ulasan jurnal
Post on 12-Dec-2014
338 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Jurnal : Cabaran Yang Terpaksa Dihadapi Dalam Menyediakan Tenaga Mahir Di Sektor
Pembinaan.
Berdasarkan jurnal ini, perkembangan sektor binaan yang pesat boleh menyebabkan keperluan
yang tinggi kepada tenaga kerja binaan. Keperluan yang tingi ini tidak dapat dipenuhi oleh
tenaga tempatan dan akhirnya menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja asing.
Akibatnya wujud sindrom kebergantungan yang keterlaluan kepada pekerja asing, seolah-olah
negara ketandusan tenaga kerja tempatan yang terlatih.
Jurnal ini membincangkan tentang cabaran yang terpaksa dihadapi dalam
menyediakan tenaga mahir di sektor pembinaan. berdasarkan jurnal ini juga terdapat
beberapa langkah yang harus dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan dengan pendekatan yang
bersesuaian serta strategik dalam usaha menggalakkan tenaga kerja tempatan supaya lebih
berminat untuk menjadikan sektor binaan ini sebagai kerjaya dan seterusnya membantu
mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing di sektor pembinaan.
Cabaran utama yang dihadapi oleh kontraktor dalam industri pembinaan pada masa kini
ialah masalah persaingan. Setiap kontraktor yang ada perlu bersaing bagi mendapatkan tenaga
kerja. Demografi pasaran kerja menunjukkan kesemua sektor bersaing untuk mendapatkan
tenaga kerja. Pasaran kerja yang menjadi lebih kompetitif menyebabkan negara mengalami
kekurangan tenaga mahir yang sangat serius. Dalam realiti persekitaran industri binaan yang
kurang menarik, industri ini nampaknya sukar untuk merekrut atau melatih pekerja-pekerjanya.
Industri juga perlu melakukan pengrekrut bagi para belia lepasan sekolah untuk memilih sektor
binaan sebagai kerjaya mereka. Akibatnya industri ini didapati mengalami kesukaran bagi
mengatasi masalah kekurangan tenaga berkemahiran di dalam semua sektor terutamanya sektor
pembinaan.
Adalah jelas di mana setiap pelajar yang mempunyai akademik yang tinggi akan lebih
cenderung kepada mencari sektor yang pada pandangan mereka mampu menawarkan gaji yang
lumayan, suasana persekitaran kerja yang baik serta peluang kerjaya yang cerah, yang lebih
popular, menarik pada masa hadapan. Justeru itu, industri yang tidak menarik tidak akan menjadi
pilihan mereka termasuklah industri pembinaan. Ini menyebabkan industri pembinaan perlu
sedar akan kehidupan realiti pada zaman kini. Akibat daripada sikap anak muda sekarang yang
1 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
suka memilih di dalam pekerjaan menyebabkan sukar untuk industri seperti ini dapat menarik
minat mereka untuk memilih industri binaan ini sebagai satu kerjaya masa depan hidup mereka
dan juga pada masa sama, pihak industri terpaksa menghadapi kesukaran bagi memastikan
tenaga kerja mahir sedia ada tidak akan mengubah haluannya ke sektor yang berlainan.
Hasil daripada kerancakan pertumbuhan industri binaan tempatan pada masa kini
menyebabkan sektor ini memerlukan tenaga kerja yang sangat ramai. Ini bertujuan supaya
perjalanan syarikat ini dapat dijalankan dengan lebih licin tanpa ada sebarang sekatan. Di
samping itu, industri pembinaan ini haruslah mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran serta
terlatih. Ia juga hendaklah berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti di dalam tempoh masa
serta kos yang telah ditetapkan di dalam proses penyiapan projek tersebut. Walau bagaimanapun,
hakikat sebenarnya ialah sektor pembinaan di Malaysia ini sangat bergantung kepada tenaga
kerja manusia terutamanya tenaga kerja asing.
Dengan pasaran tenaga kerja yang semakin berkurangan ini ditambah pula dengan
masalah imej menyebabkan industri ini semakin dipandang rendah. Ianya seolah-olah member
petunjuk bahawa sebarang perkembangan ekonomi yang positif mungkin akan menimbulkan
permasalahan lain seperti kekurangan tenaga kerja sama ada dalam bentuk tradisional ataupun
dalam bidang-bidang kemahiran yang lain. Ia telah menjadi satu tanggungjawab bagi mereka
yang bekerja di dalam sektor pembinaan ini untuk memastikan imej untuk sektor pembinaan ini
dapat ditingkatkan lagi dengan adanya usaha yang gigih serta menjadikannya satu tarikan supaya
ianya menjadi pilihan dalam kerjaya masing-masing. Realiti industri binaan pada masa kini
masih berada di tahap yang jauh untuk mencapai matlamat sektor pembinaan ini.
Bagi membolehkan tenaga kerja tempatan dilatih untuk berada di pasaran, ia secara tidak
langsung mengelakkan dari berlakunya pembaziran guna tenaga. Cadangan lain yang boleh
diterima ialah menubuhkan unit tenaga kerja mahir bagi memantau penempatan pelatih-pelatih di
tapak projek. Tujuan ia dilakukan supaya pekerja tidak menukar arah haluan kerjaya mereka.
Jika ia berlaku, latihan yang diberikan merupakan satu pembaziran kepada negara. Pemantauan
juga dapat memastikan wujudnya kesinambungan atau khidmat selepas latihan.
Keseluruhannya, isu tenaga kerja tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Penyelesaian jangka
pendek iaitu dengan bergantung kepada tenaga kerja asing hanyalah sekadar penyelesaian yang
2 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
bersifat sementara yang merugikan negara dalam jangka panjang. Penyelesaian jangka panjang
bergantung kepada reka bentuk program pendidikan yang pastinya memerlukan sokongan dan
komitmen semua pihak terutama pekerja-pekerja dalam industri binaan.
Bagaimanapun, tanggungjawab bukanlah terletak kepada pemilik projek semata-semata.
Kontraktor juga harus melihat masalah ini sebagai satu masalah kepada mereka. Perubahan sikap
terhadap industri pembinaan akan wujud kepada semua pihak yang terlibat dalam industri
binaan. Kontraktor perlulah menawarkan faedah-faedah tertentu bagi menarik minat dan
mengekalkan tenaga kerja dalam jangka panjang. Berkongsi sebahagian dari keuntungan akan
menyebabkan tenaga kerja mempunyai minat secara peribadi terhadap syarikat dan ini akan
meningkatkan prestasi syarikat dari semasa ke semasa. Kerja yang dilakukan juga menjadi lebih
berkualiti. Bagi mengekalkan tenaga kerja mahir, bayaran untuk lebihan masa perlulah
diwujudkan.
Kekurangan tenaga kerja juga boleh di atasi dengan meningkatkan imej dan rasa bangga
pekerja binaan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara meraikan kejayaan dalam
menyiapkan kerja dengan baik. Ia juga boleh dilakukan di peringkat lebih tinggi seperti peringkat
kebangsaan. Dengan ini, kontraktor mempunyai pilihan yang jelas mengenai perkara yang perlu
mereka lakukan untuk mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja binaan ini. Ini bermakna
industri pembinaan negara masih mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia
tempatan bagi mengatasi masalah pergantungan kepada tenaga kerja asing dan sekali gus
menjimatkan pengaliran wang Malaysia ke luar negara.
3 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal : Analisis Keperluan Tenaga Manusia Dalam Industri Perkhidmatan Di Malaysia
Berdasarkan jurnal ini, industri perkhidmatan merupakan sebuah industri penting yang dianggap
sebagai penjana pertumbuhan ekonomi negara pada masa kini terutamanya dalam menggerakkan
Malaysia ke arah status berpendapatan tinggi. Sektor perkhidmatan dijangka dapat
menyumbangkan syer yang besar dalam KDNK menjelang tahun 2020. Hal ini secara tak
langsung akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk rakyat
Malaysia seiring dengan Matlamat Ekonomi Baru (MEB). Walau bagaimanapun, Malaysia
masih lagi mengalami kekurangan tenaga kerja mahir yang mampu berdaya saing dan
menghasilkan produktiviti tinggi menjelang tahun 2020. Kerajaan telah melakukan pelaburan
yang besar terutamanya di dalam bidang pendidikan bagi mengatasi masalah ini. Maka, unjuran
amat perlu dan penting untuk melihat keperluan tenaga kerja pada masa hadapan dengan tahap
pendidikan Negara pada masa kini.
Jurnal ini membincangkan tentang analisis keperluan tenaga manusia dalam industri
perkhidmatan di Malaysia. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk melihat trend
keperluan tenaga manusia dengan sektor perkhidmatan. Selain itu, unjuran keperluan tenaga
manusia dalam sektor ini dilaksanakan bertujuan agar dapat disesuaikan dengan peluang
pekerjaan yang telah pun dirangka khusus untuk masa akan datang.
Perancangan tenaga manusia bagi keseluruhan ekonomi melibatkan dua teknik
pengukuran yang berbeza iaitu kuantitatif dan kualitatif tenaga kerja di Malaysia. Secara
umumnya, ianya boleh dinyatakan sebagai suatu proses untuk sesebuah organisasi atau negara
dalam memastikan supaya negara mempunyai bilangan tenaga kerja yang berperingkat tinggi,
menengah dan rendah sama ada ianya melibatkan pekerja mahir ataupun separa mahir. Ia juga
bertujuan untuk menentukan langkah-langkah yang perlu dilakukan agar keperluan tersebut
boleh dipenuhi. Tujuan perancangan tenaga manusia ini diwujudkan adalah untuk memenuhi
tuntutan pasaran buruh dan sebagai rujukan dalam merancang sistem pendidikan yang sistematik
supaya ia dapat memenuhi tuntutan tersebut.
