tugasan penilaian dan pentaksiran pdp dan kajian tindakan
Post on 31-Dec-2014
152 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN
TAJUK
KUMPULAN
EL- J01
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
AMINAH BTE MOHD.AFANDI D20111049946 012-7519176
CAWANGAN :
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KOLEJ ISLAM JOHOR
PJJ KUMP JHR BHRU J02
NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.OMAR HISHAM BIN MOHD.BAHARIN
TARIKH SERAH: 05 MEI 2012
1
BAHAGIAN 11:
RAKAMAN VIDEO PdPRANCANGAN PELAJARAN HARIAN
REFLEKSI PdPLAPORAN KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
PEMARKAHAN
PELAN PENGAJARAN ( RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR TAHUN 1)
2.1 Rancangan Pengajaran Harian.
TAHUN 1 DINAMIK
MATA
PELAJARAN
BAHASA MELAYU
TARIKH 17 APRIL 2012
HARI SELASA
MASA 8.30– 9.30
JUMLAH
MURID
36 ORANG
TEMA MAKANAN KESIHATAN
TAJUK SAYUR-SAYURAN
KEMAHIRAN
BAHASA
TATABAHASA
Kata Adjektif ( warna )
PENGETAHUA
N SEDIA ADA
Murid selalu makan sayur-sayuran.Murid juga kerap melihat sayur-sayuran
di pasar dan di kantin sekolah.
ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUMKeusahawanan
TEMA PERTANIAN
2
TAJUK Kebun Sayur Pak Mat
FOKUS UTAMA
Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan
betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran
5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.
FOKUS SAMPINGAN
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
2.2
2.2.1
.
Membaca dan memahami perkataa, frasa,dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,vokal berganding ,digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. menggunakan kata adjektif warna dengan betul mengikut konteks.
ii. Membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata dengan sebutan
yang betul.
PENGISIAN KURIKULUM
i. Ilmu: Pendidikan Seni dan Sains
ii. Nilai : Bersyukur
iii. KBT: Kemahiran Berfikir.
SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata adjektif warna.
MEDIA Petikan lagu, kad perkataan, dan lembaran kerja
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3
LANGKAHAKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Set induksi
( 5 min )
q. Dua orang murid dipilih dan ditutup matanya.B .Setiap murid diberikan sepinggan sayur-sayuran,c. Kedua-dua orang murid diminta meneka apa benda
yang ada dengan cara merasa,menghidu dan merasa.
Sawi
Lobak
Cili
Timun
tomato
Langkah 1
( 10 min )
Menyanyi Lagua. Murid membaca seni kata lagu.
b. Murid menyanyi mengikut rentak seni kata lagu “ Pak Mat Ada Kebun” dengan bimbingan guru.
c. Murid menyanyikan lagu ‘Pak Mat Ada Kebun’ secara beramai-ramai
Nilai: Bekerjasama
KBT: Kemahiran berfikir (Kreatif)
Muzik
Lampiran 1
Senikata Lagu
Kebun Sayur Pak Mat
Langkah 2
( 15 min ) a. Murid membaca petikan yang diberikan secara individu,kumpulan dan kelas.
b. Murid menyenaraikan warna-warna yang terdapat dalam petikan.
c. Murid membaca perkataan mengikut kad perkataan yang dipamerkan.
Nilai: Kerjasama
KBT: Kemahiran Berfikir
Lampiran 2
Petikan
Kebun Sayur Pak Mat
4
LANGKAHAKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Langkah 3
( 15 min )
a. Murid berlakon mengikut jenis sayur- sayuran. Watak terung Watak tomato Watak kangkung Watak bayam
Kinestatik
Dialog
Kad perkataan
Langkah 4( 15 min )
a. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
b. Murid melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul
Pemulihana. Murid mewarna gambar sayur-sayuran. Nilai: Berdikari Lampiran
Pengayaan a. Murid menyusun huruf menjadi perkataan yang betul
Nilai: Berdikari Lampiran
Refleksi: Pengajaran dan pembelajarar pada hari ini amat menyeronokan.
