variasi istilah berkaitan pandemik covid-19 dalam …
Post on 16-Oct-2021
9 Views
Preview:
TRANSCRIPT
545
VARIASI ISTILAH BERKAITAN PANDEMIK COVID-19 DALAM AKHBAR
BERBAHASA ARAB
Lubna Abd. Rahmani , Arnida A. Bakarii & Wahida Mansoriii
i(Corresponding author) Pensyarah Kanan,Universiti Sains Islam Malaysia, wahida@usim.edu.my
iiPensyarah,Universiti Sains Islam Malaysia, arnida@usim.edu.my iiiPensyarah ,Universiti Sains Islam Malaysia, lubna@usim.edu.my
Abstrak
Wabak COVID-19 yang melanda dunia saat ini membawa pelbagai kesan dan perubahan dalam
kehidupan masyarakat dari pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosial dan politik. Dalam masa
yang sama, didapati bahawa bahasa juga turut terkesan dengan perkembangan wabak ini.
Pandemik ini secara tidak langsung menimbulkan kepelbagaian dan kekerapan penggunaan istilah
khusus dalam masyarakat, seperti penjarakan sosial, kelaziman baharu, nyah cemar, kuarantin dan
lain-lain. Begitu juga, fenomena ini juga didapati memberi kesan kepada pengembangan istilah
seumpama itu, yang melahirkan variasi penggunaan istilah tersebut dalam bahasa yang sama,
sebagai contoh bahasa Arab. Penulisan ini bertujuan menyelusuri penggunaan istilah seumpama
ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Arab dalam talian (online) untuk mengkaji sama ada
penggunaan istilah seumpama ini adalah sama dalam akhbar-akhbar tersebut atau sebaliknya.
Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan kaedah analisis dokumen terhadap tiga akhbar berbahasa
Arab iaitu Bernama Arabic, al-Jazeera Arabic dan Asharq al-Awsat. Hasil dapatan menunjukkan
terdapat variasi dalam penggunaan sebilangan istilah berkaitan situasi pandemic COVID-19
antara akhbar tersebut. Secara tidak langsung, variasi ini membantu memperkaya kosa kata dan
perkamusan Arab.
Kata kunci: istilah, pandemik, Coronavirus, COVID-19, akhbar arab.
PENDAHULUAN
Virus Korona (Coronavirus) merupakan keluarga besar virus yang boleh menjejaskan
saluran pernafasan dan menyebabkan gejala seperti selesema atau jangkitan saluran
pernafasan secara akut. Terdapat dua jenis virus Korona yang menyebabkan wabak iaitu
Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah
(MERS-CoV). SARS-CoV mula dikesan di Guangdong, China pada tahun 2003 dan telah
menjejaskan lebih 8000 orang. Manakala MERS-CoV pula dikesan di Arab Saudi pada
tahun 2012 dan telah meragut nyawa lebih 800 orang. Pada akhir tahun 2019, dunia
dikejutkan dengan kemunculan Novel Corona Virus (nCoV) atau lebih dikenali sekarang
546
sebagai Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). Kes pertama COVID-19 dikesan di
Wuhan, China (“Pelajari tentang sejarah wabak Coronavirus, MERS-CoV dan SARS-
CoV”, n.d). Virus bahaya ini telah merebak dalam masa yang singkat dan menyebabkan
pandemik global sehingga ke hari ini sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mengisytiharkan Coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia pada 31 Januari 2020.
(Bernama, 2020).
Pandemik COVID-19 mula menular di Malaysia pada 23 Januari 2020 apabila
Kementerian Kesihatan melalui Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis
Kebangsaan (CPRC) menerima laporan tiga kes disyaki telah dijangkiti COVID-19. Bagi
mengawal penularan virus ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020. Sejak
penularan COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) berusaha memastikan penularan ini dapat ditangani dengan baik.
Pandemik ini telah mengubah aktiviti kebiasaan masyarakat di seluruh dunia termasuk
Malaysia. Masyarakat dinasihat agar menjaga kebersihan pada tahap optimum,
mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagai langkah
pencegahan. Kebiasaan baharu ini perlu menjadi kelaziman dalam komuniti (Suraiya,
2020).
