sgdk4042 pengajaran mikro dan makro...1 sgdk4042 pengajaran mikro dan makro tajuk pengajaran:...
Post on 15-Aug-2021
23 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
SGDK4042
PENGAJARAN MIKRO DAN
MAKRO
TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS
(TINGKATAN 1)
Disediakan Oleh:
NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723)
Disediakan Kepada:
DR. FARAH BINTI MOHAMAD ZAIN
2
1.0 CABARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Matematik merupakan antara mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar
di peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini amat penting bagi
melahirkan generasi yang berkeupayaan mengaplikasikan pengetahuan Matematik dalam
kehidupan seharian dan menyelesaikan masalah secara berkesan di samping menyediakan tenaga
kerja yang sesuai dengan keperluan negara. Sebagai contoh, pengetahuan Geometri yang
diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi seperti bentuk binaan
dan susunan bangunan. Namun begitu, terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh golongan
pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran, khasnya guru Matematik. Hal ini demikian, kerana
dalam situasi yang sebenar khusunya di sekolah, guru menghadapi kesukaran dalam
menyampaikan ilmu kepada pelajar yang berbeza-beza tahap kognitifnya. Pelbagai kaedah perlu
difikirkan oleh para guru untuk memudahkan pelajar menguasai konsep Matematik.
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru ketika mengajar Matematik adalah
penggunaan kaedah tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih. Hal ini
demikian, kerana kaedah ini menjadikan proses pdpc bertukar hambar dan kurang membantu
dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan visualisasi dalam kalangan pelajar. Maka, kaedah
tradisional ini perlu diubahsuai oleh semua guru kepada kaedah PAK21 yang merangkumi aktiviti-
aktiviti dan bahan mengajar kreatif, menarik serta sesuai dalam menyampaikan isi pelajaran yang
lebih bermakna kepada pelajar. Perkara ini diulas lebih lanjut oleh ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia pada tahun lalu yang mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik di
sekolah memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di dalam diri
pelajar. Justeru, pada masa ini, semua guru digesa untuk melakukan perubahan ke atas amalan
3
pengajarannya secara intelektual dalam menyampaikan isi pelajaran mengikut kreativiti dan
inovatif supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif.
Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami sesuatu konsep matematik
melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan menganalisa maklumat menurut Mok Soon
Sang (dalam Ahmad, Sabri, dan Tengku Azwawi, 2006). Melalui pernyataan tersebut, untuk
menjadikan pembelajaran Matematik lebih menarik dan berkesan adalah dengan penggunaan
kaedah pembelajaran secara kaedah inkuiri penemuan dan kaedah kontekstual. Kaedah inkuiri
penemuan melibatkan beberapa aktiviti-aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui
jawapan ketika pelajar meneroka sendiri pengalamannya dalam proses pdpc yang disediakan oleh
guru manakala, guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator kepada pelajar. Di samping
itu, pembelajaran tersebut memerlukan kemahiran dalam membuat perbandingan dan mencari ciri-
ciri yang sama untuk proses generalisasi dalam konsep Matematik. Sebagai contoh, pelajar
dikehendaki melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti meneroka bentuk-bentuk 3D melalui
penggunaan bongkah dengan cara memegang, mengenalpasti nama dan ciri-ciri bongkah, dan
menyatakan nama bagi setiap bongkah.
Cabaran dalam penggunaan bahasa dan istilah juga dikatakan menimbulkan kesukaran
kepada pelajar kerana terdapat pelbagai terminologi khusus yang perlu difahami dan bahasa
Matematik bukanlah seperti bahasa pertuturan biasa. Radatz (dalam Salleh Mohd Salahuddin,
2006) mengatakan perwakilan menggunakan simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah
Matematik merupakan ‘bahasa asing’ kepada pelajar kerana mereka perlu menghafal dan
memahami simbol yang jarang digunakan dalam kehidupan mereka seharian. Hal ini demikian,
kerana terdapat banyak isi pelajaran yang abstrak di dalam mata pelajaran Matematik dan tidak
mudah sekiranya menggunakan kaedah penghafalan sahaja. Pelajar yang berada pada aras
4
kebolehan yang rendah akan mengalami masalah kerana mereka merasakan Matematik ini adalah
sukar untuk dikuasai dan membosankan.
