tugasan rozaimy
Post on 18-Jun-2015
2.455 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Abstrak
Usahawan merupakan individu yang melihat sesuatu peristiwa dari sudut
yang berlainan dari kebanyakkan orang. Pada mereka, segala peristiwa yang
berlaku samada baik atau buruk tetap mempunyai peluang ekonomi dan boleh
diekplotasi untuk memperolehi keuntungan.
Hanya bermula dengan idea , usahawan mampu membangunkan produk,
perkhidmatan atau proses yang boleh ditawarkan di pasaran. Seiring dengan
perubahan persekitaran, seseorang usahawan akan berhadapi dengan pelbagai,
risiko dan cuba mengubahsuai sistem syarikat mengikut permintaan semasa atau
kehendak pasaran.
Perbincangan seterusnya akan menyentuh tentang keadaan semasa
keusahawanan di Malaysia, peranan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam
membangunkan keusahawanan dan faktor-faktor yang menyumbang kepada
usahawan yang berjaya.
1
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Pengenalan
Usahawan adalah seorang yang sanggup mengambil risiko untuk
menceburi kerjaya di dalam bidang perniagaan. Mereka bukan sahaja mencipta
kerjaya, tetapi mencipta kerjaya untuk orang lain. Kuratko dan Hodgetts (2004)
mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di
dalam bidang perniagaan. Usahawan juga merupakan pemangkin kepada
perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu,
melakukan perancangan teliti dan membuat pertimbangan yang sesuai apabila
membuat proses perniagaan. Dengan bersifat optimistik dan komited, seorang
usahawan bekerja secara kreatif untuk memperolehi sumber baru atau
memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru. Semua ini
bertujuan untuk memperolehi keuntungan.”
Usahawan merupakan pemangkin kepada kemajuan pesat ekonomi
serantau. Usahawan berjaya meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan
pendapatan masyarakat setempat. Ini kerana usahawan merupakan golongan
manusia yang sering kali mencipta sesuatu produk, perkhidmatan atau proses baru
demi untuk kebaikan manusia sejagat. Ini dapat dicapai kerana seorang usahawan
sering kali berfikiran kreatif dan inovatif di dalam mencipta sesuatu agar dapat
2
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
menghasilkan sesuatu bukan sahaja mengikut kehendak pengguna malah
mencipta sesuatu yang baru di dalam pasaran.
Keadaan keusahawanan di Malaysia
Keusahawan di Malaysia telah lama bertapak, iaitu seawal pembukaan
negeri Melaka pada tahun 1400. Ketika itu usahawan Melayu telah lama
berdagang dengan usahawan dari negara lain seperti China dan India. Apabila
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha pertama kerajaan
yang baru dibentuk adalah dengan melaksanakan Rancangan Malaya Pertama dan
diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua. Seterusnya apabila negara Malaysia
dibentuk, Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan.
Dari kajian yang telah dilakukan oleh Jabatan Perangkaan dan Rekod, di
dapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah
seperti berikut:
Pemilikan Jumlah Pemilikan (RM) %
1. Bumiputera perseorangan 279.6 4.3
dan agensi amanah
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2. Bukan Bumiputera 2,233.2 34.0
3
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Warganegara asing 4,051.3 61.7
Jumlah 6,564.1 100.0
Sumber:
http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/0/b9e8dd3efcb0d838482
567350005a893?OpenDocument&Click
Dari perangkaan di atas, adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang
tahun 1990 pemilikan saham/ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi
kepentingan kaum di negara ini. Dengan sasaran Bumiputera sebanyak 30%, 40%
bukan Bumipeutera dan 30% lagi terdiri dari pelabur-pelabur asing. Untuk
mencapai hasrat ini, penyusunan Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan.
