ulumul qur'an (3)

Post on 23-Jun-2015

4.790 Views

Category:

Education

16 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pengertian Wahyu.

TRANSCRIPT

ULUMUL QURAN:

Oleh: Ustaz Idris Bin Hj Ahmad

Pentauliahan Guru Pengajian Qur’an

(QTRS)

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

ULUMUL QURAN: Wahyu Pengertian Wahyu Cara Penuruan Wahyu Kepentingan Wahyu Tokoh Penulis Wahyu Penulisan, Pengumpulan & Pembukuan Al-Qur’an

WAHYU Pengertian bahasa: Kata masdar yang bermaksud; tersembunyi atau cepat Wahyu ialah pemberitahuan secara

tersembunyi dan cepat tanpa diketahui orang lain.

Pelbagai pengertian wahyu dari sudut bahasa:1. Ilham

2. Ilham yang berupa naluri kepada binatang:

3. Isyarat:

4. Bisikan:

Perintah kepada malaikat:

WAHYU Pengertian syara’: Kalam Allah yang diturunkan kepada

seorang Nabi.

WAHYU ALLAH KEPADA PARA RASUL :

Dua cara Allah menyampaikan wahyu kepada para Rasul: 1. Melalui perantaraan 2. Tanpa perantaraan

Dua cara wahyu tanpa perantaraan:

1. Mimpi yang benar

Daripada ‘Aisyah ra dia berkata, “Sesungguhnya apa yang mula-mula terjadi bagi Rasulullah saw adalah mimpi yang benar di waktu tidur. Beliau tidaklah melihat mimpi kecuali mimpi itu datang bagaikan terangnya pagi hari.” Mutaffaq ‘alaih.

Di dalam sahih Muslim, daripada Anas dia berkata, “Ketika Rasulullah saw

pada suatu hari berada di antara kamu di dalam masjid, tiba-tiba dia mendekur, kemudian mengangkat kepalanya dalam keadaan tersenyum. Aku bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan tuan tertawa ya Rasulullah? Dia menjawab: Tadi telah turun kepadaku sebuah surah, lalu dia membaca:

a) Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. b) Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. c) Sesungguhnya orang-orang yang

membenci kamu dialah yang terputus.

2. Kalam Ilahi dari balik tabir dalam keadaan jaga:

3. Allah berbicara secara langsung

kepada Rasulullah saw pada malam Isra’ dan

Mi’raj.

Dua cara wahyu dengan perantaraan malaikat:

1. Datang kepada Rasulullah saw seperti dencingan loceng dan suara yang amat kuat. Cara ini yang paling berat buat Rasulullah saw. 2. Malaikat Jibril datang menjelma kepada Rasulullah dalam bentuk manusia.

Kedua cara tersebut dalam sebuah hadith dariapda Aisyah bahawa Harith bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah saw tentang cara wahyu turun. Jawab Rasulullah saw: “Kadang-kadang datang kepadaku bagaikan decingan loceng, dan itulah yang paling berat bagiku, lalu dia pergi. Dan aku menyedari apa yang dikatakannya.

Dan terkadang malaikat menjelma kepadaku sebagai seorang lelaki lalu dia berbicara kepadaku dan aku memahami apa yang dia katakan.

Aisyah juga meriwayatkan apa yang dialami oleh Rasulullah saw: “Aku pernah melihatnya tatkala wahyu sedang turun kepadanya pada suatu hari yang amat dingin. Lalu malaikat itu pergi, sedang keringat pun mengucur dari dahi Rasulullah saw.”

Di dalam Sahih Bukhari terdapat hadith:

“Apabila Allah menghendaki suatu urusan di langit, maka para malaikat memukul-mukul sayanya kerana tunduk kepad firman-Nya, bagaikan gemercingnya mata rantai di atas batu-batu yang licin.”

Penulisan, Pengumpulan & Pembukuan Al-Quran:

Peringkat zaman

pengumpulan Al-Quran:

1) Zaman Rasulullah saw 2) Zaman Abu Bakar 3) Zaman Uthman bin Affan

1) Zaman Rasulullah saw:

a) Menghafal b) Tulisan

HAFALAN:

Di antara para huffaz (hafiz) pada zaman Rasulullah saw sebagaimana disebut dalam Sahih Bukhari adalah Abdullah bin Mas’ud, Salim bin Maqal, Mu’za bin Jabal, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Abu Zaid bin Sakan dan Abu Darda’

PENULISAN: Penulis yang ditugaskan menulis

wahyu pada zaman Rasulullah saw adalah:

Saiyidina Ali bin Abi Thalib Mu’awiyah Ubay bin Ka’ab Zaid bin Thabit

Ada juga sahabat yang menuliskan al-Qur’an tanpa diperintah oleh Nabi saw;

mereka menulisnya pada pelepah kurma, lempengan batu, daun lontar, kulit atau daun kayu, pelana, potongan tulang – belulang binatang.

