undang-undang kontrak

Post on 01-Jul-2015

12.452 Views

Category:

Documents

20 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGENALAN KEPADA KONTRAK i) Tertaklok kepada Akta Kontrak

1950

ii) Tertaklok kepada Common Law

iii) Terpengaruh dgn Akta Kontrak India 1872

Definasi

S 2(h) Satu perjanjian yg boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang

S 2(g) Perjanjian yg tidak boleh dikuatkuasakan undang-undang

adalah batal.

S 10(1) semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas, pihak-pihak yg layak atau

memenuhi elemen-elemen kontrak.

s.10(2) huraikan kaitan dengan peruntukan diatas dari segi kesahan

Elemen-elemen Kontrak

a)Perjanjian

b) Balasan

c) Niat

d) Keupayaan

e) Ketentuan

f) Kerelaan Bebas

g) Tujuan yang sah

Perjanjian

Persetujuan yang dicapai oleh dua orang iaitu pencadang (offeror/

Promisor) dan penerima (offeree/ Promisee)

Balasan

Harga, nilai/ perbuatan pihak lain sebagai timbal balik. Perjanjian tanpa

balasan adalah batal.

Niat

Pihak berkontrak mempunyai niat untuk memasuki kontrak, untuk terikat disisi undang-

undang.

Keupayaan

Pihak berkontrak ada keupyaan dari segi mental dan umur.

Ketentuan

Syarat dan terma hendaklah jelas tidak samar-samar

Kerelaan bebas

Elakkan dari unsur-unsur paksaan, pengaruh tidak wajar khilaf, salah

nyataan dan tipuan ini akan menjadikan kontrak boleh batal

(voidable)

Tujuan yang Sah

Kontrak mesti ada tujuan dan objek yang sah tidak menyalahi undang-

undang

JENIS-JENIS KONTRAK

i) Kontrak bilateral

ii) Kontrak unilateral

BENTUK KONTRAK

i) Lisan

ii) Bertulis

CADANGAN

Definasi

S 2(a) satu penyataan keinginan untuk memasuki kontrak berdasarkan syarat-syarat dan diniatkan untuk terikat disisi

undang-undang

Cadangan boleh jadi secara nyata atau secara tersirat melalui tingkah laku- bila cadangan diterima, persetujuan tercapai

terbentuklah perjanjian

S 2 ( c) pembuat cadangan disebut pembuat janji dan penerima disebut penerima janji.

Cadangan boleh dibuat kepada

i) Orang tertentu-dia saja boleh terima

Boulton v jones

ii) Kumpulan tertentu-kumpulan itu saja boleh terima

Carlill v Carbolic smoke Ball Co

iii) Umum-sesiapa saja boleh terima

Contoh iklan kereta hilang.

Terma atau syarat yang terdapat dalam cadangan/tawaran hendaklah jelas

muktamat dan terperinci yang mungkin

Ahmad Meah &Anor V Nacodah Merican

Gutthing v Lynn

PELAWAAN/ CADANGA

Perbezaan

Pelawaan- mempelawa orang membuat cadangan bukan kontrak

Cadangan-menjemput orang membuat penerimaan- bila terima- kontrak ujud lihat contoh berikut untuk kefahaman

i) Peragaan barang

Pharmaceutical Society of G. B v Boots Cash Chemist Ltd

ii) Lelongan Barang- s 10 Enakmen Jualan lelong- sempurna bila jatuh

tukul kayu……

iii) Tender

Spencer v harding

Iklan

Coelho v Public Service Commission dalam kes Carlill mahkamah

memutuskan sebaliknya.

Komunikasi Cadangan

S 4 (1) cadangan hendaklah disampaikan dan ia menjadi lengkap

bila penerima tahu.

Pembatalan cadangan

S 5(1) satu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum

komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhdap pencadang

Menurut s 4(2)(a) komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap

pencadang bila komunikasi penerimaan itu dimasukkan dalam

perjalanan. (contoh)

S 6 memperuntukkan bagaimana satu cadangan itu batal

a)Komunikasi notis pembatalan oleh pencadang.

b) luput masa yg telah ditetapkan jika masa tidak ditentukan luput masa

yg manasabah

c) Penerima mungkir atas syarat penerimaan

d) Kematian atau sakit otak pencadang jika fakta itu diketahui

sebelum penerimaan

a)Komunikasi notis pembatalan Menurut S 4(3)(a) notis pembatalan

lengkap terhadap orang yg membuat pembatalan bila komunikasi itu

dimasukan kedalam perjalanan. S4(3)(b) terhadap orang kpd siapa pembatalan dibuat bila pembatalan

itu sampai kepengetahuannya (contoh)

