tugasan perkembangan seni kanak-kanak
Post on 04-Jun-2018
633 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
1/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Seni visual adalah suatu bidang yang tidak terhad kepada ilmu melukis dan mewarna
semata-mata tetapi juga merangkumi kemahiran berfikir, menterjemah dan mengaplikasi
bahan yang terdapat di sekelilingnya. Semua kebolehan dan kemahiran itu biasanya muncul
daripada idea sama ada secara langsung atau tidak langsung berdasarkan pemerhatian kepada
alam sekeliling. Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Menurut
Graham Wallas (1926), pengajaran dan pembelajaran secara pemikiran sebenarnya adalah di
antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang
berhubung kait dengan pemikiran mereka. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu
Sekolah Rendah bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang
kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka
terhadap ciri estetik. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual. Kreativiti adalah kemampuan untuk menghasilkan idea-idea yang inovatif
dan nyata dari fikiran menjadi kenyataan. Proses ini melibatkan proses berfikir yang asli dan
kemudian dihasilkan. Seiring dengan peralihan waktu, istilah kreativiti telah muncul dan
berlakunya inovasi manusia, terutama dalam seni dan ilmu pengetahuan dan menyebabkan
munculnya kelas kreatif.
1.2 PERANAN GURU MENGEMBANGKAN KREATIVITI MURID
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya. Berfikir kreatif adalah proses mental yang melibatkan penyelesaian
masalah secara kreatif dan penemuan idea-idea baru atau konsep, atau persatuan baru dari
idea-idea yang ada atau konsep, diselaraskan oleh proses sedar atau tidak sedar. Dari sudut
pandang ilmiah, produk pemikiran kreatif biasanya dianggap memiliki keaslian dan
kesesuaian baik.
William G. Perry (1970) menjelaskan guru perlu mengambil kira tentang
perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Sikap
guru itu sendiri akan menentukan samada berjaya atau gagalnya proses pengajaran dan
pembelajaran ini, dan bertindak sebagai agen utama dalam merangsang dan menggalakkan
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
2/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 2
pelajar meneroka dan menimba
seberapa banyak pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang seni.Di
dalam konteks pendidikan seni
visual, guru dimestikan untuk
membimbing pelajar dalam
menetapkan hala tuju penghasilan
karya selain menerangkan kaedah
menjana idea. Sekiranya diabaikan,
adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.
Terdapat lima peranan utama guru Pendidikan Seni Visual semasa proses pengajaran
dan pembelajaran iaitu :
(i) Guru Sebagai Pengurus
Guru adalah perancang utama aktiviti. Guru perlu menyediakan tema dan tajuk yang
bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kesediaan murid. Guru juga bertanggungjawab
terhadap perlatan yang digunakan. Contohnya, untuk menggalakkan murid-murid
menghasilkan karya yang kreatif, guru perlu mempelbagaikan kegunaan media dan perlatan
seperti warna air, krayon, berus warna dan bukan pensel warna semata-mata. Selain itu, guru
perlu membuat penilaian terhadap hasil karya murid dan memberi sedikit cadangan atau
penambahbaikan agar murid dapat meningkatkan daya imaginasi atau pengetahuan yang
menggalakkan hasil karya yang lebih kreatif.
(i i) Guru Sebagai PemudahcaraGuru adalah pemudahcara terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pengajaran
itu harus berteraskan unsur maju. Pembelajaran seni perlu berdasarkan tahap kebolehan
murid. Contohnnya murid yang baru belajar menggunakan berus dan warna tidak perlu
didesak untuk menggunakan media itu sepenuhnya dalam menghasilkan karya. Sebaliknya
guru boleh menyuruh murid menggunakan berus dan warna air untuk mewarna latar belakang
air laut atau langit sahaja manakala objek lain disudahi dengan pensel warna sahaja. Selain
itu, guru perlu mengaitkan unsur luar dalam pengajaran dan pembelajaran seni. Guru boleh
mengaitkan sekolah yang dipenuhi sampah sarap akan menyebabkan pencemaran dan sekolah
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
3/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 3
menjadi kotor dan tidak sesuai sebagai tempat belajar. Oleh itu, murid-murid akan mencari
idea bagaimana sekolah yang cantik itu boleh dipelihara dan dijaga sebaiknya.
