ulasan kajian tindakan
Post on 17-Jul-2015
291 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ULASAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI
PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV+KVK
PENGENALAN
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Semua pihak perlu memainkan
peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Justeru, Bahasa
Melayu diajar di semua peringkat pendidikan bermula daripada peringkat rendah, peringkat
menengah dan peringkat pengajian tinggi. Terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai
murid di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca, menulis dan
kemahiran lisan. Membaca adalah satu kemahiran yang amat penting dalam menguasai
mata pelajaran Bahasa Melayu. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini mengakibatkan
mereka sukar menjawab peperiksaan dengan baik. Ini kerana kelemahan membaca
menyebabkan murid terdorong untuk terus menjawab soalan peperiksaan tanpa membaca
terlebih dahulu dan memperoleh keputusan yang tidak memuaskan di dalam mata pelajaran
ini.
Artikel ini akan mengulas tentang kajian tindakan yang telah dibuat oleh Puan
Aspalaila Ramli dan Puan Maslinda Mahmud. Fokus kajian adalah bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi suku kata terbuka
dan tertutup KV+KVK. Melalui pembacaan yang dibuat, kami mendapati kajian tindakan
yang dijalankan ini menggunakan Model Somekh (1989).
MODEL SOMEKH
LANGKAH 1: MENGENALPASTI MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI
Berdasarkan artikel kajian tindakan ini, kami mendapati fokus utama pengkaji adalah
untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid. Seramai 15 orang murid
Pemulihan Khas telah dikenalpasti lemah dalam membaca perkataan dan ayat-ayat yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK.
Guru terbabit mendapati kebanyakan pelajar ini akan duduk di dalam kelompok
mereka sendiri dan mengganggu pelajar-pelajar lain. Tugasan yang diberikan kepada
mereka juga tidak dapat disiapkan dengan baik. Hasil tinjauan guru ini juga mendapati murid
kurang menguasai kemahiran membaca disebabkan aras pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas terlalu tinggi dan sukar dicapai berbanding dengan kebolehan mereka.
Pada pendapat kami, kajian tindakan ini adalah sangat penting terhadap murid-
murid. Ini disebabkan tanpa penguasaan dalam pembelanjaran, murid-murid tidak akan
dapat menguasai mata pelajaran yang hendak diajar. Membaca merupakan perkara asas
yang sangat penting dalam proses P&P. Murid yang gagal membaca tidak akan dapat
memahami kehendak soalan dan menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan
menjawab soalan tanpa membaca terlebih dahulu. Proses P&P juga akan menjadi tidak
lancar dan akhirnya murid-murid ini akan bosan untuk belajar.
2. Mengumpul Data
3. Menganalis data / Membentuk Hipotesis
4. Merancang Tindakan
5. Melaksanakan Pelan Tindakan
6. Mengumpul Data Untuk mengesahkan
Perubahan
7. Menganalisis dan Menilai
8. Putaran Seterusnya
1. Mengenalpasti masalah / fokus yang diminati
LANGKAH 2: MENGUMPUL DATA
Antara langkah yang diambil oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini
adalah dengan mengumpul data. Proses ini penting sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat.
Ini merupakan satu pendekatan yang khusus yang ada kaitan dengan keperluan penyelidik
untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut.
Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengumpul data bagi mendapatkan
maklumat. Kajian dijalankan ke atas 15 orang murid Tahun 3 Kemboja, di Sekolah
Kebangsaan Sawah Dato’,Mersing yang juga merupakan murid-murid pemulihan. Tinjauan
terhadap masalah dibuat bagi mengenal pasti secara lebih mendalam masalah responden.
Kami mendapati pengkaji terbabit mengadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran
untuk mendapatkan maklum balas mengenai tingkah laku murid-murid ini semasa proses
P&P berjalan. Kaedah temu bual tidak berstruktur juga turut dibuat untuk mengesan
perasaan murid semasa belajar Bahasa Melayu Pada pendapat kami,langkah ini sangat
baik kerana adalah penting untuk seseorang guru itu mengetahui bagaimana reaksi murid
agar P&P berjalan lancar.
Pengkaji juga didapati menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengesan punca
kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca. Kaedah terakhir yang digunakan
adalah melalui ujian pra untuk menilai secara kuantitatif tahap pencapaian pelajar.
