presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Post on 12-Jan-2017
113 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Peradaban Islam dalam Tamadun
MelayuFarhatul Khalidah Sapian (P69097)Siti Fatimah Datu Ali Nafiah (P82640)Nurul Afifah Mohd Saadan (P82696)
GGGC 6783 PERADABAN ISLAM & TAMADUN DUNIA
PENDAHULUAN
SEJARAH KEDATANGAN ISLAMO Terdapat beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh para sejarawan mengenai
kemasukan Islam ke Kepulauan Tanah Melayu atau Nusantara. Pandangan-pandangan tersebut boleh dirumuskan kepada tiga kumpulan teori, iaitu penyebaran Islam dari India, China dan Semenanjung Tanah Arab.
O Sebelum tahun 1883, kebanyakan pendapat umum mengatakan bahawa Islam telah disebarkan ke kawasan Asia Tenggara menerusi usaha dakwah dari Semenanjung Tanah Arab.
O Namun, satu teori baru telah dilakukan oleh Hurgronje (1973: 17) dengan mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Nusantara ialah dari India. Pandangan beliau ini kemudiannya telah menjadi masyhur dan diterima pakai oleh ramai daripada kalangan sarjana orientalis seperti Harrison (1955), Winstedt (1982) dan Hall (1979).
O Akan tetapi, tidak juga benar untuk kita menentukan bahawa hanya orang India sahaja yang berperanan dalam penyebaran Islam ke Nusantara. Ini kerana semenjak abad ke-4M lagi, penempatan orang Arab di Canton telah ditemui, khususnya di kawasan tenggara China. Malah pada abad ke-11M, penempatan orang Arab turut ditemui di Champa (Kern 2001: 25-27).
O Berdasarkan catatan sejarah China, pada zaman awal perkembangan Islam ketika pemerintahan Thai Sung (627-655M), sekumpulan orang Islam pertama telah datang ke China dan tinggal di San Gan Fou. Kemudian kumpulan ini diiringi pula oleh kumpulan lain yang menggunakan jalan laut dan menjadikan Yunan sebagai pusat penumpuan mereka (Wan Hussein Azmi 1980: 139).
O Manakala teori ketiga pula yang menegaskan bahawa kedatangan Islam ke Kepulauan Tanah Melayu ialah dari Semenanjung Tanah Arab dan pandangan ini mendapat sokongan ramai daripada kalangan sarjana dewasa ini.
Sambungan…
O Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.
O Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.
O Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.
O Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.
Sambungan…
Sambungan…..O Lantaran daripada pandangan ini, para pengkaji mendapati
dalam catatan sejarah negara China menyatakan bahawa pada abad pertama Hijrah (seawal abad ke-7M), didapati perkampungan masyarakat Arab telah pun ditemui di Sumatera Utara, khususnya di bahagian barat kepulauan itu.
O Akan tetapi apa yang jelas ialah golongan yang mula-mula menyebarkan Islam itu terdiri daripada kalangan saudagar-saudagar Islam, sama ada mereka berbangsa Arab, Parsi, China mahu pun India, yang sekali gus bertindak sebagai da‘i.
O Kenyataan ini bersesuaian dengan prinsip utama ajaran Islam yang menyeru supaya penyebaran Islam dilaksanakan oleh setiap umat Islam (Pengiran Haji Mohammad 1992: 51).
Antara bukti kedatangan Islam di
Tanah Melayu
Batu Bersurat Terengganu, antara bukti kedatangan Islam di Tanah Melayu.
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.
Zaman pra-Islam: Kepercayaan ‘animisme’ dan kepercayaan
‘dinamisme’ Zaman kedatangan Islam: O Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan
keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan.
O Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.
Peradaban Islam dalam
Tamadun Melayu: Aspek
Pendidikan
KESAN pengaruh islam : aspek pendidikan
O Kedatangan Islam telah banyak merubah sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat sebelum itu.
O Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan.
O Banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas disebarkan kepada golongan bawahan.
Sambungan……O Perkembangan ini amat berkait rapat
dengan perkembangan tamadun Melayu sehingga ke hari ini. Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam.
Sambungan……O Di awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima
pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.
O Perkembangan pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama.
O Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
O Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai “3M” iaitu membaca, menulis dan mengira.
Peradaban Islam dalam
Tamadun Melayu: Aspek
Pemikiran Politik
Pengaruh Politik Islam dalam Tamadun Melayu
O Pengaruh Islam mula bertapak di Alam Melayu melalui sistem ekonomi yang membawa kepada perubahan sosio politik masyarakat melayu.
O Sistem politik pemerintahan berlandaskan peradaban Islam diperkenalkan di Alam Melayu
O Hal ini membawa kepada proses pengislaman para raja Melayu
Peringkat Perkembangan politik
(Keadaan Politik )
Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Pra-Islam
Selepas Kedatangan Islam
3
2
1
PERUBAHAN-PERUBAHAN yg berlaku terhadap sistem politik selepas kedatangan Islam Abad 13M-19M
Sistem Pemerintahan
Politik
Aliran Pemikiran
Keadaan politik Sebelum Kedatangan
Islam O Asas sistem politik Alam Melayu berasaskan sistem beraja yang memerintah kerajaan diwarisi sejak zaman-berzaman.
O Raja mempunyai kedudukan tinggi dan pengaruh besar, manakala pembesar dan rakyat hanya berfungsi utk mendukung kuasa raja.
