refleksi big
Post on 27-Jul-2015
419 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Refleksi Daripada : Mohammad Firdaus Sukry Bin Bacho
الله ورحمة عليكم السالم
Alhamdulillah, pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan
taufik dan hidayah-Nya dapat saya menyempurnakan Program Bina Insan Guru Fasa 5
Siri 2 yang menjadi program wajib dalam pengajian saya pada semester lima ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga khas kepada pihak IPG KPI dan penganjur program
khususnya yang telah banyak memberi bimbingan, bantuan, maklumat, serta
penerangan dan ini banyak membantu sepanjang program ini. Jutaan terima kasih juga
ditujukan kepada semua rakan-rakan yang saling memberi banyak tunjuk ajar dan
membantu sepanjang program ini berlangsung.
Sebelum program ini bermula, saya bertanggapan bahawa program ini adalah
program yang biasa-biasa sahaja untuk pelatih guru serta memandang remeh terhadap
apa yang bakal disampaikan. Namun, persepsi itu berubah apabila mengikuti kursus ini.
Apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah hebat tentang dua tajuk yang
sangat penting iaitu “Peranan PPD” serta “Guru & Perundangan” ini begitu
menyentuh saya kerana ianya merupakan garis ikutan kepada saya khususnya dan
kesemua penjawat awam amnya dan hendaklah dijadikan motivasi untuk saya menjiwai
kerjaya seorang pendidik pada masa hadapan lebih-lebih lagi ketika telah berkhidmat
kelak.
Semasa melaksanakan program ini juga, saya telah menerima banyak faedah
yang berguna untuk diri saya sebagai seorang bakal guru.lah berkhidmat kelak.
Antaranya, di dalam slot pertama iaitu “Peranan PPD”, saya berasa amat tertarik
dengan slot ini kerana skop isinya yang terhad namun telah dapat dikupas dengan
begitu tuntas sekali oleh tuan penceramah yang didatangkan khas daripada PPD
Petaling Perdana, Ust Mohd Fahim Bin Mohd Jamli. Di dalam slot ini juga, Ust Fahim
banyak menerangkan tentang fungsi-fungsi PPD di dalam bidang pendidikan negara.
Antara peranan PPD ialah memperluaskan dasar dan program-program berkaitan
pendidikan, pentadbiran pendidikan serta pengagihan kewangan kepada seolah-
sekolah di daerah masing-masing. Selain itu, PPd juga mempunyai pecahan-pecahan
unit di dalamnya seperti Unit Pengurusan Akademik, Unit Pentadbiran & Perkhidmatan,
Unit Pengurusan Sekolah serta Unit latihan yang bertujuan untuk memperkasa peranan
PPD dalam bidang pendidikan.
Di dalam slot kedua pula iaitu “Guru & Perundangan”, slot ini telah disampaikan
oleh Orang Kuat IPG KPI sendiri, iaitu Dr. Hussien Bin Mohd Yusof selaku orang lama
yang sangat arif dan pakar tentang perundangan di dalam bidang pendidikan ini.
Sebagai bakal penjawat awam, adalah penting bagi kita untuk menjaga imej Negara
melalui kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan.
Perundangan menurut beliau, diwujudkan adalah bertujuan mengawal tingkah laku dan
akhlak para kakitangan kerajaan daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi
peraturan seterusnya merosakkan imej kerajaan dan Negara khususnya. Penerangan
yang begitu panjang lebar daripada Dr. Mohd Hussein amat memberi kesedaran
kepada saya untuk menjaga disiplin diri dengan sebaiknya di dalam profession
keguruan ini.
Ucapan Penutupan di majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh Ust
Zuraini Bin Mashrom, wakil pengaran IPG KPI telah memberikan banyak faedah
kepada saya dan membuatkan cinta saya terhadap profession keguruan yang mulia ini
semakin bertambah. Akhir sekali, harapan saya semoga program seumpama ini dapat
diteruskan untuk generasi IPG bestari dan dapat menjadi sumber inspirasi kepada saya
sebagai seorang bakal guru.
Semoga dengan izin Allah S.W.T, pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah
saya peroleh sepanjang program derma darah dan tiga seminar ini dapat saya
praktikan sebaik mungkin kelak. Melalui tugasan ini juga sebenarnya, saya mula
sedar bahawa dengan hanya betul menyelami dan menghayati program ini barulah
saya dapat melaksanakan watak saya sebagai seorang guru nanti dengan sebaik
mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna seperti yang dituntut oleh
falsafah dan dasar pendidikan kebangsaan. Insya-Allah.
top related