zaharah mokti tugasan fonetik & fonologi eff 312
Post on 20-Jun-2015
2.327 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
PENDAHULUAN 2
0
TUGASANJANUARI 2014 SEMESTER
KOD KURSUS EFF 312
NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK
PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
1. Transkripsi Fonetik bagi 3
1.1 Lirik Lagu “Bunyi gitar” oleh P. Ramlee 4
1.2 Lirik Lagu “Getaran jiwa” oleh P. Ramlee 7
2. Esei bertajuk “Penggunaan Bahasa Baku Kurang 9 - 14
Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”
3. Ringkasan artikel bertajuk “Inventori Vokal Dialek 15 - 22
Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula”,
oleh Adi Yusran Abdul Aziz (2010)
PENUTUP 23
BIBILIOGRAFI 24
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin
memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan
bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan sepenuhnya.
1
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Objektif tugasan ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan fonetik dan ejaan
dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan
rumus fonologi generatif; menunjukkan rasa prihatin terhadap kepentingan sistem bahasa
baku; membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi terhadap perkembangan bahasa
Melayu; seterusnya mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang wujud dalam
pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu.
Tugasan ini mengkehendaki pelajar menyelesaikan tiga kehendak soalan tugasan yang
bermula dengan lirik lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk
Transkripsi Fonetik; diikuti dengan penulisan esei bertajuk “Penggunaan Bahasa Baku
Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”; seterusnya diikuti dengan ringkasan
artikel bertajuk “Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula”
oleh Adi Yusran Abdul Aziz.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya
kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian. Ucapan ribuan
terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk
menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya
hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak pendedahan kepada diri saya tentang
lambang-lambang fonetik dan fonologi sejagat dengan penekanan khusus terhadap bunyi-
bunyi bahasa Melayu dan juga kaitan fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan sebutan
baku serta sistem ejaan bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini
dalam meneroka dunia ilmu yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Disediakan oleh :
SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI 26 Mac 2014M
690506125566
AEU Kudat
1. Lirik Lagu Bunyi Gitar Dan Getaran Jiwa Oleh P. Ramlee Dalam Bentuk
Transkripsi Fonetik.
Lirik Lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee)
Oh bunyi gitar
2
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Irama twist
Tidak sabar
Si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda
Ingin dapat teman
Menari suka ria
Sungguh merdu
Lagu ini
Siapa mahu
Boleh menari
Pilih satu teman sendiri
Ataukah si hitam manis
Kalau sudi mari, kita menari twist
Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya irama
Dapat mikat sukma
Gadis dan teruna
Mari cari teman gembira
Gitar solo, Dan melodi
Ikut tempo
Kalau menari
Sila adik,
sila cik abang
Marilah kita berdendang
Irama gembira
Hati jadi riang
1.1 Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee)
Oh bunyi gitar : [#ˀoh buɲi gitar#]
Oh : [#oˀh] bunyi : [#buɲĩ#] gitar : [#gitar#]
3
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Irama twist : [#ˀiramaE twis#]
Irama : [#ˀirama<#] twist : [#twis#]
Tidak sabar : [#tidaʔ sabar#]
Tidak : [#tidaʔ#] sabar : [#sabar#]
Si gadis manis : [#si gadis maEnĩs#]
Si : [#si#] gadis : [#gadis#] manis : [#ma<nĩs#]
Dengar lagu rancak gembira : [#dəŋaEr laᵂgu rančaʔ gəmbira#]
Dengar : [#deŋa<r#] lagu : [#laᵂgu#] rancak : [#rančaʔ#] gembira :
[#gəmbira#]
Hatinya rindu tergoda : [#hatiɲa rinᵂdu tərgoda#]
