pelaburan awam kumpulan

33
SOALAN: SETIAP PELAJAR DIKEHENDAKI MEMILIH DAN MENULIS TAJUK TUGASAN YANG BERSESUAIAN DAN BERKAITAN DENGAN KURSUS INI. RANGKA KURSUS INI. RANGKA KURSUS BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI PANDUAN DALAM PEMILIHAN TAJUK. PERBELANJAAN KERAJAAN, PERTUMBUHAN EKONOMI, KOMPOSISI PERBELANJAAN KERAJAAN 1.0 Pendahuluan Malaysia merupakan salah sebuah negara ASEAN yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Ini bermula dalam tahun 1980an berikutan tindakan kerajaan membangunkan sektor perindustrian serta mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur menerusi kerjasama dan gandingan ekonomi dengan negara Asia termaju iaitu Jepun. Seterusnya, usaha kerajaan meliberalisasi sektor domestik bagi menarik kemasukan pelaburan asing pula dilihat telah merancakkan lagi pertumbuhan output dalam tahun 1990an. Namun begitu, jika diperhalusi arah aliran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa, didapati berlaku turun naik dalam kadar pertumbuhan KDNK. Sebagai

Upload: mrsmadpager

Post on 05-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KKK

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaburan Awam Kumpulan

SOALAN: SETIAP PELAJAR DIKEHENDAKI MEMILIH DAN MENULIS TAJUK

TUGASAN YANG BERSESUAIAN DAN BERKAITAN DENGAN KURSUS INI.

RANGKA KURSUS INI. RANGKA KURSUS BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI

PANDUAN DALAM PEMILIHAN TAJUK.

PERBELANJAAN KERAJAAN, PERTUMBUHAN EKONOMI, KOMPOSISI

PERBELANJAAN KERAJAAN

1.0 Pendahuluan

Malaysia merupakan salah sebuah negara ASEAN yang mengalami pertumbuhan ekonomi

yang tinggi. Ini bermula dalam tahun 1980an berikutan tindakan kerajaan membangunkan

sektor perindustrian serta mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur menerusi kerjasama dan

gandingan ekonomi dengan negara Asia termaju iaitu Jepun. Seterusnya, usaha kerajaan

meliberalisasi sektor domestik bagi menarik kemasukan pelaburan asing pula dilihat telah

merancakkan lagi pertumbuhan output dalam tahun 1990an. Namun begitu, jika diperhalusi

arah aliran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa, didapati

berlaku turun naik dalam kadar pertumbuhan KDNK. Sebagai contoh bagi kes pertumbuhan

tahunan, kadar pertumbuhan KDNK meningkat daripada 4.99 peratus pada 1970 kepada 9.76

peratus pada tahun 1972 dan selepas itu merosot kepada -2.3 peratus pada tahun 1975. Dalam

era 1980an kadar pertumbuhan KDNK meningkat dari 8.08 peratus) pada tahun 1981

sehingga 11.76 peratus pada tahun 1983, mencapai puncak pada tahun 1984 (13.74 peratus) .

Kadar pertumbuhan kemudiannya merosot kepada -2.52 peratus pada tahun 1985 dan 7.68

peratus pada tahun 1986 (Dapatkan data kadar pertumbuhan tahun 2000 dan 2011). Secara

keseluruhannya, kadar pertumbuhan output Malaysia memuncak pada akhir 1980an hingga

Page 2: Pelaburan Awam Kumpulan

pertengahan 1990an, dan kemudiannya ia semakin menurun hingga tahun 2000an berikutan

daripada krisis kewangan yang melanda negara pada akhir 1997 dan 2008. Di samping itu,

kadar pertumbuhan KDNK Malaysia ini juga mempunyai arah aliran seperti flying geese. Ini

disebabkan dalam tahun-tahun 1970an hingga pertengahan tahun 1980an, kadar pertumbuhan

output berbeza-beza atau mencapah (convergence) dari tahun ke setahun. Hanya selepas

1986, kadar pertumbuhan output semakin menumpu (divergence) atau hanya wujud

perbezaan kecil dalam kadar pertumbuhan output antara tahun.

Malaysia, seperti kebanyakan negara Asia lain, telah lama mempraktikkan dasar fiskal

yang berorientasi pertumbuhan ekonomi (output). Di samping itu, kebanyakan dasar makro

yang dirangka dan dilaksanakan bertujuan menjadikan eksport yang tinggi sebagai pemacu

pertumbuhan ekonomi, tidak kira sama ada eksport bagi sektor perindustrian (seperti industri

halal), pertanian (seperti getah dan kelapa sawit) mahupun sektor perkhidmatan (seperti

perbankan Islam). Keadaan ini menuntut kerajaan campur tangan dan meningkatkan jumlah

perbelanjaannya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Seperkara yang menarik ialah

perbelanjaan kerajaan cenderung untuk meningkat pada kadar melebihi daripada peningkatan

kadar pertumbuhan ekonomi, yang mana ini bertepatan dengan Hukum Wagner. Ia turut

mencerminkan bahawa terdapat pertambahan saiz kerajaan yang lebih tinggi apabila output

negara bertambah. Hal ini jelas berlaku pada pertengahan 1970an sehingga awal 1980an yang

mana nisbah (ni nisbah ke kadar?) perbelanjaan kerajaan per KDNK bertambah melebihi 30

peratus, sedangkan pertumbuhan KDNK kurang daripada 25 peratus bagi tempoh yang sama.