Sejarah pembangunan usahawan di Malaysia boleh diringkaskan kepada 3
peringkat seperti di bawah:
Tahun Kumpulan Ahli Perniagaan
1700-1800 Penjaja, Pengusaha tanah
1970 –an Ahli-Ahli korporat
Kini Usahawan-usahawan berinovasi
4
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Walaupun pembangunan usahawan secara keseluruhannya boleh
dibanggakan, namun pencapaian amatlah tidak mengalakkan apabila
membicarakan mengenai kejayaan usahawan Bumiputera. DEB telah
mensasarkan pada tahun 1990 Bumiputera akan mencapai sekurang-kurangnya 30
peratus dari jumlah ekuiti syarikat-syarikat yang tersenaria di papan tanda Bursa
Saha Kuala Lumpur. Tetapi pada hakikatnya, Bumiputera hanya mampu
mencapai 20.6 peratus pada tahun 1995 dan peratus ini menurun kepada 19.1
peratus pada tahun 1999 akibat dari krisis kewangan yang berlaku pada tahun
1997.
Sumber:
Teks ucapan Dato’ Seri Abdul Rahman Maidin, Presiden DPMM Kertas yang dibentang di Muzakarah Pakar; “Mengurus Kejayaan: Pengurusan Aset dan Tanggungan dari Perspektf Islam”; pada 29-30 April 2003 (27-28 Safar 1424 Hijrah); di Dewan Besar, IKIM.
Usahawan di Malaysia muncul melalui beberapa cara iaitu:
1. Penglibatan kerajaan melalui pelbagai galakan.
2. Usahawan mencari peluang dalam sesebuah organisasi.
3. Usahawan berusaha sendiri tanpa mendapat pertolongan daripada mana-
mana pihak.
4. Kemunculan usahawan melalui pergaulan di kalangan peniaga.
5
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Kerajaan masih merupakan nadi utama dalam melahirkan usahawan
Bumiputera melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan walaupun
terdapat juga usahawan Bumiputera yang berjaya atas usaha dan inisiatif sendiri.
Ciri-ciri peribadi usahawan yang berjaya
Secara amnya terdapat 16 ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya iaitu:
1) Inisiatif, jujur, amanah dan bertanggungjawab
Usahawan perlulah mempunyai sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab
di dalam segala urusan yang mereka lakukan. Dengan mempunyai sifat-
sifat seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab akan dapat
menimbulkan rasa kepercayaan dikalangan pengguna. Selain dari itu
usahawan perlulah mempunyai sikap inisiatif untuk menyelesaikan
masalah yang kebanyakkan orang tidak sanggup memikulnya.
2) Komitmen yang tinggi
Kejayaan setiap pekerjaan banyak bergantung kepada komitmen kita
kepada pekerjaan tersebut. Oleh itu, seorang usahawan perlulah
mempunyai komitmen yang tinggi di dalam apa sahaja kerja yang
dilakukan. Komitmen yang tinggi terhadap idea dan pelaburan akan
menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.
3) Orentasi kesempatan (peluang)
Seorang usahawan mestilah berkebolehan untuk mengenal pasti sumber-
sumber yang ada dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin.
6
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Seorang usahawan haruslah mempunyai kebolehan melihat sesuatu
peristiwa dari sudut yang berbeza dan melihat peluang yang ada pada
setiap peristiwa. Sebagai contoh: Dengan kenaikan harga petrol yang naik
secara mendadak, usahawan harusnya mencari peluang untuk mencipta
produk, perkhidmatan atau proses baru yang dapat menjimatkan
penggunaan minyak.
4) Mengambil risiko secara sederhana
Usahawan yang berjaya tidak menjerumus diri mereka kepada sebarang
risiko yang tidak pasti. Oleh itu, seorang usahawan perlulah mengambil
kira sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk setiap pilihan yang
mereka lakukan. Dengan mengambil kira risiko yang mungkin akan
mereka alami, seorang usahawan boleh melakukan sesuatu untuk
mengelak dari mengalami risiko tersebut atau setidaknya mengurangkan
kesan impak dari risiko tersebut.
5) Berkeyakinan dan optimistik
Seorang usahawan perlulah mempunyai keyakinan yang tinggi di atas
segala usaha yang mereka lakukan. Sifat keyakinan yang tinggi seterusnya
akan menghasilkan seorang usahawan yang optimistik terhadap kejayaan
yang akan dicapai. Seorang yang optimistik tidak akan mengalah kepada
kegagalan.