Byrne v Van Tienhoven

b) Luput masa

Jika masa ditetapkan luputnya masa tersebut jika masa tidak ditetapkan luputnya masa yg

manasabah

Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd v Montefiore

c) Mungkir syarat penerimaan

Bila pencadang meletakkan syarat penerimaan penerima hendak memenuhi syarat penerimaan

itu sepenuhnya-jika tidak cadangan batal

Hyde v Wrench

d) Kematian atau sakit otak

Cadangan akan berakhir apabila pencadang mati atau sakit otak

dengan syarat kematian atau sakit otak tersebut diketahui oleh penerima

sebelum penerimaan dibuat.

Bradbury v Morgan

Harris v Fawcett

PENERIMAAN

Definasi s 2(b) Ianya berlaku bila orang kpd siapa cadangan dibuat menyatakan

persetujuan dgn cadangan itu.

Syarat penerimaan

S 7 Bagi menjadikan penerimaan itu sebagai janji ia mestilah

a)Mutlak dan tidak bersyarat

b) Dinyatakan secara biasa dan manasabah

a)Mutlak dan tidak bersyarat Penerimaan itu hendaklah tidak

mengubah apa syarat yg ada dalam cadangan

Hyde v Wrench

Bila ada perubahan dalam syarat atau penambahan ia dikatakan sebagai

tawaran atau cadangan balas.

b) Secara biasa dan manasabah Penerimaan satu cadangan hendaklah dibuat secara biasa dan resional jika

cadangan dgn surat, penerimaan juga dgn surat. Kecuali pencadang

menyatakan satu cara penerimaan yg lain

Penerimaan mestilah secara aktif oleh itu adakah bediam diri itu

penerimaan? Menutut prinsip umum penerimaan hendaklah dinyatakan

Felthose v Bindley

Kadangkala diam juga boleh jadi penerimaan saperti perbuatan

mendiamkan diri selepas menerima langganan majalah.

MASA PENERIMAAN

S 6 (b) menyatakan cadangan hendaklah diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tidak ditetapkan hendaklah terima dlm

tempoh yg manasabah

Kes Ramsgate dam

Freser v Everett

KOMUNIKASI PENERIMAAN

Prinsip umum penerimaan menjadi lengkap bila ia dikomunikasikan kpd pencadang.Keadaan ini berlaku bila kontrak secara serta merta saperti

teleks,telepon,lisan dan seumpamanya.

Enteros Ltd v Miles Far East Corp.

Prinsip ini tidak bolih digunakan jika kontrak dibuat melalui surat. Mesti ikut s 4

(2) (a) & (b)

Seksyen ini bermaksud bila kontrak dibuat melalui pos atau telegram, pihak

pencadang adalah terikat dgn satu penerimaan walaupun ia sebenarnya tidak mengetahui tentang penerimaan yg dibuat.

(lihat pendapat Denning L.J, misalan (b) s 4 )

Ignatius v Bell

Byrne v Tienhoven ( lihat Lindley J )

Manakala penerima hanya akan terikat bila komunikasi penerimaan sampai kpd pengetahuan Pencadang,(lihat s 4 (2)(b))

PEMBATALAN PENERIMAAN

Dari s 5(2) & s 4 (3)(a) &(b) difahamkan pembatalan penerimaan boleh dibuat

asalkan komunikasi pembatalan sampai lebih awal drpd komunikasi

penerimaan (contoh)

KOMUNIKASI PEMBATAL

Saperti peraturan komunikasi penerimaan, komunikasi pembatalan juga adalah lengkap dan sempurna

pada dua masa yg berbeza,

S 4(3)(a)&(b) (baca & Hurai , contoh)lihat kes Byrne v Tienhoven. (fakta)

BALASAN

Definasi s 2 (d) (baca)

Currie v Misa (hurai & contoh)