Bagi tahun 1990an pula, pertumbuhan perbelanjaan kerajaan berada di bawah paras 20

peratus berikutan kejatuhan dalam kadar pertumbuhan KDNK, iaitu sekitar 11-14 peratus

untuk tempoh yang sama. Senario ini digambarkan di Rajah 2 (mana rajah 2?) yang mana

Page 3: Pelaburan Awam Kumpulan

nisbah perbelanjaan kerajaan per KDNK berada pada tahap terendah, iaitu sekitar 21-23

peratus.

Walaupun ekonomi Malaysia pernah tumbuh pada kadar yang agak tinggi dan stabil

di akhir 1980an sehingga pertengahan 1990an (pada kadar 11-14 peratus), pengalaman 1997

telah menunjukkan dan mencadangkan agar imbangan fiskal diurus dan ditadbir dengan

berhemat serta mengelak daripada defisit fiskal yang besar. Ini amat perlu bagi membolehkan

negara menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan. Malaysia masih jauh daripada

landasan yang sepatutnya, terutama selepas kegawatan ekonomi pada 1997 yang

memperlihatkan peningkatan dalam jumlah defisit fiskal daripada RM2,680 juta pada 1998

kepada RM27,926 juta pada 2008. Defisit fiskal mencakupi 3 hingga 5 peratus daripada

jumlah KDNK. Implikasi daripada kewujudan defisit ini telah menyebabkan kerajaan

terpaksa meminjam (berhutang) sama ada daripada sumber dalam mahupun luar negara bagi

membiayai defisit fiskal tersebut.

Nisbah pinjaman bersih kerajaan per KDNK dalam tahun 1970an dan 1980an adalah

agak tinggi iaitu sekitar 4-14 peratus. Walau bagaimanapun, mulai 1991-2008, nisbah

pinjaman bersih kerajaan per KDNK ini hanya sekitar 2-6 peratus. Namun, berlaku

peningkatan ketara dalam jumlah pinjaman bersih kerajaan daripada RM9,197 juta (2005)

kepada RM35,317 juta (2008). Oleh itu, kerajaan harus mengawal jumlah defisit fiskal dan

seterusnya pinjaman bersih bagi mengelak daripada terperangkap dalam kitaran hutang-

defisit. Daripada segi komposisi hutang awam ini, didapati lebih 50 peratus pinjaman

kerajaan merupakan pinjaman bersih dalam negeri yang kebanyakannya diperoleh menerusi

penerbitan surat jaminan kerajaan dan sijil pelaburan. Di samping itu, kerajaan telah

mengambil inisiatif untuk meningkatkan jumlah bayaran balik pokok dan bayaran balik awal

bagi pinjaman bersih luar negeri bagi mengurangkan lagi jumlah pinjaman tersebut.

Page 4: Pelaburan Awam Kumpulan

Kedudukan imbangan fiskal kerajaan persekutuan yang sentiasa menunjukkan penambahan

dalam jumlah hutang (pinjaman) ini mencerminkan bahawa kerajaan turut menanggung

nisbah liabiliti faedah (bayaran faedah) yang tinggi, iaitu sebanyak 2-8 peratus daripada

KDNK. Memandangkan pinjaman yang tinggi daripada sumber domestik, maka kerajaan

lebih banyak memikul liabiliti faedah atas pinjaman dalam negeri. Perlu ditegaskan tentang

pentingnya kerajaan mengawal jumlah defisit fiskal dan pinjaman disebabkan peningkatan

skala hutang awam yang tinggi akan menekan kadar faedah untuk meningkat. Lantas, ia akan

mengasak keluar pelaburan swasta yang seterusnya akan mengekang penawaran domestik

dan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Justeru itu, bagi mengurangkan lagi kebarangkalian berlakunya peningkatan defisit

fiskal dan hutang awam secara mendadak terutama sekali dalam situasi ketidaktentuan

ekonomi global, maka kerajaan harus bijak membuat keputusan berkaitan struktur

perbelanjaan awam dan komponen yang diperlukan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi

tertakluk kepada kekangan belanjawan yang dihadapi. Secara umumnya, perbelanjaan awam

dilihat lebih bersifat countercyclical, yang bererti perbelanjaan kerajaan seringkali

ditingkatkan dan menjadi instrumen bagi pemulihan ekonomi sewaktu kegawatan ekonomi,

terutama jika kegawatan tersebut diiringi kadar pengangguran yang tinggi.

1.1 KOMPOSISI PERBELANJAAN KERAJAAN

Perbelanjaan kerajaan lebih banyak diperuntukkan kepada belanja mengurus, iaitu sekitar 15-

29 peratus daripada KDNK, manakala nisbah perbelanjaan pembangunan hanya sebanyak 6-

11 peratus daripada KDNK. Walaupun begitu, jika komponen belanja mengurus mengikut

objek diperhalusi, didapati 17-31 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan

diperuntukkan terhadap gaji (emolumen) sektor awam diikuti 8-21 peratus kepada lain-lain

Page 5: Pelaburan Awam Kumpulan

perbelanjaan mengurus (seperti biasiswa/ dermasiswa dan bantuan pelajaran, bayaran

pengurusan kepada sekolah rendah dan menengah, pembelian aset, bayaran balik dan bayaran

ganti, pemberian kepada badan berkanun, pemberian kepada pertubuhan antarabangsa,

tuntutan insurans dan pampasan serta pindahan kepada Kumpulan wang Pembangunan), 7-23

peratus kepada khidmat bayaran hutang, 7-15 peratus terhadap bekalan dan perkhidmatan, 1-

17 peratus untuk subsidi, 2-6 peratus terhadap pencen dan ganjaran, serta yang akhir sekali 1-

6 peratus diagih sebagai pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri.

