panduan menjawab karangan spm

Post on 24-Jun-2015

4.861 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

HASRAT CIKGU

Pelajar dapat mempertingkatkan karangan dan sistem bahasa agar lebih mantap dan gramatis.

Di sini saya ingin membantu pelajar untuk mempertingkatkan gaya pemikiran dan pengunaan bahasa para pelajar.Semoga ianya dimanfaatkan. Insyallah

10 TABIAT MEROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi-

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh

darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan

sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen

terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk

merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan

mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik

untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan

menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

PANDUAN MENJAWAB 

SOALAN KARANGAN

(BAHAGIAN B) 

HAYATI INI

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

APA ANDA DAPAT?

1. JENIS-JENIS KARANGAN2. PROSES MENGARANG3. KAEDAH DAN TEKNIK MENGARANG4. BAGAIMANA DAPAT ‘A’5. KELEMAHAN KARANGAN PELAJAR6. KESALAHAN LAZIM TATABAHASA7. FORMULA MENGARANG

JENIS KARANGAN TIDAK BERFORMAT Perbincangan/pendapat/

ulasan/komentar/fakta Deskriptif/cereka Peribahasa/cogan kata

JENIS KARANGAN BERFORMAT

Wawancara/dialog/temuramah Berita Rencana Ucapan/Syarahan/Ceramah/Pidato Surat kiriman biasa/rasmi Laporan aktiviti/minit mesyuarat Perbahasan

RENCANA

Rencana biasa dan rencana akhbar

Tulis tajuk di bahagian atas Tulis nama di bawah tajuk

LAPORAN

Ada beberapa jenis, tulis ikut kehendak soalan

Tajuk di tulis di bahagian atas dan tengah

Tulis butiran dan urutan peristiwa dgn lengkap

Tulis nama pelapor di akhir karangan

CERAMAH

Bukan bentuk pertandingan Ada tajuk khusus dan mesti huraikan Format lebih longgar berbanding

syarahan dan perbahasan Tujuan memberi penjelasan tertentu

kpd golongan tertentu Pendahuluan ada kata-kata aluan Penutup ada harapan dan terima

kasih

UCAPAN

Tidak berbentuk pertandingan Tujuan utk meraikan seseorg juga

sempena majlis rasmi Tiada tajuk khusus Pendahuluan ada kata-kata aluan Utk keraian seseorg isi mesti ada

jasa-jasanya Penutup ada doa dan harapan

SYARAHAN/PIDATO/PERBAHASAN Dua jenis – pertandingan dan bukan

pertandingan Pendahuluan syarahan bukan

pertandingan tiada kata alu-aluan utk hakim

Penutup menekankan perkara pokok yg diutarakan

WAWANCARA/DIALOG

Tulis ikut format Ada maklumat rujukan spt: tarikh, nama

pewawancara, nama diwawancara Ada tujuan khusus Nyatakan latar belakang isu dan org yg

diwawancara dlm pendahuluan Isi mengandungi cadangan kpd isu Penutup ada harapan org yg

diwawancara

PROSES MENGARANG

PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS

MENULIS DRAF KARANGANMEMURNIKAN DRAF

KARANGAN

KATA-KATA HIKMAT

Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap -Al-Ghazali Bayruni

Murid Rajin, Mencari Jalan, Murid Malas, Memberi Alasan.

PERSEDIAAN SEBELUM MENGARANG

MENGENAL PASTI TIP

TUJUAN

TIP MENJADIKAN KITA FOKUS

Guna soalan utk tentukan TIP Apakah tujuan atau mesej

yang ingin disampaikan? Tujuan menentukan bentuk

karangan.

JENIS-JENIS TUJUAN

Memberitahu,menghiburkan, menceritakan, mendesak, meyakinkan, membahaskan, melaporkan dan memberi amaran.