Dari perspektif bahasa dan linguistik, penularan pandemik COVID-19 telah
menghasilkan pelbagai istilah baharu dalam semua bahasa. Istilah baharu digunakan
dalam laporan berita di televisyen, radio, akhbar, laman sesawang serta perbincangan di
media sosial. Contohnya, penjarakan fizikal, nyah kuman, pengesanan kontak, sembang
rapat, meratakan lengkungan dan banyak lagi. Kebanyakan istilah dalam bidang
kesihatan awam ini berasal daripada bahasa Inggeris. Ia diterjemah ke dalam pelbagai
bahasa termasuk bahasa Arab. Istilah berkaitan COVID-19 dalam bahasa Arab boleh
didapati dalam akhbar berbahasa Arab seperti Al-Sharq al-Awsat, al-Jazeera Arabic dan
Bernama Arabic. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat variasi
penggunaan istilah berkaitan COVID-19 dalam tiga akhbar tersebut.
SOROTAN LITERATUR
Dunia menyaksikan peningkatan kes jangkitan virus COVID-19 saban hari sejak virus ini
mula menular ke serata negara. Setiap hari berita mengenai virus baharu ini terpapar di
dada akhbar dan menjadi liputan media massa di seluruh dunia. Kebimbangan terhadap
penularan wabak ini menyebabkan negara dan masyarakat terpaksa berhadapan dengan
pelbagai cabaran dalam segenap aspek dalam kehidupan mereka, termasuklah sosial,
ekonomi, politik dan pendidikan. Sehingga kini, jumlah kes positif COVID-19 di seluruh
dunia telah menjangkau lebih 30 juta orang, manakala kes kematian disebabkan
pandemik ini pula melebihi 1 juta orang (“Coronavirus cases”, n.d)
547
Susulan pandemik yang melanda dunia saat ini, pelbagai impak dan kesan dapat
dilihat kepada kehidupan masyarakat. Seluruh dunia terpaksa beralih kepada cara hidup
yang berbeza daripada sebelum ini. Mereka terpaksa hidup dalam kelaziman baharu
(new normal) dengan mengamalkan prosedur penjagaan diri yang ketat seperti
membasuh tangan dengan kerap, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan
sosial atau fizikal antara satu dengan yang lain. Namun, ada juga masyarakat yang tidak
patuh dengan amalan ini dan menyebabkan peningkatan jangkitan berlaku sepertimana
di Amerika Syarikat. Terdapat rakyat negara itu yang masih mengambil mudah dengan
isu ini dan masih lagi berkumpul beramai-ramai di tempat awam seperti yang berlaku
di pantai Florida (Azwan Safbri, 2020).
Di Malaysia, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah pencegahan
untuk membendung penularan virus COVID-19. Bermula Mac 2020, Perintah Kawalan
Pergerakan (Movement Control Order) telah dilaksanakan di seluruh negara bertujuan
untuk menyekat perjalanan rakyat merentas negeri dan mengawal pergerakan mereka.
Semua sektor ekonomi ditutup kecuali yang melibatkan perkhidmatan penting seperti
peruncitan dan pos. Selain itu, kerajaan Malaysia juga membuat operasi nyah cemar atau
nyah kuman dan pembersihan terutamanya di kawasan berlakunya jangkitan,
termasuklah di kawasan perumahan, industri, komersial dan tempat-tempat lain yang
menjadi kunjungan masyarakat.
Wabak ini mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan
domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan dan pembuatan,
industri pelancongan, serta industri pertanian, pembinaan dan perkhidmatan. Ini
sekaligus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan (Taufiq, 2020). Institusi pengajian
seperti sekolah dan universiti terpaksa ditutup ekoran kebimbangan berlaku penularan
dalam kalangan murid dan pelajar. Namun, aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdPc)
tetap diteruskan melalui aplikasi dalam talian. Pandemik COVID-19 ini turut memberi
impak positif dalam perkamusan bahasa dengan percambahan atau penciptaan istilah
baharu sebagai perbendaharaan kata (Junaini et al, 2020). Malah, istilah yang jarang atau
kurang digunakan menjadi semakin didengari dan disebut-sebut terutamanya dalam
media eletronik.
