pbs pam 2014
Post on 13-Apr-2018
249 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
1/30
950426-14-5549
1
1.0 PENGENALAN
Bola sepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang
di seluruh negara-negara di dunia ini. Bola sepak adalah acara sukan yang telah banyak
mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan bola sepak juga telah berjaya
mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi arena sukan bola sepak. Ada sesetengah
negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak kerana cara ini
secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya
menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang.
Sukan di sekolah, selain mampu menjadi alat perpaduan, juga mampu
menghasilkan pelajar yang seimbang fizikal dan mental selain berupaya cemerlang dalam
bidangnya jika diasah bakat seawal usia. Justeru, pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan
(1M1S) di semua sekolah bermula 2011 adalah inisiatif Kementerian Pendidikan ke arah
itu yang mendapat sokongan padu guru, murid dan ibu bapa. Dasar itu juga menyumbang
kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi
dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam
mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta
memupuk semangat cintakan negara.(Berita Harian, 2013)
Datuk Seri Najib Razak percaya sukan adalah satu daripada kuasa yang paling
kuat menyatukan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan etnik. Perdana Menteri
berkata, di Malaysia, perpaduan paling besar menerusi sukan boleh disaksikan dalam
kepelbagaian rakyat ialah keghairahan untuk bola sepak.(Berita Harian, 2012)
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, sukan boleh
menjadi medium untuk meningkatkan perpaduan, kerjasama berpasukan dan
meningkatkan motivasi selain memberi kesan baik kepada kesihatan. Katanya, hasrat
kerajaan untuk mewujudkan negara bersukan perlu penglibatan semua rakyat di negara
ini tanpa mengira kaum dan peringkat umur kerana masing-masing boleh memilih sukan
yang mereka minati dan berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri. Melalui sukan juga,
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
2/30
950426-14-5549
2
setiap pekerja akan menjadi lebih sihat dan bersatu padu bagi memberi kejayaan kepada
organisasinya walaupun berbeza pangkat atau jawatan. Matlamatnya tetap sama iaitu
untuk meraih kejayaan untuk pasukan masing-masing. (Razali Haji Mohamed Yassin,
2013)
Selain itu, sukan diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bahawa sukan bola sepak merupakan medium perpaduan negara dan sukan ini juga dekat
dengan diri beliau yang gemar akan sukan bola sepak. Najib pernah menjadi Menteri
Belia dan Sukan pada 1986 sehingga 1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam
proses membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam
kalangan masyarakat. Dasar Sukan Negara yang menjadi asas memurnikan dan
memakmurkan dunia sukan terbentuk sewaktu Najib memimpin Kementerian Belia dan
Sukan. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan
sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan
termasuk sekolah dan kawasan penempatan. (Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian,
2012)
Tempat yang paling sesuai untuk memupuk perpaduan antara pelajar sudah
tentulah di sekolah-sekolah dan salah satu dari instrumen yang boleh digunakan secara
berkesan ialah sukan. Pengalaman bersama-sama sama ada ketika bermain atau
menonton sebagai penyokong kepada satu pasukan boleh menyemaikan perpaduan
sesama mereka dan ini akan kekal dalam masa yang panjang dan terdapat persahabatan
yang dipupuk melalui sukan berkekalan hingaa ke akhir hayat.
Kajian ini tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam
kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah di Daerah
Hulu Langat.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
3/30
950426-14-5549
3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan
perpaduan dalam kalangan pelajar.
2. Mengkaji faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
4/30
950426-14-5549
4
3.0 LOKASI KAJIAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula
ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama
Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah
Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para pelajar pada masa itu
berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 manakala kakitangan akademiknya
adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah
Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib
dan seorang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik
Achok.
Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari
Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal
sekolah ini terletak di Batu 14, Cheras yang bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang.
Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telah pun berpindah
ke kawasan baru yang bertempat di Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam
bidang akademik dan kokurikulum pada setiap tahun adalah menggalakkan. SMKA
Maahad Hamidiah adalah antara Sekolah Asrama Harian yang terbaik dan terunggul di
Negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 915 orang pelajar dari tingkatan 1
hingga tingkatan 6. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong
oleh 13 orang kakitangan sekolah.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
5/30
950426-14-5549
5
3.1 Peta
Peta 1: Peta SMKA Maahad Hamidiah
Sumber: https://maps.google.com/
3.2 Gambar
Gambar 1: SMKA Maahad Hamidiah
Sumber: Kajian Lapangan 2014
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
6/30
950426-14-5549
6
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan
data dan cara analisis data.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini ialah kaedah mengumpul maklumat
dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang terpilih daripada
satu populasi yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sukan
bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga
tingkatan 6.
