tesis full.docx
Post on 12-Jan-2016
86 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Pendidikan matematik adalah salah satu bidang yang melatih minda kita berfikir secara
logik dan bersistem. Ini selaras dengan matlamat pendiddikan matematik iaitu untuk
memperkembangkan pemikiran mantek,analitis,bersistem dan kritis, berkemahiran penyelesaian
masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat
berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000)
Pada masa kini, matematik merupakan salah satu domain utama dan digunakan secara
luas oleh semua lapisan masyarakat.Segala aktiviti kehidupan kita berkait rapat dengan
matematik.Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa matematik adalah pengiraan
sahaja, tetapi pada masa kini peranaan yang dimainkan oleh matematik meliputi pelbagai jenis
aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi ( Noraini Idris,
2005 ).
Walaupun penggunaan matematik sudah dibangunkan dalam aspek kehidupan, isu yang
membincangkan tentang masalah matematik di sekolah semakin hari semakin bertambah.
Terutamanya keputusan pencapaian murid kita dalam mata pelajaran matematik. Murid-murid
kita menghadapi pelbagai kesukaran dalam menguasai pengetahuan matematik.
Pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini adalah pihak guru. Guru
perlu mengambil pelbagai langkah untuk memastikan murid-murid menguasai penuh setiap
kemahiran yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru perlu menggunakan pendekatan
yang berlainan, kaedah-kaedah yang mudah dalam menyampaikan pengajaran untuk
memastikan semua lapisan murid dapat menguasainya.
1.1 Latar Belakang Kajian.
1
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Tajuk pecahan adalah salah satu tajuk penting dalam mata pelajaran matematik. Pecahan
diajar selepas murid menguasai keempat-empat operasi asas. Pecahan ditakrifkan sebagai
nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Pada
permulaan tajuk pecahan murid akan diajar fakta asas pecahan diikuti dengan operasi asas dalam
pecahan. Kebanyakan murid akan menghadapi kesukaran apabila mempelajari operasi asas
dalam pecahan. Itu adalah salah satu cabaran kepada guru untuk menyampaikan pengajaran
dengan cara yang mudah dan efektif supaya semua murid dapat menguasai kemahiran yang
diajar. Laporan Prestasi Matematik UPSR 2014 juga menunjukkan pelajar sekolah rendah masih
tidak dapat menguasai konsep asas pecahan (Lembaga –Peperiksaan, 2014 ) .
Dalam semua aktiviti harian yang kita ikuti, matematik turut mengikuti kita. Matematik
sangat penting dalam kehidupan manusia seharian. Dalam matematik murid – murid diajar
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama dan penambahan dua pecahan
wajar dengan penyebut yang berbeza. Mengapa penambahan dua pecahan wajar dengan
penyebut yang sama dan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza
menjadi punca kemahiran dalam sesuatu topik matematik. Ini kerana penambahan dua pecahan
wajar dengan penyebut yang sama dan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam
pembelajaran matematik.
Kemahiran yang pengkaji mengajar kepada murid tahun 4 adalah menama dan menulis
pecahan wajar dengan penyebut hingga 10, menyatakan pecahan setara untuk pecahan wajar,
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama dan penambahan dua pecahan
wajar dengan penyebut yang berbeza (Curriculum Development Centre, 2004). Pengkaji telah
mengaplikasikan kaedah penyampaian pengajaran dari konkrit ke abstrak, iaitu terlebih dahulu,
pengkaji telah menerangkan konsep penambahan pecahan wajar melalui bantuan model jalur
kertas dan seterusnya menerangkanya dengan mengunakan algoritma. Pengkaji juga telah
merujuk kepada buku panduan guru dan buku teks murid untuk merancang pengajaran.
Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini dilakukan mengkaji dan mencungkil
pemahaman konsep penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza yang
2
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________dimiliki oleh pelajar. Tidak dinafikan terdapat banyak kajian tentang masalah penguasaan
konsep pecahan telah dibuat sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia tetapi kesemua kajian
hanya tertumpu kepada sesuatu kumpulan umur tertentu sahaja. Oleh itu, satu kajian yang
merentasi umur wajar dijalankan untuk melihat perbezaan atau persamaan konsep penambahan
dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza perlu diadakan.
1.2 Pernyataan Masalah.
Pengkaji telah mengajar murid melakukan operasi penambahan dua pecahan wajar
dengan penyebut yang berbeza dengan bantuan jalur kertas untuk memodelkan operasi
penambahan pecahan. Menurut Reys, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., Smith, N. L. and
Suydam, M. N. (2004) penggunaan model rantau melalui lipatan kertas membantu murid
mencari pecahan setara secara simbolik dan membawa kepada kefahaman dalam penambahan
pecahan.
1.3 Kerangka Konseptual
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fakta – fakta yang meyebabkan murid- murid
menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan pembahan pecahan dua pecahan wajar dengan
penyebut yang berbeza. Kajian ini akan menganalisis punca – punca kesilapan yang dilakukan
oleh murid- murid ketika menmbah pecahan berdasarkan model kajian Kemmis & McTaggart
(1988). Selain itu jenis- jenis kesilapan murid- murid ketika membuat alogoritma semasa
penyelesaian masalah juga akan dianalisis dalam kajian ini. Tumpuan kajian ini adalah ke atas
pembahan pecahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza.
Pengkaji membimbing murid menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza melalui langkah-langkah berikut:
3
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________Langkah 1: Murid diminta mewakilkan kedua-dua pecahanwajar dengan model jalur kertas
seperti dalam Rajah 1.1
12+ 1
4 =
Rajah 1.1:Mewakilkan kedua-dua pecahanwajar
Langkah 2: Murid dibimbing untuk mendapatkan pecahan setara bagi
12 . Murid mesti mencari
penyebut yang sama untuk kedua- dua pecahan. Murid diminta meletakkan
kedua-dua jalur pecahan di atas satu sama lain seperti berikut.
Rajah 1.2: Mendapatkan pecahan setara
Langkah 3: Murid dibimbing untuk menambah nombor pecahan wajar dahulu dengan
menggunakan model jalur kertas.
24+ 1
4=¿
4
14
12
=
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________ +
=
=
Rajah 1.3: Menambah nombor pecahan wajar
Semua murid dapat memahami konsep penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut
yang berbeza selepas pengkaji telah menyampaikan pengajaran dengan mengunakan bahan
konkrit iaitu model jalur kertas.Pengkaji telah mengemukakan beberapa contoh penyelesaian
dengan menggunakan model jalur kertas yang berbeza. Setelah memberi bimbingan dengan
menggunakan beberapa contoh jalur kertas, pengkaji telah minta murid menyelesaikan satu
soalan tanpa mengunakan jalur kertas. Pada langkah ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
inkuiri dalam pengajaran pengkaji di mana murid-murid dengan sendiri menemui jalan
penyelesaian bagi soalan yang dikemukakan.
Daripada hasil kerja murid, pengkaji dapat mengenalpasti bahawa murid tidak dapat
menemui algoritma untuk penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza secara
inkuiri. Oleh itu, pengkaji telah menerangkan langkah penyelesaiansoalan penambahan dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza dengan beberapa contoh. Pengkaji membimbing
muridmenambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui langkah-langkah
berikut:
Langkah 1:Murid dibimbing untuk menyamakan penyebut pecahan. Murid mesti mencari
penyebut yang sama untuk kedua- dua pecahan.
5
34
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
1 x 22 x 2
+ 14
=
Langkah 2: Murid dibimbing untuk menambah kedua-dua pecahan selepas menyamakan
penyebutpecahan.
24+ 1
4=¿
=
Pengkaji telah menunjukkan langkah penyelesaian berulangkali supaya murid dapat menguasai
kemahiran yang diajar.Selepas pengkaji memberi bimbingan dengan menggunakan beberapa
contoh, pengkaji meminta murid menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja yang diberikan.
Semasa murid menjawab soalan-soalan tersebut, pengkaji perhatikan bahawa dua orang
murid mengambil masa yang lama untuk menyamakan penyebut serta tidak dapat memberi
jawapan betul dengan mengunakan algorithma. Terdapat seorang murid yang kelihatan keliru
dan tidak tahu apa yang hendak buat apabila menambah dua pecahan wajar dengan penyebut
yang berbeza tanpa adanya model jalur kertas. Pengkaji cuba membantu murid tersebutdengan
mengulangi semula Langkah 1 hingga Langkah 2. Pada akhir pelajaran, pengkaji memberi
lembaran kerja kepada murid sebagai kerja rumah.Pada keesokan hari pengkaji telah menyemak
hasil kerja mereka. Pengkaji berasa sangat kecewa bila mendapati semua murid gagal menjawab
soalan dalam lembaran kerja dengan betul.