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah analisis dokumen yang
bertujuan menganalisis istilah-istilah berkaitan COVID-19 dalam tiga akhbar berbahasa
Arab dalam talian iaitu Al-Sharq al-Awsat, al-Jazeera Arabic dan Bernama Arabic. Sebanyak
sepuluh istilah berkaitan COVID-19 dipilih secara rawak dan dijadikan sampel kajian ini.
Istilah ini dikumpul berdasarkan pencarian dan penelitian penulis dalam akhbar terpilih
di atas. Kamus bercetak seperti Kamus Dewan (2007) dan kamus dalam talian seperti
548
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dan Kamus al-Maany digunakan untuk
menjelaskan maksud perkataan yang digunakan.
ANALISIS
Sebanyak 10 istilah berkaitan pandemik COVID-19 dipilih secara rawak sebagai data
kajian dalam penulisan ini. Analisis data adalah seperti berikut:
Jadual 1
No. Istilah Al sharq al
Awsat
Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
1 Corona virus / COVID-19 / Novel corona virus
فيروس كورونا
19 - كوفيد
فيروس كورونا المستجد
وباء »كورونا«،
فيروس كورونا المستجد
فيروس كورونا الجديد
19-كوفيد
فيروس كورونا
19-كوفيد
فيروس كورونا المستجد
Jadual 1 memaparkan istilah yang merujuk kepada virus yang sama dan dikenali sebagai
Coronavirus 2019, COVID-19 dan Novel Coronavirus dalam versi Bahasa Melayu.
Melalui penelitian yang dibuat, kajian mendapati terdapat kepelbagaian penggunaan
istilah tersebut bagi merujuk kepada virus yang sama dalam tiga akhbar bahasa Arab
terpilih iaitu المستجد، 19 –كوفيد ، فيروس كورونا فيروس كورونا atau الجديد dan "كورونا" Kepelbagaian .وباء
penggunaan istilah ini masih mengekalkan definisi dan maksud yang sama iaitu
penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Korona yang teruk pada paru-paru yang
dicirikan oleh demam. batuk kering, kesukaran bernafas dan keletihan. Virus ini mula
dikesan pada tahun 2019, justeru dinamakan sebagai COVID-19
(https://prpm.dbp.gov.my/). Kepelbagaian penggunaan istilah bagi virus ini
menyumbang kepada pengkayaan kosa kata khususnya bagi bidang kesihatan awam ini
sama ada versi Bahasa Melayu mahupun bahasa Arab.
549
Jadual 2
No. Istilah Al sharq al
Awsat
Al Jazeera
Arabic Bernama Arabic
2 kuarantin الِجر الصحي
عزل
الِجر الصحي
العزل الصحي
عزل نفسه ذاتيا
العزل الذاتي
الِجر الصحي
العزل
Istilah kuarantin dirujuk sebagai tempoh atau tempat pengasingan sementara sebelum
dibenarkan bergaul atau masuk ke kawasan lain disebabkan oleh faktor penyakit
berjangkit (https://prpm.dbp.gov.my/). Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat beberapa
istilah yang merujuk kepada definisi dan maksud yang sama dalam akhbar berbahasa
Arab iaitu ذاتيا نفسه عزل الصحي، العزل العزل، الصحي، الذاتي dan الِجر Istilah dalam versi Arab . العزل
ini juga berkait dengan perbuatan pengasingan diri bagi tujuan mengelakkan jangkitan
dan memelihara kesihatan.
Jadual 3
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
3 Petugas kesihatan (Health worker) / Petugas barisan hadapan (front liner)
عامل صحي
ممارسة صحية
طاقم طبي
الفِرَق الطبية
الْطوط موظفوا الأمامية
العاملي بالْط الأمامي
Jadual 3 menunjukkan penggunaan istilah petugas kesihatan (health worker) atau
petugas baris hadapan (frontliner) (https://prpm.dbp.gov.my/). Mereka adalah petugas
yang memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang perubatan yang berkaitan dengan
pemeriksaan, rawatan dan kawalan penyakit berjangkit termasuklah semasa berlakunya
pandemik COVID-19. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap tiga akhbar
bahasa Arab terpilih, kajian mengenalpasti beberapa istilah yang digunakan bagi
550
merujuk kepada definisi dan maksud yang sama iaitu ،ممارسة صحية، طاقم طبي، الفرق عامل صحيلْط الاماميباالعاملون dan الطبية، موظفوا الْطوط الأمامية، . Kesemua istilah ini memberi maksud petugas
(pekerja) kesihatan, pengamal kesihatan, kumpulan perubatan serta petugas barisan
hadapan.