MacGregor & Moore (1991) berpendapat bahasa memainkan peranan yang penting dalam
memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar. Oleh yang demikian, membuat
kesilapan dalam penggunaan terminologi akan membawa kepada miskonsepsi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Alternatifnya, semua guru harus bijak dalam menyampaikan semua istilah dan
bahasa matematik mengikut susunan yang mudah kepada kompleks selaras dengan peringkat
perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Sebagai contoh, antara terminologi yang menimbulkan
kekeliruan kepada pelajar ialah pepejal (bentuk 3D) dengan bahasa mudahnya ialah ‘bongkah’.
Cabaran-cabaran ini telah dilihat semasa pelajar tingkatan 1 Utarid menjalani proses P&P
untuk topik 9 dalam sukatan mata pelajaran Matematik iaitu Poligon Asas. Topik ini terkandung
di bawah bidang pembelajaran Sukatan dan Geometri. Nasional Consul of Supervisor of
Mathematics, NCTM mengesahkan bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah salah satu
kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik dan kemahiran ini perlu disampaikan
kepada murid dengan cara yang betul. Maka, cabaran penggunaan tradisional dapat diatasi dengan
menggunakan bahan bantu belajar (BBM) konkrit mahupun maujud yang ada di sekeliling pelajar
yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bentuk-bentuk 2D, pembinaan
bentuk geometri dan mejawab soalan sambil bermain. Di samping itu, guru juga boleh
mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur seperti tayangan video, lagu, atau cerita menarik
supaya dapat mengukuhkan lagi ingatan pelajar. Selain itu, guru perlu mengatasi cabaran
penggunaan istilah dan bahasa Matematik dengan memilih dan menggunakan istilah dan bahasa
yang sesuai mengikut kematangan pelajar sewaktu mempelajari konsep geometri dengan berkesan.
Maka, guru perlu memperkenalkan istilah dan bahasa dengan bahasa yang mudah difahami pelajar.
5
1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN MATEMATIK BIL PELAJAR 16
KELAS 1 Utarid MASA 10.00 – 10.40 pagi
TARIKH 8 April 2019 HARI Isnin
TEMA Sukatan dan Geometri
TAJUK Poligon Asas
KOD STANDARD KANDUNGAN
9.1 Poligon Asas KOD STANDARD PEMBELAJARAN
9.1.1 Menyatakan hubung kait antara bilangan sisi, bucu dan pepenjuru poligon.
9.1.2 Melukis poligon, melabel bucu poligon dan menamakan poligon tersebut berdasarkan bucu yang telah dilabel.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Menyatakan hubung kait antara bilangan sisi, bucu dan pepenjuru poligon.
ii. Melukis poligon, melabel bucu poligon dan menamakan poligon tersebut berdasarkan bucu yang telah dilabel.
KRITERIA KEJAYAAN
i. Mempamerkan pengetahuan asas tentang bentuk dan ciri-ciri poligon.
ii. Mempamerkan kefahaman tentang lapan jenis poligon beserta ciri-cirinya iaitu bilangan sisi, bilangan bucu, dan bilangan pepenjuru serta penggunaan rumus pepenjuru.
STRATEGI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
SET INDUKSI
5 minit
(KOTAK BERACUN)
1. Guru meletakkan 4 buah kotak di bahagian tengah setiap meja, murid diminta
mengedarkan kotak tersebut kepada rakan di sebelah dengan iringan muzik sehingga
muzik dihentikan. Pelajar-pelajar yang memegang kotak selepas muzik berhenti
dikehendaki mengeluarkan kepingan gambar dan mencantum dengan betul di papan
putih.
2. Guru menyoal pelajar tentang gambar tersebut.
3. Murid menyatakan gambar tersebut
4. Guru meninggalkan tanda tanya kepada pelajar dengan meminta pelajar memberi
perhatian sepenuhnya kepada sebuah tayangan video.
5. Guru menyoal pelajar perkaitan antara bentuk yang terdapat dalam video tadi dengan
tajuk yang akan dipelajari.