Pengkaji berasa terkilan kerana pengkaji telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengunakan pendekatan konkrit ke abstrak secara beransur maju.Namun, masih
terdapat murid yang tidak berjaya menguasai kemahiran penambahan dua pecahan wajar dengan
penyebut yang berbeza. Pengkaji rasa tertekan dan risau memikirkan situasi tersebut kerana
6
34
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________pengkaji tidak dapat meluangkan lebih banyak masa untuk membimbing murid supaya mereka
dapat menguasai kemahiran penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza.
Pelbagai persoalan telah wujud dalam fikiran pengkaji, ‘Mengapakah murid sukar untuk
memahami konsep berkaitan dengan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza?’, ‘Adakah penyampaian pengkaji kurang berkesan?’, ‘Mungkinkah mereka tidak tahu
tambah?’, ‘Adakah murid menghadapi masalah dalam menyamakan penyebut?’ dan
‘Bagaimanakah pengkaji boleh guna cara lain untuk menyelesaikan masalah ini?’.Justeru,
pengkaji meneliti jawapan yang diberi oleh murid dalam lembaran kerja agar dapat mencari
jawapan kepada kemusykilan pengkaji. Selepas pengkaji menyemak jawapan yang diberi oleh
murid dalam lembaran kerja, pengkaji mendapati bahawa mereka bukannya tidak tahu
bagaimana hendak menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbezatetapi mereka
menghadapi kesukaran apabila menyamakan penyebut pecahan. Mereka keliru semasa
mendarab untuk menyamakan penyebutnya.Oleh sebab itu, pengkaji berasa bertanggungjawab
untuk memikirkan sesuatu kaedah alternatif yang mudah, menjimatkan masa serta murid-murid
dapat untuk menyelasaikan soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza dengan betul.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.4.1 Tajuk Kajian Tindakan
KemahiranPenggunaan kaedah petak dalam kemahiran penaambahan pecahan wajar dalam
kalangan murid tahun 4.
7
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________1.4.2 Tujuan Kajian Tindakan
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid–murid melakukan penambahan dua pecahan wajar
dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah petak.
1.4.3 Objektif Kajian Tindakan
Kajian tindakan ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
i) Mengenalpasti dan membantu murid menambah dua pecahan wajar dengan penyebut
yang berbeza melalui kaedah petak.
ii) Mengenalpasti dan mengelakkan murid-murid daripada terkeliru dengan
menyamakan penyebut untuk menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza.
iii) Mengenalpasti dan membantu murid menjawab soalan penambahan dua pecahan
wajar dengan penyebutyang berbeza melalui kaedah petak dengan mudah dan cepat.
1.5 Persoalan Kajian Tindakan
Kajian tindakan ini mempunyai beberapa persoalan kajian seperti berikut:
i) Bagaimana pengkaji dapat membantu murid menambah dua pecahan wajar dengan
penyebut yang berbeza melalui kaedah petak?
ii) Bagaimana pengkaji dapat mengelakkan murid-murid daripada terkeliru dengan
menyamakan penyebut untuk menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza?
iii) Bagaimana pengkaji dapat membantu murid menjawab soalan penambahan dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah petak dengan mudah
dan cepat?
8
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran murid
dalam menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Jika murid dapat
menguasai kemahiran ini, mereka boleh aplikasikan dalam kemahiran yang seterusnya.
Contohnya, kemahiran menambah pecahan ini boleh diaplikasikan dalam soalan penyelesaian
masalah.Mereka akan dapat menyelesaikan masalah dengan mengunakan kaedah alternatif
dengan lebih cepat dan tepat. Kaedah alternatif ini juga membantu murid-murid untuk
meningkatkan pencapaian matematik dalam peperiksaan.
Fokus kajian pengkaji adalah untuk mengaplikasikan kaedah alternatif yang dapat membantu
murid-murid untuk melakukan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza
tanpa kekeliruan. Hal ini kerana beberapa orang murid masih tidak dapat melakukan operasi
penambahan dua pecahan wajar yang penyebutnya berbeza dan mereka terkeliru di bahagian
menyamakan penyebut dua pecahan wajar.Dengan mengaplikasikan kaedah alternatif ini, murid
akan untuk menyelasaikan soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza dengan betul.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada perkara- perkara yang berikut.
a) Kajian ini melibatkan 3 orang pelajar tahun 4 di Sekolah Kawasan Labu
b) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca-punca kesilapan dan jenis-jenis
kesilapan dalam penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza di
kalangan murid- murid Tahun 4.
9
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
c) Pengkaji tidak mengambil kira faktor latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan
kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam penambahan
dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza .
1.8 Definisi pembolehubah
Menurut kamus Dewan ( 1989 – 1988) “asal mulanya” “sebab” “kerana” dan “lantaran” di
dalam kajian ini perkataan punca digunakan untuk mencari berlaku asal mulanya berlaku sesuatu
kesilapan itu atau mencari sebab mengapa kesalahan dalam dalam penambahan dua pecahan
wajar dengan penyebut yang berbeza
1.9 Rumusan
Kajian ini akan melahirkan murid-murid yang mahir dalam kemahiran membuat
penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Pada masa yang sama prestasi
murid-murid juga akan bertambah baik kerana mereka akan tidak akan terus ketinggalan dalam
topik pecahan. Disamping itu, kaedah ini juga, kaeadah baru yang dapat digunakan oleh guru-
guru lain disekolah supaya dapat membantu murid-murid untuk melakukan penambahan
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
Kajian ini merupakan satu kes untuk mengenalpasti punca-punca kesilapan dan juga
jenis- jenis kesilapan murid khususnya tahap 2 sample yang dipilih iaitu murid- murid Tahun 4
10
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________dalam membuat penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza .Dalam bab ini akan
membicarakan tentang tinjauan kajian lepas berkenaan dengan punca-punca kesilapan dalam
penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Pecahan adalah salah satu tajuk
yang penting dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kebiasaannya semua guru akan
menghadapi masalah dalam pengajaran pecahan. Dalam pengajaran pecahan konsep adalah
sangat penting. Murid perlu diajarmaksud pecahan terlebih dahulu supaya mereka akan
mempunyai pandangan yang jelas terhadap tajuk pecahan.
2.1 Teori dan konsep berkaitan
Pengkaji melakukan kajian tindakan ini semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah pengaji.
Pengkaji mempunyai masa yang terhad untuk melakukan kajian ini. Oleh itu, pengkaji harus
melakukan perancangan yang sistematik agar dapat melakukan kajian tindakan secara berkesan.
Pengkaji telah pilih satu model kajian tindakan dan akan melaksanakan kajian berpandukan
model kajian tindakan tersebut. Model yang dipilih adalah model Kemmis & McTaggart (1988).
Kajian akan dijalankan berpandukan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart
(1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan pada Rajah 2.1 di
bawah:
11
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Rajah 2.1: Model Kajian Tindakan (Kemmis dan McTanggart, 1988).
Proses kajian tindakan yang berpandukan Gelung Kajian Tindakan Kemmis &
McTaggart (1988) akan bermula dengan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang
hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru akan melaksanakan pelan yang dihasilkan dan
dalam proses pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak
dapat diatasi, maka guru bolehlah membuat pengubahsuaian untuk memulakan proses semula ke
Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Sekiranya masalah tidak dapat
diselesaikan pada gelungan kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan
tindakan.
12
Perancangan
Tindakan
Penilaian
Refleksi
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________2.2 Kajian lepas
Masalah penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza semangnya
merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Ini jelas tergambar dalam
komponen soalan matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2001 yang terdiri
daripada 70% soalan berbentuk pecahan (Lembaga Peperiksaan kementeriaan pendidikan
Malaysia (LPKPM), (2001) dalam kajian samsudin Drahman, Fatimah Saleh,(2006)
Menurut Anthony Prindle (2003) pecahan bermaksud sebahagian daripada keseluruhan.
Ini turut dijelaskan oleh Robert Brechner (2008), yang menyatakan bahawa pecahan
menerangkan hubungan antara dua nombor yang diwakilkan sebagai bahagian.Pengangka adalah
nombor di atas pecahan dan penyebut adalah nombor bawah pecahan.Pengangka dan penyebut
dipisahkan oleh garis mendatar yang dikenali sebagai garis pembahagian.