Jadual 4
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
4 Penyebaran virus (corona virus outbreak)
انتشار الفيروس/ انتشار »كورونا« فيروس
تفشي المستجد / فيروس كورونا المستجد
تفشي »كورونا«
انتشار الفيروس
تفشي الفيروس
19-اجتياح كوفيد
19-تفشي كوفيد
كورونا وباء تفشي المستجد
Jadual 4 memaparkan istilah penyebaran virus dan dalam konteks perbincangan kajian
ini, virus yang dimaksudkan ialah COVID-19. Setelah diamati dan dikaji, kajian
mendapati terdapat beberapa pilihan penggunaannya dalam versi Bahasa Arab iaitu
19 –اجتياح كوفيد dan انتشار الفيروس, تفشي فيروس كورونا المستجد . Kosa kata Arab kaya dengan pelbagai
istilah bagi merujuk kepada gambaran penyebaran virus dan kesemua ini merujuk
kepada situasi atau keadaan yang berleluasa berlaku dan meliputi kawasan yang luas
dan tidak terkawal.
Jadual 5
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
5 vaksin 19-لقاح ضد كوفيد اللقاح اللقاح
Istilah vaksin yang berkait dengan bidang perubatan bermaksud sediaan bakteria, virus
dan lain-lain yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam ke dalam
badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu (Kamus Dewan,
2007). Berkenaan dengan pandemik COVID-19 yang menyaksikan seluruh dunia
551
terkesan dengannya, pihak yang terlibat dengan perubatan dan makmal bertungkus
lumus menghasilkan vaksin yang mampu merawat virus ini sekaligus melindungi dunia
dari ancaman wabak. Berdasarkan Jadual 5 di atas, istilah yang digunakan dalam versi
bahasa Arab bagi tiga akhbar terpilih adalah tertumpu kepada satu sahaja iaitu اللقاح.
Jadual 6
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
6 Pelitup muka (tanpa ‘shield’)
الكمامات
أقنعة الوجه
الكمامة
القناع
الكمامات الواقية
كمامات الوقاية
الكمامة
Jadual 6 menunjukkan penggunaan istilah pelitup muka yang berfungsi sebagai
pelindung bagi meminimumkan sentuhan secara sedar atau tidak sedar pada mata,
hidung dan mulut. Alat ini dilihat mampu menjadi pencegah kepada penularan COVID-
19 dan membantu memutuskan rangkaian virus dalam kalangan masyarakat dunia.
Kajian mengenalpasti tiga akhbar terpilih menggunakan pelbagai istilah yang merujuk
kepada pelitup muka dalam versi Bahasa Arab iaitu الوجه Bagi kosa .القناع dan الكمامات، أقنعة
kata Arab الكمامات kajian mendapati terdapat variasi penggunaannya iaitu الواقية الكمامات dan الوقاية Kesemua kosa kata Arab ini merujuk kepada alat yang diletakkan di .كمامات
mulut dan hidung bagi tujuan menapis udara yang tercemar dan sebagai pelindung
muka (www.almaany.com).
552
Jadual 7
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
7 Penjarakan sosial تباعد اجتماعي
التباعد الاجتماعي.
بعيدة عن بعضها بعضاً
إبقاء مسافة فيما بينهم
الِفاظ على مسافة بينهم
التباعد الاجتماعي
العزل الاجتماعي
من شاسعة مسافات بعضها بعضا
التباعد الاجتماعي
Jadual 7 menunjukkan kepelbagaian istilah bagi penjarakan sosial dalam versi Bahasa
Arab bagi tiga akhbar terpilih seperti yang tertera di atas. Penjarakan dirujuk sebagai
penjauhan atau perenggangan (Kamus Dewan, 2007) dan terpakai kepada seluruh
masyarakat dunia ketika ini. Saranan membuat penjarakan sosial dan fizikal ini mula
didengari saat dunia diserang virus COVID-19 bertujuan untuk membendung penularan
virus tersebut dengan berkesan. Manakala bagi kosa kata Arab pula, kajian
mengenalpasti beberapa istilah yang digunakan iaitu إبقاء بعضا، بعضها عن بعيدة اجتماعي، تباعد العزل بينهم، مسافة على الِفاظ بينهم، الاجتماعي مسافة فيما dan بعضا بعضها من شاسعة Kesemua variasi .مسافات
istilah Arab ini menerangkan tentang perbuatan menjarakkan antara satu sama lain atau
kekal pada penjarakan yang selamat (www.almaany.com).