4 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Dalam menganalisis keperluan tenaga manusia, kaedah unjuran keperluan tenaga
manusia dalam sektor ini amatlah penting agar ia dapat disesuaikan dengan peluang pekerjaan
yang telah dirangka khusus untuk masa hadapan. Unjuran keperluan tenaga manusia dalam
sektor perkhidmatan juga sangat penting dalam menentukan peluang pekerjaan yang telah direka
khusus pada masa hadapan. Tujuan kertas kerja ini diwujudkan adalah untuk mengkaji unjuran
keperluan tenaga kerja bagi tahun 2015 di dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Takrifan
kepada tenaga kerja ialah tenaga manusia yang merangkumi semua orang yang berumur dalam
lingkungan 15 hinggan ke 64 tahun sama ada mereka ini bekerja atau tidak, termasuklah dengan
mereka yang giat mencari pekerjaan dengan aktif.
Perbincangan kajian ini melihat kepada nilai unjuran keperluan tenaga manusia oleh
sektor perkhidmatan berdasarkan beberapa subsektor yang terlibat. Ianya penting bagi
mengetahui nilai keperluan tenaga manusia bagi tempoh tujuh tahun akan datang. Kajian ini
berkaitan dengan keperluan tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan yang meliputi kesemua
subsector yang terpilih iaitu Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoran, Pengangkutan
dan Perhubungan, Kewangan dan Insurans, Hartanah dan Pemilikan Kediaman, Perkhidmatan
Perniagaan Persendirian dan Perkhidmatan Kerajaan. Berdasarkan keputusan unjuran jelas
menunjukkan bahawa subsektor yang paling memerlukan tenaga kerja yang ramai adalah
Hartanah dan Pemilikan Kediaman serta Perkhidmatan Perniagaan Persendirian bagi tahun 2008
sehingga 2015. Hal ini seiring juga dengan dasar dan strategi kerajaan melalui pembangunan
bandar serta tumpuan kepada pembangunan wilayah koridor pembangunan ekonomi yang
dikenal pasti sebagai NKEA iaitu minyak dan gas minyak sawit dan produk berkaitan, kewangan
perkhidmatan, borong dan runcit, pelancongan, maklumat dan teknologi komunikasi, pendidikan,
elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta dan pertanian
yang akan menerajui pertumbuhan ekonomi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020. Strategi ini dijangka menjadi antara faktor utama yang ketara dalam
menyumbang kepada peningkatan permintaan tenaga buruh pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, jelas dapat dilihat melalui objektif utama kajian berkaitan analisis
keperluan tenaga manusia apabila unjuran keperluan tenaga manusia dijalankan dengan
menggunakan input-output dapat dicapai dengan menunjukkan jumlah keperluan buruh untuk
5 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
masa depan. Unjuran tenaga manusia pada tahun 2015 perlu melibatkan penyelarasan 12
subsektor dari sektor perkhidmatan. Permintaan buruh yang semakin tinggi dalam sektor
perkhidmatan pada tahun 2015 telah menunjukkan respon positif terhadap pertumbuhan ekonomi
negara yang semakin berkembang maju. Subsektor utama yang menjadi pilihan permintaan
buruh yang tinggi adalah subsektor Hartanah dan Pemilikan kediaman serta Perkhidmatan
Perniagaan Persendirian. Dalam kandungan RMK-10, turut menyatakan bahawa tumpuan dan
pelbagai saranan bakal dilakukan dalam memacukan lagi sektor perkhidmatan ini yang dijangka
dapat berkembang dengan lebih pesat berbanding sektor- sektor lain.
Berdasarkan keputusan unjuran yang diperoleh, jelas menunjukkan terdapat permintaan
tenaga buruh yang tinggi bagi subsektor perkhidmatan seperti Hartanah dan Pemilikan Kediaman
serta Perkhidmatan Perniagaan Persendirian. Permintaan tenaga manusia yang tinggi terhadap
subsektor tersebut adalah disebabkan kejayaan Malaysia dalam menarik ramai pelabur dari
syarikat multinasional dan juga firma besar untuk melabur di dalam negara. Secara tak langsung,
ia dapat membuka peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat Malaysia. Jika dilihat dan dikaji
semula, sememangnya sektor perkhidmatan telah memberi banyak sumbangan terhadap ekonomi
negara. Pada tahun 2008, dapat dilihat momentum pertumbuhan sektor perkhidmatan juga
menunjukkan kekal kukuh dan sektor ini juga telah menyumbang dalam 3.8% kepada
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dipacu oleh penggunaan domestik
dan aktiviti berkaitan perdagangan yang mapan. Tambahan pula, peningkatan sumbangan sektor
ini kepada pertumbuhan ekonomi turut meningkat dari 3.8% pada tahun 2008 kepada 5.8% bagi
tahun 2015.
Dalam tahun 2008, subsektor Perdagangan Borong dan Runcit dilihat berjaya
mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan sebanyak 9.4%. Hal ini secara tak langsung
menunjukkan bilangan tenaga manusia yang diperlukan dalam subsektor ini juga menunjukkan
permintaan tinggi. Hal ini kerana pertumbuhan dalam aktiviti runcit disokong oleh peluasan
perniagaan sedia ada dan pembukaan outlet baru oleh kedua-dua pengendali rangkaian pasar raya
besar tempatan dan pasar raya besar. Jika dibandingkan pada tahun 2015, subsektor
perkhidmatan yang menunjukkan hasil positif terhadap permintaan buruh adalah sektor Hartanah
dan Pemilikan Kediaman. Ia juga menunjukkan bahawa keadaan pertumbuhan ekonomi dan
6 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
aktiviti ekonomi yang dirancang mempunyai hubungan positif dengan permintaan tenaga buruh.
Bagi menyeimbangkan permintaan buruh yang diperlukan, pihak kerajaan perlu memastikan
ianya juga bersesuaian dengan kualiti tenaga buruh yang ada di Malaysia agar ia dapat menepati
sasaran utama majikan di sesebuah syarikat yang ingin mengambil dan mengajikan pekerja.
7 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal : Cabaran Melahirkan Tenaga Kerja Mahir Bagi Sektor Perkongsian
Perkhidmatan Kewangan Dan Perakaunan.
Berdasarkan kepada jurnal ini, didapati kebanyakan organisasi terutamanya organisasi
multinasional telah memilih untuk mengamalkan perkongsian perkhidmatan di mana fungsi
sokongan professional seperti kewangan, perakaunan, sumber manusia dan teknologi maklumat
dikumpul ke dalam satu unit pusat yang baru. Perkhidmatan diberi dari sebuah lokasi kepada
beberapa penerima perkhidmatan di beberapa lokasi lain. Kertas kerja ini memberi sepenuh
tumpuan ke atas sektor Perkongsian perkhidmatan Kewangan dan perakaunan (Financial and
Accounting Shared Services) di Malaysia. Jurnal ini berkisar kepada cabaran melahirkan
tenaga kerja mahir bagi sektor perkongsian perkhidmatan kewangan dan perakaunan.
Berdasarkan daripada dapatan kajian melalui perbincangan dalam kumpulan fokus, kertas
kerja ini membincangkan isu dan cabaran dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi menyokong
pertumbuhan pesat sektor perkongsian perkhidmatan perakaunan dan bagaimana pihak-pihak
berkepentingan boleh memainkan peranan berkenaan isu ini. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu
panduan kepada pihak kerajaan dan institusi pengajian tentang isu dan cabaran dalam
menghasilkan tenaga kerja mahir bagi sektor ini. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan
kesesuaian kemahiran mengikut keperluan sektor tersebut agar ia dapat bersaing di peringkat
yang lebih tinggi seperti peringkat global.
Pelbagai pihak berkepentingan telah membincangkan tentang keperluan graduan
perakaunan yang mempunyai set kemahiran yang lebih meluas kerjaya dalam profesion
perakaunan dapat di teruskan. Kajian Kavanagh dan Drennan (2008) mendapati pelajar
menyedari majikan menjangkakan aspek kemahiran komunikasi, profesional, analitikal dan kerja
berpasukan. Walaupun majikan boleh menjangkakan kefahaman asas perakaunan dan kemahiran
analisis yang kukuh pelajar, mereka juga memerlukan ‘kesedaran perniagaan’ dan pengetahuan
dari segi ‘dunia sebenar’.
Menurut Lai dan Ahamad Nawawi (2010) pula, mengkaji kemahiran teknologi maklumat
yang diperlukan oleh graduan perakaunan apabila mula menyertai firma percukaian serta cuba
8 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
untuk mendapatkan pandangan pengamal cukai tentang mengintegrasikan kemahiran teknologi
maklumat dan perisian cukai ke dalam kursus percukaian. Hasil kajian mereka mendapati
bahawa pengamal cukai senior memberikan penilaian ‘sederhana’ terhadap kemahiran teknologi
maklumat graduan perakaunan baru dan kedua-dua pengamal cukai senior dan junior bersetuju
bahawa kemahiran teknologi maklumat dan perisian cukai perlu diintegrasikan dalam kursus
cukai yang ditawarkan di peringkat universiti. Kajian tentang persepsi pelajar sekolah menengah,
pelajar pusat pengajian tinggi, tenaga pengajar perakaunan di sekolah menengah dan penasihat
kerjaya di New Zealand terhadap perakaunan dan akauntan dijalankan oleh Malthus dan Fowler
(2009). Kajian mendapati majoriti pelajar sekolah menengah dan pelajar tahun pertama pusat
pengajian tinggi mempunyai pemahaman yang sedikit tentang tugas yang dijalankan oleh
akauntan. Manakala penasihat kerjaya melihat kerjaya perakaunan sebagai suatu yang
membosankan. Sekiranya persepsi ini sama meluas di Malaysia, agak sukar untuk melahirkan
ramai tenaga kerja mahir dalam bidang perakaunan.
