tugasan bahasa melayu & komunikasi
Post on 10-Jun-2015
374 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
1
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TUGASANSEMESTER MEI 2012
---------------------------------------------------------------------------------------------
KOD KURSUS : MQA 101
NAMA KURSUS : BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAMA PELAJAR : ELIZAWATY BINTI RAMLEE
NO. MATRIK : E 30203120438
FASILITATOR : EN. JAAFAR BIN JAMIAN
AKADEMIK
PUSAT : PUSAT PEMBELAJARAN MARSAH , JOHOR BAHRU
PEMBELAJARAN
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
2
Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia yang mengikuti
piawaian ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP ). Bahasa Malaysia lebih daripada 80%
kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa
Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar daripada etnik
minoriti negara Malaysia. Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu ".
Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah
"Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul
dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan untuk bahasa kebangsaan
negara itu secara tepat dan muktamad. Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan
Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah
"Bahasa Malaysia" sebagai nama untuk bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya
diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh
YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13 Mei 1969. Ini
terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan
ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah. Pada
tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Penukaran ini dibuat
selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
iaitu: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".
Soalan 1
Kemajuan bangsa adalah sinonim dengan keupayaan masyarakat untuk memajukandiri dan ekonomi melalui peningkatan peradaban dan intelek. Bahasa memainkanperanan sebagai pemangkin kepada pemahaman terhadap ilmu moden ( fizik,kejuruteraan, sains dan lain-lain ).
Sila bincangkan potensi Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmiah di Malaysia.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
3
Namun begitu, Pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk
menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan
supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan
serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat,
notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan
Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru
"Bahasa Malaysia" adalah muktamad.
Ketika mengikuti pelajaran biologi, beberapa istilah mungkin pernah terdengar atau
setidaknya terbaca seperti Oryza sativa, Theobroma cacao, Felis silvestris catus, Canis lupus
familiaris . Semuanya adalah nama-nama ilmiah. Bahasa ilmiah yang digunakan di seluruh dunia
tersebut berasal dari bahasa Latin.
Bahasa Malaysia dikatakan sebagai satu bahasa ilmiah kerana bahasa merupakan satu
daripada aspek pengukuhan jati diri sesuatu bangsa dan simbol kehidupan kebangsaan dan
negara bangsa. Menurut pandangan Dato’ A. Aziz Deraman ketika menyampaikan ceramah
dasar bahasa pada 27 Oktober 2011 yang lalu. Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dalam semua urusan ekonomi dan perniagaan serta menjadikan bahasa tersebut
sebagai penggerak utama sistem ekonomi negara.
Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa
Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti
Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan
yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namunsemasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
4
Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit
untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila
mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan Melayu tetap
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan
dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga
dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam
pemerintahan Belanda.
Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat
percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa
Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah
menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa
rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak
akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia
dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunia Kedua.
Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta meningkatkan
kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk
memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini
telah diterajui oleh Pakatan Belajar – Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan
perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan, kamus,tatabahasa, tanda-
tanda bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.
Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang
dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini
maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa, perkamusan, sebutan
,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini
maka berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
5
Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984
iaitu Kongres yang keempat.
Selain itu, bahasa Melayu juga dapat dijelmakan sebagai industri yang mampu
menjanakan pendapatan yang lumayan. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh pihak yang
berkemahiran tinggi dalam bahasa Melayu. Dalam bidang penulisan, terutamanya penulisan
buku setidak-tidaknya menjurus kepada bahasa yang berilmiah. Bidang pengkomputeran juga
memerlukan pakar bahasa apabila mahu membina program khusus tentang bahasa, atau apa-apaa
permainan bahasa yang bersifat interaktif dan memenuhi keperluan kurikulum pendidikan
semasa. Rata-rata ini, kebanyakkan buku yang berkaitan bidang pengkomputeran banyak ditulis
dalam bahasa Melayu. Terdapat juga buku-buku ini telah mengalami proses pengalihan bahasa
agar menjadi rujukan para pelajar. Sehubungan dengan itu, tidak keterlaluan jika dikatakan
bahasa Melayu adalah bahasa ilmiah kerana bahasa merupakan asas interaksi yang berlaku setiap
masa. Tanpa kemahiran berbahasa, sesuatu pekerjaan tidak akan mampu dilaksanakan dengan
berkesan kerana urusan seharian kebanyakannya melibatkan manusia yang sensitif dengan
penggunaan bahasa.