Hatinya : [#hatiɲa#] rindu: [#rinᵂdu #] tergoda : [#tərgoda#]
Ingin dapat teman : [#ˀiŋĩn dapat təmaEn#]
Ingin : [#ˀiŋĩn#] dapat : [#dapat#] teman : [#təma<n#]
Menari suka ria : [#mənaEri ᵂsuka riʲa #]
Menari : [#məna<ri#] suka : [#ᵂsuka#] ria : [#riʲa#]
Sungguh merdu : [#ᵂsuŋᵂguh mәrᵂdu#]
Sungguh : [#ᵂsuŋᵂguh#] merdu : [#mәrᵂdu#]
Lagu ini : [#laᵂgu ˀinĩ#]
Lagu: [#laᵂgu#] ini : [#ˀinĩ#]
Siapa mahu : [#siʲapa maEᵂhu#]
Siapa : [#siʲapa#] mahu : [#ma<W hu#]
Boleh menari : [#ᵂboleh mənaEri#]
Boleh : [#ᵂboleh#] menari : [#məna<ri]
4
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Pilih satu teman sendiri : [#pilih saᵂtu təmaEn səndiri#]
Pilih : [#pilih#] satu : [#saᵂtu#] teman : [#təma<n#] sendiri : [səndiri]
Ataukah si hitam manis : [#ˀataukah si hitam maEnĩs#]
Ataukah : [#ˀataukah #] si : [#si#] hitam : [#hitam#] manis : [#ma<nĩs#]
Kalau sudi, : [#kalau ᵂsudi#]
Kalau : [#kalau#] sudi : [#ᵂsudi#]
Mari kita menari twist : [#maEri kita mənaEri twis#]
Mari : [#ma<ri#] kita : [#kita#] menari : [#məna<ri#] twist : [#twis#]
Oh gitar berbunyi : [#ˀoh gitar bərᵂbuɲi#]
Oh : [#ˀoh#] gitar : [#gitar#] berbunyi : [#bərᵂbuɲi#]
Menawan hati sedang berahi : [#mənaEwan hati sədaŋ bərahi#]
Menawan : [#məna<wan#] hati : [#hati#] sedang : [#sədaŋ#] berahi : [#bərahi#]
Oh rancaknya irama : [#ˀoh rančaʔɲa ˀiramaE#]
Oh : [#ˀoh#] rancaknya : [#rančaʔɲa#] irama : [#ˀirama<#]
Dapat mikat sukma : [#dapat mĩkat ᵂsuʔmaE#]
Dapat : [#dapat#] mikat : [#mikat#] sukma : [ᵂsuʔma<#]
Gadis dan teruna : [#gadis dan təᵂrunaE#]
Gadis : [#gadis#] dan : [#dan#] teruna : [təᵂruna<#]
Mari cari teman gembira : [#maEri čari təmaEn gəmbira#]
Mari : [#ma<ri#] cari : [#čari#] teman : [#təma<n#] gembira : [#gəmbira#]
Gitar solo : [#gitar ᵂsoᵂlo#]
Gitar : [#gitar#] solo: [#ᵂsoᵂlo#]
5
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Dan melodi : [#dan meᵂlodi#]
Dan : [#dan#] melodi : [#meᵂlodi#]
Ikut tempo : [#ˀiᵂkut temᵂpo#]
Ikut : [#ˀiᵂkut#] tempo : [#temᵂpo#]
Kalau menari : [#kalau mənaEri#]
Kalau : [#kalau#] menari : [#məna<ri#]
Sila adik, : [#sila ˀadiʔ#]
Sila : [#sila#] adik, : [#ˀadiʔ#]
sila cik abang : [#sila čiʔ ˀabaŋ#]
sila : [#sila#] cik : [#čiʔ#] abang :[#ˀabaŋ#]
Marilah kita berdendang : [#maErilah kita bərdendaŋ#]
Marilah : [#ma<rilah#] kita : [#kita#] berdendang : [#bərdendaŋ#]
Irama gembira : [#ˀiramaE gəmbira#]
Irama : [#ˀirama] gembira : [#gəmbira#]
Hati jadi riang : [#hati jadi riʲaŋ#]
Hati : [#hati] jadi : [#jadi#] riang : [#riʲaŋ#]
Lirik Lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee)
Getaran jiwa
Menlanda hatiku
Tersusun nada
6
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa Hampa
1.2 Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee)
Getaran jiwa : [#gətaran jiwa#]
Getaran : [#gətaran#] jiwa : [#jiwa#]
Menlanda hatiku : [#məlanda hatiᵂku#]
Menlanda : [#məlanda#] hatiku : [#hatiᵂku#]
Tersusun nada : [#tərᵂsuᵂsun naEda#]
Tersusun : [#tərᵂsuᵂsun#] nada : [#na<da#]
Irama dan lagu : [#ˀiramaE dan laᵂgu#]
Irama : [#ˀirama<#] dan : [#dan#] lagu : [#laᵂgu#]
Walau hanya sederhana : [#walau haɲa sədərhanaE#]
Walau : [#walau#] hanya : [#haɲa#] sederhana :[#sədərhana<#]
Tetapi tak mengapa : [#tətapi taʔ məŋapa#]
Tetapi : [#tətapi#] tak : [#taʔ#] mengapa : [#məŋapa#]
7
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Moga dapat membangkitkan : [#ᵂmoga dapat məmbaŋkitkan#]
Moga : [#ᵂmoga #] dapat : [#dapat#] membangkitkan : [#məmbaŋkitkan#]
Sedarlah kamu wahai insan : [#sədarlah kaᵂmu wahai ˀinsan#]
Sedarlah : [#sədarlah#] kamu : [#kaᵂmu#] wahai : [#wahai#] insan : [#ˀinsan#]
Tak mungkin hilang : [#taʔ ᵂmuŋkin hilaŋ#]
Tak : [#taʔ#] mungkin : [#ᵂmuŋkin#] hilang : [#hilaŋ#]
Irama dan lagu : [#ˀiramaE dan laᵂgu#]
Irama : [#ˀirama<#] dan : [#dan#] lagu : [#laᵂgu#]
Bagaikan kembang : [#bagaikan kəmbaŋ#]
Bagaikan : [#bagaikan#] kembang : [#kəmbaŋ#]
Sentiasa bermadu : [#səntiʲasa bərmaᵂdu#]
Sentiasa : [#səntiʲasa#] bermadu : [bermadu]
Andai dipisah : [#ˀandai dipisah#]
Andai : [#ˀandai#] dipisah : [#dipisah#]
Irama dan lagu : [#ˀiramaE dan laᵂgu#]
Irama : [#ˀirama<#] dan : [#dan#] lagu : [#laᵂgu#]