Peruntukan belanja mengurus kerajaan persekutuan mengikut sektor menunjukkan

pengagihan sebanyak 15-32 peratus bagi belanja mengurus yang lain seperti khidmat bayaran

hutang dan bayaran pindahan, 16-27 peratus bagi mengurus sektor yang menawarkan

perkhidmatan sosial terutama sekali sektor pendidikan dan latihan serta kesihatan, 11-21

peratus untuk pengurusan sektor yang menawarkan perkhidmatan keselamatan terutama

sekali pertahanan, 2-11 peratus untuk pentadbiran awam, dan akhir sekali 3-10 peratus

daripada jumlah belanja untuk pengurusan sektor yang menawarkan perkhidmatan ekonomi

terutama sekali sektor yang berkaitan dengan pertanian dan pembangunan luar bandar,

pengangkutan serta perdagangan dan perindustrian. Secara keseluruhannya, dapat

disimpulkan bahawa kerajaan lebih banyak memperuntukkan perbelanjaan mengurus untuk

tujuan pengurusan perkhidmatan sosial. Walaupun komponen belanja ini dianggap kurang

produktif, kerajaan masih lagi memberikan peruntukan yang tinggi terhadap belanja

seumpama ini (terutama sekali gaji, pendidikan dan latihan serta kesihatan) disebabkan ia

mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja dan menjana pertumbuhan ekonomi

jangka panjang yang lebih adil, seimbang dan saksama di kalangan rakyat Malaysia.

Memandangkan kerajaan sentiasa memperuntukkan lebih belanja mengurus berbanding

dengan belanja pembangunan, maka kerajaan perlu lebih teliti dalam membuat pengagihan

Page 6: Pelaburan Awam Kumpulan

bersandarkan kepada keutamaan dan keperluan semasa yang mampu menjana manfaat sosial

dan ekonomi tertinggi kepada masyarakat. Begitu juga, pengawalan terhadap belanja

mengurus harus ditingkatkan agar penjimatan daripada belanja ini mampu membentuk

sejumlah tabungan yang dapat digunakan bagi membiayai projek berskala besar tanpa

mewujudkan tekanan inflasi dan hutang melampau.

Bagi peruntukan terhadap belanja pembangunan pula, perbelanjaan pembangunan

untuk sektor yang menawarkan perkhidmatan ekonomi, terutama sekali pengangkutan,

perdagangan dan perindustrian, pertanian dan pembangunan luar bandar serta kemudahan

awam, diperuntukkan sebanyak 9-27 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan

kerajaan. Ini diikuti dengan peruntukan sebanyak 2-18 peratus untuk pembangunan sektor

yang menawarkan perkhidmatan sosial, terutama sekali sektor pendidikan dan latihan,

kesihatan dan perumahan, 2-8 peratus diagihkan untuk sektor keselamatan terutama sekali

pertahanan di samping berlaku peningkatan ketara dalam belanja untuk keselamatan dalam

negeri, dan akhir sekali 0.5-5 peratus untuk pentadbiran awam. Berdasarkan agihan

perbelanjaan kerajaan terhadap komposisi belanja pembangunan tersebut, jelas sekali

kerajaan lebih menumpukan pengagihan belanja modal yang merupakan belanja produktif ini

untuk menambah baik penawaran infrastruktur. Ini disebabkan Malaysia masih lagi

mengalami kekurangan kuantiti dan kualiti infrastruktur terutama sekali di kawasan luar

bandar. Di samping itu, peningkatan peruntukan belanja modal untuk keselamatan juga

adalah perlu kerana apabila ekonomi negara berkembang, fungsi perlindungan atau

keselamatan ini dapat menarik kemasukan pelabur asing dan menjamin kelancaran operasi

pasaran domestik. Oleh yang demikian, memandangkan infrastruktur yang disediakan oleh

kerajaan menjadi penggenap kepada produktiviti sektor swasta (Barro:1990), adalah wajar

pembangunan infrastruktur ini dilaksanakan secara menyeluruh, merentasi pelbagai sektor

dan geografi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Page 7: Pelaburan Awam Kumpulan

Perbelanjaan pembangunan dalam sector perindustrian dilihat amat pentings kerana

sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Sumbangan

sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat dari 13.4% pada tahun 1970 kepada

20.5% dalam tahun 1980 sementara sumbangan sektor pertanian menurun dari 30.8% kepada

22.2% dalam tempoh yang sama.

1.2 PRESTASI PELABURAN DI MALAYSIA

Tahun 2011 menandakan pelaksanaan beberapa inisiatif penting seperti Program

Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Kerajaan

yang meletakkan asas transformasi negara menuju ekonomi berpendapatan tinggi seperti

yang diinginkan di dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Malaysia terus menjadi lokasi yang

kompetitif dari segi kos dan telah berjaya menarik projek dengan tahap pelaburan yang besar.