Pelbagai cara telah dilaksanakan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.
Salah satu caranya ialah pembudayaan bahasa dengan menghargai dan membanggai bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, menggunakan bahasa Melayu
dengan berkesan dalam bidang ilmu pengetahuan dan menggunakan bahasa Melayu dengan
berkesan dalam perhubungan harian. Aspek penilaian bahasa Melayu juga turut diperluas. Dalam
usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa wahana ilmu dan asas pembinaan tamadun,
perancangan yang lebih terarah perlulah dilakukan.
Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa
Malaysia berpotensi besar sebagai bahasa ilmiah di bumi Malaysia berdasarkan beberapa faktor
yang telah dibincangkan di atas. Bahasa Malaysia juga mampu untuk terus melonjak naik
sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian
tinggi, dan tulisan ilmiah.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
6
Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4,Taman Mawar,81700 Pasir Gudang,Johor Bahru,Johor.
Kementerian Pelajaran Malaysia,Blok E8, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya,Malaysia. 29 hb Jun. 2012
Tuan,
Cadangan Meningkatkan Tahap Pendidikan Murid Sekolah
Merujuk perkara di atas, saya Elizawaty binti Ramlee, seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan
pasir Gudang 4, ingin memberi beberapa cadangan agar pihak tuan dapat mengambil langkah
sewajarnya bagi memajukan dan meningkatkan tahap pendidikan murid di sekolah ini.
2. Penggunaan komputer dan internet amatlah meluas dan boleh digunakan dalam berbagai
bentuk untuk membantu tugas guru. Penggunaan komputer dan internet sebagai alat bantuan
pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
menjimatkan masa untuk menulis dan melukis pelbagai graf, carta dan lain-lain kerja merancang
Soalan 2
Karang surat rasmi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kandungan surattersebut haruslah merangkumi idea-idea yang diyakini mampu meningkatkan tahappendidikan murid di sekolah anda.
( 2 hlm )
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
7
pengajaran. Pengajaran yang dirancang dengan baik akan mendatangkan kesan pembelajaran
yang baik. Guru mestilah menggunakan komputer untuk menyediakan nota pelajaran,
menganalisa markah pelajar, penyediaan soalan peperiksaan dan ujian serta surat-surat rasmi.
Oleh yang demikian, latihan atau kursus menggunakan komputer dan internet mungkin
diperlukan oleh guru supaya komputer dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan proses
pengajaran. Sebelum penggunaan komputer dan internet digunakan bagi proses pengajaran,
perlulah diberi perhatian dan mengadakan kelengkapan peralatan yang disediakan di dalam kelas
mencukupi.
3. Selain itu, amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi dan
penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari
segi kualiti guru, memperkukuh hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru, berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Malahan guru akan dapat meningkatkan tahap pengajaran mereka
semasa berada dalam kelas bersama murid-murid. Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha
untuk meningkatkan tahap kecemerlangan bidang akademik di sekolah akan membolehkan guru-
guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan
berkesan. Keberkesanan pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan
sekolah sebagai pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan
penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian murid.
4. Kokurikulum adalah satu bidang pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja
terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan
mata pelajaran akademik. Namun begitu sebahagian besar gerak kerja kokurikulum merangkumi
pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik. Aktiviti kokurikulum adalah
aktiviti yang bercorak pendidikan dan juga adalah sebahagian daripada pengalaman
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, seperti gerak kerja
unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Ianya turut boleh dilaksanakan sebagai
lanjutan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah serta sebagai pelengkap
kepada usaha menanam dan mengukuhkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa murid.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
8
5. Akhir kata, saya amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan
saya ini dalam tujuan meningkatkan tahap pendidikan murid.