4.2 Sampel Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30
orang pelajar lelaki dan perempuan dan 3 orang informan. Bilangan sampel bersesuaian
dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili
populasi yang dikaji.
4.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan temu bual.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
7/30
950426-14-5549
7
4.3.1 Soal Selidik
Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS (Keep It Short and
Simple)iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami (R. Kuberan et al,
2013). Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian serta 10 soalan berkaitan persepsi
pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar di
SMKA Maahad Hamidiah dan cadangan pelajar bagi meningkatkan prestasi para pelajar
terhadap sukan bola sepak di sekolah. Soalan borang soal selidik merupakan soalan
tertutup dan menggunakan skala Likert 4 poin.
4.3.2 Temu Bual
Pengkaji menyediakan 10 soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menarik
minat pelajar bermain bola sepak untuk mendapatkan maklumat dari informan.
4.4 Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, soal selidik dan temu bual.
4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan
seperti sumber daripada internet bagi mendapat maklumat berkenaan dengan sukan bola
sepak dapat mengeratkan perpaduan.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
8/30
950426-14-5549
8
4.4.2 Soal Selidik
Kaedah soal selidik adalah cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan
persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan
pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 dan cadangan pelajar bagi meningkatkan prestasi
para pelajar terhadap sukan bola sepak di sekolah. Borang soal selidik diberikan kepada
responden yang sudi bekerjasama. Responden ini diberikan masa dua hingga tiga minit
untuk menjawab semua soalan.
4.4.3 Temu Bual
Kaedah temu bual berstruktur juga digunakan untuk mengkaji faktor-faktor yang menarik
minat pelajar bermain bola sepak. Pengkaji telah menemu bual 3 orang pelajar. Setiap
sesi temu bual mengambil masa lebih kurang lima minit.
4.5 Cara Analisis Data
Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara diskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan
kajian. Data yang diperoleh, dianalisis menggunakan kekerapan dan peratus.
Bagi penyataan yang menggunakan skala Likert, poin diberikan seperti berikut:
Skala Poin
Tidak Setuju 1
Kurang Setuju 2
Setuju 3
Sangat Setuju 4
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
9/30
950426-14-5549
9
5.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini mengemukakan 2 objektif kajian. Bahagian ini akan mengemukakan data
empirikal bagi memenuhi kedua-dua objektif kajian.
5.1 Demografi Responden
Jadual 1 berikut menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar lelaki dan
perempuan yang dipilih secara rawak berdasarkan peringkat umur dan jantina.
Jadual 1: Demografi responden berdasarkan peringkat umur dan jantina
UMURKEKERAPAN (PELAJAR) PERATUS (%)
LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN
13 tahun 2 2 6.7 6.7
14 tahun 4 1 13.3 3.3
15 tahun 3 3 10 10
16 tahun 3 2 10 6.7
17 tahun 3 2 10 6.7
18 tahun - - - -
19 tahun 2 3 6.7 10
Sumber: Soal Selidik 2014
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
10/30
950426-14-5549
10
Rajah 1: Demografi responden berdasarkan peringkat umur dan jantina
Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1, responden dalam kajian ini terdiri daripada 30
orang pelajar lelaki dan perempuan SMKA Maahad Hamidiah yang dipilih secara rawak
dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Bagi pelajar menengah rendahseramai 4 orang pelajar tingkatan 1 menjadikan jumlah peratusan sebanyak 13.4%,
pelajar tingkatan 2 pula seramai 5 orang bersamaan 16.6% dan seramai 6 orang pelajar
tingkatan 3 menunjukkan peratusan sehingga 20%. Pelajar menengah atas pula, masing-
masing dengan jumlah pelajar seramai 5 orang bagi tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan
6 mencatatkan peratusan sebanyak 16.7%.
0
1
2
3
4
5
6
7
13 14 15 16 17 19
BilanganPelajar(Orang)
Umur (Tahun)
UMUR DAN JANTINA PELAJAR
Lelaki Perempuan Sumber: Soal Selidik 2014
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
11/30
950426-14-5549
11
Jadual 2 berikut menunjukkan pecahan responden daripada kalangan pelajar berdasarkan
jenis sukan yang diminati.
