surat permohonan cenderahati dan sijil - copy
Post on 27-Oct-2015
460 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BIG Fasa VI/2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,Jalan Behor Pulai,01000 Kangar,Perlis.________________________________________________________________
Encik Mohamad Nizam b. Hamid,Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,IPG Kampus Perlis,Jalan Behor Pulai,01000 Kangar,Perlis. 3 JULAI 2013
Tuan,
Permohonan Cenderamata dan Sijil Untuk BIG Fasa VI/2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk maklumat pihak tuan, kumpulan kami, iaitu PISMP MT/PJ/BC semester 6 akan mengadakan program Bina Insan Guru Fasa VI/2013 iaitu Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) pada 11 Julai 2013.
3. Dengan ini, kami ingin memohon cenderamata dan sijil daripada pihak tuan kepada pihak sekolah. Untuk rujukan tuan, senarai butiran telah dilampirkan pada muka surat seterusnya.
4. Oleh itu, kami berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
_____________________
(WONG SIOK SHIM)Biro Cenderahati,Jawatankuasa Kerja,Program BIG Fasa VI/2013IPG Kampus Perlis.
SENARAI BUTIRAN YANG DIPERLUKAN
Bil. Item Kuantiti
1 Beg Cenderamata 5
2 Sijil Penghargaan 5
3 Tuala 5
4 Mug 5
5 Pen 5
top related