sekolah menengah kebangsaan agama al-irshad · dan penyelamat malaysia, jabatan penjara malaysia,...
Post on 09-Mar-2019
313 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (KOD SEKOLAH PRA 2003)
POKOK SENA 13220 KEPALA BATAS No Tel: 04-5731237 Faks: 04-5732415 E-mail: pra2003@jpnpp.edu.my Website : : http//smkalirshad.edu.my
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj Kami: SMKAI 800-7/6 (86)
Tarikh : 14 Mac 2018
Kepada
Pengetua/Mudir
SMKA/SABK Zon Utara
Kementerian Pendidikan Malaysia
(seperti senarai edaran)
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL KOKURIKULUM, HARI KERJAYA DAN HARI
KEUSAHAWANAN SMKA/SABK ZON UTARA (PERINGKAT KEBANGSAAN) 2018
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMKA Al-Irshad akan menganjurkan Karnival
Kokurikulum, Hari Kerjaya dan Hari Keusahawanan SMKA/SABK Zon Utara (Peringkat
Kebangsaan) 2018 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 14 April 2018 (Sabtu)
Tempat : SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang
3. Terdapat 9 pertandingan yang disediakan sepanjang Karnival Kokurikulum ini, iaitu
Pertandingan Landskap Gajet Perkhemahan, Pertandingan Kuiz Unit Beruniform, Pertandingan Forum
Bahasa Melayu, Pertandingan Pidato Bahasa Melayu, Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris,
Pertandingan Kalimatus Sobah, Pertandingan Memasak, Pertandingan Futsal dan Pertandingan Bola
Jaring. Semua sekolah jemputan dibenarkan untuk menyertai semua atau sebahagian daripada
pertandingan yang dianjurkan. Borang Penyertaan dan Syarat-syarat Khas Pertandingan boleh dimuat
turun di alamat URL http://bit.ly/KAKOS2018. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Pertandingan Bola
Jaring dikelolakan oleh SMKA (P) Al Mashoor.
4. Yuran penyertaan bagi pertandingan -pertandingan adalah seperti yang berikut:
Pertandingan Kuiz : RM 5/peserta
Pertandingan Bola Jaring : RM 50/pasukan
Pertandingan lain : RM 10/peserta
5. Pameran Kerjaya oleh agensi-agensi kerajaaan dan IPTA turut diadakan. Antara agensi dan
IPTA yang dijemput ialah Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara, Polis Diraja Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan agensi-agensi lain turut diadakan.
6. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya sekolah Tuan/Puan dijemput menyertai Karnival
Kokurikulum dan Hari Kerjaya mengikut ketetapan di atas. Bersama-sama ini disertakan dokumen-
dokumen berikut untuk tindakan pihak Tuan/Puan:
i. Surat kebenaran menjalankan aktiviti (oleh BPI)
ii. Jadual program
iii. Syarat-syarat umum pertandingan
iv. Poster program
Tuan/Puan diharap dapat memaklumkan penyertaan sekolah Tuan/Puan kepada Jabatan Pendidikan
Negeri masing-masing.
7. Borang penyertaan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 30 Mac 2017 melalui faks
(045732415) atau emel ke syamimihalim@gmail.com (Tajuk: KAKOS 2018). Sebarang pertanyaan
boleh dibuat dengan menghubungi Cik Nor Syamimi Binti Abdul Halim (0134662609) atau Puan
Ruslina Ramli (0174548658).
8. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, pada hari tersebut juga akan diadakan Hari Keusahawanan
SMKA Al Irshad dan pelbagai gerai jualan makanan serta minuman akan disediakan. Kupon Hari
Keusahawanan dijual pada harga RM 10.
9. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih
“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
KARNIVAL KOKURIKULUM DAN HARI KERJAYA SMKA/SABK ZON UTARA 2018
ANJURAN SMKA AL IRSHAD, PULAU PINANG
14 APRIL 2018
SENARAI SEKOLAH JEMPUTAN
Bil Nama Sekolah No. Tel No. Faks E-mel 1 SMKA Baling 044705303 044705387 smkabss@gmail.com
2 SMKA Kedah 047314345 047353459 kra2001.ppdkotasetar@gmail.com
3 SMKA Sik 044693270 044693267 smkasik@gmail.com
4 SMKA Yan 044657366 044659253 kra9001@moe.edu.my
5 SMA Fauzi 044475491 044655486 smafauzi.ppdkmy@gmail.com
6 SMA Pekan Gurun 044686941 044682967 smapg.ppdkmy@gmail.com
7 SMA Sungai Petani 044582094 044501122 smasp.ppdkmy@gmail
8 SMKA Sultan Azlan Shah 053711689 053712360 9 SMKA Slim River 054527213 054526214 10 SMKA Kerian 058904997 058905490 11 Maahad Ehya As-Sharif 058901017 058905524 12 Maahad Al-Khair Lil Banat 058071021 058087750 13 Maahad Tarbiah Al-
Islamiah 058552957 058551704
14 Maahad Al-Maarif Al-Islamiah
058553420 058553420
15 Sekolah Menengah Agama Al-Falah
057256081 057250872
16 SMKA Arau 049861246 049861542 17 SMKA (P) Alawiyah 049760336 049770834 smkap@jpnperlis.gov.my
18 Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-diniah
049861350 049866852
19 SMKA Al-Mashoor (L) 042296790 042291503 pra1001@jpnpp.edu.my
20 SMKA (P) Al-Mashoor 042274363 042299363 pra1002@jpnpp.edu.my
21 SMKA Sheikh Abdullah Fahim
057172403 057175697
22 Maahad Al-Imam An-Nawawi
045793960 045792044
23 Maktab Wan Jah 043233855 043233855 24 Sekolah Menengah Islam
Al-Masriyah 045385126 045385126
25 Madrasah Khairiah Islamiah
045759385 045750476
26 Sekolah Al-Mashoor Al-Islami
048661190
27 SMA Daerah Ma’arifil Wataniah
045754140 045753140
28 SMA Daerah Ma’arifil Wataniah 2
045211236 045211236
TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL UNIT BERUNIFORM SMKA/SABK
ZON UTARA (PERINGKAT KEBANGSAAN) 2018
14 April 2018
Aktiviti Tempat Personel
0730 Pendaftaran Peserta Dewan Besar JK Pendaftaran
0800 Taklimat Tempat Pertandingan JK Pertandingan
0830 Pertandingan Bermula
Landskap Gajet
Perkhemahan Makmal Sains
JK Pertandingan
Memasak Kantin
Forum Remaja Auditorium
Pidato BM Bilik Bahasa
Pidato BI Kelas Tingkatan 3
Kalimatussobah BA PKP 1
Kuiz Unit Beruniform MIMOS
Bola Jaring Padang
Futsal Gelanggang Futsal Asrama
1400 Ceramah Kerjaya Dewan
1600 Majlis Penutup Dewan JK Penutup
1700 Bersurai --
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA 2018
PERTANDINGAN LANDSKAP GAJET PERKHEMAHAN
i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 yang terdiri daripada 4 orang
peserta dalam satu kumpulan.
ii. Penyertaan adalah terhad kepada 20 pasukan terawal yang mendaftar sahaja.
iii. Peserta diminta untuk menyediakan model lengkap sebuah tapak perkhemahan, dilengkapi
dengan khemah dan gajet.
iv. Gajet yang dibina hendaklah mengikut skala yang betul dalam ruang 0.8 meter × 0.5 meter.
v. Bahan-bahan yang disediakan kepada peserta hanyalah lidi/buluh dan tali. Bahan lain adalah
mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Penggunaan sebarang jenis gam dilarang.
vi. Peserta tidak dibenarkan merujuk sebarang nota bercetak dan menggunakan telefon
bimbit/pintar sepanjang pertandingan berlangsung.
vii. Pemarkahan diberi berdasarkan fungsi, ikatan dan persembahan model tapak perkhemahan
yang dibina.
viii. Peserta hendaklah memakai baju T berkolar, seluar trek/slack dan kasut sukan/kasut hitam
bertutup beserta tudung labuh berwarna hitam/putih bagi perempuan.
ix. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga kumpulan terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.
x. Yuran sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.
xi. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
xii. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
PERTANDINGAN MEMASAK
i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 yang terdiri daripada 4 orang
peserta dalam satu kumpulan.
ii. Penyertaan adalah terhad kepada 25 pasukan terawal yang mendaftar sahaja.
iii. Peserta diminta membawa sendiri peralatan memasak dan set menghidang.
iv. Setiap kumpulan peserta hanya akan diberi ramuan wajib (bihun dan ubi keledek), dapur
memasak mudah alih dan sebalang gas aerosol.
v. Tema akan diberikan oleh penganjur dan setiap kumpulan akan diadili melalui rasa masakan,
kebersihan dalam penyediaan makanan, kreativiti persembahan hidangan dan penerangan yang
berkeyakinan.
vi. Peserta hendaklah memakai baju T berkolar, seluar trek/slack, kasut sukan/kasut hitam bertutup
dan apron beserta tudung labuh berwarna hitam/putih bagi perempuan. Peserta lelaki mesti
memakai penutup kepala.
vii. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga kumpulan terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.
viii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.
ix. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
x. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA
PERTANDINGAN FORUM BAHASA MELAYU
i. Pertandingan terbuka kepada murid-murid Tingkatan 3 – 6 Atas dari 8 buah sekolah terawal
menghantar penyertaan.
ii. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta dengan seorang murid sebagai pengerusi
forum manakala tiga orang lagi sebagai ahli panel.
iii. Tema bagi perbincangan forum ialah Kokurikulum Pemangkin Kecemerlangan Insaniah.
iv. Semua syarat pertandingan yang lain hendaklah dirujuk kepada Panduan Pertandingan
Forum Remaja Sekolah Menengah yang boleh didapatkan di alamat URL
http://bit.ly/KAKOS2018
v. Semua peserta diminta memakai pakaian unit beruniform yang lengkap semasa bertanding.
vi. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga kumpulan terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.
