transformasi kurikulum dalam pendidikan awal kanak-kanak
Post on 25-Jul-2015
287 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TRANSFORMASI KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Nur Syairah Ayob
Adila Shuhada Ahyat
Asmawati Shaari
Noor Hayazi Hashim
Mohd Sanusi Yaacob
Jabatan Kemahiran Hidup
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
20 Oktober 2010
ABSTRAK
Di Malaysia, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak telah mengalami perubahan yang besar setelah kewujudan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Penulisan ini menerangkan maksud dan konsep transformasi atau perubahan dan bagaimana transformasi berlaku dalam konteks kurikulum pendidikan amnya dan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak khasnya. Beberapa pendapat dan pandangan dari tokoh/pengkaji transformasi kurikulum telah dihuraikan dengan terperinci. Huraian kaji selidik daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan perubahan transformasi pendidikan perkembangan awal kanak-kanak turut dimuatkan di dalam tugasan ini. Kesimpulannya, transformasi merupakan satu perubahan holistik yang mengambil kira keperluan-keperluan perubahan seperti pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lain-lain. Ia dapat membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan awal kanak-kanak seterusnya sistem pendidikan dalam Malaysia.
1
1.0 PENGENALAN
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak
pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru itu, pendidikan
awal kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang dan perkembangannya
berterusan sehingga ke hari ini. Pengetahuan berkaitan sejarah pendidikan awal
kanak-kanak dapat membantu pendidikan dalam melaksanakan amalan-amalan baik
dari sejarah lampau dan mengambil kira pandangan dari tokoh-tokoh kurikulum
lampau untuk menghasilkan pembelajaran bermakna (Mariatul Qatiah Zakaria,
2010). Maka perubahan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah dipengaruhi
oleh perubahan dalam kurikulumnya.
Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan
tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras
dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan
pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus
sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan
yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka
menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum
pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses
memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut (Kulanz Salleh,
2008).
Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum
pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan. Kini
setelah memasuki alaf baru di abad ke-21, masyarakat dunia telah melalui satu lagi
fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada
2
masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi
manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan
kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi
antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka
panjang (Iliyas Hashim, 2002).
Maka, dalam konteks transformasi kurikulum membawa maksud proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum
persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan
kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KPSK) & Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
3
2.0 DEFINISI
2.1 Transformasi
Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga, transformasi membawa maksud
perubahan bentuk sifat, rupa dan keadaan. Erti kata lain, ia transformasi
adalah mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan
kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia).
2.2 Kurikulum
Merujuk Kamus Dewan edisi Ketiga, kurikulum bermaksud isi kandungan
sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di
sekolah. Terdapat pelbagai pendapat definisi tentang kurikulum. Merujuk
dalam kajian Micheal Anak Ringgit (2007), menurut Tyler (1949) menyatakan
kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan manakala Taba (1962),
kurikulum adalah suatu pelan pembelajaran. Merujuk Stenhouse (1975) pula
kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran dan
Tanner & Tanner (1975) pula kurikulum adalah pengalaman pembelajaran
dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing (Micheal Anak Ringgit,
2007).
Manakala Hirst (1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007),
menyatakan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru
untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancang.
Manakala David Warwick mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang
ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuai dengan keperluan-keperluan
4
psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-
keperluan budaya semasa (Rohani Abdullah et al., 2003).
2.3 Pendidikan Awal Kanak-kanak
Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-
kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘The National
Assocition for The Education of Young Children’ (NAEYC) atau Pertubuhan
Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-
kanak merujuk kepada segalan program pendidikan yang memberi layanan,
asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan
tahun (Zulkiply Yaakob, 2009).
2.4 Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6
tahun. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-
kanak dalam semua aspek perkembangan. Menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah
(Sanaleh Daud, 2009).
5
3.0 KONSEP
3.1 Konsep Transformasi
Transformasi merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu
dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah
berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih
sempurna (Kulanz Salleh, 2008). Justeru itu, transformasi juga boleh disebut
sebagai satu bentuk perubahan. Menurut Abdul Rahman Yakub (1970) dalam
Wan Harun Wan Yaacob (2008) menyatakan bahawa berubah dan
berkembang dengan peredaran zaman dan tidak menjadi statik dalam
sesuatu masa .
Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan.
Mengikut Mazlan Ismail, (2006) dalam keadaan biasa perubahan
diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk
menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam
Aini Hayati Mohamed (2001), mentakrifkan perubahan sebagai proses
transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun
tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur
organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia. Keadaan yang
sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan bertukar kepada
bentuk situasi yang baru.
Kulanz Salleh (2008) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk
peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang
lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat.