PEMBACA

Mesti kenal dan faham pembaca anda

Membantu cari dan susun isi, pemilihan kata dan bentuk ayat

Untuk memenuhi kehendak pembaca

SOALAN MENENTUKAN PEMBACA

1. Adakah pembaca anda lelaki atau perempuan?

2. Berapakah umur pembaca anda?

3. Apakah kegemaran pembaca anda?

4. Apakah yang telah diketahui oleh pembaca tentang tajuk?

SOALAN MENENTUKAN PEMBACA5. Apakah yang belum diketahui oleh pembaca tentang tajuk?

6. Apakah yang diharapkan oleh pembaca daripada tajuk penulisan anda?

7. Apakah yang dapat menarik perhatian pembaca anda?

APAKAH ISI ANDA?

Pilih tajuk yang anda faham dan sukai untuk hasilkan karangan berkesan.

Bentukan fokus dan kecilkan skop

Bentukan fokus

Cth: Tajuk : KEGIATAN KOKURIKULUM

Fokus : Pasukan Kadet Remaja

Skop Fokus : Kebaikan Kadet Remaja

DRAF/RANGKA KARANGAN

Guna sumbang saran kendiri :- Proses mencatatkan apa sahaja isi

yang terlintas di fikiran tanpa mengira urutan kepentingan, isi utama atau isi sokongan dan apa sahaja yang boleh menyekat aliran fikiran.

Dalam bahasa yang mudah, tulis sahaja apa yang terlintas di kepala anda

DRAF/RANGKA KARANGAN

Anda perlu selalu melatihkan diri dengan kaedah ini.

Setelah isi ditulis, barulah difikirkan susunannya mengikut urutan kepentingan, peristiwa dan pengelompokan isi-isi kecil menjadi isi utama yang jitu dan utuh.

Murnikan Draf Karangan Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :a) Pengenalanb) Isi-isi danc) Penutup

PENGENALAN / PENDAHULUAN

#Ringkas dan am sahaja, tiga atau empat ayat.

#Merupakan pembukaan karangan, mesti menarik dan meninggalkan kesan positif dan mendalam pada pemeriksa.

#Pastikan pembukaan karangan bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

PENDAHULUAN

Pendahuluan perlu ditulis mengikut jenis karangan.

Karangan berformat harus mengikut format yang betul seperti yang telah dipelajari.

Karangan jenis perbincangan dan seumpamanya memerlukan pendahuluan ditulis dalam 1 perenggan sahaja.

PENDAHULUAN

Ia harus menarik dan boleh menggambarkan kandungan keseluruhan karangan.

Jika perlu, pendahuluan yang berciri provokatif juga boleh digunakan asalkan tidak keterlaluan.

Jangan masukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

PENDAHULUAN

10 jenis pendahuluan :- A) pendahuluan jenis definisi B) pendahuluan jenis pendapat C) pendahuluan jenis suasana D) pendahuluan jenis persoalan E) pendahuluan jenis peribahasa

F) Pendahuluan jenis perangkaan G) Pendahuluan jenis wawancara H) Pendahuluan jenis sejarah I) Pendahuluan jenis analogi J) Pendahuluan jenis gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

memberikan takrif · makna · definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai

perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT menyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr.

Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya

yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan

kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih

peribahasa Melayu yang sesuai. Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan

sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.

RAHSIA KEJAYAAN: Usaha, Usaha dan Terus Berusaha

To Be The Best I Must Be " Crazy " " CRAZY TO BE THE BEST "

ISI

#Mengikut kehendak tajuk karangan itu. #5 isi. Isi yang lebih tidak mengapa

tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa.

#Isi disusun dan berkait di antara satu dengan lain ditulis dalam perenggan-perenggan

ISI

#Isi yang utama didahulukan. # Satu isi, satu perenggan kecuali jika

isi pendek-pendek dan berkait rapat. #Tiap-tiap perenggan tidak semesti

sama panjangnya#Mungkin sesuatu perenggan itu lebih

panjang daripada perenggan yang lain.