Tujuan menggunakan kumpulan fokus di dalam penyelidikan adalah untuk memperoleh
sebanyak mungkin maklumat dari sekumpulan pakar berkaitan topik yang diberikan. Ia dapat
dicapai dengan mendorong kumpulan tersebut melalui topik yang telah ditentukan dan soalan-
soalan terbuka yang membenarkan perbincangan untuk berkembang di sekitar soalan-soalan
terbuka ini, dan memudahkan interaksi di kalangan peserta. Proses ini membolehkan peserta
mencelah pemerhatian dan pemahaman mereka sendiri dan pada masa yang sama menambah
idea-idea peserta lain. Penggunaan kumpulan fokus membolehkan penyelidik mendapat
kepakaran dan pandangan daripada peserta yang mengikuti kumpulan ini. Kumpulan fokus
sangat berguna untuk mengakses data yang terhad dan apabila penyelidik menangani fenomena
baru yang belum dapat diterokai oleh beliau. Perbincangan melalui kumpulan focus adalah untuk
mengenal pasti isu dan cabaran dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi sektor PPP serta
cadangan untuk menanganinya. Antara cabaran atau isu yang dapat dikesan adalah seperti
kepimpinan iaitu menarik minat para pelajar, pemikiran sistem perniagaan iaitu kualiti yang
diperlukan, pembinaan hubungan iaitu mengekalkan tenaga kerja mahir dan yang akhir sekali
ialah perancangan Architechure iaitu pembangunan tenaga kerja mahir serta pembangunan
pembekal.
9 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Hasil daripada perbincangan ini juga, persoalan kajian bagi kertas kerja yang
diketengahkan pada awal bahagian telah dapat diselesaikan. Persoalan pertama yang mereka
hadapi ialah apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk melahirkan tenaga kerja
mahir bagi sektor PPP? Perbincangan kumpulan fokus mendapati terdapat cabaran dari segi
menarik minat pekerja ke dalam sektor ini. Sebagai penyelesaiannya, peserta kumpulan fokus
mengharapkan kesedaran tentang sektor ini diberikan awal iaitu semasa pendidikan menengah
dan promosi tentang sektor ini perlulah digiatkan di peringkat pendidikan tinggi supaya para
pelajar boleh membuat pilihan untuk memasuki sektor ini. Kerajaan juga boleh bertindak sebagai
platform untuk menghubungkan PPP dengan universiti supaya mereka boleh memberi taklimat
secara terus kepada bakal graduan serta para pensyarah.
Oleh kerana sektor ini banyak berurusan dengan syarikat-syarikat antarabangsa, maka
selain kemahiran dalam bidang perakaunan, kemahiran berbahasa asing juga adalah penting
untuk menjalankan tugas dengan efektif seperti bahasa Perancis, Portugis, Arab dan sudah
tentunya bahasa Inggeris. Kemahiran yang dimaksudkan bukan sahaja untuk tujuan perbualan
malah untuk tujuan fungsi korporat sektor ini seperti membuat perjanjian dan bidang
perundangan. Penyelesaian jangka pendek kerajaan membolehkan wujudnya pusat latihan yang
boleh memberikan latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan kemahiran bahasa mengikut
keperluan sesebuah PPPKP.
Hasil kertas kerja ini diharap ia dapat memberi panduan kepada pihak kerajaan dan
institusi pengajian tentang isu dan cabaran dalam menghasilkan tenaga kerja mahir bagi sektor
PPP. Berdasarkan perbincangan kumpulan fokus, wakil PPP telah memberi pandangan berkaitan
penyelesaian yang boleh diambil oleh pihak-pihak berkepentingan. Hasil dari kertas kerja juga
diharapkan dapat memberi sumbangan kepada tenaga kerja tempatan dalam meningkatkan
kemahiran yang sesuai mengikut keperluan sektor ini agar dapat bersaing di peringkat global.
10 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal : Cabaran-Cabaran Di Sektor Binaan Dalam Menyediakan Tenaga Kerja Mahir
Tempatan
Berdasarkan jurnal yang keempat pula, matlamat negara adalah untuk mencapai tahap
pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020. Jurnal ini berkaitan dengan cabaran-cabaran di
sektor binaan dalam menyediakan tenaga kerja mahir tempatan. Ianya juga mampu
memberikan wawasan kepada Malaysia untuk mencapai status perindustrian dan negara maju
sepenuhnya dengan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 6 peratus setahun. Sehubungan itu,
perubahan dalam strategi ekonomi perlulah dikekalkan terutamanya dalam sektor pembuatan di
mana sektor ini telah pun menyumbangkan pendapatan yang besar kepada KDNK negara. Kajian
ini dilakukan adalah untuk menganggar guna tenaga yang diperlukan pada masa akan datang di
samping melihat corak kumpulan pekerjaan bagi sektor pembuatan yang diperlukan dengan
menggunakan kerangka Input-output. Kajian ini menggunakan dua set data. Set data pertama
adalah daripada jadual Input-Output Malaysia pada tahun 2005 serta data Banci Industri
Pembuatan (IMS) yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS).
Tumpuan kajian hanya tertumpu kepada 35 sub-sektor sahaja yang meliputi 34 sub-sektor
pembuatan dan 1 sektor lain yang terdiri daripada pertanian, perhutanan, perikanan dan lain-lain.
Sementara kumpulan kedua bagi data adalah menggunakan kategori pekerja yang berlainan
untuk industri pembuatan bagi tahun 2005 berdasarkan Klasifikasi Piawaian Perindustrian
Malaysia 2000 (MSIC) dan Klasifikasi Piawaian Pekerjaan Malaysia (MASCO). Hasil kajian
mendapati sub sektor pembuatan peralatan domestik, sub sektor pembuatan radio, televisyen dan
lain-lain serta sub sektor pembuatan produk plastik merupakan di antara 3 sub sektor yang
memerlukan guna tenaga yang paling ramai. Manakala bagi kumpulan pekerjaan operator loji
dan mesin pemasangan merangkap guna tenaga kurang mahir merupakan kumpulan pekerjaan
yang paling ramai diperlukan dalam sektor pembuatan diikuti dengan kumpulan pekerjaan
juruteknik profesional bersekutu merangkap guna tenaga mahir.
Sehubungan dengan itu, guna tenaga mahir dan kurang mahir merupakan guna tenaga
yang penting dalam memastikan matlamat ekonomi tercapai menjelang 2020. Walau
bagaimanapun, usaha untuk menambah bilangan guna tenaga mahir adalah perlu berikutan
11 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
dengan corak pengeluaran yang kian berubah, misalnya penggunaan teknologi yang semakin
canggih memerlukan kepakaran guna tenaga mahir bagi mengendalikannya. Sistem pendidikan
adalah peringkat awal yang perlu dititikberatkan dalam melahirkan modal insan yang lebih
produktif dan berkualiti.
Perancangan tenaga kerja adalah penting dalam proses mencapai matlamat ekonomi iaitu
mencapai pertumbuhan ekonomi, keperluan tenaga kerja dalam pelbagai tahap kelulusan dan
pelbagai jenis pekerjaan yang diwujudkan. Kepentingan pembangunan sumber manusia di
Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga elemen penting iaitu meningkatkan produktiviti buruh,
menyesuaikan kemahiran buruh dan menyusun semula masyarakat. Bagi mengukuhkan lagi isu
permintaan tenaga kerja mahir dalam sektor-sektor yang terlibat, penyesuaian kemahiran buruh
perlulah di ambil kira. Contohnya, penawaran tenaga kerja perlu disesuaikan dengan struktur
permintaan guna tenaga kerana ini adalah untuk mengelakkan masalah ke tidak sepadan
kemahiran dan masalah pengangguran yang semakin berleluasa.
Di Malaysia, beberapa kajian telah mengetengahkan isu perancangan sumber manusia
daripada pelbagai sudut. Usaha perancangan tenaga manusia telah dilaksanakan sejajar dengan
usaha menyeimbangkan pasaran buruh. Contohnya, menurut Rahmah Ismail (1997) telah
menganalisis perancangan tenaga manusia di Malaysia dalam dekad 1990-an dengan melihat
data tren guna tenaga setiap sektor ekonomi dan data penawaran buruh di institusi pendidikan
tempatan. Beliau mendapati bahawa perubahan struktur yang dialami oleh Malaysia daripada
sektor pertanian kepada sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan telah menyebabkan
perubahan terhadap keperluan tenaga manusia daripada buruh kurang mahir kepada buruh separa
mahir dan buruh mahir seperti profesional, jurutera dan juruteknik. Bilangan graduan dalam
bidang sains dan teknik masih jauh lebih rendah berbanding bilangan graduan dalam bidang
sastera sama ada di peringkat diploma atau ijazah ekoran daripada institusi awam dan swasta
yang masih belum mampu dan mantap untuk menyediakan segala kemahiran teknikal yang
diperlukan oleh industri. Beliau juga turut mengetengahkan masalah perancangan tenaga
manusia seperti kekurangan data, perubahan teknologi, kitaran perniagaan, penghijrahan keluar
dan masuk buruh, serta keupayaan memantapkan sistem pendidikan menjurus ke arah jenis
12 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
kemahiran yang diperlukan dan memberikan cadangan untuk meminimumkan masalah-masalah
tersebut.