6
Perubahan ini mungkin berlaku dari beberapa aspek seperti perubahan
falsafah, arah haluan, gerak tuju dan sistem. Manakala menurut Norzilawati
Abdul Halim (2004), dalam permintaan global pada masa kini perubahan
dalam bidang pendidikan diperlukan bagi memastikan ia bersesuaian dengan
keperluan semasa supaya selaras pada peringkat antarabangsa. Di samping
itu menjamin mutu pendidikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju
ia juga memenuhi keperluan pendidikan negara serta perkembangan dalam
kurikulum pendidikan.
3.2 Konsep Kurikulum
Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing
serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik
dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman, di bawah naungan
sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan sosial peribadi
secara berterusan dan bersungguh-sungguh (Azizi Ahmad, 2007).
Maka kurikulum boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang
bertujuan untuk memberi impak pendidikan kepada pelajar disekolah. Di
mana, rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah
lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen yang mengandungi
pelaksanaannya di dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan
dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana
pembelajaran yang turut mempengaruhi semua yang dipelajari (Azizi
Ahmad, 2007).
Menurut Hargreaves (1987) dalam Hansen et al., 2002 merujuk
dalam (Rohani Abdullah et al., 2003) kurikulum juga ditakrifkan sebagai
7
pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal. Di mana, pelajaran
yang formal termasuklah kurikulum yang dirancang dan dihasratkan
matlamat, kurikulum yang dilaksanakan berkaitan bagaimana guru
menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amanlan, aktiviti dan
susunan dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang
murid sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran
yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan
secara tidak langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa,
pujian dan manusia.
Maka secara ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat
luas dan merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan
pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada
secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman
dan impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping
mempengaruhi masa depan pelajar (Kulanz Salleh, 2008).
3.3 Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua
peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama
ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kana-kanak yang bawah
umur 4 tahun. Manakala peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90% perkembangan
otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun.
8
Ini merujuk kepada perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria
motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob,
2009).
3.4 Konsep Kurikulum Prasekolah
Kurikulum Prasekolah merupakan kombinasi perancangan, objektif,
pengalaman dan bahan pengajaran. Bagaimanapun, kurikulum menjadi isu
kontroversi dari semasa ke semasa dalam asuhan dan pendidikan kanak-
kanak. Menurut Saayah Abu (2007), antara persoalan yang timbul semasa
merangka kurikulum kanak-kanak adalah:
Kurikulum itu berdasarkan sifat semulajadi kanak-kanak.
Aktiviti permainan diberi penekanan.
Memberi persediaan awal bagi pendidikan formal.
Oleh yang demikian, kurikulum prasekolah boleh didefinisikan sebagai
suatu urutan pengalaman dan pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan secara terancang atau tidak terancang di dalam atau di luar
biliki darjah. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak menurut Micheal
Anak Ringgit (2007), kurikulum dapat dihuraikan dengan lima jenis definisi
iaitu:
Kurikulum sebagai aktiviti atau pengalaman yang sedang berlaku
dalam kalangan kanak-kanak.
Kurikulum sebagai segala pengalaman kanak-kanak yang
dirancang dan dikemukakan kepada prasekolah.
9
Kurikulum sebagai rancangan pengajaran iaitu menyediakan
kesempatan pembelajaran kepada kanak-kanak bagi mencapai
objektif yang spesifik dan pelbagai jenis tujuan menyeluruh.
Kurikulum sebagai isi kandungan mata pelajaran iaitu dokumen
bertulis yang melakarkan isi kandungan yang akan diajar dan cara
susunan penyampaian isi.
Kurikulum sebagai program iaitu perancangan yang mengandungi
matlamat, objektif, kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan
penilaian.
4.0 KONSEP TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM
Istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah
kepada yang lebih baik buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum
membawa erti yang umum dan tidak khusus (Razali Arof, 1991). Selain itu, menurut
Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasi
dan perubahan kurikulum merujuk kepada usaha untuk mengubah dan
menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut
kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan.
Menurut Razali Arof (1991), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perubahan kurikulum. Faktor utama ialah falsafah pendidikan negara yang
memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah
negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti
berikut :
10
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara " (PPK, 1988)
Seterusnya ialah faktor kehendak masyarakat. Kurikulum digubal dan
dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga
menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.
Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat
terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam
masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.
Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan :
" It is not an easy task to establish what demands society makes on education and
what contribution education can or should make to culture, especially in a complex
society in which vast and rapid changes are occuring."
Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan
matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana.
Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap
ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat
pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza (Rohani Mohd Amin, 2001).
11
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran
asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup
masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk
menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam
perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang
melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih
sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan
dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini
bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan
dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara
menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid
serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan
perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan
semasa membentuk kurikulum tersebut.