ISI

# Isi utama biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

#Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki

#Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat daripada karangan lain.

ISI#Untuk mendapat isi yang baik dan

banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

#Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama.

#Catatkan setiap isi sebelum menulis.

ISI

Untuk semua jenis karangan, jumlah isi minimum yang diterima ialah 3.

Walau bagaimanapun, disarankan anda menulis daripada 3 hingga 5 isi utama.

Setiap isi utama harus diikuti oleh isi sokongan, huraian dan contoh.

ISI

Isi sokongan mungkin 1 atau 2 mengikut kesesuaian tetapi tidak terlalu banyak.

Ia perlu ditulis dalam 1 perenggan atau beberapa perenggan kecil yang diikat oleh penanda wacana yang bersesuaian supaya kelihatan berkaitan.

Susun isi mengikut urutan peristiwa dan urutan kepentingan.

KAEDAH CARI ISI

KAEDAH PERTANYAAN

Apa ?Siapa ?Bila ?Mengapa ?Di mana ?Bagaimana ?

KAEDAH CARI ISI

KAEDAH KRONOLOGI Mementingkan rentetan waktu Memudahkan ingatan Cth: 8.00am – Pendaftaran 8.30am- Perasmian Majlis

KAEDAH CARI ISI

KAEDAH ARISTOTLE Sesuai utk pengembangan isi Menggunakan aras soalan tinggi Cth: Apakah definisi budi bahasa?

Apakah perbezaan budi bahasa dengan moral? Apakah keistimewaan seseorang yang berbudi bahasa?

KAEDAH CARI ISI

KAEDAH PETA MINDA Cth: Faedah Membaca

Faedah Cadangan Kesan DiKeMaNe DiKeMaNe

CARA SUSUN ISI

Susunan ikut kronologi masa

Susunan ikut urutan kepentingan

Susunan ikut urutan perbandingan

SUSUNAN KRONOLOGI MASA

Utk menceritakan atau memberitahu sesuatu pengalaman, proses membuat atau menjalankan sesuatu.

Susun ikut masa dan peristiwa Guna penanda wacana spt

mula-mula, pertama, kedua, sebelum, selepas, kemudian dsb

SUSUNAN IKUT KEPENTINGAN

Memperlihatkan kepentingan dan penekanan sesuatu isi

Susun isi penting, kedua penting dan seterusnya

Isi terpenting boleh ditulis di akhir perenggan.

Utk memberitahu dan meyakinkan

SUSUNAN URUTAN KEPENTINGAN Gunakan penanda wacana

seperti:yang paling penting, satu

sebab utama, sebab lain, pertama, kedua dan akhirnya utk memandu pembaca drpd satu idea kpd satu idea

SUSUNAN URUTAN PERBANDINGAN Digunakan utk membuat

banding beza tentang beberapa idea atau profil

Cth : Membandingkan ciri-ciri pelajar berdisiplin dengan pelajar tidak berdisiplin

Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kamu

masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama

kamu merasa masih dapat maju.

PENUTUP/KESIMPULAN

Kesimpulan juga harus mengikut jenis karangan.

Pastikan  ia ditulis dalam 1 perenggan sahaja dan tidak terlalu panjang.

Kesimpulan harus merupakan rumusan kepada isi karangan secara keseluruhan

PENUTUP/KESIMPULAN

Ia mungkin merupakan penegasan atau cadangan terhadap fokus soalan.

Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan.

Jika ingin memberikan pendapat, pastikan ia berbentuk umum tetapi menjurus kepada fokus soalan

PENUTUP/KESIMPULAN

#Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.

#Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

PENUTUP/KESIMPULAN

#Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk.

#Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung.

# Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

PERENGGAN

Jenis-jenis perenggan:

- perenggan deduktif - perenggan induktif - perenggan gabungan induktif dan

deduktif

PERENGGAN DEDUKTIF:

isi penting +huraian isi +contoh-contoh

PERENGGAN INDUKTIF :

huraian isi+ contoh-contoh +isi penting

PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF :

isi penting +huraian isi +contoh-contoh+ isi penting

TEKNIK MUDAH PERENGGAN

A ) STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

A1- IDEA UTAMAA2- HURAIAN IDEAA3-HURAIAN IDEAA4-DATA, CONTOH, STATISTIK,

PENDAPAT, PERIBAHASA, UNGKAPAN MENARIK

TEKNIK PERENGGANB) PENDAHULUAN

Mulakan pendahuluan dgn frasa menarik :

Akhir-akhir ini…Belakangan ini…Mayapada…Marcapada…Dalam mengejar era modenisasi…

TEKNIK PERENGGAN

C) MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

Mulakan ayat idea utama kata arah soalan :

Punca/cara/usaha/kepentingan yang perlu diperhalusi ialah….

TEKNIK PERENGGAN

D) MENULIS PENUTUP

Mulakan ayat dgn:Kesimpulannya,…Secara tuntas,….Sebagai akhir kalam,….Konklusinya,….dsbnya

TEKNIK PERENGGAN

KONSEP ASAS

Tema (T)= isu dlm soalanAyat Arah(AA) = menunjukkan

kehendak soalanAyat Huraian (AH)= menghurai

idea

TEKNIK PERENGGAN

Ayat Contoh (AC)= menyatakan contoh, dimulakan dgn:

sebagai contohnya…., menurut….

Guna pengetahuan sedia ada tanpa rujuk bahan

TEKNIK PERENGGAN

Ayat simpul (AS) = Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu

CTH KERANGKA KARANGAN

SOALAN: Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam penduduk dapat ditingkatkan.

PENDAHULUAN

Mayapada,…(tema)…………………………..(AH=Apa)…………………………………….(AH)Bagaimana/Mengapa/Siapa……………………….(AC)Menurut…………………..(AA) Oleh itu,…..(Arahan soalan)……..

………………………………………

PERENGGAN ISI

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dapat ditingkatkan ialah (isi 1)……………………………… (AH) Justeru,…………………………………

(AH) Hal ini demikian kerana ……………..

……………(AC) Sebagai contoh,………..

………(AS) Sekiranya,…………………..

KESIMPULAN

Sebagai akhir kalam,……………………

……(Harapan)…………………………………

…………(Pandangan)…………………………

……(Cadangan) ……………………………..

SKEMA PEMARKAHAN

Takrif                                                       (10)

Isi/Fikiran                                                 (25)

Bahasa                                                    (45)

Pengolahan/Penyampaian/Pemerengganan (20) JUMLAH                                                

(100)

PEMOTONGAN MARKAH

Kesalahan ejaan               maksimum (5)

Kesalahan format              maksimum (4)

DIMENSI SOALAN

DIRI

KELUARGA & MASYARAKAT

UNSUR SASTERANEGARA

ANTARABANGSA

TAJUK-TAJUK KARANGAN

Mengikut format baru 2004, terdapat 5 tajuk dikemukakan untuk pilihan.

Fokus tajuk ke-5 berkaitan dengan KOMSAS tetapi boleh ditanya dalam pelbagai jenis.

Semua tajuk itu meliputi perkara-perkara tertentu daripada soalan sosial, politik dan ekonomi.

TAJUK-TAJUK KARANGAN

Tajuk-tajuk tentang hal ehwal semasa terutamanya pada tahun lepas dan awal tahun ini perlu diberikan perhatian.

Tajuk-tajuk/isu-isu itu boleh dikemukakan dalam pelbagai jenis karangan sama ada yang berformat atau tidak.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenis perbincangan, fakta atau rencana banyak dikemukakan.

Mungkin jenis-jenis tersebut lebih mencabar ditulis berbanding dengan jenis surat contohnya.

