teks ucapan menteri kesejahteraan bandar, … · semakan jabatan kerajaan tempatan, bagi tahun...
Post on 20-Aug-2021
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR,
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT JAWATANKUASA
PERUNDINGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (JPPBT)
2016 TARIKH : 23 MEI 2016 (ISNIN) JAM : 9.00 PAGI TEMPAT : HOTEL PULLMAN, MIRI SARAWAK
2
Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ab Rahman bin Awang Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Puan Susan Loh Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak Yang Berusaha Encik Lawrence Lai Yew Son Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Yang Berusaha Encik Mohamad Junaidi bin Mohidin Setiausaha Majlis Bandaraya Miri
Yang Berbahagia Datuk-Datuk Bandar, Yang Dipertua, Presiden dan Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
3
Wakil-wakil Agensi Persekutuan dan Negeri Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia
1. Pertamanya saya ingin mengalu-
alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato’-
Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-
Puan ke Mesyuarat Jawatankuasa
Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan
bagi tahun 2016. Saya juga ingin
merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Kerajaan Negeri
4
Sarawak dan Majlis Bandaraya Miri atas
kesudian menjadi tuan rumah pada
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan
Pihak Berkuasa Tempatan 2016.
2. Saya dimaklumkan mesyuarat ini
dihadiri oleh Datuk Bandar, Yang Dipertua
dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan,
pegawai - pegawai Bahagian Kerajaan
Tempatan, wakil pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, wakil Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
dan wakil Kementerian Kerajaan Tempatan
Sarawak. Wakil daripada agensi pusat juga
turut bersama dalam mesyuarat ini seperti
JPA, MAMPU dan Perbendaharaan.
5
MENANGANI CABARAN DAN
PERUBAHAN
3. Perubahan sosio-politik-ekonomi
diperingkat global mempengaruhi suasana
sosio-politik dan ekonomi di negara kita.
Perubahan ini juga mempengaruhi
perubahan cara berfikir rakyat. Ekspektasi
rakyat dan stakeholder terhadap kualiti
penyampaian perkhidmatan di peringkat
PBT turut berubah. Masyarakat peniaga
mengharapkan kualiti perkhidmatan PBT
berasaskan masa dan nilai wang. Dalam
hubungan ini, keupayaan PBT memenuhi
tuntutan peniaga dan pelabur menjadi faktor
penentu sama ada pelabur asing dan
6
domestik berminat menanam modal di
kawasan PBT atau sebaliknya. Pada masa
sekarang tahap daya saing negara juga
mengambil kira kecekapan penyampaian
perkhidmatan PBT. Ianya digunakan
sebagai kayu ukur dalam sistem penarafan
daya saing melalui ease of doing business.
Oleh sebab itu, kecekapan PBT akan
membantu merancakkan aktiviti pelaburan
dan perniagaan. Kesan langsung daripada
ini ialah PBT boleh mencipta peluang
pekerjaan dan menjana pendapatan rakyat
setempat seterusnya mampu meningkatkan
kesejahteraan hidup rakyat.
7
Hadirin yang dihormati sekalian,
MALAYSIA KE STATUS NEGARA MAJU
4. Daya saing negara di peringkat
antarabangsa telah meningkat. Ini boleh
dilihat daripada:
(i) Laporan Ease of Doing Business oleh
Bank Dunia, meletakkan Malaysia di tangga
ke-18 pada 2015, berbanding di kedudukan
ke-21 pada tahun 2010 dari kalangan 189
negara, di seluruh dunia.
(ii) Bagi Global Competitiveness Report,
World Economic Forum meletakkan
8
Malaysia di tangga ke-18 pada tahun 2015
berbanding di tangga ke- 26 pada tahun
2010.
(iii) Dari segi Financial Market
Development, oleh World Economic Forum
Global Competitiveness Ranking 2015-
2016, Malaysia tersenarai dalam kelompok
10 negara teratas iaitu, di tangga ke-9
diukur dari segi competitiveness.
PELAN TRANSFORMASI PIHAK
BERKUASA TEMPATAN
YBhg. Dato-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan
dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
9
5. Menyedari bahawa masih banyak
usaha yang perlu dilakukan untuk
membolehkan PBT membantu
meningkatkan daya saing negara,
khususnya berhubung peningkatan
kecekapan perkhidmatan PBT, KPKT
mengambil inisiatif untuk merangka dan
melaksanakan Pelan Transformasi PBT
mulai tahun ini dan tahun-tahun berikutnya.