Jadual 2: Demografi responden berdasarkan jenis sukan yang diminati
JENIS SUKAN PERATUS (%)
Sukan Dalaman 20
Sukan Luaran 80
Sumber: Soal Selidik 2014
Rajah 2: Demografi responden berdasarkan jenis sukan yang diminati
Jadual 2 dan rajah 2 menunjukkan responden seramai 30 orang pelajar lelaki dan
perempuan SMKA Maahad Hamidiah yang dipilih secara rawak dalam kalangan pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Daripada jumlah tersebut, seramai 6 orang pelajar
meminati sukan dalaman yang menjadikan peratusannya sebanyak 20%. Bagi pelajar
yang meminati sukan luaran pula, jumlahnya seramai 24 orang yang mencatatkan
peratusan sebanyak 80%.
20%
80%
JENIS SUKAN YANG DIMINATI OLEH
PELAJAR
Sukan DalamanSukan Luaran
Sumber: Soal Selidik 2014
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
12/30
950426-14-5549
12
5.2 Persepsi Pelajar Tentang Sukan Bola Sepak Dapat Mengeratkan Perpaduan
Dalam Kalangan Pelajar
Jadual 3 menunjukkan persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan
perpaduan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad
Hamidiah.
Jadual 3: Persepsi pelajar tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan
BIL. SOALAN
Tidak
Setuju
Kurang
SetujuSetuju
Sangat
Setuju
f % f % f % f %
1.
Persahabatan dapat dirapatkan
dengan pelajar yang lainsemasa bermain bola sepak.
1 3.3 3 10 15 50 11 36.7
2.
Sukan bola sepak sebagai alatperpaduan dalam kalangan
pelajar tanpa mengira
peringkat umur.
3 10 1 3.3 18 60 8 26.7
3. Bermain bola sepak bolehmenambahkan bilangan
kenalan atau rakan.
1 3.3 2 6.7 13 43.3 14 46.7
4.
Penyertaan aktiviti sukan bola
sepak tidak terhad kepadapelajar tertentu sahaja.
2 6.7 4 13.3 11 36.7 13 43.3
5.
Aktiviti sukan bola sepak
dapat memupuk semangatperpaduan dalam kalangan
pelajar, pemain danpenyokong.
1 3.3 3 10 14 46.7 12 40
6.
Sukan bola sepak mampu
menjadi contoh kepada sukan-
sukan yang lain dalammengeratkan perpaduan.
4 13.3 5 16.7 13 43.3 8 26.7
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
13/30
950426-14-5549
13
Sumber: Soal Selidik 2014
*f= Frekuensi (Kekerapan)
Berdasarkan jadual 3, seramai 15 orang iaitu 50% telah menyatakan setuju
bahawa persahabatan dapat dirapatkan dengan pelajar yang lain semasa bermain bola
sepak manakala seramai 11 orang bersamaan 36.7% yang menyatakan mereka sangat
setuju dengan pernyataan yang diberikan. Bagi yang menyatakan kurang setuju seramai 3
orang bersamaan 10% dan yang tidak setuju seramai seorang sahaja bersamaan 3.3%.
Sukan bola sepak sebagai alat perpaduan dalam kalangan pelajar tanpa mengira
peringkat umur antara persepsi pelajar tentang sukan bola sepak. Seramai 18 orang
menyatakan setuju bersamaan 60% dan yang menyatakan sangat setuju seramai 8 orang
bersamaan 26.7%. Bagi yang menyatakan kurang setuju seramai seorang sahaja
bersamaan 3.3% serta tidak setuju seramai 3 orang bersamaan 10%.
7.
Permainan sukan bola sepak
dapat mengisi masa lapanguntuk bersama dengan rakan-
rakan.
0 0 4 13.3 18 60 8 26.7
8.
Sukan bola sepak mampumengekalkan persahabatan
bersama pelajar-pelajar yang
lain.
1 3.3 5 16.7 13 43.3 11 36.7
9.
Hubungan pemain yang erat
merupakan faktorkemenangan dalam permainan
bola sepak.
1 3.3 1 3.3 18 60 10 33.3
10.
Permainan sukan bola sepak
akan melahirkan semangat
bekerjasama antara pemain.
0 0 2 6.7 13 43.3 15 50
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
14/30
950426-14-5549
14
Antara persepsi lain pelajar, bermain bola sepak boleh menambahkan bilangan
kenalan atau rakan mereka. Bagi yang menyatakan sangat setuju seramai 14 orang
bersamaan 46.7%. Bagi yang menyatakan setuju pula, seramai 13 orang bersamaan
43.3% serta kurang setuju seramai 2 orang bersamaan 6.7%. Selebihnya iaitu seramai
seorang sahaja yang menyatakan tidak setuju bersamaan 3.3%
Persepsi seterusnya ialah penyertaan aktiviti sukan bola sepak tidak perlu
dihadkan kepada pelajar tertentu sahaja. Bagi yang menyatakan sangat setuju seramai 13
orang bersamaan 43.3% dan yang setuju seramai 11 orang yang menjadikan peratusan
sebanyak 36.7%. Bagi pelajar yang kurang setuju dengan pernyataan ini seramai 4 orang
bersamaan 13.3% manakala tidak setuju seramai 2 orang bersamaan 6.7%.
