perdagangan tingkatan 5 (prinsip insurans)

Post on 23-Jan-2015

477 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Prinsip insurans terdiri daripada penuh percaya mutlak, kepentingan boleh insurans dan indemniti

TRANSCRIPT

INSURANS

BAB 2

PRINSIP INSURANS

PRINSIP INSURANS

KEPENTINGANBOLEH INSURANS

PENUHPERCAYA MUTLAK

INDEMNITI/GANTIRUGI

SUMBANGAN

SUBROGASI

DOKTRINSEBAB

HAMPIRAN

2.5 PRINSIP INSURANS

(1) KEPENTINGAN BOLEH DIINSURANSKAN

Insured hanya boleh menginsuranskan harta benda dan nyawa yang boleh mendatangkan kerugian kepadanya jika berlaku risiko.Tujuan : mengelakkan sesuatu pihak mengambil kesempatan ke atas harta orang lain.

Contoh :Megat boleh menginsuranskan rumahnya sendiri sebab dia mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap rumahnya.

(2) PENUH PERCAYA MUTLAK

Insured hendaklah memberi keterangan dan maklumat yang benar dan ikhlas berkaitan dengan

risiko yang hendak diinsurans semasa mengisi borang.

Contoh : Seorang peniaga menginsuranskan kedainya

daripada kebakaran menyatakan kedainya diperbuat daripada batu tetapi yang sebenarnya diperbuat daripada kayu. Jika berlaku kebakaran , gantirugi tidak akan dibayar kerana polisi menjadi tidak sah.

(3) INDEMNITI/GANTI RUGI

Ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured apabila berlaku kerugian ke atas risiko yang diinsuranskan.

Contoh : Insured menginsuranskan premisnya daripada kebakaran sebanyak RM80,000. Premisnya hangus dijilat api dan anggaran kerugian ialah RM70,000. Maka gantirugi yang dibayar adalah sebanyak RM70,000 dan bukan RM80,000.

JENIS INDEMNITI

(1) SUMBANGAN

Jika sesuatu aset diinsuranskan dengan beberapa insurer dan berlaku risiko yang diinsuranskan, maka insurer terlibat akan mencarum mengikut bahagiannya.

Contoh :

Seorang peniaga menginsuranskan stok barangnya dari kebakaran dengan membeli tiga polisi insurans bernilai RM15,000 daripada tiga insurer.Disebabkan polisinya bertindan, maka, setiap insurer hanya menanggung 1/3 daripada kerugian iaitu RM5,000 bagi setiap insurer.

(ii) SUBROGASI

Maksudnya, sesudah insured dibayar ganti rugi, insurer akan mengambil semua hak yang ada padanya untuk menuntut kerugian daripada pihak lain.

Contoh: KeretaEn.Lim musnah akibat kemalangan Jalanraya. Dia dibayar ganti rugi sebanyak

RM14,000. Kereta tersebut dijual dengan nilai skrap RM4000. En. Lim tidak lagi berhak menuntut RM4000 kerana hak tersebut telah dipindah kepada insurer.

(iii) Doktrin Sebab Hampiran

Bermaksud insurer hanya dibayar ganti rugi jika

kerugian yang dialami adalah disebabkan secara

langsung oleh risiko yang diinsuranskan.

Ganti rugi tidak akan dibayar jika kerugian berpunca

daripada risiko lain ataupun risiko yang dikecualikan

oleh polisi insurans.

Contoh :Jika barang yang dibawa oleh sebuah lori yang diinsuranskan akibat kemalangan itu rosak, ganti rugi akan dibayar. Jika barang dicuri semasa kemalangan, ganti rugi tidak dibayar kerana kecurian bukanlah risiko yang diinsuranskan.

Latihan

Nyatakan prinsip insurans yang sesuai dengan situasi berikut:

1. Encik Ahmad menginsuranskan kedainya daripada kebakaran dengan menyatakan kedainya diperbuat daripada batu tetapi sebenarnya diperbuat daripada kayu.

