pesta tanglung ukm ke-34 sesi 2013/ 2014

Post on 04-Feb-2016

88 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PESTA TANGLUNG ukm KE-34 SESI 2013/ 2014. TARIKH 6 DISEMBER 2013 TEMPAT DECTAR UKM, BANGI . MALAM PERSEMBAHAN PENTAS. TARIKH:6 DISEMBER 2013 TEMA:REUNION TAJUK:JEJAK HASRAT. HHHC 9201. KEMAHIRAN KOMUNIKASI. 1.0 PERANCANGAN. 1.1 KEHADIRAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

PESTA TANGLUNG ukm KE-34

SESI 2013/ 2014TARIKH

6 DISEMBER 2013

 

TEMPATDECTAR UKM, BANGI 

MALAM PERSEMBAHAN

PENTAS

TARIKH : 6 DISEMBER 2013

TEMA : REUNION

TAJUK : JEJAK HASRAT

HHHC 9201

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

NAMA PELAJAR

GOH CHAI LIAN

NO. MATRIK

A144449

JAWATAN/ PERANAN PROJEK

AJK PROGRAM

FAKULTI

FAKULTI SAINS

KESIHATAN

TAHUN PENGAJIAN

1

PENSYARAHDR.

SHOBHA SHARMA

UKMPER

1.0

PERANCANGAN

1.1KEHADIRAN

Dengan ini, disertakan:

• MINIT MESYUARAT 1(Lampiran A)

• MINIT MESYUARAT 2(Lampiran B)

• MINIT MESYUARAT 3(Lampiran C)

• MINIT MESYUARAT 4(Lampiran D)

• MINIT MESYUARAT 5(Lampiran E)

• MINIT MESYUARAT 6(Lampiran F)

• MINIT MESYUARAT 7(Lampiran G)

Hal ini bagi membuktikan kehadiran saya pada kesemua pertemuan dan mesyuarat berkumpulan yang telah diadakan.

1.2HEBAHAN DAN PENYAMPAIAN

PROJEK

1.2.1

KOMUNIKASI DALAMAN

1.2.2

KOMUNIKASI LUARAN

1.2.1 KOMUNIKASI DALAMAN

Dalam kumpulan, kami berbincang untuk menentukan kerja masing- masing pada peringkat awal waktu penyediaan untuk aktiviti ini. Semua orang telah menceritakan kekuatan dan kelemahan sendiri sebelum tugas- tugas diagihkan.

Kumpulan kami sedang berbincang tentang cara pembuatan bahan perhiasan yang akan dipamerkan di lobi DECTAR UKM. Kami berharap bahan perhiasan kami bukan sahaja dapat dihayati maka juga boleh mengeratkan hubungan dan menghiburkan orang ramai.(disertakan dengan video – lampiran N)

Minit mesyuarat bagi mengemaskinikan maklumat penting dan memantaukan progress setiap ahli kumpulan

Kami perlu sentiasa mengetahui progress dan perjalanan aktiviti ini agarnya dapat mengelakkan ketangguhan masa.

Dalam mesyuarat ini, saya telah menceritakan apa yang telah saya lakukan selama tempoh yang diberikan seperti membeli bahan-bahan untuk kegunaan perhiasan, menyediakan maklumat untuk pameran di lobi Dectar UKM dan merekakan pelan pameran di lobi.

Oleh sebab kami berada di cabangan UKM yang agak jauh, kami tidak dapat sentiasa pergi ke UKM Bangi untuk melakukan kerja kami. Dengan keadaan ini, kami terpaksa untuk berkumpul di DSG KTSN untuk mencubakan semua cara yang telah dicadangkan bagi mempamerkan hasil kami yang sepatutnya dipamerkan di lobi- lobi Dectar UKM Bangi.

Setelah mencubakan semua cara dan cadangan yang diberikan, kami telah memilih salah satu caranya yang disetujui ramai.

Kemudian, saya telah membentangkan konsep kami mengenai pameran tersebut kepada EXCO Program yang memantau.

Dua hari sebelum malam persembahan Pesta Tanglung, AJK Program telah pun bertolak ke Dectar UKM Bangi untuk menghiaskan sekitar dewan dan memulakan kerja untuk mengadakan pameran mengenai tema dan tajuk malam persembahan ini.

Sebelum kerja- kerja perhiasan dimulakan, saya telah memberikan taklimat ringkas agar semua ahli sedar akan tanggungjawab mereka. Hal ini juga dapat mengelak dan mengurangkan kesalahan yang mungkin berlaku.

Sebelum bermula, setiap ahli juga dikehendaki memberitahu masalah yang dihadapi oleh mereka agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

1.2.2 KOMUNIKASI LUARAN

Pada 10 November 2013, AJK-AJK Pesta Tanglung telah membantu SJK(C) Sin Ming, Semenyih dalam jualan kebajikan. Jualan kebajikan ini diadakan untuk menolong sekolah tersebut bagi mengutip derma mengumpul dana untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan yang telah rosak dan menggantikan fasiliti yang lama dan yang akan membahayakan keselamatan pelajar dengan yang baru. Selain membantu mereka mengutip derma, kami juga menjualkan tiket kemasukan ke malam persembahan kami.(disertakan lampiran J – video )

Sebagai AJK Program, kami dikehendaki untuk membentangkan idea masing- masing tentang aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempromosikan malam persembahan ini. Saya telah memberikan pendapat untuk mengadakan satu hari interaksi yang melibatkan semua warga UKM agar mereka dapat tahu dengan kewujudan aktiviti yang bermakna ini. Pembentangan ini dibuat di depan AJK Teknikal, AJK Tugas- tugas Khas, Setiausaha, Bendahari dan Timbalan Pengarah.

Saya telah pergi ke pejabat di KTSN untuk meminta cara perhubungan felo- felo yang terkini. Selain itu, saya juga meminta pertolongan staf pejabat untuk mendapatkan tandatangan pengetua bagi sijil-sijil penyertaan kami.

Gambar ini diambil di atas KTM dalam perjalanan kami ke UKM Bangi untuk membantu AJK induk dan menghiaskan lobi Dectar UKM.

Setiap kali kami menuju ke kampus Bangi, kami dikehendaki menaiki monorail dari stesen Chow Kit ke stesen Titiwangsa, tukar pengangkutan LRT untuk ke TBS.

Selepas tiba TBS, kami tukar lagi daripada LRT kepada KTM.

Perjalanan dari UKM KL ke UKM Bangi mengambil masa lebih kurang tiga setengah jam.

Walaupun berasa letih, kami tetap menghabiskan tugas kami dan agak menikmatinya.

Saya telah menghubungi kawan- kawan saya supaya mengkunjungi ke Malam Persembahan Pesta Tanglung yang diadakan ini.

Tanpa kira kawan dari universiti lain ataupun UKM.

Saya berasa sangat bersyukur kerana mereka sanggup datang untuk memberi sokongan.

Sebelum aktiviti persembahan malam diadakan, kami telah mengadakan interaksi secara kecil- kecilan dengan pelajar UKM KL yang berlainan bangsa.

Hal ini bagi mendedahkan tujuan dan misi kami mengadakan aktiviti Pesta Tanglung ini kepada mereka.

SURAT KELULUSAN JPPEL

NO. KELULUSAN :DN00441/2013

KERTAS

KERJASila rujuk:

Lampiran H

top related