Selain itu, aktiviti sukan bola sepak dapat memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar, pemain dan penyokong yang setuju seramai 14 orang bersamaan 46.7%
serta yang menyatakan sangat setuju seramai 12 orang bersamaan 40%. Selebihnya
menyatakan kurang setuju seramai 3 orang bersamaan 10% dan yang tidak setuju seramai
seorang sahaja bersamaan 3.3%.
Seramai 13 orang bersamaan 43.3% yang setuju menyatakan bahawa sukan bola
sepak mampu menjadi contoh kepada sukan-sukan yang lain dalam mengeratkan
perpaduan. Bagi yang menyatakan sangat setuju seramai 8 orang bersamaan 26.7% dan
seramai 5 orang bersamaan 16.7% yang menyatakan kurang setuju. 4 orang lagi
bersamaan 13.3% tidak setuju dengan penyataan ini.
Persepsi lain pelajar menyatakan bahawa permainan sukan bola sepak dapat
mengisi masa lapang untuk bersama dengan rakan-rakan. Seramai 18 orang bersamaan
60% menyatakan setuju manakala 8 orang menyatakan sangat setuju dengan penyataan
ini dan peratusannya sebanyak 26.7%. Bagi pelajar yang kurang setuju, hanya 4 orang
sahaja bersamaan 13.3%.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
15/30
950426-14-5549
15
Di samping itu, seramai 13 orang bersamaan 43.3% menyatakan setuju dengan
penyataan sukan bola sepak mampu mengekalkan persahabatan bersama pelajar-pelajar
yang lain. Bagi yang sangat setuju pula, seramai 11 orang bersamaan 36.7% manakala 5
orang bersamaan 16.7% berpendapat kurang setuju. Hanya seorang sahaja bersamaan
3.3% tidak setuju.
Hubungan pemain yang erat merupakan faktor kemenangan dalam permainan
juga merupakan persepsi pelajar tentang sukan bola sepak di SMKA Maahad Hamidiah.
Seramai 18 orang bersamaan 60% setuju dengan penyataan ini dan seramai 10 orang
bersamaan 33.3% menyatakan sangat setuju. Pelajar yang menyatakan kurang setuju dan
tidak setuju masing-masing dengan jumlah yang sama iaitu hanya seorang sahaja
bersamaan 3.3%.
Akhir sekali, seramai 15 orang bersamaan 50% menyatakan sangat setuju bahawa
permainan sukan bola sepak akan melahirkan semangat bekerjasama antara pemain. Bagi
yang menyatakan setuju pula seramai 13 orang bersamaan 43.3% serta seramai 2 orang
kurang setuju dengan penyataan ini dan menjadikan peratusan sebanyak 6.7%.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
16/30
950426-14-5549
16
5.3 Faktor-Faktor Yang Menarik Minat Pelajar Bermain Bola Sepak
Jadual 4 menunjukkan faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak
dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah.
Jadual 4: Faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak
BIL. PERKARA INFORMAN 1 INFORMAN 2 INFORMAN 3
1.Kekalkan
kecergasan diri
Ya, kerana dapatmenyeimbangkan
fizikal dan mental
Ya, kerana dapatmenyeimbangkan
fizikal dan mental
Ya, kerana dapatmenyeimbangkan
fizikal dan mental
2.
Bermain bersama
pelajar lain tanpamengira usia
Dapat merapatkan
jurang perpaduanbersama pelajar lain
Boleh bersaingsecara sihat bersama
pelajar yang
berlainan usia
Dapat merapatkan
jurang perpaduanbersama pelajar lain
3.
