tugasan kecergasan dan kesihatan
Post on 14-Apr-2016
108 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Bagi tugasan kursus QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi, kami
dikehendaki menyiapkan penulisan artikel berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan
fizikal.
Mula-mula, definisi kecergasan fizikal, kesihatan dan komponen kecergasan
akan diperkenalkan. Selepas itu, saya juga menjelaskan kepelbagaian komponen
kecergasan fizikal melalui lakaran grafik secara kreatif.
Selain itu, saya juga akan perincikan bagaimana aktiviti kecergasan dapat
menghindari penyakit sedentari. Melalui proses mengumpul maklumat, saya lebih
memahami tentang gaya hidup sedentari. Rupa-rupanya, gaya hidup sedentari akan
menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius. Nasib baik kerajaan dan badan-
badan NGO kesihatan telah melaksanakan pelbagai program untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan gaya hidup yang sihat.
Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan dapat meningkatkan
kecergasan kardiovaskular. Untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular dalam
kalangan pelajar di sekolah, saya akan merancang beberapa aktiviti fizikal selama satu
jam yang sesuai dengan kemampuan pelajar sekolah.
Berdasarkan pengalaman mengajar di sekolah rendah, saya juga akan memberi
pandangan dan cadangan terhadap kesedaran murid dan guru sekolah rendah yang
berhubung dengan kecergasan fizikal.
2.0 Kecergasan dan Kesihatan Fizikal
2.1 Definisi Kecergasan Fizikal
Menurut Corbin, Lindsey dan Welk (2000), kecergasan fizikal membawa
maksud kebolehan badan berfungsi atau bekerja dengan cekap dan masih
mempunyai tenaga lebihan untuk melakukan aktiviti kesenggangan dan
bertindak semasa kecemasan.
Kata Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek
yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi
seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-
bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada
fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya
tahan, kemahiran dan sebagainya.
2.2 Definisi Kesihatan
Menurut Kamus Dewan, kesihatan adalah berhubung dengan sihat,
kesegaran, kebaikan keadaan badan dan lain-lain.
Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu
tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan
yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata
bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Definisi ini menegaskan bahawa
kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi,
cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan
insan.
2.3 Definisi Komponen Kecergasan Fizikal
Berdasarkan U.S. Dept. of Health and Human Services (1996),
kecergasan fizikal dikenali sebagai satu set ciri-ciri yang berkaitan dengan
kebolehan melakukan aktiviti fizikal. Ciri-ciri ini juga dikenali sebagai komponen-
komponen kecergasan. Komponen kecergasan boleh dikumpulkan mengikut
kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang
berasaskan lakuan motor.
Setiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap
maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini, seseorang harus baik
dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang
seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya
kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua
komponen utama kecergasan iaitu:
Komponen Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Kecergasan kardiovaskular
Kekuatan otot Daya tahan otot
Fleksibiliti/ Kelenturan
Komposisi badan
Komponen Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor
Kepantasan Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindakbalas
Koordinasi
2.4 Lakarkan gambarajah tentang kepelbagaian komponen kecergasan fizikal dan nyatakan setiap satunya melalui lakaran grafik
Komponen Kecergasan Fizikal
Komponen Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Kecergasan kardiovaskular
Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.
Sistem kardiovaskular terdiri daripada:(a) Jantung(b) Paru-paru(c) Rangkaian arteri dan vena
Kecergasan otot
Kekuatan Otot:Kebolehan sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya.
Daya Tahan Otot:Keupayaan sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam jangka masa yang panjang.
Kuasa Otot:Kemampuan otot mengeluarkan daya yang maksima dalam keadaan eksplosif dalam jangka masa yang terpendek sekali.
Fleksibiliti/ Kelenturan
Kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin
Hasil pergerakan itu pula ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan tendon dan ligamen.
Komposisi badan
Nisbah tisu lemak dan tanpa lemak dalam badan.
Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak, otot-otot dan tulang-tulang.
Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan.
Komponen Kecergasan Fizikal
Komponen Kecergasan Berasaskan Lakuan Motor
Kepantasan
Keupayaan seseorang individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut sesuatu arah.
Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak.
Imbangan
Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar yang menyokongnya diubah.
Imbangan statik: Kebolehan berada dalam sesuatu posisi tanpa bergerak untuk masa yang lama
Imbangan dinamik :Kebolehan mengekalkan imbangan semasa bergerak
Ketangkasan
Kebolehan seseorang mengubah arah pergerakan secara pantas dan cekap.