Murid menunjukkan minat sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
Impak : 30 dari 36 orang murid dapat menyenaraikan warna dengan betul.dalam
petika sementara enam orang murid lagi diberi bimbingan oleh guru.
5
Lampiran 1
Lagu
Pak Mat ada kebun,E, I, E, I, ODi kebunnya ada sayur,E, I, E, I, OKangkung dan sawi warna hijau,E, I, E, I, OCili dan tomato warna merah,E, I, E, I, OTerung pula warna ungu,E, I, E, I, O Petikan teks
Pak Mat pekebun sayur. Dia menanam pelbagai jenis sayur. Antaranya sayur kubis , sawi, bayam, terung, tomato, cili dan kangkung. Sayur-sayurannya ada pelbagai warna. Ada warna merah, hijau dan ungu. Setiap hari Pak Mat pergi ke kebun sayurnya.Pak Mat memakai baju kuning dan berseluar biru. Dia juga memakai topi berwarna kelabu ketika berkebun.
Lampiran 2
Kad perkataan
6
merahkuning hijau
Dialog
Kangkung : Eh, terung kenapa ungu!Terung : Saya ungu, tetapi kawan-kawan saya yang lain ada yang putih, hijau dan kuning.Kangkung : Eh, cili merahnya engkau!Cili : Yalah, aku dah masak tetapi masa muda aku hijau tau.Kangkung : Wah, bagusnya kita ada bermacam- macam warna. Inilah namanya warna- warna kehidupan.
Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul.
7
ungu biru kelabu
Warnakan gambar mengikut warnanya.
8
Ini ________________Cili berwarna ______________
Ini _________________Terung berwarna _________________
Ini ___________________Bayam berwarna __________________
Ini ____________________Tomato berwarna _______________
Ini ________________Timun berwarna ________________
1.
2 .
3.
4.
5.
9
10
2.2 REFLEKSI PENGAJARAN
Amalan refleksi adalah amat penting untuk peningkatan, profesionalisme keguruan.
Dengan penggunaan proses refleksi, guru dapat menggunakan teori pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran
muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke
arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Di bawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang berusaha
untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti-aktiviti pendidikan yang telah difikirkan
atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara
membaiki dan merancang dengan pengubahsuaiannya untuk digunakan dengan lebih
berkesan pada masa hadapan
Bagi seorang guru,pengajaran mikro merupakan perkara biasa bagi mereka kerana
mereka pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus p erguruan di universiti atau di
institusi perguruan.Melalui pengajaran mikro,para pendidik didedahkan dengan
11
pengajaran sebenar.Melalui pengajaran mikro ini,para guru telah dapat mengenalpasti
kelemahan-kelemahan dan kekuatannya melalui komen yang dibuat dan refleksi yang
dijalankan.Refleksi yang saya jalankan adalah kepada murid-murid Tahun 1 Dinamik
yang terdiri daripada 36 orang murid.Tahap kecergasan murid ini adalah pelbagai
2.2.1Definisi Refleksi
Dalam bukunya How We Think ( 1993 ),Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai
satu cara menghadapi situasi bermasalah.Seseorang itu akan melalui proses aktif dan
sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara
praktik.Menurut Hanipah ( 2004 ) refleksi mengikut sesetengah orang adalah ulasan
terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan kepada satu-satu peraturan
yang telah ditentukan.Refleksi juga boleh ditakrifkan sebagai menjadikan satu situasi
bermasalah dalam amalan. Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang
adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau
keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh
dilihat sebagai satu proses merenung,menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya
membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara
berterusan.
Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan
guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang
boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan
membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan
memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut (Hatton & Smith, 1995) jenis-jenis penulisan refleksi boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu :
i.Penulisan Deskriptif
Ia merupakan gaya penulisan refleksi yang hanya membuat laporan peristiwa yang
berlaku tanpa memberikan sebab,akibat dan kesannya.Tiada sebarang bentuk alasan
atau justifikasi
ii. Refleksi Descriptif
Ia mengandungi penerangan,sebab dan akibat sesuatu peristiwa atau
pengalaman.Refleksi ini terdapat cirri-ciri penaakulan,renungan dan alasan.
iii.Refleksi Dialog
12
Ia umpama monolog iaitu kata-kata bisikan hati.Ia membantu penerokaan lebih
luas.Refleksi ini membawa kesedaran diri dan pengetahuan baru.Ia bersikap lebih
terbuka.
iv. Refleksi Kritikal
Refleksi ini mengaitkan peristiwa dan pengalaman bilik darjah dengan perkara di luar
rutin bilik darjah.Terdapat cirri-ciri penaakulan,renungan dan alas an.Juga cirri-ciri
penerokaan terhadap kemungkinan sudah lepas dan akan datang.
2.2.3Proses Refleksi Pedagogi
Proses refleksi pedagogi ini merangkumi enam peringkat seperti yang digambarkan
dalam rajah di bawah.
13
Lingkaran Proses Refleksi Pedagogi
Berdasarkan proses refleksi di atas,dapatlah kita simpulkan ianya bermula daripada
kefahaman awal.Para pendidik perlu membuat ref;eksi awal mengenai sejauh mana
penguasaan kefahaman anak-anak murid kita.Seterusnya ia diikuti dengan peringkat
14
Kefahaman mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi
Transfomasimerancang tindakan pedagogi
Pelaksanaanmelaksanakan, menguji atau mengkaji
tindakan yang dirancang
Penilaian menilai tindakan yang diambil
RefleksiRefleksi terhadap tindakan yang diambil
Kefahaman barumembuat atau merancang
pengubahsuaian, peningkatan atau tindakan susulan.
transformasi merancang tindakan,pelaksanaan,penilaian,refleksi dan seterusnya
kefahaman baru.Setiap langkah berurutan dan berterusan untuk setiap golongan
pendidik mengambil tindakan-tindakan seterusnya demi memastikan pencapaian
sebenar pelajar-pelajar kita dan juga untuk meningkatkan lagi kefahaman ilmu
pendidikan,pengetahuan serta pengalaman guru itu sendiri dalam memberikan yang
terbaik kepada para pelajarnya.
2.2.4 Peringkat-peringkat Pemikiran Reflektif
Menurut Birchall (1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-
pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan tindakan altenatif yang boleh
jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi
tindakan seterusnya.
Ciri pemikiran reflektif ialah melibatkan penyelesaian sesuatu masalah secara peringkat,
secara kritis dan kreatif, ingatan semula pengalaman-pengalaman yang berkaitan serta
penialian terhadap kemungkinan-kemungkinan penyelesaian. Berikut peringkat-
peringkat pemikiran reflektif yang berlaku semasa menyelesaikan sesuatu masalah
tertent
1. Masalah - Proses pemikiran reflektif bemula.
2. Membaca dan mentafsir maklumat - Memahami masalah melalui pemikiran
3. Menentu dan menyusun maklumat - Memproses dan menganalisis data
dengan pemikiran secara kritis.
4. Mencari hubungan - Mengingati kembali perhubungan pengalaman-
pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah.
5. Merancang hipotesis - Penggunaan pemikiran kritis dan kreatif.
6. Membukti hipotesis - Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian.
7. Menilai penyelesaian - Penggunaan pemikiran refleksi ( metakognisi ) untuk
membuat keputusan atau menetapkan tindakan.
2.2.5 Refleksi Pembelajaran bagi Makropengajaran
Pengalaman saya pernah mengajar Prasekolah selama hampir tahun banyak
membantu saya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran terutama
murid-murid tahun satu.Memandangkan sesi persekolahan baru sahaja bermula tidak
15
sampai pun setengah tahun,sudah tentunya saya rasa amat teruja untuk mengajar
murid-murid cilik ini.Kalau dilihat dari segi lokasi ,sekolah saya terletak di pinggir
bandar.Namun berhampiran sekolah saya terdapat perkampungan setinggan dan
penempatan orang asli.Oleh itu, terdapat sebilangan pelajar saya terdiri daripada anak-
anak orang asli dan anak-anak Melayu yang kehidupannya turut dipengaruhi oleh
budaya orang asli iaitu kerap ponteng sekolah dan tiada minat untuk belajar.