Zaid bin Thabit pernah berkata, “Kami menyusun al-Quran di hadapan

Rasulullah saw pada kulit binatang.” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak)

Tulisan-tulisan al-Quran dimiliki oleh sebahagian pada sahabat. Rasulullah saw pulang ke rahmatullah di

saat Al-Quran belum dikumpulkan dalam satu mushaf.

Zaid bin Thabit adalah orang terakhir kali membacakan Quran di hadapan Rasulullah saw secara keseluruhannya.

Abdullah bin Abbas berkata, “Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dan puncaknya adalah pada bulan Ramadan ketika ditemui oleh Jibril. Baginda ditemui Jibril pada setiap malam bulan Ramadan; Jibril membacakan al-Quran kepadanya. Dan saat Rasulullah saw ditemui oleh Jibril itu dia sangat pemurah sekali.”

2) Zaman Abu Bakar: Saranan Umar ibnul Khattab kepada Khalifah Abu Bakr setelah

peperangan al-Yamama telah menelan korban begitu besar dari para penghafal Al Qur'an.

Arahan Abu Bakar: Abu Bakr mengatakan pada 'Umar dan

Zaid, "Duduklah di depan pintu gerbang Masjid Nabawi. Jika ada orang membawa (memberi tahu) anda tentang sepotong ayat dari Kitab Allah dengan dua orang saksi, maka tulislah”.

(Ibn Abi Dawud, al-Mashafi, hlm. 6. Lihat juga Ibn Hajar, Farhul Bari, ix: 14).

Penyimpanan Suhuf dalam

Arsip Kenegaraan:

Setelah tugas terselesaikan, kompilasi Al-Qur'an disimpan dalam arsip kenegaraan di bawah pengawasan Abu Bakr.

3) Zaman Uthman bin Affan:

Hudhaifa bin al-Yaman dari perbatasan Azerbaijan dan Armenia, yang telah menyatukan kekuatan perang Irak dengan pasukan perang Suriah, pergi menemui Uthman, setelah melihat perbezaan di kalangan umat Islam di beberapa wilayah dalam membaca Al-Qur'an- Perbezaan yang dapat melahimya perpecahan. "Oh khalifah, ambillah tindakan untuk umat ini sebelum berselisih tentang kitab mereka seperti orang Kristen dan Yahudi.' "

(AI-Bukhari, Sahih, hadith no. 4987)

Komiti penulis al-Quran:

Ibn Sirin, (w.110 H.) meriwayatkan: Ketika 'Uthman memutuskan untuk

menyatukan Al-Qur'an, dia mengumpulkan komiti yang terdiri

dari dua belas orang dari kedua-dua suku Quraish dan Ansar. Di antara mereka adalah Ubayy bin Ka'b dan Zaid bin Thabit.

Tokoh penulis wayhu:

1. Zaid bin Thabit 2. Ubay bin Ka’ab 3. Mu’az bin Jabal 4. Mu’awiyah bin Abi Sufyan

Nuzul Al-Quran: Pengertian Cara Nuzul al-Quran: Penurunan sekali gus (Jumlatan) Penurunan beransur-ansur (Munajjaman) Ayat yang pertama turun Ayat yang terakhir turun Sebab Nuzul

Nuzul al-Qur’an:

Pengertian bahasa: Nazala – turun dari tempat yang tinggi.

Pengertian istilah: Penurunan al-Quran dari Lauh Mahfuz

ke Baitul Izzah di langit dunia dan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad saw.

Cara Nuzul al-Quran:

1. Nuzul Jumlatan Wahidatan (Sekali gus) 2. Nuzul Munajjaman (Beransur-ansur)

Penurunan sekali gus (Jumlatan Wahidatan):

Turun al-Qur’an ke Baitul ‘Izzah

Penurunan sekali gus (Jumlatan Wahidatan):

Penurunan sekali gus (Jumlatan Wahidatan):

3 Pendapat Ulama mengenai penurunan pada Lailatul Qadar: Pendapat Pertama:

Pendapat Ibn Abbas dan jumhur

ulama.

Al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia pada Lailatul Qadar, selepas itu diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi saw.

Pendapat Kedua:

Pendapat al-Sya’bi dan

jumhur ulama.