Kebolehan melakukan satu siri pergerakan eksplosif dengan cepat dan pada arah berlainan (Bompa & Haff, 2009)
Kuasa
Gabungan
kekuatan otot dan kelajuan
Keupayaan seseorang melakukan sesuatu pergerakan pantas yang mengejut dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.
Masa tindakbalas
Satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran
Koordinasi
Kebolehan melakukan pergerakan (mudah dan kompleks) dengan tepat dan efisien, mengikut keperluan sukan (Bompa & Haff, 2009).
Kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki .
3.0 Sila perincikan bagaimanakah aktiviti kecergasan dapat menghindari penyakit
sedentari yang kini semakin serius melanda rakyat Malaysia? Sejauh mana
program yang dirancang oleh NGO dan kerajaan dapat menyedarkan
masyarakat.
Cara hidup yang tidak aktif itu dikenali sebagai gaya hidup sedentari. Sedentari
merupakan sebuah terma kesihatan mengenai gaya hidup bermalas-malasan dengan
sedikit aktiviti fizikal. Antara gaya hidup sedentari yang popular adalah duduk,
menonton televisyen, menggunakan komputer dan tidur.
Menurut kajian, sedentari boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan yang
serius. Ini termasuk penyakit berkaitan kardiovaskular dan obesiti. Ia juga dikenal pasti
sebagai faktor risiko keempat dalam kadar kematian global.
Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, Kuasa aerobik
atau daya tahan aerobik kerana komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem
tenaga aerobik. Kecergasan karsdiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan
kegemukan. Oleh itu, pencapaian tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi adalah
amat penting kerana gaya hidup masyarakat Malaysia ini kian bertambah sedenteri.
Untuk mencegah penyakit kardiovaskular, kita harus melakukan aktiviti
kecergasan setiap hari. Aktiviti kecergasan yang dilakukan secara tetap dan berterusan
akan mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan kita. Pada peringkat permulaan,
kadar denyutan jantung anda akan meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan.
Perubahan ini akan mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam darah
dalam volum yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minima. Perubahan juga
berlaku pada tahap ketahanan denyutan jantung di mana ia mampu melakukan kerja
mengepam darah dalam satu jangka masa yang lama tanpa kepenatan. Dengan itu,
daya tahan aerobik kita juga boleh dipertingkatkan.
Cara hidup sedentari juga turut menyumbang kepada masalah tulang. Menurut
Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Hospital Gleneagles, Dr.
Chin Chee Howe, “Tulang terdiri daripada tisu hidup. Biarpun nampak keras, ia sentiasa
melalui proses penguraian dan pembinaan semula. Kekurangan jisim tulang yang
berterusan boleh mengakibatkan penyakit tulang rapuh atau osteoporosis.”
Melalui aktiviti kecergasan seperti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari dan
mengambil makanan kaya kalsium, kita dapat membantu proses penguraian dan
pembentukan semula tulang. Melakukan aktiviti kecergasan secara tetap juga dapat
menguatkan tulang dengan cara meningkatkan kandungan mineral, sekali gus
mengurangkan risiko mendapat osteoporosis dalam jangka masa panjang.
Berdasarkan Audrey Edward (2013), Malaysia menduduki tempat keenam di
rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara
untuk kedua-duanya; obesiti dan kencing manis. Presiden Persatuan Pemakanan
Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, walaupun obesiti tidak disenaraikan sebagai punca
kematian, ia boleh dianggap sebagai penyakit di Malaysia apabila bercakap tentang
bahaya dan mewujudkan kesedaran kepada orang awam. Ini kerana obesiti adalah satu
faktor utama yang memberi risiko kepada banyak penyakit tidak berjangkit seperti
diabetes, penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.
Melakukan aktiviti kecergasan boleh membantu mengawal berat badan dengan
lebih baik dan dapat mencegah obesiti atau kegemukan. Ini kerana senaman
membantu membakar lemak badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat.
Senaman berterusan dan pada masa sama, mengamalkan diet seimbang juga dapat
membantu mengawal masalah berat badan berlebihan. Jika masalah obesiti boleh
dikawal, pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang juga
boleh dikurangkan.
3.1 Kempen Gaya Hidup Sihat & Hari Cintai Alam 2014
Gambar 1 : Kempen Gaya Hidup Sihat & Hari Cintai Alam 2014.
Kempen Gaya Hidup Sihat atau ringkasannya Sihat Selangor telah dilancarkan
sendiri oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor pada
15 Februari 2014 yang lalu di Stadium Kajang. Pada 8 November 2014, tiba pula giliran
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan agenda Kerajaan Negeri kearah
meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan menjalani kehidupan sihat dan aktif
yang seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan masyarakat.