Jalinkan jaringan
hubungan sosial
antara pemain
Asas perpaduan
dalam sukan bolasepak ialah
kerjasama
Asas perpaduan
dalam sukan bolasepak ialah
kerjasama
Sentiasa dapat
berkomunikasidengan pelajar lain
semasa bermain
4.Tingkatkan disiplin
dalam diri
Mengawal diri untukpatuh kepada
peraturan yang
ditetapkan
Menjadikan diri
bijak menguruskanmasa
Mengawal diri untukpatuh kepada
peraturan yang
ditetapkan
5.Mengisi masa
lapang
Mengelakkkan
melakukan aktivitiyang tidak berfaedah
Mengelakkkan
melakukan aktivitiyang tidak berfaedah
Dapat menjadikan
sukan bola sepaksebagai hobi
6.Harumkan nama
sekolah
Menjadikan sekolah
terkenal di peringkat
daerah, zon, negeridan sebagainya
Menjadikan sekolah
terkenal di peringkat
daerah, zon, negeridan sebagainya
Menjadikan sekolah
terkenal di peringkat
daerah, zon, negeridan sebagainya
7. Tenangkan fikiranHilangkan tekananselepas belajar di
sekolah
Lebih baik berehat Lebih baik berehat
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
17/30
950426-14-5549
17
8. Bina keyakinan diri
Ya, kerana kejayaan
sebagai pendoronguntuk terus
cemerlang
Tidak, kerana berasa
kecewa apabilatewas dan keyakinan
diri menurun
Ya, kerana dapat
menjadikankekalahan sebagai
motivasi
9.
Tambahkankemahiran dan
pengetahuan dalam
sukan
Boleh mempelajaricara bermain yang
betul
Dapat menunjukkan
bakat yang ada
Memberikanpendedahan dalam
diri untuk terus aktif
di dalam sukan ini
10.
Mahu jadikan
sukan bola sepaksebagai kerjaya
Ya, kerana
pendapatannya agaklumayan
Tidak, kerana mahu
jadikan sebagai hobisahaja
Tidak, kerana mahu
jadikan sebagai hobisahaja
Sumber: Temu bual 2014
Berdasarkan jadual 4, soalan 1 yang diajukan kepada informan ialah adakah anda
terlibat di dalam sukan bola sepak ini untuk mengekalkan kecergasan diri. Informan 1,
informan 2 dan informan 3 menyatakan jawapan yang sama iaitu setuju dengan kerana
sukan ini dapat menyeimbangkan fizikal dan mental.
Selain itu, soalan 2 yang diajukan kepada informan ialah adakah anda menyertai
sukan ini untuk bermain bersama pelajar lain tanpa mengira usia. Informan 2 menyatakan
beliau boleh bersaing secara sihat bersama pelajar yang berlainan usia manakala
informan 1 dan informan 3 menyatakan mereka dapat merapatkan jurang perpaduan
bersama pelajar lain.
Pendapat anda tentang sukan ini dapat menjalinkan jaringan hubungan sosial
antara pemain adalah soalan 3 yang diberikan kepada informan. Informan 1 dan informan
2 berpendapat bahawa asas perpaduan dalam sukan bola sepak ialah kerjasama. Sentiasa
dapat berkomunikasi dengan pelajar lain semasa bermain merupakan jawapan daripada
informan 3.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
18/30
950426-14-5549
18
Soalan 4 yang ditanya kepada informan ialah pendapat informan tentang sukan
bola sepak dapat meningkatkan disiplin dalam diri. Informan 2 memberikan jawapan
dengan menyertai sukan ini menjadikan beliau bijak menguruskan masa. Informan 1 dan
informan 3 berkongsi jawapan yang sama iaitu mereka dapat mengawal diri untuk patuh
kepada peraturan yang ditetapkan.
Soalan 5 pula yang diajukan kepada informan ialah bagaimanakah bermain bola
sepak dapat mengisi masa lapang anda. Informan 1 dan informan 2 menjawab bahawa
mereka dapat mengelakkkan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Berlainan pula
dengan informan 3 yang mengatakan beliau menjadikan sukan ini sebagai hobi ketika
masa lapang.
Benarkah bahawa anda menyertai sukan bola sepak untuk mengharumkan nama
sekolah anda merupakan soalan 6 yang diajukan kepada tiga orang informan. Ketiga-tiga
informan mempunyai pendapat yang sama iaitu mereka dapat menjadikan sekolah
terkenal di peringkat daerah, zon, negeri dan sebagainya.
Fikiran dapat ditenangkan semasa bermain bola sepak iaitu soalan 7 yang
ditanyakan kepada informan. Informan 1 menyatakan beliau dapat menghilangkan
tekanan selepas belajar di sekolah. Informan 2 dan informan 3 pula menyatakan lebih
baik mereka berehat untuk tenangkan fikiran.
