pelaburan internet

Post on 25-Jun-2015

678 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

konsep pelaburan internet dari segi islam

TRANSCRIPT

PELABURAN INTERNET

KUMPULAN 1

AHLI KUMPULAN :

-SYED AHMAD ISA--SYAZWAN ZEFERIZIN-

-SAFWAN AZIZ--AZMEER ALI-

-AYUB ABDUL RAZAK--AMIN SYAFIQ-

APA?...

Antara kaedah yang digunakan ialah:

1. Pelaburan internet2. Perniagaan internet3. Program internet.

Apakah kaedah yang digunakan untuk menjana wang di internet?

Pelaburan internet bermaksud pelaburan yang dilakukan melalui Internet atau secara talian.

Kebanyakannya menggunakan e-gold sebagai e-currency dan kebiasaannya di labur melalui program seperti forex, autosurf, hyip dan sebagainya

Apakah maksud Pelaburan internet?

HYIP (High Yield Investment Program) Pelaburan ForexPelaburan Saham di Bursa Malaysia

menerusi Internet

Apakah jenis pelaburan internet?

Pelaburan forex merupakan satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan, pihak kerajaan serta pihak Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini.

Hanya sesetengah institusi yang dibenarkan, antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.

Pelaburan Forex

Perniagaan internet adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menjana duit di internet.

Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional.

Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli.

Apa yang dimaksudkan dengan perniagaan internet?

Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

1. Pastikan jenis aqad secara jelas ketika memulakan urusan pelaburan/transaksi samada mudharabah , wadiah atau memberi pinjaman(al qardh) kerana setiap transaksi berkenaan mengandungi rukun-rukun dan syarat sah yang perlu dipatuhi agar ia sah dan diiktiraf secara syara’ .

2. Bakal pelabur wajib menyelidiki sektor perniagaan yang wang kita dilaburkan di dalamnya samada ia dilaburkan di dalam sector- sektor yang halal atau haram ataupun syubhah.

Apakah yang perlu di lakukan oleh pelabur?

3. Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh bakal pelabur tentang potensi ia diperdaya atau ditipu malah tidak dilindungi oleh mana-mana undang-undang .Sering diistilahkan sebagai transaksi yang mempunyai unsur-unsur gharar.

4. Mengetahui status hukumnya dengan menyelidik samada syarikat berkenaan mengandungi penasihat syariah ataupun tidak. Jika syarikat berkenaan mengandungi barisan jawatankuasa pemantauan syariahnya maka para pelabur boleh terus berhubung dengan ahli-ahlinya jika berlaku apa-apa keraguan yang timbul .

BAGAIMANA?..

Pelaburan internet bermula

BAGAIMANA?

• Tiada fakta menyatakan bila sebenarnya pelaburan internet bermula di negara ini

• Bagi Swisscash – menyatakan bahawa kononnya bermula pada tahun 1948, namun ia mempunyai laman web pada tahun 2005. Ia menjanjikan pulangan 300% dalam masa 15 bulan sedangkan baru beroperasi 2 tahun lalu.

• E-Gold di Malaysia bermula kira kira 3 tahun lepas secara aktif semasa diguna pakai secara aktif bagi proses penyertaan program autosurf StudioTraffic.

Pelaburan Internet diharamkan kerana ??

BAGAIMANA?

Dari sudut Islam

Jahalah (Ketidaktahuan) Gharar (ketidaktentuan)

RibaPenipuan

Syubhah

Pelaburan Internet diharamkan?

BAGAIMANA?

Dari sudut undang - undang

Kenyataan undang-undang• tidak mempunyai

lesen pengurusan dana

• mengambil deposit secara haram

• boleh dikenakan denda sehingga RM 1juta atau dipenjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Sekatan akses pada laman web• Suruhanjaya Sekuriti

dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyenaraikan pelaburan yang tidak diiktiraf dan menyekat laman web haram

• mencadangkan agar wujudkan undang-undang terhadap pelaburan internet

SIAPA ?...

Disertai semua golongan bermula daripada yang berpendapatan rendah sehingga golongan profesional.

Hasil penyiasatan pihak berkuasa, skim pelaburan seumpama ini biasanya didalangi oleh orang tempatan dan menggunakan hos di luar negara.

Hasil analisa Global Business.com menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara teratas dalam senarai penglibatan rakyatnya dalam pelaburan internet jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia.

SIAPAKAH ??

Berdasarkan siasatan Berita Harian, pelaburan Internet yang sering pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas. Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Pelaburan internet adalah pelaburan yang dilakukan melalui Internet. Kebanyakannya menggunakan e-gold sebagai e-currency dan kebiasaannya di labur melalui program seperti forex, autosurf, dan sebagainya.

Modus Operandi Pelaburan Internet

STATISTIK

Statistik Penyertaan Skim Pelaburan E-pay.com (Global Business, 2012)

KENAPA ?...