LANGKAH 3: MENGANALISA DATA
Hasil tinjauan yang telah dibuat oleh pengkaji mendapati tidak ada bimbingan
daripada guru mata pelajaran dalam membaca. Guru sering mengamalkan kaedah bacaan
frasa demi frasa dan murid mengikutinya. Hasil temu bual yang dilakukan oleh pengkaji
mendapati murid-murid ini berasa rendah diri dan bimbang ditertawakan oleh rakan.
Kesannya, mereka menjadi tidak bersemangat untuk belajar. Melalui kaedah pemerhatian,
pengkaji mendapati murid-murid menghadapi masalah membaca suku kata tertutup KVK.
Hasil daripada ujian pra yang dibuat oleh pengkaji ke atas murid-murid terbabit jelas
menunjukkan tahap penguasaan yang lemah dalam membaca. Murid-murid gagal untuk
mendapat lebih daripada 20% markah ujian.
LANGKAH 4: MERANCANG TINDAKAN
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada akhir kajian ini.
Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk:
1- meningkatkan penguasaan suku kata dan perkataan KVK
2- murid boleh membaca perkataan gabungan KV+KVK
3- mempastikan murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi
gabungan enam ke lapan patah perkataan dengan lancar.
LANGKAH 5: MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN
Antara langkah yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah dengan membuat latih tubi
membaca suku kata KVK. Murid mengeja dan menyebut suku kata secara berulang-ulang
selama 5 minit. Latih tubi dilaksanakan selama 3 minggu.
Selain itu, pelan tindakan yang dibuat juga turut merangkumi aktiviti nyanyian. Murid-
murid diberi kad suku kata yang bersaiz 20 x 30 cm di mana mereka akan mengangkat kad-
kad huruf semasa aktiviti nyanyian diajar. Kami juga mendapati pengkaji melaksanakan
kelas bimbingan selama 30 minit setiap hari Isnin hingga Khamis selama 2 bulan secara
intensif. Bahan bantu mengajar seperti kad perkataan KVK, kad perkataan KV+KVK, ayat
gabungan suku kata dan petikan pemahaman turut digunakan dalam kajian ini.
LANGKAH 6: MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN
Data-data direkodkan oleh pengkaji untuk menilai keberkesanan tindakan yang
diambil dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran membaca.
LANGKAH 7: MENGANALISIS DAN MENILAI
Hasil pembacaan jurnal kajian tindakan ini, kami mendapati murid-murid telah dapat
meningkatkan kemajuan dalam penguasaan bacaan perkataan KVKVK. Ini adalah refleksi
daripada latih tubi yang dijalankan selama 3 minggu.
Melalui aktiviti nyanyian, murid-murid didapati menunjukkan minat yang mendalam
dengan menggantikan perkataan-perkataan tertentu semasa menyanyi. Secara tidak
langsung murid-murid dapat membaca seni kata lagu yang diajar. Penguasaan murid juga
meningkat melalui pelbagai alat bantu mengajar yang diaplikasikan dalam tindakan.
Bagi membuat perbandingan secara kuantitatif, ujian pasca telah dijalankan ke atas
murid-murid terbabit. Dapatan ujian pasca jelas menunjukkan peningkatan murid iaitu
semua murid lulus dalam aspek kemahiran yang diuji. Hampir kesemua murid mendapat
markah melebihi 80%.
RUMUSAN
Pada pemerhatian kami, pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian tindakan yang
disasarkan pada awal kajian. Kesemua murid yang bertindak sebagai responden dalam
kajian ini telah dapat menguasai kaedah membaca suku kata yang diberikan. Merujuk
kepada dapatan pengkaji, dapatlah kami rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan
dapat membantu murid-murid yang lemah ini untuk membaca. Murid-murid juga semakin
seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVK tetapi perkataan yang
lebih mencabar lagi.
Kami berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan pada masa-masa akan datang
agar dapat membantu lebih banyak murid yang lemah. Walaupun pada awalnya kesemua
murid-murid yang terbabit tidak mempunyai keyakinan diri dan menghadapi kesukaran untuk
membaca, namun dengan bimbangan dan perhatian yang diberikan oleh guru dapat
mengubah tahap penguasaan murid. Murid-murid ini tidak seharusnya dipinggirkan agar
kecenderungan mereka untuk belajar dapat ditingkatkan.
Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh semua guru supaya
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
top related