2. Encik Rahman ingin menginsuranskan rumah yang disewanya daripada Puan Lee.

3 Encik Chong tidak dibayar ganti rugi bila kedainya dirompak sebab beliau mengambil insurans kebakaran.

4 Abdullah yang tinggal bersama pak ciknya di Segamat ingin mengambil polisi ke bakaran ke atas rumah pak ciknya.

5 Encik Amir menginsuranskan kedai runcitnya terhadap risiko kebakaran untuk nilai RM80 000. Apabila kedainya terbakar, kos membaikinya adalah RN60 000. Syarikat insurans hanya membayar gantirugi sebanyak RM60 000

6 Insurer boleh mengambil alih hak milik sesuatu harta setelah membayar ganti rugi kepada insured

7 Encik Shamsul memberi maklumat lengkap semasa mengisi borang

8 Encik Ram seorang ahli perniagaan menginsuranskan nyawa rakan kongsinya

9 Cik Koraila kehilangan keretanya yang berharga RM50 000. Syarikat insurans telah membayar gantirugi kepadanya. Jika keretanya ditemui, syarikat insurans akan mengambilalih hak milik kereta tersebut.

10 Encik Kalai menginsuranskan gudangnya dengan insurans kebakaran. Selepas seminggu, gudangnya telah dimasuki pencuri dan mengakibatkan kehilangan sebanyak RM50 000. Insurer enggan membayar ganti rugi.

11 Pihak insured mesti memberi maklumat peribadi yang betul semasa membeli insurans nyawa.

12 Suzi kehilangan keretanya dan telah dibayar ganti oleh pihak insurer. Selepas dua bulan kereta dijumpai tetapi Suzi tiada hak ke atas kereta tersebut.

Soalan 1

Chua tinggal bersama-sama dengan makciknya. Chua

ingin mengambil polisi kebakaran ke atas rumah

makciknya. Chua dikatakan melanggar prinsip ….

A. IndemnitiB. Penuh percaya mutlakC. Doktrin sebab hampiranD. Kepentingan boleh insurans

Soalan 2

Insurans kemalangan dan insurans hayat dikecualikan

daripada prinsip ……….

A. Kepentingan boleh insuransB. IndemnitiC. Penuh percaya mutlakD. Dokrin sebab hampiran

Soalan 3

Antara pernyataan berikut, manakah yang memenuhiprinsip kepentingan boleh insurans ?I. En. Ali mengambil polisi insurans nyawa bagi

isterinya.II. En. Johan membeli insurans kebakaran bagi rumah

sewanyaIII. En. Ram yang merupakan seorang ahli perniagaan

menginsuranskan nyawa rakan kongsinyaIV. Cik Manisha membeli insurans kemalangan peribadi

atas nama adiknyaA. I dan II C. II dan IVB. I dan III D. III dan IV

Soalan 4

• Insured mesti memberikan maklumat dan keterangan yang lengkap.

• Insurer akan menyatakan syarat-syarat perlindungan dengan jelas

Perkara-perkara di atas adalah berkaitan denganprinsip-prinsip insurans. Prinsip insurans tersebut ialah …….A. Kepentingan boleh insuransB. IndemnitiC. Penuh percaya mutlakD. Doktrin sebab hampiran

Soalan 5

En. Hamdan kehilangan keretanya yang berharga RM50000. Insurer telah membayar ganti rugikepadanya. Apabila keretanya ditemui, syarikat insurans akan mengambil alih hak milik keretaberkenaan.Apakah prinsip indemniti yang berkaitan dengan perkara tersebut.A. SumbanganB. SubrogasiC. Doktrin sebab hampiranD. Syarat purata

Soalan 6

Antara yang berikut, manakah pernyataan yang benarberkaitan dengan doktrin punca hampiran ?A. Insured akan bayar ganti rugi untuk dipulihkan ke

kedudukan asalB. Beberapa buah insurer, akan mencarumkan

sejumlah bayaran untuk membayar ganti rugi kepada insured

C. Setelah dibayar ganti rugi, hak milik terhadap harta berpindah tangan kepada insurer

D. Insured akan dibayar pampasan jika kerugian disebabkan oleh risiko yang diinsuranskan

Soalan 7

Mengapakah insurer membenarkan En. Abu mengambil polisi insurnas kebakaran terhadap rumah yang diduduki oleh En. Budin ?A. En. Budin adalah anak kepada En. AbuB. En. Budin akan menderita jika rumah itu

terbakarC. En. Abu menyewakan rumah miliknya

kepada En. BudinD. En. Abu adalah penjamin kepada En. Budin

yang membeli rumah tersebut

Soalan 8

Mengapakah prinsip indemniti melibatkan beberapa

prinsip tambahan ?A. Memastikan insured memberi keterangan dan

maklumat dengan lengkapB. Insured yang mengalami kerugian hanya layak

menerima ganti rugi setakat kerugiannya sahajaC. Mengelak perbuatan mencari keuntungan atas

kerugian orang lainD. Meminimumkan kerugian yang mungkin dialami

oleh insurer

FAKTOR-FAKTOR MENENTUKAN KADAR PREMIUM

(1) JENIS RISIKO

Kadar premium bergantung kepada jenis risiko.Contoh : Kadar premium kebakaran berbeza dengan kadar premium kemalangan.

