perceraian dalam enakmen undang-undang · pdf file2.6 pengertian talak 2.7 dalil pensyariatan...
Post on 31-Jan-2018
280 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(KEDAH DARUL AMAN) 2008. KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
PADANG TERAP
NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya mengaku bahawa adalah saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan :__________________
Nama Penyelia : DR. NASRUL HISYAM B.NOR MUHAMAD
Tarikh : __________________
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL :PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(KEDAH DARUL AMAN) 2008. KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
PADANG TERAP
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
_____________________ _____________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Nama Penyelia
KG. KUALA JANING DR. NASRUL HISYAM B. NOR
MUKIM BELIMBING KIRI MUHAMAD
O6300 KUALA NERANG
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh: ___________________ Tarikh: ______________________
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PERCERAIAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA
ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008. KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH PADANG TERAP
NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2011
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NOR SHAFIZA BINTI SHOAIB
Tarikh : 14 APRIL 2011
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala Puji-Pujian Hanya Pada Mu Ya Ilahi
Kutitip Kesyukuran Di Atas Segala Nikmat Yang Kau Anugerahkan Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW
Mak Dan Ayah Rokiah binti Ismail & Shoaib bin Omar
Setulus Kasihmu Tiada Tandingan Berpeluh Di Kebun, Berselut Dibendang Demi Anak Ini
Ku Pegang Utuh Kata Ayah Tiada Harta Yang Ayah Mampu Beri Kecuali Ilmu Dan Pelajaran
Terima Kasih Mak Ayah Redhamu Ku Damba Selalu
Semoga Allah Sentiasa Merahmati Hidupmu Amin
Abang, Kak Dan Adik Terima Kasih Atas Sokongan Dan Dorongan
Sunyi Duniaku Tanpa Kamu
Warga Pendidik Ibarat Buih Dilautan
Tak Pernah Jemu Tak Pernah Lelah Mengajarku Erti Ilmu Akan Kusemat Segala Ilmu Dalam Meniti Perjalanan Ini
Sahabat Seperjuangan Ukhwah Fillah Demi Mardotillah
Kenangan Terindah Ketika Bersamamu Takkan Luput Dek Masa Yang Berlalu
Terima Kasih Semua Kerna Sudi Menjadikan Aku Sebahagian Dari Coretan Hidupmu Selamanya Cintaku Hanya Demi Redho Dan Cintamu Ya llahi
Insyaallah.. Ameen
iv
PENGHARGAAN
بسم اهلل الرمحن الرحيم
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnianya, selawat
seta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, akhirnya terjilid jua
Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.
Setinggi penghormatan kepada ayah dan bonda yang tidak pernah jemu
memberi sokongan dan dorongan dalam menghadapi putaran roda kehidupan ini
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia yang dihormati Dr.
Nasrul Hisyam Nor Muhamad di atas nasihat, bimbingan dan perhatian yang
sewajarnya dalam memastikan PSM ini disempurnakan dengan baik.
Jutaan terima kasih kepada Hakim Tuan Syeikh Baharuddin bin Che Nen dan
Encik Ahmad bin Mad Isa, Pembantu Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Padang
Terap, kerana sudi meluangkan masa membantu saya dalam mendapatkan maklumat
yang berkaitan sepanjang menjalankan kajian ini. Segala panduan dan nasihat amat
bermakna. Tidak lupa kepada sahabat seperjuangan yang banyak memberi pandangan
dan perkongsian ilmu yang bermakna sepanjang kita bersama.
Akhir kalam, semoga Allah melipat gandakan amalan kalian dan
menimbangnya sebagai caturan pahala dalam memperjuangkan jihad ilmu ini.
