rancangan pengajaran dan pembelajaran lompat tinggi

Post on 16-Feb-2015

72 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Lompat Tinggi

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN IKHTISAS LOMPAT TINGGI

TARIKH : 11 Oktober 2011

HARI : Selasa

MASA : 5.00 petang – 6.35 petang

MINGGU : Kelima

MATA PELAJARAN : Ikhtisas Lompat Tinggi

BIL. PELAJAR : 24 Orang

JANTINA : Lelaki dan Perempuan

TUNJANG PEMBELAJARAN : Acara Lompat Tinggi

TAJUK PEMBELAJARAN : Gaya ‘Fosbury Flop’

PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR : Pelajar mengetahui tentang jenis-jenis kemahiran dalam sukan lompat tinggi

Objektif : Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:-

a) Psikomotor

1. Melakukan lompatan gaya ‘Fosbury Flop’ dengan teknik dan cara yang betul tanpa menjatuhkan palang.

2. Pelajar dapat mengaplikasi lompatan gaya ‘Fosbury Flop’ mengikut kaedah ansur maju dalam permainan kecil.

b) Kognitif

1. Pelajar dapat memahami dan mengetahui lompatan gaya ‘Fosbury Flop’ mengikut fasa-fasa yang betul.

2. Mengetahui kepentingan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan.

c) Afektif

1. Pelajar menunjukkan kerjasama dalam kalangan rakan sepasukan.

2. Mengutamakan aspek keselamatan diri dan pelajar yang lain.

3. Menunjukkan keseronokan dan kepuasan semasa melakukan aktiviti.

Nilai : Para pelajar dapat memberi tumpuan serta memenuhi segala arahan yang diberikan oleh guru.

Persediaan Murid : Pakaian sukan.

Persediaan Guru : Tiang lompatan, palang, tilam pendaratan, kon, wisel dan alat bantuan mengajar (video dan gambar).

FASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARN ORGANISASI CATATAN

PENGENALAN

(10 MINIT)

Penerangan mengenai

lompatan gaya ‘Fosbury

Flop’ dan Undang-undang

permainan.

Guru memberi penerangan secara ringkas

tentang teknik lompatan gaya ‘Fosbury Flop’

dalam sukan lompat tinggi.

Teknik lompatan gaya ‘Fosbury Flop’

dalam lompat tinggi merupakan teknik

paling penting dalam sukan lompat

tinggi.

Teknik ini membolehkan pelajar

melakukan pelepasan palang

dimulakan dengan bahagian belakang

( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat

di belakang badan hampir dengan

bahagian tengkuk.

Guru juga menerangkan undang-undang

Semasa pengajaran

dan pembelajaran,

para pelajar berada

dalam kedudukan

bentuk ladam kuda.

permainan ini dengan teliti sebelum

memulakan aktiviti.

Pelajar perlu melonjak dengan sebelah

kaki dan boleh memulakan pada

sebarang ketinggian.

Lompatan dikira batal jika pelajar

menggunakan kedua-dua belah kaki

untuk melompat.

Lompatan dikira batal jika pelajar

menyentuh palang atau tidak

melompat.

Pelajar dikira gagal apabila

menjatuhkan palang tersebut.

Pelajar yang gagal melepasi palang itu

sebanyak tiga kali berturut-turut akan

terkeluar daripada permainan tersebut

( tidak kira ketinggian palang).

Pelajar yang selesa melompat

menggunakan kaki kanan, perlu

berdiri sebelah kiri dan sebaliknya.

MEMANASKAN

BADAN

(15 MINIT)

Aktiviti pemanasan badan

dan regangan

Guru akan menerangkan kepentingan aktiviti

memanaskan badan dan regangan, iaitu:

Untuk menyediakan suhu badan ke

tahap yang sesuai sebelum memulakan

aktiviti sukan.

Bagi mengelakan kecederaan otot

seperti kekejangan dan sebagainya.

Pelajar berlari dalam bulatan sebanyak 3 kali.

Pelajar akan melakukan aktiviti

regangan secara dinamik.

Pelajar akan membuat bulatan besar

dan diketuai oleh seorang pelajar

untuk membuat regangan secara

dinamik.

Regangan dari atas ke bawah.

PERSEDIAAN

LANGKAH 1

(15 MINIT)

Penerangan mengenai

fasa-fasa yang terlibat

dalam lompatan gaya

‘Fosbury Flop’

Guru memberi penerangan tentang lompatan

gaya ‘Fosbury Flop’ pada fasa-fasa yang

terlibat:

Fasa Lari Landas

1. Berlari secepat yang mungkin tetapi

dengan hadlaju yang terkawal.

2. Berlari menuju ke arah palang pada

sudut 20 darjah hingga 30 darjah dari

satah tegak palang.

3. Mengubah arah pada satu lengkungan

di bahagian akhir fasa.

4. Lari secara lurus kemudian melencong

pada empat langkah terakhir.

Fasa Lonjakan

1. Kaki lonjakan dihentak pada bumi

dengan tumit.

2. Kemudian kaki lonjakan diguling dari

tumit ke tengah kaki ke jari kaki

sambil menekan bumi.

3. Badan dicondong sedikit ke belakang

sambil kedua tangan dihayun ke atas.