Terdapat tiga jenis pecahan: pecahan wajar, tidak wajar dan nombor bercampur. Satu
pecahan wajar terdiri daripada pengangka yang lebih kecil daripada penyebut manakala pecahan
tidak wajar mengandungi pengangka lebih besar daripada penyebut ( Luis Anthony Ast, 2005).
Mengikut Dr. Jerry Johnson (2000) murid mesti mengetahui atau menguasai konsep
pecahan wajar dan konsep pecahan setara sebelum murid belajar operasi menambah melibatkan
pecahan. Reys, et. al. (2004) menyarankan guru mengguna bahan konkrit dan gambar rajah
sebagai model. Antara bahan konkrit yang digunakan ialah palang pecahan, blok corak, dan rod
Cuisenaire. Bahan konkrit dan juga gambar rajah dapat membantu murid dalam pembelajaran
konsep penambahan pecahan tersebut.
Menurut Grace Lopez-Charles, pecahan di sekolah perlu diajar dengan mengunakan
objek mudah yang boleh dipotong dan dilipat. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada pelbagai
situasi. Dalam mengalami pelbagai situasi di mana pecahan boleh didapati, murid akan
mempunyai peluang untuk memahami konsep abstrak pecahan.
Dalam usaha untuk menambah pecahan, terdapat beberapa peraturan. Pecahan hanya
boleh ditambah jika mereka mempunyai penyebut yang sama. Untuk menambah pecahan dengan
penyebut berbeza, penyebut perlu ditukar supaya mempunyai penyebut yang sama ( NDT
Resource Center, 2001).
2.3 Rumusan
13
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Bab ini menjelaskan tentang tinjauan literature iaitu mengenai kajian – kajian lepas yang
berkaitan dengan penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Terdapat pelbagai
model penyelesaian yang boleh digunakan oleh murid dalam penambahan pecahan wajar dengan
penyebut yang berbeza. Selain itu Kaedah yang digunakan iaitu kaedah petak bukan sahaja
sesuai untuk digunakan dalam mengajar murid-murid untuk melakukan penambahan pecahan
wajar dengan penyebut yang berbeza sahaja, ia juga boleh digunakan dalam keseluruhan topik
pecahan tahun 4 yang melibatkan operasi penambahan serta penolakan yang melibatkan
penyebut yang berbeza. Guru-guru boleh menggunakan kaedah ini supaya murid-murid yang
menghadapi masalah dalam menyamakan penyebut supaya dapat melakukan penambahan serta
penolakan pecahan wajar.
14
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai punca-punca kesilapan dan jenis- jenis
kesilapan murid tahun 4 dalam penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza.
Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid tahun 4 SK PUCHONG JAYA 2. Dalam bab ini akan
dibincang mengenai rekabentuk kajian sampel kajian , instrument kajian kaedah kajian kaedah
bagi pengutipan data serta kaedah dalam menganalisis data.
3.1 Reka bentuk kajian
Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan merancang satu tindakan untuk
menyelesaikan masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji akan mula menentukan kerangka
kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat tinjauan
literatur, menentukan kumpulan sasaran kajian, alat-alat kajian serta merancang tindakan. Fokus
kajian ini ialah mencari kaedah alternatif yang dapat membantu murid-murid pengkaji untuk
melakukan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza tanpa kekeliruan.
Pengkajiakan memilih sebanyak 3 orang murid yang sangat lemah sebagai kumpulan sasaran
daripada kelas tahun 4. Pemilihan ini adalah berdasarkan keputusan lembaran kerja pada akhir
pengajaran.
Sebagai perancangan awal dalam melaksanakan tindakan, pengkaji akan mengajarkan
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah petak iaitu
kaedah alternatif. Seterusnya, pengkaji akan minta murid-murid menjawab soalan-soalan guru
tanpa merujuk kepada apa-apa sumber. Pengkaji juga akan mengumpul data yang berkaitan
dengan fokus kajian melalui pemerhatian, analisis dokumen, perbincangan dan daripada
pentaksiran bertulis.
15
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Selepas mengenalpasti masalah murid pengaji akan memperkenalkan kaedah alternatif
untuk menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Kaedah alternatif yang
akan diperkenalkan oleh pengkaji adalah kaedah petak. Pengkaji akan merancang dan
melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan kaedah petak.
Pada mulanya pengkaji akan mengedarkan satu kad yang mengandungi satu petak yang
dibahagikan kepada empat bahagian. Tiga bahagian daripada empat bahagian dalam petak
tersebut diwarnakan dengan warna merah dan satu bahagian diwarnakan dengan warna biru.
Bahagian pertama dalam petak pertama ditulis operasi tambah. Berikut adalah petak tersebut:
Rajah 3.1 : Petak menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza
Dalam petak tersebut juga akan ada dua garisan yang menuju ke kanan petak. Murid perlu
menulis pecahan di atas dan di luar sebelah kiri petak seperti berikut:
16
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Rajah 3.2: Cara penulisan pecahan dalam petak
Seterusnya murid perlu mendarab silang nombor sebelah kiri dengan nombor di atas dan
menulis jawapan pada petak yang kosong sahaja seperti berikut:
Rajah 3.2: Cara penulisan nombor dalam petak
Langkah terakhir adalah murid perlu menambah nombor yang ada pada petak merah dan tulis
pada sebelah kanan sepertimana yang ditunjukan oleh garisan. Nombor dalam petak biru boleh
ditulis terus pada sebelah kiri sepertimana yang ditunjukan oleh garisan seperti berikut:
17
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Rajah 3.4: Cara menambah nombor dalam petak
Pecahan yang murid perolehi di sebelah kiri adalah jawapan bagi soalan yang diselesaikan oleh
murid. Murid perlu mempermudahkan pecahan yang diperolehi sekiranya perlu. Pengkaji akan
mengemukakan tiga contoh soalan dan akan membimbing murid untuk menyelesaikan dengan
mengunakan petak tersebut. Selepas itu, pengkaji akan minta murid untuk melukis petak dan
menyelesaikan soalan tanpa bimbingan pengkaji. Pengkaji akan mengemukakan lima hingga
sepuluh soalan untuk murid mencuba supaya mereka dapat mengingati kaedah petak secara
mendalam.
3.2 Persampelan
Pengkaji akan menjalankan kajian ini di SK PUCHONG JAYA 2. Kumpulan sasaran
untuk kajian ini terdiri daripada 77 orang murid dari tahun 4 . Mereka terdiri daripada 42 orang
murid lelaki dan 35 orang murid perempuan yang mempunyai purata umur 9 tahun. Aspek
jantina tidak akan diambil kira dalam kajian ini kerana kumpulan sasaran dipilih berdasarkan
Latihan 1 iaitu lembaran kerja pada akhir pengajaran.
Responden untuk kajian akan terdiri daripada murid-murid yang lemah dalam melakukan
operasi tambah pecahan dengan penyebut yang berbeza. Murid-murid yang menjadi kumpulan
sasaran kajian ini juga daripada golongan murid yang pencapaian matematik mereka sederhana
dan lemah dalam peperiksaan akhir tahun.Terdapat seorang orang murid yang kurang berminat
18
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________untuk melibatkan diri dalam sesi soal jawab semasa pengajaran dan pembelajaran matematik
dalam kelas.Berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru matematik kelas ini, murid-murid ini
datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana.Semua murid yang dipilih ialah harus
mempunyai kemahiran asas menambah dan mendarab.
Ciri-ciri responden Penerangan
Bilangan murid 77 orang murid
Jantina Lelaki (42) dan perempuan (35) (faktor jantina tidak diambil kira)
Tahun 4
Prestasi akademik sederhana dan lemah dalam peperiksaan akhir tahun.
Jadual 3.1: Latar belakang responden
3.3 Instrumen Kajian
Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji
membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk memahami masalah
yang dihadapi oleh murid tahun 4 dalam tajuk pecahan. Tinjauan dilakukan melalui dua jenis
instrumen iaitu:
3.3.1 Analisis Dokumen
Dokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah lembaran kerja ( lampiran A) bagi tajuk
penambahan dua pecahan wajar yang penyebutnya berbeza. Pengkaji mengedarkan lembaran
19
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________kerja di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini.Pengkaji telah menganalisis
lembaran kerja tersebut untuk menilai tahap penguasaan dan ingatan murid terhadap tajuk yang
diajar. Pengkaji telah mula mengenalpasti masalah apabila melihat ramai murid tidak berjaya
menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul dan mereka menambah dua pecahan wajar
tanpa menyamakan penyebutnya .