Oleh itu kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-
kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut
dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-
sekolah dengan berkesan.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota
masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-
12
murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka
tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.
Faktor ketiga ialah faktor politik. Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya
"Curriculum Planning” menyatakan :
"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with
people and their various power bases and their views of what makes for good
education"
Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to
Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan
sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum
dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara
itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan
pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab
menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.
Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran
hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik
daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan
rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar
Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah ( Suffean Hussin, 2004).
Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961
menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan
penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti
13
yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh
membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang
disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem
pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.
Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara
dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak
seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut
peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hilda Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the
institutions of our society, but man itself "
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah
membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh
itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata
pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang
mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini (Ee Ah Meng,
1995).
Faktor perubahan sosial juga menjadi peranan perubahan kurikulum di
Negara kita. Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih
kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di
sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.
Merujuk kepada penulis Dewan Budaya, artikel yang bertajuk : Hasil
Pemodenan Atau Kejutan Budaya, dewasa ini masalah keruntuhan moral dan
14
jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah
dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan
bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol
dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan
menghalang pembangunan Negara ( Abdul Rahim Abdul Rashid, 1998).
Menurut Kamaruddin Husin (1949) dalam Mohammad Nor (1990)
menyatakan bahawa negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang
bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar
dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan
arus pembangunan.
Menurut Razali Arof (1991), mendapati bahawa dalam bidang literature
terdapat sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah
perubahan bercorak homeostatik, perubahan perkembangan, perubahan
neomobilistik dan perubahan metamorphistik.
Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan
elemen-elemen pembaharuan yang bermakna (Razali Arof, 1991). Perubahan yang
dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja. Contohnya
ialah guru besar B menggantikan guru besar A disebabkan guru besar A telah
bersara.
Perubahan perkembangan pula bermaksud wujudnya unsur atau elemen
perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak
15
pembaharuan kepada yang lama dalam konteks bentuk kurikulum. Ini bermakna ciri-
ciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah
mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan (Razali
Arof, 1991). Contohnya perubahan dalam beberapa objektif kurikulum tersebut
disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenalpasti objektif-
objektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat.
Perubahan neomobilistik wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti
perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian,
idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau
dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Contohnya adalah seperti penemuan
bulan yang baru bagi sesebuah planet dan penemuan rangka manusia yang
mengubah pandangan sejarah.
Jenis perubahan metamorphistik wujud disebabkan oleh kemasukan idea-
idea baru atau pengenalan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan ini
membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga
sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu
terpaksa ditukar (Razali Arof, 1991). Contohnya pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna kurikulum yang sedia ada perlu diubah supaya
penegasan kepada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dapat
menggantikan Bahasa Malaysia (Taib Osman, 1998).
16
5.0 PANDANGAN TOKOH/PENGKAJI BERKAITAN TRANSFORMASI
KURIKULUM
Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan
keperluan dan tuntutan semasa. Ini bagi memastikan para pelajar disekolah dapat
diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan menghadapi masa hadapan
mereka yang semakin mencabar. Di samping itu, faktor persekitaran sosial, ekonomi
dan politik yang semakin kompleks memainkan peranan penting yang mendorong
kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya kurikulum itu sendiri
relevan dengan keperluan. Tekanan globalisasi, perubahan citarasa masyarakat,
budaya,politik dan ekonomi adalah antara beberapa faktor dominan yang dikenal
pasti. Sesuatu perubahan terhadap kurikulum juga mencetuskan pelbagai
pandangan dan polimek daripada perkembangan kurikulum itu sendiri (Sufean et al.,
2005).
Schwab (1970), mempunyai pandangan yang agak konservatif berkaitan
perubahan kurikulum. Beliau berpendapat, walaupun terdapat pelbagai ramalan dan
jangkaan terhadap kurikulum pada masa hadapan, namun bagi beliau, reka bentuk
kurikulum akan terus berkisar kepada empat elemen penting iaitu pelajar, guru,
kandungan subjek dan juga konteks. Dalam erti kata lain, kurikulum sekolah tidak
terkeluar daripada empat elemen berkenaan yang menjadi landasan, walau apa
bentuk perubahan yang akan dilakukan terhadap sesuatu kurikulum itu sendiri.
(Sufean et al., 2005).