Secara keseluruhannya, keputusan kajian mengenai guna tenaga yang diunjurkan bagi
melihat keperluan guna tenaga pada masa akan datang menunjukkan jumlah guna tenaga yang
diperlukan turut dipengaruhi dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara, di mana apabila kadar
pertumbuhan ekonomi negara meningkat, hampir keseluruhan guna tenaga dalam setiap sub
sektor juga turut meningkat begitu juga sebaliknya. Penganggaran guna tenaga yang diperlukan
pada masa akan datang dilihat daripada dua aspek iaitu dari sudut kategori kumpulan pekerjaan
dan dari sudut sub sektor pembuatan. Pengeluaran sektor pembuatan hampir keseluruhan adalah
berorientasikan buruh bawahan. Oleh itu, kumpulan pekerja operator loji dan mesin pemasangan
yang diperlukan bagi setiap sub sektor adalah paling tinggi. Manakala, bagi mengendalikan
teknologi yang sedia ada, guna tenaga mahir iaitu kumpulan pekerja juruteknik dan profesional
bersekutu dan kumpulan pekerja profesional diperlukan.
Bagi guna tenaga mahir, separa mahir dan kurang mahir yang diperlukan juga berubah
mengikut senario. Sub sektor pembuatan radio, televisyen dan lain-lain memerlukan guna tenaga
mahir dan kurang mahir paling ramai, manakala sub sektor peralatan domestik memerlukan guna
tenaga mahir dan separa mahir paling ramai. Manakala sub sektor pembuatan perabot, industri
kertas dan papan kertas memerlukan guna tenaga separa mahir dan guna tenaga kurang mahir
paling ramai.
Sehubungan dengan itu, untuk melahirkan guna tenaga yang mahir, latihan membentuk
tenaga buruh yang mempunyai pelbagai teknik amat perlu ditingkatkan. Perhatian utama perlu
diberikan terhadap latihan bagi kakitangan teknikal dan penyeliaan, dan lebih penting lagi
juruteknik serta pekerja mahir di peringkat pengeluaran. Di samping itu, tenaga buruh yang
berdaya usaha, berfikiran saintifik dan kreatif serta lengkap dengan kebolehan bagi
menyelesaikan sebarang masalah perlu diwujudkan. Kesemua ini perlu dimulakan dari peringkat
persekolahan lagi. Sebarang kejayaan yang dicapai berhubung dengan setiap aspek tadi harus
diberi ganjaran dan pengiktirafan meluas.
13 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal : Cabaran-Cabaran Di Sektor Binaan Dalam Menyediakan Tenaga Kerja Mahir
Tempatan
Berdasarkan jurnal yang kelima pula, Perkembangan sektor binaan yang pesat menyebabkan
keperluan yang tinggi kepada tenaga kerja binaan. Jurnal ini membahaskan mengenai cabaran-
cabaran di sektor binaan dalam menyediakan tenaga kerja mahir tempatan. Keperluan
yang tinggi ini tidak dapat dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan dan akhirnya menyebabkan
permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja asing. Akibatnya wujud sindrom kebergantungan
yang keterlaluan kepada pekerja asing, seolah-olah negara ketandusan tenaga kerja tempatan
terlatih. Kertas kerja ini merupakan perbincangan hasil dari sorotan penulisan ke atas cabaran-
cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menyediakan tenaga kerja mahir di sektor binaan. Sorotan
penulisan ini mengutarakan langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan
dengan pendekatan yang bersesuaian dan strategik dalam usaha menggalakkan tenaga kerja
tempatan supaya lebih berminat untuk menjadikan sektor binaan ini sebagai kerjaya dan
seterusnya membantu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing di sektor
binaan.
Cabaran yang utama bagi kontraktor dalam industri binaan ialah untuk bersaing bagi
mendapat tenaga kerja. Demografi pasaran kerja menunjukkan semua sektor bersaing untuk
mendapat tenaga kerja. Pasaran kerja yang menjadi lebih kompetetif menyebabkan negara
mengalami kekurangan tenaga kerja mahir yang serius. Dalam realiti persekitaran industri binaan
yang kurang menarik, industri ini nampaknya sukar untuk merekrut para belia lepasan sekolah
untuk memilih sektor binaan sebagai kerjaya mereka. Akibatnya industri ini didapati mengalami
kesukaran bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran.
Hasil daripada kerancakan pertumbuhan industri binaan tempatan, sektor binaan
memerlukan tenaga kerja yang ramai. Di samping mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran
dan terlatih, ia juga hendaklah berupaya menghasilkan kerja yang berkualiti dalam tempoh masa
dan kos yang dikehendaki di dalam proses penyiapan projek tersebut. Walau bagaimanapun
hakikatnya, sektor binaan di Malaysia sangat bergantung pada tenaga kerja asing.
14 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Tenaga kerja dalam industri pembinaan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama
iaitu tenaga kerja am, tenaga kerja separuh mahir dan tenaga kerja mahir. Walaupun keperluan
tenaga kerja ini amat penting di sektor binaan tetapi negara terpaksa mengimport tenaga kerja
asing daripada negara jiran untuk menampung kekurangan tenaga buruh tempatan yang semakin
kritikal. Senario ini berpunca daripada pemikiran masyarakat kita sendiri di Malaysia yang
memandang rendah dan kotor terhadap tenaga kerja binaan ini, walhal bidang kerja tersebut
memberi pendapatan yang cukup lumayan berbanding dengan kerja-kerja lain terutamanya kerja
sebagai operator di kilang. Maka tidak hairanlah pandangan-pandangan di atas telah
memasukkan elemen sumber manusia ini sebagai elemen yang penting yang harus ditangani
dalam industri binaan.
Kebergantungan kepada tenaga kerja asing ini boleh mendatangkan pelbagai masalah
terutama di sektor pembinaan antaranya, kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi piawaian yang
dikehendaki oleh klien. Atas dasar itulah laporan Perancangan Induk Industri Pembinaan 2005
telah menggariskan sumber manusia sebagai salah satu dari lima cabaran yang utama yang perlu
diberi perhatian.
Dengan pasaran tenaga kerja yang semakin berkurangan ditambah dengan masalah imej
industri yang sering dipandang rendah, ianya seolah-olah memberi petunjuk bahawa sebarang
perkembangan ekonomi yang positif akan menimbulkan permasalahan yang lain seperti
kekurangan tenaga kerja dalam kedua-dua bentuk sama ada tradisional atau bidang-bidang
kemahiran yang lain.
Walaupun ia telah menjadi satu tanggung jawab untuk mereka yang bekerja dengan
industri binaan untuk berusaha bagi meningkatkan imej, mereka juga perlu menjadi tarikan
kepada industri binaan supaya ianya menjadi pilihan dalam kerjaya masing-masing, realitinya
industri binaan ini masih jauh dari mencapai apa yang diharapkan. Di dalam satu kajian, ada
menyatakan industri pembinaan ini tidak ubah sebagai industri kecil.
John Egan (1998) dalam laporan ‘Rethinking Constrution, menyatakan sekiranya industri
binaan ingin mencapai tahap kecekapan yang maksimum, industri binaan perlulah menukar
15 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
budaya dan struktur bagi menyokong usaha-usaha dalam penambahbaikan proses. Sektor binaan
perlulah menyediakan suasana kerja yang selamat serta meningkatkan tahap pengurusan dan
kemahiran penyeliaan di setiap peringkat pembinaan. Industri binaan perlu memikirkan kaedah
mereka bentuk projek agar ia mudah dibina dengan menggunakan komponen-komponen
fabrikasi sepenuhnya. Tambah beliau lagi, dalam sektor binaan ini seolah-olah terdapat krisis
dalam latihan-latihan kemahiran. Terlalu sedikit yang dilatih bagi menggantikan tenaga kerja
mahir yang telah meningkat usianya dan terlalu sedikit juga yang memiliki kemahiran
pengurusan dan teknikal. Industri pembinaan juga didapati tidak mempunyai struktur kerjaya
yang sistematik bagi membangunkan tahap pengurusan dan penyeliaan.
Dalam aspek peningkatan suasana kerja di tapak binaan, kemudahan untuk pekerja-
pekerja di tapak bina di dapati amatlah menyedihkan. Tapak pembinaan itu sendiri seharusnya
menjadi iklan kepada industri itu sendiri dengan penampilan yang bersih dan menarik. Beliau
juga berpandangan, program latihan-latihan akan hanya diberi perhatian yang serius oleh para
kontraktor sekiranya klien itu sendiri yang mengambil inisiatif untuk menggalakkan kontraktor-
kontraktor menggunakan tenaga kerja yang mempunyai latihan kemahiran yang sempurna.
Untuk itu keutamaan yang lebih perlu diberikan kepada mana-mana kontraktor yang
menggunakan pekerja-pekerja yang mempunyai latihan yang sewajarnya. Satu cara yang mudah
untuk memastikan hasrat ini tercapai ialah dengan klien itu sendiri hendaklah memastikan semua
kontraktor memastikan semua pekerja mestilah memiliki kad kemahiran yang sah di bawah Skim
Persijilan Kemahiran Binaan.