InsyaAllah.
v
ABSTRAK
Satu tinjauan mengenai perceraian menurut Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 telah dijalankan dengan objektif dapat
memberi gambaran ringkas mengenai perceraian dan prosedurnya dari sudut
perundangan Islam. Statistik perceraian dianalisis dan setiap data ditunjukkan dalam
bentuk jadual dan carta untuk memudahkan pemerhatian dan penelitian. Faktor-faktor
pembubaran perkawinan juga dijelaskan. Secara umumnya, kajian ini mendapati
bilangan kes-kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap untuk
tempoh tahun 2000 hingga 2008 adalah meningkat. Metode persampelan (sampling
frame) digunakan dalam menentukan subjek penelitian. Pengkaji juga mendapati
antara faktor utama yang menyumbang kepada perceraian adalah tiada persefahaman.
Beberapa cadangan dan penelitian dikemukakan sebagai pengukuhan dan
penambahbaikan kepada kajian yang dijalankan.
vi
ABSTRACT
An observation regarding divorsion according to Islamic Law Enacment 2008
(Kedah Darul Aman) has been done. The main objectives are to give brief view on the
divorsion and its procedure according to Islam. The analysis on divorsion and each of
data are presented in tables and charts to simplify the observation and analysis. The
factors of divorsion also stated. Briefly, the divorsion cases at Syariah Subordinate
Court of Padang Terap from 2000 until 2008 are increasing in number. Sampling
method was used to determine the subject One of the main factors of divorsion is lack
of chemistry. The researchers come out with some reccomendations to improve the
investigation which has been done.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI PERUNDANGAN
SENARAI KES
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xii
xiv
xv
xvi
xvii
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1
1
3
4
5
viii
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop dan Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Perceraian
1.8.2 Enakmen
1.8.3 Undang-Undang Keluarga Islam
1.8.3.1 Undang-Undang
1.8.3.2 Keluarga
1.8.3.3 Islam
1.9 Kesimpulan
5
6
7
8
8
8
9
9
9
10
10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Perlembagaan Persekutuan
2.3 Undang-Undang Keluarga Islam
2.4 Pembubaran Perkahwinan
2.5 Prosedur Perceraian
2.6 Pengertian Talak
2.7 Dalil Pensyariatan Talak
2.7.1 Al-Quran
2.7.2 Sunnah
2.7.3 Ijmak Ulama
2.8 Hukum Talak
2.8.1 Wajib
2.8.2 Sunat
2.8.3 Makruh
2.8.4 Harus
2.8.5 Haram
11
11
14
15
17
17
25
26
26
27
29
29
29
31
32
32
32
ix
2.9 Jenis Talak
2.10 Kuasa Menjatuhkan Talak
2.11 Hikmah Pensyariatan Talak
2.12 Kajian Terdahulu
2.13 Kesimpulan
33
35
37
38
40
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Metode Penentuan Subjek
3.3 Reka Bentuk Kajian
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
I. Kajian Perpustakaan
II. Pengkajian Lapangan
a) Temu Bual Pakar
b) Kaedah Dokumentasi
3.5 Analisis Data
I. Metode Induktif
II. Metode Deduktif
III. Metode Komperatif
3.6 Kesimpulan
42
42
43
44
45
45
46
46
47
48
48
49
49
49
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Statistik Perkahwinan
4.3 Statistik Kes Perceraian
4.4 Analisis Statistik Kedar Perceraian
(2000-2008)
4.5 Analisis Keseluruhan
50
50
51
51
52
58
x
4.6 Perbandingan Statistik
4.7 Kesimpulan
64
67
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Hasil Kajian
5.2.1 Tiada Persefahaman
5.2.2 Kurang Penghayatan Agama
5.2.3 Kurang Ilmu Kekeluargaan
5.2.4 Masalah Komunikasi
5.2.5 Wujud Orang Ketiga Dalam
Rumah Tangga
5.2.6 Penderaan Fizikal
5.2.7 Pengabaian Tanggungjawab
5.3 Rumusan
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan Tindankan
5.4.2 Cadangan Lanjutan
5.5 Penutup
68
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
77
77
79
80
BIBLIOGRAFI 81
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK HALAMAN
4.2.1
4.4.1
4.4.2
4.4.3
4.4.4
4.4.5
4.4.6
4.4.7
4..4.8
4.4.9
4.5.1