Sekian, terima kasih
Yang benar
…………………………………………Elizawaty binti RamleeSetiausaha Kurikulum,SK . Pasir Gudang 4.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
9
Walaupun telah 14 tahun berlalu, tarikh 2 hb Julai 1998 tidak akan dapat aku lupakan sepanjang
hayatku. Percutian sambil berbulan madu kerana mengikut suamiku bertugas ke luar negara.
Aku nekad mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan , walaupun aku belum lagi disahkan
jawatan. Aku tak kisah, yang penting aku dapat menimba pengalaman dan belajar memahami
tugas sebenar suamiku. Lagipun baru 2 bulan jadi pengantin baru, tak rela ku berjauhan.
M. T Bunga Tanjung ialah tempat penginapan ku sepanjang aku mengikut suamiku belayar
meredah lautan. Oh ye, pada waktu itu suamiku bertugas sebagai jurutera kedua sebuah kapal
dagang milik MISC Berhad yang membolehkannya membawa isteri. Aku tidak keseorangan,
kerana kapten kapal berbangsa Pakistan membawa isteri dan tiga orang anaknya. Begitu juga
Radio Oficer berasal dari Jordan membawa isterinya. Jika tidak, akulah satu-satunya wanita jelita
diatas kapal itu.
Pelabuhan Kuantan merupakan destinasi
pertamaku memulakan pelayaran. Wah, seronoknya buat
pertama kalinya aku merasa menaiki kapal! Macam bayi
dalam buaian. Dua hari pertama keadaan ku biasa-biasa
sahaja. Sebaik sahaja kapal meredah Laut China Selatan ,
*M.T Bunga Tanjung meredah lautan menuju destinasi.
aku mula diserang mabuk laut. Ya Allah! Azabnya, siksanya mengalahkan mabuk hamil.
Pantang kapal bergoyang sikit, mulalah aku muntah-muntah. Tidur bertemankan baldi. Satu
makanan pun tidak dapat mengisi perutku.Walaupun sudah berbiji pil tahan mabuk aku telan.
Akhirnya, salah seorang anak kapal memberitahu suamiku petua untuk menghilangkan mabuk
Soalan 3
Ceritakan pengalaman percutian anda dalam bentuk penulisan sebagaimana didalam blog. Ayat-ayat yang digunakan mestilah ringkas, padat, santai dan mampumenarik minat pembaca.
( 3 hlm )
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
10
laut iaitu memanjat “monkey island” tempat tertinggi di atas kapal, dan memandang ke laut luas
sambil menghirup udara laut. Alhamdulilah, mabuk lautku hilang. Ajaibnya.!! Walaupun laut
bergelora, kapal berhayun setinggi pokok kelapa pun aku tak mabuk lagi.
Perjalanan dari Pelabuhan Kuantan ke Aqaba, Jordan mengambil masa tiga
minggu. Pada masa inilah, mula aku berangan nak makan KFC, Mc Donald. Maklumlah atas
kapal tak ada. Sebaik sampai di Aqaba, aku mengambil kesempatan untuk turun ke darat. Aku
berjalan dalam satu kumpulan. Cuaca pada masa itu sangat panas. Tak salah aku 45 celcieus.
Aku berpeluang merasa makan kebab arab. Aku membeli botol yang berisi pasir berwarna-warni
sebagai tanda kenangan.