(2) NILAI YANG DIINSURANSKAN

Lebih tinggi jumlah yang diinsuranskan , lebih tinggi premiumnya.

(3) LUAS PERLINDUNGAN

Lebih luas liputan perlindungan, lebih tinggi premiumnya.

Contoh : Premium untuk melindungi kebakaran lebih tinggi daripada premium untuk melindungi kebakaran dan kecurian.

(4) KOS KUTIPAN PREMIUM

Premium yang dibayar bulanan lebih tinggi daripada premium tahunan kerana libatkan kos pemungutan tambahan.

JENIS INSURANS

JENIS-JENISINSURANS

INSURANS AM

INSURANS KEMALAN

GAN

INSURANS KEBAKARA

N

INSURANS MARN/

PENERBANGAN

INSURANS LAIN

INSURANS HAYAT

INSURANS HAYAT

SEUMUR HIDUP

INSURANS ENDOWM

EN

INSURANS HAYAT

SEMENTARA

A. INSURANS AM

Terdiri daripada :

(1) INSURANS KEMALANGAN(2) INSURANS KEBAKARAN(3) INSURANS MARIN/PENERBANGAN(4) LAIN-LAIN INSURANS

(1) INSURANS KEMALANGAN

INSURANS KENDERAAN BERMOTOR

INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA

INSURANS MOTOR KOMPREHANSIF

(a) INSURANS KENDERAAN BERMOTOR:

(i)INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA

• Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga yang cedera/mati/rosak kenderaan akibat kemalangan dengan insured.

Pihak ketiga ialah pengguna jalan raya.

Kecederaan atau kerosakan kenderaan insured tidak dibayar ganti rugi.

Premium murah

Semua kenderaan diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya insurans ini.

(b) Insurans motor komprehensif

Melindungi kecederaan/kematian dan kerosakan kenderaan pihak ketiga dan insured sendiri.

Premiumnya lebih mahal.

Semua kenderaan yang dibeli secara sewa beli mesti membeli polisi ini.

Tuntutan ganti rugi berasaskan ‘fasal lebihan’ (excess clause) – iaitu kerosakn di bawah nilai RM500 ditanggung sendiri oleh insured.

(b) INSURANS KEMALANGAN PERIBADI

Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan seperti kemalangan dalam perjalanan/pembunuhan/kejadian rusuhan/keracunan dan serangan.

Boleh diambil juga secara berkumpulan seperti menyertai rombongan.

(c) INSURANS LIABILITI AWAM

Melindungi pemilik perniagaan seperti pasar raya daripada tuntutan orang awam yang cedera/mati semasa membeli belah dalam premis yang disebabkan kecuaian peniaga.

Terdapat pelbagai insurans liabiliti awam seperti :

Insurans Liabiliti Awam

Insurans Liabiliti Produk

Insurans Liabiliti

Profesional

Insurans Liabiliti

Golf

Insurans Liabiliti Produk : Melindungi pengeluar produk

Insurans Liabiliti Profesional : Kecuaian semasa melaksanakan tugas

profesional. Cth : doktor tersalah beri ubat

Insurans Liabiliti Golf : Lindungi daripada tuntutan pihak yang

cedera/alami kerosakan harta benda akibat terkena bola golf

(d) INSURANS LIABILITI MAJIKAN

Melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya yang cedera/mati semasa bekerja.

Premium dibayar oleh majikan.

Perlindungan ialah :

Skim Pencen Ilat : melindungi risiko kehilangan keupayaan untuk bekerja akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja.

Skim Bencana Pekerjaan : melindungi risiko kecederaan, kematian, kacacatan anggota akibat kemalangan.

(2) INSURANS KEBAKARAN

Memberi perlindungan terhadap kerugian yang berpunca daripada kebakaran premis/mesin/stok/wang ringgit dan harta benda

Terdapat 3 jenis polisi insurans kebakaran iaitu :

(i) Polisi bernilai

Menyatakan jumlah nilai harta yang diinsuranskan.