7
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
6) Kreatif dan Inovatif
Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada setiap usahawan membolehkan
mereka bersaing dipasaran. Melalui fikiran yang kreatif dan inovatif,
usahawan boleh menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang
dapat memenuhi kehendak pengguna dimasa kini dan dimasa hadapan.
7) Mencari maklumbalas
Usahawan perlulah bersikap proaktif di dalam mencari dan mengunakan
maklumbalas yang diperolehi sebagai satu cara untuk membaiki prestasi
mereka. Hasil dari maklumbalas yang diterima, usahawan boleh
mengetahui kesilapan yang telah dilakukan dan turut juga mengetahui
kehendak pengguna yang sebenar.
8) Menuju ke arah kejayaan
Usahawan perlu mempunyai motivasi untuk menuju kepada kejayaan.
Sebarang usaha yang dilakukan oleh usahawan perlulah mempunyai
semangat untuk menyelesaikan segala usaha tersebut sehingga
memperolehi kejayaan.
9) Kebolehkan menentukan visi
Setiap usahawan perlu mempunyai visi yang jelas tentang apa yang ingin
dicapai. Visi merupakan suatu perkara yang penting pada sesebuah firma
atau organisasi. Usahwan boleh menetapkan satu objektif yang realistik
8
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
untuk mereka menggunakan sumber-sumber yang ada dengan baik untuk
merebut peluang yang terbuka.
10) Kemahiran mengatur
Membina sebuah perniagaan bukan suatu perkara yang mudah. Ini kerana
usahawan terpaksa memilih dan mengumpul para pekerja yang
bersesuaian untuk menjayakan sesuatu tugas. Usahawan haruslah
berkebolehan untuk mengurus sumber yang ada sebaik mungkin untuk
menjadikan visi organisasi menjadi realiti.
11) Kawalan fokus dalaman
Seorang haruslah mempunyai kepercayaan bahawa kejayaan atau
kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri.
Oleh itu, usahawan perlu mempunyay kawalan fokus dalaman yang tinggi
untuk memastikan segala usaha berada dalam kawalan mereka.
12) Toleransi terhadap kegagalan
Usahawan haruslah tidak mudah kecewa, putus asa dan bersedih apabila
mengalami kegagalan. Ini kerana kegagalan merupakan satu pengajaran
yang berguna kepada para usahawan agar membaiki segala kelemahan
yang ada.
9
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
13) Lebih bertenaga
Seorang usahawan perlulah mempunyai tenaga yang kuat kerana sebagai
seorang usahawan, jangkamasa kerja adalah lama, beban dan tekanan yang
besar harus mereka hadapi.
14) Semangat berpasukan
Usahawan yang berjaya harus mempunyai kualiti yang tinggi serta
bersemangat untuk membantu syarikat berjaya di dalam urusan
perniagaan.
15) Berdikari
Usahawan perlulah seorang yang berdikari dan berupaya menyelesaikan
masalah mengikut cara mereka. Usahawan tidak membuat semua
keputusan tetapi mereka mahu mempunyai kuasa untuk membuat sebarang
keputusan penting.
16) Fleksibel
Usahawan sangat fleksibel di dalam terhadap perniagaan dan boleh
menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana
perniagaan semasa.
Kejayaan usahawan dari aspek pengurusan
Selain dari mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas, aspek pengurusan
juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan segala usaha yang
10
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
telah dilakukan oleh usahawan. Konsep pengurusan Islam telah mengariskan tiga
perkara asas iaitu:
1. Perhubungan manusia dengan Allah S.W.T (HablumminAllah)
2. Perhubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas)
3. Perhubungan manusia dengan kesemua kejadian alam, makluk dan
persekitaran milik Allah S.W.T.
Bagi mencapai matlamat yang telah dinyatakan tadi, sistem pengurusan Islam
mestilah mempunyai empat unsur yang utama seperti:
1. Sidik dan amanah
Usahawan yang berjaya perlu mempunyai kejujuran dan amanah dalam
apa jua urusan yang mereka lakukan agar kejayaan mudah dikecapi. Ini
bersesuaian dengan Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Tidak ada iman bagi sesiapa yang tiada ada amanah padanya”
(Ibn Hibban)
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya
kepemimpinannya.” (Muslim).