3.3.2 Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji terhadap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Respon murid terhadap latihan
yang diberi serta tingkah laku murid sepanjang sesi proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan ( lampiran B) . Pemerhatian yang dilakukan adalah
secara tidak berstruktur yang berupa catatan bebas.
3.4 Analisis data (deskriptif)
Berikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang dilakukan oleh pengkaji terhadap murid Tahun 4
3.4.1 Analisis Dokumen
Berikut merupakan analisis keputusan berdasarkan pencapaian murid dalam lembaran kerja:
20
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Jumlah betul
dalam %
Bilangan murid
Gred Interpretasi
100 - A Cemerlang, sudah menguasai
79 - B Baik, boleh menguasai
59 - C Memuaskan, kurang menguasai
39 39 D Lemah , menguasai dengan amat terhad
19 38 E Sangat lemah, tidak menguasai
Jumlah
Murid 3 - -
Jadual 3.2 : Analisis keputusan lembaran kerja murid
Daripada analisis keputusan lembaran kerja di atas, pengkaji dapat mengenal pasti
bahawa murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan lembaran kerja tersebut. Seramai
17% daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah 20% ke bawah dan 33% daripada
jumlah keseluruhan murid mendapat markah dari 21% hingga 40%. Seterusnya, 0% murid yang
mendapat markah 41% hingga 100%. Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti, 100%
murid berada di bawah peratus lulus iaitu bawah 40%. Peratusan gagal yang amat tinggi ini
menunjukkan bahawa murid masih tidak boleh menguasai tajuk ini dengan baik. Ini disebabkan
oleh kegagalan murid menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya berbeza.Justeru,
pengkaji akan menggunakan kaedah alternatif dalam penambahan dua pecahan wajar yang
penyebutnya berbeza.
3.4.2 Penilaian
21
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Pada peringkat ini, pengkaji akan merekod dan menganalisis segala data yang
diperolehi. Bagi 2 jenis latihan juga analisis akan dilakukan. Perbandingan keputusan latihan
akan direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min latihan bagi kedua-dua
kumpulan akan dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, pengkaji akan mencatat pemerhatian tentang
apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis
pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual. Hasil perbincangan juga akan
direkod dan akan dijadualkan.
Kesimpulannya, segala data yang akan diperolehi daripada setiap alat kajian
dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya
ianya dapat dilihat dengan jelas.
3.4.3 Perancangan Cara Mengumpul Data
Pengkaji akan menggunakan empat instrumen untuk mengumpul data sepanjang kajian
ini. Data-data akan dikumpul sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini untuk mendapatkan
maklumat yang terperinci. Data akan dikumpulkan melalui pemerhatian, perbincangan, analisis
dokumen dan pentaksiran bertulis.
3.4.5 Pemerhatian
Pengkaji akan mengunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul maklumat. Pengkaji
akan buat pemerhatian secara langsung mengenai penglibatan murid dalam bilik darjah. Pengkaji
juga akan membuat catatan pemerhatian terhadap tindakan dan reaksi murid semasa pengajaran
pengkaji sepanjang tempoh kajian ini. Di samping itu, pengkaji akan memerhati bagaimana
murid mengunakan kaedah petak semasa melakukan operasi menambah dua pecahan wajar yang
penyebutnya berbeza.
22
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________3.4.6 Perbincangan
Kaedah kedua yang pengkaji gunakan untuk mengumpul data adalah perbincangan
dengan guru dan responden. Pengkajiakan adakan perbincangan dengan guru matematik tahun 4
untuk mengumpulkan data. Hasil daripada perbincangan dengan beliau akan memberi ruang
kepada pengkaji untuk mengetahui kewujudan serta keseriusan masalah murid dalam
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Selain itu, pengkaji juga akan
menanyakan kepada beliau apakah cara-cara atau pendekatan yang biasa digunakan untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam melakukan penambahan pecahan
wajar dengan penyebut yang berbeza. Pengkaji juga akan menanyakan sejauh manakah
keberkesanan cara-cara tersebut dalam membantu murid-murid menangani masalah tersebut.
Pengkaji juga akan memberitahu kaedah pengkaji iaitu kaedah petak serta mendapatkan
pandangan beliau mengenainya.
Seterusnya, pengkaji akan adakan perbincangan dengan responden untuk mendapatkan
pandangan mereka terhadap keberkesanan kaedah petak yang diperkenalkan. Perbincangan akan
diadakan di akhir kajian tindakan. Semua temu bual bersama guru dan murid akan dirakamkan
sebagai bahan bukti.
3.4.7 Analisis Dokumen
Kaedah ketiga adalah analisis dokumen iaitu analisis buku latihan murid. Pengkajiakan
analisis buku latihan murid untuk mendapatkan maklumat tentang kelemahan murid dalam
kemahiran sebelum pengkaji mengajar kaedah petak. Daripada hasil analisan pengkajiakan dapat
tahu kelemahan murid secara terperinci. Beberapa contoh latihan akan diambil sebagai bahan
bukti yang menunjukkan murid menghadapi masalah dalam penambahan dua pecahan wajar
23
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________dengan penyebut berbeza. Pengkaji juga akan analisis buku latihan murid selepas mengajar
kaedah petak untuk mengetahui kesan kaedah tersebut kepada murid.
3.4.8 Pentaksiran Bertulis
Kaedah keempat untuk mengumpul data adalah melalui pentaksiran bertulis iaitu
dengan mengadakan latihan. Pengkaji akan mentadbir latihan sebelum sesi pengajaran pengkaji.
Latihan 1 mengandungi 10 soalan dan murid diberi masa 30 minit untuk menjawab soalan
tersebut. Latihan ini bertujuan untuk mengenal pasti prestasi kumpulan sasaran dalam
menambah dua pecahan wajar dengan penyebut berbeza. Seterusnya, pengkaji akan menanda
dan menganalisis jawapan mereka. Hasil daripada analisis tersebut pengkaji akan mengenalpasti
murid-murid yang tidak dapat menjawab dengan betul. Pengkaji akan jadikan murid-murid
tersebut sebagai responden kajian pengkaji.
Pengkaji akan adakan Latihan 2 setelah kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Soalan bagi latihan 2 adalah setara dengan Latihan 1. Ini bertujuan untuk melihat
kemampuan responden menjawab soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza untuk menentukan sama ada terdapat pencapaina 100 % responden atau pun tidak.
Pengkaji juga akan menguji tahap Latihan 1 dengan mengunakan kertas yang berlainan untuk
menguji penguasaan murid dalam tajuk yang diajar.
3.4.9 Perancangan Cara Menganalisis Data
24
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________Penganalisisan data ini dibuat selepas pengumpulan data. Bahagian pertama analisis data adalah
melihat nota pemerhatian untuk mengenal pasti tindakan dan reaksi murid dalam tempoh kajian
ini dijalankan. Hasil analisis pemerhatian dapat memberi gambaran yang jelas tentang masalah
yang dihadapi oleh murid.
Bahagian kedua analisis data melibatkan pemprosesan skor yang diperolehi oleh murid
dalam Latihan 1 dan Latihan 2. Pencapaian murid dalam Latihan 1 dan Latihan 2 akan
dipersembahkan dalam jadual kekerapan dan carta palang. Semua skor dari Latihan 1 dan
Latihan 2 akan dianalisiskan dengan menggunakan statistik diskriptif untuk membandingkan
prestasi murid. Pengkaji juga akan menggunakan graf garisan dan carta palang sebagai alat
untuk membezakan peningkatan dan penurunan pencapaian murid.
Bahagian ketiga adalah analisis data melibatkan analisis catatan daripada perbincangan
dengan responden. Perbincangan selepas tindakan dilaksanakan bertujuan mendapatkan
pandangan responden terhadap keberkesanan penggunaan kaedah petak dalam menambah dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza.
3.3 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
25
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________No Langkah March April Mei
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1 Perbincangan dengan guru matematik x
2 Sesi pengajaran dan pembelajaran 1 x
3 Memeriksa buku latihan murid x
4 Latihan 1 x
5 Memilih kumpulan sasaran x
6 Sesi pengajaran dan pembelajaran 2 x
7 Latihan 2 x
8 Sesi perbincangan dengan murid-
murid
x
Jadual 3.3 : Pelaksanaan kajian
3.5 Rumusan
26
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Pada keseluruhannya, pengkaji akan memastikan bahawa persekitaran kelas ialah
kondusif, selamat serta ceria supaya murid-murid dapat duduk dan belajar dengan selesa.
Disamping itu, kaedah yang akan diajar adalah kaedah baru maka pengkaji harus merancang sesi
pengajaran dan pembelajaran secara menarik supaya dapat mewujudkan minat untuk belajar
kaedah baru.
