storage.googleapis.com · web viewini dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian...

14
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 1, No.3; 2017 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _____________________________________________________________________ ______________ Keperluan Latihan Bagi Mempertingkat Profesionalisme Kaunselor Salleh Amat, Wan Marzuki Wan Jaafar, Juhari Jani & Edris Aden Jabatan Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia *s a ll e hb a @ u k m . e d u . my Abstra k Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk latihan atau program-program yang diperlukan oleh kaunselor berdaftar bagi mempertingkat kecekapan profesionalisme kaunselor di Malaysia. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada kaunselor berdaftar secara dalam talian (on line) sebagai kaedah kutipan data. Seramai 437 orang kaunselor berdaftar telah memberi maklum balas kepada kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 286 kaunselor berdaftar yang menyertai kajian ini adalah perempuan dan 151 orang adalah kaunselor lelaki. Secara keseluruhannya, min bagi semua program yang dinyatakan dalam soal selidik mendapat min melebih 4.0. Ini menggambarkan para kaunselor berdaftar memerlukan pelbagai kursus atau program yang diperlukan bagi mempertingkat profesionalisme mereka. Antara program yang mendapat permintaan yang paling tinggi adalah seperti Krisis Intervensi, Ujian psikologi dalam kaunseling, Kreativiti dalam kaunseling dan Pengendalian kes cubaan bunuh. Secara keseluruhannya kajian ini talah berjaya mengenal pasti program yang diperlukan oleh para kaunselor berdaftar bagi mempertingkat profesionalisme mereka. Ini selaras dengan keperluan menyertai program- program perkembangan profesional atau lebih dikenali sebagai continuous profesional development yang diperlukan oleh para kaunselor. Kata kunci: Latihan kaunselor, profesionalisme, kaunselor 1.0 PENDAHULUAN Kepesatan perkhidmatan kaunseling di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi. Perkhidmatan kaunseling di Malaysia yang telah bermula pada awal tahun 60 an lagi sudah boleh dianggap sebagai mencapai tahap kematangan yang baik pada masa ini. Telah banyak penulisan berkaitan sejarah kaunseling di

Upload: others

Post on 08-Apr-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: storage.googleapis.com · Web viewIni dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini

Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 1, No.3; 2017E-ISSN 2600-8076Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) ___________________________________________________________________________________

Keperluan Latihan Bagi Mempertingkat Profesionalisme Kaunselor

Salleh Amat, Wan Marzuki Wan Jaafar, Juhari Jani & Edris Aden

Jabatan Pendidikan & Kesejahteraan KomunitiUniversiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia

*s a lle hba @uk m. edu. my

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk latihan atau program-program yang diperlukan oleh kaunselor berdaftar bagi mempertingkat kecekapan profesionalisme kaunselor di Malaysia. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada kaunselor berdaftar secara dalam talian (on line) sebagai kaedah kutipan data. Seramai 437 orang kaunselor berdaftar telah memberi maklum balas kepada kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 286 kaunselor berdaftar yang menyertai kajian ini adalah perempuan dan 151 orang adalah kaunselor lelaki. Secara keseluruhannya, min bagi semua program yang dinyatakan dalam soal selidik mendapat min melebih 4.0. Ini menggambarkan para kaunselor berdaftar memerlukan pelbagai kursus atau program yang diperlukan bagi mempertingkat profesionalisme mereka.

Antara program yang mendapat permintaan yang paling tinggi adalah seperti Krisis Intervensi, Ujian psikologi dalam kaunseling, Kreativiti dalam kaunseling dan Pengendalian kes cubaan bunuh. Secara keseluruhannya kajian ini talah berjaya mengenal pasti program yang diperlukan oleh para kaunselor berdaftar bagi mempertingkat profesionalisme mereka. Ini selaras dengan keperluan menyertai program- program perkembangan profesional atau lebih dikenali sebagai continuous profesional development yang diperlukan oleh para kaunselor.

