siri nabilah 1965 - mllpc.sgml)lpc... · kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam penulisan...

Post on 28-Sep-2019

18 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

© 2015 Kementerian Pendidikan Singapura© 2015 Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar cetak atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa juga secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini.

Diterbitkan oleh

Kementerian Pendidikan Singapuradan

Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu

Marshall Cavendish EducationTimes Centre, 1 New Industrial Road, Singapore 536196Customer Service Hotline: (65) 6213 9444E-mail: tmesales@mceducation.comWebsite: www.mceducation.com

Marshall Cavendish is a registered trademark of Times Publishing Limited

First published 2015

Printed in Malaysia

1965ISBN 978-981-01-2961-3

Nabil&Nabilah

Siri

ISBN 978-981-01-2961-3

9 789810 129613

1965ditulis oleh

Siti Hana Satipan

Bk1-10_Covers.indd 10 7/14/15 4:10 PM

Sejajar dengan matlamat pembelajaran Bahasa Ibunda ‘Pelajar Aktif, Pengguna Cekap’, salah satu saranan adalah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran dan penggunaan bahasa Ibunda. Banyak juga yang masih boleh dilakukan untuk menambah kepelbagaian bahan bacaan dan mencari cara-cara yang kreatif untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid. Oleh itu, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan guru-guru membina bahan bacaan yang sesuai dalam konteks kehidupan di Singapura.

Projek yang julung-julung kali diusahakan ini bertujuan untuk memupuk minat dan tabiat suka membaca bahan bacaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kedua, usaha ini memperbanyak bahan bacaan yang berlatarbelakangkan Singapura supaya murid dapat didedahkan kepada sejarah dan budaya masyarakat di Singapura.

Kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam penulisan buku cerita ini, saya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih atas kerjasama ini. Saya berharap agar usaha anda akan berterusan demi menghasilkan karya-karya yang dapat menyokong pembangunan murid yang cekap dan yakin dalam menggunakan bahasa ibundanya, serta bangga akan bahasa dan budayanya.

Encik Hawazi DaipiSetiausaha Parlimen KananKementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga ManusiaPengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)

SEKAPUR SIRIH

Bk1-10_Prelims.indd 1 7/13/15 3:37 PM

PENGHARGAAN

Para Penulis Buku Nabil&Nabilah

Siri

(Darjah 2)

Roslie Buang Sidik Cef NabilSiti Nurbayah Abdul Rahman Coklat KamiHairani Asri Aku Bangga, SingapurakuNirwana Haliza Mohd Halil Saya Suka Piala ItuZalinah Hassan Tiga SekawanNur Namira Mazlan Kawan Baharu Kami, LestarioSiti Hidayah Taha Hidup BerjiranShaheda Salim Topi DatukNur Wahidah Sidik Seronok ke Ladang TernakanSiti Hana Satipan 1965

Pengurusan Pembinaan Buku Nabil&Nabilah

Siri

Sekretariat MLLPC Rashidah Mohamed Rafei Farizan Mohd Amin Siti Noraini IbrahimPenasihat Projek Haslindah MispanKonsultan Dr Saeda BuangEditor Patimah Jaludin

Bk1-10_Prelims.indd 2 7/13/15 3:37 PM

1965ditulis oleh

Siti Hana Satipan

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 1 7/13/15 6:49 PM

Nabil dan Nabilah berada di rumah Datuk dan Nenek. Mereka leka dengan mainan masing-masing.

2

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 2 7/13/15 6:49 PM

Ya, mereka seronok bermain hingga lupa kita ada di sini.

Awak lihat itu, mereka seronok bermain. Kita di sini pun mereka tidak pedulikan.

3

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 3 7/13/15 6:51 PM

Nabil, ayuh ke mari.

Ada apa, Nek?

4

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 4 7/13/15 6:49 PM

Sekolah Nabil tidak ada latihan sambut Hari Kebangsaan?

Peraduan seperti bercerita, menulis

karangan atau melukis?

Tidak ada, Tuk.

Di sekolah kami, ada nyanyian beramai-ramai sahaja.

5

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 5 7/13/15 6:49 PM

Berkibar bendera kitaPutih dan merahBulan sabit berbintang limaBendera SingapuraBendera Singapura

6

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 6 7/13/15 6:49 PM

Lagu apa itu, Nek? Hmmm… lagu

‘Bendera Singapura’. Masa itu Nenek

baru menjadi guru. Nenek ingin mengenalkan

bendera Singapura kepada murid-murid.

7

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 7 7/13/15 6:49 PM

Nabil dan Nabilah, jangan asyik bermain dengan mainan elektronik. Nanti kita tidak pandai berkawan, tidak tahu bergaul dengan orang.

8

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 8 7/13/15 6:49 PM

Betul kata Nenek. Nabil dan Nabilah juga harus pandai memilih kawan.

Baik, Tuk.

9

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 9 7/13/15 6:49 PM

Tin susu, tin sardin, penutup botol dan tempurung kelapa akan kami jadikan mainan.

Nenek masih ingat. Dahulu, Nenek tinggal di kampung. Nenek ada ramai

kawan. Jika ada orang buang barangan terpakai, Nenek dan kawan-kawan

akan memungutnya.

10

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 10 7/13/15 6:49 PM

Pasir, daun-daun dan bunga menjadi bahan masakan apabila kami bermain masak-masak.

11

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 11 7/13/15 6:49 PM

Di kampung Nenek selalu banjir apabila hujan lebat. Biasanya air naik ke paras pinggang. Nenek beruntung sebab rumah Nenek rumah panggung.

12

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 12 7/13/15 6:49 PM

Tuk, dahulu ada mainan elektronik macam tablet?

Tidak ada. Tuk dan kawan-kawan menangkap ikan, belalang dan

membuat sampan.

13

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 13 7/13/15 6:59 PM

Datuk pernah mencari ranting kayu untuk dibuat lastik. Sekarang, lastik ada dijual di kedai. Lastik-lastik ini dibuat daripada plastik.

14

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 14 7/13/15 6:49 PM

Nek, Nek! Marilah, tengok.

Ada apa Nabilah terjerit-jerit?

15

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 15 7/13/15 6:49 PM

Oh, lipas! Nabil, tangkap anak lipas itu dan buang

dalam tong sampah.

Eeee, Nabil geli.

16

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 16 7/13/15 6:49 PM

Angkat lipas pun geli, Nabil? Dahulu, Datuk menangkap belalang, labah-labah dan kumbang untuk dijadikan mainan.

Betulkah, Tuk?

17

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 17 7/13/15 6:49 PM

Ada bulan ada suria, Ada kawan hidup ceria.

18

(ML)LPCStoryBkP2_Bk10.indd 18 7/13/15 6:49 PM

top related