skpm standard 1

Post on 30-Jan-2016

233 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

SKPM

TRANSCRIPT

2.1 STANDARD 1 : KEPIMPINAN DAN HALA TUJUTerdapat 8 aspek, antara aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:

1.1 Gaya Kepimpinan Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.

1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.

1.3 Kemahiran Komunikasi Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat.

1.4 Kemahiran Merancang Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.

1.5 Kemahiran Memotivasi Dan Menggerakkan Warga Sekolah Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.

1.6 Kemahiran Membuat Keputusan Dan Menyelesaikan Masalah Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah

1.7 Kepimpinan Instruksional Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar

1.8 Perkongsian Kepimpinan Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

top related