Kata kunci: Latihan kaunselor, profesionalisme, kaunselor

1.0 PENDAHULUAN

Kepesatan perkhidmatan kaunseling di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi. Perkhidmatan kaunseling di Malaysia yang telah bermula pada awal tahun 60 an lagi sudah boleh dianggap sebagai mencapai tahap kematangan yang baik pada masa ini. Telah banyak penulisan berkaitan sejarah kaunseling di Malaysia sama ada dalam kertas kerja seminar, jurnal dan buku-buku ilmiah berkaitan kaunseling (Amla, Zuria, Salleh, 2009; Ching Mei See & Kok- Mun Ng, 2010; Melati, Ida Hartina, Norfaezah, Azmawati, 2014). Perkhidmatan kaunseling telah diterima dengan baik dalam sektor pendidikan apabila perlantikan guru bimbingan dan kaunseling secara sepenuh di sekolah. Begitu juga perlantikan kaunselor di sektor awam dan swasta membukitkan penerimaan dan keperluan perkhidmatan kaunseling oleh masyarakat sangat baik. Sebenarnya penerimaan kaunseling di Malaysia adalah apabila

tertubuhnya Akta Kaunselor iaitu Akta 580 yang memberi pengiktirafan kaunseling sebagai satu profesion di mana hanya mereka yang berkelayakan boleh digelar kaunselor.

Berasakan kepada Akta 580 ini, satu kod etika profesion kaunseling serta piawai latihan kaunselor telah diwujudkan. Piawaian latihan ini menjadi asas kepada latihan kaunseling di Malaysia. Ia secara umumnya mengandungi lapan bahagian yang perlu dipatuhi oleh mana-mana institusi yang ingin menjalankan program kaunseling di Malaysia. Adalah diharapkan setelah mengikuti piawai ini, institusi atau universiti akan berjaya menghasilkan kaunselor yang berkemahiran dan kompeten dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

14

Page 2: storage.googleapis.com · Web viewIni dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini

Lembaga Kaunselor pula berfungsi sebagai penyelia pemberian perkhidmatan kaunseling dan menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Ini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor berdaftar adalah yang terbaik kepada masyarakat Malaysia. Lembaga Kaunselor juga berperanan memastikan standard latihan kaunseling di Malaysia di patuhi. Latihan piawai kaunseling ini adalah bagi memastikan kaunselor yang dihasilkan adalah mereka yang boleh dianggap sebagai profesional dalam bidang perkhidmatan kaunseling. Oleh itu institusi pengajian tinggi yang mahu mengeluarkan graduan dalam bidang kaunseling haruslah menepati piawai latihan yang telah digariskan oleh pihak Lembaga Kaunselor.

Namun demikian adakah kaunselor hanya mendapat ilmu pengetahuan berkaitan kaunseling semasa di universiti sahaja? Bagaimana dengan peningkatan kemahiran dan pengetahuan kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling? Sejajar dengan rumitnya masalah serta kewujudan pelbagai fenomena gejala sosial hari ini maka adalah wajar para kaunselor mendalami ilmu kaunseling serta mempelbagaikan kemahiran agar mereka dapat berhadapan dengan isu-isu semasa berkaitan permasalahan manusia dengan lebih mudah. Kewujudan teknik baru yang lebih sesuai dengan klien dari pelbagai budaya serta diagnosis terbaru melalui Diagnostik Mental Disorder (DSM 5) memerlukan para kaunselor mempelajari ilmu-ilmu baru berkaitan kaunseling dan psikologi dari masa ke semasa. John dan McLeod (2014) menegaskan akan kepentingan kaunselor melibatkan diri dalam program pembelajaran berterusan bagi memperbaiki diri serta membuat refleksi diri.

