang menerima pengaruh senibina Islam adalah

Kedah pada abad ke-10M, Terengganu abad ke-13M, Sabah abad ke-14M,

Negeri Sembilan abad ke-14M, Kelantan abad ke-17M, dan Melaka abad ke-

17M. Antara binaan yang dianggap mempunyai ciri senibina Islam adalah seperti

masjid dan ciri yang terdapat padanya, istana, batu nisan, batu bersurat, dan

bangunan atau kota pentadbiran. Fokus perbincangan kerta kerja ini adalah pada

binaan masjid dan istana bermula pada abad ke-17M sehingga awal abad ke-20M

serta senibina moden di Malaysia.

3.1 Sejarah ringkas kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah bermula dengan pelayaran

mubaligh Islam dari Semenanjung Tanah Arab, benua China dan India serta

Sumatera yang menjadikan Tanah Melayu sebagai kawasan persinggahan. Selain

dari menjalankan urusan perdagangan, para pendakwah ini menjadikan kawasan

persinggahan mereka sebagai tempat menyebarkan agama Islam. Hasil

peninggalan mereka memberi kesan kepada masyarakat Tanah Melayu serta

Page 7: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

memberikan gambaran yang sempurna tentang sejarah Islam di Malaysia.

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada kesultanan Melayu Melaka yang

didirikan menjelang tahun 1400M. Pada zaman kegemilangan, kesultanan ini

meliputi sebahagian besar Semenanjung dan pantai timur Sumatera. Walau

bagaimanapun, penemuan sejarah telah mencatatkan bahawa agama Islam

terlebih dahulu sampai ke negeri Kedah iaitu pada abad ke-10M, Kelantan pada

abad ke-12M, manakala Terengganu pada abad ke-13M.

Menurut catatan Ibnu Khordazbeh dalam bukunya Al-Masalik wa al-

Mamalik 224H/846M, agama Islam telah sampai di Kedah pada abad ke-10M

berdasarkan penemuan makam (kubur orang Islam) di Tanjung Inggeris.

Sebaliknya Salsilah Negeri Kedah mencatatkan agama Islam tiba di Kedah pada

tahun 531H manakala Islam telah menjadi agama anutan penduduk Kuala

Berang, Terengganu pada tahun 1303M berdasarkan catatan pada batu bersurat

yang ditemui di Kuala Berang. (Abdul Rahman 1981 : 21).

Kemunculan agama Islam di Kelantan dibuktikan dengan penemuan wang dinar

yang dijumpai tertanam di kawasan Kota Kubang Labu. Tercatat padanya

perkataan al-Jalus Kelantan 577 dalam bahasa Arab. Manakala di bahagian

sebelahnya lagi tertulis perkataan al-Mutawakkil. Angka 577 dalam bahasa Arab

itu dipercayai adalah bermaksud tahun 577H bersamaan 1181M (As’ad 1962 :

13).

Penduduk Negeri Sembilan pula menerima Islam pada abad ke-14M. Hal

ini terbukti dengan penemuan kubur seorang Islam bertarikh 850H/1467M

(Abdul Rahman 1981 : 21). Kerajaan Johor dan Perak pula diasaskan setelah

penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511M. Dalam abad ke-17M,

Pahang telah menjadi sebahagian daripada Johor dan hanya muncul kembali

sebagai kesultanan yang merdeka pada tahun 1881M (Zalinatun 1997 : xviii).

Negeri Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan

Brunei yang mencapai kejayaan pada abad ke-16M setelah kejatuhan Melaka.

Menurut dokumen Selasilah tulisan jawi dalam bahasa Idaan, Lahad Datu telah

Page 8: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

menerima kedatangan Islam dari pedagang Arab, Parsi, dan India pada

tahun1408M. Manakala sebuah surau tertua ditemui Midai, Sabah pada tahun

yang sama (Abdul Rahman 1981 : 44).

4.0 Kesan peninggalan sejarah dalam aspek senibina Islam

4.1 Masjid

Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa

aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad- Din sebagai cara

hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din

ialah masjid (Abdul Rahman 1981 : 67). Senibina masjid termasuk di dalam

senibina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan

syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan

‘Masjid’ berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti tempat sujud, iaitu

posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah

dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T (Nasr

1987 : 51).

Antara fungsi-fungsi masjid ialah sebagai tempat menunaikan solat Jumaat di

samping solat-solat biasa, tempat ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan

sesuatu kegiatan kebajikan, tempat mengajar pelbagai ilmu keagamaan.

Antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan keesaan Allah), fekah

(pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir (keterangan

dan penjelasan berkenaan ayat-ayat Al-Quran), kursus menguruskan mayat,

kursus haji, dan sebagainya. Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan

agama dan lain-lain majlis sosial seperti maulidur rasul, bacaan tahlil, dan

sebagainya.

Terdapat seni tertentu didakwa berasal dari Masjid, contohnya seni

kaligrafi khat Kufi, dan tilawah al- Qur’an (seni suara), Secara jelasnya, masjid

memainkan peranan penting dalam pengciptaan atau penghasilan seni Islam yang

baru ( Nasr 1987 : 23). Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah,

menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan

Page 9: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat.

Senibina masjid yang terawal adalah mempunyai ciri senibina rumah

Melayu tradisional. Dari semasa ke semasa, binaan yang didirikan diperbaharui,

diubah suai, dan disisipkan dengan unsur-unsur kesenian daripada pelbagai

bangsa di dunia, terutamanya dari negara Islam yang lain. Gabungan dan

percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki, Arab, Maghribi,

Parsi, India, dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian

daripada masjid di Malaysia.

Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai

masjid biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada

memasuki masjid ketika banjir contohnya Masjid Kampung Laut, Kelantan.

Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk memudahkan

penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu

tidak cepat reput, contohnya Masjid Kampung Keling, Melaka.

Masjid Melayu lama biasanya diperbuat daripada kayu dan bumbungnya

berbentuk atap tumpang atau 'meru'. Bumbung tumpang adalah dibina bertingkat-

tingkat, besar di bahagian bawah, dan meruncing ke bahagian atas. Bilangan

'meru' biasanya ganjil (3 atau 5) kerana mengikut kepercayaan orang-orang

Melayu, angka ganjil (ghasal) dianggap angka yang suci. Di antara tingkat-

tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan

cahaya supaya keadaan di dalam masjid nyaman dan selesa. Dinding, jendela,

dan jejala untuk menepati fungsinya mempunyai nilai-nilai estetika (Abdul

Rahman 1981 : 67).

Kini, hanya terdapat beberapa buah masjid yang berbentuk tradisional

kerana banyak masjid lama telah reput dan musnah, ataupun telah terbakar.

Beberapa bangunan masjid yang masih ada pada hari ini telah diperbaharui

beberapa kali dengan menggantikan bangunan batu serta menggunakan bumbung

zink atau genting menggantikan bumbung nipah.

Reka bentuk senibina masjid berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain

disebabkan oleh faktor iklim ,topografi, persekitaran dan cara hidup masyarakat

Page 10: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

tempatan. Pada masa dahulu, masjid dibina berhampiran dengan istana-istana raja

ataupun kawasan kegiatan ekonomi, seperti berdekatan sawah padi atau pusat

perdagangan. Masjid-masjid yang terkemudian mempunyai kubah berbentuk

bawang. Kubah jenis ini muncul selepas negara dijajah oleh Inggeris. Gaya

pembinaan ini diilhamkan daripada senibina Timur Tengah dan India.

Struktur pembinaan seperti ini hanya muncul di Tanah Melayu pada

kurun ke-20 dan masih terus diaplikasikan dalam pembinaan masjid- masjid baru

di Malaysia. Bentuk seni bina masjid di Malaysia sentiasa berubah mengikut

peredaran masa. Kini terdapat gaya pembinaan yang menakjubkan dari segi

bahan, teknik, dan proses. Antara masjid terawal di Malaysia yang bermula pada

abad ke-17M sehingga abad ke-19M adalah seperti berikut;

1) Masjid Kampung Laut, Kelantan (abad ke-17M)

Antara kesan peninggalan sejarah terawal dalam aspek senibina Islam adalah senibina

Masjid Kampung Laut yang terdapat di Kelantan. Ia merupakan masjid yang tertua di

Malaysia yang dibina oleh sekumpulan pendakwah dari Tanah Jawa. Nama masjid ini adalah

sempena nama kampung di mana terdapatnya tapak asal masjid ini. Bentuk seni binanya

hampir sama dengan Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia, Masjid Kono di Champa dan

Masjid Nat Tanjun di Thailand. Bumbung masjid ini adalah berbentuk segi tiga tangkup yang

disebut 'bumbung bertenggek' . Atap yang dibina bermotifkan ‘buah betong’ (Mohamad