Jenis-jenis Balasan

a)Balasab Eksekutori

b) Balasan Tersempurna

c) Balasan Lampau

Balasan- beza antar common Law dan Akta kontrak

i) Balasan dari penerima janji

S 2(d) menyatakan balasan boleh dari sesiapa saja

Vankata chinnaya v Varikatara Maya

Common Law balasan hendaklah datang dari penerima janji

Tweddle v Atkinson

ii) Balasan Lampau

S 2(d) perkataan Telah menjadikan balasan lampau sah di Malaysia

Kepong Prospecting Ltd & Ors

V

Schmidt

Mengikut common Law balasan lampau tidak mengujudkan kontrak kecuali tindakan yg

dilakukan oleh penerima janji pada asalnya atas kehendak pembuat janji

Lampleigh v Brathwait

iii) Pembayaran Sebahagian

S 64(baca) Pembyaran sebahagian bolih melangsaikan keseluruhan hutang, s 64 ada

tiga bahagian

a)Penerima janji boleh membebaskan atau mengurangkan sebahagian atau keseluruhan

perlaksanaan janji

b) Penerima janji boleh melanjutkan masa untuk perlaksanaan janji

c) Penerima janji boleh menerima sebagai ganti sebarang pemenuhan janji yg ia fikir berpatutan.

Lihat misalan (b) &( c)

Kerpa Singh v Bariam Singh

Common Law tidak mengiktiraf pembayaran sebahagian boleh

melangsaikan keseluruhan hutang

Kes Pinnel

Foakes v Beer

Neuchatel Asphalte Co Ltd v Barnett

Balasan dan kewajipan undang-undang Apakah boleh seorang yg ada kewajipan disisi undang-undang menerima balasan

Stilk v Myrick

Collins v Godefroy (bezakan dengan)

Glassbrook Brothers Ltd v Glamorgan Conty Council

KEPERPADAAN BALASAN Samaada balasan itu mencukupi atau tidak (contoh) jika tidak berpada ia akan menimbulkan persoalan adakah kontrak itu dibuat dgn

kerelaan bebas, jika ada kerelaan kontrak itu sah walau pun balasan tidak berpada

lihat seksyen 26 huraian 2 dan misalan (f) & (g) Phang Swee Kim v Beh I Hock

Macon works & Trading Sdn Bhd v Phang Hon Chin & Anor

Chappell & Co Ltd v Nestle Co Ltd

KONTRAK TANPA BALASAN S26(a) Kontrak tanpa balasan

adalah batal. Tetapi seksyen ini memberi tiga syarat yg menjadikan

kontrak sah-:

i) Perjanjian mestilah bertulis

ii) Didaftarkan

iii) Dibuat atas dasar kasih sayang semula jadi

Re Tan Soh Sim

S 26 (b) Perjanjian memampas keseluruhan, atau sebahagian kepada orang yg telah

buat sesuatu secara sukarela, seksyen ini ada dua syarat

i) Mesti ada janji untuk memampaskan seorang lain yg telah melakukan sesuatu

ii) Perbuatan yg dilakukan adalah perbuatan yg pembuat janji boleh dipaksa disisi

undang-undang untuk melakukannya ( beri

contoh)

S 26 (c) Pembayaran hutang yg telah luput had masa

Seksyen ini ada 4 bahagian

i) Ada perjanjian secara bertulis

ii) Perjanjian itu ditanda tangani siberhutang atau agennya

iii) Perjanjian itu untuk bayar hutang keseluruhan atau sebahagian

iv) Hutang itu dihalang oleh had masa

Jika satu perjanjian baru dibuat untuk membayar hutang seluruhnya atau

sebagiannya, perjanjian itu sah walau pun tanpa balasan dengan syarat ia

mesti memenuhi 3 syarat yang teratas. Lihat s 26 misalan (c)

KEUPAYAAN BERKONTRAK S10(1) perkataan pihak yg layak

menunjukan keupayaan manakala S11 ada 3 keadaan keupayaan

i) Dewasa

ii) Berakal sempurna

iii) Tidak hilang kelayakan disisi undang-undang.