Pada mulanya, saya bimbang juga bila memikirkan bagaimana untuk menjayakan
persediaan mengajar harian ini. Pertamanya, adakah murid-murid yang
barumenjejakkan kaki kea lam persekolahan sebenar dapat menerima pelajaran yang
baru bagi mereka kerana sewaktu di alam prasekolah agak berbeza.Pada hari itu saya
mengajar Bahasa Melayu mengenai membaca sukukata konsonan bergabung dan
mengenal warna.
Saya memulakan pengajaran dengan memilihan set induksi yang saya rasa mampu
menarik minat pelajar saya.Aktiviti meneka ‘Siapa Saya’ dengan menutup mata dua
orang pelajar yang dipilih berjaya menimbulkan keseronokan kepada pelajar-pelajar lain.
Pemilihan bahan maujud iaitu sayur-sayuran segar Berjaya menarik minat
pelajar.Mereka dapat merasa dan menyentuh bahan tersebut.Selain itu,ppengetahuan
sedia ada pelajar juga telah biasa melihat sayur-sayuran samada di rumah atau di
pasar.Pengajaran saya bertambah seronok dengan penggunaan pembesar suara
dimana pelajar diberikan peluang bercakap menggunakannya.Tayangan slaid sayur-
sayuran menggunakan LCD juga Berjaya menarik perhatian pelajar.
Keadaan ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk meneruskan langkah pengajaran
seterusnya.Banyak contoh isi pelajaran yang hendak saya sampaikan saya kaitkan
dengan kehidupan seharian mereka.Sebagai contoh,saya mengaitkan warna merah
dengan pakaian PJ yang mereka pakai.Begitu juga dengan warna hijau dan
kuning.Saya sedar pelajar Tahun Satu tertutamanya amat pentingkan perkaitan isi
pelajaran dengan pengetahuan sedia ada dan persekitaran kehidupan mereka. Warna
amat banyak memainkan peraanan dalam kehidupan pelajar.
Melalui aktiviti memberi penerangan saya dapati murid-murid agak kurang memberikan
tumpuan terutama bagi murid-murid Tahun Satu.Kesediaan mereka untuk mendengar
penerangan daripada guru amat terhad.Melebihi masa 10 minit sahaja murid-murid mula
hilang tumpuan dan mula melakukan aktiviti sendiri seperti bercakap,berjalan dan
16
sebagainya.Penggunaan pembesar suara amat menarik minat murid.Semasa guru
memberikan penerangan ,saya banyak menggunakan pembesar suara dan ini juga
antara cara berkesan mengawal murid.Apabila murid diberikan peluang bercakap
menggunakan pembesar suara ini,mereka amat suka dan berlumba untuk menjawab
soalan yang dikemukakan.
Meningkatkan pemikiran reflektif amat penting bagi guru-guru yang sentiasa berusaha
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka.
Sehubungan ini, guru sendiri juga boleh menggunakan teknik refleksi dan penilaian
kendiri semasa dan selepas melaksanakan rancangan dan mengajarnya dalam bilik
darjah. Sehubungan usaha ini pula guru boleh memikirkan dan meninbangkan perkara-
perkara berikut:
Adakah set induksi yang digunakan sesuai dan berjaya menarik perhatian
murid?
Adakah perkembangan pelajaran dapat membantu murid memahami konsep
dengan jelas atau membolehkan mereka menguasai kemahiran baru mengikut
objektif pelajaran yang ditentukan?
Adakah isi pelajaran disampaikan secara sistematik, tepat dan lengkap?
Adakah murud-murid melibatkan diri cergas dalam aktiviti pembelajaran?
Adakah teknik dan kaedah mengajar digunakan sesuai dan berkesan?