Gantirugi dibayar menurut nilai harta benda itu yang telah musnah.

(ii) Polisi tidak bernilai

Tidak menyatakan nilai benda yang diinsuranskan.

Nilai harta benda akan ditaksir selepas kebakaran.

(iii) Polisi terapung/terbuka

Nilai harta benda berubah dari masa ke semasa.

Contoh : menginsuranskan gudang yang mempunyai nilai stok yang

berubah.

Faktor menentukan kadar premium kebakaran

(i) Jenis bangunan

Samaada bangunan kilang atau kediaman.

Kadar premium rumah kediaman lebih rendah

di banding dengan bangunan kilang.

(ii) Bahan binaan bangunan

Samada diperbuat daripada kayu atau batu. Jika diperbuat daripada kayu, kadar

premium lebih rendah kerana kayu mudah terbakar.

(iii) Kegunaan bangunan

Samaada menyimpan bahan mudah terbakar atau tidak.

(iv) Tempoh dan skop lindungan

Lebih lama tempoh/lebih luas lindungan

(v) Kelengkapan keselamatan

Jika premis dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan, maka kadar premium lebih murah

PERDAGANGAN

PUAN AZNI BINTI MOHAMAD

(3) INSURANS MARIN/PENERBANGAN

(i) INSURANS MARIN

Memberi perlindungan kepada kapal dan muatan termasuk anak kapal/penumpang /kargo terhadap risiko semasa di laut seperti kebakaran, kecurian, perlanggaran, lanun dan lain-lain.

Ia boleh diambil samaada satu pelayaran tertentu atau suatu tempoh masa tertentu.

(ii) INSURANS PENERBANGAN

Memberi perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan penerbangan seperti kematian, pelanggaran (seperti insurans marin)

Kerosakan kargo atau barang.

Setiap penumpang diberi insurans kemalangan peribadi secara kelompok.

(4) JENIS INSURANS LAIN

(a) INSURANS KECURIAN

Melindungi insured daripada kerugian disebabkan oleh kecurian, rompakan dan pecah rumah.

(b) INSURANS KESIHATAN

Memberi perlindungan kepada kos belanja horpital insured yang sakit disebabkan penyakit/kecederaan kemalangan.

(c) INSURANS GADAIAN

Sejenis insurans hayat sementara.

Contoh : Jika insured beli kereta baru dan membeli insurans ini, jika insured meninggal dunia, insurer akan menyelesaikan jumlah hutang keretanya.

(d) INSURANS JAMINAN SETIA

Melindungi majikan yang kerugian akibat penipuan/ketidakjujuran pekerja.

Lazimnya diambil oleh bank atau institusi kewangan.

(e) INSURANS PENDIDIKAN

Membiayai perbelanjaan pendidikan insured/anak di universiti.

SOALAN 9

Pernyataan di bawah merujuk kepada jenis insurans.

“ Memberi perlindungan kepada insured dan kenderaannya serta pihak ketiga dan harta bendanya “Apakah insurans tersebut ?A. Insurans liabiliti amB. Insurans kereta lengkapC. Insurans motor pihak letigaD. Insurans motor komprehensif

SOALAN 10

Insurans yang patut diambil oleh seorang pemilikhotel ialahI. Insurans gadaianII. Insurans kecurianIII. Insurans kebakaranIV. Insurans liabiliti amA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

SOALAN 11

Berikut merupakan maklumat mengenai sejenisinsurans am.

Insurans ini memberi perlindungan kepada pihak majikan terhadap tuntutan pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja.

Bagaimanakah pihak majikan menginsuranskanpekerjanya daripada kemalangan ?A. Mengadakan dana kebajikan pekerjaB. Membayar pampasan kepada PERKESOC. Menyumbangkan caruman bulanan kepada PERKESOD. Membayar premium tahunan kepada syarikat insurans

SOALAN 12

Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan denganinsurans kemalangan peribadi ?I. Merupakan contoh insurans hayatII. Bayaran premium dikenakan mengikut risiko profesion

insuredIII. Melindungi individu dari kerugian yang berpunca

daripada kemalanganIV. Membayar pampasan kepada waris jika insured

meninggal dunia akibat kemalanganA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

SOALAN 13

Antara jenis perniagaan berikut, yang manakah patut

mengambil insurans jaminan setia ?