Jadual 8
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
8 mengekang penularan
احتواء تفشي كورونا
خفض العدوى
فيروس محاصرة تفشي تفشي محاصرة كورونا
فيروس وباء احتواء كورونا المستجد
19-احتواء وباء كوفيد
553
Jadual 8 mengandungi istilah mengekang penularan yang bermaksud menyekat,
menahan atau mencegah (Kamus Dewan, 2007), dan dalam konteks ini adalah wabak
COVID-19 daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat dunia. Didapati bahwa
terdapat kepelbagaian penggunaan dalam kosa kata Arab yang menyajikan istilah
seperti تفشي محاصرة العدوى، تفشي كورونا serta خفض وباء كوفيد atau احتواء 19-احتواء . Kesemua istilah
Arab ini bermaksud menahan daripada menular, mengurangkan penularan serta
menyekat daripada merebak (www.almaany.com).
Jadual 9
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
9 perintah kawalan pergerakan القيود / القيود فرض
على الِركة
فرض قيود على التنقل
أمر تقييد الحركة
إجراءات تقييد الِركة
فرض حظر تجول
قرار تقييد الِركة
Jadual 9 memaparkan istilah dalam versi bahasa Melayu iaitu perintah kawalan
pergerakan dan merupakan satu arahan oleh pihak berwajib sejak berlakunya penularan
virus COVID-19 dalam komuniti sebagai tindakan memutuskan rantaian jangkitan
wabak ini tidak kira sama ada melibatkan kawasan mahupun orang awam. Perintah ini
bermaksud mengawasi dan menjaga pergerakan (Kamus Dewan, 2007) setiap ahli
masyarakat agar wabak ini dapat dibendung dan seterusnya berjaya dihapuskan. Setelah
penelitian dibuat, kajian mendapati bahawa terdapat variasi penggunaan istilah tersebut
bagi kosa kata Arab iaitu فرض القيود على الِركة، فرض قيود على التنقل، أمر تقييد الِركة، فرض حظر تجول dan قرارالِركة Kesemua istilah Arab ini merujuk kepada perintah dan arahan yang wajib . تقييد
dipatuhi bagi mengawal pergerakan dan perjalanan (www.almaany.com).
554
Jadual 10
No. Istilah Al sharq al Awsat Al Jazeera Arabic Bernama Arabic
10 kelaziman baharu/norma baharu
معيار الِياة الجديد الطبيعي الجديد المعتاد الجديد
Jadual 10 di atas menunjukkan penggunaan istilah baharu iaitu kelaziman baharu yang
muncul pada saat penularan wabak COVID-19. Setiap ahli masyarakat tidak kira tua atau
muda, kecil mahupun besar amat terkesan dengan gaya hidup kini yang memerlukan
kepada aturan, keadaan atau kebiasaan (Kamus Dewan, 2007) baharu. Begitu juga
dengan pola kehidupan yang lazimnya dipraktikkan dahulu, perlu kepada
pembaharuan gaya hidup yang berbeza sama sekali dengan munculnya wabak tersebut.
Manakala bagi versi bahasa Arab pula, kajian mengenalpasti variasi penggunaan istilah
iaitu الجديد الطبيعي الجديد، الجديدة dan المعتاد الِياة Kosa kata Arab ini membawa maksud . معيار
kebiasaan serta standard kehidupan baharu yang menyaksikan kelaziman aktiviti yang
melibatkan sentuhan dan jarak dekat perlu dielakkan demi kebiasaan baharu
(www.almaany.com).