KENAPA ?

Status Pelaburan Internet ?

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-77 di Kuala Terengganu 13 APRIL 2007

memutuskan bahawa skim-skim pelaburan melalui Internet yang

menjanjikan pulangan berlipat ganda secara tetap adalah haram.

Kenapa dikatakan HARAM ?

• Ia adalah kerana keuntungannya jelas mengandungi unsur riba yang diharamkan dalam Islam.

• Ini jelas sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“ Wahai orang² yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang

belum dipungut) jika kamu orang beriman. Dan jika kamu tidak melaksanakannya, maka isytiharkanlah perang dari Allah dan Rasul-

Nya. Tetapi jika bertaubat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) dan tidak pula dizalimi

(dirugikan)” - [Al-Baqarah: 278-279].

Kenapa ramai rakyat MALAYSIA terjebak ?

. • Kurang pendedahan tentang baik buruknya pelaburan

skim cepat kaya • Cepat terpengaruh dengan tawaran yang diberikan.

• Keuntungan segera selain ‘kerja mudah’ untuk

menjadi orang kaya baru (OKB)• Keadaan yang terdesak, memerlukan duit dengan kadar yang segera tanpa memikirkan kesan mahupun akibatnya

DI MANA ?...

• Wang sepatutnya dilaburkan di tempat-tempat yang benar-benar halal.

• Pelabur boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah Islam di tawarkan oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam

• Selain itu boleh juga membeli Islamic bond atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah dan Suruhanjaya Sekuriti.

DIMANA?

KESIMPULAN

Penggunaan Internet tanpa sekatan memberi kesempatan kepada pihak yang tidak bertanggunglawab melakukan sesuatu yang tidak baik. Contohnya adalah pelaburan internet.

Masyarakat terjebak dengan skim cepat kaya kerana ianya menjanjikan keuntungan yang besar tanpa perlu mengerah kudrat.

Pelaburan ini mempunyai risiko kerugian yang tinggi berbandingkan keuntungan yang diterima.

Islam juga mengambil kira tabiat pelaburan dan perniagaan yang realitinya terdedah kepada pelbagai resiko, untung mahupun rugi. Dalam agama Islam sesuatu yang memiliki unsur riba adalah haram, kerana akan menimbulkan dampak penindasan dan hanya akan menguntungkan sebelah pihak dalam niaga urusan mu’amalah.

Statistik alexa - Malaysia tempat tertinggi dengan jumlah lebih 90 peratus bagi pelaburan internet seperti Abfund.us, Empay, Buy ebarrels, Eaindex.com

Kajian ini menimbulkan persoalan mengenai kebijakan rakyat dalam ekonomi atau kerana jurang kemiskinan, sehingga banyak orang yang terlibat semakin masuk dalam jurang kemiskinan.

Dalam surah Al-Baqarah:275 “ Orang – orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan denga terghoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah dia disebabkan mereka mengatakan: “ Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba” padahal Allah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba”

Hasil muzakarah Jawatankuasa fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang ke-77 (10 hingga 12 April 2007) telah memutuskan bahawa sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar Negara seperti Swiss Cash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar. Beberapa langkah yang perlu diambil oleh bakal pelabur ialah:

  Memastikan jenis aqad secara jelas Menyelidiki sektor perniagaan yang wang akan dilaburkan

didalam sektor-sektor yang halal atau haram Mengetahui beberapa perkara tentang potensi tentang ia

diperdaya atau ditipu malah tidak dilindungi mana-mana undang-undang.

Menyelidiki sama ada syarikat berkenaan mengandungi penasihat syariah ataupun tidak.

Islam melarang umatnya menjadi kaya raya namun mestilah secara halal, dibelanjakan secara halal, tidak sombong dengan kekayaan dan menunaikan tanggungjawab agama menerusi hartanya.

Isu pelaburan di internet dibincang dengan dilatari dengan ketamakan dan haloba kepada harta tanpa memikir soal syubhat atau tidak. Oleh itu masyarakat islam perlu mencari keuntungan secara perlahan dan perniagaan yang halal dan bukan menerusi skim cepat kaya yang sama sekali tidak mematuhi etika perniagaan cara islam.

Peranan universiti atau lembaga pendidikan: mendidik dan melahirkan pelajar yang sedar dan dan dapat mengubah minda bahawa tiada jalan singkat dalam perniagaan dan menjadi kaya raya dalam waktu yang sangat singkat. Keuntungan hanya boleh diperolehi dengan usaha.Semua ini adalah agar tidak mudah terperangkap dalam penipuan seperti perbuatan riba yang terdapat dalam pelaburan internet. Selain itu pelajar dibekalkan dengan pelajaran agama yang akan dijadikan pedoman dalam setiap perbuatan sehingga keuntungan yang didapati dapat dijadikan sebagai kebahagiaan dunia dan akhirat.

top related