A. Pasar rayaB. Kedai emasC. Kilang pakaianD. Institusi kewangan

SOALAN 14

Bagaimanakah kadar premium insurans kebakaran bagi sebuah premis perniagaan dikira ?

I. Umur pemilikII. Jenis bangunanIII. Kegunaan bangunanIV. Kelengkapan keselamatanA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

SOALAN 15

Antara berikut, yang manakah tergolong sebagaiinsurans liabiliti am ?I. Insurans jaminan setiaII. Insurans liabiliti produkIII. Insurans liabiliti majikanIV. Insurans liabiliti profesionalA. I dan IIB. I dan IIIC. II dan IVD. III dan IV

SOALAN 16

Safuan membeli sebuah rumah dengan membuat

pinjaman sebanyak RM50,000 dari EON Bank Berhad. Jika Safuan mengambil insurans

gadaian dan meninggal dunia, hutang tersebut akan dibayar

oleh

A. InsurerB. KerajaanC. KeluarganyaD. EON Bank Berhad

INSURANS HAYAT

Membayar pempasan ke atas kerugian di sebabkan oleh kematian, kecacatan dan hilang upaya.

Insurans hayat terkecuali daripada prinsip indemniti kerana nyawa tidak dapat diganti dengan wang ringgit.

Seseorang boleh menginsuranskan diri dengan seberapa banyak polisi daripada insurer yang berlainan.

Jumlah yang diinsuranskan akan dibayar penuh apabila berlaku kematian, kehilangan upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal.

Insurans hayat memberi faedah perlindungan seperti berikut :(i) Menyediakan sumber pendapatan berterusan kepada keluarga jika dia meninggal dunia.(ii) Menyediakan satu pelan simpanan masa depan untuk insured dan keluarga(iii) Sebagai sumber pendapatan apabila bersara

 Terdapat 3 jenis insurans hayat :

(i) INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP

Bayar premium dengan 2 cara iaitu :

(i) membayar premium sepanjang hayatnya

(ii) membayar premium untuk tempoh tertentu sahaja.

Contoh : 15 tahun (Skim Seumur Hidup Bayaran Terhad)

Jumlah pampasan dan bonus akan dibayar kepada waris insured apabila insured meninggal dunia.

Faedah polisi juga boleh dibayar apabila berlaku kejadian hilang upaya kekal dan penyakit kritikal

Sesuai diambil oleh seorang ketua keluarga untuk memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anaknya.

Tujuan : memberi perlindungan kepada waris.

(ii) INSURANS ENDOWMEN

Bayar premium untuk tempoh perlindungan tertentu terhadap risiko kematian.

Contoh : 15 tahun atau 20 tahun

Genap tempoh perlindungan, polisi insurans itu dikatakan matang dan jumlah yang diinsuranskan dan beserta bonus akan dibayar kepada insured.

Jika insured meninggal dunia sebelum genap tempoh perlindungan, bayaran akan dibuat kepada pewaris.

Merupakan satu polisi tabungan.

Tarikh matang boleh disesuaikan dengan keperluan masa depan seperti membiayai pendidikan anak, persaraan dan sebagainya.

(iii) INSURANS HAYAT SEMENTARA

Memberi perlindungan kepada insured untuk tempoh tertentu sahaja.

Contoh : 15 tahun

Jika insured meninggal dunia dalam tempoh perlindungan, pampasan akan dibayar kepada pewaris.

Jika insured masih hidup selepas tempoh perlindungan, tiada bayaran akan dibuat kepadanya.

Bukanlah satu cara tabungan kerana insured akan hilang semua premiumnya tanpa sebarang bayaran daripada insurer apabila polisi itu tamat.

Premium polisi adalah yang termurah.

PERBEZAAN INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP, ENDOWMEN DAN SEMENTARA

SEUMUR HIDUP ENDOWMEN SEMENTARA

TEMPOH Seumur hidup atau untuk tempoh tertentu

Tempoh tertentu sahaja

Tempoh tertentu sahaja

PAMPASAN Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia

Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia atau apabila tempoh matang walaupun risiko tidak berlaku.

Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia.Tempoh perlindungan tamat, tiada pampasan diberi.

PREMIUM Lebih murah dari endowmen

Lebih mahal Paling murah

LAIN-LAIN Baik untuk ketua keluarga

Berbentuk tabungan Bukan berbentuk tabungan

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN DALAM PENGIRAAN PREMIUM INSURANS HAYAT

(1) JENIS INSURANSPremium insurans endowmen lebih tinggi daripada insurans hayat sementara.

