sejarah kemunculan fahaman wahhabi
Post on 03-Jun-2018
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 Sejarah Kemunculan Fahaman Wahhabi
1/4
SEJARAH BENAR & KRONOLOGI KEMUNCULAN FAHAMAN WAHHABI DI SAUDI
ARABIA.
- Fahaman Wahhabi atau Salafiyyah Wahhabiyah ialah suatu aliran pemikiran yg
diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali (1703 Masihi 1792
Masihi) di negeri Najd (Riyadh, Makkah, Saudi Arabia).
SEJARAH AWAL MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHABI
- Fahaman ini diperolehi hasil daripada pembelajaran yang singkat beliau dgnbeberapa orang guru.
- Ayah kepada Muhammad bin Abdul Wahhab adalah seorang ulama yang jugaQadhi di dalam Mazhab Hanbali.
- Ayahnya banyak berkhilaf dengannya kerana Muhammad bin Abdul Wahhabbanyak mengambil pandangan yang keras di dalam Mazhab Hanbali serta fanatik
kepada Ibnu Taimiyyah Al-Harani & Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauzi. Kemudianpandangan beliau disimpulkan dengan beberapa pengalaman & pemerhatiannya
sendiri.
- Tindakan ini menjadikan beliau lebih agresif daripada Syeikh Ibnu Taimiyyahwalaupun keduanya tidak pernah bertemu dalam satu masa.
- Ini menyebabkan ayahnya begitu kecewa dengan sikap fanatik anaknya Muhammadbin Abdul Wahhab itu.
- Ayahnya juga pernah menasihati masyarakat pada zaman itu dengan mengatakan :berhati-hatilah kamu dengan kebejatan yang ditimbulkan oleh Muhammad. Lalu
ditaqdirkan berlaku apa yang diperkatakan olehnya.
- Demikian juga abangnya iaitu Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab turut menentangseruan pemikiran adiknya itu.
- Terdapat 2 objektif Wahhabi :1. Objektif Zahir : dikatakan kononnya Wahhabi bersifat islah untuk menghapuskan
syirik, bidah & pemujaan kepada para wali.
- 2. Objektif Batin : untuk mendapatkan kuasa politik dan merealisasikan pemikiransongsangnya.
- Sikap Muhammad bin Abdul Wahhab yang suka memandang salah dan menghukumorang lain akhirnya memakan dirinya apabila fahamannya ditentang oleh ahli
keluarga sendiri dan para alim ulama Haramain (Mekah & Madinah).- Oleh kerana seruannya bersifat keras maka seruannya kurang mendapat sambutan
dikalangan masyarakat. Tambahan pula seruan yang tidak disulami dengan kuasa
politik sememangnya lambat mendatangkan hasil.
- Lalu beliau mula mencari alternatif melalui saluran politik yang ada bagi mencapaimisi cita-citanya itu.
-
8/12/2019 Sejarah Kemunculan Fahaman Wahhabi
2/4
USAHA PENYEBARAN FAHAMAN WAHHABI MELALUI KUASA POLITIK
- Perkongsian politik beliau di peringkat awal dikesan bersama Uthman bin Hammadbin Muammar (Gabenor Uyainah) tetapi gagal kerana fahaman Muhammad bin
Abdul Wahhab yang agresif dan keras.
- Gabenor ini meminta beliau supaya bertoleransi dengan pemikirannya tetapimereka gagal mencapai kesepakatan. Bahkan mereka berdua bertegang leher.
- Setelah lapan bulan bersama akhirnya perkongsian politik itu terpaksa dibubarkan.- Lalu Uthman bin Hammad telah menghalau Muhammad bin Abdul Wahhab dari
Uyainah. Bahkan sebahagian para ahli sejarah menyebut bahawa Gabenor ini juga
bercadang untuk membunuh Muhammad bin Abdul Wahhab.
- Muhammad bin Abdul Wahhab berjaya melarikan diri dan mendapat rakan kongsipolitik baru iaitu bersama Muhammad bin Saud.
PERSEPAKATAN BARU DEMI PENYEBARAN FAHAMAN WAHHABI
- Muhammad bin Saud merupakan penghulu masyarakat Arab Badwi di Dariyyah.Ketika itu Dariyyah merupakan sebuah kawasan terpencil yang terletak di
pedalaman Madinah.
- Persepakatan diantara mereka menghasilkan satu janji setia bahawa Muhammadbin Saud akan mentadbir urusan pemerintahan. Manakala Syeikh Muhammad bin
Abdul Wahhab akan mentadbir urusan agama.
- Pakatan ini menghasilkan satu gerakan ketentaraan yang berpusat di padang pasirnegeri Najd secara rahsia dari Kerajaan Islam Uthmaniyyah.
- Sebagaimana yang kita tahu bahawa Kerajaan Uthmaniyyah berpegang kepadaAhlus Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah Al-Maturidiyyah.
- Imam Muhammad Abu Zahrah menjelaskan : Fahaman Wahhabi bukan sekadarberkisar pada dakwah semata-mata. Bahkan mereka menghunus pedang untuk
memerangi golongan yang menentang gerakan mereka. Golongan yang menentang
mereka dianggap sebagai golongan mungkar (sesat) yang wajib diperangi.
- Pakatan mereka akhirnya membuahkan hasil yang dihajati. Pakatan merekamendapat harta yang melimpah ruah hasil daripada serangan dan serbuan yang
dilakukan bersama pengikut mereka terhadap suku-suku Arab Badwi dan Kota-Kotayang berhampiran yang didakwa telah melakukan amalan bidah, syirik dan
khurafat. Harta itu kemudiannya dibahagikan sesama mereka sebagai harta
ghanimah (harta rampasan perang).
