refleksi filem hati malaya

Post on 10-Oct-2015

761 Views

Category:

Documents

16 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

mnjinklml

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Saya Kohilavani a/p Krishnasamy dari Tahun 2, sains ( Semester 1 ). Saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah menonton filem Hati Malaya 1957 pada 25 Ogos 2014 yang lalu dari pukul 8 pagi hingga 9.00 pagi ditayangkan di Gelenggara IPG Kampus Pulau Pinang, sempenan aktiviti bulan kemerdekaan pada tahun ini bagi permulaan program tersebut, pihak JPP bersama kelas Matematik 2 tahun 2 telah menayangkan sebuah filem berpatriotik yang bertajuk Hati Malaya dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi di gelenggara.. Saya amat gembira dan kagum dengan pelakon-pelakon Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani, Kavita Sidhu, Nanu Baharuddin, Ida Nerina dan Douglas Lim itu turut menayangkan filem-filem lama yang mengimbau sejarah kemerdekaan negara.Pada hari tersebut kami telah ditayangkan dengan sebuah filem yang bertajuk Hati Malaya 1957, ini kerana negara kita menjelang Hari Merdeka yang ke 57 yang akan disambut pada tanggal 31 Ogos 1957. Menurut saya, Filem 1957 Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah iamampu menyuntik semangat patriotikdi kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, Menerusi filem tersebut juga saya dapat mengetahui betapatingginya semangat jati diri kaum Melayuketika itu. Penduduk Malaya yang inginkan kemerdekaan daripada British sanggup melucutkan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku sebagai perbelanjaan ke London.

Selain itu, saya dapat melihat bahawa filem ini turut memaparkan rakyat biasa miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka. Watak ini menemui pengertian sebenar pengorbanan dan Merdeka. Fokus utama atau filem ini adalah, Tunku Abdul Rahman iaitu pengasas kepada Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan.Datuk Onn Jaafar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.

Akhir katanya, tayangan filem yang ditayangkan pada permulaan majlis itu, memang sesuai dan dapat mencungkil sikap patriotik yang terpendam dalam hati saya selama ini. Saya mendapati, filem ini, dapat mengimbas kembali sejarah yang telah saya dipelajari pada alam persekolahan dulu. Saya berharap semua warga pelajar guru dapat memperoleh ilmu sejarah yang patut diketahui sebagai seorang warga Malaysia yang sejati.

top related