AKTIVITI UTAMA
20 minit
(TAMPAL BENTUK & EPIC-GEOMETRI BOARD)
1. Guru memberikan penerangan tentang poligon dan ciri-ciri poligon.
2. Guru meminta setiap murid untuk mengambil bentuk-bentuk poligon di atas meja masing-
masing dan menampal di papan putih mengikut pengkelasan poligon.
3. Guru menyemak bentuk-bentuk poligon tersebut.
RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN
6
4. Guru meneruskan penerangan tentang jenis-jenis poligon, bilangan sisi, bilangan bucu,
dan bilangan pepenjuru beserta rumus pepenjuru beserta contoh.
5. Guru meminta pelajar mengambil satu gulungan kertas kecil dalam sebuah balang.
6. Guru meminta murid mencari pasangan masing-masing untuk aktiviti pertama.
7. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
8. Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan membentangkan jawapan yang dibuat di
atas papan geometri yang telah disediakan oleh guru.
9. Guru menyemak jawapan yang telah diberikan oleh murid.
AKTIVITI KEDUA
10 minit
(PERMAINAN MAPS MOBILE LEGEND)
1. Guru memberi arahan kepada setiap kumpulan untuk aktiviti kedua.
2. Guru menjelaskan peraturan-peraturan aktiviti “Permainan Maps Mobile Legend”.
3. Murid diminta menjawab 4 soalan yang diberikan.
4. Murid yang berjaya menjawab sehingga tangga “level 4” adalah pemenang. Sekiranya seri,
kumpulan tersebut akan diberikan soalan bonus. Kumpulan yang berjaya menjawab
dengan pantas adalah pemenang.
PENUTUP
5 minit
1. Guru merumuskan topik ini dengan bertanyakan kepada kumpulan yang menang apa yang
mereka telah pelajari.
2. Guru memberi kata-kata semangat kepada pelajar untuk persediaan pdpc yang akan
datang.
PEMBELAJARAN ALAF 21
P. Koperatif
PBL
P. Masteri
Inkuiri Pen.
PM. Masalah
Round
Table
Think, Pair
–Share
Hot Seat
Peta I-Think
Role
Play/Main
Peranan
Gallery walk
Three Stray, One
Stay
Pembentangan
Hasil Sendiri
Deklamasi Sajak /
Nyanyian
Lain – lain :
Epic-Geometri Board &
Permainan Maps Mobile
Legend
ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Buku teks
Kad manila
Powerpoint
Internet
Eksperimen
Gambar
/cerita
Radio / TV
Bola
Field Marker
Lain-lain :
Epic-Geometri Board
KECERDASAN PELBAGAI Interpersonal
Intrapersonal
Muzikal
Verbal Linguistik
Kinestatik
Logik
Matematik
Naturalis
Visual Ruang
ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)
Kreativiti & Inovasi
TMK
Keusahawanan
KEMAHIRAN BERFIKIR
Membanding
beza
Mengkategori
Menjana Idea
Menghubungkait
Menginterpretasi
Mencipta Analogi
Membuat Inferens
Membuat Ramalan
Mentafsir
Membuat
Keputusan
Membuat
Rumusan
Menilai
PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Lembaran Kerja
Pemerhatian
Kuiz
Projek
Hasil
Pembentangan
Tugasan individu
/ kumpulan
Ujian
Lisan
folio
Perbincangan
Senarai semak
Lain – lain :
______________
______
ELEMEN 6K Komunikasi
Kolaboratif Pemikiran Kritikal
7
Karektor Kreativiti dan
inovatif
Kebangsaan
REFLEKSI
_____/____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan
pengayaan / pengukuhan.
____/____ orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan
pemulihan
Aktiviti pengajaran & pembelajaran ditangguhkan kerana ….
Mesyuarat /
Kursus
Program Sekolah
Mengiringi Murid
Keluar
Aktiviti Luar
Cuti Rehat / Cuti
Sakit
Cuti Bencana / Cuti
Khas
Cuti Peristiwa / Cuti
Aktiviti PdP dibawa ke :
KERJA SUSULAN UNTUK MURID
PEMULIHAN
PENGAYAAN
2.0 SEBELUM PENGAJARAN MAKRO (MACRO TEACHING)
Setiap guru perlu melakukan persediaan rapi sebelum melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian, kerana persedian awal dapat membantu
guru menjalankan pengajaran makro dan sekaligus menghasilkan pengajaran yang berkesan
kepada pelajar. Maka, penelitian terhadap sukatan pelajaran haruslah dilakukan dengan baik
agar guru dapat menyampaikan isi pelajaran kepada semua pelajar dengan tepat dan betul.