Tajuddin 2000 : 59). Pada asalnya, terdapat sebuah menara di tepi masjid. Di belakang masjid

terdapat sebuah kolah yang diperbuat daripada batu pejal, yang merupakan tempat mengambil

wudhu’. Tiang asal masjid ini adalah tinggi, iaitu lebih daripada 2.4 m tinggi (dari aras tanah

ke lantai) untuk mengelakkan daripada ditenggelami air ketika banjir. Kini, tapak masjid ini

terletak di kawasan Pusat Pengajian Islam Nilam Puri Kota Bharu, Kelantan. Tiang-tiang

tampungnya telah dipotong dan dipendekkan supaya masjid kelihatan lebih teguh. Masjid ini

adalah sangat tahan lama kerana papan lantai, dinding, dan kayu tiangnya adalah daripada

kayu jenis cengal. Seni bina masjid ini menunjukkan kemahiran pertukangan yang unggul

kerana tidak terdapat sebatang paku pun yang digunakan. Selain Masjid Kampung Laut,

terdapat juga masjid bersejarah yang lain di Kelantan iaitu Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Page 11: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

Ia dibina pada tahun 1284H/1867M iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II

menggunakan duit zakat (As’ad 1962 : 74).

2) Masjid Kampung Hulu, Melaka (1728M)

Masjid Kampung Hulu adalah masjid yang tertua sekali di negeri Melaka. Masjid ini

didirikan pada tahun 1728 (bersamaan dengan 1141 Hijrah), iaitu sewaktu Melaka di bawah

pemerintahan Belanda. Masjid ini dibina oleh Datuk Shamsuddin di atas tanah yang

diwakafkan. Masjid ini telah diperbaharui pada tahun 1892. Bangunan asalnya adalah

diperbuat daripada kayu. Wazir AI-Sheikh Omar bin Husain AI-Attas telah memperbaharui

masjid ini dengan menggantikannya dengan binaan batu. Struktur bumbung dan tiang seri

yang diperbuat daripada kayu jenis belian (diimport dari Kalimantan) adalah terus

dikekalkan. Pengaruh Cina jelas kelihatan pada bahagian puncak yang berbentuk pagoda

(Mohamad Tajuddin 2000 : 61).

Walaupun begitu, catatan sejarah telah mengatakan bahawa masjid pertama di Melaka

bukanlah masjid Kampung Hulu sebaliknya adalah Masjid Peringgit yang terletak 1 km dari

bandar Melaka, ia dibina pada zaman portugis iaitu pada tahun 1720M, dan dibina

menggunakan tanah lumpur, dan kayu intan yang kukuh (Mohamed 1998 : 32).

3) Masjid Tengkere, Melaka (1728M)

Masjid ini terletak di tepi jalan yang menghubungkan bandar Melaka dengan Tanjung

Keling iaitu dalam daerah Melaka Tengah. Masjid ini merupakan masjid yang kedua

tertua di negeri Melaka selepas Masjid Peringgit dan telah disenaraikan antara masjid

bersejarah yang pertama di Melaka. Masjid ini telah dibina pada tahun 1728M, iaitu pada

zaman pemerintahan Belanda. Seni bina masjid ini menyamai seni bina Masjid Kampung

Laut, di Kelantan. Bumbungnya berbentuk piramid dan bertangkup tiga. Bumbung

masjid ini juga mempunyai kubah kecil yang menonjolkan sifat kearcaan. Bentuk

kubahnya memenuhi fungsi sebagai kemuncak dan juga sebagai sebuah ukiran pahatan

arca yang istimewa. Berdekatan dengan bumbung terdapat belalai gajah yang digayakan

sehingga menjadi beberapa lentingan. Menara yang terdapat di sisi masjid adalah

diperbuat daripada batu dan memperlihatkan kombinasi seni bina China dan India.

Mimbar masjid ini adalah berukuran 3 m tinggi, 2.1 m panjang, dan 1.5 m lebar. Mimbar

ini diperbuat daripada kayu jati. Hiasan ukiran di dalam masjid adalah menggunakan

Page 12: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

motif tumbuhan yang dicat pula dengan warna merah, emas, 'hartel', dan hitam, iaitu

warna yang sering dikaitkan dengan bangsa Cina. Di dalam kawasan masjid, terdapat

makam Sultan Hussein Shah, iaitu sultan Johor yang telah menjualkan Singapura kepada

Syarikat Hindia Timur pada tahun 1819. Baginda telah mangkat pada 5 September

1835M dan dimakamkan diperkarangan masjid ini. Pada asalnya, bangunan masjid ini

diperbuat daripada kayu manakala atapnya daripada daun nipah dan tiangnya pula

daripada kayu belian atau ulin yang diimport dari Kalimantan. Masjid ini telah

diperbaharui sebanyak beberapa kali, iaitu pada tahun 1890 dan 1910. Selain itu, terdapat

juga Masjid Tanah yang terletak di sebidang tanah sawah berdekatan dengan pasar awam

Melaka. Ia dibina oleh Tuan Sheikh Imam Maznum, pendakwah dari Gujerat, India pada

tahun 1730M secara gotong royong (Mohamed 1998 : 31).