Keseluruhannya, isu tenaga kerja tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Penyelesaian jangka
pendek iaitu dengan bergantung kepada tenaga kerja asing hanyalah sekadar penyelesaian yang
bersifat sementara, yang merugikan negara dalam jangka panjang. Penyelesaian jangka panjang
bergantung kepada reka bentuk program pendidikan yang pastinya memerlukan sokongan dan
komitmen semua pihak terutamanya pemain-pemain dalam industri binaan.
Bagaimanapun, tanggung jawab bukanlah terletak kepada pemilik projek semata-semata.
Kontraktor juga harus melihat masalah ini sebagai masalah mereka juga. Perubahan sikap
terhadap industri pembinaan mestilah datang dari semua pihak yang terlibat dalam industri
16 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
binaan. Kontraktor juga harus menawarkan faedah-faedah tertentu bagi menarik minat dan
mengekalkan tenaga kerja dalam jangka panjang. Berkongsi sebahagian dari keuntungan akan
menyebabkan tenaga kerja ini mempunyai minat secara peribadi terhadap syarikat dan ini akan
meningkatkan prestasi syarikat dari masa ke semasa. Kerja yang dilakukan juga akan lebih
berkualiti. Bayaran lebih masa juga turut menyumbang kepada pengekalan tenaga kerja.
Kekurangan tenaga kerja juga boleh di atasi dengan meningkatkan imej dan rasa bangga
pekerja binaan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meraikan kejayaan dalam menyiapkan
kerja dengan baik. Ianya juga boleh dilakukan di peringkat lebih tinggi umpamanya peringkat
kebangsaan. Dengan ini kontraktor mempunyai pilihan yang jelas bagaimana mereka boleh
membantu masalah kekurangan tenaga kerja binaan ini. Ini bermakna industri pembinaan negara
masih mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi mengatasi
masalah pergantungan kepada tenaga kerja asing dan sekali gus menjimatkan pengaliran wang
Malaysia ke luar negara.
17 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal 1
Buruh Asing di Malaysia : Trend, Kaedah, Kesan, Masalah dan Cara Mengatasinya.
Ditulis oleh : Che Hashim Hassan
Tenaga buruh asing merupakan tenaga kerja yang berasal dari negara luar di mana mereka
berhijrah ke sesebuah negara untuk bekerja dalam satu tempoh masa tertentu. Kemasukan tenaga
buruh asing ke dalam sesebuah negara memberikan faedah dan kesan kepada negara asal serta
negara Malaysia. Kemasukan tenaga buruh asing menyaksikan kemasukan pekerja asing yang
tidak mahir, faedah kepada negara dan negara asal terhadap kemasukan tenaga buruh asing,
kesan terhadap keluaran dan pasaran buruh bagi sesuatu sektor pekerjaan, kesan terhadap kadar
upah, masalah yang sering dihadapi oleh Negara Malaysia dan beberapa syor atau langkah-
langkah yang patut diambil oleh pihak berwajib untuk meminimumkan masalah yang dihadapi.
Bilangan sebenar pekerja asing di Malaysia pada masa sekarang amat sukar diketahui
kerana setiap tahun kemasukan pekerja asing ini meningkat dengan mendadak, tidak kira sama
ada pendatang secara rasmi yang mempunyai visa bekerja mahupun pendatang tanpa izin yang
tidak mempunyai visa bekerja..
Mengikut maklumat daripada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, tenaga kerja asing yang
berada di Malaysia adalah seramai 2 juta orang. Negeri Sabah merupakan salah sebuah negeri
yang mempunyai ramai tenaga buruh tanpa permit. Kebanyakan mereka adalah warga Filipina
dan Indonesia manakala separuh daripada mereka disahkan mempunyai kad pengenalan dan
dapat menikmati hak sebagai rakyat negara Malaysia. Anggaran bagi kedatangan tenaga buruh
asing yang datang secara sah , tenaga buruh asing yang mahir dan tidak mahir adalah 2 juta
orang dan kedatangan tenaga buruh asing tanpa permit dianggarkan juga seramai 2 juta orang.
Hal ini menjadikan bahawa negara Malaysia menerima hampir 4 juta tenaga buruh asing.
Jumlah kedatangan tenaga buruh asing yang tidak mahir tidak menentu dari tahun ke
tahun. Aliran kemasukan tenaga buruh asing menunjukkan peningkatan semasa tahun 1997
hingga Jun 2007. Manakala pada tahun 1998, pengurangan dapat dilihat sebanyak 37%
berbanding tahun sebelumnya. Selepas itu, pada tahun 1999 hingga tahun 2007 menunjukkan
pertambahan kemasukan tenaga buruh asing di Malaysia semakin tinggi dari tahun ke tahun.
18 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Kebanyakan tenaga buruh asing datangnya dari Indonesia, Bangladesh, Filipina ,
Kemboja dan India. Namun, sehingga sekarang, pendatang tenaga buruh dari Indonesia
mendominasi sektor tenaga buruh di Malaysia. Majoriti tenaga buruh asing yang berada di
Malaysia tidak kira sama ada secara sah atau tidak adalah dari negara Indonesia. Begitu juga
dengan bilangan tenaga buruh asing yang tidak mahir , kebanyakan tenaga buruh berasal
daripada negara Indonesia.
Bilangan tenaga buruh mengikut sektor pula menunjukkan bahawa sektor perkilangan
menunjukkan bilangan tenaga buruh asing yang paling ramai sekali menerima tenaga buruh
asing yang tidak mahir. Selain sektor perkilangan, sektor lain yang menerima kemasukan tenaga
buruh asing ialah sektor pembinaan, perkhidmatan, perladangan, pertanian dan pembantu rumah.
Sektor Perladangan merupakan sektor kedua tertinggi yang mempunyai tenaga buruh asing tidak
mahir dan diikuti dengan sektor pembantu rumah.
Kemasukan tenaga asing turut memberikan faedah bukan sahaja kepada negara Malaysia
malah turut memberi faedah kepada negara asal tenaga buruh. Seperti yang diketahui umum,
kemasukan tenaga buruh asing ke Malaysia memberi kesan positif pada negara asal mereka.
Negara asal mereka dapat mengurangkan kadar pengangguran dan kadar upah dalam negara
mereka. Kemasukan tenaga asing ke negara yang kekurangan tenaga buruh memberikan kesan
kepada negara asal, di mana negara asal tenaga asing dapat mengurangkan kadar pengangguran
yang ada di negara mereka. Dengan itu, lebihan penduduk di negara tersebut akan berkurangan
kerana kebanyakan mereka telah berhijrah ke negara asing untuk mencari punca pendapatan.
Negara asal juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan yang ada di negara mereka akibat
pengangguran yang berlaku. Selain itu, negara asal mereka juga mendapat faedah daripada kadar
tukaran mata wang asing. Sebagai contoh, kadar tukaran mata wang asing adalah lebih kecil dari
Malaysia.
Di Malaysia , upah sebanyak RM600 bagi tenaga buruh asing Indonesia merupakan upah
terbanyak yang mereka dapati kerana jika ditukarkan kepada wang Indonesia , jumlahnya adalah
besar dan membolehkan mereka merasa hidup mewah.
Kebanyakan mereka yang datang ke Malaysia untuk bekerja sudah pasti tidak
mempunyai pekerjaan di negara asal mereka. Disebabkan perbezaan kadar upah yang berbeza
19 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
dengan negara asal inilah yang menyebabkan kebanyakan tenaga buruh asing bersemangat untuk
berhijrah untuk mencari punca pendapatan di negara lain. Upah yang diterima mereka akan
disimpan dan dihantar pulang ke negara asal mereka untuk perbelanjaan keluarga mereka. Kadar
upah di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding kadar upah di negara asal mereka.
Kebanyakan Pekerja asing yang datang ke Malaysia bekerja bukan sahaja untuk
menanggung diri mereka sahaja, tetapi mereka menyimpan dan menabung sebahagian hasil
pendapatan mereka untuk dihantar pulang ke kampung halaman mereka bagi menampung
keluarga mereka. Oleh itu, negara asal mereka mendapat faedah hasil daripada kadar tukaran
mata wang asing antara negara. Jumlah nilai wang yang akan dihantar pulang menjadi
pendapatan kepada negara asal dan boleh digunakan untuk mendapat balik wang Malaysia atau
membayar kos import bagi barang-barang atau perkhidmatan yang dijual oleh negara Malaysia.
Selain negara asal, negara Malaysia turut menerima faedah di atas kemasukan buruh
asing ini. Penglibatan buruh asing tidak menyekat peluang pekerjaan buruh tempatan, malah ia
dapat membantu dalam membangunkan ekonomi negara. Hal ini kerana, kebanyakan buruh
asing terlibat dalam sektor yang memerlukan tenaga kudrat yang dianggap kotor, berbahaya dan
tidak diminati oleh rakyat tempatan. Kebanyakan buruh asing yang mencari pekerjaan di
Malaysia melibatkan diri dalam enam sektor iaitu, pembuatan, perladangan, pembantu rumah,
pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. Negara Malaysia sememangnya bergantung harap
kepada buruh asing dalam proses pertumbuhan dan pembangunan negara. Tanpa sumbangan
tenaga buruh, terutamanya dalam sektor pembinaan, pembuatan, pertanian, dan perkhidmatan
pembantu rumah, ekonomi negara tidak akan dapat berkembang dengan cepat.