Setelah menamatkan pengajian dalam bidang kaunseling dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor, seseorang kaunselor itu seharusnya berusaha untuk mempertingkat ilmu dalam bidang kaunseling dan psikologi bagi menambah kecekapan masing-masing. Ini selaras dengan keperluan latihan berterusan (continuing profesional development- CPD) yang diamalkan oleh badan-badan profesional yang lain. Ini juga selaras dengan cadangan pihak Lembaga Kaunselor yang merancang untuk memastikan kaunselor berdaftar mengikuti sejumlah jam kehadiran dengan menghadiri seminar atau bengkel-bengkel yang dapat mempertingkat profesionalisme para kaunselor berdaftar.

Adalah menjadi tanggung jawab seseorang yang dianggap sebagai profesional mempertingkat ilmu dan kemahiran masing. Megginson dan Whitaker (2004) menyatakan;

“Continuing Profesional Development is a process by which individuals take control of their own learning and development, by engaging in an on- going process of reflection and action. This process empowering and exciting and can stimulate people to achieve their aspiration and move toward their dreams. (pg. 5)

Seperti profesion lain juga, badan profesional mereka menghendaki ahli-ahli mereka mengikuti sejumlah masa bagi melayakkan mererak memperbaharui lesen amalan masing-masing. Program ini lebih dikenali sebagai Perkembangan Profesional Berterusan atau Continuing Profesional Development (CPD) mereka dikehendaki mengikut pelbagai program seperti bengkel dan seminar. Begitu juga McCarthy, Thompson, dan Fernandes (2007) menegaskan pembelajaran berterusan adalah suatu keperluan bagi mereka yang terlibat alam menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan mental secara profesional. Corey, Corey dan Callanan (2011) mengesakkan kepentingan pembelajaran berterusan ini sebagai sesuatu sangat diperlukan, “Profesional are required to engage in ongoing study, education, training, and profesional consultation in their areas of practice” (ms. 350).

Pelbagai pihak terutamanya pihak Lembaga Kaunselor dan Persatuan Kaunseling Malaysia telah mengadakan pelbagai seminar dan juga kursus- kursus jangka pendek bagi membantu para kaunselor mendapatkan ilmu yang terkini berkaitan kaunseling serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Namun demikian belum ada data atau maklumat yang berkaitan program atau kursus apakah yang diperlukan oleh kaunselor secara rasmi. Sehingga kini juga masih belum ada kajian yang dibuat secara khusus bagi mengetahui keperluan latihan yang diperlukan oleh para kaunselor bagi mempertingkat profesional mereka. Oleh itu kajian in adalah sebagai langkah awal untuk mengetahui program atau kursus-kursus yang diperlukan oleh para kaunselor bagi mempertingkat profesional kaunselor di Malaysia. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini akan memberi panduan kepada pihak Lembaga Kaunselor dalam merangka program pembelajaran berterusan kepada para kaunselor.

15

Page 3: storage.googleapis.com · Web viewIni dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini

Penambahan ilmu ini juga dapat dikaitkan dengan hasrat Lembaga Kaunselor yang menyarankan agar para kaunselor berdaftar sentiasa menambah ilmu masing-masing dan peka dengan perkembangan masyarakat yang semakin kompleks dengan menyertai program-program perkembangan profesional atau lebih dikenali sebagai continuous profesional development. Oleh itu sebagai langkah awal, pihak Lembaga Kaunselor perlu menjalankan kajian awal bagi mengenal pasti kursus-kursus atau program-program yang diperlukan oleh para kaunselor berdaftar bagi mempertingkat kemahiran masing-masing sebagai seorang kaunselor profesional. Adalah dijangkakan program atau latihan yang diikuti akan dapat mempertingkat kecekapan para kaunselor menjalankan sesi kaunseling.

2. TUJUAN

Kajian ini adalah kajian awal yang bertujuan untuk mengenal pasti latihan, bengkel, program atau kursus yang diperlukan oleh kaunselor berdaftar bagi mempertingkat kecekapan profesionalisme kaunselor di Malaysia.