*sewaktu di Aqaba
Kehidupan di atas kapal tidak memboringkan. Pelbagai aktiviti aku lakukan
bersama krew di sini. Pada waktu petang aku membantu Chief Steward menyediakan minuman
petang. Pelbagai kuih- muih tradisional aku dapat belajar dari beliau. Waktu makan malam di
sini jam 5.30 hingga 6.30 petang. Awalnya! Pada waktu makan malam, anak-anak kapal
dikehendaki memakai uniform formal. Aku terpaksa rela duduk semeja bersama kapten, ketua
jurutera dan Chief Officer. Aku paling tak kenyang, bila lauk-pauk sedap-sedap tapi makan
menggunakan sudu. Bayangkan aku peminat ketam, terpaksa makan ketam dengan sudu. Macam
mana nak makan. Suami ku pula alahan makanan lauk. Ketam terpaksa ku tolak ke tepi...Eee
susahnya bila ada protokol.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
11
Destinasi kedua ku ialah ke Mesir. Kapal berlabuh di pelabuhan Adabiya. Setiap
kali sampai di pelabuhan, suami tidak melepaskan peluang untuk turun kapal. Seperti biasa aku
keluar dalam satu kumpulan. Harga barang-barang di sini murah-murah belaka. Aku memborong
membeli Kristal buatan tangan. Sedang asyik membeli-belah, aku terpisah dengan rakan-rakan
sekumpulan. Akhirnya aku bersama suami terpaksa pulang sendirian menaiki teksi. Ketika inilah
aku melalui pengalaman mengerikan. Aku telah ditipu oleh Pak Arab. Beliau telah dengan senaja
tersesat jalan lalu menghantar kami ke palabuhan lain. Pada hal, awal-awal lagi , telah
dimaklumkan destinasi sebenarnya. Beliau berkata “Malayzie good” Jika hendak ke sana, kami
dikehendaki menambah bayaran tambang dari USD 10 seorang kepada USD 30 seorang. Oleh
kerana terdesak, terpaksa lah kami bersetuju. Apa lagi perkataan “Malayzie good ” tak lekang
dari mulutnya. Kata suamiku patutlah Nabi diturunkan di negara Arab, kerana Pak Arab lah
paling kuat menipu. Sebaik sahaja sampai, lalu menghulurkan bayaran , suamiku berkata “ tidak
halal” terus kami berlari masuk ke pintu kastam. Lintang-pukang aku berlari sambil menjinjing
barang yang sarat. Betapa banyaknya duit dah melayang pada hari itu.
*Sewaktu di pelabuhan di Adabiya, Mesir
Perjalanan seterusnya sebelum pulang ke Malaysia , kapal singgah menghantar
minyak ke Sudan. Sebuah negara yang bergolak ketika itu. Aku dapat berkenalan dengan
petugas-petugas Petronas di sana. Lucunya muka dia orang pun dah macam orang Sudan. Ketika
di sini, kami tidak dibenarkan keluar ke Bandar, kerana ancaman keselamatan. Aku hanya
membeli sedikit cenderamata di kedai berdekatan. Walaupun Sudan negara mundur, bayaran
menggunakan mata wang USD.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
12
Ketika di Sudan.
Kebetulan tarikh 31 Ogos, kami berada di tengah samudera, sudah menjadi tradisi
krew kapal meraikannya pada malam kemerdekaan dengan mengadakan parti Bar-bi-que serta
mengibarkan jalur gemilang. Menjelang detik 12 tengah malam , semboyan kapal di lepaskan.
Pada malam kemerdekaan, turut
diraikan di atas kapal. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan.
Pelayaran dari Singapura ke Pakistan memakan masa selama 3 minggu. Sebaik
sahaja sampai di bumi Pakistan, aku bersama Chief Steward dan suamiku dengan ditemani ejen
MISC dari Pakistan telah membawa kami meronda dan membeli belah di Bandar Karachi.