Selain itu, responden kajian yang dipiih juga dalam bilangan yang kecil iaitu 3 orang.Hal
ini kerana, responden dalam bilangan yang kecil akan memudahkan pengkaji untuk memberi
perhatian terhadap semua murid dan juga dapat membimbing mereka dengan mudah. Pada masa
yang sama, pengkaji juga akan dapat menyemak kerja yang diberikan dengan mudah. Seterusnya
adalah pemilihan kawasan yang sesuai dan selamat untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Kawasan yang dipilih adalah bilik darjah tahun 4 kerana ia cukup luas dan selesa
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, masa yang diperuntukkan untuk
setiap pengajaran dan pembelajaran ialah 60minit sahaja untuk seminggu. Maka, pengkaji
memastikan bahawa dapat merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam
masa yang diperuntukkan itu secara berkesan dan juga menarik.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
27
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________4.1 Pendahuluan
Bahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterprestasi.
Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian,
seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut.
Kesemua objektif kajian ini diukur berdasarkan instrumen Latihan 1 dan Latihan 2,
analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Data yang telah dikumpul melalui pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, temu bual dengan responden selepas Latihan 1 dan
Lathan 2 dan latih tubi responden telah dianalisis secara terperinci.
Latihan 1 telah dijalankan dahulu sebelum sesi pengajaran dimulakan bertujuan untuk
mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji.
Manakala Latihan 2 pula dijalankan setelah selesai kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran
untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah diajar. Temu bual dijalankan dengan responden
selepas Latihan 1 dan Latihan 2 untuk mengetahui perasaan dan pandangan mereka terhadap
kaedahnya. Pemerhatian secara langsung dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
4.1 Analisis Dapatan Kajian
28
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________Kajian ini melibatkan murid tahun 4 di sebuah sekolah.Murid yang dipilih terdiri daripada murid
yang lemah dalam pecahan. Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina bagi responden
yang dipilh adalah ditunjukkan dalam jaduala di bawah.
Jantina Bilangan Peratus %
Lelaki 2 67 %
Prempuan 1 33 %
Jumlah 3 100 %
Jadual 4.1 bilangan murid mengikut jantina
67%
33%
Chart Title
PEREMPUANLELAKI
Persoalan Kajian 1
29
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
iv) Bagaimana pengkaji dapat membantu murid menambah dua pecahan wajar dengan
penyebut yang berbeza melalui kaedah petak?
Dengan hasil kerja murid, pengkaji dapat tahu kelemahan murid dari segi mana dan memulakan
dengan mengedarkan satu kad yang mengandungi satu petak yang dibahagikan kepada empat
bahagian. Tiga bahagian daripada empat bahagian dalam petak tersebut diwarnakan dengan
warna merah dan satu bahagian diwarnakan dengan warna biru. Bahagian pertama dalam petak
pertama ditulis operasi tambah.
Persoalan Kajian 2
v) Bagaimana pengkaji dapat mengelakkan murid-murid daripada terkeliru dengan
menyamakan penyebut untuk menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza?
Pengkaji mengunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul maklumat. Pengkaji buat
pemerhatian secara langsung mengenai penglibatan murid dalam bilik darjah. Pengkaji juga
membuat catatan pemerhatian terhadap tindakan dan reaksi murid semasa pengajaran pengkaji
sepanjang tempoh kajian ini. Di samping itu, pengkaji memerhati bagaimana murid mengunakan
kaedah petak semasa melakukan operasi menambah dua pecahan wajar yang penyebutnya
berbeza.
Persoalan Kajian 3
30
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
vi) Bagaimana pengkaji dapat membantu murid menjawab soalan penambahan dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah petak dengan mudah
dan cepat?
Perbincangan selepas tindakan dilaksanakan, ia mendapat pandangan responden terhadap
keberkesanan penggunaan kaedah petak dalam menambah dua pecahan wajar dengan penyebut
yang berbeza melalui kaedah petak dengan mudah dan cepat.
Jadual 4.2 : Keputusan Latihan 1 dan Latihan 2
RespondenMarkah / % peratus untuk soalan 1 - 5
Markah / % peratus untuk soalan 6 – 10
Penyebut pertama adalah Penyebut pertama bukan
faktor kepada penyebut faktor kepadapenyebut
kedua kedua
A 0 /5 0% 0/5 0%
B 0 /5 0% 0/5 0%
C 2 /5 40% 2/5 40%
D 3/5 60% 2/5 40%
E 2/5 40% 1 /5 20%
F 2/5 40% 1/5 20%
Kertas soalan Latihan 1 mengandungi 10 soalan. Lima soalan pertama adalah soalan
31
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________pecahan dengan penyebut pertama adalah faktor kepada penyebut kedua manakala lima soalan
berikutnya adalah penyebut pertama bukan faktor kepada penyebut kedua. Skema pemarkahan
adalah satu markah diberi kepada setiap soalan yang mempunyai jawapan betul
Responden A dan B tidak dapat buat semua soalan 100% dengan betul. Mereka telah
memberi jawapan kepada semua soalan tetapi tidak menunjukkan apa-apa langkah
penyelesaian. Kesalahan yang telah dilakukan oleh responden A adalah tidak menyamakan
penyebutnya pecahan malah dia terus menambahkan penyebut pecahan pertama dengan
penyebut pecahan kedua.
Responden A juga tidak menambahkan pengangka pecahan pertama dengan pengangka
pecahan kedua apabila kedua-dua pecahan mempunyai nombor yang sama. Dia hanya
menambahkan pengangka apabila pengangkanya berbeza bagi kedua-dua pecahan. Berikut
adalah kesilapan yang telah dilakukan oleh responden A.
1) 1 + 1 = 4 2
2) 1 + 2 = 3 9
Jadual 4.3 : Soalan yang dijawab oleh murid
Semasa temubual dengan responden A, pengkaji telah minta dia untuk menerangkan cara
dia memperoleh jawapannya. Dia mengatakan pengangka dan penyebut kedua-dua pecahan
perlu ditambahkan. Apabila disoal kenapa pengangka yang sama tidak ditambahkan dan ditulis
semula, dia telah menjawab bahawa nombor yang sama tidak perlu ditambah , apabila kedua-dua
nombor sama dan nombor yang sama perlu ditulis semula. Pengkaji juga menyoal kepada
responden kenapa pengangka soalan 2 tidak ditambahkan walaupun kedua-duanya tidak sama
32
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________iaitu 1 dan 2. Responden tidak memberikan apa-apa jawapan bagi soalan tersebut. Ini jelas
menunjukkan dia tidak tahu konsep penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut berbeza.
Kesalahan yang dilakukan oleh responden B adalah sama seperti responden A tetapi dia
menambahkan pengangka pecahan pertama dengan pengangka pecahan kedua walaupun kedua-
duanya mempunyai nombor yang sama. Dia juga menambahkan penyebut dengan penyebutnya.
Berikut adalah kesalahan yang telah dilakukan oleh responden B.
Semasa temubual dengan responden B pengkaji telah menyoal sebab dia tambahkan
pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Dia enggan untuk memberikan
jawapan kepada soalan tersebut. Apabila disoal adakah kamu tahu untuk membuat soalan
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza, responden memberitahu bahawa
dia tidak tahu. Hal ini menunjukkan responden B tidak tahu apa-apa kaedah bagi menyelesaikan
soalan tersebut.
Responden C, D, E dan F tidak dapat markah penuh dalam Latihan tersebut tetapi
mereka tidak dapat buat semua soalan. Responden C dapat betul 5 soalan , responden D dapat
betul 6 soalan , responden E dan F masing-masing betul 3 soalan daripada 10 soalan. Ini
menunjukkan mereka tahu kaedah untuk menyelesaikan soalan penambahan dua pecahan wajar
dengan penyebut yang berbeza tetapi mereka tidak menguasai penuh kaedah tersebut.
33
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Daripada pemerhatian pengkaji, responden telah berfikir lama untuk memberikan
jawapan kepada setiap soalan dan menjawab dengan tidak yakin. Responden A cuba untuk
menyelesaikan soalan 1 dan 2 dengan satu kaedah tetapi sudah memadamkan apabila ianya
tidak Berjaya (Rajah 18). Ini jelas menunjukkan responden A pernah belajar satu kaedah
untuk menyelesaikan soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza
sebelum ini tetapi dia tidak mengingati kaedah tersebut. Responden B tidak mencuba untuk
menggunakan apa-apa kaedah untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Hal ini mungkin
kerana dia tidak memahami kaedah yang dibelajar dan tidak dapat mengingatinya.
