tajuk 8.pptx

Post on 07-Dec-2015

258 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

APRESIASI KARYA SENI

ALAM MELAYU DISEDIAKAN OLEH : Anushiah

A/P Gopala Krishnan : Khairul Amilien

Bin Rahim : Nalini A/P Silvaraju

: Siti Hajar Aisyah Binti Isa

PSV 3110 : TAJUK 8

KARYA 1

FALSAFAH DAN STAIL

Tajuk : Langit dan Bumi IArtis : Syed Ahmad JamalTahun : 1998Media : AkrilikMedium : Kain kanvasSaiz : 203 sm x 274.5 sm

Stail…Impasto • Ia adalah teknik lukisan di mana cat dilapiskan

dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga arah goresan sangat mudah terlihat.

• Cat yang digunakan akan tercampur di atas kanvas.

• Saat kering, teknik impasto akan menghasilkan tekstur yang jelas, sehingga kesan kehadiran objek lebih terasa.

Berus Barat• Alat yang digunakan beliau adalah

menggunakan berus yang berasal dari negara barat.

• Kesan sapuan pelbagai saiz dan bentuk berus menampakkan kesan garisan pada karya beliau.

Akrilik• Bahan media ini akan menampakkan kesan

kilatan seperti cat minyak. • Ia juga menampakkan kesan campuran warna

tebal dan nipis.

Falsafah…• Melihat karya Langit dan Bumi dari aspek formal

bawah ke atas, didapati penggunaan tanah dengan cadangan berlapisan dapat menegaskan sifat geografik bumi yang berlapis-lapis.

• Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secara abstrak mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan alam tabii.

• Bentuk seakan-akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan yang berlapis-lapis, menandakan rakaman alam dalaman yang menyanjungi ciptaan tuhan.

PERBANDINGAN BUDAYA DAN

KEPERCAYAAN

Budaya…Melayu• Syed Ahmad Jamal hidup dalam kalangan

masyarakat Melayu.• Oleh itu, budaya kemelayuan cuba diterapkan

beliau di dalam karya ini dengan menggunakan tema keindahan alam.

• Beliau cuba meluahkan suasana berada di kampung.

• Jika di bandar tentu sekali kita tidak akan melihat keaslian alam.

• Sememangnya masyarakat Melayu amat menghargai keindahan alam semulajadi seperti seni ukir banyak menggunakan motif alam semulajadi.

Kepercayaan…

Islam• Syed Ahmad Jamal menganut agama Islam. • Oleh itu, beliau meluahkan hasil karya

berkenaan kesyukuran dan ketakjuban beliau terhadap penciptaan malam dan siang.

• Penggunaan warna panas ke sejuk dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak tentang kehebatan alam tabii ciptaan Tuhan.

PERBANDINGAN KARYA-KARYA

• Warna juga memberi perlambangan kepada lima waktu iaitu warna gelap (Isyak), biru (subuh), hijau (Zohor), kuning (Asar), merah (Maghrib).

• Lima waktu ini diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk solat kali sehari.

• karya dibezakan dari segi beberapa unsur seni dan juga prinsip rekaan

• Terdapat pelbagai jenis sifat garisan iaitu garisan perlahan, sederhana, pantas dan tegas.

• Gabungan daripada berbagai-bagai jenis garisan tersebut lalu membentuk beberapa jenis jalinan (texture), memperkayakan lagi karya SAJ.

• Secara keseluruhannya SAJ menggunakan jalinan mujarad (abstract texture).

• Penggunaan rupa yang agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu rupa merah pada tanah yang berlapis-lapis.

• Dari aspek elemen ruang pula, SAJ menggunakan `ruang mendatar’ dan `ruang cetek’.

• Secara keseluruhannya karya SAJ mendominasikan ruang cetek.

• Sementara ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna merah.

• SAJ menggunakan `warna panas’ ke `warna sejuk’ dalam pengolahan karyanya ini.

• Warna merah (warna panas) pada bahagian pertama atau bawah karya.

• Diikuti dengan warna kuning (warna panas) memenuhi sebahagian kawasan bumi.

• Warna biru muda (warna sejuk) di bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan akhirnya warna biru tua (warna sejuk) di bahagian langit dan bintang-bintang.

• Untuk membentuk `keharmonian’ dari segi warna, warna-warna panas tersebut diulang-ulangkan pada bahagian warna sejuk.

• Ini dapat dilihat terutamanya pada bentuk awan dan juga bintang-bintang.

• Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan yang cukup mantap.

• Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta pandangan saujana antaranya menimbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian.

• Kesatuan dan keanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya SAJ sebagai karya yang kaya, sarat bahkan berisi nilai-nilai falsafah dan budaya.

• Falsafah dan budaya yang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah peradaban yang tidak ternilai harganya.

• Dari aspek falsafah teras utama yang ditunjangi oleh SAJ adalah tauhid.

• Ini dapat dilihat pada permulaan katalog pameran antara langit dan bumi (Muliyadi, 2000).

KARYA 2

Tajuk : Summer MountainsArtis : Qu DingZaman : Dinasti Song Selatan (960–1127)Tarikh : Pertengahan abad pertamaBudaya : CinaMedium : Skrol tangan; dakwat dan warna atas kain sutera Saiz : 45.4 x 115.3 sm.

Stail…Teknik Catan Cina (Pai Miao)• Catan Cina mempunyai tiga gaya iaitu Pai

Miao, Gong Bi dan Xieyi. Dalam lukisan, beliau menggunakan teknik Pai Miao iaitu lukisan seperti lakaran tanpa warna. Sama seperti lukisan pensil yang dipelajari pelajar, lukisan ini mementingkan kelicinan dan kematangan garisan serta ton gelap dan cerah yang memberi kesan kepada bentuk.

Berus Cina• Ia mempunyai hujung halus yang sesuai untuk

berurusan dengan pelbagai subjek dan untuk menghasilkan variasi garisan yang diperlukan oleh gaya yang berbeza.

• Perkembangan dalam gaya dan teknik kaligrafi juga boleh digunakan dalam lukisan.

Dakwat Cina• Diperbuat daripada arang pokok pine. Darjah

kecerahan warna kelabu bergantung kepada kuantiti air yang digunakan.

Falsafah…• Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat

beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti ’melukis tanpa sombong’ yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan.

• Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya.

• Falsafah seterusnya adalah ’tidak menghadapi kerja dengan lalai’ falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna

PERBANDINGAN BUDAYA DAN

KEPERCAYAAN

Budaya…Cina• Qu Ding pula menjalani kehidupan di kalangan

masyarat Cina pada zaman Dinasti Song. • Dalam karya beliau, terdapat seni bina Cina.

Contohnya rekaan kapal, kuil, pintu gerbang pada tangga dan rumah.

• Dalam karya ini menceritakan tentang seorang pengembara yang hendak menuju ke arah kuil yang terletak di kaki gunung.

• Sememangnya kebudayaan masyarakat Cina membina kuil di sekitar gunung.

• Mungkin untuk menyenangkan sami budha mencapai tahap Zen.

Kepercayaan…

Konfusianisme • Pada zaman ini, Qu Ding menganut ajaran falsafah ini. • Dalam lukisan beliau menekankan keharmonian manusia

dengan alam semulajadi dan penekanan terhadap perwatakan manusia.

• Karya ini mempunyai corak, bentuk dan struktur yang tersendiri dan membawa simbol yang sungguh bermakna dan ia harus difahami dalam usaha meningkatkan nilai murni pada minda dalaman individu serta membentuk jati diri.

PERBANDINGAN KARYA-

KARYA

• karya dibezakan dari segi beberapa unsur seni dan juga prinsip rekaan

• Di dalam lukisan ini terdapat banyak unsur seni seperti garisan, jalinan, bentuk, warna dan rupa.

• Garisan sama ada pada kaligrafi atau pada bentuk imej pada lukisan.

• Garisan ini menimbulkan bentuk seperti jambatan, rumah,pokok, gunung, kapal, jeti, tangga dan pokok.

• Terdapat ruang perspektif antara gunung dan laut bagi menimbulkan kejauhan pemandangan.

• Terdapat juga jalinan kasar dan lembut.• Jalinan kasar terdapat pada batu dan daun-daun

pokok manakala jalinan lembut pula untuk menimbulkan bentuk awan dan kabus di sekitar gunung.

• Warna yang monokrom digunakan dalam menghasilkan lukisan dan menimbulkan bentuk pada lukisan.

• Manakala prinsip rekaan pula seperti harmoni pada gunung-ganang. Irama dan pergerakan pada awan, kabus dan aliran sungai.

• Kontra pula pada objek bukan semulajadi seperti jambatan, kapal, jeti, rumah dan tangga.

• Penegasan pula pada kaligrafi puisi yang terletak di sebelah kanan karya ini.

• Karya ini diimbangkan dengan menggunakan imej gunung.

Sekian,terima Kasih…

top related