3. KAEDAH KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai kaedah kutipan data. Populasi kajian ini adalah kaunselor berdaftar di Malaysia. Responden kajian adalah kaunselor berdaftar yang memberi respons secara dalam talian (on line) secara sukarela. Soal selidik telah di email kepada para kaunselor berdaftar dan mereka dijemput untuk menyertai kajian secara sukarela dengan memberi respons kepada soal selidik yang dijawab secara dalam talian.

3.1 Soal-selidik

Satu set soal selidik bagi mendapatkan maklum balas berkaitan program atau kursus yang diperlukan oleh kaunselor berdaftar telah dibina. Sebagai permulaan pengkaji telah mendapatkan pandangan daripada 15 orang kaunselor berdaftar dan 3 orang pensyarah dalam bidang kaunseling berkaitan dengan program-program wajar diikuti. Hasil daripada perbincangan dengan wakil kaunselor berdaftar dan para pensyarah ini satu soal selidik yang mengandungi senarai program yang diperlukan oleh kaunselor berdaftar bagi meningkatkan kecekapan profesionalisme mereka telah dibina.

Seterusnya soal selidik ini telah di berikan kepada seramai 30 orang pelajar sarjana kaunseling yang juga terdiri daripada sebahagiannya adalah kaunselor berdaftar sebagai kajian rintis. Maklum balas daripada kajian rintis ini telah dikemaskinikan dan soal selidik akhir berkaitan keperluan latihan kaunseling telah dihasilkan.

Seterusnya, soal selidik ini telah diedarkan secara dalam talian (on line) kepada kaunselor berdaftar di Malaysia. Ini dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini boleh dicapai secara dalam talian di alamat h tt p s : / /ww w . s u r v e y m o n k e y . c o m / r / L e m b a g a - K a u n s e l o r . E mail jemputan kepada kaunselor berdaftar telah di hantar sebanyak dua kali. Email kedua adalah sebagai ingatan dan jemputan semula bagi menyertai kajian

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 Latar Belakang Responden

Berikut adalah maklumat berkaitan latar belakang responden kajian ini yang melibatkan jantina, umur, kelayakan akademik, tempat bertugas, serta pengalaman bertugas sebagai kaunselor berdaftar.

4.2 Jantina

Secara keseluruhan, seramai 437 orang kaunselor berdaftar telah menyertai kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 286 kaunselor berdaftar yang menyertai kajian ini adalah perempuan dan 151 orang kaunselor lelaki telah menyertai kajian ini. Jadual 1 menunjukkan taburan responden yang telah menyertai kajian ini

Jadual 1: Jantina

4.3 Umur

Dari segi umur pula, secara umumnya ramai kaunselor berdaftar yang turut serta dalam kajian ini berada dalam kategori umur antara 20-30 tahun dan31-40 tahun. Kategori umur kaunselor berdaftar

16

Page 4: storage.googleapis.com · Web viewIni dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini

yang menyertai kajian ini digambarkan melaluiJadual 2 di bawah.

4.4 Kelayakan Akademik

Dari segi kelayakan akademik (Jadual 3), majoriti peserta kajian memiliki ijazah sarjana muda (50.1%). Ini diikuti dengan mereka yang mempunyai ijazah sarjana atau master (45.3%). Dua puluh orang (4.6%) responden yang memiliki ijazah kedoktoran telah turut serta dalam kajian ini.

Jadual 3: Kelayakan Akademik

4.5 Tempat Bertugas

Tempat bertugas di kategorikan kepada kaunselor berdaftar yang berkhidmat dengan sektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Dapatan kajian menunjukkan seramai 316 kaunselor berdaftar yang memberi respons kepada kajian ini bertugas sebagai kakitangan kerajaan (72.3%) dan (18.3%) bekerja dalam sektor swasta serta 9.4% bekerja sendiri (Jadual 4)

4.6 Pengalaman Sebagai Kaunselor BerdaftarSecara keseluruhannya majoriti responden mempunyai pengalaman antara 2-4 tahun sebagai kaunselor berdaftar (28.8%) dan diikuti dengan mereka yang berpengalaman sebagai kaunselor berdaftar yang kurang daripada 2 tahun (24.9%). Maklumat berkaitan pengalaman ini dilaporkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Pengalaman Sebagai Kaunselor Berdaftar