(i ii ) Guru Sebagai Pembimbing
Guru adalah pembimbing utama murid semasa berada di sekolah. guru-guru
seharusnya tidak mengambil mudah murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan.
Mereka ini perlu diberi perhatian dan motivasi agar pemikiran kreatif mereka boleh dibina
dan meningkatkan keyakinan mereka menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif. Manakala
murid-murid yang kreatif pula, perlu diberi aktiviti pengukuhan dan pengayaan atau idea
tambahan terhadap hasil karya mereka. Contohnya, guru boleh membimbing murid untuk
melakar objek yang boleh menimbulkan situasi pergerakan seperti liukan rumput dan sungai
yang mengalir deras.
(iv) Guru Sebagai I nisiator
Walaupun pendidikan seni visual lebih kepada aktiviti fizikal iaitu melukis dan
mewarnai tetapi guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran bagi merangsang pemikiran
murid. Guru boleh memberikan soalan yang kreatif dan kritis berdarkan hasil karya murid-
murid lain atau contoh lukisan yang menarik. Guru juga perlu menggalakkan murid untuk
menyelesaikan aktiviti menyelesaikan masalah sama ada melalui perbincangan atau
menterjemahkannya dalam bentuk lukisan. Dan lebih baik sekiranya guru dapat
menggalakkan suasana pembelajaran secara kolaboratif fan koperatif khususnya dalam
aktiviti seni berkumpulan.
(v) Guru Sebagai Motivator
Motivasi sangat penting kepada murid-murid. Bukan sahaja untuk memberi ideatambahan tetapi untuk membina semangat dan keyakinan murid untuk menjadi lebih kreatif
dan berfikiran maju. Motivasi guru akan merangsang dan menggalakkan murid menjadi lebih
berimaginasi tinggi dan logik. Selain itu, motivasi juga akan membawa perubahan sikap
kepada murid-murid yang tidak meminati seni kepada meminati seni visual dengan lebih
kreatif. Motivasi adalah berkaitan dengan keperluan psikologi kanak-kanak dari segi emosi
dan sosial.
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
4/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 4
Guru berperanan
memberikan penerangan
terperinci kepada murid-murid
semasa melaksanakan aktiviti
pembelajaran seni. Guru perlu
menerangkan tujuan, objektif
dan haluan karya yang akan
dihasilkan pada hari tersebut.
Menetapkan objektif penting
untuk memastikan murid faham apa yang hendak dilukis dan bersedia untuk menjana idea
yang memerlukan masa untuk memperolehinya. Sebagai contoh, guru menerangkan objektif
menghasilkan karya pada hari tersebut ialah untuk memahami prinsip rekaan ketika
menghasilkan karya seni. Manakala tujuan penghasilan karya pula adalah untuk memastikan
murid dapat mengenal pasti objek-objek yang terdapat di sekeliling murid dan
mengaitkannya dengan prinsip rekaan seni visual.
Dalam proses penjanaan idea, murid lebih yakin untuk menggunakan lakaran pensel
terlebih dahulu untuk membentuk objek. Lakaran telah diiktiraf sebagai alat mereka bentuk
yang sangat berguna dalam merangsang kreativiti (Tano et al, 2003; Verstijnen et al, 1998a,
b; Sedivy dan Johnson, 1999). Ia mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa
lakaran adalah kaedah utama untuk mereka bentuk. Walau bagaimanapun, dalam
pembangunan idea-idea awalan, lakaran menyediakan medium persembahan yang mudah dan
segera bagi proses penilaian dan seterusnya mengembangkan idea-idea tersebut. Hubungan
antara lakaran dan kreativiti juga turut ditekankan oleh Garner (1989)yang mencadangkan
bahawa ianya menggalakkan penerokaan kreatif dan mungkin merangsang idea-idea kreatif.
1.3 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN SENI
Guru Pendidikan Seni berperanan membantu murid untuk meningkatkan daya
imaginasi mereka. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang
berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah:
Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.
Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadusecara sosial.
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
5/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 5
Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asaskepada pemikiran divergen.
Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajarkecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas.
Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka
keluarkan.
Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh.
Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan denganmenggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan.
Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalansupaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa.