Sclectly (1990), pula mencadangkan, perancang perubahan kurikulum perlu
menyediakan rekabentuk (design) yang bersesuaian bagi menghadapi millennium
baru kerana keperluan semasa akan menyaksikan era di mana manusia akan
17
menempuh zaman knowledge workers yang melibatkan mental work dan bukannya
physical work sebagaimana yang berlaku masa kini. Ini pernah diungkapkan oleh
seorang tokoh guturistik, John Naisbitt (1982), yang menyebut bahawa pada masa
hadapan, dunia perindustrian akan tersingkir akibat ledakan teknologi maklumat
yang begitu pantas dan merata. Justeru itu, institusi pendidikan perlu melengkapkan
pelajar dengan kemahiran bersesuaian bagi menghadapi cabaran era tersebut.
(Sufean et al., (2005).
Hassan Langgulung (1922) berpendapat bahawa idea-idea mengenai hala
tuju kurikulum mestilah mempunyai asas yang kukuh, pandangan yang sepadu dan
tanggapan yang menyeluruh sifatnya. Dalam konteks ini, beliau mengutarakan
beberapa kerangka yang berikut :
i. Asas sejarah yang memberi perspektif pengalaman lampau yang
mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan
anspirasi.
ii. Asas sosial yang memberi perspektif pengalaman lampau yang
mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan
anspirasi.
iii. Asas sosial yang memberi perspektif budaya di mana kurikulum itu
akan bertitik tolak, dan seterusnya mengembangkan.
iv. Asas ekonomi yang memberi perspektif tenaga manusia dan
kewangan dan persiapan bagi menguasai sumber serta mengatur
belanjawannya.
18
v. Asas politik yang memberi perspektif ideologi dari mana kurikulum
pendidikan itu akan bertitik tolak bagi mencapai tujuan yang dicita-
citakan.
vi. Asas pentadbiran yang memberi perspektif system dan undang-
undang, peraturan dan dasar yang memberi arah kepada proses
pelaksanaan.
vii. Asas psikologi yang memberi perspektif tentang pengajaran dan
pembelajaran meliputi cara yang terbaik dalam amalan dan
pelaksanaan, penilaian dan pengukuran.
Menurut Sufean et al. (2005), Tyler (1949) yang dianggap sebagai ‘pelopor’
dalam teori kurikulum berasaskan sekolah melalui bukunya yang masyur Basic
Principles of Curriculum and Instruction menggariskan bahawa sebarang
perancangan kurikulum haruslah menjawab empat persoalan yang dikenali sebagai
Rasional Tyler iaitu :
i. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah?
ii. Apakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dapat disediakan
di sekolah bagi mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan?
iii. Bagaimanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran dapat
dikendalikan dengan berkesan?
iv. Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat-matlamat pendidikan
telah dapat dicapai?
19
Dalam erti kata lain, Tyler merumuskan bahawa keperluan kepada perubahan
kurikulum yang hendak dirancang di sekolah seharusnya tidak terkeluar daripada
menjawab empat persoalan iaitu dari segi penentuan matlamat dan objektif,
pemilihan kandungan, penentuan strategi pelaksanaan dan penilaian. Bagi
memenuhi keempat-empat persoalan tersebut, Tyler mencadangkan agar
perubahan kurikulum perlu mengambil kira kajian terhadap pelajar sebagai sumber
penentuan matlamat dan objektif kurikulum, kesedaran masyarakat luar sekolah, di
mana pelajar itu berada dan cadangan-cadangan daripada pakar sesuatu subjek.
Bagi menghasilkan rekabentuk kurikulum perlu ‘melepasi penapisan’ dua aspek
utama juga perlu diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya iaitu aspek falsafah
dan psikologi pembelajaran (Sufean et al., 2005).
Taba (1962), pula prihatin mengenai peri pentingnya perancang kurikulum
melakukan ‘diagnosis keperluan’ sebagai langkah awal bagi merancang sesuatu
perubahan kurikulum. Proses tersebut adalah bagi mengenal pasti apakah
keperluan yang sepatutnya dipenuhi sama ada di pihak pelajar, guru, masyarakat,
persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan penggunaan media, jangkaan
masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan kurikulum, nilai, falsafah
dan sebagainya (Sufean et al., 2005)
Morris (1988) dalam Sufean Hussin (2005), berpendapat terdapat beberapa
faktor yang memberikan impak terhadap keberkesanan pelaksanaan perubahan
kurikulum termasuk faktor intrinsik dan faktor kos. Faktor instriksik merujuk kepada
aspek dalaman yang berkaitan dengan perubahan seperti aspek kualiti, kesahan,
kebolehcapaian, ketepatan dan keboleh-laksanaan. Faktor kos termasuk kos untuk
memulakan perubahan dan bagi penerusannya. Aspek lain pula adalah berkaitan
penyenggaraan program, proses pengembangan, model rintis, penyediaan latihan
20
untuk kakitangan, penyediaan bahan kurikulum, penyediaan kelengkapan makmal
dan penyediaan peralatan teknologi. Perubahan yang melibatkan kos yang tinggi
berkemunkinan memaksa guru untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi
menjayakannya, akan menjadi faktor yang akan menjejaskan kelancaran proses
pelaksanaannya.