Lemah tiada berjiwa hampa : [#ləmaEh tiʲada bərjiwa hampa#]
Lemah : [#ləma<h#] tiada : [#tiʲada#] berjiwa : [#bərjiwa#] Hampa : [#hampa#]
2. Esei bertajuk :
“Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”
8
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Bahasa melambangkan identiti bangsa dan sesebuah negara itu. Bahasa jua menjadi
wahana atau medium yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Boleh dikatakan bahawa bahasa itu tonggak tamadun bangsa dan melambangkan jati diri
bangsa. Bagi negara kita tercinta, bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan adalah bahasa
Melayu. Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan penggunaan
bahasa Melayu sekaligus memupuk rasa cinta dan sayangkan bahasa Melayu dalam
kehidupan masa kini mahupun masa hadapan. Dalam memperkasakan bahasa Melayu, kita
perlu menyedari bahawa bahasa Melayu itu perlu digunakan dalam bentuk bahasa Melayu
baku. Secara sedar atau tidak, pembakuan bahasa Melayu ini pada hakikatnya telah
menyumbang ke arah perpaduan rakyat di negara kita. Apakah yang dimaksudkan dengan
pembakuan bahasa? Pasti ramai individu yang kurang arif tentang definisi pembakuan
bahasa. Jika kita lihat definisi yang ditegaskan oleh Awang Sariyan (1966 : 3), pembakuan
bahasa ialah usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan
yang dapat menjadi dasar ukuran”. Namun, usaha memperkasakan bahasa Melayu baku ini
memerlukan gandingan kerjasama kuat oleh semua pihak supaya tidak dihalangi oleh
masalah kerancuan bahasa mahu pun pencemaran bahasa. Saya mengatakan hal yang
demikian kerana usaha mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu baku menghadapi
cabaran hebat dalam banyak situasi dan peringkat lapisan masyarakat. Isu ini termasuklah
penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah.
Kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa sering menghalangi proses pembakuan
bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan
sebagai keadaan rancu (tidak teratur dsb); kekacauan. Kerancuan bahasa pula bermaksud
kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha
dalam menstandardkan bahasa Melayu . Manakala Dr. Nik Safiah Karim (1986) telah
mendefinisikan pencemaran bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-
peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau
susunan frasa dan ayat.
Saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan bahasa baku
kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Ini kerana fenomena tersebut turut berlaku di
sekolah tempat saya bertugas. Melalui pengalaman dan pemerhatian saya ke atas penggunaan
bahasa baku di sekolah, saya dapati penggunaannya amat terhad oleh kalangan sebahagian
pelajar sehingga menunjukkan wujudnya kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu baku.
Penggunaan bahasa baku hanya dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
9
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
dan ketika program-program bahasa Melayu dijalankan seperti Minggu Bahasa Melayu.
Hanya pelajar-pelajar aras satu dalam mata pelajaran bahasa Melayu sahaja yang mampu
menggunakan bahasa baku dengan betul. Saya juga dapati masalah yang dihadapi oleh
sebahagian pelajar ini dalam menggunaan bahasa baku adalah masalah kerancuan bahasa
dalam bentuk bahasa pasar atau bahasa basahan. Bahasa pasar ialah bahasa yang
digunakan dalam percakapan seharian. Para pelajar di situ menjadi kelaziman mereka
bertutur dalam bahasa pasar atau juga dikenali sebagai bahasa pidgin (rojak) sehinggakan
menggunakannya semasa menjalani proses pembelajaran. Sebagai contoh, ayat-ayat bahasa
Melayu yang dibina oleh beberapa orang pelajar :
i. Farhan ndak (tidak) mau (mahu) melanggar perintah ibu lagi.
ii. Lelaki itu balik-balik (sering kali) mencuri wang orang lain.
iii. Kelihatan dari jauh kilat (halilintar) sambung-menyambung (sabung-
menyabung).
iv. Bisuk mulai sudah sekolah (Besok sekolah akan bermula.).
v. Jangan kasi besar suara kamu (Jangan besarkan suara kamu).