Kedatangan pekerja asing dapat dianggap membantu menampung keperluan tenaga buruh
di Malaysia. Sekiranya kedatangan buruh asing menyebabkan tenaga buruh melebihi daripada
bilangan peluang pekerjaan sedia ada di Malaysia, hal ini pasti akan menjejaskan peluang
pekerjaan bagi buruh tempatan. Kemasukan buruh asing bagi sektor-sektor tertentu seperti sektor
perkhidmatan di stesen minyak dan pasar raya boleh dihadkan dan digantikan dengan buruh
tempatan kerana tahap pekerjaan di sektor ini tidak susah, kotor dan berbahaya
Di Malaysia, terdapat sektor-sektor tertentu yang masih mempunyai kekosongan yang
amat memerlukan sejumlah penawaran tenaga buruh yang banyak. Sektor yang tidak digemari
20 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
oleh buruh tempatan seperti sektor pertanian dan pembinaan kebiasaannya diambil alih oleh
buruh asing. Kemasukan buruh asing dalam sektor ini bukan sahaja dapat menampung
kekurangan tenaga buruh tetapi dapat menambahkan jumlah keluaran negara.
Permintaan dan penawaran tenaga buruh dalam pasaran akan menentukan tingkat kadar
upah seseorang buruh. Jika sesebuah industri memerlukan buruh yang ramai tetapi bilangan
buruh yang ingin bekerja adalah sedikit, maka kadar upah akan meningkat. Sebaliknya, jika
terdapat ramai buruh yang ingin bekerja sedangkan bilangan pekerjaan yang ditawarkan adalah
sedikit, maka kadar upah akan menurun.
Kemasukan buruh asing perlu dikawal oleh pihak kerajaan. Sekiranya tenaga buruh yang
diambil bekerja mempunyai sejarah dalam bidang jenayah, ini akan menyulitkan pihak kerajaan
untuk menangani masalah sosial yang berlaku dalam kalangan buruh asing. Selain itu,
kemasukan buruh secara haram lebih mendatangkan pelbagai masalah kepada negara kita kerana
majikan tiada rekod terhadap kemahiran mereka.
Pihak kerajaan perlu memberi keutamaan kepada buruh tempatan untuk bekerja di
pelbagai sektor yang berada di Malaysia. Pihak kerajaan perlu mengenal pasti buruh tempatan
yang berminat untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu. Latihan kemahiran asas hendaklah
diberikan kepada mereka yang berminat untuk bekerja supaya mereka boleh menjadi seorang
yang profesional dalam pekerjaan mereka.
Pihak kerajaan perlu menganggarkan keperluan tenaga buruh bagi setiap sektor dalam
negara Malaysia. Perkara ini sangat mustahak dan perlu dilakukan supaya kita dapat
menganggarkan keperluan tenaga tambahan bagi setiap sektor dan kerajaan dapat mengeluarkan
satu permit bagi buruh asing mengikut tenaga buruh yang diperlukan. Oleh itu kemasukan buruh
asing tidak akan dapat menjejaskan peluang pekerjaan bagi buruh tempatan.
Pengambilan buruh asing hendaklah mengikut kemahiran dan keperluan tertentu setiap
sektor dalam negara Malaysia. Jika kuota pengambilan ini tidak di selenggara dengan betul, akan
berlaku lebihan buruh dalam sektor tertentu tetapi kekurangan pula dalam sektor yang lain. Hal
ini juga perlu dikaji secara proaktif agar tidak berlaku pengangguran di kalangan buruh tempatan
dan juga buruh asing yang datang ke Malaysia. Pengangguran yang berlaku akan mengakibatkan
berlakunya gejala sosial yang akan membebankan rakyat dan kerajaan menanganinya.
21 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Kesimpulannya, kedatangan tenaga asing mampu menampung kekurangan tenaga buruh
di Malaysia. Namun sekiranya kedatangan tenaga buruh asing menyebabkan pertambahan tenaga
kerja melebihi daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan yang ada di Malaysia, maka barulah
kekurangan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan Malaysia berlaku. Kedatangan tenaga
buruh asing di Malaysia telah menambahkan penawaran tenaga buruh dalam sektor ekonomi
tertentu dan memberikan kesan dalam penambahan keluaran negara dan penurunan dalam kadar
upah. Kedatangan tenaga buruh asing memberikan impak yang positif serta negatif kepada
negara asal dan juga negara penerima seperti Malaysia. Oleh itu, kemasukan tenaga buruh asing
perlu diawasi dan diambil langkah-langkah yang pro-aktif bagi memastikan tiada masalah yang
serius akan berlaku di negara Malaysia.
22 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal 2
Peranan Wanita dalam Pasaran Kerja Fleksibel di Malaysia: Kajian Kes di Sektor
Perkhidmatan.
Ditulis oleh : Doris Padmini Selvaratnam & Kaw Kit Yeng
Wanita dilihat mampu menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa. Dalam beberapa tahun
kebelakangan ini, banyak pihak mula menyedari penglibatan guna tenaga wanita dalam ekonomi.
Sumbangan wanita mula mendapat pengiktirafan, malah wanita turut mendapat pendidikan
secara formal dan turut diberi kepercayaan memegang jawatan yang lebih tinggi dalam sesuatu
pekerjaan. Wanita terus menyaingi lelaki dalam apa jua bidang pekerjaan.
Guna tenaga wanita banyak diserap dalam sektor perkhidmatan , sektor pertanian dan
sektor pembuatan. Dari tahun ke tahun dapat dilihat peningkatan dalam penglibatan wanita
dalam setiap sektor ekonomi. Penggubalan Dasar Wanita Negara telah mencerminkan
kesungguhan negara untuk mengoptimumkan potensi kaum wanita dalam sesebuah negara.
Melalui dasar ini juga, dapat dilihat hasrat kerajaan untuk mengintegrasikan wanita dalam
pelbagai sektor pembangunan negara. Kepesatan penyertaan menggalakkan guna tenaga wanita
menunjukkan bahawa persediaan wanita dalam memecahkan monopoli kaum lelaki yang ada
dalam sektor pembangunan negara.
Guna tenaga wanita kini telah berubah seiring dengan pembangunan sektor perindustrian
yang banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada guna tenaga wanita. Jika dahulu wanita
dilihat sebagai tenaga buruh tradisional keluarga di mana mereka banyak terlibat dengan kerja-
kerja rumah dan membantu keluarga mahupun suami di ladang, kini, wanita mampu
memperbaiki taraf kehidupan mereka dan keluarga mereka dengan memenuhi permintaan tenaga
kerja yang banyak ditawarkan. Namun terdapat juga guna tenaga wanita yang menginginkan
keseimbangan dengan memainkan dua atau lebih watak iaitu mereka adalah sebagai seorang
pelajar dan pekerja atau sebagai seorang suri rumah tangga dan juga guna tenaga buruh di
pasaran. Guna tenaga wanita ini telah memilih untuk melibatkan diri dalam pasaran kerja yang
berjenis fleksibel supaya memiliki masa yang bebas di samping dapat menambah pendapatan
tambahan untuk diri mereka dan keluarga.
23 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Fleksibiliti membawa maksud sebagai penggunaan individu, organisasi dan masyarakat
yang boleh dibincangkan. Menurut Kamus dewan, fleksibel memberi makna mudah luntur dan
mudah menyesuaikan diri tidak kira sikap atau keputusan dengan mengikut keadaan baru dan
sebagainya. Pasaran kerja yang fleksibel merujuk kepada waktu kerja yang anjal untuk individu
supaya dapat menyesuaikan dirinya dalam menyumbangkan tenaga kerjanya.
Pasaran kerja yang menawarkan pekerjaan yang fleksibel adalah seperti kerja sambilan
pembantu jualan, telekomunikasi, penjual insurans dan banyak lagi. Menurut Atkinson terdapat
empat jenis fleksibiliti pasar kerja iaitu fleksibiliti numeric eksternal, fleksibiliti numeric
internal, fleksibiliti organisasi dan fleksibiliti kewangan.
Fleksibiliti numeric eksternal merujuk kepada kelonggaran dalam mengatur jumlah buruh
yang diambil dalam pasaran kerja eksternal. Fleksibiliti numeric internal dikenali dengan istilah
fleksibiliti kerja atau sementara. Fleksibiliti ini dicapai dengan kelonggaran pengusaha dalam
mengatur jam kerja pekerjanya di sesebuah perusahaan. Fleksibiliti organisasi adalah
kelonggaran buruh untuk berpindah dari satu tugas kepada tugas yang lain dalam sesebuah
perusahaan dan menyesuaikan diri terhadap perubahan teknologi dan pensyaratan organisasi.
Fleksibiliti upah dengan tingkat upah yang tidak diputuskan bersama. Upah antara pekerja adalah
seragam. Upah merupakan hasil daripada permintaan dan penawaran tenaga kerja yang
ditentukan berdasarkan jabatan, beban tugas atau prestasi pekerja. Fleksibiliti yang mampu
meningkatkan kesesuaian pasar kerja adalah fleksibiliti lokasi. Ia merujuk kepada kelonggaran
pekerja untuk bekerja di luar pejabat misalnya bekerja dari rumah.
Tenaga buruh wanita terpaksa memasuki pasaran buruh dan terpaksa berhadapan dengan
masalah pengasingan pekerjaan, upah dan sebagainya. Apabila wanita memasuki pasaran buruh,
mereka merupakan satu kumpulan jantina yang terpaksa bersaing dengan kumpulan buruh lelaki.