2.1 PERANCANGAN PENDAHULUAN
Permulaan pengajaran selalunya dimulakan dengan melaksanakan pemilihan tajuk
yang terdapat dalam mata pelajaran Matematik untuk diajar semasa menjalani
macroteaching. Kebiasaannya, tajuk yang dipilih sebagai tajuk pengajaran makro
disebabkan oleh isi pelajaran yang menarik dan mudah untuk disampaikan serta sangat
8
sesuai dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM). Selepas itu, guru perlu
memahami dan menguasai setiap isi kandungan yang ada dalam tajuk yang dipilih. Hal
ini penting, bagi membantu guru menyampaikan pengajaran secara berkesan
terutamanya yang melibatkan penggunaan konsep, istilah serta simbol Matematik.
Kemudian, guru perlu menyatakan semua objektif pengajaran yang khas untuk topik
yang akan diajar bagi membantu guru dalam sesi pengajaran dan di dalam kelas. Maka,
setelah meneliti keseluruhan objektif pengajaran, guru perlu menyesuaikan kaedah
pengajaran dengan penggunaan alat bantu mengajar. Di samping itu, guru juga perlu
menerapkan pembelajaran abad ke-21 yang melibatkan pembelajaran berpusatkan
pelajar iaitu secara kolaboratif dan penekanan terhadap aspek berkomunikasi.
Tambahan lagi, guru perlu mengesan setiap kebolehan yang ada pada pelajar agar
dapat memudahkan proses merancang pengajaran mengikut tahap kognitif pelajar yang
berbeza-beza. Setelah mengesan kebolehan pelajar, guru boleh menyediakan alat bantu
mengajar yang sesuai untuk pelajar untuk digunakan di dalam bilik darjah.
Kepentingan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam pembelajaran sebenarnya
dapat meningkatkan kefahaman dan menarik perhatian pelajar supaya memberi
tumpuan terhadap mata pelajaran yang diajarkan.
2.2 PERANCANGAN PENYAMPAIAN
Keberkesanan proses penyampaian dalam pengajaran guru bergantung kepada
kemahiran intelektual seorang guru membuat perancangan dan persediaannya
menghadapi proses pdpc. Maka, guru disarankan memikirkan pelbagai strategi
berkesan dalam pengajarannya agar pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan
9
bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar dan penerapan nilai murni. Kepelbagaian
strategi dalam pengajaran bermaksud bagaimana seorang guru dapat mengendalikan
sesuatu aktiviti pembelajaran dengan berkesan.
Stategi aktiviti pengajaran memfokuskan kepada berpusatkan pelajar bagi
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pdpc misalnya aktiviti
berkumpulan, perbincangan, dan soal jawab sambil bermain. Hal ini penting, apabila
berlakunya komunikasi dan interaksi dua hala antara guru dan juga pelajar terutamanya
apabila guru sedang menggunakan kaedah penyoalan yang memerlukan pelajar berfikir
serta bertindak balas memberi jawapan. Selain itu, perancangan penyampaian yang
berjaya adalah apabila guru dapat menggunakan masa mengajar dengan baik selaras
dengan aktiviti yang disediakan dan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Maka, perancangan penyampaian sangat penting untuk disediakan dengan penuh
teliti seperti yang ditulis dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Hal ini
demikian, kerana guru perlu menepati sukatan dan standard pengajaran yang telah
ditetapkan agar tidak lari jauh daripada apa yang dirancang.
2.3 PERANCANGAN PENILAIAN
Penilaian merupakan proses terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
ianya sangat penting kepada guru untuk menilai tahap keberkesanan pengajarannya di
akhir kelas. Oleh itu, guru yang merancang penilaian perlu melihat kepada kriteria-
kriteria kejayaan yang ditetapkan supaya dapat dicapai oleh pelajar. Kriteria tersebut
dirancang mengikut aras ‘bloom taxonomy’ agar dapat membezakan tahap penguasaan
pelajar terhadap pengajaran guru pada hari itu.