Havelock (1987) dalam Yusop Hashim (1995), telah mengutarakan beberapa
idea bagaimana sesuatu perubahan atau inovasi dapat diterima dan dilaksanakan
guru dengan berkesan. Faktor utama adalah ciri inovasi dan perubahan itu sendiri.
Sekiranya perubahan itu mempunyai beberapa kelebihan, serasi dengan guru dan
tidak menimbulkan kerumitan, ianya agak mudah diterima. Faktor kedua mengenai
darjah kerumitan sesuatu perubahan. Dalam erti kata lain, penerimaan guru-guru
adalah dipengaruhi oleh sejauh mana perubahan atau inovasi itu dapat difahami dan
diaplikasikan. Faktor ketiga menyentuh perubahan itu mudah untuk dicuba. Sejauh
mana perubahan itu mudah untuk dicuba, sama ada secara terhad atau
berperingkat-peringkat oleh guru akan menarik minat dan memberikan keyakinan
kepada guru dan pelajar untuk melaksanakannya.
Watson (1967) dalam Sufian Hussin (2005) telah mencadangkan beberapa
langkah bagi mengatasi beberapa halangan dan mengurangkan kekangan di
sekolah. Antara cadangan Watson adalah guru-guru perlu dipujuk supaya mereka
dapat melibatkan diri dengan aktif. Pada masa yang sama pihak pentadbiran
sekolah juga perlu membuat analisis terhadap faktor yang menghalang pelaksanaan
perubahan yang berkesan disekolah.
Hargreaves (1994) dalam Sufian Hussin (2005), mencadangkan guru-guru
yang kurang berminat menerima dan melaksanakan perubahan perlu diberikan
21
keyakinan, meningkatkan tahap motivasi, memberi mereka kesedaran dan
seterusnya memberikan peluang dan kepercayaan dengan tanggungjawab yang
lebih mencabar disekolah. Setiap guru perlu menyedari peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai pemangkin perubahan, sekurang-kurangnya dalam kelas semasa
menjalankan pengajaran. Setiap guru juga perlu sama berpadu dalam bentuk
tindakan dan sikap bagi menjana institusi pendidikan yang berwibawa dalam rangka
tugas mereka sebagai pendidik bertanggungjawab, beramanah dan berwibawa.
6.0 SEJARAH PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
Bermula zaman sebelum merdeka (1940), pendidikan awal kanak-kanak mula
diperkenalkan oleh Missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruh Bristish
dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan kanak-kanak daripada golongan
berada sahaja hanya mendapat pendidikan awal ketika itu. Selepas itu, pada tahun
1969 iaitu zaman selepas merdeka, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang
kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia bagi mendirikan pusat pendidikan bagi
kanak-kanak yang mirip kepada projek ‘Head Start’ di Amerika Syarikat. Tadika ini
telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kg. Muniady, Kg. Manggis dan Kg.
Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang miskin dari
keturunan Melayu, Cina dan India (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pada tahun 1970, perkembangan pesat pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia mula mengorak langkah dengan memulakan projek rintis sebanyak 13
buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Pada ketika itu, ia lebih
22
dikenali dengan Kindergarten atau Tadika dan Sekolah Asuhan yang dilaksanakan
secara lebih teratur dan hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS,
NGO’s dan pihak swasta. Berdasarkan perkara tersebut, Kementerian Pelajaran
telah menggubal satu Kaedah-kaedah Guru/Kaedah-kaedah (Kindergarten dan
Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972 Warta Kerajaan P.U (A) 414 untuk
menyatakan prosuder yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan
ahli-ahli lembaga pengelolanya. Ini bagi memastikan badan-badan yang
mengendalikan prasekolah mendapat panduan dan bimbingan daripada
Kementerian Pelajaran (Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line]
Diperoleh pada September, 13, 2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net)
Merujuk Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989), KEMAS
(Kemajuan Masyarakat) telah membuka 10 buah Tabika di kawasan luar bandar
untuk membantu rakyat yang miskin. Kemas juga telah membuka Taman Asuhan
Kanak-kanak (TASKA) selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar.
Di mana, program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar,
bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
Seterusnya, penubuhan pendidikan awal bagi kanak-kanak iaitu prasekolah
oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun
1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan
Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.
Pada tahun yang sama juga, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih
seramai 137 orang guru sekolah rendah dan guru KEMAS dalam pendidikan
prasekolah untuk mengajar di prasekola (Zulkiply Yaakob, 2009).