Namun perubahan pasaran kerja di Malaysia telah merubah mendorong wanita untuk bekerja
dari rumah di mana ia dapat membantu mengatur kerja seharian mereka. Perubahan ini
membuatkan majikan berfikir bahawa tenaga buruh wanita akan mengelak dari menjalankan
kerja mereka selain menipu dalam jumlah jam pekerjaan mereka.
Faktor permintaan yang terhad terhadap guna tenaga wanita menyebabkan mereka
menumpukan terhadap satu jenis pekerjaan sahaja. Pengasingan pekerjaan berlaku disebabkan
24 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
perbezaan latar belakang pendidikan, kemahiran dan latihan antara pekerja lelaki dan
perempuan. Disebabkan perbezaan ini, akan mewujudkan perbezaan dari segi daya keluaran
seterusnya menyebabkan pendapatan antara guna tenaga lelaki dan wanita juga berbeza. Guna
tenaga wanita dianggap sebagai pekerja yang berkualiti rendah kerana latar belakang pendidikan
mereka yang kurang berbanding guna tenaga lelaki.
Perubahan dalam corak penglibatan wanita menjadi tenaga buruh dapat dilihat dengan
jelas bermula selepas kemerdekaan negara. Pada awal kemerdekaan, sebahagian besar buruh
wanita tertumpu dalam sektor pertanian. Perkembangan dalam sektor industri mengakibatkan
tumpuan wanita berubah. Perubahan daripada industri berbentuk penggantian import kepada
industri berasaskan eksport tela membuka peluang pekerjaan kepada kaum wanita. Antara
industri yang banyak mengambil wanita sebagai pekerja ialah industri tekstil, elektronik dan
pakaian.
Pencapaian pendidikan juga mampu mempengaruhi penglibatan wanita bekerja secara
langsung dan tidak langsung. Pendidikan boleh mengubah perlakuan dan pemikiran wanita
dalam suasana kehidupan mewah. Guna tenaga wanita kini semakin penting dalam perkhidmatan
kerajaan terutamanya pentadbiran awam, pendidikan dan pertahanan. Namun begitu,
perkembangan teknologi dalam industri sedikit sebanyak mempengaruhi sektor perkhidmatan
baru. Pekerja wanita menjadi mangsa pembuangan kerja sekiranya sektor ini turut menggunakan
teknik penjimatan buruh.
Pengasingan buruh dilihat dari segi analisis pasaran buruh. Pasaran buruh mempunyai
sifat dualisme, iaitu pasaran buruh dalaman dan pasaran buruh luaran dikaitkan dengan dua
kumpulan struktur pekerjaan. Pekerja asas dikatakan berkait dengan pasaran buruh dalaman
yang mempunyai ciri-ciri seperti kemasukan yang terhad pada peringkat pekerjaan rendah,
peluang kenaikan pangkat yang banyak, kestabilan pekerjaan kerana upah yang tinggi dan
peluang pekerjaan berdasarkan ekuiti. Sebaliknya, pekerjaan sekunder dikaitkan dengan pasaran
buruh luaran yang bercirikan peluang kemasukan pekerja tidak terhad, peluang kenaikan pangkat
yang sedikit dan persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Sebahagian pekerja yang berada
dalam kategori pekerjaan sekunder adalah terdiri daripada kaum wanita.
25 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Kesimpulannya, tenaga buruh dalam kalangan wanita mula disedari kepentingan
penglibatannya oleh orang ramai. Sumbangan wanita mula diiktiraf dan turut diberikan
pendidikan formal. Selain itu, wanita turut diberi kepercayaan untuk memegang jawatan lebih
tinggi dalam sesuatu pekerjaan. Namun begitu, penglibatan buruh wanita dalam sektor ekonomi
negara tela membawa kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan serta kewujudan masalah-
masalah lain dalam kehidupan mereka. Oleh itu, tenaga buruh wanita perlu bijak mengatur
langkah dalam kehidupan kerjaya supaya dapat mengimbangi kerjaya dan keluarga.
26 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal 3
Buruh Industri, Kemahiran Teknikal dan Kemajuan Sektor Perindustrian di Malaysia
Ditulis oleh : Anuwar Ali
Sektor perindustrian memerlukan tenaga buruh yang lebih cekap dalam ilmu sains, teknikal dan
pengurusan. Oleh itu perancangan menyeluruh guna tenaga supaya keupayaan industri dapat
ditingkatkan melalui pencapaian dalam bidang sains dan teknologi. Kemajuan teknologi dalam
industri ditentukan melalui kemahiran dan kepakaran yang ada pada tenaga buruh tempatan.
Tanpa kemahiran dan daya penciptaan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.
Perkembangan sektor perindustrian berkembang pesat berbanding sektor lain.
Kebanyakan penyerapan tenaga buruh adalah ke dalam sektor perindustrian ini lebih pesat
berbanding sektor-sektor lain. Penyerapan tenaga buruh industri dilihat dari segi pekerjaan yang
dapat diwujudkan kerana pembahagian jenis pekerjaan ini akan mempengaruhi perkembangan
kegiatan industri negara. Pembahagian ini juga akan menentukan faedah yang akan di peroleh
semua tenaga buruh yang terlibat dengan kegiatan industri.
Penyerapan tenaga buruh berlaku dalam sektor perindustrian tertumpu pada bahagian
pekerja pengeluaran dan sebahagian kecil pekerja teknikal dan ikhtisas, pentadbiran dan
pengurusan. Golongan pekerja pengeluaran bertambah dengan pesat sepanjang tahun 1971
hingga tahun1980. Pertambahan bilangan tenaga buruh dalam sektor ini akan mewujudkan
berbagai-bagai implikasi ke atas keupayaan teknikal, mencipta dan daya pengeluaran industri.
Kemampuan negara untuk menjadikan sektor perindustrian lebih maju memerlukan
keupayaan ekonomi dalam mengumpul modal dan menggunakannya secara berkesan serta
kemampuan dalam menyediakan kemahiran-kemahiran teknikal dan keupayaan teknologi baru.
Negara juga perlu menyediakan kepakaran dalam bidang pengurusan dan jurutera serta
juruteknik. Penambahan kepakaran ini bertujuan meningkatkan prestasi industri tempatan dalam
penggunaan teknologi canggih.
Kemahiran yang diperoleh perlu dapat menampung keperluan industri yang hendak
ditubuhkan supaya perkembangan sektor perindustrian. Penyediaan kemahiran teknikal dan
27 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
teknologi baru juga perlu meliputi keupayaan mencipta pengeluaran yang baru dan
mengubahsuai teknologi yang diimport untuk memajukan negara.
Kemajuan teknikal sangat penting kerana ia mencerminkan perubahan dalam teknologi
yang dicapai dari usaha pengeluaran ekoran dari kegiatan penyelidikan, penciptaan dan rekaan
yang wujud dalam sektor perindustrian. Kemajuan ini berlaku berdasarkan penyerapan unsur-
unsur luar di dalam sektor perindustrian di mana terkumpulnya pengalaman di kalangan tenaga
buruh semasa proses pengeluaran industri.
Perancangan guna tenaga tidak memberi keutamaan kepada aspek keupayaan tenaga
buruh untuk mencipta walaupun keupayaan ini merupakan satu ciri ekonomi yang amat penting
dalam mencapai kemajuan teknikal. Keupayaan teknologi tempatan boleh dipertingkatkan lagi
tidak sahaja melalui sistem pendidikan tetapi juga melalui proses belajar sambil bekerja di
kilang-kilang dalam negara ini. Perancangan pendidikan menjadi pelengkap kepada perancangan
guna tenaga terutama sekali dari segi menyediakan bakal pekerja industri dengan kemahiran dan
dari segi perubahan sikap terhadap pekerjaan sektor industri.
Pembentukan dasar mengambil kira kedudukan tenaga buruh tidak mahir di mana
sebahagian besarnya dari tenaga buruh industri kerana dari segi pembangunan negara bukan
sahaja dianggap sebagai faktor keluaran yang penting tetapi juga sebagai golongan yang
memperoleh faedah melalui proses pembangunan negara. Ahli perancangan ekonomi perlu
memberi perhatian terhadap perindustrian sebagai penggerak kepada proses pembangunan
negara.
Kesimpulannya, penggunaan teknologi boleh dipertingkatkan bukan sahaja melalui
sistem pendidikan tetapi juga melalui proses belajar sambil bekerja di sektor-sektor yang ada di
negara Malaysia. Namun, setakat ini penggunaan teknologi canggih ini hanyalah diberikan kuasa
penggunaannya kepada tenaga mahir, dan ianya tidak menyeluruh kepada buruh bawahan kerana
sebahagian besar dari buruh industri adalah dari buruh tidak mahir. Oleh itu, perancangan guna
tenaga perlu dilaksanakan dengan menekankan tentang keperluan golongan ini bukan sahaja
untuk meningkatkan kemahiran mereka tetapi juga untuk mengurangkan perbezaan pendapatan
yang amat ketara di antara golongan buruh tidak mahir dan golongan buruh yang mempunyai
kemahiran
28 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal 4
Penentuan Perbezaan Pendapatan Buruh Mengikut Kemahiran dalam Industri
Pembuatan Di Malaysia
Ditulis Oleh : Rahmah Ismail
Perbezaan dalam pendapatan buruh adalah isu yang penting dalam pasaran buruh. Perbezaan ini
mestilah diminimumkan sekiranya sesebuah ekonomi negara itu ingin mengoptimumkan
penggunaan sumbernya. Perbezaan dalam pendapatan buruh harus tidak mempunyai jurang
agihan pendapatan yang besar. Oleh itu, upah yang diterima oleh tenaga buruh haruslah
seimbang dan adil. Sebahagian besar daripada pertumbuhan ekonomi negara disumbangkan oleh
sektor pembuatan, di mana sektor ini dianggap sebagai enjin pertumbuhan kerana sumbangannya
yang bermakna kepada negara.