4.7 Maklum Balas TerhadapProgram/Bengkel/Kursus

Maklum balas terhadap bengkel atau kursus yang dikehendaki oleh kaunselor berdaftar disenaraikan dalam Jadual 6. Min tertinggi ialah Intervensi krisis(4.63), diikuti dengan Bengkel ujian-ujian psikologi dalam kaunseling (4.59), Kreativiti dalam kaunseling (4.57), Pengendalian kes cubaan bunuh diri (4.55), dan Solution-focused brief therapy (4.53).Ringkasan min bagi keseluruhan program/bengkel/kursus yang paling diperlukan adalah seperti dalam Jadual 6 serta Rajah 1.

17

Page 5: storage.googleapis.com · Web viewIni dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini

Jadual 6: Program/Bengkel/Kursus

5. Cadangan Program/Bengkel/Kursus

Responden juga mencadangkan beberapa kursus atau bengkel yang mereka ingini bagi meningkatkan kecekapan profesionalisme mereka sebagai kaunselor berdaftar. Setelah dikemaskinikan, senarai cadangan yang diberikan oleh responden adalah seperti berikut:

Senarai Cadangan Program/Bengkel/Kursus Pengendalian kes yang melibatkan

dilema/etika kaunseling Kaunseling keganasan rumah tangga Kaunseling penderaan kanak-kanak Terapi permainan untuk mangsa seksual

(kanak-kanak) Kaunseling perkahwinan Pengendalian kes/case conference

Gerontology Counselling Kaunseling trauma dan bencana Social Justice Technology and Social Media in

Counselling Kaunseling pemulihan (addiction other than

drug/methadone program) Pendekatan Islam dalam kaunseling Terapi pernafasan dan terapi relaksasi Psikodrama Konsultasi dalam kaunseling Hipnosis Kaunseling penyalahgunaan bahan Kaunseling untuk banduan kes-kes ringan

dan berat. Menangani trauma Perundangan dalam kaunseling Ujian personaliti NLP/ EMDR Pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan

kaunseling di sekolah Bereavement /grief Kaunseling kepada banduan bakal mati

seperti hukuman gantung/HIV Penggunaan teknik-teknik kaunseling Peningkatan kerjaya profesion kaunselor Grafologi/ Graphology Kaunseling komuniti Psikologi forensik Meditation Kajian tindakan dalam kaunseling Kaunseling bagi klien OKU Movement Therapy Singing Therapy Pengurusan kemarahan (anger

management) Muzik terapi Pengurusan kaunseling pelajar IPT Bengkel farmakologi Kaunseling golongan tua dan gelandangan Menangani klien bawah umur Problem solving Kaunseling Syarie Narrative therapy Kaunseling secara dalam talian (online) Kaunseling kerjaya

6. PERBINCANGAN

Sebahagian besar daripada responden kajian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dengan umur antara

18

Page 6: storage.googleapis.com · Web viewIni dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini

20-40 tahun. Oleh kerana kajian ini menggunakan tinjauan yang dibuat secara dalam talian, dapat dilihat bahawa kebanyakan kaunselor berdaftar yang aktif menggunakan kemudahan komputer mungkin terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 40 tahun. Ia memberi kesan kepada kajian akan datang bagi memastikan penglibatan yang lebih kepada kaunselor yang berumur lebih daripada 40 tahun. Penggunaan kaedah kajian secara dalam talian mungkin tidak dapat menjangkau kepada keseluruhan kaunselor berdaftar. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan keupayaan pengguna komputer (computer savvy) dalam kalangan kaunselor berdaftar yang lebih senior.