4.5.3
4.5.5
4.6.1
4.6.2
4.6.3
4.6.4
Jadual Pernikahan Daerah Padang Terap
(2000-2008)
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2000
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2001
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2002
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2003
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2004
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2005
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2006
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2007
Kadar Perceraian Bagi Tahun 2008
Jadual Pengesahan Lafaz Cerai
Jadual Pengesahan Cerai Ta’liq
Jadual Permohonan Perceraian
Jadual Pernikahan Daerah Padang Terap
Jadual Perbandingan Statistik Pernikahan dan
Perceraian
Jadual Perbandingan Statistik Pernikahan dan
Perceraian
Jadual Perbandingan Statistik Pernikahan dan
51
52
53
53
54
55
55
56
57
57
58
60
62
65
65
65
66
xii
4.7.1
Perceraian
Jadual Jumlah Kes Perceraian (2000-2008)
67
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK HALAMAN
2.5.1
2.5.2
4.5.2
4.5.4
4.5.6
Proses Kes Perceraian (Secara Talak Dengan
Persetujuan Bersama)
Proses Kes Perceraian (Secara Talak Tanpa
Persetujuan Bersama)
Carta Pengesahan Lafaz Cerai
Carta Pengesahan Cerai Ta’liq
Carta Permohonan Perceraian
22
23
60
62
64
xiv
SENARAI PERUNDANGAN
PERUNDANGAN HALAMAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia Jadual Kesembilan Senarai 2
(Senarai Negeri)
14
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008
Seksyen 4
Seksyen56
Seksyen 48
Seksyen 47 (1)
Seksyen 47 (2)
Seksyen 47 (3)
Seksyen 47 (4)
Seksyen 47 (5)
14
16
18
18
18,19
20
20
20
21
xv
SENARAI KES
KES HALAMAN
Abu Hassan Shaari bin Abd. Hamid lwn. Asiah binti Ismail
(Kes Bil 02005-054-0001-2006)
73
Ainun binti Abdullah lwn. Mahid bin Mehat
(Kes Bil 02005-055-0010-2004)
72,73
Che Bedah binti Petri Din lwn. Harun bin Hashim
(Kes Bil 02005-055-0002-2006)
74,75
Norazira binti Zainal Abidin lwn Nordin bin Mat Din
(Kes Bil 02005-055-0228-2009)
70
Siti Selamah bt Shafie lwn. Mohamad Asri bin Awang Besar
(Kes Bil 02005-057-0155-2009)
76
xvi
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
a.s
H.R
JAKIM
JAWI
lwn.
SAW
SWT
- Alaihi Salam
- Hadith Riwayat
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
- lawan
- Sallallahualaihiwasallam.
- Subhanahuwata’ala
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A
B
Statistik Kes Perceraian Mahkamah Rendah
Syariah Padang Terap Tahun 2000 Hingga 2009
Borang Permohonan Perceraian
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkahwinan merupakan satu jalinan yang kukuh berpandukan aspek
penyatuan terhadap beberapa elemen seperti perasaan, kasih sayang, kepercayaan,
penghormatan, komitmen, peranan dan tanggungjawab dan seumpamanya.
Perkahwinan bertujuan untuk memenuhi tuntutan naluri kemanusiaan, dari segi
perhubungan jenis, pergaulan, berkasih sayang, bertimbang rasa dan cara yang halal
untuk mendapatkan zuriat dan keturunan. Ini disebabkan ikatan perkahwinan itu
menghalal dan membolehkan lelaki dan perempuan hidup bersama sebagai suami
isteri melalui akad nikah dengan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak (Siti
Fatimah dan Haslee Sharil Lim, 2006: 68).
2
Firman Allah SWT:
Terjemahannya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan
untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
(Surah ar-Rum, 30: 2)
Islam sangat mengambil berat tentang kehidupan dalam rumah tangga dan
keluarga. Al-Quran dan Sunnah telah meletakkan panduan dan garis panduan yang
perlu diikuti. Undang-Undang Keluarga Islam memperincikan hukum-hukum
kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad nikah, saksi, hak
dan tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan sehinggalah kepada pembubaran
perkahwinan, nafkah, iddah dan hadanah (Abdul Monir Yaacob, 2006:1).