Agihan pendapatan merupakan isu penting dalam pembangunan negara. Agihan
pendapatan di Malaysia mengalami aliran yang tidak stabil. Pendapatan isi rumah adalah dalam
bentuk pendapatan buruh seperti upah, elaun, bonus, kerja lebih masa dan lain-lain faedah
sampingan. Oleh itu, pendapatan buruh adalah penyumbang terbesar kepada aliran agihan
pendapatan. Dalam pasaran buruh, agihan pendapatan buruh berlaku antara sektor, etnik,
pekerjaan, lokasi dan jantina.
Ketidakseimbangan dalam peningkatan agihan pendapatan buruh adalah disebabkan
perubahan dalam komposisi industri. Kehilangan peluang pekerjaan dalam sesebuah sektor akan
mengakibatkan agihan pendapatan menjadi tidak seimbang. Jika di Malaysia, permintaan
terhadap tenaga buruh mahir untuk mengendalikan teknologi moden mengakibatkan upah bagi
pekerja mahir ini lebih tinggi dan upah bagi pekerja tidak mahir akan berkurangan. Peningkatan
dalam sektor perindustrian menyebabkan agihan pendapatan buruh menjadi tidak seimbang.
Migrasi berlaku dalam proses pembangunan negara kera tujuan pekerja yang ingin
mencari pekerjaan baru yang lebih mendatangkan kepuasan. Kekurangan tenaga buruh dalam
sektor perindustrian menyebabkan kemasukan tenaga buruh asing. Kemasukan beramai-ramai
tenaga buruh asing menyebabkan agihan pendapatan menjadi tidak seimbang. Berbanding buruh
29 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
tempatan, tenaga buruh asing lebih menerima kadar upah yang rendah menyebabkan buruh
tempatan kehilangan kuasa dalam menuntut kadar kenaikan upah.
Perbezaan jantina juga antara faktor membezakan pendapatan buruh. Kebanyakan buruh
lelaki dibayar upah yang lebih tinggi berbanding buruh wanita walaupun mereka memiliki tahap
pendidikan yang sama. Anggapan terhadap buruh wanita yang kurang produktif menimbulkan
banyak halangan kepada institusi tempat bekerja kerana kerap bercuti seperti bercuti bersalin.
Fenomena ini adalah ciri-ciri diskriminasi terhadap wanita.
Antara faktor yang menyebabkan perbezaan pendapatan dalam kalangan buruh adalah
jika seseorang individu modal manusia yang sama maka bayaran yang sama akan diterima oleh
buruh kerana mempunyai kemahiran dan kepakaran yang sama. Selain itu faktor seperti lokasi,
jantina dan jenis pekerjaan merupakan sebab perbezaan pendapatan berlaku.
Kesimpulannya, perubahan dalam sektor pembuatan di Malaysia mengalami perubahan
yang pesat dalam proses pengeluarannya daripada berintensif buruh kepada berintensif modal.
Modal manusia selalunya mempunyai hubungan yang positif dengan pendapatan buruh kerana
dengan milik modal manusia yang tinggi, individu menjadi lebih produktif.
30 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
Jurnal 5
Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam: Satu Pandangan Alternatif
Ditulis oleh : Mansor Jusoh & Nor Ghani Md. Nor
Buruh adalah keupayaan fizikal dan mental yang disumbangkan oleh manusia dalam proses
pengeluaran. Tenaga buruh juga merupakan satu sumber yang produktif milik manusia. Manusia
memiliki sumber yang boleh digunakan sebagai input proses pengeluaran yang dikenali sebagai
buruh, di mana tenaga seseorang buruh digunakan untuk menjalankan aktiviti dalam proses
pengeluaran. Buruh hanyalah sumber yang dimiliki oleh manusia yang digunakan hanya dalam
sesuatu proses pengeluaran buruh.
Tenaga buruh satu komponen sumber manusia yang menjadi input dalam mengeluarkan
barang dan perkhidmatan. Sebagai ganjaran terhadap kerja yang dilakukan, tenaga buruh akan
dibayar upah dalam bentuk wang ringgit, barang-barang atau sebagainya. Penentuan kadar upah
di sesebuah negara bukan sahaja di pengaruhi oleh sistem ekonomi yang dipilih tetapi turut
dipengaruhi oleh sistem nilai yang wujud dalam masyarakat serta pengalaman sejarah yang
dilalui oleh sesebuah negara tersebut. Dalam Islam, upah akan dibayar setimpal dengan bidang
kerja yang dilakukan dan berasaskan kualiti buruh serta upah yang diberi perlu melebihi
keperluan bagi menampung perbelanjaan kehidupan diri dan ahli keluarga.
Manusia boleh menimbulkan beberapa masalah apabila digunakan dalam analisis
ekonomi seperti tidak dapat membezakan antara manusia, sumber manusia dan buruh. Hal ini
seperti manusia boleh menerima pendapatan buruh dan pendapatan bukan buruh sedangkan
pendapatan buruh adalah khusus bagi pembekal tenaga buruh. Selain itu, anggapan buruh dan
manusia adalah sama maka isu hak milik terhadap buruh menjadi kurang jelas. Apabila
seseorang manusia bekerja iaitu dengan menjual tenaganya kepada firma tertentu, maka akan
wujud isu mengenai persoalan beliau juga menjual hak milik terhadap dirinya. Tanggapan ini
akan menyebabkan konsep pekerjaan yang dibayar upah adalah hampir sama dengan konsep
penghambaan manusia.
Konsep buruh sebagai sebahagian harta milik manusia tidak bercanggah dengan Islam.
Manusia merupakan khalifah di bumi Allah. Islam membenarkan manusia bekerja untuk
31 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
mendapatkan upah. Islam mengharuskan manusia menjual tenaga fizikal dan mentalnya untuk
mendapatkan upah.
Negara membangun dan negara mundur sering dicirikan dengan pertumbuhan penduduk
yang pesat. Bagi sesetengah negara ini, pertumbuhan penduduk tidak disertai dengan
pertumbuhan ekonomi yang sewajarnya. Negara ini dikatakan berhadapan dengan masalah
lebihan penduduk. Di Malaysia, penduduknya kerap dibelenggu dengan masalah kemiskinan,
kurang produktif serta berhadapan dengan pelbagai masalah sosial. Lebihan penduduk tidak
semestinya berlaku di negara-negara yang ramai penduduk atau yang mempunyai kadar
pertumbuhan penduduk yang tinggi. Ini kerana pertambahan penduduk juga menyumbang
kepada pertumbuhan sumber-sumber produktif. Masalah lebihan penduduk hanya timbul apabila
pertambahan penduduk gagal diterjemahkan kepada peringkat sewajarnya dalam keluaran dan
pendapatan.
Lebihan buruh berkait dengan konsep keseimbangan pasaran buruh. Lebihan buruh
berlaku apabila buruh yang ditawarkan ke pasaran tidak dapat diserap sepenuhnya oleh
permintaan yang wujud bagi sesuatu sektor dalam sesebuah ekonomi negara. Tanda-tanda
wujudnya lebihan buruh adalah wujudnya pengangguran tak ketara dan pengangguran yang
berpunca daripada masalah struktur ekonomi dan kurang permintaan ekoran kitaran perniagaan.
Teori pertumbuhan dua sektor Arthur Lewis misalnya mengaitkan lebihan buruh di sektor luar
bandar sehingga buruh di sektor tersebut mempunyai produktiviti sifar atau negatif. Masalah
lebihan buruh boleh berlaku di semua negara dan tidak terhad kepada negara mundur atau negara
membangun.
Penawaran buruh bergantung kepada kecekapan produktiviti yang agak sukar dijelaskan.
Memang benar faktor-faktor seperti kesihatan, pelajaran dan kemahiran boleh meningkatkan
produktiviti buruh tetapi faktor tersebut tidak menjelaskan kuantiti buruh yang ditawarkan. Harus
diingatkan bahawa penawaran buruh merujuk kepada kualiti buruh iaitu masa kerja yang
sanggup dibekalkan seseorang pada sesuatu tingkat upah tertentu. Maka adakah buruh yang
berpelajaran dan berkemahiran tinggi akan memberikan produktiviti yang lebih bersedia dalam
menawarkan lebih masa kerja pada sesuatu tingkat upah tertentu. Tetapi apa yang sering dilihat
adalah semakin tinggi pelajaran dan kemahiran seseorang semakin sukat untuk seseorang tenaga
32 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
buruh tersebut menerima pekerjaan pada upah yang rendah dan ini akan menandakan penawaran
buruh semakin berkurang.
Kesimpulannya, buruh dianggap sebagai satu faktor pengeluaran tanpa menimbulkan
implikasi bahawa pekerja adalah hamba kepada manusia lain. Lebihan penduduk dan buruh
adalah dua konsep yang berbeza. Dalam Islam, Allah yang memberi dan menetapkan rezeki
seseorang. Dalam Islam, upah yang harus dibayar perlu setimpal dengan bidang pekerjaan tidak
mempunyai bukti yang kukuh. Dalam Islam, konsep musyawarah antara majikan dan pekerja
dalam menentukan kadar upah perlu diamalkan.
33 | TEORI KEUSAHAWANAN : U L A S A N J U R N A L
top related