4) Masjid Kampung Keling, Melaka (1748M)

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kampung Balik Pali atau Masjid Kampung Kapur.

Masjid ini terletak berhampiran dengan makam Hang Kasturi di bandar Melaka. Masjid ini

dibina pada tahun 1748M, iaitu pada zaman pemerintahan Belanda. Seni bina masjid ini

dipengaruhi oleh seni bina daripada Sumatera. Pada tahun 1872M, bangunan masjid ini

yang asalnya diperbuat daripada bahan kayu telah digantikan dengan batu bata. Pada tahun

1908M, masjid ini diubah suai sekali lagi, tetapi struktumya masih dikekalkan. Ukiran

yang terdapat pada bahagian tertentu masjid masih terus dipelihara sehingga ke hari ini.

Sebuah menara yang berbentuk 'pagoda' batu telah dibina di sudut sebelah barat bangunan

masjid (Mohamad Tajuddin 2000 : 71). Seni bina menara memperlihatkan pengaruh timur

dan barat. Terdapat sebuah kolah di sudut selatan masjid ini. Di sebelahnya terdapat alat

untuk melihat waktu sembahyang yang diperbuat daripada batu marmar dan simen. Alat

inilah yang digunakan untuk menentukan waktu sembahyang sebelum jam direka. Siling,

kepala pintu, dan kepala tingkap masjid adalah dihiasi dengan hiasan ukiran yang rumit

dan halus mutu pertukangannya (http://ms.wikipedia.org/). Selain daripada mempunyai

sebuah kubah yang konvensional, ia juga mempunyai 3 tingkat bumbung yang berbentuk

seperti piramid. Masjid ini mempunyai menara yang berlainan daripada yang biasa

disaksikan, di mana strukturnya yang seperti Pagoda memaparkan gabungan pengaruh

arkitek Timur dan Barat. Masjid ini terletak di antara persimpangan Jalan Lekiu dan Jalan

Page 13: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

Tukang Emas. Pembinaan mimbar masjid siap pada tahun 1748 manakala penambahan

tiang seri dilakukan pada tahun 1872 (Mohamad Tajuddin 2000 : 77).

5) Masjid Abidin, Kuala Terengganu (1808M)

Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, berhampiran dengan

Istana Maziah. Masjid ini dikenal juga sebagai Masjid Besar atau Masjid Putih.

Merupakan masjid negeri Terengganu serta masjid yang terbesar di Terengganu. Masjid

Abidin didirikan pada tahun 1808 pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal

Abidin yang kedua. Masjid yang asal diperbuat daripada kayu dan bumbungnya

mengambil unsur bumbung Limas Bungkus. Masjid ini telah dibina semula ketika

pemerintahan Sultan Umar dengan menggunakan bahan konkrit

(http://ms.wikipedia.org/). Beberapa menara dan kubah yang berbentuk bawang dibina di

sisi bumbung induknya. Bumbung ini merupakan sebahagian daripada bumbung asal.

Binaan masjid ini merupakan yang tertua sekali di Terengganu. Pada tahun 1972, iaitu

sewaktu Terengganu di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Ismail, masjid ini sekali

lagi diperbaharui. Sebuah menara induk yang menyerupai menara Masjid Negara telah

dibina. Masjid ini mempunyai sebuah mimbar yang diukir dengan ukiran tradisional

yang cantik. Dinding dan tiang-tiangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan ragam

hias bercorak Islam yang unik dan halus.