Apabila guru dapat mengajar dan menerangkan murid menggunakan bahan dengan
baik, secara tidak langsung murid berjaya menghasilkan lukisan mereka dengan menarik dan
menghasilkan karya mengikut kreativiti mereka.
2.0 APRESIASI SENI HASIL KARYA KANAK-KANAK
Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang
mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja,
bagaimana mereka memilih tema serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait
rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Apresiasi seni melibatkan
sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan,
cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif
melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan
dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang
cukup mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif,
terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek
apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan
aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
6/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 6
i. aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan,
warna, ton, rupabentuk dan bentuk;
ii. aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
iii. aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
iv. penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
v. perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan penyerapan pengetahuan dan penerapan
nilai yang berkaitan dengan kandungan.
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Proses apresiasi seni karya murid terdiri daripada :
i. pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis
ii. cara pelukis menginterpretasi gambar
iii. alat, bahan dan media yang digunakan
iv. teknik-teknik yang digunakan
v. penilaian dan kritikan hasil seni
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
7/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 7
2.1 APRESIASI KARYA BERDASARKAN PROSES ARTISTIK
Nama Muri d : Mohamad Afandi Asraf
Kelas : 1 Cemerlang Tema : F lora Dan Fauna Tajuk : H idupan Di Dasar Lautan
2.1.1 Pengetahuan Tentang Tema Atau Tajuk Yang Dilukis
Tema lukisan adalah Lukisan Flora dan Fauna. Manakala tajuk lukisan adalah bebas.
Pelukis memilih tajuk Hidupan Di Dasar Laut untuk menghasilkan karya. Tajuk ini
bersesuaian dengan tema kerana fauna adalah berkaitan dengan habitat haiwan manakala
flora berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan.
2.1.2 Cara Pelukis Menginterpretasi Gambar
Pelbagai jenis hidupan laut.
Terdapat seekor ketam besar berwarna merah di tengah-tengah
Sotong besar berwarna biru
Ikan pelbagai jenis warna dan saiz
Kuda laut berwarna merah jambu
Batu besar terletak di sebelah kanan dan kiri dasar laut.
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
8/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 8
Tapak sulaiman berada di dasar laut
Beberapa tumbuhan laut atau rumpai laut panjang tumbuh di dasar laut
Air laut atau sungai berwarna biru
2.1.3 Alat, Bahan Dan Media Yang Digunakan
Pelukis hanya menggunakan kertas lukisan, pensel dan pensel warna jenis kayu
untuk menyiapkan karya.
2.1.4 Teknik-Teknik Yang Digunakan
Pelukis memilih teknik kering untuk menyiapkan lukisannya.
Warna laut diwarnakan biru tetapi tidak sekata dan kelihatan pucat. Laut
memenuhi ruang kertas lukisan.
Teknik mewarna pula memperlihatkan kelemahan kerana objek diwarna secara
menyerong, melintang dan menegak pada objek yang sama contohnya objek
sotong.
Kepelbagaian jenis garisan juga hasil dari karakter garisan itu sendiri. Garisan dan
warna boleh dijadikan ikon komunikasi yang cekap dan bermesej. Pelukis
menggunakan pensel untuk melakar objek dan membuat garisan tebal pada objek
untuk menonjolkan bentuk.
Ketam besar berwarna merah memberi kontra yang jelas di dalam laut dan
hidupan lain.
Mata ketam yang lebih besar
Ikan-ikan diwarna dengan warna biru, merah,oren dan hijau tetapi bentuk seakan
sama.
Ia untuk mewujudkan keharmonian dan kepelbagaian dalam penggunaan warnakerana ikan paling banyak dilukis.
Kedudukan batu yang terletak di sebelah kiri dan kanan dasar laut menunjukkan
keseimbangan dalam lukisan.
Ia diwarnakan lebih gelap untuk menimbulkan objek itu seperti sesuatu yang
berat, padat dan keras.
Sotong biru yang dilukis lebih besar daripada ikan mungkin menceritakan bahawa
ikan-ikan tersebut adalah bersaiz kecil.
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
9/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 9
Saiz ketam dan sotong yang besar disusuli ikan-ikan yang kecil dapat
menunjukkan perspekstif dekat dan jauh.
Tapak Sulaiman berwarna oren dilukis seolah-olah berdiri manakala satu lagi
berada di dasar.