Sayang seribu kali sayang, aku tidak dapat merakamkan kenangan sepanjang di sana, kerana
segala peralatan komunikasi serta kamera telah disimpan di dalam stor kapal, atas tujuan
keselamatan.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
13
Karachi , syurga membeli belah terutamanya barangan kulit, tembikar, kain sari
dan marble. Aku mabuk memborong kerana harga barangan di sini amat murah. Bayangkan jaket
kulit hanya berharga tidak sampai RM 50. Aku juga membeli perhiasan marble sebagai
cenderahati untuk rakan-rakanku. Aku amat tertarik dengan seni buatannya yang amat unik
sekali. Aku membeli sebuah peti harta karun di sini. Ini merupakan belian terbaik ku.
Sebenarnya banyak yang aku borong di sini. Dalam sehari , aku telah menghabiskan 10 ribu
Rupee. Wow banyakkan! Kalau di Malaysia tak berpeluang tetapi, di sana ,.... akulah orang
kaya... Kaya sekejap je..
Aktiviti malam di sini amat menyeronokkan. Kami mencandat sotong dari atas
kapal. Aku merasa sekali seumur hidup mencandat sotong. Al-Kisahnya, orang di Pakistan tak
suka makan sotong. Patutlah sotong di Pakistan tak habis-habis.
Bersama krew –krew kapalmemasak sotong yang telahdicandat.
Sebenarnya terlalu banyak yang ingin ku kongsikan bersama di halaman percutian ini,Insyaallah,akan ku coretkan pengalaman percutian indah ini di masa akan datang. Sesungguhnya inilahpercutianku paling mahal dengan pengalaman bergelar anak kapal walaupun hanya untuk enambulan sahaja. Sehingga ketemu lagi.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
14
Aduan terhadap beberapa individu yang menjadikan tempat letak kereta kawasan
kediaman tempat berniaga yang tidak mempunyai lesen.
Kami adalah penduduk di kawasan perumahan pangsa Taman Seroja, Kampung Sungai Ara,
berasa amat kesal dengan perbuatan segelintir penduduk yang menyalahgunakan kuasa dan
mengambil kesempatan untuk membina pondok pondok kecil untuk tujuaan menjaja, di kawasan
tempat letak kereta tanpa lesen.
Secara dasar kami di sini sudah kekurangan tempat meletak kereta kami, dan ditambah pula
dengan kerenah penduduk yang sengaja mendirikan pondok untuk berniaga. Sebanyak 3 lot
tempat letak kereta telah diambil oleh peniaga ini untuk membina pondok perniagaan mereka
tanpa menghiraukan pendudk lain dengan mementingkan diri sendiri. Masalah ini sudah mula
menjadi macam cendawan tumbuh, di mana semakin hari semakin bertambah pondok yang
dibina untuk dijadikan tempat menjaja terutama sekali apabila menjelang bulan puasa. Kami kini
terpaksa meletak kereta kami di bahu jalan kerana akibat daripada sikap segelintir peniaga ini
menyebabkan kekurangan tempat letak.
Kami telah memaklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan dimaklumkan
bahawa terdapat dua orang pegawai telah datang sebanyak dua kali untuk membuat tinjauan,
Soalan 4
Sila hasilkan sebuah penulisan berbentuk aduan. Sebaik-baiknya gunakanpengalaman sebenar atau masalah yang dihadapi oleh anda sendiri. Topik dankepada siapa aduan ditujukan adalah bebas.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
15
tetapi tidak mendatangkan kesan. Hal ini berlaku kerana mereka menjaja di sebelah malam yang
bermula dari pukul enam petang tetapi pegawai majlis datang pada sebelah pagi.
Sebagai penduduk taman yang prihatin, kami tidak tahu bagaimana lagi saluran yang perlu kami
suarakan keluhan atau rintihan kami, memandangkan salah seorang penjaja memperkenalkan
diri beliau sebagai ketua penduduk padahal tidak ada perlantikan secara rasmi dibuat. Malahan
beliau tidak pernah dilantik untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat penduduk perumahan di
sini. Selain itu, apa yang kami tahu beliau menggunakan cara sedemikian untuk terlepas dari
tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan.