Pelan Tranformasi PBT antara lain
menekankan pembangunan modal insan ke
arah meningkatkan Tadbir Urus PBT atau
Good Governance. Antara kriteria Good
Governance adalah, penyertaan
(participatory), pemuafakatan
(collaborative), ketelusan (transparent),
responsif, efektif, cekap, akauntabiliti,
10
kesaksamaan dan inklusif (equitable and
inclusive).
6. Dalam usaha membantu PBT
meningkatkan tadbir urus yang baik, saya
menyarankan beberapa langkah yang perlu
diambil oleh PBT. PBT perlu mendengar
suara dan permintaan rakyat terhadap
kualiti dan jenis perkhidmatan yang
ditawarkan. Untuk tujuan ini, segala bentuk
aduan dan syor rakyat haruslah dijadikan
input oleh PBT untuk merangka dasar dan
program. Kaedah terbaik bagi
mendapatkan syor dan permintaan rakyat
ialah melalui sesi pendengaran (town hall)
dan soal selidik yang diedarkan kepada
rakyat.
11
7. Sesi Town Hall boleh dijadikan
pendekatan untuk menjalin hubungan dua
hala antara PBT dan rakyat. Saya
dimaklumkan, Jabatan Kerajaan Tempatan
dalam suratnya bertarikh pada 16 Mac 2016
telah meminta supaya PBT yang belum
melaksanakan sesi Town Hall mengambil
langkah sewajarnya untuk
melaksanakannya. Template Panduan
Pelaksanaan Sesi Town Hall PBT juga telah
diberikan. Saya dimaklumkan beberapa
PBT telah mengadakan sesi ini. Namun,
masih banyak PBT yang belum
melaksanakannya.
8. Selaras dengan pendekatan yang
12
telus, saya juga ingin menyarankan supaya
PBT menerbitkan Buletin berkala untuk
memaklumkan program yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun. Saya
berharap pendekatan ini dapat menjalin
hubungan yang lebih rapat antara PBT dan
rakyat. Signifikannya ialah PBT menjadi
lebih mesra rakyat, dan mudahlah bagi
PBT melaksanakan segala program,
dengan lebih cekap dan efisyen.
MESYUARAT MAJLIS NEGARA DAN KERAAJAAN TEMPATAN (MNKT)
9. Untuk makluman para hadirin,
Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan
Tempatan (MNKT) yang ke-70 telah
13
diadakan pada 23 Februari 2016. Mesyuarat
ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri dan dihadiri oleh YB
Menteri-Menteri Persekutuan, YAB
Menteri Besar dan Ketua Menteri serta
Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan
Persekutuan dan Negeri. Mesyuarat ini
merupakan platform penyelarasan dasar
antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri. Dalam mesyuarat MNKT
ke 70 sebanyak 12 kertas iaitu 5 kertas
pertimbangan dan 7 kertas makluman telah
dipersetujui untuk diambil tindakan yang
sewajarnya oleh pihak yang berkenaan.
PENGUATKUASAAN
14
10. Hadirin sekalian, salah satu isu yang
diperkatakan oleh orang awam, dan juga
soalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat
adalah berkaitan dengan kelemahan
pelaksanaan undang-undang.
Penguatkuasaan undang-undang, terutama
dalam dua perkara yang berkaitan dengan
PBT, iaitu isu pendatang asing yang
berniaga tanpa lesen dan penyewaan
rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)
kepada pihak ketiga, termasuk kepada
pendatang asing sering menjadi isu hangat.
Isu ini jika tidak ditangani segera boleh
menjejaskan imej PBT dan juga merugikan
negara. Saya cadangkan tindakan
penguatkuasaan yang lebih efektif perlu
dipertingkat melalui kolaborasi dengan
15
pelbagai pihak berkuasa termasuk PDRM,
Rela, Imigresen, Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) dan lain-lain agensi
berkaitan.