23
Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru
Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan mendapatkan khidmat nasihat
daripada Universiti Malaya. Pada Disember 1991, Jemaah Menteri telah
bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan
pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat
untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat
di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan
prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan
prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk
program peluasan prasekolah. (Zulkiply Yaakob, 2009)
Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum
prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program
rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002
bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Zulkiply Yaakob, 2009).
7.0 TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik
dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan (Kurikulum Transformasi
Prasekolah dan Sekolah Rendah). Berdasarkan perkara tersebut, terdapat 3
perubahan besar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia iaitu:
24
1. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
2. Kurikulum Permata
3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
7.1 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum prasekolah kebangsaan digubal berlandaskan rukun negara,
falsafah pendidikan kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak.
Kurikulum prasekolah kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang
perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua prasekolah di seluruh negara.
Kurikulum ini digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan
pada tahun 1973 hingga 1983. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak,
kurikulum digubal dengan tujuan untuk memupuk pontensi kanak-kanak
secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan
kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral,
pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan
untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah
rendah (Micheal Anak Ringgit, 2007).
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan
berterusan. Maka penambahbaikan program prasekolah telah membentuk
perkembangan sistem pendidikannya yang tersendiri bertujuan memberi arah
tuju kepada perkembangan kanak-kanak dengan melahirkan modal insan
cemerlang kelak (Wan Harun Wan Yaacob, 2008). Berikut merupakan
25
program penambahbaikan bagi program prasekolah dalam merujuk kepada
Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah.
1. Tahun 1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia
2. Tahun 1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah
Malaysia
3. Tahun 2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
4. Tahun 2010/2011 – Kurikulum Transformasi Prasekolah
7.2 Kurikulum PERMATA
Pencetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-
Kanak PERMATA adalah daripada Datin Paduka Seri Rosmah dan dibentuk
oleh 25 individu professional dalam bidang, kepakaran dan latar belakang
antaranya pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan penyelidikan
secara sukarela. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula diberi
tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik
pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di
Pusat Anak PERMATA NEGARA.
Keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program
pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada.
Diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre,
Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui
26
eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA
Negara.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan
mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep
asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi
penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan
minda kanak-kanak Malaysia.
Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda
kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui
aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan
menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik kasih sayang dan
belaian, interaksi dan komunikasi, pemikiran dan bacaan, memberi kuasa
kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorrong
kebolehan dan potensi kanak-kanak, belajar melalui bermain, serta
menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan.
7.3 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep
kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Menurut sumber daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), rekabentuk Kurikulum Standard
27
Prasekolah Kebangsaan adalah bercirikan kurikulum berasaskan standard
dan kurikulum berbentuk modular.
Kurikulum berasaskan standard adalah bertujuan ekuiti dan kualiti. Di
mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti
merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang
patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator
pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk
memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum berbentuk modular pula merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas yang terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT),
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2. Modul Bertema iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur
dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif.
(modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak).
28
8.0 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LUAR NEGARA
8.1 Pendidikan Awal Kanak-kanak di Eropah
Pada penghujung Dunia kedua, seorang guru bernama Loris Malaguzzi
dengan bantuan beberapa orang guru lain dan ibu bapa telah membentuk
satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan
hingga 6 bulan. Sekolah ini berasaskan prinsip Sosio-Konstructivis seperti
Dewey, Montessori dan Vygotsky. Pada tahun 1919 Bank Street diasaskan
pada 1916 oleh Lucy Sprague Mitchell. Sekolah itu direkabentuk untuk kanak-
kanak belajar dan perencanaan mengajar amalan untuk memelihara
pertumbuhan dan pembangunan. Mereka melihat pertumbuhan kanak-kanak
dari aspek fizik, sosial, emosional, dan estetik serta intelektual. Antara prinsip-
prinsipnya ialah menawan giat dengan persekitaran adalah penting untuk
motivasi manusia. Antara ciri-ciri program ialah anak-anak bebas
menjalankan sesuatu kerja,bergerak dan bercakap. Anak-anak bertindak
balas terhadap fungsi persekitaran bertulis label-label, mesej-mesej, carta-
carta kerja, dan isyarat-isyarat lain ( Ishak Ramly,2003).
8.2 Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat
Mewujudkan sebuah program yang dinamakan Head Start pada tahun 1965
bertujuan membantu golongan miskin. Merupakan sebuah program United
States Department Health dan Human Services yang menyediakan
pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan perkhidmatan
penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan
29
keluarga-keluarga mereka. Projek ini telah direka bentuk untuk membantu
golongan miskin dengan menyediakan kanak-kanak prasekolah dari keluarga
berpendapatan rendah dengan sebuah program yang akan berasaskan
kesihatan yang emosional, sosial, pemakanan dan keperluan psikologi.