DEWASA

Rujuk Akta Dewasa 1971 – 18 tahun. Untuk pilihan raya-21 manakala untuk

perentisan -16 tahun

KONTRAK KANAK-KANAK

S 11 Kontrak yg dimasuki kanak-kanak adalah batal

Tan Hee Juan v The Boon Keat (rujuk ) Mohori Bibee v Dhurmodas Ghose

Kekecualian

i) Kontrak perkahwinan

ii) Kontrak keperluan hidup

iii) Kontrak biasiswa

iv) Kontrak insurans

Kontrak perkahwinan

Sah kontrak ini

Raeswary &Anor v Balakrishnan & Ors

Kontrak Keperluan hidup

S 69 membenarkan kanak berkontrak dgn syarat

i) Kontrak mesti dibuat oleh pihak kanak-kanak

ii) Kanak-kanak atau tanggungannya dibekalkan dgn keperluan hidup

iii) Keperluan itu sesuai dgn gaya hidupnya

iv) Kanak-kanak itu bertanggungan hanya jika mempunyai harta

v) Keperluan yg dibekalkan harganya manasabah

Nash v Inman

Kerajaan Malaysia v Gurcharan Singh & Ors

Doyle v White City Stadium

Kontrak biasiswa

S 2 Akta kontrak pindaan 1972 definasi perjanjian biasiswa

S 4 (a) Perjanjian biasiswa adalah sah walaupun yg berkontrak kanak-kanak

S 5(a) Munkir perjanjian siswa dan penjamin kena bayar walaupun

pemberi biasiswa tidak rugi apa-apa dan tidak boleh dipotong ikut tahun

perkhidmatan

Kontrak Insurans

Akta Insurans 1963 kanak-kanak boleh memasuki kontrak insurans

untuk dirinya dan hartanya. Ia boleh berkontrak dgn sendirinya bila

berumur 16 tahun keatas dan jika ia berumur 10 tahun keatas berkontrak

dgn keizinan bertulis dari ibu bapanya atau penjaganya.

SALAHNYATAAN MENGENAI UMUR Apakah yg akan berlaku jika kanak-kanak tipu umur? Lihat kes-kes ini

Natesan v Thanaletchumi

Mohamad Syedol Ariffin v Yeoh Ooi Gark

R Leslie Ltd v Sheil

PEMULIHAN SEMULA/RESTITUSI s 66 (baca) mana-mana orang yg telah menerima faedah dari satu kontrak

yg diisytiharkan batal hendaklah memulangkan faedah itu atau

memberi pampasan kpd pihak yg satu lagi.

Akta Pemulihan Spesifik 1950 s 37 (baca) dan s 40 (baca)

Dua peruntukan itu membawa arti yg sama dimana mahkamah mempunyai budi bicara untuk memutuskan agar

pampasan atau pengembalian faedah diberi apabila diisytihar penamatan/ pembatalan kontrak demi keadilan

Tan Hee Juan v The Boon Keat Leha Jusoh v Awang Johari Hashim

Berakal Sempurna.

S 12(1) (baca) memberi takrif sempurna akal ada dua elemen

a)Pada masa membuat kontrak ia berupaya memahami kontrak yg

dibuat

b) Berupaya membuat pertimbangan yg rasional terhadap kesan kontrak

tersebut

S 12(2) (baca) seorang yg biasanya tak sempurna akal tapi sekali sekala

berakal sempurna boleh berkontrak pada masa ia sempurna akal (contoh)

S 12(3) (baca) seorang yg biasanya berakal sempurna tapi sekali sekala tak sempurna akal tidak boleh buat kontrak ketika tak berakal sempurna

(contoh untuk kedua seksyen diatas)

Beban Pembuktian ketidak sempurnaan akal terletak keatas orang yg dakwa ia tidak sempurna akal jika pihak yg satu lagi tidak mengetahui

ketidak sempurnaan akalnya.

Imperial Loan v Stone

Che Som bt Yip &Ors v Maha Pte Ltd

Asia Commercial Finance (M) Bhd v Yap Bee Lee & 6 Ors.

Tidak Hilang Kelayakan

S 11 (baca) Seorang diktakan hilang kelayakan apabila ditegah oleh undang- undang secara khusus

Gan Hong Hoe v Gan Kian Kee

i) Berperang antara dua negara

ii) Embargo PBB

iii) Hubungan diplomatik

NIAT

Didalam hati-tidak dapat dilihat – bagaimana mahkamah menentukan

niat- Akta tidak takrif niat – lihat Common Law

Carlill v Carbolic Smoke Ball Co

Rose & Frank Co v Crompton

ANGGAPAN UNDANG-UNDANG TERHADAP NIAT

Perjanjian ada dua

i) Perjanjian Domestik – tiada niat -boleh diakaskan

ii) Perjanjian Komesial- ada niat - boleh diakaskan

(beri contoh kedua-duanya)

Perjanjian Domestik

Perjanjian suami dan isteri,bapa dan anak tiada niat kecuali diboktikan

sebaliknya

Balfour v Balfour

Gould v Gould

Meritt v Meritt

Simpkins v Pays

Perjanjian Komesial

Biasanya kontrak ini dianggap ada niat kecuali diboktikan sebaliknya.