- Tidak cukup dengan itu, pakatan mereka secara kemuncaknya melancarkanpeperangan terhadap Kerajaan Uthmaniyyah dengan beberapa siri peperangan yang
-
8/12/2019 Sejarah Kemunculan Fahaman Wahhabi
3/4
dahsyat hampir 200 tahun lamanya dengan mengorbankan beribu-ribu nyawa
ummat Islam.
- Seorang Mufti Makkah sebelum jatuhnya Makkah ketangan Wahhabi iaitu SyeikhAhmad Zaini Dahlan ada menceritakan : Tatkala wafatnya Syarif Surur pada tahun
1202H, golongan Wahhabi meminta izin untuk memasuki Makkah bagi menunaikan
haji. Tetapi tidak diizinkan oleh Syarif Ghalib sebagai pengganti Syarif Surur sebagai
penguasa Makkah. Tindakan ini mengundang kemarahan golongan Wahhabi, lalu
kedua pihak mempersiapkan bala tentera masing-masing. Akhirnya tercetus
pertempuran yang dahsyat diantara kedua golongan daripada tahun 1205H-1220H
sehingga golongan Wahhabi Berjaya memasuki Makkah setelah Kerajaan Makkah
tidak berkeupayaan menyekat kemaraan mereka.
- Sebelum mereka menawan Makkah dan Madinah, pada tahun 1217H, golonganWahhabi menyerang Thaif dan qabilah sekitarnya. Mereka membunuh orang-orang
tua, kanak-kanak, hamba sahaya, tetuan, kecuali mereka yang dipanjangkan usianya
oleh ALLAH SWT. Mereka menyembelih bayi di atas dada ibunya, merampas hartabenda, memperhina wanita dan melakukan perkara yang sukar diungkapkan.
- Peperangan diantara Kerajaan Uthamaniyyah dan gerakan Wahhabi berlarutansehingga pengasas fahaman ini Berjaya dihapuskan oleh pihak Kerajaan Islam
Uthmaniyyah. Akan tetapi perjuangan gerakan ini diteruskan pula anak cucu
mereka.
- Senario ini berlarutan sehingga runtuhnya empayar Islam Uthmaniyyah danmenjelmakan pemerintahan Bani Saud di Hijaz, iaitu kawasan yang merangkumi
Makkah, Madinah, Thaif dan kawasan sekitarnya yang kini disebut sebagai Negara
Arab Saudi pada Tahun 1930 dengan restu kerajaan British.
- Kini Keturunan Muhammad bin Abdul Wahhab yang mewarisi kesinambunganautoriti agama di Arab Saudi dikenali sebagai Aali Syeikh.
DIANTARA KEZALIMAN TENTERA WAHHABI
- Kezaliman Wahhabi juga diungkapkan oleh Sejarahwan Wahhabi sendiri iaituSyeikh Uthman bin Basyar An-Najd Al-Hanbali di dalam buku karangan beliau
Unwan Al-Majdi fi Tarikh An-Najdi. Diantara kezaliman mereka ialah :
- Muharram 1220H (1805M) tentera Wahhabi membunuh ummat Islam yangmenunaikan ibadah haji. Kaum Ibu dipaksa menjual harta milik masing-masing
untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil yang ditangkap oleh
tentera Wahhabi.
-
8/12/2019 Sejarah Kemunculan Fahaman Wahhabi
4/4
- Penduduk Makkah kelaparan kerana sekatan ekonomi yang dilakukan oleh tenteraWahhabi sehingga kanak-kanak mati kelaparan dengan bergelimpangan mayat-
mayat mereka.
- Tentera Wahhabi menjual daging-daging keldai dan bangkai kepada pendudukIslam dengan harga yang tinggi dalam keadaan penduduk kelaparan.
- Bukti-bukti ini jelas menunjukkan kezaliman tentera Wahhabi bukanlah suatuomongan kosong atau fitnah. Sebaliknya ianya adalah suatu fakta sejarah yang
dinukilkan oleh tokoh-tokoh Ulama Sunni yang diperakui dan turut dibentangkan
oleh sejarahwan Wahhabi sendiri.
FAHAMAN WAHHABI MENCETUSKAN WUJUDNYA KUMPULAN RADIKAL TERRORISME.
- Tindakan gerakan Wahhabi menggunakan sejata bagi memerangi ummat Islam yangtidak sehaluan dengan mereka merupakan satu bukti kukuh bahawa fahaman
radikal penyumbang terbesar kepada kegiatan terrorisme agama.
- Tidak hairan, jika modus operandi Al-Qaeda, Taliban, Jamaah Islamiyyah danKumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dilihat mempunyai persamaan dengan
gerakan Wahhabi.
- Ini kerana kesemua mereka berasaskan kepada satu method akidah, satu fahamandan gerakan nekad untuk menubuhkan Negara Islam mengikut acuan mereka
sendiri seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab di Saudi Arabia
(Najd).
- Maka berhati-hatilah dengan fahaman yang semakin merebak kini. Wallahu alam.
Fakta ini saya petik daripada buku berjudul : SIAPAKAH SEBENARNYA WAHHABI?
karangan Al-Fadhil Ustaz Zamihan Al-Ghari Hafizahullah. (seorang pendakwah yang aktif
mempertahankan AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH di MALAYSIA daripada fahaman
WAHHABI, SYIAH dan lain-lain). Ada sedikit editing dilakukan oleh saya di dalam olahan
bahasa di atas bagi memudahkan faham para pembaca yang budiman. Moga fakta ini
bermanfaat buat kita semua. Assalamualaikum Wrh Wbr.
top related