Pada tahun 2011, jumlah pelaburan yang diluluskan di dalam ekonomi Malaysia bernilai

RM148.6 bilion6. Ini adalah merangkumi pelaburan yang diluluskan dalam sektor

perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama. Jumlah pelaburan yang diluluskan adalah dalam

4,964 projek dan dijangka akan menjana 149,496 peluang pekerjaan. Jumlah pelaburan yang

diluluskan mengatasi purata sasaran pelaburan tahunan RM115 bilion yang ditetapkan di

bawah RMKe-10 sebanyak 29.2 peratus. Ini adalah satu pencapaian yang besar bagi tahun

pertama pelan rollout ETP dan menunjukkan bahawa Malaysia adalah mengikut jadual untuk

mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan di bawah ETP menjelang 2020 yang akan

mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Satu lagi petunjuk

positif adalah pelaburan yang diluluskan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

yang bernilai RM87.4 bilion atau 58.8 peratus daripada jumlah pelaburan. Projek yang

Page 8: Pelaburan Awam Kumpulan

diluluskan dalam Bukan NKEA juga menyumbangkan pelaburan besar berjumlah RM61.2

billion.

Sektor perkilangan juga dijangka akan kekal sebagai penyumbang utama kepada

pertumbuhan. Pada tahun 2011, Malaysia terus menarik paras pelaburan berkualiti yang

tinggi di dalam sektor perkilangan yang mencerminkan daya saing negara sebagai lokasi

pilihan bagi pelaburan berteknologi tinggi di rantau ini. Sejumlah 846 projek telah diluluskan

pada tahun 2011 dengan pelaburan bernilai RM56.1 bilion berbanding dengan 910 projek

dengan pelaburan berjumlah RM47.2 billion pada tahun 2010. Malaysia kekal sebagai

destinasi yang berdaya saing bagi FDI di rantau ini dan terus menarik paras pelaburan asing

yang menggalakkan dalam sektor perkilangan. Pelaburan asing dalam pelaburan yang

diluluskan pada tahun 2011 berjumlah RM34.2 bilion (61%) berbanding dengan RM29.1

bilion pada tahun 2010. Selaras dengan seruan Kerajaan bagi pelabur domestik untuk

memainkan peranan penting di bawah ETP, pelaburan domestik yang diluluskan di dalam

sektor perkilangan telah meningkat daripada RM18.1 bilion pada tahun 2010 kepada RM21.9

bilion pada tahun 2011. Pelaburan tempatan menyumbang kepada 39 peratus daripada jumlah

pelaburan yang diluluskan pada tahun 2011.

1.3 PELABURAN ASING DAN DOMESTIK

Pada tahun 2010, pelaburan asing dalam projek diluluskan berjumlah RM29.1 bilion, iaitu

31.7 peratus lebih tinggi daripada yang dicatatkan pada tahun 2009 sebanyak RM22.1 bilion.

Ini telah disebabkan oleh peningkatan minat pelabur asing untuk melabur di dalam bidang-

bidang pertumbuhan baru dan teknologi baru muncul yang bernilai ditambah tinggi,

berteknologi tinggi, berintensif pengetahuan dan kemahiran. Peningkatan pelaburan asing ini

juga disebabkan oleh penambahbaikan dalam ekonomi negara-negara pengeksport modal.

Page 9: Pelaburan Awam Kumpulan

Pelabur domestik juga menunjukkan peningkatan minat yang kukuh untuk melabur di dalam

sektor perkilangan pada tahun 2010. Sejumlah RM18.1 bilion telah diluluskan pada tahun

2010 berbanding dengan RM10.5 bilion pada tahun 2009. Ini menunjukkan peningkatan

sebanyak 72.4 peratus dalam pelaburan modal diluluskan.

1.4 PELABURAN DALAM SEKTOR PERKILANGAN

Malaysia telah menarik tahap pelaburan yang lebih tinggi di dalam sektor perkilangan pada

tahun 2011 berbanding dengan tahun 2010. Sejumlah 846 projek perkilangan dengan

pelaburan sebanyak RM56.1 bilion telah diluluskan pada tahun 2011 berbanding dengan 910

projek perkilangan dengan pelaburan sebanyak RM47.2 bilion pada tahun 2010. Malaysia

terus kekal sebagai lokasi pelaburan yang berdaya saing bagi pelabur asing. Daripada jumlah

pelaburan yang diluluskan, RM34.2 bilion atau 61 peratus adalah pelaburan asing. Ini adalah

hasil daripada minat berterusan pelabur asing untuk melabur dalam projek berkualiti tinggi

dalam bidang-bidang pertumbuhan baru dan teknologi baru muncul yang bernilai ditambah

tinggi, berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan serta kemahiran. Pelaburan

domestik yang diluluskan dalam sektor perkilangan meningkat sebanyak 21 peratus kepada

RM21.9 bilion pada tahun 2011 daripada RM18.1 bilion pada tahun 2010. Pelaburan

domestik menyumbang 39 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun

2011. Kebanyakan projek yang diluluskan pada tahun 2011 adalah projek baru (511 projek)

dengan pelaburan berjumlah RM33.1 bilion (59%). Daripada jumlah ini, RM12.9 bilion atau

39 peratus adalah pelaburan tempatan manakala RM20.2 bilion atau 61 peratus adalah

pelaburan asing. Trend pembesaran/ kepelbagaian oleh syarikat perkilangan sedia ada

berterusan pada tahun 2011. Daripada jumlah projek yang diluluskan, 335 adalah projek