Rose & Frank Co v JR Crompton & Bros Ltd

Winn v Bull

Chiong Ah Hui v Ban Choon Co

Kam Mah Teater Sdn Bhd v Tan Lay Soon

Koh Kia Hong v Guo Enterprise Pte Ltd

KETENTUAN

Satu kontrak mestilah jelas tiada kesamaran

S 30 satu kesamaran boleh menjadikan kontrak boleh batal jika ada ketak tentuan.

Faktor ketaktentuan

a)Bahasa yg samar tidak tentu maknanya

b) Kontrak tidak mencapai perkara pokok atau syarat utama kontrak

Perjanjian yg mengandungi bahasa yg kabur atau makna yg samar-samar

boleh menjadikan kontrak batal

Lihat s 30 misalan a,b,e dan f

Karuppan Chetty v Suah Thian

KONTRAK BOLEH BATAL

S 2(h) Kontrak yg sah

S 2(g) Kontrak yg boleh dikuatkuasa

Kontrak yg tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang boleh ada tiga jenis

i) Kontrak batal

ii) Kontrak boleh batal

iii) Kontrak yg tidak boleh dikuatkuasakan(Bezakan kedua-duanya)

KONTRAK BOLEH BATAL

S 2(i) Sahingga diketepikan

Kontrak boleh batal mungkin telah memenuhi ciri-ciri kontrak tetapi

mempunyai unsur-unsur yg boleh menjadikan kontrak itu boleh batal.

(huraikan)

KONTRAK BATAL

Kontrak yg tidak memenuhi ciri-ciri kontrak ianya batal dari awal-awal lagi-

pehak yg berkontrak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan- kontrak batal tidak sah disisi undang-undang

(hurai)

KONTRAK YANG TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN

Kontrak ini asalnya sah tetapi tidak boleh dikuatkuasakan kerana gagal

memenuhi fomaliti yg diperlukan oleh statut atau undang-undang – pehak

berkontrak tidak boleh bawa kemahkamah untuk menguat kuasakan

haknya (hurai)

KERELAAN BEBAS

S 10 Kontrak sah jika ada Kerelaan

S 13 Pehak berkontrak bersetuju mengenai satu perkara yg sama dalam pengertian yg sama

S 14 Kerelaan bebas tiada unsur

i) Paksaan

ii) Pengaruh tak berpatutan

iii) Tipu (frod)

iv) Salahnyataan

v) Khilaf

PAKSAAN

Takrif s 15- kekerasan/ ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap diri,

keluarga/hartanya.tujuan untuk paksa seseorang berkontrak

Ciri-ciri Paksaan

a)Kekerasan atau ancaman

Dimana kekerasan atau ancaman itu adalah kesalahan dibawah kanun keseksaan

sahaja (lihat misalan s 15)

b) Perbuatan memaksa

Ada dua elemen

a) Guna tekanan/paksaan untuk mempengruhi seseorang sahingga kerelaannya tidak bebas

b) Tekanan/paksaan bertentangan dgn undang-undang

Kesarmal a/l Letchumanan v Valiappa Chettiar

Kaufman v Gerson

Chin Nam Bee Development Sdn Bhd v

Tai Kim Choo & 4 YL

PENGARUH TAK BERPATUTAN

Takrif s 16 (1) (baca) jika ada pertalian atau perhubungan antara pehak yg

berkontrak menyebabkan

a)Satu pehak berupaya menguasai kemahuan pehak yg lain, dan

b) Pehak yg menguasai mengguna kedudukannya untuk memperolehi

kelebihan yg tidak adil.( beri contoh ada

hubungan/pertalian)

S 16(2) Anggapan menguasai kemahuan orang lain jika memenuhi salah satu ciri-

ciri berikut

a)Memegang kuasa benar/kuasa zahir keatas orang lain

b) Terdapat perkaitan amanah antara pehak yg berkontrak

c) Buat kontrak dgn orang cacat atau terjejas akal, disebabkan oleh faktor usia, penyakit, penderitaan akal atau

jasmani, sementara/kekal

S 16 (misalan a) mengenai kuasa benar (misalan

b) mengenai perhubungan amanah

Dalam kontrak ini bukan sekadar ada kuasa dan kedudukan sahaja tetapi mesti boktikan pengaruh dan kuasa

tersebut telah digunakan.