Antara program Head Start ialah Early Head Start iaitu memperkenalkan
tentang kesihatan bayo baru lahir, kenalkan kesihatan keluarga dan
fungsinya, kuatkan pembangunan bayi. Migrant And Seasonal Program
Branch pula ia mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak
berumur antara tiga hingga lima tahun. Manakala American Indian –Alaska
Native Program Branch pula dikhususkan untuk Orang India Amerika dan
kanak-kanak Alaska Native di mana disediakan perkhidmatan seperti
penjagaan kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan,pemakanan
serta perkhidmatan lain bagu meningkatkan kesediaan kanak-kanak untuk
kesekolah (Alice Butler et.al., 2004)
Pada tahun 1960 satu lagi transformasi di dalam sistem pendidikan
telah dibangunkan iaitu High Scope. Ianya merupakan satu kaedah falsafah
pendidikan bagi prasekolah,tadika atau sekolah rendah berdasarkan idea-
idea dari Jean Piaget. Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat
secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka “belajar dengan
melakukan”, sering bekerja dengan memberi bahan-bahan dan melaksanakan
sesuatu mengikut pilihan sendiri. Di dalam satu sekolah High Scope kawasan
untuk setiap aktiviti seperi bermain, seni, menulis, permainan dramatik dan
sebagainya hendaklah berbeza. Antara kandungan kurikulumnya adalah
pendekatan terhadap pembelajaran seperti bahasa, mengenali huruf dan
sebagainya (Alice Butler et al., 2004).
30
8.3 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Asia Foundation
Sejak 1954, Asia Foundation telah menunjukkan satu usaha untuk
meningkatkan kualiti pengajian di Asia. Antaranya ialah persediaan awal yang
telah disediakan adalah untuk memajukan pihak university yang utama di
Asia, termasuk Chinese Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans
Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti di Korea, perpustakaan
dan pembangunan kurikulum, peruntukan peralatan yang diperlukan dan
biasiswa untuk pelajar. Sumbangan Asia Foundation telah mempelopori
program-program untuk meningkatkan pendidikan budak-budak perempuan
melalui biasiswa dan program-program lain untuk meningkatkan insentif
kepada keluarga untuk memastikan anak-anak gadis mereka di sekolah
(Kimberly Gould Ashizawa, 2006).
Asia Foundation mempunyai satu sejarah panjang menyokong
pembangunan sekolah-sekolah lebih baik dan perubahan kerikulum dalam
Asia, terutama dalam kawasan-kawasan lebih banyak Islam Asia Tenggara.
Pertengahan 1980 hampir 80 peratus pondok telah menerima bantuan
sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerajaan Thailand. Sepanjang 50
tahun sejarah, Asia Foundation telah mengambil sendiri bertemu pelbagai
keperluan untuk pengajaran profesional di Asia. Dalam 1980-an, The Asia
Foundation menyediakan sokongan untuk universiti seluruh Thailand untuk
membangunkan mahasiswa yang kedua-dua kurikulum perniagaan dan
program-program MBA. Asia Foundation juga mempunyai satu sejarah
panjang membangun program-program latihan bahasa Inggeris yang telah
membuktikan amat penting untuk pembangunan ekonomi dan kapasiti
penyelidikan skor bagi Negara Asia. Asia Foundation menyokong penciptaan
31
Bahasa Inggeris pertama makmal untuk Universiti East Timor yang
merupakan Negara merdeka terbaru (Kimberly Gould Ashizawa, 2006).
9.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Dalam kajian Micheal Anak Ringgit (2007), beliau secara ringkasnya dapat
diterangkan bahawa pendekatan yang digunakan dalam pembentukan kurikulum
prasekolah “daripada dapatan kajian-kajian lepas membuktikan pembentukan
kurikulum prasekolah berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika kementerian dapat
menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk guru melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran”.
Justeru itu, transformasi kurikulum prasekolah hendaklah disusun dengan
penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang relevan dan proaktif supaya
dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk sesuatu
kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah
yang dikehendaki perancangan yang teliti dan tepat bagi menjamin perkembangan
individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku kesimbangan
sewajarnya.
Manakala dalam kajian Wan Harun Wan Yaacob (2008), menyatakan,
perubahan kurikulum prasekolah dirangka agar lebih relevan dengan perkembangan
semasa, agar pendidikan prasekolah di Malaysia selaras dengan pendidikan
antarabangsa. Perubahan ini berlaku bagi memenuhi tuntutan masyarakat terhadap
keperluan pendidikan prasekolah terutama ibu-bapa dalam memastikan pendidikan
awal bagi anak-anak mereka.