Pada hari itu, dua Program akan dilaksanakan serentak iaitu Kempen Gaya Hidup Sihat
& Hari Cintai Alam 2014.
Tujuan Kempen Sihat Selangor ini ialah mempromosikan kepentingan hidup
yang cergas dan aktif secara tidak langsung menyumbang kepada pengurangan faktor
dijangkiti penyakit serta dapat megurangkan perbelanjaan rawatan dan perubatan.
Amalan gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.
Program Kempen Gaya Hidup Sihat & Hari Cintai Alam 2014 merupakan satu
platform yang begitu baik untuk masyarakat setempat untuk mengenali antara satu
sama lain. YB Puan Dr Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,
Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi berharap semua penduduk-
penduduk di sini dapat menggunakan kesempatan yang ada ini untuk bersama-sama
berganding bahu untuk membersihkan keadaan sekelling di sini supaya kawasan itu
bertambah bersih agar penduduk-penduduknya dapat menikmati kehidupan yang lebih
sempurna, selesa dan dapat mencegah dari dijangkiti penyakit terutamanya deman
denggi.
3.2 Program 10,000 Langkah
Berdasarkan Berita Selangor (2014), Kerajaan Selangor sedang mempergiat
usaha menggalakkan orang ramai khususnya rakyat di negeri itu supaya menjalani
hidup sihat melalui pelbagai aktiviti riadah bagi memastikan mereka bebas daripada
sebarang penyakit berjangkit.
Gambar 2 : Logo 10,000 Langkah
Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan melancarkan program 10,000
Langkah di bawah portfolio kesihatan membabitkan semua 12 pihak berkuasa tempatan
(PBT) di Selangor bagi merealisasikan hasrat itu.
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr
Daroyah Alwi, berkata ia adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri menjadikan rakyat
Selangor sihat dengan memilih aktiviti paling mudah, murah dan tidak berisiko.
Sebenarnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen
Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB
Menteri Kesihatan pada ketika itu, Dato’ Seri Liow Tong Lai di Taman Wetland
Putrajaya. Ia telah melibatkan hampir 7000 penyertaan peserta. Antara aktiviti yang
dijalankan semasa majlis tersebut adalah acara berjalan beramai-ramai sejauh 1.5 km,
pameran kesihatan cara hidup sihat, pertandingan mewarna, sukaneka berasaskan
aktiviti fizikal, cabutan bertuah, persembahan tarian, cabutan bertuah dan gerai jualan.
Gambar 3 : Dato’ Seri Liow Tong Lai melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mewar-warkan tentang maklumat berkaitan
aktiviti berjalan 10,000 langkah ini termasuklah kempen menerusi media massa dan
program berjalan 10,000 langkah di peringkat negeri serta daerah. Selain daripada itu,
inisiatif telah diambil untuk mewujudkan trek berjalan 10,000 langkah di setiap negeri.
Sehingga 2013 terdapat 45 trek 10,000 langkah di seluruh negara.
3.3 Acara ‘Walk-A-Mile’ Hari Jantung Sedunia 2014
Selain itu, persatuan-persatuan NGO kesihatan juga telah melaksanakan
program-program untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan gaya hidup
sihat. Pada 28 Sept 2014, Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan NESTLÉ® OMEGA
PLUS® telah menganjurkan acara ‘Walk-A-Mile’ Hari Jantung Sedunia 2014.
Gambar 4 : Peserta acara ‘Walk-A-Mile’
Acara ‘Walk-A-Mile’ yang diadakan bersempena Hari Jantung Sedunia telahpun
menjangkaui edisi ke-13 yang berturut, dan sepanjang tempoh penganjurannya, ia
merupakan acara jalan kaki untuk kesihatan jantung yang paling diraikan di Malaysia.
Kejayaan anjuran ini turut menandakan hubungan kerjasama yang kukuh dan berjaya
antara YJM dan NESTLÉ® OMEGA PLUS®. Kedua-dua pihak telah bergabung tenaga
untuk menganjur bersama acara jalan kaki ini selama 13 tahun.
Sejak 2001, jumlah penyertaan kian meningkat dari tahun ke tahun. Dengan
memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook bagi urusan pendaftaran tahun
ini, Walk-A-Mile telah berjaya menggandakan angka penyertaan kepada lebih 2,000
peserta untuk tahun ini berbanding dengan 1,200 peserta pada 2013. Lebih penting,
mereka yang mendaftar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tua dan muda, di
samping juga peningkatan dalam penglibatan keluarga.