10
Penyediaan latihan ringkas ketika proses pengajaran dijalankan terutamanya bagi
setiap aktiviti dalam kelas sangat penting bagi memudahkan guru menguji tahap
kefahaman pelajar terhadap tajuk yang telah diajarkan. Secara ringkasnya, penilaian
yang dirancang adalah bagi membolehkan guru mengenalpasti tahap pencapaian
pelajar dan keberkesanan pengajaran yang disampaikan bagi membolehkan guru
melakukan pengubahsuaian kepada amalan pengajarannya serta guru dapat melihat
aspek pengukuhan pengetahuan pelajar apabila reaksi positif dan aktif daripada pelajar
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 SEMASA PENGAJARAN MAKRO (MACRO TEACHING)
Persediaan dan perancangan yang rapi telah dilakukan oleh guru sebelum memulakan
pengajaran makro bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi
pengajaran makro. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu guru menyampaikan
isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan
segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Sebelum memulakan pengajaran,
guru memberi salam dan bertanyakan tentang keadaan pelajar sama ada telah sarapan atau
belum sebagai pemulaan kata. Permulaan kata bertujuan untuk menenangkan dahulu keadaan
kelas sebelum memulakan sesi pengajaran.
3.1 PELAKSANAAN PENGAJARAN
Dalam pelaksanaan pengajaran, merangka dan merancang Rancangan pengajaran
harian (RPH) perlu dilakukan dengan diteliti bagi memastikan pelaksanaan pengajaran
berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu,
11
penelitian secara mendalam terhadap RPH adalah untuk memastikan guru tidak tersasar
daripada aktiviti yang dirancang.
3.2 SET INDUKSI
Set induksi bermaksud satu tindakan untuk memulakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang memerlukan apa sahaja idea kreatif dan sesuai bagi menarik minat
dan perhatian pelajar. Hal ini demikian, kerana set induksi ini untuk memberitahu
pelajar supaya lebih bersedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran yang akan
berlangsung. Sebagai guru, set induksi boleh dimulakan dengan menunjukkan aktiviti
kotak beracun dan tayangan video. Seterusnya, pelajar ditanya benda yang dilihat
berdasarkan tayangan video tadi. Tujuan set induksi ini dibuat adalah untuk
membentuk pengalaman baru kepada templat sedia ada pelajar ketika belajar semasa
sekolah rendah darjah 6. Hal ini demikian, kerana bagi memastikan smeua pelajar
mengingati pengetahuan lalu bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran
diteruskan berjalan lancar dan mudah.
3.3 LANGKAH-LANGKAH
Aktiviti pertama mengkehendaki pelajar untuk memahami konsep poligon. Guru
menggunakan teknik menggunakan pembentangan slaid. Penerangan dihuraikan secara
asas mengenai ciri-ciri, dan pengiraan pepenjuru bagi poligon. Hal ini demikian, kerana
pengetahuan sedia ada pelajar dapat diketahui melalui penerangan tersebut. Maka,
pelajar dapat menjawab segala pertanyaan mengenai poligon yang mereka ketahui.
12
Aktiviti yang kedua, guru memberi pelajar meneroka bentuk-bentuk poligon
dnegan menggunakan papan epic-geometri agar pelajar dapat fahami lebih lagi tentang
ciri-ciri poligon. Hal ini demikian, kerana pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti di
luar kotak agar mereka dapat mengingati aktiviti yang mereka sendiri usahakan.
Aktiviti di akhir proses pdpc ialah permainan Maps Mobile Legends yang bertujuan
untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam objektif pembelajaran pada hari
tersebut. Pelajar secara berkumpulan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang
diberikan dan menulis jawapan di belakang papan epic-geometri.
3.4 PENILAIAN
Seterusnya, penilaian dijalankan oleh guru dengan menyoal kembali pelajar tentang tiga
objektif yang dinyatakan oleh guru di awal sesi pembelajaran. Hal ini demikian, kerana
ingin memastikan semua pelajar faham apa yang telah diajar sepanjang proses pdpc.
Kefahaman pelajar dapat dinilai melalui reaksi positif yang diberikan oleh pelajar apabila
dapat menyatakan semula objektif pembelajaran dan merumuskan keseluruhan
pembelajaran pada hari tersebut.