Pilih tajuk yang jenisnya anda kuasai format atau pendekatan menulisnya. Peperiksaan bukan medan untuk anda mencuba jenis yang belum pernah dibuat.

Pilih tajuk yang dapat dikemukakan lebih daripada 5 isi utama.

Pilih tajuk yang berkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ingatan anda masih kuat.

INGAT Oleh sebab markah bahasa paling

tinggi, pastikan tajuk pilihan anda boleh anda karang dengan bahasa yang cemerlang:

Memuaskan dan lancar;  Tiada kesalahan tatabahasa;  Mengandungi pelbagai jenis ayat;  Kosa kata yang sangat luas dan tepat

penggunaannya; dan  Penggunaan tanda baca yang betul dan

tepat.

CARA BILANG PERKATAAN

Perkataan yang dikira sebagai satu Nama khas Perkataan berulang Penggunaan kata sendi di dan ke Tarikh Angka, sama ada nombor atau kata Gelaran

KEBODOHAN ialah Kerja Yang Sama berulang-

ulang kali tetapi Mengharapkan Hasil

Yang Berbeza

BAGAIMANA DAPAT “A”Baca semua soalan yang diberi

Þ Fahami arahan kehendak soalan.

Þ Kenal pasti format yang perlu digunakan.

Þ Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

Guna isi yang berlainan :

Þ susun isi secara berturutan

Þ letak isi mengikut perenggan

Þ memberi huraian yang tepat kepada isi.

Þ sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

Penggunaan perkataan yang pelbagai

Þ ada menggunakan perkataan yang terkini

Þ elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap

Þ penggunaan perkataan teknikal dengan tepat

Þ elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

Susun ayat dengan kemas

Þ elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek

Þ guna ayat yang pendek tetapi lengkap

Þ kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul

Þ gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan

Þ gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan

Þ dapat membezakan imbuhan an dan kan

Þ guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran /sisipan /apitan (sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )

Tulis mengikut ejaan yang betul

Þ elak mengikut sebutan dialek / daerah

Þ elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ?Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

KELEMAHAN KARANGAN

Kesalahan memilih tajuk:

• Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

Kekurangan isi:

• Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

Pembahagian perenggan:

• Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan !

Tidak merangka karangan

• Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru dan susunan isi tidak berturutan.

• Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

Kesalahan tatabahasa:

• Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’.

• Sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara “pada” dengan “di”, “dari” dengan “daripada”, “bila” dengan “apabila” dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

Kesuntukan masa

• Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.

• Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

Kelemahan lain

• Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.

• Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.

• Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )

Untuk Berjaya, Saya Bukan Saja Perlu Tahu Apa Yang Saya Mahu,

Saya Juga Mestilah Benar-Benar Mahu

Apa Yang Saya Mahu

CONTOH KESALAHAN TATABAHASAPenggunaan Perkataan Yang Berulang

Dalam Suatu Ayat.

Salah - Selepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.

Betul - ( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. )

Salah menggunakan perkataan‘dari’ dan ‘daripada’

Salah - Kain batik itu datang daripada Terengganu.

Betul - ( Kain batik itu datang dari Terengganu.)

Salah - Saya baru terima surat itu dari kakak.Betul - ( Saya baru terima surat itu daripada

kakak.)

Kesalahan kata ‘untuk’ , ‘supaya’ dan ‘selama’

Salah - Cikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur.Betul - ( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.)

Salah - Ahmad menjerit untuk meminta tolong.Betul - ( Ahmad menjerit meminta tolong.)

Kesalahan kata ‘untuk’ , ‘supaya’ dan ‘selama’

Salah - Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.

Betul - ( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.)

Salah - Aminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.

Betul - ( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.)

Kesalahan kata ‘untuk’ , ‘supaya’ dan ‘selama’

Salah - Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.

Betul - ( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.)

Salah - Kami akan tinggal untuk dua minggu.

