tekanan emosi di kalangan guru

Post on 05-Feb-2016

33 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

hfg

TRANSCRIPT

TEKANAN EMOSI DI KALANGAN GURULANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI

URUSKAN MASA DENGAN EFEKTIF

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan.

Pastikan mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan.

Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

ELAKKAN MENGAMBIL DADAH ATAU ALKOHOL

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan kembali.

REHAT SEKETIKA

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk meminimumkan tekanan.

Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan.

Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

KURANGKAN GANGGUAN

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu.

Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan.

Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

LAKUKAN MEDITASI

Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan.

Ini termasuklah bernafas dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh.

Jangan lupa juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

BERFIKIRAN POSITIF DAN MENGAWAL KETAKUTAN

Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif.

Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari.

Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat diubah atau dicapai.

DAPATKAN NASIHAT

Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah.

Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

BELAJAR KATAKAN ‘TIDAK’

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak.

Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan.

Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.

DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang akan

mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

LAKUKAN SENAMAN

Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan.

Cara ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana.

Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

top related