Responden C, D, E dan F mengunakan kaedah yang mereka belajar sebelum ini untuk
menjawab beberapa soalan tetapi kebanyakan soalan mereka tidak dapat berjaya menjawab
dengan kaedah yang mereka tahu. Pengkaji berpendapat bahawa kaedah yang diajar
sebelum ini mungkin rumit bagi responden dan oleh sebab itu mereka cepat lupa kaedah
tersebut. Pengaji juga dapat perhatikan responden merujuk kepada jadual sifir semasa
menjawap Latihan 1.
Jadual 4 .4 : Keputusan Latihan 1 dan Latihan 2
Responden
Markah Latihan 1/ %peratus
Markah Latihan 2 /% peratus
- ( /2 soalan) - ( /6 soalan)
A 2 /2 100% 6/6 100%
B 2 /2 100% 5 /6 93%
C 2/2 100% 6/6 100%
D 2/2 100% 6/6 100%
E 2/2 100% 6/6 100%
34
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
F 2/2 100% 6/6 100%
35
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________Jadual 4.4 menunjukkan keputusan bagi Latihan 1 dan Latihan 2. Latihan 1 diberikan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dan latihan 2 diberi sebagai kerja rumah. Latihan 1
hanya mengandungi 2 soalan sahaja dan latihan 2 mengandungi 6 soalan. Skema pemarkahan
bagi latihan 1 dan 2 adalah satu markah bagi setiap jawapan yang betul. Latihan 1 yang
dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, menunjukkan keenam-enam
responden membuat algoritma penambahan dengan betul bagi kedua-dua soalan dengan 93%.
Soalan 1 adalah soalan dengan penyebut pertama adalah faktor kepada penyebut kedua dan
soalan 2 adalah soalan dengan penyebut pertama bukan faktor kepada penyebut kedua.
Semua responden mengunakan kaedah yang diajar dengan betul untuk mendapatkan jawapan.
Daripada pemerhatian pengkaji, responden dengan segera mula buat soalan apabila
disuruh tanpa memikir lama. Mereka menunjukkan kesungguhan dalam mengaplikasikan
kaedah yang diajar. Mereka buat semua soalan dengan cepat dan tidak berfikir lama untuk
menjawab. Mereka juga buat semua soalan dengan sendiri tanpa adanya bimbingan pengaji
atau rakan. Ini menunjukan mereka yakin dengan jawapan mereka apabila mengunakan
kaedah petak untuk memberikan jawapan.
Responden A,C,D,E dan F terus melukis petak dan mengisi nombor dengan betul
untuk mendapatkan pecahan dengan penyebut yang sama dengan mencapai 100% betul.
Responden B iaitu 17 % pada mulanya mengisikan nombor dengan salah tetapi dapat
betulkan apabila tidak dapat memperolehi pecahan dengan penyebut yang sama. Semua
responden dapat menjawab apabila disoal kenapa pecahan dengan penyebut yang sama sahaja
dipilih. Mereka menjawab bahawa pecahan wajar hanya boleh ditambah apabila penyebut
bagi kedua-dua pecahan adalah sama dan hanya pengangka sahaja ditambah.
36
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________Daripada jawapan tersebut, pengkaji dapat mengenalpasti bahawa responden dapat kuasai dan
aplikasikan konsep dengan betul apabila mereka tahu kaedah bagi mencari pecahan dengan
penyebut sama. Responden dapat aplikasikan konsep pecahan apabila mereka tahu kaedah
untuk menukar penyebut kedua-dua pecahan supaya menjadi sama.
Mendapat keputusan bahawa responden A,C,D,E,F iaitu 83 %mendapat semua soalan betul
(merujuk jadual 4) dan hanya responden B mendapat satu soalan salah iaitu lima soalan betul
daripada enam soalan (merujuk jadual 4). Kesemua responden telah menggunakan kaedah
yang diajar dengan betul untuk mencari pecahan dengan penyebut yang sama. Hasil analisis
latihan 2 membuktikan lagi sekali bahawa responden benar-benar memahami dan tahu untuk
menggunakan kaedah petak serta memperolehi jawapan yang betul. Responden melukis satu
petak bagi pecahan penyebut pertama adalah faktor kepada penyebut kedua dan melukis dua
petak untuk pecahan penyebut pertama bukan faktor kepada penyebut kedua (Rajah 19).
Berikut adalah contoh hasil kerja responden dalam latihan 2:
37
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Pada hari berikutnya Latihan 2 telah diadakan dan skrip jawapanya telah dianalisiskan.
Markah Latihan 2 dikira sama seperti Latihan 1. Jadual 4.5 menunjukkan keputusan
untuk Latihan 2.
Jadual 4.5 : Keputusan Latihan 2
RespondenMarkah /% peratus untuk soalan 1 - 5
Markah / % peratusuntuk soalan 6 – 10
Penyebut pertama adalah Penyebut pertama bukan
faktor kepada penyebut faktor kepada penyebut
kedua Kedua
A 5/5 100% 5 /5 100%
B 5/5 100% 3 /5 60%
C 5/5 100% 5/5 100%
D 5/5 100% 5/5 100%
E 5/5 100% 5/5 100%
F 5/5 100% 5/5 100%
38
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________Berdasarkan jadual 4.5 di atas dapat dilihat dengan jelas perubahan yang berlaku pada markah
Latihan bagi kesemua responden. Bagi Latihan 1 (merujuk jadual 3), tiada seorang responden
0% yang mendapat markah penuh. Dua orang responden tidak mendapat apa-apa markah
manakala selebihnya iaitu 4 orang murid mendapat 40%-50% iaitu 4 hingga 5 soalan betul
dalam Latihan 1. Namun, selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah petak
yang dijalankan, pencapaian responden di dalam Latihan 2 menunjukan peningkatan markah
yang ketara iaitu 100% betul..
Seramai 5 orang responden berjaya memperoleh 10 markah iaitu betul semua soalan
100%. Manakala seorang responden sahaja mendapat 8 markah iaitu 80% salah dua soalan
daripada sepuluh soalan di dalam Latihan 2. Tiada murid yang memperoleh markah kurang
daripada 5 sama sekali, berbeza dengan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dimana hampir ke semua murid mendapat markah 0 hingga 4.
39
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Responden A,C,D,E dan F telah buat semua soalan dengan betul. 83% murid
menunjukkan langkah penyelesaian dengan jelas dan secara berurutan. Responden B iaitu 17%
dapat buat lima soalan pertama dengan betul dan membuat dua kesilapan daripada lima soalan
dalam bahagian kedua. Kesilapan pertama responden B adalah tidak habis buat soalan.
Ini mungkin kerana dia teruja sangat untuk menghabiskan Latihan tersebut dan terus ke
soalan seterusnya. Kesilapan kedua adalah dia membuat kesilapan semasa tambah dua pecahan
selepas menyamakan penyebut dengan mengunakan kaedah petak. Ini mungkin kecuaiaan
responden B semasa membuat soalan tersebut.
Semasa temu bual pengkaji minta responden memberitahu kaedah yang digunakan untuk
menyelesaikan soalan dalam Latihan 2 serta cara menggunakanya. Responden dengan segera
memberitahu kaedah yang telah mereka gunakan adalah kaedah petak serta menjelaskan
langkah penyelesaian. Ini jelas menunjukkan responden tahu dan memahami tentang kaedah
yang digunakannya.
40
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Pengkaji juga menyoal tentang kenapa hanya satu pecahan sahaja ditukarkan dalam
soalan satu hingga lima. Respon memberitahu bahawa dalam soalan tersebut penyebut pecahan
pertama adalah faktor kepada pecahan kedua. Seterusnya pengkaji juga menanyakan kenapa
kedua-dua penyebut pecahan soalan 6 hingga 10 ditukarkan. Responden memberitahu bahawa
penyebut kedua-dua pecahan soalan tersebut adalah bukan faktor. Ini membuktikan responden
tahu membezakan penyebut pecahan sama ada faktor kepada penyebut pecahan kedua atau
tidak. Pengkaji juga menanyakan kenapa penyebut kedua-dua pecahan perlu disamakan
sebelum ditambah. Responden memberitahu bahawa penyebut kedua-dua pecahan perlu
disamakan sekiranya hendak tambah kedua-dua pecahan. Ini menjelaskan responden memahami
konsep tambah pecahan. Responden juga memberitahu mereka suka dengan kaedah tersebut
serta mudah dan cepat bagi mereka untuk mencari jawapan. Mereka juga mengatakan mereka
yakin dengan jawapan mereka apabila mengunakan kaedah petak dan mereka tidak lagi
mengunakan jadual sifir untuk menyamakan penyebut pecahan.