Soalan 8 pula berkenaan setujukah anda bahawa sukan bola sepak dapat membina
keyakinan diri sebagai pelajar. Informan 1 dan informan 3 mengatakan tidak setuju
manakala informan 2 bersetuju dengan soalan tersebut. Walaupun informan 1 dan
informan 3 bersetuju tapi mereka berlainan jawapan. Informan 1 berpendapat bahawa
beliau menjadikan kejayaan di dalam pertandingan mahupun permainan sebagai
pendorong untuk terus cemerlang di masa akan datang. Pendapat informan 3 pula
mengatakan beliau dapat menjadikan kekalahan sebagai motivasi. Berbeza pendapat pula
dengan informan 2 yang menyatakan tidak setuju kerana beliau berasa kecewa apabila
tewas dan keyakinan dirinya menurun.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
19/30
950426-14-5549
19
Informan juga turut ditanyakan soalan 9 iaitu tentang sukan bola sepak dapat
menambahkan kemahiran dan pengetahuan anda dalam sukan. Informan 1 menyatakan
beliau boleh mempelajari cara bermain yang betul dan informan 2 mengatakan beliau
dapat menunjukkan bakatnya yang ada. Akan tetapi, informan 3 berpendapat bahawa
sukan ini memberikannya pendedahan dalam diri untuk terus aktif bermain bola sepak.
Soalan terakhir tentang adakah anda mahu menjadikan sukan bola sepak sebagai
kerjaya. Informan 2 dan informan 3 tidak setuju dengan soalan yang diajukan. Hal ini
kerana mereka hanya mahu menjadikan sukan bola sepak sebagai hobi sahaja. Informan 3
pula berbeza jawapan iaitu beliau menyatakan pendapatan kerjaya di dalam sukan ini
agak lumayan.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
20/30
950426-14-5549
20
Rajah 3 menunjukkan faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak
dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA Maahad Hamidiah.
Berdasarkan rajah 3, faktor utama yang menarik minat pelajar bermain bola sepak dalam
kalangan pelajar ialah untuk mengekalkan kecergasan diri. Bilangan informan yang
menyatakan faktor ini ialah seramai 3 orang. Bagi faktor yang dipilih oleh 2 informan
ialah untuk membina keyakinan diri. Seorang informan pula menyatakan mahu jadikan
sukan bola sepak sebagai kerjaya.
FAKTOR UTAMA YANG MENARIK MINATPELAJAR BERMAIN BOLA SEPAK
Bilangan Informan
3
2
1
0
Faktor-faktor yang menarik minat pelajar bermain bola sepak
Petunjuk:
Mengekalkan kecergasan diriMembina keyakinan diri
Mahu jadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya
Sumber: Temu bual 2014
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
21/30
950426-14-5549
21
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini
akan merumuskan hasil dapatan kajian.
6.1 Persepsi Pelajar Tentang Sukan Bola Sepak Dapat Mengeratkan Perpaduan
Dalam Kalangan Pelajar
Dapatan kajian menunjukkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di SMKA
Maahad Hamidiah berpendapat bahawa sukan bola sepak dapat memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan pelajar, pemain dan penyokong. Hal ini demikian kerana
hubungan yang rapat dapat dijalinkan ketika pelajar bermain bola sepak tidak kira di
sekolah mahupun di dalam pertandingan. Sudah pasti setiap pelajar akan menyokong
rakannya sendiri ataupun pihak lawan. Bermula dari sinilah pelajar dapat merapatkan
persahabatan mereka dengan pelajar lain semasa bermain ataupun menonton bola sepak.
Oleh itu, segala perselisihan faham haruslah dielakkan agar hubungan baik pelajar dapat
dijaga.
Bermain bola sepak boleh menambahkan bilangan kenalan atau rakan merupakan
salah satu persepsi pelajar mengenai sukan bola sepak. Situasi sebegini dapat dilihat
semasa pertandingan bola sepak diadakan. Sebagai contoh, pelajar dapat berjumpa rakan-
rakan mereka yang baharu dari pihak lawan. Bukan itu sahaja, malah pelajar mungkin
dapat bertemu kenalan lama mereka. Faktor berlainan usia juga bukanlah penghalang
untuk pelajar mewujudkan perpaduan sesama mereka. Hal ini terbukti apabila majoriti
pelajar bersetuju bahawa sukan bola sepak sebagai alat perpaduan dalam kalangan pelajar
tanpa mengira peringkat umur.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
22/30
950426-14-5549
22
Tambahan lagi, para pelajar bersetuju menyatakan bahawa penyertaan aktiviti
sukan bola sepak tidak perlu dihadkan kepada pelajar tertentu sahaja. Masalahnya di sini
apabila pelajar yang lebih muda diketepikan bakat mereka. Pengalaman dan peluang
untuk mengasah bakat haruslah diberikan oleh jurulatih pasukan kepada semua pelajar
yang berpotensi di dalam sukan ini tanpa mengira peringkat usia. Secara tidak langsung,
pelajar yang berbakat akan memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan.
