sejarah perkembangan antarabangsa
Post on 22-Oct-2015
16 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEJARAH PERKEMBANGAN ANTARABANGSA
Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga
mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dapat
mengakui akan asal-usul permainan ini atau tempat asalnya. Lukisan-lukisan
yang terdapat di beberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton
sudah mula dimainkan pada abad ke-17 dan ke-18.
Sumber sejarah juga menerangkan iatu di Negara China sudah ada sejenis
permainan yang menggunakan bola berbulu yang mirip kepada bulu tangkis
untuk badminton sekarang. Bagaimanapun catatan itu tidak pula menerangkan
penggunaan pemukul atau raket atau bilangan pemain seperti sekarang.
Menurut Encyclopedia Americana pula, permainan badminton pertama kali
dimainkan di India. Orang India menamakannya sebagai ‘poona’. Menurut
encyclopedia itu, tarikh tepat kelahiran permainan ini di negara tersebut tidak
pula dikesan, walaupun ramai yang berpendapat sekitar abad ke-17.
Walaupun ada lagi dakwaan menyatakan sukan ini bermula di England, namun
tempat asal permainan ini adalah di India. Dari India barulah badminton dibawa
ke England. Ini dilakukan oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India,
kemudian terikut-ikut dan turut sama bermain badminton. Mereka mencabut
penyumbat botol yang diperbuat daripada gabus. Kemudian disekeliling gabus
itu dilekatkan bulu angsa bagi memudahkan bola itu dilambung-lambung apabila
dipukul atau disepak.
Askar-askar Inggeris tadi, apabila bercuti atau telah menamatkan tempoh
perkhidmatan mereka di India, telah pulang dan membawa bersama unsur-unsur
permainan badminton ini. Duke of Beaufort, memperkenalkan permaina ini
kepada masyarakat atasan Inggeris di sana, iatu disebuah bandar bernama
Gloucester lebih kurang sekitar tahun 1873. Tempat permainan ini dinamakan
badminton. Disebabkan orang Inggeris lebih biasa menyebut badminton
daripada poona dan sesuai pula dikalangan penduduk di situ, mereka mula
menyebut permainan itu sebagai badminton sahaja. Lama-kelamaan nama asal
yang lahir di India hilang begitu sahaja dan wujudlah badminton.
Namun begitu, nama ‘badminton’ berasal dari nama Kota Badminton di Wilayah
Glouscestershire, England. Perkembangan permainan ini boleh dikaitkan dengan
Tamadun China, Greek, Jepun dan India. Permainan ini mempunyai perkaitan
dengan permainan primitif battledore dan shuttlecork. Dikatakan sebelum
permainan ini, orang Cina telah bermain Ti Jian Zi atau menendang bulu tangkis,
iatu satu permainan yang menggunakan kedua-dua belah kaki.
Permainan tersebut menggunakan bulu tangkis, tetapi tidak jelas sama ada ia
mempunyai kaitan kaitan dengan permainan battledore atau shuttlecork, dimana
permainan ini telah diperkenalkan di Greek 2000 tahun sebelumnya.
Permainan tersebut juga dimainkan oleh kanak-kanak di India dan askar-askar
British yang bertugas di India dan askar-askar British yang bertugas disana pada
tahun 1860. Pegawai-pegawai tentera ini telah mengubah permainan tersebut
dengan menambah jaring dan memperkenalkan permainan tersebut dengan
sebagai ‘poona’. Pada ketika itu, permainan poona dilengkapi dengan peraturan-
peraturan permainan yang didokumentasikan pada tahun 1867.
top related