Adakah aktiviti penilaian diadakan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran?
Adakah aktiviti penutup sesuai dan berkesan?
Adkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat mencapai
objektif pelajaran yang ditentukan?
Guru yang berusaha memikir dan cuba menjawab soalan-soalan tersebut, proses
refleksi dan penilaian kendiri sebenarnya telah berlaku. Hasinya akan membolehkan
guru menyedari dan memahami kekuatan dan kelemahan pengajarannya. Akibatnya,
guru akan berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi bidang kelemahannya dengan
menyediakan dan seterusnya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih sempurna dan berkesan lagi.
17
Rumusan
Kesimpulannya penguasaan teknik refleksi dan penilaian kendiri adalah amat penting
bagi guru-guru yang bertanggungjawab untuk memastikan pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan berkesan.
Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid
mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan
pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi
masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-
murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi
murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang
lain
Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ………….
Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
Murid berjaya menguasai konsep ……..
Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan
datang.
Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada
tugasan baru.
Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam
P&P akan datang.
18
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN :
MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN
PERBENDAHARAAN KATA BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH
NYANYIAN
1.PENGENALAN
Saya telah membuat kajian tindakan berkaitan pencapaian akademik Bahasa
Melayu tahun 1 SK Taman Sutera.Lokasi sekolah kami terletak di pinggir bandar.Kelas 1
Dinamik yang seramai 36 orang murid dimana terdapat dua orang murid asli.Selain itu
juga terdapat enam orang murid Melayu yang turut tinggal sekampung dengan
penempatan orang asli.Pemerhatian di lakukan semasa sesi pembelajaran berlangsung.
Di dapati bahawa sebilangan pelajar di dalam kelas tersebut tidak memberi perhatian
19
sepenuhnya terhadap mata pelajaran tersebut dan tidak dapat menguasai kemahiran
membaca dengan baik. Selain itu,rekod pencapaian sebilangan murid agak kurang
memuaskan dimana mereka masih lagi menguasai sekurang-kurangnya band 2
sahaja.Oleh itu, untuk menaikkan prestasi pelajar saya telah merangka satu pelan
tindakan yang bernama Simulasi Watak (Roleplay) supaya murid 1 Dinamik meminati
untuk belajar iaitu dengan menarik minat pelajar untuk memahirkan mengeja perkataan
yang mengandungi huruf konsonan berganding seperti ’ng’. Dan dapat mengenal antara
ungu dan biru.
2.PERNYATAAN MASALAH
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera ini merupakan salah sebuah sekolah yang
terletak di daerah Johor Bahru merupakan antara sekolah yang berada di pinggir bandar.
Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di tahap sederhana.Namun
prestasi di kalangan pelajar-pelajar yang tinggal di perkampungan asli amat kurang
merangsangkan.. Ramai pelajar yang masih gagal menguasai kemahiran
membaca.Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang amat penting bukan sahaja di
sekolah malah ia penting selepas alam persekolahan dan ia perlu diaplikasikan di dalam
setiap aspek termasuk semasa di peringkat pengajian tinggi.
Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat dua fenomena yang memberikan
sumbangan kepada gred pencapaian pelajar yang merosot iaitu fator persekitaran dan
keluarga.
3.RASIONAL KAJIAN
Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana Bahasa Melayu merupakan
mata pelajaran yang paling penting. Ini adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa
utama dan bahasa rasmi negara.Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang sedang menjalankan
program MBMMBI iaitu memartabatkan Bahasa Melayu. Ia akan diaplikasikan apabila
pelajar tamat alam persekolahan iaitu semasa belajar di peringkat yang lebih
tinggi.Sekiranya pelajar sudah menguasai bahasa ini pada peringkat pengajian maka
20
dengan secara tidak langsung memudahkan pelajar tersebut untuk mempertingkatkan lagi
keyakinan diri
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar bagi kelas akhir
Sek Men Keb Selayang Bharu (2 Silikon) mendapat keputusan ujian B.I sangat rendah.
Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila
kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung
masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan
pencapaian B.I.
21
top related