6) Masjid Abu Bakar, Johor Bahru (1892M)

Merupakan masjid bentuk moden yang terawal dibina di Malaysia. Masjid ini menjadi

lambang kebesaran Kerajaan Johor Moden. Bangunan masjid yang terletak di atas

sebuah bukit dan menghala ke Selat Tebrau ini dibina pada tahun 1892. Masjid ini

digunakan pada tahun 1900. Lanskap di sekeliling masjid menambahkan lagi keindahan

dan keistimewaan masjid ini. Pada setiap pepenjuru masjid terdapat menara yang tidak

sama keadaannya. Di sebelah barat dan timur dua tingkat, di sebelah utara dan selatan

tiga tingkat (Mohamed 1998 : 42). Masjid Abu Bakar merupakan masjid terawal di

Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai kubah yang terletak di menara pada

setiap penjuru masjid. Di puncak setiap menara terdapat binaan berbentuk bulat yang

Page 14: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

bersegi-segi seperti bentuk sebuah mahkota kecil. Bangunan ini berbumbung perabung

lima dan tidak berkubah. Tangga untuk naik ke tingkat atas masjid terletak di bahagian

dalam menara. Unsur-unsur seni bina masjid dari Asia Barat jelas kelihatan pada

struktur binaan masjid ini. Ukiran dan hiasan serta alat-alat lain pada keseluruhannya

hamptr menyerupai bahagian dalam masjid-masjid utama Mesir dan Turki. Ukiran

masjid mempunyai ciri-ciri kebudayaan Johor. Motif bentuk daun gambir, bunga

cengkih, dan lada hitam adalah hasil tanaman utama di negeri Johor. Pintu gerbang

masjid ini menjadi as as kepada kebanyakan reka bentuk pintu gerbang bangunan-

bangunan masjid dan istana di negeri Johor.

7) Masjid Jamek, Kuala Lumpur (1909M)

Masjid yang tertua di Bandar raya Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1909, di

bawah penyeliaan A.B. Hubbock. Terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai

Gombak. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh bentuk masjid Timur Tengah dan India

Utara. Bangunan induk masjid ini mempunyai tiga buah kubah. Terdapat dua buah

menara di bahagian tep: masjid yang menghadap ke timur. Menara-menara kedl pula

dibina mengelilingi bangunan induk. Bangunan masjid ini telah diperbaharui pada tahun

1984M. Beberapa pengubahsuaian telah dibuat untuk memperbesarkan ruang bagi para

jemaah masjid. Masjid ini dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa pada awal pembinaannya

(travelmalaysiaguide.com/mosques-malaysia/).

8) Masjid Zahir, Kedah (1912M)

Pembinaan masjid ini adalah hasil ilham al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal

Abidin II manakala pembinaannya bermula pada Mac 1912. Masjid Zahir dibina pada

hari Isnin, 11 Mac 1912 bersamaan dengan 22 Rabiul Awal 130 di atas daya usaha

Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Masjid Zahir adalah masjid rasmi di Negeri Kedah. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja.

Pembinaannya mengambil masa selama 3 tahun. Upacara perasmiannya pada hari

Jumaat, 15 Oktober 1915 bersamaan 6 Zulhijjah 1333 oleh Almarhum Sultan Abdul

Hamid Halim Shah. Ianya terletak di pinggir Lebuhraya Darul Aman, Bandar Alor Star,

Page 15: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

dianggap salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia dan tertua di Negeri Kedah.

Masjid ini telah dibina di atas tapak Masjid Lama yang dibina oleh Almarhum Sultan

Muhammad Jiwa Zainal Abidin II pada tahun 1735. Ianya pula dibina di atas tapak

perkuburan orang-orang Islam yang mati syahid semasa mempertahankan Negeri Kedah

daripada serangan Siam. Masjid Zahir mempunyai senibina Moorish dan mempunyai

lima kubah yang bermaksud Rukun Islam yang ke lima. Tingkapnya yang berukiran

berfungsi sebagai hiasan dan memberi ruang angin. Masjid Zahir melambangkan

keagungan Tuhan dan menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Kedah. Ia menandakan

kemuncak lambang senibina asli rakyat Moor dan mempunyai lima kubah yang

mencerminkan keunggulan Lima Rukun Islam (Mohamed 1998 : 25).

9) Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar (1913M)

Masjid Ubudiah terletak di Bukit Chandan, berhampiran dengan istana rasmi sultan Perak

di Kuala Kangsar. Masjid ini dianggap sebagai salah sebuah masjid yang tercantik di

Malaysia. Masjid ini menjadi kebanggaan umat Islam di negeri Perak. Pembinaan masjid

ini dimulakan pada tahun 1913, iaitu pada masa pemerintahan Sultan Idris Mursyidul

Azam Shah (1877 - 1916). Masjid ini dibina bagi menunaikan nazar yang baginda lakukan

ketika gering. Baginda telah menitahkan pelukis pelan kerajaan negeri- negeri Melayu,

A.B. Hubback melukiskan bentuk masjid mengikut idea baginda ( Mohamed 1998: 29).

