skema tatacara pembentukan istilah dlm bm

Post on 14-Dec-2014

4.554 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Oleh:

Adilah Che IsmailFadhilah Atikah Ahmad Asli

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH

BAHASA MELAYU

Konsep ISTILAH

• kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591)

LANGKAH PEMBENTUKAN ISTILAH

Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :

gaya garis pusattapak hasil keluarandefisit kuasa

LANGKAH 1

• Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya :

peka cerakinmendap hablurjisim ketuhar

LANGKAH 2

• Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya :

gambut (Banjar) nyeri (Sunda) engkabang (Iban) awet (Jawa)dermaga (Jawa) labur (N.Sembilan)

LANGKAH 3

• Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya :

dening (Kelantan) riam (Johor)engkabang (Iban) nyeri (Sunda)

LANGKAH 4

• Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya :

atom – atom electron- elektron professional – profesional psychology - psikologi structure - struktur

LANGKAH 5

• Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :

bona fide esprit de corpsfait accompli weltanschauung

LANGKAH 6

• Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :– Ungkapan yang paling singkat– Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang– Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk– Ungkapan yang sedap di dengar

LANGKAH 7

• Diterbitkan oleh penulis-penulis di dalam karya mereka seperti cerpen, sajak, dan tulisan-tulisan kreatif .

• Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya.

• Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan umum.

PENGGUNAAN POPULAR

• Antara contoh perkataan ialah :

temu ramah tarik dirimeja berita tajuk kecilibu kota sidang medialidah pengarang nama penakempen

1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai

istilah mestilah tepat untuk

mengungkap konsep yang dimaksudkan

dan stabil dari segi maknanya dalam

bidang ilmu.

2. Kata atau frasa hendaklah paling

ringkas antara pilihan yang ada dan

mempunyai rujukan yang sama.

SYARAT-SYARAT

PEMBENTUKAN

ISTILAH

Kata atau frasa mempunyai konotasi yang

baik, iaitu tidak berbau lucah atau

boleh membawa implikasi buruk dari

segi agama, norma suku kaum, dan

hubungan antara bangsa.

Dari aspek bunyi pula :

1. Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi

yang disedap didengar iaitu

mempunyai ciri keindahan bunyi atau

eufoni.

SYARAT-SYARAT

PEMBENTUKAN

ISTILAH

PEMBENTUKAN ISTILAH BAHARU

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Mengumpul, membentuk dan memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Menerbitkan istilah bahasa Melayu.

Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.  

Hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan

fleksibel bagi bahasa Melayu moden,

Hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau

masyarakat pemakai bahasa,

Diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,

Memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan

yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-

Indonesia

Memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah

antarabangsa.

RUJUKAN

• Dewan Bahasa dan Pustaka (1992)

Pedoman umum Pembentukan Istilah

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur

• Nik Safiah Karim et. All (1993).

Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

top related