3.5 BAHAN BANTU MENGAJAR
a) Pembentangan slaid (Appendix I)
Pembentangan slaid ini digunakan sebagai medium pengajaran menggantikan
kaedah tradisional. Ianya mengandungi penerangan ringkas serta pergerakan
animasi dan aktivit-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pdpc berjalan.
13
b) Bentuk poligon dan bentuk bukan poligon (Lampiran II )
Bentuk-bentuk poligon dan bukan poligon ini telah dilukis berdasarkan skema
soalan dalam buku rujukan KSSM Matematik dan digunting mengikut bentuk-
bentuk dan ciri-ciri yang ada pada poligon semasa guru memberi penerangan di
awal pengajaran. Bahan ini membantu guru untuk mengenal pasti kefahaman
pelajar sebelum meneruskan ke langkah pengajaran yang seterusnya.
c) Epic-Geometri Board (Lampiran III )
Epic-Geometri Board ini digunakan diakhir penerangan kesemua pengajaran yang
terkandung dalam objektif pembelajaran. Hal ini demikian, kerana bagi membantu
pelajar meneroka semula bentuk-bentuk poligon seperti decagon, heptagon,
nonagon dan octagon.
d) Permainan Maps Mobile Legends (Lampiran IV )
Permainan Maps Mobile Legends adalah satu permainan untuk menentukan tahap
kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru di awal proses pdpc. Perbezaan dilihat
berdasarkan kedudukan setiap kumpulan (kumpulan 1-5) di tangga yang berbeza.
Sesi soal jawab adalah berdasarkan pembentangan slaid di hadapan kelas.
4.0 SELEPAS PENGAJARAN MAKRO (MACRO TEACHING)
Di akhir sesi pengajaran makro, guru perlu menjalankan penilaian kendiri atau refleksi
berkenaan pengajaran guru. Hal ini demikian, kerana untuk menenalpasti kekurangan dan
kekuatan pengajaran guru untuk dibaiki untuk pelajaran akan datang. Perkara yang ditekankan
dalam merefleksi adalah pencapaian objektif pembelajaran, keutamaan disiplin pelajar dan
penglibatan aktif pelajar bagi membaiki pengajaran.
14
4.1 FUNGSI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN
Dalam proses pengajaran, alat bantu mengajar sangat memainkan peranan yang penting
dan sangat membantu guru dalam kelas. Hal ini demikian, kerana ia membantu guru
dari aspek penerangan dan penyaampaian yang lebih berkesan. Penggunaan alat bantu
mengajar termasuklah slaid pembentangan, kepingan bentuk 2D yang berwarna warni,
papan epic-geometri, dan peralatan lain yang digunakan oleh guru dan pelajar ketika
proses pembelajaran.
Selain itu, ABM dapat menarik perhatian pelajar untuk memberikan tumpuan di
hadapan, maka ABM kreatif yang dipamerkan perlu jelas dan membantu penyampaian
guru kepada pelajar. Sebagai contoh, slaid pembentangan yang mengandungi
penerangan ringkas serta pergerakan animasi amat berkesan untuk menimbulkan minat
belajar dalam diri pelajar. Kemudian, penggunaan papan epic-geometri juga dapat
menimbulkan minat pelajar dengan mata pelajaran Matematik apabila pelajar dapat
meneroka bentuk-bentuk yang diterangkan dengan lebih dekat dan sebagai pengalaman
baru mereka. Penggunaan permainan Maps Mobile Legends yang dijadikan sebagai
medium pencapaian pelajar dalam sesi soal jawab turut membantu dalam pengajaran.
4.2 PENGALAMAN MENGAJAR DALAM PENGAJARAN MAKRO
Mengajar dalam pengajaran makro memberi satu pendedahan dan pengalaman yang
baru. Pengajaran yang diadakan adalah pada 8 April 2019 dan tajuk yang diajar adalah
Poligon Asas. Pengalaman mengajar dalam pengajaran makro membantu untuk
diaplikasikan semasa mengajar di dalam kelas sebenar. Pelajar-pelajar terdiri daripada
15
rakan-rakan kelas yang turut membantu saya dalam membaiki mutu pengajaran apabila
berada di dalam keadaan yang sebenar. Selain itu, pengalaman yang menarik ketika
saya mengajar di dalam pengajaran makro adalah kawalan kelas dengan baik apabila
semua pelajar memberi tumpuan penuh kepada pengajaran. Perkara yang perlu
ditekankan adalah seorang guru perlu bijak menarik perhatian pelajar jika ada pelajar
yang hilang perhatian ketika guru mengajar di hadapan dan pelru bergerak di setiap
sudut kelas untuk memantau pelajar yang tidak mendapat input atau arahan yang
sepatutnya.