Masjid ini hanya dapat dibuka dengan rasminya pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul

Jalil Karamutullah Shah. Keluasan ruang bangunan induk masjid ialah 20 m x 20 m dan

dilingkungi oIeh serambi selebar 2.5 m. Masjid Ubudiah ini berbentuk bangunan yang

berpecah empat dengan empat buah anjung,' empat buah kubah, Iapan buah menara induk, dan

16 buah menara apit dengan kubah induk di tengah-tengahnya. Sebuah kolah dibina di sisi

timur masjid. Kubah berwarna emas yang bergemilauan dengan menara-menara yang tidak

sarna ketinggiannya memberikan pemandangan yang mengkagumkan. Pembinaan masjid ini

menggunakan marmar hitarn dan putih yang diimport dari Itali dan London. Seni bina masjid

ini berdasarkan seni bina Moor, Timur Tengah, dan India Muslim( Mohamed 1998: 29).

10) Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang 1916M.

Page 16: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Pitt dan JaIan Lebuh Buckingham di bandar

Pulau Pinang. Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh seorang penganut Islam yang berasal

dari India iaitu Chauder Mohuddin yang telah menjalankan perdagangan di situ sejak pulau ini

dibuka oleh penjajah Inggeris pada kurun ke-18. Beliau telah dilantik menjadi kapitan keeling

atau penghulu orang- orang India Muslim (Mohamed 1998 : 21). Masjid Kapitan Kling ini

dibina pada tahun 1916. Arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk masjid ini ialah H.A.

Neubronner. Masjid ini mempunyai bumbung berbentuk perabung lima. Tangganya yang

dibina hingga anjung pertama adalah terdedah. Anjung puncak juga terbuka merupakan ciri

istimewa bangunan masjid ini. Menara masjid terletak di sebelah timur yang kedudukannya

terpisah daripada bangunan masjid. Seni bina masjid ini adalah berdasarkan rekabentuk

masjid-masjid yang terdapat di India Utara. Selain dari Masjid Kapitan Keling, terdapat juga

masjid terawal di Pulau Pinang iaitu Masjid Lebuh Acheh yang terletak di bandar

Georgetown. Masjid yang dilihamkan oleh Tengku Syed Hussein al-Idid pada 1808M

mempunyai ciri senibina dari Acheh, Belanda dan India (travelmalaysiaguide.com/mosques-

malaysia/). Orang Melayu telah membina masjid dengan coraknya yang unik. Bangunan ini

menggambarkan konsep falsafah ketuhanan dan amalan untuk disesuaikan dengan iklim

tropika Alam Melayu yang mempunyai musim panas dan musim hujan. Keagungan masjid di

Alam Melayu bukanlah terletak pada bangunan yang besar dengan menaranya yang

menjulang ke langit tetapi terletak pada falsafah dan seninya yang sangat dalam bagi konsep

falsafah ketuhanan dan kejadian alam (Abdullah 1987: 5).

Fri, Feb 12 2010 11:17am MYT 3

Pengaruh agama Islam bukan sahaja dapat dilihat pada

binaan masjid, malahan istana

turut mempamerkan ciri yang

berunsurkan senibina Islam

yang paling ketara iaitu kubah

dan menara. Istana bukan

sahaja dijadikan tempat

mengajar dan mempelajari

agama Islam, malahan

Page 17: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

berperanan menjadi pelindung

gerakan sufi ( Nasr 1987 : 23).

Namun begitu, senibina istana

di Tanah Melayu tidak banyak

yang mengaplikasikan unsur

senibina Islam berbanding

senibina istana dinasti Islam di

benua Asia Barat dan India.

Senibina istana di alam Melayu

khususnya yang terdapat di

semenanjung Tanah Melayu

pada zaman awal kedatangan

Islam adalah kebanyakannya

berkonsepkan tradisional

tempatan dan mirip senibina

yang terdapat di Sumatera.

Setelah kemasukan Islam ke

alam Melayu, masyarakat

tempatan mula memasukkan

unsur senibina Islam pada

bangunan istana seperti kubah,

menara, binaan menghadap

kiblat, serta hiasan pada istana.

Antara yang terawal

mengaplikasikan konsep

senibina Islam adalah Istana

Balai Besar di Kedah. Ia dibina

semasa pemerintahan Sultan

Muhamad Jiwa (1710-1778M).

