pengenalan seni alam melayu 1

Post on 14-Dec-2015

503 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

jgyuiktf66666666666666666666666666666666666666666u8

TRANSCRIPT

Pengenalan Seni Alam MelayuLukisan Gua dan Artifak

Mohd Ihsannuddin Bin Jemat

Pengenalan Seni Alam Melayu

• Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara.

• Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

• Lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka

• Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar.

• Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain.

• Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

• Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka.

• Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah

• Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh penenunnya.

• Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah.

Lukisan Gua• Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua

yang dihasilkan oleh manusia purba.

• Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah.

• Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama.

Lukisan Gua Bukit Tambun

• Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar.

• Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”

• Kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong, tapir, dan rusa. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya.

• Pada suatu masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini.

• Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik.

• Terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai Siput, Perak, di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah.

• Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia, haiwan, geometrik, sampan, unsur alam dan juga bentuk abstrak. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang.

• Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang terletak berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca. Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut.

Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam

Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam

• Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan, Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. Bentuk-bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu.

• Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia, unsur alam, haiwan, sampan dan abstrak.

Artifak• Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula

daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400.

• Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi.

• Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

• Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah

• Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

• Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor.

• Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

Stail Artifak

Kegunaan harian

diperbuat daripada batu dan besi

Loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor

Alat perkakas & senjata

• Carey, I. (1976). Orang Asli The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.JHEOA [Jabatan Hal Ehwal Orang Asli] (2002). Kehidupan, Budaya dan Pantang Larang Orang Asli. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

• http://psv3.blogspot.com/p/psv3110-sejarah-dan-apresiasi-seni.html

• http://alfi-ns.blogspot.com/2013/05/sejarah-lukisan-goa.html

• http://www.muziumnegara.gov.my/main/news/Art

ifak_Warisan_Kebangsaan_21/• PSV3110 - Sejarah dan Apresiasi Seni

Sekian Terima Kasih

top related