PENGUKUHAN KEWANGAN
11. Pelan Transformasi PBT memasukkan
Pengukuhan Kewangan sebagai Teras ke-3
dalam pelan tersebut. Kewangan yang
kukuh memudahkan PBT meningkatkan
pelaksanaan program ke arah
meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam
usaha pengukuhan kewangan, PBT-PBT
boleh menggunakan pelbagai pendekatan:
(i) Menggunakan aset yang ada untuk
16
menjana hasil. Inisiatif paling
mudah ialah mendirikan papan
iklan luar, yang boleh disewakan
kepada syarikat-syarikat. Dalam
hubungan ini, saya ingin
menyarankan supaya PBT
memperuntukkan sejumlah
RM100,000 dari peruntukan BP1
yang diterima setiap tahun, untuk
diperuntukkan kepada usaha
mendirikan papan iklan luar ini.
(ii) Melipatgandakan kutipan cukai
pintu dan sewa PPR termasuk
tunggakan.
(iii) Memperkemas pengurusan
kewangan melalui pematuhan
17
peraturan dan prosedur yang telah
ditetapkan.
(iv) Membudayakan inovasi untuk
meningkatkan hasil dan
menjimatkan kos.
Yang Berbahagia Dato’- Dato’, Datin-
Datin,Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
saya hormati sekalian.
ISU-ISU PERJAWATAN DI UNIT OSC PBT
12. Penubuhan Unit OSC di PBT adalah
selaras dengan persetujuan Mesyuarat
Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
(MNKT) ke-55 yang telah bersidang pada
18
25 September 2006. Ia bertujuan untuk
menyelaras dan memperkasa prosedur
memproses cadangan pemajuan
pembangunan (KM) dan pelan bangunan.
13. PBT dikehendaki memastikan semua
struktur Unit OSC berada atau berhubung
terus dengan pejabat Yang Dipertua
sebagaimana objektif asal pewujudannya.
Sementara itu kakitangan sokongan yang
dilantik oleh PBT atas waran dan emolumen
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)
hendaklah dikekalkan di Unit OSC. Pihak
kementerian akan melakukan sesi auditan
perjawatan OSC dari masa ke semasa bagi
memastikan keakuran.
19
e-PAYMENT
14. Seterusnya dengan konsep Kerajaan
Elektronik, di bawah NKEA, Pihak Berkuasa
Tempatan disarankan untuk menyediakan
sekurang-kurangnya satu (1) perkhidmatan
ePayment kepada Rakyat. Perkhidmatan
yang boleh ditawarkan seperti Bayaran
Cukai Taksiran, Sewaan, Kompaun, Lesen
dan Pelbagai.
15. Pelan Strategik dan Hala Tuju e-
Pembayaran Sektor Awam 2010-2015 yang
dipantau oleh Jawatankuasa Kerja Task
Force (PEMUDAH) adalah bagi
memperkemaskan pelaksanaan ePayment
20
di Sektor Awam (JKKTF ePayment).
Sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan
Strategik dan Hala Tuju ePayment Sektor
Awam 2010 – 2015, trend menunjukkan
terdapat peningkatan bilangan agensi yang
melaksanakan perkhidmatan ePayment.
Sungguhpun demikian, berdasarkan
semakan Jabatan Kerajaan Tempatan, bagi
tahun 2015, sebanyak 33 PBT ( atau 21%)
masih belum menyediakan sebarang
kemudahan ePayment bagi sekurang-
kurangnya satu perkhidmatan PBT. Sasaran
bagi Pelan Strategik dan Hala Tuju e-
Pembayaran Sektor Awam 2016-2020
menetapkan, semua PBT (100%)
menyediakan perkhidmatan ePayment.
Kemudahan Perbankan Internet seperti
21
JomPAY, dengan kos pelaksanaan minimun
adalah untuk membolehkan pembayaran bil
dalam talian.
Yang Berbahagia Dato’- Dato’, Datin-
Datin ,Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
saya hormati sekalian.
PENUTUP
16. Saya yakin, dengan kerjasama semua
pihak, hasrat Kerajaan untuk
memperkasakan PBT bagi membolehkan
PBT menawarkan perkhidmatan terbaik,
dalam usaha meningkatkan kesejahteraan
rakyat dapat direalisasikan dalam jangka
masa terdekat. Saya berharap Mesyuarat
22
JPPBT pada hari ini akan membuahkan
hasil yang signifikan, terutama dalam usaha
memperkasa PBT untuk membantu
meningkatkan kesejahteraan bandar dan
rakyat selaras dengan wawasan negara.
26. Dengan lafaz Bismilahir Rahmanir
Rahim saya dengan ini merasmikan
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan
Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2016.
Wabillahitaufik walhidayah wassalam
mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAMAT
top related