Rumpai laut dapat menunjukkan pergerakan terapung kerana rumpai adalah jenis
tumbuhan yang lembut.
Ikan-ikan kelihatan bergerak ke arah yang sama.
Lukisan ini telah menunjukkan keseimbangan ekosistem laut yang terdiri daripada
pelbagai jenis dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Lukisan ini memberi sumber inspirasi kepada pelukis untuk meneroka hidupan
laut dengan lebih dalam lagi.
Hasil karya ini dianggap berjaya kerana telah dapat mengekspresi emosi dasar
lautan.
2.1.5 Penilaian Dan Kritikan Hasil Seni
Daya imaginasi adalah sederhana kerana hidupan laut yang dilukis adalah hidupan
yang biasa dilihat seperti ikan, ketam dan sotong. Manakala batu karang dasar
laut, rumpai laut dan tapak sulaiman adalah penghias alam semula jadi yang biasa
dilihat murid melalui gambar-gambar dan rancangan televisyen.
Walau bagaimanapun, lakaran kuda laut memberi sedikit kelainan dalam lukisan
rakan-rakan lain dan menarik.
Susunan hidupan laut adalah seimbang dan berat di bahagian tengah. Gambar
ketam yang besar diletak di tengah-tengah lukisan. Ia berjaya menarik perhatian
mereka yang melihat kerana bentuk dan warna yang kontra.
Manakala rumpai laut dan tapak sulaiman memenuhi bahagian dasar laut.Berdasarkan kepelbagaian hidupan ini, didapati pelukis telah didedahkan atau
terdedah kepada kawasan laut dan tidak pada daratan semata-mata.
Selain itu, pelukis mungkin mendapatkan maklumat berdasarkan rancangan yang
ditonton pada televisyen ataupun bahan bacaan, majalah dan ensiklopedia.
Idea dan persembahan pelukis adalah ringkas dan hanya bertumpu kepada jenis-
jenis hidupan laut sahaja namun ia sudah cukup untuk menjelaskan tahap
pengetahuan kanak-kanak tentang hidupan di dasar laut.
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
10/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 10
Penggunaan warna mungkin tidak menarik tetapi lukisan ketam yang besar telah
menunjukkan ekspresi kanak-kanak ini yang teruja dengan bentuk ketam yang
unik dan mungkin jarang ditemuinya.
Walaupun warna air itu tidak menyerlah namun kita dapat menilai bahawa air itu
adalah air laut dan bukannya air sungai kerana terdapat sotong dan kuda laut yang
biasanya tidak akan hidup di dalam sungai.
Akhir sekali, kita mungkin tidak terfikir untuk melukis sebuah lukisan yang dapat
menunjukkan keserasian hidupan dalam lautan ini. Pelukis sebenarnya
menggambarkan keadaan hubungan dan keserasian ini adalah seperti
perhubungannya dengan rakan-rakan dan masyarakat di sekelilingnya.
Hasil lukisan ini telah memberikan saya inspirasi agar dapat menghasilkan karya
yang dapat menggabungkan unsur-unsur hubungan dan perkaitan antara satu sama
supaya dapat memberi inspirasi kepada murid-murid tentang pentingnya
keserasian hubungan itu dalam sesebuah koloni dan masyarakat.
3.0 KAITAN KARYA SENI DENGAN KREATIVITI DAN PSIKOLOGI KANAK-
KANAK
Kanak-kanak sangat
berminat dengan aktiviti seni dan
kreatif. Pfeiffer (dalam Goetz,
19981:297) mendefinisikan
kreativiti sebagai kebolehan
mencipta produk kreatif yang
baru, asli dan unik yang
menunjukkan tahap kejayaan
yang tinggi dalam bidang yang
berkaitan. Kreativiti kanak-kanak adalah berdasarkan beberapa perkara seperti pengalaman,
keinginan, pemerhatian dan imaginasi mereka sendiri.
Melalui lukisan karya di atas, kanak-kanak ini seolah-olah ingin meneroka kehidupan
di dasar laut. Walaupun lukisannya ringkas dan tidak menceritakan banyak perkara yang
terjadi di dasar laut itu, tetapi daya imaginasinya telah memberi sedikit gambaran luahan
emosinya tentang perkara-perkara yang mungkin terdapat di dasar lautan. Bayangkan kanak-
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
11/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 11
kanak diberi kebebasan untuk melukis bertemakan flora dan fauna. Dan kanak-kanak ini telah
memilih pemandangan di dasar atau dalam laut sebagai tajuk lukisannya sedangkan kanak-
kanak lain lebih gemar melukis pemandangan yang berada di daratan.
Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.
Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau
bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti
kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.
3.1 Keperluan Psikologi Kanak-kanak
Karya yang dihasilkan kanak-kanak turut dipengaruhi oleh keperluan psikologi
mereka. Kanak-kanak normal akan sentiasa berkembang dengan melakukan pelbagai aktiviti
harian yang berkaitan dengan perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak
perempuan biasanya suka bermain dengan permainan alat solek kerana mereka berminat
untuk meneroka kegunaan warna tersebut dalam diri mereka. Begitu juga dengan kanak-
kanak lelaki yang suka melihat rancangan kartun dalam televisyen dan cuba melukis semula
watak kartun atau komik tersebut di dalam kertas lukisan mereka. Mereka sebenarnya
dipengaruhi oleh keinginan psikologi mereka untuk menjadi seperti watak komik tersebut
yang sekali gus mencetuskan idea kreatif untuk melukis menggunakan imaginasi mereka
sendiri. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di
kelas anda. Ia bersifat terbuka, segar, baru, asli, tersendiri, unik dan merupakan naluri
semulajadi kanak-kanak. Kreativiti dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi
sepenuhnya.
Psikologi adalah berkaitan dengan penerapan prinsip-prinsip belajar, pengembangan,
bakat dan proses interaksi. Kanak-kanak yang kreatif ini sebenarnya mempunyai emosi yang
tidak boleh dijangka. Berdasarkan karya tersebut, guru dapat menilai kanak-kanak ini
cenderung kepada kehidupan di dasar laut walaupun sebenarnya kanak-kanak ini jarang
didedahkan dengan suasana dalam air kerana tempat tinggal kanak-kanak di perumahan
tentera. Menurut Maher, (1961), Seseorang itu boleh melahirkan tindak balas emosi akibat
proses pembelajaran yang lalu. Jika sesuatu aspek negatif berlaku dalam pembelajaran yang
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
12/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 12
lepas, ianya memberi kesan psikologi yang memakan masa panjang untuk pulih, malahan ada
yang terus tidak dapat dipulihkan.
3.2 Seni Untuk Menggambarkan Emosi
Berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan guru pendidikan seni visual, kanak-kanak
akan menghasilkan karya yang kreatif apabila mendapat pendedahan awal kepada individu
lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. Kanak-kanak akan
sentiasa mencuba menggambarkan emosi dan imaginasi mereka sekreatif yang mungkin bagi
memuaskan kemahuan diri. Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk
mendapat cemerlang sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi. Guru dan
ibu bapa harus prihatin untuk menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya
murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.
Selain itu, faktor tidak mahu mengalah, rela diuji dan tidak takut gagal akan dapat
membentuk hubungan dengan rakan sebaya. Kanak-kanak akan sentiasa berusaha
memastikan mereka juga dapat melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan-rakan lain.
Pendek kata, keinginan untuk menjadi yang terbaik turut menjadi faktor bagaimana sikap
kreatif itu boleh menghasilkan suatu karya yang baik. Galakan yang disertai dengan
penghargaan dan kasih sayang juga mempengaruhi hasil karya yang kreatif. Berdasarkan
lukisan tersebut, murid sebenarnya telah berusaha sedaya upaya untuk mengumpul hidupan
laut yang biasanya terdapat di dalam laut setelah menceritakan perkara yang ditontonnya
dalam dokumentari di televisyen. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan
pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat
kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yangmerangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
3.3 Kreativiti Melalui Pemerhatian Kanak-kanak
Melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi kanak-kanak. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian
perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
13/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 13
tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah
untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-
kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Bidang Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh
lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang. Kanak-kanak sebenarnya mengenali
aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Kanak-kanak terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa
yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh
dibuat dalam pelbagai cara. Melalui seni visual ini juga akan menjadikan kanak-kanak yang
kreatif boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan harian yang
sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja mengecat
peralatan kecil di rumah dan sebagainya. Perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak yang
diperolehi melalui pengalaman akan dapat membuat apresiasi seni visual secara mudah.