Page 10: Pelaburan Awam Kumpulan

pembesaran/ kepelbagaian yang melibatkan pelaburan sebanyak RM23 bilion dan

menyumbangkan 41 peratus kepada jumlah pelaburan iaitu:

i. Projek Berintensifkan Modal

Dengan meningkatnya persaingan dari pengeluar kos rendah seperti Republik

Rakyat China, India dan Vietnam, Malaysia tidak lagi berdaya saing dalam bidang

perkilangan peringkat rendah. Untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai,

Kerajaan akan terus meningkatkan usaha dalam mengenal pasti dan menarik

pelaburan dalam bidang pertumbuhan baru dan teknologi baru muncul, industri

bernilai ditambah tinggi, industri berteknologi tinggi dan berintensifkan modal serta

aktiviti R&D selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjadi sebuah negara

berpendapatan tinggi menjelang 2020. Intensiti modal yang diukur berdasarkan

nisbah pelaburan modal bagi setiap pekerja (CIPE), bagi projek yang diluluskan

pada tahun 2011 adalah RM557,894 berbanding dengan RM484,767 pada tahun

2010. Nisbah CIPE bagi projek perkilangan telah menunjukkan trend yang semakin

meningkat sejak tahun 1990 (RM167,638). Ini menggambarkan trend umum ke arah

projek yang lebih berintensifkan modal, bernilai ditambah tinggi serta berteknologi

tinggi. Pada tahun 2011, sebanyak 92 projek dengan pelaburan berjumlah RM100

juta atau lebih telah diluluskan di mana 11 mempunyai pelaburan melebihi RM1

bilion. Pelaburan dalam 92 projek ini bernilai RM46.9 bilion atau 83.6 peratus

daripada jumlah pelaburan yang diluluskan. Projek berintensifkan modal ini

terutamanya adalah dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) (28 projek/RM18.7

bilion), produk logam asas (13 projek/RM9.4 bilion), kelengkapan pengangkutan (15

projek/RM4.9 bilion), kimia dan produk kimia (7 projek/RM4 bilion), pengilangan

Page 11: Pelaburan Awam Kumpulan

makanan (10 projek/RM2.6 bilion), produk petroleum termasuk petrokimia (5

projek/RM2.6 bilion) dan produk galian bukan logam (4 projek/RM2.2 bilion).

1.5 PELUANG PEKERJAAN BAGI PEKERJA-PEKERJA BERPENGETAHUAN

Kesediaan guna tenaga mahir dan berbakat di negara ini yang disokong oleh program-

program pembangunan modal insan yang mantap adalah penting bagi syarikat-syarikat

pengilangan untuk bersaing di peringkat global. Perubahan corak guna tenaga dalam sektor

perkilangan ini sedang berlaku dengan peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang telah

digaji dalam pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan berpendapatan lebih tinggi. Projek yang

telah diluluskan pada tahun 2010, bila dilaksanakan, dijangka akan mewujudkan peluang

pekerjaan sebanyak 97,319 yang mana 74.2 peratus atau 72,221 adalah dalam kategori

berpendapatan tinggi. Sebagai contoh, terdapat peningkatan bilangan pengurus dan jurutera

rakyat Malaysia yang sedang digaji dalam industri seperti solar, elektronik termaju, peralatan

perubatan, aeroangkasa, minyak & gas serta aktiviti R&D/D&D. Tenaga kerja mahir adalah

penting bagi syarikat perkilangan untuk bersaing di peringkat global. Peralihan tenaga kerja

dalam sektor perkilangan telah pun berlaku dengan bilangan guna tenaga di dalam pekerjaan

berkemahiran tinggi semakin meningkat. Projek yang diluluskan pada tahun 2011 dijangka

akan menjana sebanyak 100,533 peluang pekerjaan, di mana 62,584 atau 62.3 peratus adalah

dalam kategori pengurusan, teknikal, penyeliaan dan pekerja mahir. Industri yang dijangka

dapat mewujudkan paling banyak peluang pekerjaan adalah E&E (42,688), kelengkapan

pengangkutan (9,727), produk logam asas (6,653), perabot dan kelengkapan (5,479) dan

pengilangan makanan (5,438).

Page 12: Pelaburan Awam Kumpulan

1.6 PROJEK DILULUSKAN MENGIKUT LOKASI

Negeri Selangor (263 projek), Johor (188 projek) dan Pulau Pinang (109 projek) terus

menerajui dari segi bilangan projek yang diluluskan. Sejumlah 560 projek atau 66.2 peratus

daripada projek yang diluluskan akan ditempatkan di tiga negeri ini. Penumpuan projek di

negeri-negeri ini disumbangkan oleh kewujudan infrastruktur yang lebih maju dengan

sokongan industri sokongan kejuruteraan yang kukuh. Ketiga-tiga negeri ini menyumbang

kepada 336 projek baru atau 65.8 peratus daripada jumlah bilangan projek baru yang

diluluskan pada 2011 dan 66.9 peratus (224 projek) daripada jumlah projek yang diluluskan

untuk pembesaran/ kepelbagaian. Syarikat sedia ada terus melaksanakan projek pembesaran/

kepelbagaian berlandaskan asas perindustrian yang kukuh yang telah dibangunkan di negeri-

negeri ini.

Berdasarkan nilai pelaburan, negeri Pulau Pinang (RM9.1 bilion), Selangor (RM8.7

bilion), Sarawak (RM8.5 bilion), Johor (RM6.6 bilion) dan Kedah (RM6.1 bilion) telah

menyumbang hampir 70 peratus kepada jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2011.

Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan tahap pelaburan tertinggi berjumlah RM9.1 bilion.