11
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
2. Taligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana)
Usahawan perlu mempunyai sifat tabligh (menyampaikan) dan fatanah
(bijaksana) di dalam menguruskan pelaburan sama ada dari sudut sumber
manusia, wang, aset dan sebagainya. Prinsip “corporate governance”
merupakan suatu kaedah menyampaikan sesuatu perbuatan sama ada
secara penulisan atau percakapan kepada yang sepatutnya dengan jelas
tanpa melindungi sesiapa. Usahawan yang juga merupakan seorang
pengurus haruslah bijaksana dan telus dalam mengurus aset dan liabiliti
syarikat yang mereka terajui.
3. Daya intelek
Usahawan perlu mempunyai daya intelek untuk menguasai ilmu tentang
pasaran dan sentivitinya di dalam urusan perdagangan agar pengurusan
sumber manusia, aset dan liabiliti dapat digunakan sebaik mungkin. Sabda
Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari yang bermaksud:
”Sesiapa yang menghendaki kejayaan di dunia, ia perlukan ilmu; sesiapa
yang menghendaki kejayaan di akhirat, ia perlukan ilmu; sesiapa yang
menghendaki kejayaan di dunia dan akhirat, ia perlukan ilmu.”
12
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Malah Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
“Kami turunkan kepada engkau al-Zikr (al-Quran) supaya engkau dapat
menjelaskan kepada manusia apa yang diwahyukan kepada mereka dan
supaya mereka berfikir.” (An-Nahl, 16:44).
“…maka ambil iktibarlah hai orang-orang yang mempunyai pandangan.”
(Al-Hashr, 59:2).
4. Kecekapan
Setinggi mana ilmu yang ada tidak akan membawa sebarang makna
sekiranya kecekapan tidak dapat dicapai di dalam menggunakan ilmu
tersebut. Kecekapan hanya akan diperolehi melalui latihan dan disiplin
yang berpanjangan. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn
Taymiyyah yang bermaksud:
“Sebaik-baik amalan (pekerjaan) itu ialah yang konsisten sekalipun
sedikit."
Selain dari aspek konsistensi di dalam melakukan sebarang pekerjaan,
usahawan sebagai seorang pengurus perlulah mempunyai kesungguhan,
ketekunan dan komitment yang tinggi. Malah Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud:
13
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
“Allah SWT mengasihi hambaNya yang apabila ia bekerja, ia akan bekerja
dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.” (Al-Bayhaqi).
“Apabila seseorang melakukan kerja Allah SWT menghendaki ia
menjadikannya menarik dan sempurna."” (Muslim).
Selain dari aspek pengurusan yang dinyatakan di atas, aspek perlaksanaan
dan amalam pengurusan aset merupakan antara faktor yang penting untuk
usahawan yang ingin berjaya. Terdapat tiga faktor yang perlu di tekankan oleh
usahawan iaitu:
1. Budaya merancang
Usahawan perlu mempunyai perancangan dan tujuan di dalam setiap
tugasan yang harus dilaksanakan. Dengan adanya idea, fikiran dan daya
intelek yang mantap, usahawan boleh menentukan tujuan dan perancangan
bagi menguruskan sumber-sumber yang ada.
2. Beramal dan beriman
Usahawan perlulah mempunyai sifat beramal dan beriman. Ilmu yang
tinggi kalau tidak diamalkan tidak memberi sebarang makna. Seterusnya
usahawan perlulah beriman dan yakin apa jua keputusan yang akan
diperolehi adalah di atas ketetapan Allah S.W.T. . Rasulullah telah
bersabda yang bermaksud:
14
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
“Iman itu bukanlah dengan angan-angan dan perhiasan tetapi ia adalah
apa yang tertanam teguh dalam hati dan dibuktikan melalui amalan”
(Ibn Najjar dan Ad-Daylami)
3. Adil dan Jujur
Sifat adil dan jujur merupakan sifat yang penting apabila menguruskan
sesuatu urusniaga, sumber, wang dan sebagainya. Ini terbukti dengan
pecahnya monopoli ekonomi oleh pihak Yahudi apabila Rasulullah
S.A.W. menampilkan sifatnya yang adil dan jujur di dalam urusniaga.