‘Walk-A-Mile 2014′ adalah tertumpu kepada tema Hari Jantung Sedunia iaitu ‘At
the Heart of Health’, dan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan
rakyat Malaysia supaya mereka mula mengamalkan gaya hidup aktif ke arah memiliki
jantung yang sihat di samping berwaspada dalam pemilihan diet harian untuk
merendahkan paras kolestrol buruk. Dengan kata lain, acara ini bertujuan memastikan
orang ramai berupaya membuat pilihan yang sihat uktuk jantung tidak kira di mana jua
mereka tinggal, kerja dan riadah.
Para peserta juga berkesempatan menjalani pemeriksaan kesihatan secara
percuma, selain aktiviti-aktiviti sampingan seperti persembahan pentas secara
langsung, cabutan bertuah dan agihan sampel percuma NESTLÉ® OMEGA PLUS®,
yang mengandungi ACTICOL® , iaitu sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik
untuk mengurangkan kolesterol.
3.4 Kempen ‘Hidup Sihat Dengan Diabetes'
Tambahan pula, kerajaan dan persatuan NGO juga akan bekerjasama untuk
melaksanakan kempen kesihatan. Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) bersama MSD
Malaysia, syarikat farmasutikal antarabangsa, menganjurkan kempen ‘Hidup Sihat
Dengan Diabetes'.
Sebanyak sepuluh acara diadakan sepanjang kempen itu untuk menyampaikan
beberapa petua yang penting tentang cara mengurus penyakit berbahaya itu. Acara
yang diadakan sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia pada 14 November setiap
tahun, juga merupakan sebahagian daripada kempen 'Hidup Sihat Dengan Diabetes'
yang berterusan oleh MSD.
3.2 Fit UTM!
Gambar 5 : Peserta larian program Fit UTM!
Bersempena dengan Festival Konvokesyen ke-53 (Fesko 53), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) turut menganjurkan Fit UTM! sebagai aktiviti pembukaan
festival berkenaan di Skudai, Johor Bahru baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh berkata, program
tersebut bertujuan menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan penuntut
khususnya dan orang ramai yang menghadiri sambutan konvokesyen tersebut.
“Fit UTM! menampilkan acara senamrobik dan larian Fesko 53 yang telah disertai oleh
ramai peserta sebagai salah satu gaya hidup sihat yang digalakkan oleh kerajaan.
Program ini wajar diadakan di semua institut pengajian tinggi seiring seruan gaya hidup
sihat.
4.0 Sila rancang beberapa aktiviti fizikal selama 1 jam yang dapat meningkatkan
kecergasan kardiovaskular dalam kalangan pelajar di sekolah anda.
Saya akan merancang beberapa aktiviti fizikal berdasarkan latihan fartlek.
Latihan fartlek adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di
negara Sweden. Tujuan dan objektif latihan fartlek ialah meningkatkan daya tahan
kardiovaskular. Latihan ini merupakan satu sistem latihan daya tahan kardiovaskular
yang berkonsepkan pelbagai kelajuan seperti:-
a. berjalan pantas
b. lari pecut
c. berjoging
d. berlari dalam kelajuan sederhana
Selain latihan fartlek, terdapat beberapa latihan lompat tali juga dijalankan untuk
meningkatkan daya tahan kardiovaskular
Aktiviti memanaskan badan, regangan dan menyejukkan badan
Latihan Lompat Tali
Latihan Fartlek
Gambar 6 : Stesen-stesen aktiviti meningkatkan daya tahan kardiovaskular
Murid-murid akan dibahagi kepada 5 orang dalam satu kumpulan. Semua murid
akan menjalankan aktiviti memanaskan badan bersama-sama. Selepas itu, aktivit 2-11
akan dijalankan mengikut kumpulan dan diakhiri dengan aktiviti menyejukkan badan.
Setiap kumpulan mempunyai seorang pencatat masa.
7
1/10
2
3
4
5 6
9 8
1. Aktiviti memanaskan badan (10 minit)
Aktiviti ini boleh membantu badan murid-murid bersedia untuk melakukan
aktiviti aerobic. Dengan memanaskan badan, sistem pernafasan dan kardiovaskular
akan meningkat secara berperingkat kemudian darah yang mengalir ke otot akan
turut meningkat serta menaikkan suhu badan. Murid-murid akan berjalan pantas dan
berlari perlahan untuk memanaskan badan sebelum memulakan latihan fartlek.
2. Regangan badan (5 minit)
Gambar 7 : Aktiviti regangan
Regangan sangat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan bagi
mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan terasa sakit selepas melakukan
sukan. Ia juga dapat mengelakkan daripada mendapat sebarang kecederaan pada
otot. Aktiviti gambar 7 ada tersedia cara-cara regangan yang biasa dilakukan yang
merangkumi semua bahagian otot yang terdapat pada badan.