Perundangan sebegini begitu indah diatur oleh Allah SWT demi kemaslahatan
manusia keseluruhannya. Pengabaian kepada peraturan yang ditetapkan boleh
mendatangkan kepincangan dan sengketa dalam rumah tangga.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Agama Islam merupakan agama yang menganjur dan sangat menitikberatkan
kasih sayang, penyatuan dan pemuafakatan. Apabila perceraian berlaku maka nilai-
nilai yang baik itu menjadi rosak dan pecah bertaburan sebagai kesan kepada
persengketaan dan kemelut keluarga
Pensyariatan perceraian membuktikan keterbukaan Islam dalam
menyelesaikan konflik dan menyelamatkan sesebuah rumah tangga daripada terus
dibelenggu masalah. Mengikut statistik perceraian yang dikeluarkan oleh JAKIM,
kadar perceraian di Malaysia membabitkan 22289 pasangan pada tahun 2008. Kadar
peratusan Negeri Kedah menyumbang sebanyak 2407 (10.8%) daripada nilai
perceraian di seluruh Malaysia (http://www.Islam.gov.my, 2.9.2010).
Pelbagai faktor menyumbang kepada berlakunya peningkatan perceraian di
antara pasangan suami isteri. Perceraian biasanya terjadi kerana pasangan kurang
didikan agama, sikap tidak matang suami atau isteri, hubungan pasangan yang tidak
positif serta gagal menjalankan amanah, tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Kasih sayang yang sepatutnya dibajai dalam rumah tangga bertukar menjadi benci
dan dendam.
Oleh itu, pengkaji begitu berminat untuk menganalisis prinsip perceraian
mengikut Undang-Undang Islam di samping mengkaji bidang kuasa perceraian di
dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dan
menganalisis data serta mengkaji faktor perceraian di kalangan pasangan suami isteri.
4
1.3 Penyataan Masalah
Dewasa ini perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah fenomena
biasa yang amat mudah berlaku. Fenomena ini menjejaskan keharmonian rumah
tangga dan masyarakat. Peningkatan kadar perceraian di mahkamah syariah
merupakan salah satu isu yang perlu dikaji dan diketengahkan secara bersama.
Menyedari hakikat ini, pengkaji tertarik untuk menjalankan satu bentuk kajian
mengenai fenomena ini. Pengkaji telah mengetengahkan secara ringkas prinsip
perceraian mengikut Undang-Undang Islam dan memperincikan mengikut skop
perundangan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul
Aman) 2008.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis statistik kes-
kes perceraian Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap dan mencari punca
berlakunya perceraian di kalangan pasangan Islam di daerah ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut :
5
I. Menganalisis prinsip perceraian mengikut Undang-Undang Islam.
II. Mengkaji bidang kuasa perceraian di dalam Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008.
III. Menganalisis statistik kes-kes perceraian Mahkamah Rendah Syariah Padang
Terap dari tahun 2000 hingga 2008.
IV. Mengkaji faktor-faktor berlakunya perceraian di kalangan masyarakat Daerah
Padang Terap.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan tersebut :
I. Apakah prinsip perceraian mengikut Undang-Undang Islam ?
II. Apakah bidang kuasa perceraian di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Kedah darul Aman) 2008 ?
6
III. Berapakah statistik perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap
dari tahun 2000 hingga 2008 ?
IV. Apakah faktor-faktor berlakunya perceraian di kalangan masyarakat Daerah
Padang Terap ?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan. Antara kepentingan
kajian ini adalah :
I. Dapat memberi pemahaman yang lebih jelas kepada seluruh masyarakat
mengenai prinsip perceraian mengikut Undang-Undang Islam.
II. Sebagai satu pendedahan kepada masyarakat umum untuk mengetahui bidang
kuasa perceraian di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah
Darul Aman) 2008.
V. Menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat untuk mengetahui statistik
kes-kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap dari tahun
2000 – 2008.
top related