Al-Quran diturunkan pertama kali kepada Nabi saw pada Lailatul Qadar, selepas itu diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Pendapat Ketiga:

Pendapat sebahagian ulama tafsir.

Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada 23 Lailatul Qadar, selama

23 tahun.

Nuzul Munajjaman (Beransur-ansur):

Antara Hikmah Penurunan

Beransur-ansur: Memudahkan Nabi saw menghafal dan

memahaminya. Menguatkan dan meneguhkan hati

Rasulullah saw. Supaya Nabi saw sentiasa bergembira

serta terhibur dan merasa hampir dengan Allah.

Menyesuaikan dengan peristiwa dan penetapan hukum-hukum.

Ayat pertama diturunkan:

Terdapat 4 pendapat ulama’

Pendapat pertama:

Pendapat kedua:

Pendapat ketiga:

Pendapat keempat:

Ayat terakhir diturunkan:

Terdapat 6 pendapat ulama’

Pendapat pertama:

Pendapat kedua:

Pendapat ketiga:

Pendapat keempat:

Pendapat kelima:

Pendapat keenam:

Sebab Nuzul: Pengertian Sebab Nuzul Cara Mengetahui Sebab Nuzul Riwayat & Ungkapan Sebab Nuzul Pembahagian Nuzul Al-Quran Pegangan Ialah Lafaz Umum Bukan

Sebab Khusus Faedah Mengetahui Sebab Nuzul

Pengertian Sebab Nuzul:

Berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat mengenainya.

Pemberian jawapan terhadap sesuatu persoalan atau hukum.

Cara Mengetahui Sebab Nuzul:

Untuk mengetahui sebab nuzul, ulama’ hanya berpegang kepada riwayat yang sahih daripada Rasulullah dan riwayat yang sarih daripada para sahabat.

Ungkapan Sebab Nuzul:

Pernyataan yang jelas di dalam sesebuah riwayat seperti “sebab turun ayat ini adalah”.

Ungkapan yang menunjukkan urutan peristiwa dengan menggunakan fa al-Ta’qibiyah seperti “maka turunlah ayat”.

Pembahagian Nuzul Al-Qur’an:

1. Penurunan al-Quran tanpa sebab 2. Penurunan al-Quran bersebab

Penurunan al-Qur’an tanpa sebab:

1. Sebagai panduan ke jalan

yang benar. 2. Menceritakan tentang umat dahulu.

Penurunan al-Qur’an bersebab:

1. Untuk menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan. 2. Menjawab pertanyaan yang diajukan kepada baginda saw. 3. Apabila Nabi saw ditanya tentang sesuatu hukum. 4. Apabila berlaku sesutu peristiwa.

Pembahagian penurunan bersebab:

1. Satu ayat satu sebab nuzul. 2. Satu ayat beberapa sebab nuzul. 3. Satu sebab nuzul untuk beberapa ayat.

1. Satu ayat satu sebab nuzul:

Contoh: Surah al-Masad

2. Satu ayat beberapa sebab nuzul:

1. Sekiranya riwayat itu lebih dari satu atau banyak, maka yang diambil adalah yang sahih. 2. Sekiranya ada dua riwayat yang sahih, maka diambil riwayat yang paling sahih. 3. Sekiranya kedua-duanya sahih, maka diterima kedua-dua riwayat, dengan alasan diturunkan

selepas untuk dua peristiwa serentak. 4. Sekiranya kedua-duanya sahih dan tidak dapat

dikumpulkan serentak, maka dianggap ayat tersebut diturunkan berulang kali.

3. Satu sebab nuzul untuk beberapa ayat:

Ini menunjukkan permasalahan itu penting hingga banyak ayat diturunkan berkenaan satu peristiwa.

Pegangan Ialah Lafaz Umum Bukan Sebab Khusus: A) Apabila sesuatu ayat diturunkan dengan lafaz umum, maka hukumnya adalah untuk umum.

B) Apabila sesuatu ayat diturunkan dengan lafaz khusus, maka hukum khas diterapkan.

C) Jika sebab turun itu khusus, tetapi ayat itu berbentuk umum. Maka ulama berbeza pendapat. D) Jumhur berpendapat bahawa yang menjadi pegangan ialah lafaz yang umum bukannya sebab yang khusus. E) Segelintir ulama mengatakan pegangan ialah pada sebab yagn khusus, bukan lafaz yang umum.

Faedah Mengetahui Sebab Nuzul:

1) Mengetahui hikmah sesuatu hukum. 2) Membantu dalam memahami ayat dan maksud al-Qur’an. 3) Mengetahui pengkhususan hukum. 4) Membantu ahli Fiqh dalam mengithbatkan sesuatu hukum.

top related