srf 3023 tugasan 2
Post on 13-Dec-2015
49 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Bateri merupakan salah satu keperluan yang boleh
dikatakan sangat penting penggunaannya dalam kehidupan
seharian. Pelbagai jenis dan jenama bateria yang dijual di kedai.
Antara jenama bateri yang paling popular dijual di pasaran ialah
Energizer , Panasonic dan Everaday. Harga bagi ketiga-tiga
jenama ini adalah berbeza-beza . Pada kebiasannya penetapan
harga sesuatu bateri itu berdasarkan tahap ketahanan dan
ekonomikal bateri tersebut. Semakin tahan lama bateri tersebut
semakin mahal harganya.
Dalam kajian ini , pengkaji akan membuat satu ujikaji
terhadap 3 jenis bateri 2A yang berlainan jenama. Bateri tersebut
akan digunakan untuk menghidupkan sebuah litar yang
mengandungi sebiji mentol . Mentol akan dibiarkan bernyala
sehingga bateri yang digunakan kehabisan cas. Dalam kajian ini
bateri yang digunakan ialah Energizer , Panasonic dan Everaday.
Kaedah pemerhatian akan dijalanlan semasa ujikaji itu dijalankan.
Tujuan utama ujikaji ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
sejauh mana ketahanan bateri itu boleh digunakan dan untuk
memilih bateri yang paling ekonomikal. Selain daripada itu , ujikaji
ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah tanggapan orang
ramai benar atau tidak bahawa harga yang mahal mempunyai ketahanan yang lama dan begitu juga sebaliknya.
Daripada apa yang diperolehi daripada keputusan ujikaji
dan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji , dapatlah
disimpulkan bahawa bateri yang mempunyai jenama dan harga
yang mahal mempunyai ketahanan yang lama dan ekonomikal
berbanding jenama-jenama yang lain. Daripada kajian tersebut ,
bateri jenama Energizer adalah yang ekonomikal dan tahan lama
berbanding dua jenis bateri iaitu Panasonic dan Everaday. Walalau
bagaimanapun , pengguna boleh juga menggunakan bateri
jenama Everaday dan Panasonic ini kerana ianya juga mempunyai
kualiti dan ketahanan yang baik berbanding bateri-bateri lain yang
ada dijual di kedai.
Oleh yang demikian pengguna perlu berfikir dengan bijak
semasa membeli sesuatu barangan , gunalah barangan yang
mempunyai kualiti yang tahan lama walaupun harganya mahal
kerana ianya sangat ekonomikal dan jangan hanya memilih barang
yang murah yang mempunyai kualiti yang kurang baik dan ini akan
menyebabkan pembaziran wang.
Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sejauh mana
ketahanan dan ekonomikalnya bateri 2A yang menjadi sampel
dalam kajian ini . Tiga jenis bateri yang mempunyai saiz dan volt
tetapi berlainan jenama dan harga digunakan dalam kajian ini.
Pemilihan sampel tersebut dibuat secara persampelan mudah iaitu
3 jenis bateri dipilih berdasarkan harga yang mahal (Energizer) ,
sederhana ( Panasonic) dan murah (Eveready). Dalam pelaksanaan
kajian , tiga litar mentol ringkas digunakan untuk menguji bateri
tersebut. Mentol dibiarkan hidup sehingga bateri kehabisan cas.
Semasa ujikaji dijalankan , permerhatian dijalankan selang beberapa
jam untuk mengenalpasti perubahan yang berlaku ke atas bateri-
bateri tersebut.
Daripada hasil kajian yang diperolehi , didapati bateri jenis
Energizer adalah yang paling tahan lama dan ekonomikal diikuti
dengan Panasonic dan terakhir adalah Eveready
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian kualititif - Bentuk Analisisi Dokumen 3 jenis bateri akan dianalisis dengan cara menguji ketahanan 3
bateri tersebut menggunakan litar mentol ringkas
SAMPEL KAJIAN
Persampelan Mudah – 3 jenis bateri 2A dipilih berdasarkan harga.
Pengkaji memilih bateri yang harga mahal ( Energizer ) , sederhana
( Panasonic ) dan murah ( Eveready )
PROSEDUR MENGANALISIS DATA
Maklumat yang diperolehi akan diambil dan diterjemahkan dalam
bentuk jadual. Dalam jadual tersebut terdapat perkara seperti
jenama bateri , harga dan ketahanan bateri
PROSES PENGUMPULAN DATA
Bateri diuji dengan menggunakan litar mentol. Pemerhatian
berterusan dilakukan untuk mengenalpasti mentol yang mana
dahulu mati dan lama bernyala.
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk :-
1. Mengenalpasti jenis bateri yang paling tahan lama dan
ekonomikal antara 3 jenis bateri yang diuji.
2. Mengenalpasti adakah tahap ketahanan bateri mempunyai
hubungan dengan jenama dan harga .
Hasil ujikaji yang dilakukan terhadap tiga jenis bateri pada litar
mentol yang dinyalakan secara berterusan , pada pemerhatian 1
dan 2 didapati ketiga-tiga bateri itu masih dalam keadaan yang
cerah. Tetapi dalam pemerhatian 3 didapati mentol Eveready
kelihatan pudar , mentol Panasonic mula pudar tetapi mentol
Energizer masih dalam keadaan cerah. Pada pemerhatian 4 ,
didapati bahawa mentol Eveready sudah tidak bernyala , mentol
Panasonic pudar dan mentol Energizer kelihatan mula pudar. Pada
pemerhatian yang terakhir , didapati hanya mentol Energizer sahaja
yang masih bernyala tetapi dalam keadaan pudar manakala mentol
Panasonic dan Eveready tidak bernyaka.
Daripada pemerhatian yang diperolehi , dapatlah diputuskan
bahawa bateri Energizer adalah yang tahan lama diikuti oleh
Panasonic dan terakhir Eveready.
NAMA : ZAIDIMAN BIN RUSLI GROUP : UPSI 03
NO MATRIK : D20112054763 PENSYARAH : EN AHMAD KAMAL B ARIFFIN
top related