32
Berdasarkan kajian beliau, kajian-kajian lepas yang dirujuk, “sistem
pendidikan prasekolah mahupun kurikulum tidak boleh menjadi statik dalam sesuatu
masa tetapi ianya mesti berubah dan berkembang dengan peredaran zaman”. Maka,
mutu pendidikan prasekolah bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang
dirangka dan disediakan.
Manakala dalam kajian Jusni Nasirun (1995), dalam Wawasan 2020
bermatlamatkan peningkatan berlandaskan produktiviti yang hanya boleh
direalisasikan dengan kumpulan tenaga kerja yang celik teknologi dan berkebolehan
berfikir kritikal bagi bersaing dengan ekonomi global pada abad ke-21. Oleh kerana
itulah, sekolah-sekolah bestari yang berbantukan teknologi dibina. Daripada itu,
berlakulah proses transformasi pendidikan dalam perubahan proses pengajaran dan
pembelajaran berlandaskan teknologi terkini setanding peringkat antarabangsa.
Dengan adanya teknologi informasi, sekolah-sekolah tradisional di transformasi
menjadi sekolah-sekolah bestari. Ianya membenarkan pengurusan serta
pengawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan adanya
sekolah PERMATA, ia merupakan salah satu tranformasi kurikulum yang diwujudkan
oleh kementerian khusus untuk kanak-kanak.
10.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa tranformasi merupakan satu
perubahan holistik yang mengambil kira keperluan-keperluan perubahan seperti
pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lain-lain seterusnya dapat
membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan awal kanak-kanak seterusnya
sistem pendidikan dalam Malaysia. Dapat dilihat, sejak awal kewujudan sistem
33
pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai
transformasi atau perubahan bagi mempertingkatkan modal insan atau generasi
muda Malaysia supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak turut mengalami perubahan besar seperti Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
34
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahim Abdul Rashid (1998). Hasil Pemodenan Atau Kejutan Budaya. Artikel
Dewan Budaya, M/s 22-23.
Aini Hayati Mohamed (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Alice Butter, Melinda Gish dan Marnie S. Shaul (2004). Head Start.
Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan. Jabatan Ilmu
Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.
Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti.
Hassan Langgulung, (1992). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Iliyas Haji Hashim (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan
Kurikulum Sekolah Abad Ke-21 : Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti
Malaysia Sabah : Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.
Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Novinka Books : Universiti Sains
Malaysia.
Kamaruddin Hj. Husin (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan
Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
35
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan : Dokumen Standard Prasekolah.
Kimberly Gould Ashizawa (2006). “The Evolvong Role of American Foundations.
New York : Japan Center for International Exchange.
Mariatul Qatiah Zakaria (2010). Artikel Pendidikan : Program Pendidikan Awal
Berkualiti Kanak-kanak. Utusan Malaysia pada : 18 Mac 2010.
Mazlan Ismail (2006). Pengurusan Perubahan Kurikulum : Kajian kes di dua Buah
Sekolah Menengah Daerah Rompin. Tesis Fakulti Pendidikan : Universiti
Malaya.
Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan
Kurikulum Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Nor (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Flo
Enterprise.
Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Pustaka.
Mohd. Daud Hamzah (1995). Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Pustaka.
36
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan
Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Norzilawati Abdul Halim (2004). Artikel Pendidikan : Sistem Pendidikan Perlu Selari
Kehendak Global. Berita Harian pada : 5 Oktober 2004.
Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13,
2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net)
Razali Arof (1991). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn.
Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Rohani Mohd Amin (2001). Pengaruh Persekitaran Dalam Pembelajaran. Tesis
Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia
Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah. Petaling
Jaya : Fajar Bakti
Saayah Abu (2007). Menjadi Guru Tabika. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Sanaleh Daud (2009). Sektor Pengurusan Akademik : Prasekolah. Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah.
37
Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md.
Som dan Alina Ranee (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan
Pendidikan. Universiti Malaya.
T. Subahan Mohd Merah dan Zahara Aziz (2007). Kurikulum dan Pedagogi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York : Harcourt,
Brace and World.
Taib Osman (1998). Bahasa Kebangsaan Dan Masa Depan Bangsa Dan Negara.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Transformasi Pendidikan Bermula (2010). Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia
pada: 12 Jun 2010.
Wan Harun Wan Yaacob (2008). Perkembangan dan Perubahan Kurikulum
Pendidikan Prasekolah. Universiti Sains Malaysia.
Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio :
Merrill Publishing Company.
Yusop Hashim (1995). Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan : Journal
Pendidik. 13, pp. 72 – 82.
Zulkiply Yaakob (2009). Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak. Fakulti Pendidikan :
IPG Kampus Tun Hussein Onn.
38
top related