(2) UMUR INSUREDLebih lanjut umur , lebih tinggi premium.

(3) PEKERJAAN Pekerjaan yang berisiko tinggi dicaj

premium yang lebih tinggi.

(4) KESIHATANPemohon yang kurang sihat dikenakan

caj tambahan.

(5) JANTINAPerempuan dikenakan premium yang

kurang daripada lelaki kerana jangka hayat perempuan lebih panjang.

TAKAFUL

SKIM INSURANS YANG DIURUSKAN BERDASARKAN HUKUM SYARAK

PRINSIP TAKAFUL

Berlandaskan tiga prinsip insurans konvensional tapi berlandaskan hukum syariah iaitu tidak membenarkan 3 unsur ini iaitu :

(i) GHARAR

Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan mengenai suatu perjanjian dan sumber.

(ii) MAISIR

Unsur perjudian

(iii) RIBA

Unsur faedah/bunga

Operasi takaful berlandaskan 2 prinsip :

(i) MudharabahPerkongsian keuntungan antara peserta (insured) dengan syarikat insurans (insurer). Keuntungan akan dibahagi antara kedua-dua pihak.

(ii) Tabarruk Menderma dengan ikhlas. Risiko kemalangan dipikul bersama oleh semua peserta dan bukannya oleh syarikat.

PRODUK TAKAFUL

PRODUK TAKAFUL

TAKAFUL KELUARGA TAKAFUL AM

(I) TAKAFUL KELUARGA

Memberi perlindungan kepada peserta daripada kerugian akibat berlakunya kematian, kehilangan upaya dan kemalangan.

Dikehendaki membayar caruman mengikut kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum.

Caruman dikreditkan ke dalam dua akaun iaitu :

(i) Akaun Peserta (95%)

Untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

(ii) Akaun Khas Peserta (5%)Sebagai tabarruk (derma untuk

memberi bantuan kepada peserta yang ditimpa kemalangan.

Produk lain takaful keluarga ialah :

(i) PTK untuk pendidikanMembantu membiayai belanja pendidikan anak peserta.

(ii) PTK Kesihatan Membayar belanja rawatan hospital bagi peserta yang di masukkan ke wad.

(iii) PTK KelompokMemberi perlindungan secara berkumpulan kepada peserta.

(ii) TAKAFUL AM

Memberi perlindungan daripada kehilangan atau kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kecelakaan seperti kebakaran, rompakan, kecurian, kemalangan dan sebagainya.

Risiko mungkin berlaku ke atas harta benda seperti bangunan, kenderaan dan aset lain.

Apabila berlaku musibah, pampasan akan dibayar.

Produk lain Takaful Am ialah :

(i) Skim Takaful KebakaranMelindungi terhadap kebakaran.

(ii) Skim Takaful KenderaanPerlindungan kepada kenderaan

terhadap kerosakan dan kemalangan.

(iii) Takaful Liabiliti MajikanPerlindungan kepada majikan terhadap tuntutan pekerja.

(iv) Takaful Liabiliti Am Melindungi pihak peniaga terhadap tuntutan daripada orang awam.

(v) Skim Takaful Kemalangan DiriPerlindungan akibat kemalangan.

PERBANDINGAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DENGAN TAKAFUL

(A) PERSAMAAN

1. Kedua-dua menyediakan pelan perlindungan kepada insured dan apabila berlaku risiko yang diinsuranskan maka pampasan akan diberi.

2. Kedua-duanya juga beroperasi berlandaskan tiga prinsip asas iaitu kepentingan boleh diinsuranskan, penuh percaya mutlak dan indemniti.

(B) PERBEZAAN

INSURANS KONVENSIONAL

KATA KUNCI

TAKAFUL

Prinsip

Gharar

Maisir

Riba

(B) PERBEZAAN

INSURANS KONVENSIONAL

KATA KUNCI

TAKAFUL

Berlandaskan 3 prinsip utama sahaja dalam insurans

PrinsipBerlandaskan hukum syarak

Tidak jelas di mana wang premium dilaburkan. Gharar

(tidak pasti)

Mesti jelas di mana wang premium dilaburkan.