Seorang peserta akan dipilih sebagai ahli panel terbaik dan seorang lagi sebagai pengerusi
forum terbaik.
vii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.
viii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
ix. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA MELAYU
i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 dan dijalankan secara individu.
ii. Setiap sekolah dihadkan meghantar maksimum satu penyertaan sahaja.
iii. Setiap peserta diberi masa selama 7 minit untuk menyampaikan pidato terancang dan 4 minit
bagi pidato spontan.
iv. Syarat lain bagi pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada Panduan Pertandingan Pidato
Bahasa Melayu yang boleh didapatkan di alamat URL http://bit.ly/KAKOS2018
v. Semua peserta diminta memakai pakaian unit beruniform yang lengkap semasa bertanding.
vi. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga peserta terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.
vii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.
viii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
ix. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
PERTANDINGAN PIDATO BAHASA INGGERIS (ENGLISH PUBLIC SPEAKING)
i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 dan dijalankan secara individu.
ii. Setiap sekolah dihadkan meghantar maksimum satu penyertaan sahaja.
iii. Setiap peserta diberi masa selama 6 minit untuk menyampaikan pidato terancang dan 3 minit
bagi pidato spontan.
iv. Syarat lain bagi pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada Public Speaking Competition
Guidelines yang boleh didapatkan di alamat URL http://bit.ly/KAKOS2018
v. Semua peserta diminta memakai pakaian unit beruniform yang lengkap semasa bertanding.
vi. Semua peserta akan diberi sijil dan tiga peserta terbaik akan diumumkan sebagai pemenang.
vii. Yuran penyertaan sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap peserta.
viii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
ix. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA
KUIZ UNIT BERUNIFORM
i. Pertandingan terbuka kepada murid Tingkatan 1 – Tingkatan 5 yang terdiri daripada 4 orang
peserta dalam satu kumpulan.
ii. Pertandingan adalah berkaitan unit-unit beruniform di Malaysia meliputi sejarah, visi, misi,
lagu, organisasi dan ilmu-ilmu yang berkaitan seperti kawad kaki, simpulan dan ikhtiar hidup.
iii. Saringan akan dijalankan dan 4 kumpulan akhir akan meneruskan ke pusingan akhir.
iv. Peserta hendaklah memakai baju T berkolar, seluar trek/slack, kasut sukan/kasut hitam bertutup
dan apron beserta tudung labuh berwarna hitam/putih bagi perempuan.
v. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta tiga kumpulan dengan jumlah markah
tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang.
vi. Yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap paserta.
vii. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
viii. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
PERTANDINGAN FUTSAL
i. Pertandingan terbuka kepada murid lelaki Tingkatan 1 – Tingkatan 5.
ii. Pertandingan akan dijalankan secara berkumpulan 6 orang ahli (termasuk seorang peserta
simpanan) sahaja daripada 12 pasukan terawal menghantar penyertaan.
iii. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan kumpulan.
iv. 4 pasukan yang menjuari pusingan kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Pemenang
pusingan separuh akhir akan berentap bagi menentukan juara dan tempat kedua manakala
pasukan yang kalah akan berentap bagi menentukan tempat ketiga.
v. Setiap perlawanan berdurasi 12 minit iaitu 5 minit bagi separuh masa pertama, 2 minit rehat
dan 5 minit separuh masa kedua.
vi. Syarat lain bagi pertandingan ini dan Carta Perlawanan boleh dimuat turun melalui alamat
http://bit.ly/KAKOS2018
vii. Setiap pasukan hendaklah berpakaian sukan seragam bernombor dan wajib memakai kasut.
viii. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta dan tiga kumpulan terbaik akan
diumumkan sebagai pemenang.
ix. Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.
x. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
xi. Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
KARNIVAL KOKURIKULUM SMKA/SABK ZON UTARA
PERTANDINGAN BOLA JARING
i. Pertandingan Bola Jaring dikelolakan oleh SMKA Al-Mashoor (P) bertempat di padang SMKA
Al-Irshad.
ii. Pertandingan terbuka kepada murid perempuan Tingkatan 1 – Tingkatan 5 dan dijalankan
secara berkumpulan 10 orang ahli (termasuk tiga peserta simpanan) sahaja.
iii. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan kumpulan dan kalah mati bagi pusingan
separuh akhir dan akhir.
iv. Setiap perlawanan berdurasi 16 minit iaitu 7 minit bagi separuh masa pertama, 2 minit rehat
dan 7 minit separuh masa kedua.
v. Syarat lain bagi pertandingan ini boleh dimuat turun melalui alamat http://bit.ly/KAKOS2018
vi. Setiap pasukan hendaklah memakai bip seragam dan wajib memakai kasut.
vii. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta dan tiga kumpulan terbaik akan
diumumkan sebagai pemenang.
viii. Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.
ix. Penganjur berhak meminda sebarang syarat tanpa sebarang notis kepada semua peserta.
x. Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad.
top related