kemahiran menerima dan menghantar bola

7
Kemahiran Asas Kemahiran menghantar bola & menerima bola Kepentingan interaksi & komunikasi semasa bermain

Upload: jafri1980

Post on 18-Jun-2015

12.866 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA

Kemahiran Asas

Kemahiran menghantar bola & menerima bola

Kepentingan interaksi & komunikasi semasa bermain

Page 2: KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA

Kemahiran menghantar dan menerima bola atas kepalaMenghantar Menerima

Pegang bola dengan sebelah tangan. Gerakkan tangan yang memegang bola ke belakang kepala. Baling bola tinggi ke arah sasaran.

Pandang ke arah bola. Lompat dengan tangan lurus

ke atas kepala dan jari-jari tangan direnggangkan.

Sambut bola dan rapatkan bola ke badan.

Page 3: KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA

Kemahiran menghantar dan menerima bola lantunMenghantar Menerima

Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan dan bawa bola ke dada. Lantunkan bola ke hadapan.

Hantaran ini dilakukan apabila ruang hantaran di atas dan sisi dikawal oleh pihak lawan.

Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menerima bola.

Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

Page 4: KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA

Kemahiran menghantar dan menerima bola sisiMenghantar Menerima Berdiri secara mengiring

dengan sebelah kaki ke hadapan, kea rah sasaran. Cengkam bola dengan sebelah tangan. Kilas pinggang dan ayunkan bola ke hadapan.

Kemahiran ini sesuai untuk menghantar bola ke pelbagai arah.

Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menerima bola.

Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

Page 5: KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA

Kemahiran menghantar dan menerima bola aras dadaMenghantar Menerima Berdiri seluas bahu menghadap

sasaran. Bawa bola ke dada dan hantar bola ke hadapan dengan kedua-dua belah tangan.

Kemahiran ini sesuai untuk hantaran dekat dengan pantas bagi mengelak dipintas oleh pihak lawan.

Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menerima bola.

Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Bawa bola ke dada untuk menyerap daya.

Page 6: KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA

Kepentingan berinteraksi dan berkomunikasi semasa bermain

•Memudahkan kita membuat hantaran dan menyambut

bola dengan tepat ketika perlawanan.

•Melancarkan permainan ketika berada di tengah padang.

•Dapat menyusun strategi yang berkesan dan lebih baik.

•Memudahkan pemain menerima arahan dari jurulatih

ketika permainan.

Mengurang dan mengelakkan daripada melakukan

sebarang kesilapan

Page 7: KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA

Hubungkait masa tindak balas dan asas permainan bola baling.

Masa tindak balas ada hubungkait dengan asas permainan bola baling kerana setiap kali hantaran dibuat sudah semestinya pemain yang akan menyambut perlu bertindak pantas.

Bagi penjaga gol pula masa tindak balas memang perlu kerana balingan dari pihak lawan adalah sangat kuat dan pantas. Oleh yang demikian, penjaga gol perlu menepis atau menangkap bola balingan dari pemain pihak lawan.

Dalam permainan bola baling juga tugas penghalang adalah menghalang pihak lawan dalam menjaringkan gol. Pengalang perlu masa tindak balas dalam merampas bola.