Tindakan ini menyebabkan terbantutnya penguasaan ke atas bahasa Melayu baku yang betul
di kalangan pelajar tersebut. Punca utama berlakunya kerancuan bahasa di sekolah tempat
saya bertugas adalah gangguan daripada bahasa pasar yang dituturkan dalam kehidupan
seharian.
Di samping itu, saya turut mendapatkan pandangan dan maklumat tentang pernyataan
“Penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah” melalui temu
bual bersama dua orang guru bahasa Melayu di salah sebuah sekolah rendah. Kedua guru
tersebut hanya ingin dikenali dengan guru A dan guru B. Mereka telah memberi kerjasama
yang baik sepanjang temubual tersebut. Maklumat pertama saya perolehi daripada guru A
dan B adalah mereka bersependapat bahawa penggunaan bahasa Melayu Baku di
sekolah mereka kurang diberi perhatian sewajarnya sama ada kalangan guru-guru
mahu pun para pelajar. Melalui pemerhatian Guru A dan B, mereka dapati semasa guru-
guru menyampaikan pengumuman atau peringatan di tapak perhimpunan, bahasa yang
mereka gunakan adalah bahasa Melayu baku yang bercampur aduk dengan bahasa pasar.
Mereka tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnya, sebaliknya diselit dengan kata-kata
dari bahasa pasar. Sebagai contoh :
i. “Baiklah murid-murid, tolong berentiˊ (berhenti) bercakap ketika guru
menyampaikan maklumat penting”.
10
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
ii. “Saya taulah (maklum/tahu) kamu mo (murid-murid ingin) cepat siap
(perhimpunan segera selesai), tapi kalau ya pun (meskipun begitu, saya
berharap) bagi dulu (supaya kamu boleh berikan) perhatian untuk beberapa
minit lagi”;
iii. “Apabila waktu rehat tiba, murid-murid diingatkan supaya tidak bertolak-
tolak waktu turun tangga (berebut-rebut sewaktu melalui tangga)”.
iv. “Siapa balik-balik (Sesiapa yang kerap) buang (membuang) sampah dalam
bilik darjah, nanti cikgu repot sama bapa mama dia (cikgu akan
melaporkannya kepada ibu bapa kamu)”.
v. “Sanang-sanang jaˈ(Dengan sewenang-wenangnya ada murid telah) kamu
kasi kotor (mengotorkan) kawasan kantin sekolah”.
Maklumat kedua, Guru A menyatakan bahawa para pelajar di situ hanya
menggunakan bahasa Melayu baku apabila di minta untuk membuat karangan bahasa,
sewaktu aktiviti menyampaikan pelbagai bentuk teks dijalankan,. Namun, Guru A
sempat menjelaskan bahawa karangan yang dibina oleh sebahagian pelajar masih
menggunakan bahasa pasar dalam membina ayat demi ayat. Selain aktiviti tersebut, majoriti
pelajar lazimnya menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan seharian. Pelajar-pelajar
yang sering menggunakan bahasa pasar ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar-
pelajar yang mempunyai masalah kerancuan dalam tatabahasa seperti kurang kosa kata
baku yang betul, tidak menguasai penggunaan kata dalam ayat dengan baik, tidak menguasai
penggunaan kata sendi dan juga tidak menguasai penggunaan ‘adalah’ atau ‘ialah’.
Walaubagaimanapun pelajar-pelajar yang dapat menguasai tatabahasa Melayu sentiasa
menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul. Berikut adalah contoh-contoh kesalahan
tatabahasa dan kesalahan bahasa Melayu baku yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar
tersebut :
● Kesilapan penggunaan kata dalam ayat bersama penggunaan bahasa pasar :-
i. Punya berbagai barang di kedai itu. (Ada pelbagai barang di kedai itu.)
ii. Saya dibagi sebuah buku. (Sebuah buku diberikan kepada saya)
iii. Saya membagi Ibu sehelai tudung. (Saya memberikan sehelai tudung kepada ibu.)
● Kesilapan penggunaan kata sendi bersama penggunaan bahasa pasar :-
i. dimana-mana sajaˈ (di mana-mana sahaja.)
ii. dijaman ini (pada zaman ini.)
iii. Beg di gendong oleh abang. (Beg digalas oleh abang.)