4. Sejurus sahaja badan terangkat dari

bumi, kaki bebas diangkat sambil

dipusing ke dalam untuk mendapat

daya putaran supaya badan mencapai

layangan istimewa flop.

5. Pada masa ini, kepala dihalakan ke

palang dan atlet mesti melihat palang.

6. Atlet yang melonjak dengan kaki kiri

melompat dari sebelah kanan palang

dan sebaliknya.

Fasa Layangan

1. Mengangkat kepala dan mengangkat

bahagian bahu.

2. Gerakan ini akan bertindakbalas

secara kakinya akan melurus sambil

melintas atas palang.

3. Kaki hendaklah dikangkang sedikit.

Fasa Mendarat

1. Memastikan kedua-dua lutut jauh dari

dada dan dagunya rapat pada dada.

2. Mulut mesti ditutup.

3. Atlet mesti cuba mendarat

menggunakan bahunya.

4. Sekiranya wujud tenaga kinetik yang

melampau, atlet dikehendaki

melakukan gulingan ke belakang.

PERSEDIAAN

LANGKAH 2

(15 MINIT)

Ansur maju lompatan gaya

‘Fosbury Flop’

Guru memantau aktiviti pelajar dan

membetulkan kesalahan yang

dilakukan oleh pelajar.

Aspek keselamatan diutamakan.

Cara-cara aktiviti pertama ini

dilakukan adalah seperti berikut:

1. Semua pelajar dibahagikan kepada

empat kumpulan.

2. Para pelajar akan melakukan fasa

lari landas secara individu

mengikut kumpulan.

3. Seterusnya, pelajar akan mencuba

melakukan fasa lonjakan sehingga

sempurna.

4. Pelajar tersebut dikehendaki

melepasi palang pada ketinggian

yang ditetapkan menggunakan fasa

layangan dan mendarat

menggunakan fasa mendarat.

5. Aktiviti ini akan diulang.

6. Pelajar yang menggunakan teknik

yang salah atau gagal melepasi

palang akan dibetulkan oleh guru.

7. Aktiviti ini akan dijalankan secara

berterusan sehingga para pelajar

mendapat arahan berhenti apabila

mendengar wisel daripada guru.

8. Guru akan memerhati pergerakan

pelajar dan membetulkan lakuan

pelajar.

KEMUNCAK

(20 MINIT)

Permainan kecil Pelajar akan dibahagikan kepada tiga

kumpulan kecil.

Setiap kumpulan terdiri daripada 7

atau 8 orang.

Kumpulan pelajar ini terdiri daripada

‘beginners’, ‘mediocre’, dan ‘fast

learners’.

Peraturan permainan kecil ialah:

‘Beginners’

1. Pelajar hanya dibenarkan

menggunakan kemahiran lompatan

‘Fosbury Flop’.

2. Ketinggian palang tersebut akan

diturunkan kepada 95cm.

3. Setiap pelajar harus melepasi palang

dengan menggunakan teknik yang

telah dipelajari.

4. Penilaian akan dibuat melalui

penggunaan teknik yang betul.

‘Mediocre’

1. Pelajar hanya dibenarkan

menggunakan kemahiran lompatan

‘Fosbury Flop’.

2. Ketinggian palang tersebut akan

dinaikkan kepada 1m.

3. Setiap pelajar harus melepasi palang

dengan menggunakan teknik yang

telah dipelajari.

4. Penilaian akan dibuat melalui

penggunaan teknik yang betul

‘Fast learners’

1. Pelajar hanya dibenarkan

menggunakan kemahiran lompatan

‘Fosbury Flop’.

2. Ketinggian palang tersebut akan

dinaikkan kepada 1.5m.

3. Setiap pelajar harus melepasi palang

dengan menggunakan teknik yang

telah dipelajari.

4. Penilaian akan dibuat melalui

penggunaan teknik yang betul.

PENUTUP

MENYEJUKKAN

BADAN

(10 MINIT)

Aktiviti penyejukkan

badan

Setiap mata atau skor yang diperoleh oleh

setiap kumpulan, guru akan mencatat di

dalam borang skor.

Guru akan menerangkan kepentingan aktiviti

penyejukkan badan kepada pelajar.

Seorang pelajar mengetuai untuk

aktiviti (cooling down). Menyejukkan

dan kelonggaran badan pada

bahagian:-

1. Lower body

2. Upper body

PENGGULUNGAN

(10 MINIT)

Penilaian dan

perbincangan

Guru membincangkan tentang

lompatan gaya ‘Fosbury Flop’. Guru

memanggil salah seorang pelajar yang

terbaik untuk menunjukkan aksi

lompatan gaya ‘Fosbury Flop’.

Guru akan membuat penilaian dengan

memberi beberapa soalan untuk

menguji tahap penguasaan pelajar

tentang sukan lompat tinggi.

Soalan:

1. Namakan fasa-fasa yang terlibat

dalam lompatan gaya ‘Fosbury Flop’.

2. Apakan kepentingan aktiviti

memanaskan dan menyejukkan

badan?

BORANG SKOR PERMAINAN KECIL LOMPAT TINGGI

CATATAN:

KUMPULAN PENCAPAIAN

95CM 1M 1.5MLELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

1

2

3

top related