rumusan kajian tindakan 1 sem 7 2012

Post on 12-Aug-2015

26 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

RUMUSAN MODERASI KAJIAN TINDAKAN 1 2012

REFLEKSI P&P LALU:

• Tidak dinyatakan amalan lalu guru (contoh; teknik yang digunakan, ABM yang digunakan dsbnya), hanya fokus pada kelemahan pelajar

• Tidak ada hubungkait antara amalan lalu dengan kelemahan pelajar yang diperhatikan

• Bila menghuraikan amalan lalu dalam PP, penulis tidak mengaitkannya dengan ulasan karya.

• Tidak membincangkan andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

• Tidak membincangkan jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

• Tidak cerita apa amalan guru atau apa kaedah/ teknik guru dalam PP lalu.

• Mana bukti bahawa wujudnya masalah?

• Penulis (guru) tak menilai dan merefleksi masalah dan amalan lampau dengan kritikal, dengan terperinci.

• Huraian nilai yang dipegang guru tidak dinyatakan (boleh dihurai melalui ulasan karya)

SOROTAN LITERATUR

Kesilapan pelajar:

1. Tidak tally rujukan dalam penulisan dengan rujukan yang disenaraikan.

2. Menggunakan sumber yang baru sebagai bahan rujukan kedua (secondary source)

3. Tidak menghubungkaitkan/mnggabungjalin idea sendiri dengan idea dari pembacaan

4. Copy paste…copy word from word ulasan orang lain ke atas karya tersebut tanpa anda sendiri memahaminya/mengulasnya kembali-idea tidak koheren, hujjah tidak kemas, idaa diragui.

FOKUS KAJIAN

• Ramai pelajar salah format, masih guna format lama

• Sebahagian pelajar masih menunjukkan ketidakfahaman kehendak bahagian ini.

***(Ramai pelajar laporkan data yang dia akan kutip masa intervensi, ini SALAH!!)

-Tidak melaporkan proses pemungutan data awal

SEPATUTNYA: Tulis, ceritakan, huraikan apa BUKTI yang anda ADA untuk buktikan masalah wujud..YANG MEYAKINKAN PEMBACA BAHAWA INTERVENSI ANDA PERLU DILAKUKAN.

Adakah anda:

periksa kerja sekolah murid?

buat ujian diagnostik?

tengok / analisa keputusan ujian bulanan mereka?

temubual guru-guru?

INTERVENSI/INOVASI

• Idea inovasi masih belum mantap• Byk pengubahsuaian idea, tiada idea original/asli• Idea asli dlm sekitar 20%

(PEMBACA MERASA TIDAK YAKIN DENGAN APA YANG DIBACA)

PELAKSANAAN TINDAKAN

• Tidak perincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P)

• Tidak beri rasional terhadap tindakan yang dicadangkan

• Tidak rancang kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk menjawab soalan kajian

• Tidak menjelaskan dan tdak melampirkan instrumen kajian tindakan

• Memilih kaedah analisis data yang tidak sesuai utuk jawab soalan.

• Jadual pelaksanaan- tidak logik (KENA BUAT carta Gantt!!)

PENULISAN ILMIAH/AKADEMIK

• Rata-rata semua pelajar tidak dapat menulis dengan baik

• Tidak dapat menyatakan, menyampaikan mesej dengan jelas.

• Banyak mengulang-ulang ayat sama.

• Idea tidak koheren/bersangkutan

• Nampak ‘copy paste’- tiada gabungjalin idea sendiri dengan ilmu yang diperolehi dari pembacaan

• Reference/rujukan?

SARANAN UNTUK MANTAPKAN PENULISAN

• Pelajar perlu:

-Banyakkan membaca artikel ilmiah, jurnal pendidikan -Banyakkan cari maklumat untuk tambahkan idea -Perlu merujuk bagaimana penulis lain garap idea dan jalinkan idea -Belajar cara untuk jadikan idea koheren antara satu dengan lain, antara satu

bab/bahagian dengan bab/bahagian lain

PENULISAN RUJUKAN

• Masih lemah, tidak mengikut format APA sepenuhnya: Penulisan rujukan dalam teks Penulisan senarai rujukan format jadual format rajah

• Sumber rujukan tidak berwibawa rujuk blog dan laman web tidak berwibawa byk rujuk Mok Soon Sang, Eee Ah Meng dll...

Disediakan oleh:

Dr Norliza KushairiJK Kajian Tindakan IPG KDA

top related