3. Lompat tali secara individu (5 minit)
Lompat tali secara individu adalah skip yang terasas untuk setiap individu. Skip
ini dijalankan secara perseorangan. Lompat tali bukan sahaja dapat meningkatkan daya
tahan kardiovaskular, ia juga boleh mengekalkan berat badan kita. Untuk mendapat
kesan yang optimum, kita mesti melakukanya secara berterusan sekurang-kurangnya
10 minit dan 3 kali setiap minggu dengan setiap hari 30 minit.
4. Lompat tali secara berkumpulan (10 minit)
5. Lompat tali secara beramai-ramai dalam satu barisan (10 minit)
Lompat tali secara berkumpulan dan beramai-ramai dapat meningkatkan
keseronokkan dan minat murid.
6. Skip ( 5 minit )
7. Berlari zig zag (5 minit)
8. Berlari sisi (5 minit)
9. Berlari pecut (5 minit)
10.Aktiviti menyejukkan badan (5 minit)
Aktiviti menyejukkan badan lebih kurang sama seperti memanaskan badan.
Anda terus lakukan aktiviti sukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan dan tidak
lasak. Menyejukkan badan sangat penting untuk atlet sukan yang aktif seperti ahli
marathon. Ia penting untuk menyeimbangkan aliran darah di dalam badan selepas
berlari. Untuk orang biasa, menyejukkan badan hanyalah sebagai aktiviti pelengkap
dalam sesebuah senaman dan bukanlah satu kewajipan. Selepas melakukan aktiviti
berlari pecut, murid-murid akan sejukkan badan dengan terus berjalan pantas
dalam masa 5-10 minit
5.0 Pemahaman, pandangan dan cadangan anda terhadap kesedaran murid dan
guru sekolah rendah berhubung kecergasan fizikal.
Pada pendapat saya, kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak. Kebanyakan
pelajar di sekolah suka melakukan pelbagai aktiviti fizikal dalam waktu Pendidikan
Jasmani walaupun bukan semua pelajar mahir dalam acara tersebut. Para pelajar
sedar akan melakukan senaman dapat menjamin kesihatan tetapi mereka tidak dapat
membezakan aktiviti fizikal yang berlainan mampu menguatkan komponen-komponen
kecergasan fizikal yang tertentu. Asalkan boleh berlari atau bermain pada waktu
Pendidikan Jasmani, mereka akan berasa puas dan seronok.
Jadi, konsep kecergasan fizikal harus diterapkan oleh guru Pendidikan Jasmani.
Guru yang berkenaan harus merancang dan melaksanakan aktiviti fizikal mengikut
sukatan KSSR yang ditetapkan. Ini disebabkan rancangan sukatan KSSR Pendidikan
Jasmani telah dirancang dengan rapi berdasarkan tahap kecergasan, kemampuan dan
minat pelajar sekolah rendah. Walau demikian, guru-guru masih boleh menerapkan
kemahiran yang berlainan untuk melakukan penambahbaikan mengikut kemampuan
atau minat pelajar dalam kelas tersebut.
Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan seperti yang
kita lihat pada masa kini, ia dianggap sebagai satu mata pelajaran yang kurang penting.
Ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang
kepentingan subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bukan sahaja di
sekolah malahan di dalam kehidupan manusia itu sendiri. Sebagai pendidik, kami harus
menjadi role model yang terbaik. Guru juga berperanan penting untuk memberi
kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pelajar hendaklah didedahkan tentang kelebihan
memiliki kesihatan yang baik dan tahap kecergasan yang baik. Kesedaran ini penting
kepada murid supaya mereka lebih menghayati nilai yang akan mereka perolehi
daripada mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Rujukan
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota%201A.pdf
http://zarin58.tripod.com/Kecergasanfizikal.htm
http://ippbm.gov.my/dokumen/faktabelia/04.Kesihatan.pdf
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota%201A.pdf
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm
http://cikgupjpk.blogspot.com/2013/01/daya-tahan-kardiovaskular.html
http://www.scribd.com/doc/27482072/Kuliah-2-Kecergasan-Fizikal-Berlandaskan-
Kesihatan
http://asiahibrahim.wordpress.com/sukan/jenis-jenis-latihan/
http://pjkkumpulan5.blogspot.com/2012/09/daya-tahan-kardiovaskular-latihan.html
http://d054501koonyinkuan.blogspot.com/2012_10_01_archive.html
http://bhuabcd.blogspot.com/p/unit-1.html
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/02/memanas-dan-menyejukkan-
badan-dalam.html
top related