Bebas melaburkan di mana-mana pelaburan Maisir

(perjudian)

Riba

Soalan 17

Pilih pernyataan yang tepat menerangkan takafulI. Takaful merupakan insurans yang diuruskan secara

IslamII. Tabaruk menjadi teras utama yang membina paksi

takafulIII. Takaful hanya dijual kepada warga yang beragama

Islam sahajaIV. Takaful berlandaskan tiga prinsip insurans

konvensional dengan ditambah hukum syariah yang melarang unsur gharar, maisir dan riba.

A. I dan II sahaja C. I, II dan IV sahajaB. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 18

Berikut merupakan pernyataan yang tepatmenerangkan takaful, kecualiA. Peserta takaful membayar sumbangan ke dalam akaun

berdasarkan kemampuan masing-masing tetapi tertakluk kepada jumlah minimum

B. Sumbangan daripada peserta yang dimasukkan ke dalam akaun khas peserta digunakan untuk membayar ganti rugi kepada peserta lain yang ditimpa kemalangan

C. Peserta tidak dibayar ganti rugi yang besar, yang membolehkannya memperoleh keuntungan daripada risiko yang berlaku

D. Takaful keluarga terdiri daripada sejenis pelan iaitu pelan individu yang mempunyai 14 komponen

PROSEDUR BELIAN POLISI INSURANS

•MENGHUBUNGI INSURER/EJEN INSURANS

•MENGISI BORANG CADANGAN

•MEMBAYAR PREMIUM PERTAMA

•NOTA LINDUNGAN DIKELUARKAN

•POLISI KONTRAK MENGGANTIKAN NOTA LINDUNGAN

PROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGI

•MENGHUBUNGI SYARIKAT INSURANS

•MENGISI BORANG TUNTUTAN

•PENYIASATAN

•PEMBAYARAN GANTI RUGI

Soalan 19

Berikut merupakan sebab insurans kesihatan semakin

popular, kecualiI. Kos rawatan yang semakin meningkatII. Promosi kesihatan semakin agresifIII. Peningkatan pendapatan keluargaIV. Peningkatan peratusan penyakit kronik

seperti barah, hipertensi dan kencing manisA. I dan II sahaja C. I, II dan III sahajaB. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 20

Pilih pernyataan yang menunjukkan persamaanantara insurans pendidikan dengan insurans kesihatan.I. Merupakan satu cara tabungan untuk masa hadapan

dan dapat mengeluarkan sejumlah wang apabila diperlukan

II. Kos mendapatkan perkhidmatan dalam kedua-dua sektor semakin tinggi

III. Orang ramai memberikan perhatian dalam kedua-dua sektor

IV. Pinjaman untuk membiayai perkhidmatan dalam kedua-dua bidang tidak dibenarkan

A. I dan II sahaja C. I, II dan III sahajaB. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 21

Apakah dokumen yang diterima sebagai perjanjian

sementara antara penginsurans dengan pemilik

kenderaan yang membayar premium untuk polisi

insurans keretanya ?A. Nota lindunganB. Resit bayaran premiumC. Borang cadanganD. Polisi insurans

Soalan 22

Perbualan di bawah adalah diantara Siva dengan pengurus syarikat insurans.Siva : Mengapa tuntutan saya ditolakPengurus : Doktor telah mengesahkan bahawa Syarikat ayah kamu mengalami penyakitInsurans keturunan sebelum dia meninggal dunia.

Syarikat insurans telah membuat keputusan tidak akan membayar sebarang tuntutan.

Berdasarkan dialog di atas, mengapakah keadaan tersebutberlaku ?A. Penyakit keturunan tidak boleh diinsuranskanB. Bapa Siva tidak memberi maklumat sebenar tentang dirinyaC. Pihak Insurans tidak tertakluk untuk membayar ganti rugi kepada SivaD. Siva tidak memaklumkan kepada syarikat insurans tentang penyakit

bapanya

Soalan 23

Peningkatan kadar premium untuk insuranskenderaan bermotor oleh syarikat insurans diMalaysia adalah kesan daripada

A. Peningkatan kadar kemalangan jalan rayaB. Peningkatan bilangan insuredC. Kenaikan kos overhed perniagaanD. Kenaikan kadar cukai

Soalan 24

Berikut adalah pernyataan mengenai En. Ahmad.

“En. Ahmad membeli sebuah motosikal baru secara sewa beli.”

