pen gen alan

Post on 20-Dec-2015

232 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah merupakan satu terminologi atau istilah yang digunakan oleh guru

untuk menjelaskan tentang proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat

berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah

laku murid. Menurut Moskowitz dan Hayman (1976), sekali guru kehilangan kawalan ke atas

bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Oleh itu, pengurusan bilik

darjah berkait rapat dengan isu-isu motivasi, disiplin dan saling hormat-menghormati. Dispilin

bilik darjah juga penting dalam pengurusan bilik darjah yang sebenar kerana ianya merupakan

satu idea bagaimana guru mengawal murid-muridnya untuk bertingkah laku agar pembelajaran

dapat berjalan dengan lancar dan tidak terhalang. Salah satu model disiplin yang biasa

digunakan dalam bilik darjah ialah Modifikasi Tingkah Laku Skinner.

Dalam penstrukturan esei yang seterusnya akan membincangkan berkenaan ulasan

kritis mengenai penggunaan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan oleh

guru yang terdapat dalam video yang dilayari menerusi laman You Tube. Ulasan-ulasan ini

adalah disokong oleh teori-teori dan proses kaunseling yang berkaitan. Selain itu, esei kedua

pula membincangkan tentang esei reflektif berkenaan pengalaman semasa praktikum dalam

menanggani masalah-masalah murid dalam bilik darjah. Justifikasi esei ini pula disokong

dengan contoh Teori Pemusatan Perorangan Carl Rogers.

top related