Kejayaan usahawan dari aspek keluarga dan masyarakat
Kejayaan usahawan bukan dicapai secara bersendirian. Tanpa sokongan
masyarakat, segala produk, perkhidmatan atau proses yang hasilkan tidak
memberi sebarang makna. Ini kerana masyarakat memainkan peranan penting
untuk merealisasikan impian usahawan.
Sering kali juga kita melihat dari kaca tv dan membaca dari majalah
mahupun akhbar bahawa setiap kejayaan yang dikecapi oleh usahawan pasti ada
sokongan dari ahli keluarga mereka. Sebagai usahawan, usaha pertama tidak
semestinya memperolehi kejayaan dan selalunya kaum keluargalah yang akan
memberikan nasihat dan kekuatan untuk meneruskan usaha tersebut sehingga
15
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
berjaya. Sebagai contoh Pn Alina Aman iaitu pengarah bersama TNA Solutions
pernah gagal sebanyak 7 kali. Namun di atas sokongan keluarga, beliau bangkit
untuk memajukan perniagaaan tersebut. Di bawah adalah sedutan temuramah
diantara Norshima Aziz dari Media Corp Radio dengan Pn Alina Aman.
Q: Cik Alinah, anda telah menubuhkan TNA Solutions ini selama dua tahun tetapi
sebelum TNA Solutions, anda pernah gagal dalam perniaagaan lain?
Al: Saya pernah gagal 7 kalilah. Saya cuba dengan rakan niaga lain tetapi
kerana tiada persefahaman, masalah kewangan dan berbagai masalah, jadi
saya withdraw dan saya buat sendirilah.
Q: Selama 7 kali anda gagal itu, apakah pelajaran yang anda pelajari dari
kegagalan itu?
Al: Dalam setiap kegagalan itu, apa yang paling penting ialah kita mesti
cekalkan hati , lebih penting ialah sikap positif atau daya pemikiran yang
positif. Itu perlu kalau kita hendak hadapi cabaran dalam perniagaan.
Jangan putusa asa dan kita mesti tahan lasak.
Q: Apa pandangan keluarga serta rakan-rakan anda apabila anda kembali kepada
mereka dan kata, oh, saya gagal dan saya gagal lagi?
A1: Mereka beri saya moral support. Mula-mula mereka cakap, kau pergi
balik kerja, cari kerja lain sudahlah tetapi memandangkan usia saya sudah
16
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
lanjut dan saya ada anak kecil, jadi suami saya memberi saya dorongan,
cuba jangan putus asa, mak saya pun sama. Emak saya, jaga anak saya bila
saya ikut pelayaran. Jadi, alhamdulillah, semua beri saya dorongan dan
nasihat.
Sebagai contoh lain, hasil dari dorongan suami telah membantu Pn Rozita
Ismail mencapai kejayaan di perniagaan jualan langsung. Ini dinyatakan kepada
wartawan Rahana dari Utusan Malaysia semasa ditemuduga. Di bawah adalah
sedutan dari kenyataan Pn Rozita:
``Suami saya yang banyak memberi dorongan dan atas kejayaan melantik wakil
pengedar yang baru, kami telah berjaya melancong ke Indonesia dan menunaikan
umrah beberapa tahun yang lalu.”
Sumber: http://utusan.com.my/utusan/content.asp?
y=2004&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm
Kejayaan usahawan dari aspek Kerajaan dan agensi swasta
17
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Pihak kerajaan turut sama memainkan peranan yang penting untuk
menghasilkan sebanyak mungkin usahawan yang berjaya dengan menyediakan
persekitaran ekonomi yang mengalakkan. Dengan mempunyai ramai usahawan
yang berjaya, peluang pekerjaan akan bertambah dan secara tidak langsung akan
mengurangkan kadar pengangguran. Untuk berjaya di dalam perniagaan, modal
merupakan satu sumber yang amat diperlukan. Oleh itu kerajaan telah
menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan yang memerlukannya.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) telah
menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan bagi menggalakkan penyertaan
Di antara bantuan kewangan yang disediakan adalah:
1. Skim-skim pinjaman khas
2. Skim-skim pinjaman mudah
3. Geran tertentu untuk perolehan peralatan, meningkatkan daya saing,
penggalakkan export dan memodenkan operasi
4. Bimbingan teknikal seperti meningkatkan kualiti dan produktiviti,
memperolehi pensijilan standard.