Dengan ini, kami cuma dapat melihat bahawa mungkin melalui Saluran ADUAN RAKYAT
sahaja yang mampu membantu kami untuk mendapatkan semula tempat letak kereta kami yang
telah disediakan oleh pihak pembangunan rumah pangsa, saya juga khuartir dan amat risau
tentang kebersihan kawasan persekitaran yang mungkin dikotori jika dibiarkan dan akan
mengundang makhluk perosak yang boleh memudaratkan kesihatan warga penduduk di sini. Hal
ini berlaku kerana pihak peniaga sering meninggalkan sisa-sisa barangan jualan mereka di tepi
jalan sahaja. Ini menyebabkan anjing-anjing yang berkeliaran akan menarik plastik-plastik sisa
makanan lalu berselerakan di jalan-jalan sekitar perumahan.
Di harap pihak aduan rakyat dapatlah mengambil sebarang tindakan untuk membantu kami
dalam masa yang singkat bagi menghentikan operasi yang tidak rasmi dan mendapatkan kembali
tempat letak kereta kami. Mungkin dengan cara menyediakan tempat perniagaan untuk mereka
akan dapat mengatasi masalah ini.
Oleh: Elizawaty binti Ramlee
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
16
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA . BIL 01 / TAHUN 2012
Tarikh : 10.01.2012
Masa : 1.30 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT SK PASIR GUDANG 4.
Pengerusi : PN. NOR AZIMAH BINTI MOHD ARSHAD
Kehadiran (Bilangan) : 18 ORANG
Nama Yang Hadir : ( Rujuk Lampiran )
Nama Yang Tidak Hadir : TIADA
Turut Hadir (Jika ada) : PN. ZALINA BINTI MOHD SALLEH ( Kaunselor )
Soalan 5
Anda telah diminta oleh Tuan Guru Besar untuk menyediakan laporan minitmesyuarat ( topik adalah bebas ). Sila sediakan laporan tersebut mengikut formatlaporan minit mesyuarat yang tepat.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
17
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1. Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat kali ini.
1.2. Ucapan tahniah kepada semua guru yang mengajar Bahasa Malaysia atas
segala kerajasama yang telah di berikan dan semua aktiviti berjalan dengan
lancar. Pengerusi mengharapkan aktiviti pada tahun 2012 dapat diatur dan
dirancang dengan baik. Pengerusi mengharapkan semua aktiviti perlu
kerjasama antara satu sama lain.
Tindakan: Semua guruBahasa Malaysia
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LEPAS.
2.1. Pn. Rohana Md. Zin membentangkan minit mesyurat bagi tahun
2011.
2.2 En. Ariffin Mohd Tap mengesahkan minit mesyuarat bagi tahun 2011.
Tindakan: Ketua PanitiaBahasa Malaysia
3. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 2012
3.1. Rancangan Pengajaran Tahunan
Pengerusi memaklumkan guru-guru telah dibekalkan Rancangan Tahunan
yang terkini. RPT ini perlu disimpan dalam satu fail dan ditandatangan oleh
guru besar. Pastikan RPT sentiasa berada di meja guru bersama buku rekod
mengajar.
3.2. Rancangan Pengajaran Harian
Guru dimaklumkan agar RPH mengikut seperti yang diedarkan sebagaimana
menepati kehendak PPK.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
18
3.3 PLAN-J perlu dibuat oleh setiap guru dan difailkan bersama RPT. Jadual
PLAN-J boleh diperolehi dari setiausaha Panitia untuk diisi ruangan Piawaian
Sekolah.
Pengagihan PLAN-J :
3.3.1 Tahun 4 – Puan Amirah binti Adil
3.3.2 Tahun 5 – Encik Zulkefli Abu Talib
3.3.3 Tahun 6 – Puan S.Ruzila binti Paidin
Tindakan: Semua guruBahasa Malaysia
4 BUKU RAMPAIAN MURID
4.1 Tahap 1 hanya disarankan menggunakan 4 buah buku iaitu Penulisan,
Tatabahasa, Pemahaman dan Bijak Kamus.