41
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai keberkesanan kaedah petak
kepada responden, perbandingan keputusan Latihan 1 dan Latihan 2 telah
dilakukan.
Perbandingan Markah Latihan 1 dan Latihan 2
Markah
10
9
8
7
6
5Latihan 1
a Latihan 2Aa
3
2
1
0A B C D E F
Responden
Rajah 23 : Graf perbandingan markah bagi Latihan 1 dan Latihan 2
Jadual 6 : Keputusan
42
Responden Markah / % peratus
Latihan 2.1 Latihan 2.2 Latihan 2.3
A 10/10 100% 10/10 100% 10/10 100%
B 8 /10 80% 10/10 100% 10/10 100%
C 10/10 100% 9/10 90% 10/10 100%
D 10/10 100% 10/10 100% 10/10 100%
E 10/10 100% 9/10 90% 10/10 100%
F 10/10 100% 10/10 100% 10/10 100%
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________Latihan 2.1, 2.2 dan 2.3
Berdasarkan jadual 6 di atas, tidak ada banyak beza dalam markah antara Latihan 2.1 dan
Latihan 2.2 . Hanya dua responden sahaja iaitu responden C dan E sahaja mendapat satu soalan
salah iaitu 90% daripada sepuluh soalan Latihan 2.2 . Kesalahan tersebut wujud kerana kecuaian
mereka semasa tambah pengangka kedua-dua pecahan selepas menyamakan penyebutnya.
Mereka tidak menghadapi apa-apa masalah dalam menyamakan penyebut dengan mengunakan
kaedah petak. Peningkatan markah ditunjukkan oleh responden B. Di dalam Latihan 2.1
responden ini hanya mendapat 8 soalan betul daripada 10 soalan yang diberi iaitu 80% betul.
Akan tetapi, selepas seminggu Latihan 2.1, responden ini menunjukkan peningkatan dalam
markah iaitu mendapat markah penuh sebanyak 10 dalam Latihan 2.2 iaitu 100% betul. Ini
membuktikan kesalahan yang dilakukan di dalam Latihan 2.1 hanya kerana kecuaian semasa
menyamakan pecahan dan bukan kerana tidak memahami kaedah petak.
43
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
4.3 Rumusan
Semua responden mendapat markah penuh dalam Latihan 2.3 yang dijalankan selepas
Latihan 2.2. Markah yang tinggi dalam Latihan 2 ini menunjukan responden masih mengingati
kaedah petak dan mereka sudah mula menggunakan dalam menyelesaikan penambahan dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Ini juga membuktikan responden menguasai
penuh kaedah petak yang diajar.
44
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan
Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini,
dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah petak berkesan dalam membantu murid menambah dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Responden yang menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah petak menampakkan peningkatan markah Latihan 1 yang
lebih ketara dalam Latihan 2.
Peratus peningkatan markah yang paling tinggi adalah sebanyak 100 % dan yang paling
rendah adalah sebanyak 60 % dalam Latihan 2.1. Peningkatan markah latihan tersebut
menunjukkan kaedah petak amat tepat bagi membantu murid menambah dua pecahan wajar
dengan penyebut yang berbeza. Responden mudah memahami dan mengingati kaedah
menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza yang secara tidak langsung
membantu mereka untuk menjawab soalan latihan dengan mudah dan memperolehi markah yang
baik.
Konsep adalah sangat penting dalam topik pecahan. Menurut Mack (1993) pentingnya
konsep pecahan dan pecahan setara dalam melakukan operasi-operasi lain melibatkan pecahan
seperti berikut, ‘ students need a good understanding of the concept of the both a fraction and
fraction equivalence before being introduced to computation situations and procedures involving
fractions’. Pemahaman konsep pecahan adalah sangat penting kepada murid sebelum murid
diperkenalkan operasi dalam pecahan. Kaedah petak bukan sahaja membantu murid sekadar
45
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________menjawab soalan malah membantu mereka mengaplikasi konsep pecahan.
5.2 Perbincangan berdasarkan soalan kajian
Konsep bagi operasi penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut berbeza adalah
penyebut perlu disamakan sebelum menambah kedua-dua pecahan dan hanya pengangka sahaja
ditambah apabila penyebut sama. Hal ini selaras dengan kenyataan NDT Resource Center (2001)
yang menyatakan dalam usaha untuk menambah pecahan, terdapat beberapa peraturan. Pecahan
hanya boleh ditambah jika mereka mempunyai penyebut yang sama. Untuk menambah pecahan
dengan penyebut berbeza, penyebut perlu ditukar supaya mempunyai penyebut yang sama.
Dengan mengunakan kaedah petak murid menyamakan penyebut pecahan sebelum menambah
kedua-dua pecahan.
Berdasarkan rajah 23, dapat dilihat dengan jelas kesemua responden berjaya mencatatkan
peningkatan markah di dalam Latihan 2 berbanding Latihan 1. Peningkatan markah yang
paling ketara ditunjukkan oleh responden A. Di dalam Latihan 1 iaitu sebelum sesi pengajaran
dan pembelajaran dilakukan, responden ini tidak memperoleh apa-apa markah . Akan tetapi,
selepas menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah petak,
markah Latihan 2 responden ini meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 100% menjadikan
markah Latihan 2 sebanyak 10. Peningkatan markah terendah dicatatkan oleh responden D iaitu
sebanyak 5 markah dimana markah Latihan 1 adalah sebanyak 5 markah dan meningkat kepada
10 di dalam Latihan 2 . Walaubagaimanapun responden D merupakan murid yang mencatat
markah tertinggi di dalam Latihan 1.
Selain itu, responden B,C,E dan F juga menunjukkan peningkatan markah Latihan yang
memberangsangkan iaitu 50% ke atas. Bagi responden E dan F, peningkatan markah adalah
sebanyak 70% iaitu sebanyak 7 markah. Secara keseluruhannya, kesemua responden yang
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah petak berjaya menunjukkan
46
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________peningkatan markah di dalam Latihan 2 berbanding Latihan 1.
Bagi memperkukuhkan hasil dapatan peningkatan markah Latihan 2 , pengkaji telah
menjalankan Latihan 2.2 dan 2.3. Latihan ini telah diadakan selepas seminggu Latihan 2
pertama dijalankan. Antara tujuan Latihan 2.2 dan 2.3 dijalankan adalah untuk menunjukkan
tahap penguasaan responden terhadap kaedah petak selepas seminggu. Jadual di bawah
menunjukkan markah bagi Latihan 2.1 , 2.2 dan 2.3
Dua daripada enam responden tidak dapat buat semua soalan penambahan pecahan
dengan penyebut berbeza dalam ujian pra kerana mereka tidak tahu mengaplikasi konsep ini.
Mereka tidak menyamakan penyebut lalu terus menambah pengangka dengan pengangka dan
penyebut dengan penyebut . Hal ini menyokong kenyataan Gary L. Musser, Blake E. Peterson,
William F. Burger (2009) iaitu kesilapan yang paling biasa apabila menambah dua pecahan
adalah menambah penyebut serta pengangka. Tetapi dengan kaedah petak murid tersebut dapat
aplikasi konsep penambahan pecahan dengan menyamakan penyebut sebelum menambah
pengangka pecahan. Ini dapat buktikan melalui peningkatan markah yang Latihan 2 yang lebih
responden tersebut dimana mereka dapat buat semua soalan dengan mengunakan kaedah petak.
Kaedah petak juga membantu murid menjawab soalan operasi penambahan dua pecahan
wajar dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah petak dengan mudah dan cepat. Mereka
dapat menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza walaupun mereka tidak
menguasai sifir. Penguasaan sifir adalah sangat penting bagi murid untuk menyamakan penyebut
pecahan.Murid tidak perlu menguasai sifir apabila mengunakan kaedah petak bagi menjawab
soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza. Murid hanya
mengunakan penambahan berulang untuk menyamakan penyebut pecahan. Kaedah penambahan
berulang adalah sangat mudah dan dapat dibuat dengan cepat. Ini dapat buktikan melalui analisis
47
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________data temubual di mana murid-murid yang merujuk kepada jadual sifir semasa menjawab soalan
Latihan 1 mengatakan mereka tidak merujuk kepada jadual sifir untuk menyamakan penyebut
semasa mengunakan kaedah petak dan kaedah ini sangat mudah bagi mereka. Murid yang
berfikir lama untuk menjawab soalan Latihan 1juga dapat menjawab soalan latihan dan soalan
Latihan 2 dengan cepat selepas menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran kaedah petak . Maka
dengan itu, penggunaan kaedah petak amat tepat bagi membantu murid menjawab soalan
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza dengan mudah dan cepat.