Selain itu, sukan bola sepak juga mampu menjadi contoh kepada sukan-sukan
yang lain dalam mengeratkan perpaduan. Seperti yang diketahui, sukan bola sepak
mempunyai pelbagai kelebihan dan salah satunya adalah dapat menjalinkan silaturrahim
sesama pemain. Sukan bola sepak terdapat keistimewaannya yang tersendiri seiring
dengan perubahan masa ini yang mampu menarik minat kebanyakkan anak muda.
Setiap pelajar pastinya mempunyai masa lapang mereka sendiri. Justeru, bola
sepak dapat mengisi masa lapang mereka daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah. Aktiviti sebegini mendatangkan banyak manfaat berbanding aktiviti yang lain
seperti bermain permainan video, melayari internet dan banyak lagi aktiviti yang
menyebabkan pelajar kurang berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Bagi mengatasi
masalah tersebut, bermain bola sepak bersama-sama mampu mengekalkan persahabatan
dalam kalangan pelajar di sekolah. Maka, dengan mudah perpaduan dapat dipupuk di
sekolah tanpa perbalahan antara satu sama lain.
Walaupun begitu, perpaduan tidak bermakna apabila tiada persefahaman atau
semangat kerjasama dalam pasukan. Oleh hal yang demikian, pengukuhan perpaduan
dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar semasa bermain bola sepak. Antara pendapat
lain juga menyatakan bahawa hubungan pemain yang erat merupakan faktor kemenangan
dalam permainan bola sepak. Kemenangan memerlukan jalinan ukhwah yang mantap dan
hubungan yang baik seperti dalam satu keluarga.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
23/30
950426-14-5549
23
6.2Faktor-Faktor Yang Menarik Minat Pelajar Bermain Bola Sepak
Dapatan kajian menunjukkan faktor yang menarik minat pelajar bermain bola
sepak ialah untuk mengekalkan kecergasan diri. Kebanyakkan pelajar menjadikan sukan
ini sebagai salah satu cara untuk menyeimbangkan fizikal dan mental mereka. Antara
aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal seperti berlari. Secara tidak langsung,
pelajar dapat meningkatkan stamina dan lebih bertenaga di samping menjaga kesihatan
badan. Setiap pelajar mestilah bersukan kerana sekurang-kurangnya 20 minit diperlukan
untuk mengekalkan denyutan jantung yang sihat.
Selain itu, para pelajar juga gemar bermain bersama pelajar lain tanpa mengira
usia. Hal ini demikian kerana faktor usia berlainan bukanlah merupakan satu masalah
untuk pelajar mengeratkan perpaduan sesama mereka. Bukan itu sahaja, pelajar yang
lebih muda juga dapat bersaing secara sihat dengan pelajar yang lebih tua. Faktor lain
ialah pelajar boleh menjalinkan jaringan hubungan sosial di antara satu sama lain. Hal ini
menunjukkan bahawa perpaduan dapat dibentuk melalui sukan bola sepak. Sebagai
contoh, komunikasi yang baik amat diperlukan dalam kalangan pemain kerana sukan ini
bukan melibatkan seorang sahaja pelajar malah ramai pelajar lain juga menyertai sukan
ini.
Faktor yang lain ialah pelajar mampu meningkatkan disiplin dalam diri mereka.
Hal ini dapat dilihat apabila pelajar dapat mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan di dalam sukan ini. Lantaran itu, pengurusan masa yang cekap dapat
diterapkan dalam diri pelajar. Jelaslah bahawa faktor yang menarik minat pelajar bermain
bola sepak seperti ini mampu melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi bertepatan
dengan kehendak semua sekolah yang mahu menjadikan pelajar yang mempunyai ciri-
ciri berikut.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
24/30
950426-14-5549
24
Tambahan lagi, pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan bersukanMasa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah akan menyebabkan pelajar
membazirkan masa mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa lapang di sebelah
petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar cenderung untuk menghabiskan masa lapang
mereka dengan menonton televisyen, tidur atau melepak di luar rumah ataupun asrama.
Secara tidak langsung, aktiviti sukan di sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang
berunsur negatif dalam kalangan pelajar.