4.2 Tahap 2 disarankan menggunakan 5 buah buku iaitu Penulisan ( A,B dan C ),
Tatabahasa dan Citra Bahasa/ Bijak Kamus.
4.3 Penyemakan buku rampaian murid perlu mengikut jadual cerap yang telah
disediakan oleh pihak pentadbir. Guru perlu mematuhi jadual cerap.
Tindakan: Semua guruBahasa Malaysia
5. UJIAN FORMATIF DAN PKSR
5.1 Jadual penggubal soalan telah diedarkan oleh setiausaha peperiksaan.
Pengerusi memaklumkan beliau telah mengisi jadual penggubal soalan. Guru-
guru diminta menyediakan soalan seminggu awal untuk semakan panitia dahulu.
Borang JSU dan Kulit Soalan disediakan oleh setiausaha.
5.2 Setiap kali selepas ujian formatif dan PKSR guru-guru dikehendaki mengisi
borang data driven Bahasa Malaysia. Format borang boleh dapatkan daripada
setiausaha.
Tindakan: SetiausahaPanitia Bahasa Malaysia
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
19
6. SARINGAN TAHUN 1
Murid Tahun 1 seramai 196 orang telah menduduki ujian saringan awal. Terdapat 18
orang murid yang masih tidak menguasai kemahiran asas membaca. Tuan Guru Besar
memaklumkan agar guru Tahun 1 perlu ambil tindakan untuk membantu murid ini
supaya dapat melepasi ujian saringan LINUS.
Arif 2 orang
Azam 4 orang
Adil 10 orang
Alif 2 orang
Tindakan: Guru Tahun SatuBahasa Malaysia
7. PROGRAM 2012
7.1 Bengkel Penulisan
Pengerusi memaklumkan bahawa bengkel penulisan akan diadakan kepada guru
dan murid-murid dalam masa terdekat ini.
Tindakan: Puan Nor Azimah
7.2 Karnival Bahasa
Program ini akan dijalankan pada bulan Mac dalam bentuk aktiviti dan
pertandingan. Penganjuran peringkat kebangsaan akan diadakan melalui
Kebitaraan Khazanah Lingua.
Tindakan : Puan Nor Azimah
7.3 Nilam
Program ini dijalankan sepenuhnya pada waktu PSS. Pembacaan murid
hendaklah direkodkan setiaap bulan dalam fail yang disediakan. Pengerusi
berharap agar guru–guru Bahasa Melayu menyerahkan fail kepada Pengerusi
atau En. Mohd Shazreen.
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
20
7.4 Bengkel Teknik Penandaan Kertas 2 Skor A
Pengerusi akan menjalankan Kursus Dalaman Penyemakan untuk semua guru Bahasa
Malaysia.
Tindakan: Puan Hjh Mazlah
7.5 Program Galus
Program ini dijalankan untuk murid yang telah dikenalpasti gagal dan masih lemah dalam
Bahasa Malaysia. Dijalankan pada hari Sabtu minggu 2 dan 4 jam 10.30 hingga 11.30
pagi.
7.5.1 Tahun 4 : Puan Amirah dan Pn.Elizawaty
7.5.2 Tahun 5 : Puan Rohana dan Pn. Adibah
7.5.3 Tahun 6 : Puan S. Ruzila dan Puan Rosemah
Tindakan : Guru berkenaan
7.6 Program Kad Audit Nilai Murni
Program ini dijalankan pada setiap hari Rabu dan Khamis. Tujuannya untuk melahirkan
murid yang berani di samping memantapkan lagi Bahagian C murid itu sendiri.
Tindakan : Semua guruBahasa Malaysia
8. AKTIVITI BAHASA MALAYSIA
8.1 Bengkel Pidato
Latihan dan pendedahan awal akan diberi dan murid yang berbakat akan
didedahkan dengan teknik berpidato dengan baik. Bengkel ini akan diadakan
pada bulan Julai mengikut takwim sekolah.
