ulasan kajian tindakan

Post on 05-Aug-2015

877 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ULASAN KAJIAN TINDAKAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN PERKARA RUKUN DENGAN PERKARA SUNAT DALAM SOLAT MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN MONOPOLI

RAZEMAH BINTI KAMARUDDIN NURUL ADILAH BINTI NOH

PENGENALAN

Kajian ini telah dibuat oleh Cikgu Norhaya Ishak, Cikgu Tuan Rozaini Tuan Rani, Cikgu Norazman Mohaimin dan Cikgu Rokiah Mohamed dari SK Seri Machap, Kluang, Johor.

Sumber kajian ini diperoleh daripada Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 di Laman Web www.arjpnj.com/ktindak/files/rukunsolat.pdf

Kumpulan sasaran : 5 orang murid tahun 4 Bijak

Tujuan kajian : mengetahui sejauh mana murid tahun 4 Bijak dapat membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat.

MODEL “SOCIAL SITUATION”

1) IDENTIFYING A FOCUS OF INTEREST OR A PROBLEM

Masalah berkenaan dengan murid yang tidak dapat membezakan antara perkara rukun dan perkara sunat dalam solat.

Ini dapat dilihat melalui tinjauan awal seperti pemerhatian, temubual, soal selidik, kerja rumah dan ujian pra.

2) COLLECTING DATA

Data dikumpul melalui : Pemerhatian garak laku serta maklum balas yang

diberikan semasa P&P. Pemeriksaan buku tulis dan kerja rumah. Temubual secara tidak formal. Borang soal selidik. Ujian pra.

3) ANALYZING DATA / GENERATING HYPOTHESIS

Pelajar sukar untuk mengingati dan menghafal.

Semua pelajar berminat untuk belajar Pendidikan Islam.

Hanya seorang sahaja yang menunaikan solat secara lengkap.

Tiada seorang pun yang mengetahui erti serta perbezaan antara perkara rukun dan sunat.

Setelah ujian pra dijalankan, didapati 5 orang pelajar masih lagi lemah dalam mengingati membezakan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat dengan baik.

4) PLANNING ACTION STEPS

4 aktiviti telah dirancang: Aktiviti 1:

Menggunakan konsep permainan monopoli dan dipadankan dengan sekiranya meninggalkan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat.Murid diberi 1 set soalan.

Aktiviti 2:Bermain dengan monopoli solat dan menyebut perkara yang terkandung di petak berhenti.Murid diberi 1 set soalan.

Aktiviti 3:Bermain dengan monopoli solat dan tunjuk cara perbuatan solat di petak berhenti.Murid diberi 1 set soalan.

Aktiviti 4:Nyayian dan kenalpasti perkara rukun dan perkara sunat melalui perbuatan rakan.

5) IMPLEMENTING ACTION STEPS

Dimulakan dengan aktiviti 1 dengan mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Pemerhatian dan refleksi dilakukan bagi mendapatkan maklumbalas setelah aktiviti dilaksanakan.

6) COLLECTING DATA TO MONITOR CHANGE

Pelajar menunjukkan minat kerana kaedah belajar yang menarik.

Mereka berlumba-lumba untuk menghabiskan permainan berbanding kawan-kawan yang lain.

7) ANALYSIS AND EVALUATION

Pendekatan belajar sambil bermain boleh merangsang minat pelajar.

Pelajar mempunyai daya saing yang tinggi untuk memonopoli permainan tersebut.

Mereka tidak sabar untuk melalui petak ‘KEPUTUSAN’ untuk mengetahui apakah perkara yang akan mereka lakukan.

Terdapat peningkatan daripada ujian pra yang lalu walaupun pelajar belum dapat memahami dan membezakan konsep rukun dan sunat.

Rumusan: pelajar bermain dengan gembira dan hanya berpandukan warna pada petak berhenti.

SPIRAL TO NEXT CIRCLE

Kajian diteruskan dengan menjalankan aktiviti 2,3,dan 4.

KEPUTUSAN AKHIR

GRED UJIAN PRA UJIAN POS

A - 5

B - -

C - -

D 2 -

E 3 -

JUMLAH 5 5

Semua pelajar telah berjaya menjawab semua soalan berbanding ujian pra yang lalu.Kajian tindakan ini telah dianggap berjaya dilaksanakan.

SEKIAN…TERIMA KASIH

top related