presentation1 pkk disleksia
Post on 26-Dec-2015
56 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERKEMBANGAN KANAK-KANAKEDU 3102
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING PN.SALINAH BINTI PIT
NAMA AHLI KUMPULAN :
PUVANISWARY A/P NADARAJAN
SHASIREKHA A/P MARIAPPAN
DISLEKSIAPerkataan ‘dyslexia’ berasal daripada
perkataan Greek,iaitu dys yang bermakna “kesukaran”,lexis yang bermakna “perkataan”
Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang
pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan
Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah
terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek”
(World Federation Of Neurology, 1968)
Apa itu Disleksia?• Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan
dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. • Mereka mungkin mengalami kesukaran
membaca menulis mengeja mengira.
• Disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
• Disleksia ini tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.
• Sesetengah mereka mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia auditori (pendengaran)
Disleksia visual (penglihatan)
Disleksia visual-auditori
Keturunan atau genetik Biologi Kematangan
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, punca-punca disleksia ialah;
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Apakah Ciri-ciri Disleksia??
Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar menulis nama sendiri
Payah mengenal bentuk atau warna
Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Diperingkat Pra Sekolah
Di Alam PersekolahanGagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengiraTidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelasKesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
15 dengan 51“was” menjadi “saw”‘b’ dengan ‘d’‘
Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasutKeliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahanSelalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK
DISLEKSIAMasalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran.
Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada :-
Mengeja• Kelemahan mengeja akan menyebabkan
kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca.
• Masalah ini adalah berpunca daripada masalah- masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;m – w y –g – j u – n m – nc – e p – q h – n b – d
• Kekeliruan dalam membunyikan huruf sepertit – h f – v
Membaca
• Menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. •kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti;Batu – tuba Gula - lagu•Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat.• Contohnya seperti berikut;pada masa yang sama – dapat masa yang masa
•Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;Bahasa Inggeris dengan Bahasa MelayuJam – jem cat - cat
Menulis
•Mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. •Mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.•Cenderung menulis perkataan yang pelik.
•Mengalami kesukaran untuk bertutur. •Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. •Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
• Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental.
• Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;3 ,5 ,8, 9 , 6
Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi
pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya
Membantu kanak-kanak memahami bahawa
walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal
tetapi tetap disayangi
Menambah dan menggalakkan sebarang
kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana
biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan
sokongan ibu bapa
Langkah-langkah Membantu
Mengamalkan suasana kasih sayang serta
bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana
harmoni
Membuat aktiviti berkeluarga serta
memberi bimbingan dalam bidang akademik
Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat
untuk mengenal identiti sendiri
Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
Memberikan bantuan dan latihan
pembelajaran sebelum memasuki tadika
SENARAI INDIVIDU TERKENAL YANG MENGHIDAPI PENYAKIT DISLEKSIA
LEORNARDO DA VINCI
MICHELANGELO
THOMAS EDISON
WALT DISNEY
WILL SMITH
TOM CRUISE
ORLANDO BLOOM
GREG LOUGANIS
ALBERT EINSTEN
BRUCE JENNER CHER
IMPLIKASI DISLEKSIA TERHADAP P DAN P
• Kanak-kanak yang menghidapi masalah ini pastinya menyedari ada sesuatu yang tidak kena tetapi tidak dapat memahaminya.
• Mereka juga turut cuba menyembunyikan kesukarannya daripada pengetahuan rakan-rakan lain akibat rasa malu terhadap diri mereka.
• Bagi memudah atau menyiapkan sesuatu latihan, mereka menggunakan strategi-strategi seperti menyalin kerja rakan lain untuk menyembunyikan masalahnya.
• Mereka seboleh-bolehnya cuba mengelak dari membuat kerja sekolah.
• Bagi mereka ia sebagai satubeban tambahan guru• Guru mengalami kesukaran untuk mengajar.
SEKIAN,TERIMA KASIH
top related