11
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
● Kesilapan penggunaan ‘adalah’ atau ‘ialah’ bersama penggunaan bahasa pasar :-
i. Utan adalah ciptaan Allah. (Hutan ialah ciptaan Allah).
ii. Suar itu ialah bersih. (Seluar itu adalah bersih.)
iii. Usaha yang dibuat adalah membanyakkan risalah. (Usaha yang dijalankan ialah
memperbanyakkan risalah.
iv. Adalah dibagitahu bahawa …. (Dengan ini dimaklumkan bahawa….)
v. Para ustad dan ustajah adalah dipelawa… (Para ustaz dan ustazah dipelawa….)
Seterusnya maklumat ketiga pula ditambah lagi oleh Guru B. Beliau menjelaskan
tentang faktor-faktor penyebab kerancuan bahasa mahupun kerancuan tatabahasa yang
berlaku di sekolah tempat beliau bertugas. Faktor pertama adalah gangguan daripada bahasa
bahasa pasar. Ia amat mempengaruhi penggunaan kosa kata dalam kehidupan seharian.
Bahasa pasar mampu menukarkan perkataan-perkataan baku kepada perkataan-perkataan
yang berbeza dari sudut sebutan dan ejaannya. Majoriti pelajar pula sejak kecil mereka
bertutur menggunakan bahasa pasar yang dituturkan oleh ibu bapa mereka dan juga
masyarakat sekeliling mereka. Sudah tentu penggunaan bahasa pasar amat memberi kesan ke
atas penggunaan bahasa Melayu baku sehingga menganggap bahasa pasar itu sememangnya
betul dan tergolong dalam bahasa Melayu baku. Faktor yang kedua pula, para pelajar
kurang pendedahan kepada kosa kata Melayu baku. Ini termasuklah kurangnya kesedaran
bahawa amalan membaca itu penting untuk mendedahkan diri kepada pelbagai kosa kata
Melayu baku yang betul. Para pelajar masih tidak mengenali bahasa Melayu sepenuhnya
sama ada dari sudut sejarahnya, kelebihannya, kepentingannya, keunikannya dan yang paling
utama tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara bahasa Melayu sejak
dahulu, sekarang dan masa akan datang. Faktor yang ketiga, pelajar membaca bahan bacaan
yang banyak kesalahan bahasa di dalamnya. Sebagai contoh mereka ada yang membaca
buku-buku komik. Buku komik biasanya menggunakan bahasa-bahasa pasar kerana ia lebih
ringkas untuk para pembacanya. Ini juga berpotensi mencemarkan bahasa Melayu baku
sehingga penggunannya kurang diberi perhatian dalam kalangan sebahagian pelajar. Selain
itu bahan bacaan untuk para pelajar selalunya terdiri daripada buku-buku rujukan bahasa
Melayu sebagai contoh buku teks bahasa Melayu, buku rujukan karangan bahasa Melayu,
buku rujukan tatabahasa Melayu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan bahan
bacaan yang pelbagai boleh membuatkan para pelajar keliru dengan huraian yang berbeza-
beza. Bagi pelajar yang tidak bermasalah dalam pembelajaran bahasa Melayu, mereka
mempunyai peluang cerah untuk memahami sesuatu topik. Sebaliknya, bagi pelajar yang
12
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
mempunyai masalah pembelajaran bahasa Melayu, mereka cenderung kepada kekeliruan dan
sukar memahami sesuatu topik. Seterusnya faktor yang keempat, para pelajar tidak
mengetahui sistem bahasa dari sudut ejaan dan juga bunyi. Apabila tidak mengetahui ejaan
dan bunyi sesuatu perkataan yang betul, sudah tentu pelajar mengambil tindakan untuk
memilih ejaan yang biasa digunakan dalam bahasa pasar dan mula menganggapnya itu ejaan
dan bunyi yang betul. Sebagai contoh : sarikat (syarikat), membukak pintu (membuka
pintu), ndak mau (tidak mahu).
Demikianlah pendapat serta huraian yang sangat jelas oleh kedua orang Guru A dan
B. Mereka telah berkongsi tentang sejauh mana penggunaan bahasa Melayu baku digunakan
di sekolah rendah tempat mereka bertugas dengan huraian tentang masalah-masalah yang
melanda bahasa Melayu baku, faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada penggunaan
bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah seterusnya menyediakan contoh bagi
setiap masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa.