S 16(3) (baca) beban pembuktian terletak atas orang yg mempunyai kuasa,

pengaruh dan kedudukan.

CIRI-CIRI PENGARUH TAK BERPATUTAN

Dalam Ragunath Prasad v Sarju Prasad ada 3 prinsip utama penentu pengaruh tak

berpatutan

i) Ujud hubungan zahir dan salah seorang berada dlm kedudukan boleh mempengaruhi

kemahuan yg lain

ii) Kontrak yg dimasuki dipengaruhi oleh pengaruh tak berpatutan

iii) Beban pembuktian atas orang yg boleh mempengaruhi

Salwath Haneem v Hadjee Abdullah

Chait Singh v Budin b Abdullah

Datuk Juginder Singh & YL vTara Rajaratnam Che Som bt Yip & YL v Maha Pte Ltd

& YL

Ketiga-tiga kes diatas membincangkan 3 prinsip tadi.

S 20 (baca) Orang yg dipengaruhi boleh memilih samaada batalkan kontrak

jika belum terima faedah atau terima dgn syarat jika telah terima mamfaat

(Liahat misalan a & b )

Letchemy Arumugam v Annamalay

S 66 orang yg dipengaruhi berhak mendapat kembali sebarang faedah yg hilang jika kontrak itu diisytihar

batal

SALAHNYATAAN IKHLAS

S18 Definasi salahnyataan

i) Ketegasan positif yg tidak benar tetapi dipercayai benar

ii) Mana-mana pelanggaran kewajipan yg tanpa niat menipu memberi kelebihan

kepada orang byg melanggarnya

iii) Menyebabkan walaupun dgn ikhlas satu pehak berkontrak membuat kesilapan

tentang benda yg menjadi pokok perjanjian.

Kenyataan yg dikeluarkan hendaklah menjadi satu kenyataan fakta bukan pendapat

Bisset v wilkinson

Kekecualian

S 19 apabila ujud salah nyataan pehak yg berkontrak boleh menerimanya atau

membatalkannya seolah-olah salah nyataan tak pernah ujud tetapi tertakluk kpd 2

kekecualian

i) Pehak yg menerima kenyataan mengtahui bahaw butir kenyataan tersebut adalah tidak benar ( contoh)

ii) Salah nyata telah dibuat kpd pehak yg berpeluang untuk mengetahui

kebenaran kenyataan itu tetapi tidak berbuat demikian

J.C weber v E.A.B. Brown

Kesan salahnyataan ikhlas

Kontrak itu boleh batal atas pilihan, ia akan terus sah sahinggalah ia

dibatalkan

Hak pehak yg tidak bersalah

Apabila kontrak dibatalkan boleh tuntut apa-apa faedah yg telah diserahkan dan jika rugi boleh tuntut ganti rugi

FROD ( TIPUAN )

S 17 Melakukan tidakan mendorong orang lain untuk berkontrak

a)Saranan yg tidak benar oleh seorang yg memoercayainya tidak

benar

b) Penyembunyian secara aktif satu fakta oleh seorang yg mengetahui

atau mempercayai kebenaran fakta itu

c) Membuat janji tanpa sebarang niat untuk memenuhi janji itu

d) Mana-mana perbuatan lain yg sesuai untuk memperdaya

e) Mana-mana perbuatan/ tinggalan yg secara khusus dinyatakan oleh undang-

undang sebagai tipu

Niat adalah perkara penting, kontrak boleh batal atas pilihan pehak yg ditipu.

Perbezaan tipu dan salahnyatan ikhlas

Dlm undang-undang inggeris salah- nyataan terbahagi dua-salahnyataan

Ikhlas dan tipuan

Manakala undang Malaysia salah- nyataan diperuntukan dlm s 18

manakala tipuan dlm s 17

Pembuktian dlm undang-undang Inggeris bergantung pd Pengetahuan-tak tahu-salahnyataan, tahu- tipuan.

Kes Deery v Peek

“Frod dapat dibuktikan apabila salahnyataan dilakukan secara

sengaja sedangkan ia mengetahui satu fakta itu tidak benar

Manakala undang-undang Malaysia bergantung pd niat sesaorang.

