pelaporan plc panitia matematik fasa 1 2016 (1)
Post on 10-Jul-2016
3.478 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH
SEKSYEN 28, 40400 SHAH ALAM,
SELANGOR
PELAPORAN
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
PANITIA MATEMATIK
FASA 1
2016
KELOLAAN
JAWATANKUASA KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH
LAPORAN PROGRAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
SK. TAMAN ALAM MEGAH
KELAS Tahun 6 Delima
TARIKH 27 April 2016 (Rabu)
MASA 10.40 a.m. – 11.40 a.m.
TAJUK PROGRAM Professional Learning Community (PLC) Kitaran 1
Panitia Matematik
OBJEKTIF
- Murid-murid dapat mengira tempoh masa melibatkan bulan dan hari menggunakan pelbagai strategi.
- Menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
STRATEGI Peer Coaching ( Teacher Sharing )
KEKUATAN
- Semua guru Matematik berkongsi idea dan strategi penyelesaian masalah.
- Murid-murid didedahkan dengan pelbagai strategi penyelesaian masalah (menggunakan kaedah jadual atau garis nombor)
KEKANGAN
- Masa terluang (free period) guru adalah tidak sama.
- Kehadiran murid tidak mencapai 100%.
PENILAIAN- Murid-murid dinilai melalui aktiviti berkumpulan dan latihan individu.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
- Guru perlu mempelbagaikan bahan bantu belajar supaya murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
LAMPIRAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran Matematik
Kelas / Masa Tahun 6 Delima / 10.40 a.m. – 11.40 a.m.
Tema / Tajuk Masa dan Waktu- Tempoh Masa
Standard Kandungan 6.2 Tempoh masa
Standard Pembelajaran 6.2 (i) Mengira tempoh masa dalam sebarang unit masa
Objektif PembelajaranPada akhir pembelajaran, murid-murid dapat mengira tempoh masa melibatkan bulan dan hari menggunakan pelbagai strategi.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Murid mengimbas semula kandungan pelajaran lepas.2. Murid menyatakan hubungan antara unit masa. Contoh: 1 tahun = 12 bulan 1 bulan = 30 hari3. Murid mengenalpasti masa mula, masa tamat dan tempoh masa sebelum melakukan penyelesaian.4. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menentukan strategi penyelesaian masalah yang sesuai.5. Murid berbincang cara menentukan tahun lompat.6. Murid menyiapkan latihan individu dalam masa yang ditetapkan.7. Pembentangan kumpulan dan perbincangan jawapan.
BBB Kad imbasan, Kalendar, Lembaran kerja
EMK Kreativiti dan Inovasi
Penilaian P&PMurid dinilai melalui aktiviti berkumpulan dan latihan individu.Standard Prestasi: TP 5
Refleksi36/39 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran manakala 3 orang murid diberikan bimbingan pemulihan secara individu.
top related