Betul - ( Kami akan tinggal selama dua minggu.)

Kesalahan ‘adalah’ dan ‘ialah’

Salah - Adalah dengan hormatnya dimaklumkan …………

Betul - ( Dengan hormatnya dimaklumkan ………………. )

Salah - Tuduhan itu adalah fitnah belaka.

Betul - ( Tuduhan itu fitnah belaka.)

Kesalahan ‘adalah’ dan ‘ialah’

Salah - Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.

Betul - ( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.)

Kesalahan kata ‘bila’ dan ‘apabila’

Salah - Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.

Betul - ( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.)

Salah - Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

Betul - ( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.)ramai, banyak, semua dan para

Kesalahan kata ganda

Salah - Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.

Betul - ( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.)

Kesalahan kata ganda

Salah - Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.

Betul - ( Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.)

Salah - Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.

Betul - ( Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.)

Kesalahan kata ganda

Salah - Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang.

Betul - ( Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.)

Kesalahan kata ganda

Salah - Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.

Betul - ( Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.)

Kesalahan kata ‘yang’ dan ‘bahawa’

Salah - Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.

Betul - ( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.

Salah - Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.

Betul - ( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.)

Kesalahan kata ganti nama

Salah - Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.Betul - ( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. )

Salah - Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

Betul - ( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.)

kata ganti “dia” dan “ia”nota : kata ganti “dia” dan “ia” ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja.

Salah - Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.

Betul - ( Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Pokok itu dijaga dengan rapi oleh Sani.)

Kesalahan kata soal ‘apa’, ‘mana’ dan ‘bagaimana’

Salah - Baju apa yang kamu pakai ?Betul - ( Baju mana yang kamu pakai)

Salah - Mana katanya betul belaka.Betul - ( Apa katanya betul belaka.)

Salah - Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?Betul - ( Bagaimana pendapat tuan mengenai

soal itu ? )

Kesalahan penjodoh bilangan Salah - Ibunya seorang yang baik hati.Betul - ( Ibunya baik hati.)

Salah - Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.

Betul - ( Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.)

Kesalahan ‘di’ dan ‘pada’, ‘ke’ dan ‘kepada’Salah - Beri surat ini pada Hasrul.Betul - ( Beri surat ini kepada Hasrul.)

Salah - Di masa rehat saya ke kantin.Betul - ( Pada masa rehat saya ke

kantin.)

Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

Salah - Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.

Betul - ( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.)

Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

Salah - Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah.

Betul - ( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)

Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)Salah - Semua kuih di atas meja itu

telah dimakan oleh saya.Betul - ( Semua kuih di atas meja itu

telah saya makan.)

Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

Salah - Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah.

Betul - ( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)

Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

Salah - Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia

Betul - ( Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.)

Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

Salah - Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.

Betul - ( Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.)

KESALAHAN KATA SOAL

Salah :Apakah nama kamu ?Betul : ( Siapakah nama kamu ?)

Kesalahan Tanda baca Menggunakan tanda baca pada tempat

yang salah

Salah - Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , dram.

Betul - ( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan dram.)tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul

Kesalahan Tanda baca

Salah - Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu.

Betul - ( “Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak,” ,jerit polis kepada perompak itu.)

Kesalahan penggunaan huruf kecil dan besar

Salah - Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harianitu ?

Betul - ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harianitu ? )

Kesalahan penggunaan huruf kecil dan besar

Salah - Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.

Betul - Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.)

Kesalahan Imbuhan

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan “di” dan “ke”

Salah - Masukkan buku ini didalam beg.Betul - ( Masukkan buku ini ke dalam beg.)

Salah - Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.

Betul - ( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.)

Tidak dapat membezakan imbuhan “an dan “kan”

Salah - Masakkan ibu sungguh lazat.Betul - ( Masakan ibu sungguh lazat.)

Salah - Masukan buku ini ke dalam almari.

Betul - ( Masukkan buku ini ke dalam almari.)

KESALAHAN-KESALAHAN LAINSalah - Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.