Tindakan : Encik Ariffin
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
21
8.2 Penulis Muda
Pengisian dan hasil karya murid akan dikumpulkan mengikut tema yang dipilih
setiap bulan. Bengkel penulisan kreatif akan dibuat dan murid akan diberi
peluang menyertai seberapa banyak pertandingan. Lawatan ke Dewan
Bahasa dan Pustaka serta Program Jalinan dengan Karangkraf akan
diadakan.
Tindakan : Puan Nor Azimah
8.3 Interaktif Maklumat
Pencarian maklumat menggunakan perpustakaan untuk murid Tahun 3 dan
pengawas pusat sumber sekolah di Perpustakaan Sekolah.
Tindakan : Puan Nor Azimahdan Puan Elizawaty
9. HAL-HAL LAIN
9.1 Encik Mohd Nasrun memaklumkan mengenai penggunaan buku aktiviti Tahun 3.
Murid yang cemerlang boleh diarahkan membuat latihan di rumah tetapi
murid yang lemah terpaksa dibimbing di kelas. Cadangan dari Encik Zulkifli,
setiap guru perlu menggunakan kreativiti masing-masing dan mengikut
kemahiran murid di kelas yang telah dikategorikan mengikut kumpulan.
Tindakan : Semua guruBahasa Malaysia
9.2 Semua guru boleh mula mendaftar nama murid untuk PLBS 2012 mulai
minggu ke-4 bulan Januari. Pendaftaran nama murid dibuat dalam komputer di Makmal
Komputer Sekolah.
Tindakan : Semua guruBahasa Malaysia
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
22
9.3 Penggunaan Modul A dan C akan diteruskan untuk murid Tahun 4 , 5 dan 6.
Pengerusi sudah mengubahsuai modul mengikut kesesuaian. Modul C untuk murid
Tahun 3 akan dibina pada bulan Februari mengikut permintaan Pn. Sarimah dan
dipersetujui oleh semua guru Bahasa Melayu Tahun 3.
9.4 Setiausaha mengedarkan borang maklumat guru dan jadual persendirian kepada semua
guru untuk diisi dan diletakan ke dalam fail. Borang yang telah lengkap hendaklah
dihantar kepada Puan Maimunah.
Tindakan : Semua guruBahasa Malaysia
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
........................................……… ……………………........................
(ELIZAWATY BINTI RAMLEE) (NOR AZIMAH BT MOHD ARSHAD)Setiausaha Ketua PanitiaPanitia Bahasa Malaysia Panitia Bahasa Malaysia
MAQ101 Bahasa Melayu dan Komunikasi
23
RUJUKAN
Abdullah Hassan, (1976), Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Nasional dalam MasyarakatMalaysia Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa, Oktober,hlm. 545-565.
______________(1983), Isu dan Masalah Standardisasi Bahasa Malaysia, dalam DewanBahasa, Mei, hlm. 323-339.
Ainon Muhammad, (1953), Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmidan Bahasa Kebangsaan, Seminar Bahasa Malaysia, di Universiti Malaya.
Harimurti Kridalaksana, (1978), Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa, Ende: Penerbit NusaIndah, Cetakan 2.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1997). Pedagodi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul /UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.
Halaman sesawang
www.aduanrakyat.com.my/perihal-premis-burung-walit
Permintaan jalan berturap di Kampung Tengah Lenggeng | Aduan ...27 Dis 2011 ... Saya salah seorang dari beberapa penduduk yang tinggal di sebuah ... Jalan kerumah kami hanyalah jalan tanah merah lebih kurang sepanjang 1 KM. ... suratpermohonan membina jalan, contoh surat aduan kepada ketua ..www.aduanrakyat.com.my/permintaan-jalan-berturap-di-kampung-tengah-lenggeng
top related