Seterusnya, penyertaan pelajar ke peringkat zon, daerah, negeri, kebangsaan
mahupun antarabangsa mampu mengharumkan nama sekolah mereka. Dengan ini,
sekolah pelajar akan lebih dikenali oleh orang lain. Oleh itu, ini merupakan salah satu
faktor yang menarik minat pelajar untuk menyertai sukan bola sepak. Faktor lain juga
menunjukkan bahawa ada segelintir pelajar yang mahu menjadikan sukan bola sepak
sebagai kerjaya di masa hadapan. Tawaran gaji yang mahal dan tinggi merupakan salah
satu jawapan yang diberikan oleh pelajar. Justeru, bayaran yang setimpal akan diberikan
kepada pemain yang berbakat sesuai dengan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.
Di samping itu, pelajar juga mahu menambahkan kemahiran dan pengetahuan
dalam sukan ini. Dengan bersukan, pelajar dapat mengetahui pelbagai teknik yang
digunakan semasa bermain. Hal ini dapat dilihat apabila pengetahuan pelajar semakin
bertambah ketika bersukan. Salah satu faktor yang menarik minat pelajar yang lain ialah
pelajar ingin tenangkan fikiran. Sukan ini dikatakan dapat menenangkan fikiran dan
menghilangkan tekanan Sebagai pelajar dan remaja, mereka dapat menghilangkan
tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah mahupun di asrama. Bersukan mampu
menghindarkan remaja dari tekanan di samping berupaya memberikan ketenangan fikiran
khususnya kepada remaja.
Faktor akhir sekali ialah pelajar dapat membina keyakinan diri apabila bersukan.
Keyakinan diri dibina apabila pelajar dapat menjadikan kemenangan dan kekalahan
sebagai motivasi dan pendorong untuk terus berjaya di masa hadapan. Oleh itu, pelajar
memperoleh pelbagai manfaat dan kebaikan daripada sukan bola sepak.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
25/30
950426-14-5549
25
6.3 Kesimpulan
Dapatan paling penting daripada persepsi pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di
SMKA Maahad Hamidiah tentang sukan bola sepak dapat mengeratkan perpaduan dalam
kalangan pelajar ialah permainan sukan bola sepak akan melahirkan semangat
bekerjasama antara pemain. Sememangnya sukan bola sepak dapat merapatkan lagi
persahabatan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana sukan ini dimainkan di
dalam kumpulan. Justeru, sepenuh kerjasama dan komitmen daripada setiap ahli
kumpulan amat penting.
Bagi faktor utama yang menarik minat pelajar untuk bermain bola sepak pula
ialah untuk mengekalkan kecergasan diri. Sebagai seorang pelajar, kesihatan tubuh badan
pelajar perlu dititik beratkan untuk menghindarkan diri daripada dijangkiti sebarang
penyakit. Seterusnya, pelajar ingin mengharumkan nama sekolah mereka. Dengan
memenangi mana-mana sukan yang dipertandingkan, sesebuah sekolah itu dapat dikenali
di pelbagai peringkat. Sekolah tersebut juga mungkin digeruni oleh sekolah lain kerana
kehebatan sekolah itu di dalam sukan yang dimenangi.
Kesimpulannya, pelbagai kebaikan dan juga manfaat dapat diperolehi dengan
menyertai sukan bola sepak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat hendaklah mengekalkan
sukan bola sepak ini. Semoga sukan ini tidak ditelan zaman disebabkan perubahan masa
dan generasi.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
26/30
950426-14-5549
26
RUJUKAN
Bharian.com (2013). Dasar 1M1S asah bakat sukan pelajar. Dicapai pada Februari 1,
2014, dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dasar1M1Sasahbakatsukanpelajar/Article/
Bharian.com (2012).Sukan kuasa paling kuat satukan rakyat. Dicapai pada Februari 1,
2014, dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012072106533620120721065336/Article/
Razali Haji Mohamed Yassin (2013). Sukanjadi medium perpaduan dan motivasi.
Dicapai pada Februari 2, 2014, dari
http://www.kbs.gov.my/index.php/component/content/article/2782-sukan-jadi-medium-
perpaduan-dan-motivasi
Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian. Sukan alat perpaduan di Malaysia dlm.
Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.
R. Kuberan et al, 2013. Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2,Petaling
Jaya: Penerbit Ilmu Fajar Bakti Sdn. Bhd.
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
27/30
950426-14-5549
27
LAMPIRAN
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
28/30
950426-14-5549
28
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
29/30
950426-14-5549
29
-
7/27/2019 PBS PAM 2014
30/30
950426-14-5549
top related