Pengkaji juga mendapati beberapa email tidak dapat disampaikan kepada penerima. Ini berkemungkinan alamat e mail yang tidak lengkap atau berlaku kesilapan alamat e mail yang telah disediakan oleh kaunselor berdaftar semasa pendaftaran. Oleh itu pihak Urusetia Lembaga Kaunselor perlu mengemaskinikan data maklumat kaunselor berdaftar agar maklumat dapat disampaikan kepada mereka jika disampaikan melalui email.

Secara keseluruhannya kajian in telah berjaya mendapatkan maklumat berkaitan dengan program atau kurus-kursus yang diperlukan bagi mempertingkat profesionalisme kaunselor berdaftar. Secara keseluruhannya juga, min bagi semua kursus serta program yang dinyatakan dalam soal selidik mendapat min melebih 4.0. Ini menggambarkan para kaunselor berdaftar memerlukan pelbagai kursus atau program yang diperlukan bagi mempertingkat profesionalisme mereka. Dapatan ini selari dengan pandangan beberapa kaunselor berdaftar yang ditemui secara rambang dan mereka menyatakan bahawa mereka memerlukan pelbagai kursus selepas tamat pengajian.

Namun demikian, analisa min tertinggi menunjukkan program atau kursus Intervensi Krisi, Bengkel ujian-ujian psikologi dalam kaunseling, Kreativiti dalam kaunseling dan Pengendalian kes cubaan bunuh diri adalah antara program-program yang dikehendaki oleh kaunselor berdaftar. Intervensi krisis mungkin dapat dikaitkan dengan tragedi-tragedi yang menimpa negara sejak kebelakangan ini terutama semasa kes kehilangan pesawat MAS dan peristiwa banjir besar di Kelantan. Sememangnya latihan berkaitan intervensi krisis tidak diajar secara langsung dalam latihan kaunseling dalam kebanyakan program kaunseling di Malaysia.

Kreativiti dalam kaunseling pula merupakan pendekatan baru dalam kaunseling bagi memudahkan proses membantu klien. Kaunselor juga seharusnya mempelajari teknik-teknik baru dalam penyelesaian masalah. Kaunselor juga perlu mempelajari bagaimana pengendalian kaunseling yang berkaitan isu-isu bunuh diri. Ini kerana kejadian berkaitan bunuh diri atau cubaan bunuh diri semakin meningkat di Malaysia dewasa ini. Begitu juga kemahiran menggunakan ujian-ujian psikologi adalah sesuatu yang penting bagi dikuasai oleh kaunselor berdaftar. Ini boleh membantu mereka membuat penilaian yang objektif terhadap permasalahan dan perancangan rawatan dalam sesi kaunseling. Ini selaras denga usaha Lembaga Kaunselor yang menekankan aspek penilaian yang objektif dalam membuat laporan kaunseling.

Para responden juga telah menyenaraikan pelbagai program atau kursus yang mereka perlukan bagi mempertingkat profesionalisme mereka. Namun demikian, pihak Lembaga Kaunselor bukanlah satu badan yang peranan utamanya adalah mengendalikan program atau kursus kepada kaunselor berdaftar. Oleh itu hasil dapatan kajian ini wajar dikongsi dengan pihak yang menawarkan program-program kaunseling atau persatuan- persatuan kaunseling terutamanya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) bagi mengendalikan program-program berkaitan. Malah pihak Lembaga kaunselor boleh bekerjasama dengan PERKAMA bagi mengendalikan program yang dicadangkan. Bagi memanfaatkan lebih ramai kaunselor terlibat, pelaksanaan mengikut zon mungkin boleh dijalankan. In bermakna program latihan boleh dijalankan seperti di Sabah, Sarawak, zon pantai timur, utara, tengah dan selatan.

Akhir sekali, adalah diharapkan dengan adanya senarai program yang diperlukan ini, ia boleh menjadi panduan asas kepada pihak Lembaga Kaunselor serta pihak lain bagi merangka program yang lebih komprehensif. Latihan yang disediakan juga boleh di selaraskan dengan latihan perkembangan profesional yang dicadangkan sebagai sayarat wajib kepada kaunselor berdaftar bagi memperbaharui perakuan amalan masing- masing. Ini selaras dengan badan profesional lain yang mensyaratkan ahli profesional itu mendapat latihan secara berterusan sebelum memperbaharui lesen amalan profesional bidang masing-masing.