Kategori Tipuan

S 17 (a) (baca dan contoh )

Senanayake v Annie Yeo

Kheng Chwee Lian v Wong TakThong

S 17 (b) (baca dan misalan)

S 17 (c) (baca & contoh )

Letchemy Arumugam v Annamalay

S 17 (d) (baca ) mahkamah punyai budi bicara luas bagi menganggap satu nyataan itu sebagai tipuan.

Prinsip umum

S 17 semata-mata diam bukanlah satu tipuan

Dlm s 17 juga disebut jika berkata-kata itu perlu dan wajib jika ia mendiamkan diri

dianggap itu satu tipuan. Ada dua keadaan dalam s 17 ini

S 17(1) Wajib berkata-kata (kekecualian)

Dibawah ini ada 3 keadaan yg lebih khusus

a)Nyataan dahulu kemudian menjadi tidak benar (contoh )

b) Ujudnya perkaitan amanah antara pehak yg berkontrak (misalan b)

c) Kontrak uberimae fidei

Biasanya kontrak insurens

S 17 (2) Pembisuan sama dgn berkata-kata (misalan c) dan kadang kala kenyataan separuh

benar juga dikatakan sebagai tipuan

R v Kyslant

KHILAF

S 21 (baca) ada dua aspek dlm seksyen ini

i) Perjanjian batal atas alasan Khilaf, dan khilaf itu dilakukan oleh kedua-

dua pehak bukan sebelah pehak

ii) Khilaf itu menyentuh perkara fakta penting dlm kontrak tersebut ( huraian dan

misalan a, b, c s 21 )

Keadaan yg membatalkan kontrak kerana Khilaf

Ada dua keadaan

i) Kedua pehak yg berkontrak membuat khilaf yg sama tentang kewujudan perkara pokok dlm

kontrak mereka

ii) Couturier v Hastie

iii) Kedua pehak berkontrak membuat khilaf yg berlainan sahingga masing-masing tidak memahami antara satu sama lain (contoh )

Raffles v Wichelhaus

Khilaf Undang-undang

S 22 (baca dan misal ) prinsip umum khilaf undang-undang tidak boleh dijadikan

sebab membatal kontrak

Seck v Wong & Lee

S 23 (baca) prinsip umum tidak boleh membatalkan kontrak tetapi ada

kekecualiannya

i) Khilaf Identiti pehak yg lain

Jikakalau berlaku khilaf identiti pehak yg khilaf boleh membatal mesti bokti

a) Identiti merupakan perkara penting dalam kontrak

b) Pehak lain sedar bukan dia yg sepatutnya membuat kontrak

c) Orang yg khilaf telah mengambil langkah manasabah untuk mengenal pasti orang yg

berurusan

Cundy v Lindsey

ii) Khilaf fakta tentang jenis dokumen seorang yg menanda tangani satu

dokumen adalah terikat dgn dokumen itu kecuali ia dapat boktikan itu bukan

dokumennya “ non est factum” Serangoon Garden Estate Ltd v Marian

Chye

Subramaniam v Retnam

Awang bin Omar v Hj Omar & Anor

PERJANJIAN YG MENYALAHI UNDANG-UNDANG

S 2 (g) Ia adalah satu perjanjian yg tidak boleh dikuat kuasakan kerana ia bertentangan dgn

undang-undang dan batal diantara disenaraikan oleh s 24 dimana balasan/tujuan

a) Ia dilarang oleh undang-undang

b) Mengecewakan undang-undang

c) Merupakan satu penipuan

d) Memudaratkan diri/harta orang

e) Dianggap oleh mahkamah tidak bermoral/bertentangan dgn muslahat awam

Kesan dan Relif Khilaf

S 14 (baca) kesan khilaf fakta kedua pehak dan khilaf sepehak dlm kes tertentu batal maka relif yg boleh dituntut

oleh pehak tidak bersalah ialah i) membatalkan kontrak

ii) Mendapatkan kembali faedah

S 66 dan s 37 Akta Relif Spesifik 1950

iii) Memohon ganti rugi

iv) Meneruskan kontrak dengan melakukan pembetulan

S 30 Akta Relif Spesifik

Oh Hiam v Tham Kong

Syarikat Lean Hup ( Liew brothers) sdn Bhd v cheow Chong Thai

S 24 (a) & ( b ) biasanya satu kontrak yg tujuan/balasan dilarang oleh undang-

undang jika dibenarkan ia mengecewakan peruntukan undang-undang oleh itu ianya

dibincangkan bersama (lihat kes-kes berikut)