Awang Sariyan (1994) berkata : “Salah satu punca utama terjadinya kerancuan
bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa
Melayu itu sendiri.Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan
bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh
manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?”. Kata-kata Awang
Sariyan menyedarkan kita bahawa kerancuan bahasa telah berlaku sejak dahulu lagi
sehinggalah sekarang dan berpotensi untuk berlaku pada masa hadapan. Namun, usaha
pembakuan bahasa Melayu perlu diteruskan supaya mutu bahasa Melayu sama ada lisan
atau tulisan sentiasa terpelihara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan tidak tergugat, bahasa Melayu yang indah tidak dipinggirkan oleh generasi
Melayu; masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa Melayu daripada bahasa
asing dan tidak berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa cadangan untuk memaksimakan penggunaan bahasa Melayu
baku di sekolah rendah antaranya guru-guru perlu menunjukkan contoh kepada pelajar
dengan kerap menggunakan bahasa baku sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Guru-guru seharusnya elak daripada menggunakan bahasa pasar bimbang nanti
pelajar pun akan ikut jejak guru. Guru perlu cetus perubahan daripada celik bahasa pasar
kepada persekitaran celik bahasa Melayu baku. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan
kekabutan perlu segera dilakukan bukan sahaja oleh guru-guru bahasa Melayu, malah semua
guru dan juga pihak ibu bapa pelajar perlu menggalakkan anak-anak mereka supaya rajin
membaca pelbagai bahan bacaan bermanfaat dalam bahasa Melayu untuk meluaskan lagi
13
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
kosa kata bahasa Melayu baku. Pihak sekolah pula sebaiknya merancang aktiviti-aktiviti
bahasa seperti bulan bahasa Melayu, pertandingan menulis esei, pertandingan bercerita,
pertandingan deklamasi sajak, pertandingan syarahan, kuiz bahasa Melayu, pertandingan
menghasilkan folio kosa kata bahasa Melayu dan banyak lagi aktiviti bertujuan memupuk
rasa cinta dan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu. Selain itu, penguatkuasaan dan
pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan
supaya bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunannya. Ini
termasuklah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar nombor satu di sekolah-
sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi seterusnya di
jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta. Sebagai contoh, bahasa Melayu digunakan dalam
surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat, serta digunakan pada papan iklan, papan
perniagaan, nama tempat, jalan bangunan dan sebagainya. Selain itu, pihak media cetak dan
elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi
mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu.
Pihak media sangat dituntut untuk memberi kerjasama ke arah memartabatkan bahasa
Melayu yang bersih daripada kerancuan bahasa atau sebarang pencemaran bahasa.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa penguasaan bahasa
oleh generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua
lapisan masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi
isu penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya,
pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga
kerancuan tatabahasa. Barisan guru dan ibu bapa pelajar perlu memberi galakan kepada para
pelajar supaya mengamalkan budaya membaca bahan-bahan bacaan ilmiah dalam bahasa
Melayu bsgi memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu baku.Guru-guru dan ibu bapa juga
perlu memupuk rasa cintakan bahasa Melayu dalam diri pelajar atau anak-anak sekalian.
Sesungguhnya bahasa Mealayu itu melambangkan maruah negara bangsa serta
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
3. Ringkasan Artikel
Tajuk Artikel : Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula
Penulis Artikel : Adi Yusran Abdul Aziz (2010)
14
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Sumber : Universiti Putra Malaysia, Jurnal Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS
1823-9242
Tujuan Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data
Kajian ini bertujuan menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap
inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan
pendapat dalam kalangan pengkaji. Aspek yang dikaji ialah aspek segmen vokal dialek
Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal oral sengau, serta penggunaan
simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA).
Manakala kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah
menggunakan data berbentuk dokumen. Dokumen ialah segala bahan tertulis mahupun
filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000). Penyelidik menggunakan
analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen. Dalam kajian ini,
aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, vokal
oral sengau, serta penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPA) dianalisis
dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif. Data kajian terdiri daripada sumber
sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan.