19

Page 7: storage.googleapis.com · Web viewIni dilakukan dengan menghantar jemputan untuk menyertai kajian ini kepada semua kaunselor berdaftar melalui email. Kajian tinjauan (survey) ini

7. IMPLIKASI KEPADA LEMBAGA

Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan kaunselor berdaftar memerlukan latihan-latihan bagi meningkatkan kecekapan profesionalisme masing- masing. Latihan yang disediakan juga akan dapat membantu para kaunselor berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang semakin kompleks dalam membantu klien. Secara khususnya, kajian ini memberi implikasi berikut kepada Lembaga Kaunselor:

1. Lembaga Kaunselor perlu menyemakkembali peranan yang dimainkan oleh Lembaga Kaunselor terutamanya dalam aspek berkaitan latihan kaunseling.

2. Menyediakan polisi latihan berterusan para kaunselor berdaftar melalui program Perkembangan Profesional Kaunselor (CPD points).

3. Melaksanakan program-program yang boleh meningkatkan profesionalisme para kaunselor berdaftar.

4. Mengendalikan bengkel-bengkel atau program-program latihan dengan kerjasama pihak institusi pengajian tinggi serta Persatuan Kaunseling di Malaysia.

5. Bengkel, kursus atau program yang dijalankan boleh dijadikan sebagai markah kepada program Perkembangan Profesional Kaunselor (CPD points).

8. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya kajian keperluan ini talah berjaya mengenal pasti program yang diperlukan oleh para kaunselor berdaftar bagi mempertingkat profesionalisme mereka. Adalah diharapkan agar latihan yang diikuti akan dapat mempertingkat kecekapan para kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling. Kursus atau program yang akan dijalankan adalah selari dengan perancangan pihak Lembaga Kaunselor yang akan memerlukan para kaunselor berdaftar mengikuti sejumlah mata pendidikan berterusan bagai memperbaharui perakuan amalan masing-masing. Adalah diharapkan dengan adanya program-program yang akan dijalankan dapat mempertingkat profesionalisme para kaunselor berdaftar selaras dengan para profesional dalam bidang lain yang telah lama

bertapak di Malaysia. Pihak Lembaga Kaunselor perlu lebih serius dalam menyediakan program- program atau kursus-kursus yang telah diutarakan oleh para kaunselor berdaftar. Sehubungan dengan itu satu polisi berkaitan latihan berterusan para kaunselor berdaftar melalui program Perkembangan Profesional Kaunselor (CPD points) perlu disegerakan.

Adalah diharapkan agar latihan yang diikuti akan dapat mempertingkat kecekapan para kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling.

RUJUKAN

Amla Salleh, Zuria Mahmud, & Salleh Amat (2009). Bimbingan dan kaunseling sekolah. Bangi: Penerbit UKM

Ching Mei See & Kok-Mun Ng. 2010. Counseling in Malaysia: History, current status and future trends. Journal In Counseling Development, 88, 18-22.

Corey, G. Corey, M.& Callanan, P. (2011) Issues and Ethics in the Helping Professions. Belmont: Brooks/Cole.

Megginson, D. & Whitaker, V. (2004). Continuing Profesional Development. London: Charted Institute of Personnel and Development

McLeod, J. & , McLeod, J. (2014). Personal And Professional Development for Counsellors, Psychotherapists and mental health practitioners. London: Open University Press

McCarthy, J., Thompson, A. J., & Fernandes, T. E. (2007, October). Promoting professional development among students and professional counselors. Paper based on a program presented at the Association for Counselor Education and Supervision Conference, Columbus, OH.

Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md. Khalid, & Azmawaty Mohamad Nor(2014). Teori kaunseling dan psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit UM.

20