sem 3- rantain makanan dan siratan makanan

Post on 19-Jun-2015

3.826 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

STPM BAHARU Geografi - Penggal 3

TRANSCRIPT

Rantaian makanan dan

siratan makanan.

RANTAIAN MAKANAN • Hubungan makanan antara spesies dalam satu ekosistem atau ruang tempat tinggal.• Akan membolehkan proses pemindahan atau aliran tenaga dari satu aras trofik ke aras trofik yang lain.• Bermula dengan kehadiran tenaga matahari yang digunakan oleh autotrof ( sama ada tumbuhan atau mikroorganisma ) sebagai pengeluar. •Tumbuhan akan mengeluarkan daun, bunga, dan buah yang akan dimakan oleh organisma atau haiwan sama ada pengguna primer, sekunder, tertier dan fortier.

Ekosistem daratan

Ekosistem kolam/ tasik

Ekosistem Laut

SIRATAN MAKANAN

• Gabungan beberapa rantai makanan.• Siratan makanan wujud

kerana sesuatu sumber makanan jarang sekali dimakan oleh hanya satu jenis hidupan sahaja.

Siratan makanan yang mudah

Siratan makanan yang kompleks

Aras Trofik & Piramid Tenaga

• Bermaksud susunan kedudukan organisma yang dihubungkaitkan oleh aliran tenaga dia dalam sesuatu rantaian makanan. • Susunan aras

Pengeluar (tumbuhan )

Pengguna Primer ( herbivor)

Pengguna Sekunder ( Karnivor)

Pengguna Tertier ( Omniver )

Pemindahan tenaga• Proses aliran tenaga daripada aras trofik

pertama hingga ke aras trofik terakhir dalam sesuatu proses rantaian makanan.

• Pemindahan pertama berlaku apabila tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar/tumbuhan (aras pertama trofik) untuk melakukan proses fotosintesis.

• Tenaga kimia dan tenaga haba dipindahkan daripada pengeluar kepada primer (aras trofik kedua) apabila pengguna primer memakan tumbuhan. Pengguna primer adalah daripada kumpulan herbivor.

• Tenaga kimia dan tenaga haba daripada pengeluar primer akan berpindah kepada pengguna sekunder (aras trofik ketiga), iaitu apabila haiwan karnivor memakan pengguna primer.

• Seterusnya tenaga kimia dan tenaga haba daripada pengguna sekunder akan berpindah kepada pengguna tertier (aras trofik keempat), iaitu apabila haiwan omnivor memakan haiwan haiwan karnivor yang lain atau memakan herbivor serta pengeluar.

• Organisma pengurai seperti bakteria, cacing tanah, dan kulat pula memperoleh tenaga kimia daripada tisu organisma hidup yang telah mati dan mereput melalui proses penguraian dan pereputan.

Persaingan mendapatkan cahaya matahari.

TAMAT

top related