Dapatan Kajian
Dapatan kajian yang terkandung dalam artikel ini atau yang diperolehi oleh
penyelidik antaranya adalah :
15
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
i. Inventori Vokal Dialek Kelantan
Berdasarkan ciri fonologi generatif, inventori vokal lazimnya disusun berdasarkan
posisi lidah di dalam rongga oral, iaitu tinggi, tengah (di antara tinggi dan rendah), dan
rendah yang disusun secara menegak, manakala depan, tengah (di antara depan dan
belakang), dan belakang, disusun melintang seperti yang ditunjukkan di bawah Inventori
vokal Dialek Kelantan :
Rajah 1 : Inventori vokal Dialek Kelantan
Rajah 1 menunjukkan ada enam fonem vokal dalam Dialek Kelantan. Teoh (1994)juga
bersetuju dengan enam fonem vocal tetap tidak sama dengan susunan inventori vokal yang
berdasarkan ciri fonetik sebagaimana yang terkandung dalam The International Phonetic
Alphabet (IPA). Susunan melintang mengikut IPA adalah berdasarkan ruang antara
artikulator lidah dengan titik artikulasi, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas
yang tidak digunakan sebagai fitur distingtif dalam analisis fonologi. Kebanyakan analisis
fonologi terkini, kedudukan tinggi, tengah, rendah, depan, dan belakang tidak lagi dinyatakan
secara bertulis kerana ia boleh difahami dengan melihat susunan fonem tersebut. Fitur tinggi,
rendah, belakang yang dianggap sebagai fitur asas dalam teori fonologi generatif oleh
Chomsky dan Halle (1968) boleh dilihat secara jelas dalam carta di atas, tetapi terdapat dua
lagi fitur yang turut memainkan peranan penting dalam analisis fonologi yang tidak
ditunjukkan dalam carta tersebut, iaitu fitur bundar dan advanced tongue root [ATR] atau
pangkal lidah ke depan.
ii. Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal
Dalam analisis fonologi generatif model linear, keseluruhan fitur-fitur vokal yang
dinyatakan di atas direpresentasikan dalam jadual matriks fitur seperti berikut :
16
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Jadual 1 : Matriks Fitur Dialek kelantan
Jadual di atas menunjukkan fitur-fitur asas vokal, iaitu tinggi, rendah, dan belakang
adalah seperti yang ditunjukkan dalam inventori vokal Dialek Kelantan.. Fitur bundar pula
dinilai berdasarkan kedudukan dua bibir. Jika dua bibir dibundarkan maka fiturnya
[+bundar], jika dua bibir dihamparkan maka fiturnya ialah [-bundar]. Manakala bagi fitur
[ATR] pula, apabila pangkal lidah dikedepankan maka fiturnya adalah [+ATR], jika pangkal
lidah dikebelakangkan maka fiturnya adalah [-ATR]. Fitur [ ATR] ini penting bagi
membezakan vokal tengah-tinggi /e/ dan /o/ yang mempunyai fitur [+ATR] dengan vokal
tengah-rendah dan yang mempunyai fitur [-ATR] (Roca & Johnson 1999). Fonem vokal
tengah /ə/ dan /a/ secara fonologinya boleh menjadi [+ATR] atau [-ATR] bergantung kepada
perilaku fonologi dalam bahasa tersebut (Spencer 1996; Howe 2003). Berdasarkan perilaku
fonologi dalam Dialek Kelantan, /ə/ berfitur [+ATR] manakala /a/ berfitur [-ATR]. Pendapat
ini selaras dengan pendapat dan data yang dikemukakan oleh Teoh (1994) dan juga selaras
dengan kebanyakan bahasa lain di dunia. Perilaku fonologi Dialek Kelantan bagi fitur [
ATR] boleh dilihat dalam fenomena harmoni vokal. Ciri kendur atau lax dan tegang atau
tense juga dimasukkan dalam jadual di atas kerana ia diperlukan dalam kajian ini. Ia
ditandakan ( ) bagi menunjukkan bahawa ia adalah fitur distingtif unari. Bagaimanapun
dalam matriks fitur tidak terdapat fitur tengah dan depan kerana ia tidak diperlukan dalam
analisis fonologi. Ia boleh digambarkan dengan cara memberikan nilai positif [+] dan negatif
[-] pada fitur-fitur asas yang disebutkan tadi.
iii. Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan,
17
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Vokal terbitan dalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal
[Ɛ] dan [ↄ] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [-
rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ] pula berfitur [+rendah],
[+belakang], dan [tegang]. Kedua-dua vokal [ɐ, ↄ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus
fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi
fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal
bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara
penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan
daripada bentuk fonemik yang sama. Setakat ini, ahli bahasa Melayu sepakat mengatakan
bahawa fonem BM hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, ǝ, a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen
vokal [ɐ, ↄ] dalam kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek
Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [ɐ] dan [ↄ], iaitu [ɐ] yang direalisasikan daripada /e/
(misalnya : /gelek/ ] [ge.leʔ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (misalnya : /haiyan/ ]
/biasa / ] [ ]. Manakala segmen vokal [ↄ] pula direalisasikan daripada /o/ (misalnya :
/botol/ ] [bↄ.tↄ:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya : /taubat/ ] [tↄ.baʔ], /buaia/ ]
[bↄ.jɑ). Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada
pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir
tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e,
o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir
tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh
beliau adalah seperti di bawah :
Rajah 2 : Perealisasian segmen vokal [I, U] oleh Teoh (1994)
Penyelidik berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas
ialah [bi.siʔ], [lu.kih], [hi.doʔ], dan [tu.toʔ]. Hanya Teoh (1994) pengkaji yang
menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Namun bagi penyelidi kajian
ini, kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan. Data yang
18
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga
menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria,
contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996)
beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal [I, U] hanya wujud dari segi
fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut
ditentukan oleh harmoni vokal. Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang
menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu
nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Setelah Setelah
dianalisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti
dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR]. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa
harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan
segmen-segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi
fitur [±ATR]. Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam
Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir
tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup
Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ , ↄ, a, ɐ] yang bersamaan dengan semua vokal
terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang
lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini bermakna
penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada.
Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas
menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam
suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U]
berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi
tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi
menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir
tertutup. Sebagai contoh :
19
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Rajah 3 : Data harmoni vocal [+ATR] bagi /i/ dan /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan
Maklumat b terdiri daripada /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu adalah dianggap
fonemik, iaitu mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.lƐʔ], sebagaimana /golek/
direalisasikan sebagai [gↄ.lƐʔ]. Dalam hal ini, harmoni vokal sekali lagi memainkan peranan
penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur
[ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [Ɛ] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak
akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik
ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada
fitur [+ATR]. Berdasarkan kaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat
untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek
Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di
peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku
kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua vokal yang berbeza
/u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup
ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti berikut :
/tikus/ [ti.kuh]
/lutut/ [lu.tuʔ]
/letup/ [le.tuʔ]
/patuk/ [pa.tuʔ]
20
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, /ǝ+o/,
dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh :
/sibok/ [si.boʔ]/kutok/ [ku.toʔ]/pǝlok/ [pǝ.loʔ]
Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR]. Dengan itu penulis artikel ini
mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata
akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir
tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005)
dan sistem ejaan Za’ba (1965).
iv. Vokal terbitan [ɑ]
Teoh (1994) menggunakan simbol [ɐ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɑ]. Istilah
IPA bagi simbol [ɐ] ialah vokal tengah hampir luas (near-open central vowel). Dalam kajian
fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang].
Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini
masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ɐ] yang ditemui
dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati
agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ]
dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [ɑ] juga dibuat dengan beberapa perkataan
bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced
Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [pɑ:d], pot [pɑ :t], dan rock [rɑ:k] yang
didapati hampir sama dengan bunyi [ɑ] dalam perkataan kata [ka.tɑ], kapak [ka.pɑʔ] dan
marah [ma.yɑh] dalam dialek Kelantan.
Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ɒ] bagi melambangkan
segmen [ɑ] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai
fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek
Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [ↄ] yang juga mempunyai fitur
[+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh
diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar,
contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan
akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ ] [a.du.wƐ:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas
[ɑ] dan [ↄ] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan
21
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ ] [du.gɑ.ʔƐ:], bukannya *[du.gɒ.wƐ:] atau
*[du.gↄ.wƐ:]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [-
bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur
tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ↄ], contohnya : /tolak/ dan
/tolok/ direalisasikan sebagai [tↄ.lↄʔ] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan kehadiran
[ↄ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini
bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayu yang
menunjukkan segmen vokal [ↄ] tidak fonemik.
Kesimpulan Kajian
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa Dialek Kelantan mengandungi
sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e,
Ə, a, o u/ dan vocal terbitan ialah [Ɛ,ↄ,ɑ]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul
daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Ia juga
penting kepada pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang. Ini bermakna fonem dialek
Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan sudah pasti bahawa dialek-dialek
lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa
simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ ialah
[ɑ] bukannya [ↄ], [ ]. atau [ɒ] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini
juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai
dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan
inventori segmen bunyi yang lebih berpada.
22
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
PENUTUP
Setelah menyiapkan tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini, dapat lah
dirumuskan beberapa perkara pertama, Fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan
penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya. Kedua, transkripsi fonetik
membantu pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian
pada keaslian bunyi fonetik. Ketiga, transkripsi fonetik membantu membentuk atau mencipta
harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi. Keempat penguasaan bahasa oleh
generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua lapisan
masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi isu
penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya,
pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga
kerancuan tatabahasa. Kelima, Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu
enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, Ə, a, o u/ dan vocal terbitan
ialah [Ɛ,ↄ,ɑ]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas
yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.
23
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312)
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :
Syarikat Percetakan Bintang Baru.
Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik : Fonetik & Fonologi
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS
Profesional 2002.
Nik Safiah Karim (1989). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan
yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas Pembinaan
Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaludin. Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
24
top related