PENUTUP
Pandemik COVID-19 telah mencetuskan satu fenomena kesihatan sejagat yang
membimbangkan. Seluruh dunia terkesan dengan penularan wabak ini, bukan hanya
dari segi kesihatan awam tetapi juga dari aspek ekonomi dan sosial. Masyarakat terpaksa
melalui satu bentuk norma baharu yang menuntut mereka mengamalkan penjagaan diri
yang ketat seperti menjaga penjarakan fizikal dan kerap membasuh tangan. Di Malaysia,
sebagai contoh, tiada lagi aktiviti berkumpulan atau acara sosial masyarakat dibenarkan
sewenang-wenangnya tanpa mengikut Tatacara Pengendalian Piawaian (SOP) yang
digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
Pendidikan juga tidak terlepas dari bahana wabak COVID-19. Warga pendidik
dan pelajar turut mengamalkan norma baharu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) yang menyaksikan penggunaan optimal pelbagai aplikasi teknologi
maklumat dan komunikasi. Pihak media massa pula membawakan berita-berita terkini
555
mengenai situasi wabak ini saban hari. Kita dapat saksikan penggunaan pelbagai istilah
sama ada yang lama mahu pun yang baharu berkaitan COVID-19 terpapar di media
elektronik seluruh dunia.
Antara penggunaan istilah baharu saat tercetusnya penularan wabak COVID-19
seperti kelaziman baharu, pengesanan kontak, penjarakan sosial dan Perintah Kawalan
Pergerakan. Terdapat juga perkataan yang sudah wujud dalam perkamusan bahasa,
namun penggunaannya semakin kerap rentetan penularan wabak ini seperti kuarantin,
penularan wabak dan vaksin. Penggunaan istilah seumpama ini sering kita lihat di dada
akhbar elektronik tidak kira dalam apa jua bahasa.
Hasil kajian ini mendapati terdapat variasi penggunaan istilah berkaitan COVID-
19 dalam surat khabar elektronik bahasa Arab. Didapati bahawa satu istilah adakalanya
mempunyai beberapa bentuk penggunaan walaupun dalam akhbar yang sama seperti
yang dipaparkan dalam contoh-contoh di atas. Kepelbagaian istilah yang digunakan
dalam akhbar menunjukkan kekayaan perbendaharaan kata bahasa Arab, berbanding
bahasa Melayu yang lazimnya menggunakan satu istilah sahaja bagi satu-satu maksud.
RUJUKAN
“Coronavirus cases”. n.d. Worldometer. https://www.worldometers.info/coronavirus/
(diakses pada 29 September 2020).
“Pelajari tentang sejarah wabak Coronavirus, MERS-CoV dan SARS-CoV”. n.d. Doctor
on Call. https://www.doctoroncall.com.my/pengenalan-coronavirus/sejarah
(diakses pada 28 September 2020).
Al-Jazeera Arabic. https://www.aljazeera.net (diakses mulai 12 Ogos 2020).
Al-Maany. https://www.almaany.com (diakses mulai 12 Ogos 2020).
Asharq al-Awsat. https://aawsat.com (diakses mulai 12 Ogos 2020).
Azwan Safbri. 2020, 20 April. Florida buka pantai, penduduk berpusu untuk beriadah.
Sinar Harian Online.
https://www.sinarharian.com.my/article/79817/GLOBAL/Florida-buka-pantai-
penduduk-berpusu-untuk-beriadah (diakses pada 15 September 2020).
Bernama Arabic. https://www.bernama.com/ar/index.php (diakses mulai 12 Ogos 2020).
Bernama. 2020, 17 Mei. Kronologi COVID-19 di Malaysia. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-COVID-
19-di-malaysia%2017%20mac%202020 (diakses pada 25 September 2020).
556
Junaini Kasdan, Rusmadi Baharudin & Anis Shahira Shamsuri. 2020. COVID-19 dalam
Korpus Peristilahan Bahasa Melayu: Analisis Sosioterminologi. GEMA Online
Journal of Language Studies, Vol 20 (3), August 2020, 221-241.
Kamus Dewan Edisi Empat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my (diakses mulai 12 Ogos
2020).
Suraiya Syed Mohamed. 2020, 19 Jun. Dari meja Ketua Pegarang. MyHealth for Life, Edisi
Khas COVID-19.
https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/emagazine/COVID/mobile/ind
ex.html (diakses pada 25 September 2020).
Taufiq Yap Yun Hin. 2020, 18 Mei. Kesan COVID-19 kepada manusia dan alam. Tinta
Minda. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842582 (diakses
pada 15 September 2020).
top related