18
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Dalam usaha membantu usahawan kecil dan sederhana, kerajaan telah
menyusun semula Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)
dan seterusnya kerajaan akan menubuhkan Bank Pembangunan IKS yang
dijangkakan akan beroperasi Oktober 2005.
Selain bantuan kewangan, kerajaan juga turut memberikan bantuan dalam bentuk
latihan dan kemahiran dengan menyediakan kursus seperti:
1. Kursus penyediaan menjadi usahawan
2. Kursus bagi mempertingkatkan lagi pengeluaran
Faktor-faktor kejayaan dan kegagalan dalam menjadi usahawan
Kejayaan dan kegagalan usahawan dalam perniagaannya dipengaruhi oleh
banyak faktor-faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman adalah seperti
perwatakannya, pengetahuan, dan pengalaman; manakala faktor-faktor luaran
adalah perkara-perkara yang merangkumi modal, risiko, kesesuaian dari segi
aspek undang-undang, kestabilan politik dan ekonomi negara dan persaingan.
Perwatakan
Untuk mencapai kejayaan dalam menjalankan perniagaan, seseorang
usahawan itu perlu mempunyai daya ketahanan mental yang kuat untuk
mengharungi segala cabaran dan halangan dalam dunia perniagaan. Usahawan itu
19
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
harus berani untuk mengambil apa-apa risiko yang dapat mendatangkan pulangan
lumayan, berhati-hati dalam segala keputusan yang diambil dan amanah dalam
menjalankan perniagaannya. Beliau juga harus komited dan dedikasi dalam
tugasnya serta selalu merancang apa-apa tindakan yang akan dilakukan. Selain tu,
usahawan juga harus bersifat rendah diri, sentiasa berfikiran positif dan bersangka
baik terhadap orang lain. Dia harus membuang jauh-jauh perasaan hasad dengki
terhadap kejayaan orang lain, sebaliknya mengambil iktibar dan pengajaran
daripada kejayaan orang lain untuk menghasilkan kejayaan yang lebih besar untuk
dirinya. Sifat dan attitude yang buruk akan membawa bencana kepada diri
usahawan itu sendiri jika dia malas berusaha, selalu mengharapkan bantuan orang
lain dan terlalu gopoh dalam membuat keputusan semata-mata untuk mendapat
kekayaan dalam masa singkat.
Pengetahuan
Usahawan yang ingin berjaya juga harus mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburinya. Ini adalah untuk
mengelaknya daripada ditipu dan juga membantunya dalam membuat keputusan
yang lebih tepat dalam pengurusan perniagaanya. Selain pengetahuan tentang
bidang perniagaan yang diceburi, usahawan juga harus mempunyai pengetahuan
dalam pengurusan organisasi perniagaan, pengurusan sumber manusia, urusan
kewangan dan perakauanan serta kemahiran berkomunikasi yang mantap dengan
20
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
pelanggan dan pekerja. Pengalaman yang luas juga merupakan faktor yang dapat
menyumbang kepada kejayaan seseorang kerana beliau telah mahir tentang selok-
belok perniaagaan yang diceburi.
Persaingan
Persaingan dalam perniagaan adalah faktor utama yang menyumbang
kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Setiap perniagaan pastinya
akan berdepan dengan persaingan. Persaingan yang sihat dalam sesuatu industri
itu bukan sahaja dapat menjadikan usahawan lebih kreatif dan inovatif untuk
memajukan perniagaanya, malah akan memajukan ekonomi negara. Usahawan
harus bijak untuk menangani persaingan sesama mereka. Mereka tidak harus rasa
terancam atau tercabar dengan mana-mana persaingan. Sebaliknya, persaingan
yang sihat dapat mengajar mereka untuk lebih proaktif dalam membangunkan dan
meluaskan perniaagaan. Namun demikian, sekiranya tidak ditangani dengan betul,
persaingan mungkin akan menjadi ancaman kepada perniaagaan mereka, yang
seterusnya akan membawa kegagalan kepada usahawan.