Betul - ( Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.)

Salah - Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.

Betul - ( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.)

Jangan berada Ditahap Yang Sama

Sampai Bila-Bila, PERBAIKI DIRI

SENDIRI

Contoh Soalan Karangan

Kepincangan moral pelajar hari ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran yang terlalu menekankan kecemerlangan akademik. Bincangkan kenyataan ini.

Contoh Pendahuluan

(Isu dalam soalan) Umum dapat lihat kepincangan moral pelajar selalu dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kecemerlangan akademik. (Huraian/ Keterangan isu) Bermula dengan pendidikan pada peringkat rendah hinggalah peringkat tinggi, Malaysia semakin unggul dalam sistem pendidikan dan diiktiraf di luar negara.

(Penutup pendahuluan = Penanda wacana+ penegasan kehendak soalan)Namun dalam mengejar kemajuan akademik ini, ada sesuatu yang semakin kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak, iaitu masalah kepincangan moral pelajar hari ini.

Formula Pendahuluan

Isu + Keterangan isu + Penanda wacana + Kehendak Soalan + Penutup perenggan pendahuluan

Contoh Penulisan Isi 1

Pihak sekolah menekankan pencapaian cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM.

Perenggan lengkap (Peribahasa + Isi 1) Bak kata

pepatah ‘yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang’, maka tidak hairanlah pihak sekolah kini memang berusaha

meningkatkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam meliputi PMR, SPM dan STPM. (Huraian) Guru-guru berusaha untuk memastikan para pelajar dapat mengatasi kelemahan akademik masing-masing sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. (Contoh) Semasa mengajar, guru-guru lebih menekankan prestasi akademik berbanding pembentukan sahsiah mereka . (Kesan) Keinginan untuk melihat pencapaian akademik yang cemerlang menyebabkan guru tidak prihatin terhadap

kelakuan pelajar asalkan mereka mampu mengikuti pelajaran dengan baik. (Penutup perenggan isi 1) Secara tidak langsung menjadikan para pelajar semakin berani bertindak kurang ajar akibat kurang kawalan daripada pihak sekolah.

Formula Perenggan Isi

Penanda wacana + Isi + Huraian + Kesan + Contoh + Penanda wacana +Penutup perenggan isi

*Masukkan peribahasa dan ungkapan yang sesuai

*Formula isi/ skop perbincangan perlu kesatuan/ pertalian (gunakan penanda wacana)

Formula Penutup

Penanda wacana + Isu+ Tindakan (mesti di………)+ supaya/agar+ Kesan (apa berlaku selepas tindakan)+ Penutup perenggan+ peribahasa/ungkapan

Contoh Perenggan Kesimpulan/Penutup

(Penanda wacana) Justeru, (isu dalam soalan) fenomena kepincangan moral pelajar yang semakin parah ini (tindakan) mesti diberi perhatian yang sewajarnya kerana yang penting ialah kesedaran pelajar untuk menghormati guru-guru mereka dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk ibu bapa (agar/supaya) agar (kesan) tanggungjawab mendidik anak-anak tidak terserah sepenuhnya kepada guru

semata-mata . (Penanda wacana + penutup perenggan) Tegasnya, memandangkan tugas guru adalah memberikan pendidikan akademik dan sahsiah yang terbaik kepada pelajar-pelajar tetapi pada masa yang sama mereka tidak harus dibebankan dengan kerenah pelajar yang keterlaluan.

STRATEGI MENULIS Memilih tajuk atau soalan

- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.

- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.

- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai

- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )

Perhatikan contoh soalan di bawah ini:

Soalan 1Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

Soalan 2Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Komen : Tajuk karangan di atas adalah

sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan dua berformat.

TipAdalah lebih baik jika anda semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

Menyusun rangka karangan* Pilih mana-mana kaedah yang mudah

bagi anda mencari isi* Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.* susun isi mengikut urutan kepentingannya.* Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.* Isi penting jangan diulang-ulang

Menulis karangan

Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dahulu satu perenggan.

Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.

(Bahagian-bahagian karangan yang ideal )Perenggan PendahuluanPerenggan isi pertamaPerenggan isi keduaPerenggan isi ketigaPerenggan isi keempatPerenggan Penutup

* Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

Menyemak karangan * Setelah habis menulis karangan kamu

perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.

* baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

Perancangan MasaBahagian BBil Tugasan Masa

1. Membaca semua soalan 2 minit

2. Mencari kata kunci 2 minit

3. Menganalisis soalan 4 minit

4. Merangka karangan 17 minit

5. Menulis karangan 60 minit

6. Menyemak karangan 5 minit

Jumlah 90 minit

Perancangan MasaBahagian ABil Tugasan Masa

1. Membaca semua soalan 1 minit

2. Mencari kata kunci 1 minit

3. Menganalisis soalan 2 minit

4. Merangka karangan 8 minit

5. Menulis karangan 30 minit

6. Menyemak karangan 3 minit

Jumlah 45 minit

Merancang Penulisan Bahagian ABil Bahagian JumlahPerkataan

1. Pendahuluan 30-35 perkataan

2. Isi 1+Huraian+Contoh 50-60 perkataan

3. Isi 2+Huraian+Contoh 50-60 perkataan

4. Isi 3+Huraian +Contoh 30-35 perkataan

5. Penutup 30-35 perkataan

Merancang Penulisan Bahagian B

Bil Bahagian Jumlah Perkataan

1. Pendahuluan 50-60 perkataan

2. Isi 1+Huraian+Contoh 70-80 perkataan

3. Isi 2+Huraian+Contoh 70-80 perkataan

4. Isi 3+Huraian+Contoh 70-80 perkataan

5. Isi 4+Huraian+Contoh 70-80 perkataan

6 Isi 5+Huraian+Contoh 70-80 perkataan

7. Penutup 50-60 perkataan

Penggunaan Penanda Wacana Untuk menghubungkan ayat dengan

ayat Untuk menghubungkan perenggan

dengan perenggan Menjadikan ayat dan perenggan

berkesinambungan, gramatis dan bermakna

Contoh Penggunaan

Generasi muda hari ini merupakan aset negara. Namun generasi hari ini sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti lepak, rempit dan dadah. Sehubungan dengan itu kerajaan berusaha mencari pelbagai inisiatif menyelamatkan belia masa kini daripada ancaman gejala sosial yang semakin menular dalam masyarakat kita.

Pemarkahan

Aspek Bahagian A

(30 markah)

Bahagian B

(100 markah)

Takrif 3 markah 10 markah

Isi dan Kematangan Fikiran

7 markah 25 markah

Bahasa 14 markah 45 markah

Pengolahan 6 markah 20 markah

Kekemasan Tulisan

Mudah dibaca dan difahami Kesalahan dipadam atau digaris

tengah Tulisan yang sukar dibaca

menyukarkan pemeriksaan Baiki tulisan

TAHUKAH KAMU?

# 350 patah perkataan sahaja – lazimnya hanya dapat ‘C’. Tulis 500pp ke atas utk “A”

# Ungkapan menarik termasuklah peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat, simpulan bahasa, petikan maksud hadis, ayat-ayat Al – Qur’an, kata-kata ulama’, pemimpin, disiplin ilmu lain seperti geografi, ekonomi, pendidikan, falsafah dsb – pada setiap perenggan – membantu kecemerlangan karangan anda (asalkan sesuai dengan topik yang dibincangkan)

Orang yang gagal dalam hidupnya

ialahorang yang hidup

dan gagal belajar !!!

AMALAN PELAJAR CEMERLANG

Pelajar cemerlang SPM 2008 Azali Azlan 21A1

Amalan pelajar Cemerlang

1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula)

top related