Unsur senibina Islam pada

bangunan istana ini adalah

Page 18: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

dilihat pada cara binaannya

yang menghadap ke arah kiblat.

Nama sebenar bangunan ini

ialah Balai Penghadapan, yang

merupakan tempat meletakkan

astaka dan singgahsana sultan

Kedah (Mohamed 1998 : 21)

Manakala di Selangor, terdapat

Istana Alam Shah yang

merupakan istana rasmi Sultan

Selangor. Di istana inilah

tempat baginda menjalankan

tugas-tugas rasmi sebagai

Sultan dan adat istiadat. Istana

ini telah dibina pada tahun

1905, sewaktu pemerintahan

Sultan Alauddin Sulaiman

Shah, Sultan Selangor ke-5.

Baginda telah bersemayam di

istana berkenaan selama 35

tahun sehinggalah

kemangkatan baginda pada

tahun 1938. Di sini juga Sultan

Selangor ke-7, Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah

dilahirkan. Istana ini

mempunyai 15 buah bilik dan

ia direka dengan menggunakan

kayu dan batu marmar

(

travelmalaysiaguide.com/mosq

Page 19: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

ues-malaysia/). Binaan asal

istana ini mempunyai unsur

senibina Islam iaitu menara dan

3 buah kubah yang merupakan

lambang pengaruh Islam dari

India dan Parsi. Istana ini

kemudiannya diubahsuai

kepada binaan yang lebih

moden dan kesannya hanya

terdapat sebuah menara

berkubah emas yang masih

dikekalkan sehingga kini.

Binaan istana terawal yang

terdapat di negeri- negeri lain

di Malaysia lebih

mengaplikasikan konsep

Melayu tradisional

berbumbungkan bentuk

minangkabau dari Sumatera.

Hal ini berbeza dengan

bangunan moden masa kini

yang banyak menonjolkan

bangunan berkonsepkan

senibina Islam.

5.0 Pengaruh senibina Dinasti Islam pada senibina

moden di Malaysia

Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti

penduduk beragama Islam,

kebanyakan arkitek di Malaysia

cuba menerapkan ciri senibina

Page 20: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

Islam pada bangunan-

bangunan tertentu bagi

menunjukkan simbol agama

Islam dan mengingati zaman

kegemilangannya di Asia Barat

dan Eropah serta India. Antara

bangunan moden di Malaysia

yang mempunyai ciri yang

sama dengan binaan klasik di

zaman kegemilangan Islam

adalah masjid. Masjid

merupakan ruang yang

menciptakan kedamaian

dengan menghilangkan

ketegangan.

Seyyed Hossein Nasr (1987), berpendapat bahawa

hendaklah mengambil unsur

simbolik terhadap berbagai-

bagai bentuk geometri yang

sesuai dengan senibina Islam.

Contohnya kubah masjid,

bukan sahaja menjadi

pelindung dari panas dan hujan,

malahan dianggap sebagai

simbol dari kubah syurga,

manakala bentuk luar kubah

melambangkan aspek

keindahan Ilahiah atau Jamal,

manakala menara

melambangkan aspek Jalal atau

keagungan Allah S.W.T. Nama

Page 21: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

menara dalam bahasa Arab

menunjukkan identiti ‘cahaya

Tuhan’ ( Nasr 1987: 64).

Senibina Alhambra Kota Granada, istana raja, halaman

masjid Parsi serta Taj Mahal

dianggap seperti “Kristal

cahaya yang terang dan cerah,

yang menerangi dan diterangi”

( Nasr 1987: 64). Maka

tercetuslah idea untuk membina

Masjid Kristal di Terengganu.

Walaupun tidak menyerupai

senibina bersejarah tersebut,

Masjid Kristal yang

memantulkan cahaya boleh

dianggap sebagai salah satu

simbol yang mewakili

kegemilangan senibina dalam

tamadun Islam.

Dekorasi yang terdapat pada kebanyakan dinding

bangunan masjid di Malaysia

juga ditiru daripada binaan

masjid- masjid yang terdapat

pada zaman kegemilangan

Islam. Contohnya dekorasi

bahagian dalam kubah Masjid

Putrajaya diambil contohnya

dari Masjid Lutfullah (1600M)

dan Masjid Imam Shah

(1611M) pada zaman empayar

Page 22: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

Safavid di Iran (Tadgell 2008 :

446). Jurutera yang

menguruskan pembinaan

Masjid Putrajaya juga

mengaplikasikan penggunaan

dekorasi geometri berbentuk

bintang pada dinding pintu

gerbang masjid. Dekorasi ini

terdapat pada binaan Qal’ah-i

Bust di Afghanistan pada abad

ke-12 (Grabar 1967 : 85).