Dengan pendidikan seni, kanak-kanak akan dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala
aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara
dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini
kanak-kanak akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan
semua keadaan seterusnya mengaitkan faktor psikologi itu adalah salah satu sebab
tercetusnya kreativiti mereka.
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
14/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 14
4.0 KESIMPULAN
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan terhadap apa yang mereka
lihat dan dengar. Proses pembelajaran mereka adalah mengikut tahap kemampuan merekamasing-masing. Pengulangan dan pengalaman yang terkumpul akan dapat membina
pengetahuan kanak-kanak. Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula
daripada guru kemudian berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang
digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu, murid-murid juga penting
untuk mempunyai minat dan bakat yang merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan
diasuh oleb guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih
berkesan. Apresiasi seni selepas penghasilan karya perlu dilakukan untuk menilai tahap
perkembangan murid dari segi kreativiti pemikiran, kematangan idea, keaslian karya dan
perkembangan emosi mereka. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya
kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan
rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Bagi menilai
kefahaman dan pengetahuan seseorang pelajar dalam aspek kreativiti, seseorang guru harus
menggunakan pendekatan yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika
pendekatan yang digunakan mempunyai kekurangan, maka hasil yang diperolehi daripada
proses pembelajaran yang dijalankan juga tidak akan memenuhi aspek apresiasi seni dari segi
tema, bahan, teknik dan penilaian pendidikan seni visual. Kesimpulannya, melalui kaedah
apresiasi seni, guru akan dapat menilai di persekitarannya akan dapat menghasilkan satu
karya seni yang kreatif dan seterusnya sesuai untuk diapresiasikan sebagai hasil karya seni
yang bermutu dan kreatif. Guru juga dapat menilai perkembangan psikologi dan tahap emosi
kanak-kanak yang sememangnya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kesimpulannya,
seni adalah cara seseorang meluahkan emosi melalui karya. Dan penilaian karya itu pula
hanya boleh dilaksanakan melalui kaedah apresiasi seni yang mengkaji dari semua aspek
berkaitan secara keseluruhannya.
Jumlah : 3394 patah perkataan
-
8/13/2019 Tugasan Perkembangan Seni Kanak-kanak
15/15
HBAE1403 MENGGAMBAR 15
RUJUKAN
Cropley, A. J. (1997). Fostering creativity in the classroom: General principles. In M. A.
Runco (Ed.), The creativity research handbook: Volume one (pp. 83-114). Cresskill,
NJ: Hampton Press.
Gardner, Howard (1999)Intelligence Reframed. Multiple intelligences for the 21st
century, New York: Basic Books
Graham Wallas. (1926). The Art of Thought.; First Edition edition. Harcourt, Brace &
Company
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,
KBSR.Dewan Bahasa Pustaka: Kuala Lumpur
Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Md. Nasir Hj. Ibrahim. (2003). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur : Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Perry, William G., Jr. (1970).Forms of Intellectual and Ethical Development in the College
Years: A Scheme (New York:Holt, Rinehart, and Winston).
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. KualaLumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.html
http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2013/04/modul-seni-dalam-pendidikan.html
http://www.slideshare.net/miao12345/peranan-seni-dalam-pendidikan
http://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&field-author=Graham%20Wallas&search-alias=books&sort=relevancerankhttp://www.josseybass.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd-0787941182.htmlhttp://www.josseybass.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd-0787941182.htmlhttp://www.hrw.com/home.htmhttp://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://duniapendidikanipg.blogspot.com/2013/04/modul-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://duniapendidikanipg.blogspot.com/2013/04/modul-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://www.slideshare.net/miao12345/peranan-seni-dalam-pendidikanhttp://www.slideshare.net/miao12345/peranan-seni-dalam-pendidikanhttp://www.slideshare.net/miao12345/peranan-seni-dalam-pendidikanhttp://duniapendidikanipg.blogspot.com/2013/04/modul-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.htmlhttp://www.hrw.com/home.htmhttp://www.josseybass.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd-0787941182.htmlhttp://www.josseybass.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd-0787941182.htmlhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&field-author=Graham%20Wallas&search-alias=books&sort=relevancerank
top related