Pelaburan terutamanya adalah dalam industri E&E (RM7.3 bilion), produk logam asas

(RM715.7 juta), kelengkapan pengangkutan (RM587.6 juta), pengilangan jentera (RM111.3

juta) dan produk logam fabrik (RM94.7 juta). Satu projek utama yang diluluskan di Pulau

Pinang termasuk projek baru milik rakyat asing sepenuhnya dengan pelaburan berjumlah

RM1.8 bilion untuk mengeluarkan substrak termaju untuk semikonduktor. Negeri Selangor

mencatatkan tahap pelaburan kedua tertinggi berjumlah RM8.7 bilion. Pelaburan di Selangor

adalah dalam pelbagai industri seperti industri kelengkapan pengangkutan (RM2 bilion),

E&E (RM1.4 bilion), pengilangan makanan (RM1.3 bilion), produk logam asas (RM1.1

Page 13: Pelaburan Awam Kumpulan

bilion) dan kimia dan produk kimia (RM713.4 juta). Projek utama yang diluluskan di

Selangor termasuk projek baru bernilai RM856 juta milik sepenuhnya rakyat Malaysia untuk

mengeluarkan dan memasang kenderaan komersial elektrik dan hibrid. Negeri Sarawak telah

menarik pelaburan berjumlah RM8.5 bilion, terutamanya berpunca daripada satu projek baru

milik majoriti rakyat Malaysia berjumlah RM2.5 bilion untuk menjalankan pengilangan

bersepadu rod aluminium. Pelaburan di Sarawak adalah tertumpu dalam industri produk

logam asas (RM5.8 bilion), kimia dan produk kimia (RM2.2 bilion), kelengkapan

pengangkutan (RM135.3 juta), produk petroleum termasuk petrokimia (RM100 juta) dan

kayu dan produk kayu (RM85 juta).

1.7 SUMBER UTAMA PELABURAN ASING

Lima sumber utama pelaburan asing dalam projek yang diluluskan pada tahun 2011 adalah

negara Jepun (RM10.1 bilion), Republik Korea (RM5.2 bilion), Amerika Syarikat (RM2.5

bilion), Singapura (RM2.5 bilion) dan Arab Saudi (RM2.2 bilion). Pelaburan asing dari lima

negara tersebut menyumbang 66 peratus kepada jumlah pelaburan asing yang diluluskan

dalam tempoh tersebut.

i. Jepun

Jepun merupakan sumber pelaburan asing terbesar pada tahun 2011, dengan 77 projek yang

diluluskan melibatkan pelaburan berjumlah RM10.1 bilion. Pelaburan dalam projek baru

berjumlah RM6.9 bilion (24 projek) manakala pelaburan dalam projek

pembesaran/kepelbagaian berjumlah RM3.2 bilion (53 projek). Pelaburan dari Jepun adalah

terutamanya dalam industri produk E&E (31 projek/RM9.1 bilion), kelengkapan

pengangkutan (9 projek/RM325.8 juta), produk petroleum termasuk petrokimia (2

Page 14: Pelaburan Awam Kumpulan

projek/RM168.7 juta); produk logam asas (3 projek/RM158.6 juta) dan produk galian bukan

logam (2 projek/RM138.9 juta). Pelaburan besar dari Jepun adalah disumbangkan oleh:

• Satu projek baru untuk menjalankan kerja reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran

wafer fotovoltaik silikon, sel dan modul dengan pelaburan berjumlah RM4.6 bilion;

• Satu projek baru untuk mengeluarkan substrat termaju bagi semikonduktor dengan

pelaburan berjumlah RM1.8 bilion;

• Satu projek pembesaran dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.4 bilion untuk

mengeluarkan alat perakam pita video dan pemain termasuk camcorders; mecha deck

untuk alat perakam pita video dan pemain serta camcorders; pemacu cakera CD-ROM;

sistem stereo hi-fi dan perakam radio/kaset .

ii. Republik Korea

Republik Korea adalah pelabur asing kedua terbesar dengan jumlah pelaburan sebanyak

RM5.2 bilion. Pelaburan Korea adalah dalam 10 projek, di mana tujuh daripadanya

merupakan projek baru dan tiga adalah projek pembesaran/kepelbagaian. Pelaburan besar

dari Republik Korea kebanyakannya adalah daripada:

• Satu projek baru milik sepenuhnya rakyat asing dengan pelaburan berjumlah RM2.2 bilion

bagi pengeluaran bateri lithium ion; dan

• Satu projek baru milik sepenuhnya rakyat asing dengan pelaburan berjumlah RM1.1 bilion

untuk pengeluaran kaca fungsi fotovoltaik.

iii. Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan pelabur ketiga terbesar dengan pelaburan sebanyak RM2.5

bilion dalam 21 projek. Pelaburan dari Amerika Syarikat kebanyakannya adalah dalam projek

pembesaran/kepelbagaian yang berjumlah RM2.4 bilion (12 projek) manakala pelaburan

Page 15: Pelaburan Awam Kumpulan

dalam projek baru berjumlah RM145.8 juta (9 projek). Pelaburan besar dari Amerika Syarikat

adalah seperti berikut:

• Satu projek kepelbagaian bagi pengeluaran instrumen pengukur elektronik serta peralatan

analisis bio dan kimia dengan pelaburan sebanyak RM967.8 juta;

• Satu projek pembesaran untuk reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran

wafer/sel/modul/panel fotovoltaik silikon dengan pelaburan berjumlah RM668.4 juta; dan