Modal
Dalam mengusahakan perniagaan, usahawan juga harus mempunyai
modal yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Modal ini boleh diperoleh
menerusi simpanan sendiri atau pinjaman daripada institusi kewangan, bank dan
21
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
badan-badan kerajaan seperti MARA dan MIDF. Bakal usahawan harus
mengelakkan daripada berhutang daripada ceti-ceti haram untuk memulakan atau
meluaskan perniagaan. Ini kerana, langkah ini akan menyebabkan hutang yang
bertimbun dan akan mengganggu-gugat kewangan syarikat mereka; dan
seterusnya akan menyebabkan kegagalan dalam perniagaan mereka.
Risiko
Faktor risiko juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan dan
kegagalan sesuatu perniaagaan. Usahawan harus mengenalpasti tahap risiko
terhadap peluang perniaagaan yang ingin diceburi. Setiap risiko dan peluang
harus dikaji keberangkalian kejayaan atau kegagalannya. Risiko perniaagaan
meliputi aspek-aspek seperti jumlah modal yang dilaburkan dan kadar
keuntungan yang dijangkakan.
Kepatuhan kepada undang-undang
Selain itu, usahawan harus memastikan perniagaan yang diusahakan
adalah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar undang-undang negara.
Perniagaan yang dijalankan harus mematuhi peruntukan dan undang-undang
kerajaan seperti Akta Hak Cipta 1987, Akta Paten 1983, Akta Cap Dagang 1976,
Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Kawalan
Harga 1946 dan pelbagai akta-akta lain yang berkaitan. Sekiranya perniagaan
22
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
yang dijalankan adalah menyalahi undang-undang, lesen perniagaan akan ditarik
dan ini semestinya merupakana kegagalan kepada usahawan.
Faktor persekitaran
Kejayaan dan kegagalan perniagaan juga bergantung kepada faktor
persekitaran perniaagaan itu. Keseimbangan politik dan ekonomi dapat membantu
sesuatu perniagaan. Rakyat Malaysia bertuah kerana negara ini dilimpahi
kedamaian dan kestabilan politik dan ekonomi. Usahawan dapat menjalankan
perniaagaan dengan aman dan selamat. Selain itu, kerajaan juga menadakan
pelbagai program, insentif dan galakan untuk rakyat menceburi bidang
perniaagaan. Antara program yang dilaksanakan melalui Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah Skim Pemasaran
Produk Usahawan Bumiputera di Hypermarket, Pembangunan Institut Latihan
Peruncitan dan Program Latihan dan Bimbingan Usahawan. Sesiapa yang
berminat untuk menceburi bidang perniagaan harus mengambil peluang yang
disediakan oleh kerajaan ini.
Kejayaan dan kegagalan seseorang usahawan dalam perniagaannya
dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun demikian, usahawan harus bijak untuk
mengambil peluang ke atas cabaran yang dihadapinya dan cuba memanipulasi
cabaran tersebut untuk menjadikannya peluang kejayaan. Mereka harus belajar
23
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
tentang kejayaan dan kegagalan usahawan tempatan dan luar negara dan
seterusnya mengaplikasi pengajaran tersebut dalam perniagaan mereka.
Tokoh-tokoh Usahawan Yang Telah Berjaya
Tokoh Usahawan (1) : Ramly Mokni (Ramly Burger)
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah
mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu
cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.
Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa
mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan
keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat
mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka
kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan
daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di
sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan
sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk
menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh
umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah
24
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta
berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya
pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak
permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan
pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah
membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus
telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting
untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan
kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil
sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada
prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan
dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah
diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau
pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan
tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas
menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam
menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah
dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
25
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Tokoh Usahawan (2): Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim merupakan Timbalan Pengerusi dan
Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan.
Beliau menceburi bidang perniagaan melalui penglibatannya dalam kumpulan
pengurusan yang meningkat sehingga diamanahkan memimpin syarikat-syarikat
besar serta berjaya memiliki pegangan saham dalam syarikat yang dipimpinnya.
Bagi Tan Sri Dato' Abdul Khalid, tidak kira latar belakang seseorang usahawan
itu, sekiranya mereka berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh mencapai ianya
menjadi usahawan berjaya, nescaya akan berjaya juga suatu hari nanti.