Apakah jenis insurans kemalangan yang perlu diambiloleh En. Ahmad.A. Insurans hayat seumur hidupB. Insurans kemalangan peribadiC. Insurans motor pihak ketigaD. Insurans motor komprehensif

Soalan 25

Polisi insurans motor komprehensif adalah bertujuan

untukA. Melindungi insured daripada sebarang

kemalanganB. Melindungi kecederaan dan kematian pihak

ketiga dan kerosakan kenderaan mereka serta kenderaan insured daripada kemalangan

C. Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga

D. Melindungi kecederaan dan kematian serta kerosakan harta benda pihak ketiga

Soalan 26

Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi seoranginsured.

Berdasarkan prinsip ganti rugi, berapakah jumlahganti rugi yang akan diterima oleh insured ?A. RM 150 000 C. RM 60 000B. RM90 000 D. RM 200

Butiran Jumlah (RM)

Nilai premium 200

Nilai insurans kebakaran 150 000

Nilai pembinaan semula 90 000

Soalan 27

Antara berikut, pernyataan manakah yangmembuktikan bahawa skim insurans takafulmengelakkan terdapatnya unsur maisir ?

A. Peserta diberitahu tentang semua syarat dan skim insurans

B. Syarikat takaful tidak memberi dan menerima faedah

C. Wang premium dilaburkan dalam bidang yang halalD. Peserta dibayar dalam jumlah yang tetap sebagai

pampasan

Soalan 28

Berikut adalah maklumat mengenai keluarga En.Sudin seorang pengurus kilang.Isteri : SurirumahAnak : 2 orang, berumur 6 dan 7 tahunHarta : Sebuah rumah teres yang dibeli dengan pinjaman

Bank Mewah Bhd. dan sebuah kereta Proton Waja dengan

pinjaman EON Finance Bhd.I. Insurans pendidikan untuk anakII. Insurans jaminan setia untuk isteriIII. Insurans hayat seumur hidup untuk dirinyaIV. Insurans gadaian untuk rumahnyaA. I, II dan III C. I, III dan IVB. I, II dan IV D. II, III dan IV

Soalan 29

Berikut adalah maklumat mengenai En. Maxwell.En. Maxwell ingin membeli insurans kebakaran untuk rumah kekasihnya Cik Martha tetapi tidak dibenarkan oleh syarikat insurans.

Apakah prinsip insurans yang berkaitan denganperkara ini ?A. Prinsip penuh percaya mutlakB. Prinsip indemnitiC. Prinsip kepentingan boleh insuransD. Prinsip kebolehpercayaan

Soalan 30

Mengapakah insurans dianggap sebagai perkongsian

risiko ?

A. Premium yang dibayar insured adalah rendah

B. Semua ahli berkongsi kerugian yang dialami oleh ahli lain

C. Semua ahli akan rugi apabila berlaku sesuatu risiko

D. Pihak insurer akan berkongsi untuk membayar pampasan

Soalan 31

Maklumat berikut mengenai En. Tharmalinggam.En. Tharmalinggam telah menginsuranskan kedai

emasnya daripada risiko kecurian dengan nilai RM300 000. Oada suatu hari kedainya telah terbakar dan kerugian dianggarkan ialah RM100 000. Beliau telah

membuat tuntutan ganti rugi kepada insurer tetapi tuntutannya telah ditolak.

Apakah prinsip yang digunakan oleh insurer untukmenolak tuntutan En. Tharmalinggam ?A. SubrogasiB. Penuh percaya mutlakC. Doktrin sebab hampiranD. Kepentingan boleh diinsuranskan

Soalan 32

Antara yang berikut, faktor yang manakahmenentukan kadar premium insurans kebakaran ?I. Jenis insurerII. Tahun polisi diambilIII. Tempoh perlindunganIV. Kelengkapan keselamatanA. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

Soalan 33

Antara berikut, yang manakah prosedur yang betuluntuk membuat tuntutan ganti rugi ?I. Mengisi borang tuntutan daripada dari insurerII. Pihak insurans akan membuat siasatanIII. Membuat laporan kepada polis dan insurerIV. Jika insurer berpuas hati, ganti rugi akan

dibayarA. I, II, III dan IVB. II, I, III dan IVC. III, I, II dan IVD. IV, II, III dan I

Soalan 34

Mengapakah insurer akan menjalankan siasatan apabila menerima borang tuntutan ganti rugi daripada insured ?

I. Membantu insured untuk mendapatkan haknyaII. Menentukan syarat dalam polisi dipatuhiIII. Menjamin tidak berlakunya pengkhianatanIV. Memastikan jumlah tuntutan adalah jumlah

kerugian sebenarA. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

top related