Hee Cheng v Krishnan

Murugesan v Krishnasamy & YL

Rasiah Munusamy v Lim Tan & son Sdn Bhd

Palaniappa Chettiar v Arunasalam Chettiar

S 24 (c) Kontrak balasan/tujuan tipuan adalah batal ( contoh )

S 24 (d) Kontrak yg mendatangkan mudarat pada diri atau harta orang lain

adalah batal

Syed Ahmad b Mohamed alhabsyee v

Putih binti Sabtu

S 24 (e) ( baca ) seksyen ini ada dua bahagian

a)Kontrak tidak bemoral

b) Kontrak bertentang dgn maslahat awam

Kontrak tidak bermoral- dimana kontrak membolehkan seseorang menjalankan

aktiviti tidak bermoral ( misalan )

Pearce v brooks

Aroomoogam Chitty v Lim Ah Hang

Kontrak yg bertentangan dgn dasar awam- kontrak yg memudaratkan

masyarakat- bertentangan dgn kebaikan umum-apa sahaja yg

memudaratkan kepentingan ekonomi dan sosial masyarakat adalah

dilarang

Kita boleh bahagikan kontrak yg bertentangan dgn kepentingan awam

kpd :-

i) Perjanjian memudaratkan perkhidmatan awam (misalan f s 24 )

Parkinson v College of Ambulance

ii) Perjanjian menghalang perjalanan keadilan (misalan h s 24 )

iii) Perjanjian yg bertentangan dgn kepentingan negara

umpamanya perjanjian perdagangan dgn negara musuh.

Foster v Drisscoll

Regazzono v Re Sethia

iv) Kontrak yg menjejaskan Kebebasan dan kesetabilan perkahwinan

S 27 (baca ) sebarang perjanjian yg menggugat /melemahkan kesetabilan perkahwinan adalah

batal- tetapi jika perkahwinan itu telah retak perjanjian itu sah

Hamzah bin Musa v Fatimah Zaharah binti Mohamed Jalal

Kontrak broker perkahwinan batal

Khem Singh v Anok Singh

Karpen Tandil v Karpen

KONTRAK YG MENGHALANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG

S 29 ( baca ) Kontrak yg mana terdapat peruntukan menghalang pihak-pihak dlm

kontrak menguatkuasakan haknya adalah batal

Corporation Royal Exchange v Teck Guan

Chop Eng Thye Co v Malaysia Insurance Sdn Bhd

Ada tiga kekeculian pada peruntukan s 29 ini

a) Dua-dua pihak bersetuju menyelesaikan pertikaian masa hadapan melalui timbang tara

b) Kontrak untuk merujuk kpd timbang tara pertikaian yg telah berbangkit

c) Kontrak biasiswa antara kerajaan dan pelajar jikan ada peruntukan bahawa semua

tindakan adalah atas budi bicaranya dan tidak boleh disoal oleh mahkamah

Dari sini ada dua sekatan satu tidak sah jikan larangan itu mutlak dan yg kedua boleh jika

ada mekanisma iaitu rujuk timbang tara

KONTRAK MENGHALANG PERDAGANGAN

S 28 (baca) Perjanjian menghalang perniagaan adalah batal

Wringglewoth v Anthony Wilson

Walaubagaimana pun s 28 ada tiga kekecualian

i) Jualan nama baik satu perniagaan

ii) Menyekat rakan kongsi menjalankan perniagaan sebelum perkongsian dibubarkan

iii) Menyekat rakan kongsi berniaga semasa perkongsian beroporasi

Kesan kontrak menyalahi undang-undang

Pihak yg menyalahi undang-undang tidak boleh menguatkuasakan kontrak “Ex turpi causa non oritor actio” atau

“Ex dolo malo non oritor actio”

Pihak yg berkontrak tidak boleh menuntut semula harta atau wang yg

dipindah milik. Tetapi ada dua kekecualian

i) Pihak yg menuntut tidak bergantung kpd perjanjian itu tetapi menuntut atas alasan

lain

Sajan Singh v Sardara Ali

ii) S 66 (baca) pemulihan melalui restitusi- jika kedua-dua pihak tidak tahu ketaksahan

perjanjian itu

Ahmad bin Udoh & Anor

V

Ng Aik Chong

top related