4.3 PENAMBAHBAIKKAN DALAM KELAS SEBENAR
Beberapa penambahbaikkan yang boleh dibuat semasa bergelar guru yang sebenar
seperti berikut:
a) Menyediakan kaedah yang lebih berkesan untuk membantu pelajar mengingati
nama-nama poligon
b) Menentukan peruntukan dan perancangan masa yang tepat supaya proses
penyampaian dan aktiviti-aktiviti dapat dijalankan.
c) Memastikan kawalan kelas dan disiplin pelajar diberi penekanan bagi mengelakkan
kebisingan dalam kelas.
d) Soalan yang diberikan mengikut aras Bloom Taxonomy supaya pemeringkatan isi
menjadi jelas. Pelajar sentiasa berada pada arah yang betul dan tidak keliru dengan
pengisian yang disampaikan oleh guru.
4.4 CABARAN UTAMA SEMASA MENGAJAR
16
Semasa pengajaran, semua guru sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran di
dalam kelas. Antara cabarannya, guru perlu memastikan semua pelajar dapat
memahami konsep yang telah disampaikan oleh guru. Sebagai guru matematik,
penerangan konsep berkaitan ciri-ciri poligon perlu jelas supaya pelajar dapat
memahami isi pelajaran sebelum mengajar ke peringkat seterusnya. Isi pelajaran pula
perlu diajar daripada konsep mudah ke susah supaya pelajar berminat untuk menjawab
soalan yang diberikan.
Selain itu, cabaran lainnya adalah pengajaran yang disediakan oleh guru perlu
mengikut perancangan RPH kerana ianya penting bagi memastikan perancangan yang
dirancang dapat dilaksanakan semasa pengajaran. Melalui RPH, guru dapat merujuk
setiap aktiviti dan langkah pengajaran yagn telah bagi memastikan pengajaran yang
disampaikan lebih teratur seperti yang dirancang di samping dapat memperuntukkan
masa yang telah ditetapkan.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengajaran makro ini merupakan salah satu latihan kemahiran mengajar
yang dijalankan dalam suasana proses pembelajaran sebenar. Pelajar atau bakal guru membuat
persediaan untuk mengajar dan menjalankan proses pembelajaran di hadapan pelajar yang
diwakili oleh rakan sebaya, mengikut rancangan yang telah dirancang. Manakal, bahan
pembelajaran dalam latihan pengajaran makro terdiri daripada kemahiran menyoal iaitu
perkara asas dan khusus, kemahiran pendahluan dan penilaina, kemahiran penerangn,
kemahiran bervariasi kaedah pengajaran, kemahiran mengukuhkan kefahaman, kemahiran
dalam memimpin perbincangan kumpulan kecil, kemahiran pengurusan kelas, dan kemahiran
17
mengajar kumpulan kecil dan individu. Kemudian pada akhir pdpc, sebagai matlamat akhir,
kemahiran merefleksi dijalankan secara keseluruhan dalam pelan pembelajaran dalam satu
masa belajar iaitu selama 40 minit.
6.0 RUJUKAN
Ahmad, Sabri, and Tengku Azwawi. Isu-isu dalam pendidikan matematik. Utusan
Publications, 2006.
MacGregor, Mollie, and Robert Moore. "Teaching mathematics in the multicultural
classroom." Melbourne, Australia: University of Melbourne (1991).
Salleh, Mohd Salahuddin. Penyelesaian Masalah Matematik (ungkapan Dan Persamaan
Kuadratik). Diss. Universiti Teknologi Malaysia, 2006.
7.0 LAMPIRAN
Appendix 1 – Pembentangan slaid
18
Appendix II – Bentuk poligon dan bukan poligon
Appendix III – Papan epic-geometri
19
Appenix IV – Permainan Maps Mobile Legends
top related