Bangunan masjid- masjid di Malaysia juga terkenal

kerana keunikan kubah yang

terdapat padanya. Antaranya

ialah Masjid Negara yang

mempunyai kubah berbentuk

bintang. Ilham menggunakan

kubah berbentuk bintang ini

diambil dari contoh kubah

Masjid Shah Faisal di

Islamabad. Manakala Masjid

Wilayah Persekutuan pula

memiliki kubah mirip Masjid

Sultan Ahmad (abad ke-16M)

di Turki. Selain itu , senibina

kubah pada Masjid Bukhari

juga menyerupai kubah pada

Masjid Imam (1611M) di

Isfahan, Iran.

Tidak ketinggalan juga dengan bentuk binaan dan kubah

Page 23: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

pada Masjid Jamek di Kuala

Lumpur menerima pengaruh

senibina Moghul seperti yang

terdapat pada masjid Mothi

(1645M) di Agra, India.

Manakala Masjid Jubli Perak di

Kelantan yang dikenali sebagai

Masjid Cina mengambil ciri

senibina dari China. Bumbung

masjid itu dibina menyerupai

pintu gerbang masuk atau

paifeng ke Masjid Xi’an

(742M) di Qingzhen, China.

Corak ‘awan larat’ yang

menjadi hiasan dinding dan

pintu masjid- masjid di

Malaysia adalah diambil dari

binaan Qasr Hallabat di Jordan

(Arce 2006 : 44).

Bangunan bersejarah di Malaysia turut menerima

pengaruh dari senibina Islam.

Antaranya ialah Bangunan

Sultan Abdul Samad. Senibina

bangunan itu menyerupai

Masjid Jami al-Far di India.

Bangunan Balai Nobat (menara

nobat) di Kedah juga menerima

pengaruh Islam. Contohnya

bangunan ini berbentuk seperti

menara dan mempunyai kubah

(Mohamed 1998 : 23). Selain

Page 24: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

itu, bangunan pentadbiran

kerajaan pusat di Putrajaya juga

mengaplikasikan unsur

senibina Islam seperti

mempunyai kubah selain dari

berbentuk seperti istana moden.

Bangunan MATRADE (Malaysian International Trading

Center) turut mengambil ilham

daripada senibina Char Minar

di Hydrabad (1592M). Ia

merupakan bangunan

berbentuk seperti pintu gerbang

masuk sebelah timur pada

Masjid Wazir Khan di Lahore

(Tadgell 2008 : 582).

Bangunan unik yang

mempunyai lubang ini lebih

menyerupai bentuk pintu

gerbang utama Masjid Badshah

di Lahore (Tadgell 2008 : 587)

Menara Berkembar Petronas turut mengambil rekaan

daripada menara Qutb atau The

celebrated Qutb Minaret, yang

dibina pd 1206 di Delhi. Ciri

persamaan yang terdapat pada

Menara Berkembar Petronas

dan Qutb Minaret adalah pada

bentuk geometrinya. Menara

Qutb ini bukan sahaja dijadikan

sebagai menara untuk

Page 25: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

memanggil orang solat tetapi

dianggap sebagai spectacular

simbol of new faith in India

(Grabar 1967 : 76).

6.0 Kesimpulan

Persoalan mengenai senibina Islam adalah berlegar

disekitar hubungan alam

dengan manusia serta

hubungan manusia dengan

pencipta yang agung iaitu Allah

S.W.T. Hakikatnya, senibina

Islam ini sebenarnya tidak

wujud di awal kelahiran Islam.

Namun ia menjadi satu aspek

kesenian Islam disebabkan ciri-

ciri yang terdapat pada senibina

tersebut yang bermotifkan nilai

Tauhid dan melambangkan

imej kerohanian Islam serta

menjadi pemangkin

perkembangan kesenian Islam

yang lain seperti seni khat, seni

suara (taranum) dan

sebagainya. Senibina

berunsurkan Islam ini

berkembang seiring dengan

perkembangan tamadun. Di

samping itu, penerapan nilai

kebudayaan masyarakat

Muslim dari Tanah Arab,

Page 26: an Senibina Islam Dan Kesannya Di Malaysia

benua China, mahupun India

serta Sumatera turut

diterjemahkan melalui

senibina. Ia kemudiannya

menjadi ikon kepada

kebanyakan senibina di

Malaysia pada masa kini.