• Satu projek pembesaran untuk mengeluarkan litar bersepadu dan menjalankan aktiviti

pengujian peranti semikonduktor dengan pelaburan sebanyak RM600 juta.

iv. Singapura

Singapura terus menjadi sumber utama pelaburan pada tahun 2011 dengan RM2.5 bilion

dalam 88 projek yang diluluskan. Pelaburan dari Singapura dalam projek baru berjumlah

RM1.5 bilion (43 projek) manakala pelaburan dalam projek pembesaran/kepelbagaian

berjumlah RM997.9 juta (45 projek). Pelaburan Singapura adalah tertumpu dalam industri

pengilangan makanan (13 projek/RM1.1 bilion) dan E&E (16 projek/RM476.3 juta). Projek

utama yang diluluskan termasuk projek bernilai RM270 juta untuk pengeluaran minyak

sawit, minyak isirong sawit dan produk berasaskan sawit seperti lemak interesterified, lemak

ais krim, pengganti mentega koko, lelemak/lemak bakeri dan minyak sayuran lain seperti

minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak biji sesawi dan minyak

campuran.

v. Arab Saudi

Arab Saudi adalah sumber kelima terbesar pelaburan asing pada tahun 2011 dengan

pelaburan berjumlah RM2.2 bilion. Pelaburan dari Arab Saudi adalah dalam satu projek baru

yang melibatkan pengeluaran silikon polihabluran, natrium hidroksida (soda kaustik), klorin,

Page 16: Pelaburan Awam Kumpulan

hidrogen, asid hidroklorik, silikon tri-klorida, silikon tetra-klorida, mixed chlorosilane,

oksigen dan nitrogen.

Sumber pelaburan asing utama lain dalam projek yang diluluskan adalah Taiwan (RM1.0

bilion), Belanda (RM934.6 juta), Kepulauan British Virgin (RM889.9 juta), China (RM639.5

juta) dan Switzerland (RM574.1 juta).

1.8 LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN

Model Baru Ekonomi (NEM) telah menggariskan beberapa pelan tindakan bagi

meningkatkan peranan sektor swasta dan untuk menjadikan Malaysia berdaya saing di

peringkat global bagi para pelabur. Pelbagai langkah-langkah dan inisiatif yang berterusan

telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan Malaysia mencapai objektif untuk

menjadi sebuah negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2010. Antara

langkah-langkah yang telah diambil termasuk:

• Penubuhan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) di MIDA untuk

menilai dan meluluskan projek pelaburan serta memaklumkan keputusan kepada

syarikat pada masa yang singkat (real time); dan

• Penubuhan Pasukan Petugas Khas Mengenai Pelaburan pada Julai 2010 bagi

menyelaras aktiviti penggalakan pelaburan dan maklumat statistik di kalangan

wilayah-wilayah koridor.

MIDA juga sedang dalam proses pengkorporatan bagi memberinya fleksibiliti dalam menarik

pelaburan dan menjadikannya sebagai sebuah Agensi Penggalakan Pelaburan yang lebih

efektif.

Page 17: Pelaburan Awam Kumpulan

1.9 TINJAUAN PELABURAN BAGI TAHUN 2011

Berdasarkan kepada Laporan UNCTAD World Investment 2010, aliran masuk FDI global

dijangka akan meningkat kepada US$1.3 – US$1.5 trilion pada tahun 2011, dan seterusnya

kepada US$1.6 – US$2 trillion pada tahun 2012. Bank Negara Malaysia telah melaporkan

bahawa bagi sembilan bulan pertama tahun 2010, aliran masuk FDI ke Malaysia telah

melonjak kepada RM17.1 bilion daripada RM5 bilion bagi keseluruhan tahun 2009. Kaji

selidik UNCTAD World Investments Prospects 2010-2012 juga menunjukkan hasrat pelabur

yang semakin kukuh dan optimis terhadap perniagaan untuk terus mengembangkan operasi di

luar negara pada tahun 2011 dan 2012.

Berdasarkan senario tersebut, aliran masuk FDI global ke Malaysia dijangka akan

terus meningkat pada tahun 2011 dan tahun-tahun seterusnya. Kerajaan akan terus

memperhalusi polisi dan insentifnya, serta mengambil langkah-langkah bagi menambah baik

sistem penyampaian awam untuk memastikan Malaysia terus mengekalkan daya tarikannya

sebagai destinasi pelaburan pilihan. Kerajaan telah memulakan transformasi jangka panjang

yang terperinci dan komprehensif bagi memastikan negara kekal di landasannya bagi

mencapai ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MIDA akan terus

memainkan peranan utama bagi memastikan peningkatan ketara dalam aktiviti pelaburan di

dalam 12 NKEA dan sektor utama lain.