Malah menyentuh pengalaman beliau sepanjang menjadi ahli usahawan, beliau
menganggap dirinya adalah antara orang Melayu yang sangat bernasib baik
kerana beliau mendapat kepercayaan untuk mengurus PNB semasa beliau bekerja
di syarikat tersebut di samping diberi peluang mencuba menerapkan inovasi-
inovasi baru. Kejayaan beliau dalam PNB adalah berjaya menerapkan idea baru
yang dapat diterima oleh masyarakat kemudian harinya melalui kewujudan ASN
dan ASB.
26
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Tokoh Usahawan (3): Mohamed Fauzy
Kumpulan Mofaz Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Mohamed Fauzy yang
dulunya hanya terlibat di dalam pengedaran kereta-kereta mewah serta barangan
makanan kini turut membabitkan diri di dalam industri penerbangan dan marin
yang memerlukan kepakaran pengurusan dan modal yang tinggi.
Melalui anak syarikatnya, Mofaz Air Sdn. Bhd., ia kini memberikan
perkhidmatan udara tidak berjadual bagi penumpang dan kargo, perkhidmatan
helikopter dan baru-baru ini melancarkan perkhidmatan amfibia yang mampu
mendarat di darat dan di atas air. Menerusi perkembangan ini jelas menunjukkan
Mohamed Fauzy berpandangan jauh dan berani menanggung risiko dan cabaran
yang hebat dengan mengorak langkah yang lebih maju iaitu dari pengedaran
kereta bertukar kepada perkhidmatan udara yang memang diakui berisiko tinggi
namun ia dapat menjamin pulangan keuntungan yang tinggi juga.
27
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Kesimpulan
Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan dalam apa jua bidang
yang diceburi, mereka haruslah mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya dan
memegang teguh kepada semua kompetensi keusahawanan yang dinyatakan
sebelum ini. Usahawan juga haruslah bersikap berani dan cekal dalam
mengharungi segala rintangan dalam dunia keusahawanan.
Para usahawan di negara ini haruslah bersyukur kerana pihak kerajaan
sentiasa memberikan bantuan dan galakan secara intensif dan setiap masa bagi
menggalakkan usahawan untuk menceburi bidang keusahawanan yang boleh
menjamin dan meningkatkan kualiti hidup mereka dan masyarakat. Namun,
bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah
menasihati dan menyarankan kepada usahawan supaya tidak lagi mengharapkan
bantuan sepenuhnya daripada kerajaan kerana jika ia terus diamalkan, mereka
akan menjadi lemah dan sukar untuk berdikari atau dapat membuat keputusan
bijak apabila menghadapi sesuatu masalah dalam perniagaan kelak. Maka,
seseorang usahawan yang tulen haruslah berdikari, berani menghadapi risiko dan
tidak takut kepada kegagalan serta sanggup menjadikan kepayahan dalam
perniagaan sebagai satu cabaran untuk mencapai matlamat hidup yang lebih baik
bagi dirinya, perniagaannya dan keluarganya.
28
Rozaimy BaharuddinNo Matrik: 690628035251001OUMM2103 Entrepreneurship
Rujukan:
1. Kejayaan dan Halangan di dalam Perniagaan [Online]
http://www.pmn.gov.my/terengganu/artikel1.htm [2005, Jun 15]
2. Mengurus Kejayaan [Online]
http://www.dpmm.org.my/Ucapan_files/Dilema%20Melayu%20Kedua.htm
[2005, Jun 15]
3. Utusan Malaysia Online – Keluarga [Online]
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?
y=2004&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm[2
005, Jun 15]
4. RSI Melayu [Online]
http://www.rsi.com.sg/malay/cakapsalahtakcakapsalah/view/200408201621
46/1/.html [2005, Jun 15]
5. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna [Online]
http://www.kpdnhep.gov.my [2005, Jun 20]
6. eMedia –NSTP Online Portal (Malaysia) [Online]
http://www.emedia.com.my/a/archive.htm [2005, Jun 23]
7. OUMM2103 Entrepeneurship, Open Universiti Malaysia [May 2005]
29
top related