Keadaan Politik Zaman pra-Islam
O Islam mula tersebar dalam kalangan rakyat dan sebahagian raja-raja Melayu
O Pergolakan politik – perang saudara, peristiwa kejatuhan kerajaan
O Hanya bawa perubahan raja, namun sistem pemerintahan tidak berubah
O Raja menjadi pusat atau paksi kekuasaan
Keadaan politik pada zaman ketamadunan
IslamO Membawa sinar baru terhadap sistem pemerintahan beraja
O Pemupukan pemerintahan dan pemikiran politik yang berpaksikan tauhid serta memurnikan sistem pemerintahan yang terdahulu
Perubahan sistem politik selepas kedatangan Islam Abad 13M-19M
Sistem Pemerintahan• Peranan Raja – “khalifah” iaitu wakil Allah untuk menguruskan pemerintahan dan mengendalikan pentadbiran dunia
• Peranan Istana – pusat perancangan politik dalam usaha meluaskan jajahan takluk dan memesatkan penyebaran Islam
Aliran Pemikiran• Muncul Penulisan Politik atau Ketatanegaraan Alam Melayu.
• Tajus Salatin (1603M) karya Bukhari al-Jauhari
• Sulalatus Salatin (1612M) karya Tun Seri Lanang
• Bustanus Salatin (1638M) Nuruddin al-Raniri
Sebelum Kedatangan Islam
Sistem politik pemerintahan beraja berasaskan peradaban Hindu- BuddhaKonsep Devaraja- Simbol & punca kekuasaan yg sebenar Raja memiliki ‘shakti’ iaitu kekuatan, keberanian & kepahlawananSelepas
Kedatangan Islam
Sistem politik pemerintahan beraja berasaskan peradaban IslamPrinsip politik Islam berpangkal kpd Tauhid – kekuasaan berpunca daripada Allah s.w.t Corak Pemerintahan berorientasikan syariah
Kedudukan Raja dalam Politik Pemerintahan
Sebelum Kedatangan Islam
Tanggapan bahawa raja sebagai simbol kekuasaan sebenar
Selepas Kedatangan Islam
Raja merupakan khalifah Allah di muka bumi dan mempunyai tanggungjawab kepada rakyat naungannya
Pemikiran Sosio-politik Masyarakat Alam Melayu
Ciri-ciri Proses Asimilasi peradaban Politik Islam dalam Tamadun Melayu
O Penggunaan gelaran sultan Kukuh & jamin kewibawaan kedudukan kerajaan
Islam di Alam Melayu Mencerminkan kesinambungan perkembangan
ketamadunan Islam O Amalan Pengisytiharan raja Islam di Alam
Melayu dengan gelaran Khalifah Lanjutan amalan pemerintahan Islam pd zaman
khulafa’ al-Rasyidin, Umayyah dan Abbasiyyah
RAJA MELAYU KERAJAAN GELARAN KHALIFAH
Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifah al-Mu’min – Hukum Kanun Melaka
Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Syah (1592-1614 M)
Pahang Khalifah Pahang – undang-undang Pahang
Sultan Abd al-Rahman (1659-1706M) Palembang Khalifah al-Mu’minin Sayyid al-Imam- beri gelaran pd diri sendiri (pengasas kesultanan Palembang)
Sultan Azimuddin (1735-1748 M dan 1764-1774M)
Sulu Amir al-Mu’minin – beri gelaran pd diri sendiri (raja kesultanan sulu ke-19)
Kesimpulan pengaruh politik Islam di Tanah Melayu
O Kedatangan agama Islam telah mengubah kedudukan paksi sistem pemerintahan dan pemikiran budaya politik alam Melayu.
O Raja juga telah berubah fungsi dan penglibatannya dalam urusan negara sesuai dengan ajaran Islam.masyarakat Islam.
O Sehubungan itu, pengurusan dan pemerintahan negara berlandaskan Islam telah mewujudkan persekitaran bagi pembentukan
alam Melayu atau Melayu merupakan satu kawasan budaya yang kaya dan luas yang dikenali juga sebagai
rumpun budaya Melayu Polenesia. Alam Melayu merangkumi Malaysia Singapura, Indonesia, Brunei,
Fiipina, Selatan Thai, Selatan Burma, Indochina (khususnya Vietnam dan Kemboja), Malagasi, Sri Lanka
dan Taiwan (Ismail, 1996)Daripada sudut antropologi alam Melayu meliputi sebuah
penempatan yang dikenali sebagai kawasan “malay archipelago” iaitu kawasan yang didiaki oleh kelompok masyarakat yang
diklasifikasikan sebagai Melayu (Nik Anuar, 1999Sejarah kebudayaan Melayu berkembang mengikut peredaran zaman yang bermula dari perkembangan Zaman Antah Berantah
hinggalah ke zaman kekuasaan Kerajaan Melayu hingga awal abad ke-15, diikuti oleh zaman penjajahan Barat , kemerdekaan
hinggalah sekarang.
• Terdapat sesetengah masyarakat Melayu mempercayai bahawa roh si mati akan menjelma menjadi hantu
• Pemujaan terhadap roh nenek moyang (sajian pulut kuning. Telur ayam dll)
Sebelum kedatanga
n Islam
• Agama Islam menegaskan bahawa roh orang yang telah mati tidak akan menjelma semula ke dunia
Selepas
Kedatangan Islam
Kepercayaan terhadap pantang larang
O Kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan adat & warisan nenek moyang. Bertujuan untuk mendidik generasi muda dengan penerapan nilai- nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Melangar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat
Akidah &kepercayaa
n
• Konsep ketuhanan yang satu iaitu kepercayaan kepada ALLAH
• BERPEGANG Pada rukun Islam & rukun Iman
• Merayakan perayaan mengikut kalendar Islam
Adat Resam
• Adat Hindu –Buddha diganti secara keseluruhannya daripada kelahiran sampai kematian
Cara Hidup
• Berlandaskan ajaran Islam• Suasana aman dan harmoni • Menjadikan kehidupan yang lebih baik dan teratur &
diredhai Allah
top related