Page 18: Pelaburan Awam Kumpulan

2.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, menurut teori Keynes wujud dalam jangka panjang di Malaysia, yang

bererti pendapatan negara dominan dipengaruhi oleh jumlah perbelanjaan kerajaan. Senario

ini sebenarnya menggambarkan kepentingan peranan yang dimainkan oleh perbelanjaan

kerajaan persekutuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang, terutama

sekali menerusi projek penyediaan infrastruktur yang akan memberi manfaat terhadap semua

negeri di Malaysia. Namun, disebabkan pelaksanaan projek sebegini kebiasaannya memakan

masa yang lama, maka dua perkara harus diteliti. Pertama, perancangan bagi projek-projek

ini perlulah dibuat secara teliti oleh tenaga pakar dan profesional terutama sekali dari aspek

peruntukan kos dengan mengambil kira pergerakan tingkat harga di pasaran. Pemilihan

projek pula perlulah dilakukan dengan berasaskan kepada keutamaan, yang mana projek yang

dilihat berstatus ‘kritikal’ perlu diutamakan. Kedua, apabila sesuatu projek itu telah

dilaksanakan, maka perlu ada jawatankuasa daripada kalangan pakar dan profesional yang

akan memantau perjalanan projek tersebut sehingga ia berjaya diselesaikan dan memberi

manfaat kepada kumpulan sasaran. Perlu ditegaskan di sini bahawa kegagalan projek-projek

pembangunan yang dibiayai oleh perbelanjaan kerajaan akan merugikan banyak pihak kerana

kegagalan projek tersebut disiapkan bererti belanja yang telah diperuntukkan atas projek

tersebut secara automatik akan menjadi tidak produktif walaupun sektor tersebut merupakan

sektor yang produktif.

Walaupun begitu, dalam jangka pendek, didapati banyak komponen perbelanjaan

awam yang dipengaruhi oleh pendapatan negara, lantas ini mencerminkan wujud hukum

Wagner dalam jangka pendek. Hal ini juga menggambarkan bahawa kerajaan sentiasa

mengubah struktur perbelanjaannya terhadap sektor tertentu berdasarkan keadaaan ekonomi

Page 19: Pelaburan Awam Kumpulan

semasa. Sekiranya negara dilanda kegawatan ekonomi, maka kerajaan perlu menambah

peruntukan kerajaan terhadap sektor yang dilihat dapat membantu pemulihan ekonomi dalam

jangka pendek. Pelarasan terhadap struktur perbelanjaan kerajaan ini juga harus diterap dalam

jangka panjang memandangkan peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam

membangunkan ekonomi negara juga semakin penting. Apabila kurangnya kebergantungan

isi rumah dan sektor korporat, terutama sekali di bandar, terhadap perkhidmatan awam seperti

pendidikan, kesihatan dan perhubungan, maka ini membolehkan kerajaan menyalurkan lebih

bantuan kewangan dan bukan kewangan untuk membangunkan kawasan luar bandar agar

jurang pembangunan antara kawasan dapat dikurangkan. Apa yang perlu ditekankan dalam

pengurusan kewangan fiskal ialah kerajaan perlu sentiasa memperuntukkan belanjawan

terhadap komponen atau sektor yang diyakini mampu mencapai matlamat ekonomi dan sosial

dalam jangka pendek dan panjang. Ini sekali gus menggambarkan bahawa tidak semestinya

kerajaan perlu sentiasa menambah belanja dari setahun ke setahun, tetapi kerajaan perlu

sentiasa merombak peruntukan terhadap komponen perbelanjaan bergantung pada keperluan

semasa. Oleh yang demikian, kerajaan akan dapat mengelak daripada terperangkap dalam

defisit fiskal dan hutang awam yang berpanjangan. Selain itu, bagi membolehkan

perkhidmatan awam disalurkan dengan lebih cekap ke seluruh negara, kerajaan persekutuan

juga boleh mengagihkan lebih kuasa kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan berkaitan

soal peruntukan perbelanjaan kerajaan mengikut sektor di kawasan tertentu, dengan syarat

kerajaan negeri dan kerajaan tempatan membentuk kualiti pengurusan awam yang setanding

dengan pengurusan awam di peringkat kerajaan persekutuan. Ini secara langsung akan

membolehkan perkhidmatan awam dapat dinikmati oleh masyarakat dengan lebih efisien dan

saksama.

Page 20: Pelaburan Awam Kumpulan

Secara keseluruhannya, impak perbelanjaan kerajaan terhadap pembangunan ekonomi dan

sosial bagi sesebuah negara tidak dapat dinafikan di negara maju sekalipun. Namun, struktur

atau agihan mengikut komponen bagi perbelanjaan kerajaan ini haruslah sentiasa diteliti

secara mendalam, terutama sekali tertakluk kepada kitaran ekonomi semasa agar negara tidak

mengalami terjerumus dalam kancah kemelesetan ekonomi yang berpanjangan. Oleh kerana

bentuk perindustrian berat yang rumit itu tidak menggalakkan melibatkan sektor swasta

dalam negeri, maka Kerajaan nampaknya terpaksa mengambil daya utama untuk

menjalankan industri ini dan membiarkan pelabur swasta menjalankan industri sampingan

bagi komplimen industri berat itu. Ini dengan sendirinya akan mempertingkatkan proses

perindustrian dan memperluaskan asas perindustrian yang diperlukan bagi industri berat.

Buat beberapa ketika pergantungan kepada teknologi asing tidak dapat dielakkan, tetapi

dengan penyusunan cara pemindahan teknologi yang teratur, ianya akan dapat dikurangkan

sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Malaysia boleh mewujudkan teknologinya sendiri.

Selain dari itu, langkah yang patut diambil ialah dengan memberikan intensif yang sesuai

kepada industri dalam negeri bagi membolehkan ia merangka 'capital saving equipment'

melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka. Berdasarkan pencapaian yang telah

diperoleh dalam dasar perindustrian negara selama ini, dasar industri berat ini juga akan

mencapai kejayaan yang sama jika pendekatan yang sesuai dibuat.