Penggunaan kaedah petak juga terbukti berkesan dalam meningkatkan keyakinan diri
murid terhadap menjawab soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza
dengan sendiri. Kaedah petak bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri murid, malah
ianya sekaligus dapat meningkatkan minat belajar serta menggalakkan penglibatan aktif murid
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan melalui dapatan pemerhatian dan
temu bual yang menunjukkan bahawa responden yang menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah petak sangat aktif dalam bilik darjah dan merasa lebih
teryakin untuk menjawab soalan.
Hasil analisis markah Latihan 2 terhadap responden menunjukkan tindak balas yang
positif. Pengkaji mendapat tahu kaedah petak sangat efektif dan membantu responden dalam
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut berbeza. Itu dapat dibuktikan melalui
peningkatan markah Latihan 2 yang telah dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
kaedah petak. Responden mendapat markah yang tinggi dalam Latihan 2 berbanding dengan
Latihan 1. Seterusnya semasa menganalisis data pengkaji juga dapat kenalpasti bahawa kaedah
ini juga membantu responden mengaplikasikan konsep pecahan yang mereka belajar melalui
kaedah petak.
48
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Murid yang mempunyai keyakinan diri untuk belajar, akan secara automatiknya berminat
pada topik yang diajar dan akan melibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila minat untuk belajar telah berjaya dipupuk di dalam diri murid, maka
secara tidak langsung juga dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ini selaras dengan
dapatan kajian ini yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu
menjawab soalan Latihan 2 dengan baik berbanding dengan Latihan 1, menimbulkan keyakinan
menjawab soalan serta mendorong responden untuk meminati topik pecahan.
Bagi mendapatkan kesan yang maksima terhadap proses pengajaran dan pembelajaran,
adalah sangat penting bagi seorang guru untuk memancing perhatian murid-muridnya dengan
kaedah dan pendekatan yang mudah dan efektif. Ini kerana, apabila murid belajar dalam suasana
yang disenangi, secara tidak langsung keyakinan diri mereka untuk belajar akan meningkat.
Keyakinan diri dan minat yang mendalam tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan murid
dalam pelajaran. Kaedah pengajaran yang efektif seperti kaedah petak bukan sahaja dapat
meningkatkan keyakinan diri murid, malah terbukti berkesan dalam membantu mereka
mengukuhkan kefahaman terhadap konsep dan ingatan dalam topik pecahan.
Secara keseluruhanya, tiga objektif kajian ini iaitu a) membantu murid menambah dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah petak , b) membantu murid
menjawab soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah
petak dengan mudah dan cepat serta c) meningkatkan keyakinan diri murid terhadap menjawab
soalan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui kaedah petak
dengan sendiri telah tercapai.
49
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Penggunaan kaedah petak dalam proses pengajaran dan pembelajaran penambahan dua
pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza ternyata berkesan dalam membantu murid
menjawab dengan mudah dan cepat sekaligus meningkatkan keyakinan diri murid untuk
menjawab dengan sendiri.
5.3 Cadangan kajian Lanjutan
Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Penggunaan kaedah petak dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik operasi
penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sememangnya berkesan dalam
membantu murid menambah dengan mudah dan cepat serta meningkatkan keyakinan diri
murid terhadap menjawab soalan dengan sendiri. Namun terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam kajian seterusnya.
Pertama sekali pengkaji ingin menambah bilangan responden supaya hasil dapatan
kajian lebih kukuh selain dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai
murid. Untuk kajian ini pengkaji hanya memilih enam orang murid sahaja. Untuk kajian
seterusnya pengkaji hendak memilih satu kelas iaitu antara 30 hingga 40 murid supaya ramai
murid dapat pelajari kaedah ini.
Seterusnya pengkaji juga hendak mengaplikasikan kedah petak bagi tajuk-tajuk lain
dalam topik pecahan bukan sahaja bagi tahun 4 dan 5 sahaja, malah dari tahun 1 supaya murid
lebih mahir semasa belajar asas pecahan. Pengkaji hendak mengaplikasikan kaedah ini untuk
penolakan pecahan wajar dengan penyebut berbeza dan penambahan dan penolakan nombor
bercampur.
Di samping itu, pengkaji boleh mengintergrasikan penggunaan bahan bantu mengajar
dan selitkan sedikit permainan supaya proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih
seronok dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan aktif murid.
50
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________5.4 Penutup
Kajian tindakan ini adalah satu kajian yang baik dijalankan di peringkat sekolah rendah.
Kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan pelajar tetapi juga dapat memperbaiki
teknik pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah. Diharap kajian ini bakal dijadikan
panduan dan rujukan para guru serta penyelidikan lain dalam usaha mempertingkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Bab ini telah membincangkan tentang kaedah kajian bagi penyelidikan yang akan
dijalankan. Perbincangan telah menyentuh tentang rekabentuk, instrument kajian, prosedur
pengumpulan data dan seterusnya bagaimana data dianalisis diharap babi ini dapat menjelaskan
keseluruhan metodologi kajian dengan baik.
SENARAI RUJUKAN
Anthony Prindle. (2003). Math: the easy way (4th edition). New York: Barron’s Educational
51
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Series, Inc.
Curriculum Development Centre, Ministry of Education. (2004). Integrated curriculum for
primary schools: Curriculum specifications - Mathematics Year 3.Kuala Lumpur:
Ministry of Education.
Dr. Jerry Johnson (2000).Teaching and Learning Mathematics.Olympia: Resource Center,
Office of Superintendent of Public Instruction.
Grace Lopez-Charles.(2012) Teaching fractions with understanding: part-whole concept.
Diperolehi pada 21 March 2013, daripada : http://nrich.maths.org/
Kemmis & McTaggart. (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan.Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM.
Luis Anthony Ast. (2005). Video math tutor: basic math: lesson 6 – fractions. The Video Math
Tutor.
NDT Resource center (2001).Fractions.Diperolehi pada 21 March 2013, daripada :
http://www.ndt-ed.org/EducationResources/Math/Math-Fractions.htm
Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala lumpur : Utusan
Publications.
Reys, R. E., Lindquist, M. M., Lambdin, D. V., Smith, N. L. and Suydam, M. N.. (2004).
Helping children Learn Mathematics.(7th edition). USA: John Wiley VA: NCTM. (ED
373 991)
Robert Brechner (2008). Contemporary mathematics(6th edition). United States : Cengage
Learning.
Mack, bezuk and bleck & Kieran and Ohlsson (1998). Teaching and Learning Mathematics,. United Kingdom: university of Oxford.
LAMPIRAN
Lampiran B
52
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR (CATATAN BEBAS)
Tarikh : ____________________
Kelas : ____________________
Peristiwa Catatan
53
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Rajah 1 : Kesalahan responden A dalam menambah dua pecahan wajar
Rajah 2 : Temubual responden A dalam menambah dua pecahan wajar
Rajah 3 : Temubual responden B dalam menambah dua pecahan wajar
.
54
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________
Rajah 4 : Kesalahan responden B dalam menambah dua pecahan wajar
Rajah 5: Aplikasi kaedah oleh dua orang responden dalam latihan 1. Latihan 2 yang diberikan
sebagai kerja rumah telah dianalisis dan dapat tahu
55
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH__________________________________________________________________________________ Rajah 6: Hasil kerja responden dalam latihan 2.
Rajah 7: Jawapan responden dalan Latihan 2.
.
Rajah 8 : Kesilapan yang telah dilakukan oleh responden B dalam Latihan 2.
56
Lampiran 1
Berikut adalah hasil kerja murid dalam lembaran kerja :
Rajah 9 : Kesalahan murid dalam latihan 1
Rajah 10 : Kesalahan murid dalam latihan 2
Borang temubual responden
57
Lampiran 1
TRANSKRIP TEMU BUAL
NAMA:………………. MASA:………………. TEMPAT : ……………..
1.Adakah anda faham penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza melalui
kaedah petak?
…………………………………………………………………………………………………….
2.Adakah penggunaan kotak ini membantu anda dalam penyelesaian masalah dalam pecahan?
……………………………………………………………………………………………………..
3.Adakah anda suka buat kaedah penggunaan kotak dalam pecahan?
…………………………………………………………………………………………………….
4.Apakah perasaan anda selepas mempelajari kaedah ini?
……………………………………………………………………………………………………
58
top related