teknik pemasaran email - masa yang sesuai untuk menghantar email

Post on 24-Jun-2015

126 Views

Category:

Marketing

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Adakah selama ini anda tahu masa yang tepat untuk menghantar email kepada subscriber anda? Masa yang ditunjukkan disini adalah berdasarkan kajian.

TRANSCRIPT

Newbie MarketersTutorial Pemasaran Kandungan

shamshul.com

TEKNIK PEMASARAN EMAIL

Mengikut Kajian Saintifik

shamshul.com

Pemasaran email kekal sebagai salah satu saluran elit untuk menjalankan bisnes online. Lagipun sekarang sudah ada software yang menghubungkan email dengan talipon pintar. Lebih 144 bilion email dihantar setiap hari dan bayangkan betapa sengitnya pertarungan untuk mendapatkan perhatian didalam email inbox subscriber anda.

shamshul.com

Jangan bimbang kerana kajian telah dijalankan dan ia membongkar “resepi” untuk menarik pandangan mata subscriber dan seterusnya membuka email anda.

shamshul.com

Sudah bersedia? Mari kita mulakan

shamshul.com

Tiada lagi “Hai, [MASUKKAN NAMA DI SINI]“.

Amalan ucapan email peribadi tidak begitu berkesan seperti yang disangka. Penyelidikan oleh Temple’s Fox School of Business, amalan begini boleh membahayakan.

“Memandangkan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap keselamatan siber mengenai phishing, kecurian identiti dan penipuan kad kredit, ramai pengguna akan berhati-hati dengan email, terutamanya email dengan ucapan peribadi.”

Unsur utama teknik pemasaran email adalah hubungan. Adakah penerima mempercayai anda? Adakah penerima tahu siapa anda?

#1 – Peribadikan (Personalize) email anda

shamshul.com

#2 – Panjang dan pendek subject line Apabila anda membuat

keputusan bagaimana untuk kraf subjek line yang sempurna, elakkan daripada menulis subjek line melebihi 60 aksara. Menurut penyelidikan oleh Adestra, yang menjalankan kajian ke atas lebih 900 juta email untuk laporannya, tidak ada peningkatan dalam open rate atau clickthroughts ke atas tajuk yang mempunyai 60-ke-70 aksara subjek line.

Subjek line yang mempunyai 49 aksara diuji baik untuk open rate manakala 70 aksara atau lebih pula telah diuji baik untuk clickthrough kerana ianya dapat menarik penglibatan pembaca/subscriber.

shamshul.com

Malah, Adestra mendapati bahawa subjek line yang kurang daripada 10 aksara mempunyai open rate sebanyak 58%.

Jadi persoalannya: Adakah anda mahu meningkatkan open rate (tindak balas) atau clickthrough (kesedaran)?

Teknik pemasaran email yang membantu adalah memerah banyak kata-kata atau mengurangkan hanya sedikit untuk mengelakkan melebihi 70 aksara.

shamshul.com

#3 - Pukul 8.00 malam adalah masa terbaik untuk menghantar email anda

Apa yang saya maksudkan disini dengan masa terbaik? Masa terbaik adalah masa yang paling, sangat sesuai untuk anda menghantar apa jua jenis email anda.

Dalam laporan email suku tahunan mereka bagi suku keempat 2012 itu, Experian Marketing Services mendapati bahawa masa yang menerima kadar terbuka terbaik ialah 08:00 malam hingga tengah malam. Masa ini bukan sahaja prestasi yang lebih baik untuk open rate tetapi juga untuk jumlah clickthrough dan jualan.

shamshul.com

Kesesakan inbox dan masa penghantaran pemasar lain saling berkaitan, jika email anda muncul bersama beberapa email lain, ia masih ada peluang yang lebih besar untuk mendapat perhatian (dicadangkan mula menghantar antara pukul 8:00 malam dan tengah malam).

Lakukan ujian demi ujian untuk mengetahui bila subscriber anda klik dan membuka email dari anda.

shamshul.com

#4 – Kandungan terbaik ialah kandungan percuma – berikan sesuatuDalam satu kajian yang dilakukan oleh Bluewire Media ke atas 6300 subscriber mereka, menggunakan bermacam-macam jenis kandungan untuk melihat open rate dan clickthrough tertinggi, mendapati freebie jenis template dan tools adalah pemenangnya. Inilah jenis freebies yang amat disukai oleh subscriber.

shamshul.com

#5 - Jadikan email anda mudah dibaca dalam talipon pintar

Pada masa sekarang ramai orang menggunakan talipon pintar untuk segalanya. Ini mungkin juga dilakukan oleh subscriber anda. Jadi pastikan email anda mudah dibaca didalam talipon pintar.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Litmus, mobile open (email yang boleh dibuka melalui talipon pintar) telah mencapai 47% open rate berbanding dengan desktop 32% dan webmail 21%.

shamshul.com

#6 - Email masih lagi mengatasi Facebook dan Twitter

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Social Twist dalam tempoh 18 bulan (18 bulan tau, bukan satu bulan) terhadap 119 kempen yang dilakukan oleh jenama dan syarikat-syarikat terkemuka, menunjukkan kelebihan ketara kepada email kerana berupaya menukar subscriber kepada pelanggan baru berbanding Facebook dan Twitter.

Daripada 300,000 referral yang menjadi pelanggan baru, 50.8% (152,400 subscriber/referral) dicapai melalui email, berbanding 26.8% untuk Twitter dan 22% Facebook.

shamshul.com

#7- Hantar email pada hujung minggu Bukan untuk menafikan masa 8.00 malam

hingga tengah malam, tetapi hari hujung minggu (Sabtu atau Ahad) mengatasi rakan-rakan mereka yang lain dalam seminggu.

Sekali lagi, jumlah email yang dihantar pada hujung minggu adalah rendah, yang boleh membantu menonjolkan email anda lagi. Margin untuk clickthrough, open rate dan kadar jualan tidak ketara, tetapi dalam teknik pemasaran email, setiap satu walaupun sedikit diambil kira.

shamshul.com

Seperti segala-galanya yang kita panggil sains, itu semua tentang melakukan eksperimen. Kemungkinan besar, jika anda melakukan eksperimen anda sendiri, anda mungkin benar-benar telah menemui hasil yang berbeza.

shamshul.com

www.shamshul.com

PERSEMBAHAN INI DIBAWAKAN KEPADA ANDA

OLEH

SHAMSHUL KAMAR

www.shamshul.com

top related