perkembangan kanak kanak kumpulan 1
Post on 14-Jun-2015
18.024 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Oleh: Mohd SyafieAsrul Hafiz
Wan Mohd RidzauddinMuhammad Shafiq
Oleh: Mohd SyafieAsrul Hafiz
Wan Mohd RidzauddinMuhammad Shafiq
Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
• Perkembangan adalah satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan
LahirLahir Matang
• Santrock mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
• Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal. Contohnya kematangan. Kita dapat lihat di sini bahawa kanak-kanak berumur 12 tahun lebih matang daripada kanak-kanak berumur 6 tahun.
Arnold GesellJohn W. Santrock
Robert Havighurst
Teori Perkembangan Arnold GesellTeori Perkembangan Arnold Gesell
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia adalah sangat dipengaruhi oleh faktor kematangan. Beliau juga mengatakan bahawa perkembangan seseorang individu itu mengikut suatu jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Beliau juga berpendapat bahawa kadar perkembangan adalah berbeza bagi setiap individu. Beliau juga berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mereka berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu perkara hanya kerana usianya dikatakan sesuai untuk melakukan perkara tersebut.
Teori perkembangan Robert Havighurst
Teori perkembangan Robert Havighurst
Robert Havighurst menerangkan tentang konsep tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu pada setiap peringkat perkembangan hidupnya. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut akan membawa kepada rasa bahagia kepada individu tersebut manakala kegagalan menyempurnakan tugas akan menyebabkan individu tersebut menghadapi masalah dalam melaksanakan tugas-tugas berikutnya.
• Pandangan Ahli psikologiPerkembangan manusia adalah dari segi:
- Semua perkara diatas di pengaruhi 2 faktor utama iaitu baka dan persekitaran
JasmaniJasmaniKognitifKognitif EmosiEmosi
SosialSosialRohani Rohani
Faktor Baka
• Pengaruh Genetik• Perbezaan individu• Perbezaan Mental ( kognitif )• Perbezaan emosi
• Pengaruh Genetik• Perbezaan individu• Perbezaan Mental ( kognitif )• Perbezaan emosi
Faktor persekitaranFaktor persekitaran
• Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Tambah beliau lagi, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut terhadap persekitaran.
Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan
Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani Pertumbuhan saiz,berat,gigi,organ deria,anggota
Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan,melihat,mendengar,membuat kerja
Mental Bertambah keupayaan berfikir
Kemahiran memikir,mengingat,menelaah,menganalisis
Emosi Perasaan seronok, gembira,duka,takut,bimbang,sedih
Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu
Sosial Meluaskan perhubungan,komunikasi dan pergaulan dengan orang lain
Kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.
Prinsip – Prinsip Pertumbuhan & Perkembangan
Prinsip – Prinsip Pertumbuhan & Perkembangan
• 1 pertumbuhan berlaku dalam 2 arah:Dari atas ke bawahDari tengah ke tepi2. Pertumbuhan struktur badan mendahului
kemahiran fungsinya3. Pertumbuhan secara menyeluruh
mendahului secara khusus
• 4 .Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi pada kadar yang berbeza
• 5.Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat.
• 6.Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi.
7 .Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan ditentukan mengikut peringkat-peringkat;
• Peringkat pralahir (kandungan)• Peringkat bayi (0-2 tahun)• Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)• Peringkat akhir kanak-kanak (6-12 tahun)• Peringkat awal remaja (12-15 tahun)• Peringkat akhir remaja (15-21 tahun)• Peringkat dewasa (21-60 tahun)
• Peringkat tua (60 tahun ke atas)
• 8.Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
• 9.Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pendapat orang lain
Peranan Guru dalam Proses Perkembangan Kanak-kanak
1.Menyiapkan diri sebagai seorang pendidik yang serba boleh.
2.Menyuburkan minat dan idea murid atau pelajar .
3.Berusaha menerapkan nilai-nilai murni dan penerapan rohani yang sepatutnya.
Sumber Rujukan
• Mok Soon Sang,Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi ,2003,Kuala Lumpur.
top related