pandangan tokoh pendidikan seni
Post on 13-Dec-2015
749 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Seni dalam pendidikan
PANDANGAN TOKOH BARAT MENGENAI PRINSIP SENI VISUAL DAN PERANANNYA TERHADAP SOSIOLOGI, PSIKOLOGI,
KEMASYARAKATAN DAN PERSEKITARAN
NAMA PELATIH : 1. MILSON MUSI 2. LEROY SIMON
3. EUGENE LOMINUS 4. WINNIE LORINA JAUSIN
5. PRISCILLA GUKIM
OPSYEN : PISMP BKD SEMESTER 3
PANDANGAN TOKOH
PENDIDIKAN SENI
PLATO ( 427 – 349 SM )
- Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. - Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepadakebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dankeindahan. - Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya danmeningkatkan perpaduan:: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.
ARISTOTLE
Aristotle (384-322SM)- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam, maka seni itu baik
Pestalozzi (1746-1827)- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan.- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang hayat, aktiviti bercorak praktikal.
Frank Cizek ( 1865-1946)- Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan .- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri.-Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.
John Dewey (1859 – 1952)- Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysunpengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)
Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat
Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek
psikologi yang melihat kepada perkembangan
kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan
dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu
melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan
guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti
dan sebagainya.
Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti
bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia
harus dipupuk melalui proses pembelajaran.
Selain daripada itu, beliau juga berpandangan
kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah
berbeza berdasarkan latar belakang dan
pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau,
kanak-kanak yang datang daripada keluarga
yang berpendapatan rendah mempunyai
kebolehan yang rendah berbanding dengan
kanak-kanak sebaliknya.
Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai
usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran
membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang
dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi
keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual
adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya
yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya,
kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan
kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai
peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada
sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.
PERANAN SENI DALAM SOSIOLOGI, PSIKOLOGI, KEMASYARAKATAN DAN
PERSEKITARAN
sosiologiAntara peranannya dari perspektif sosiologi adalah seperti berikut:
Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara ringkas.
Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu semata-mata untuk kepuasan diri.
Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.
Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata tempat.
Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.
Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi memupuk semangat mencintai alam
Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan kebudayaan yang mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan sesuatu kaum.
PSIKOLOGI Perkembangan sensitiviti,emosi,kreativiti,dan ekspresi yang berlaku dalam diri
individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti*memantapkan kepekaan,sensibility (kebolehan untuk merasa dan menghayati)
Emosi*memantapkan kepekaan,sensibility,mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta@ rasa takut
Kreativiti*keupayaan membuat dan merekacipta
Ekspresi*memantapkan pengucapan,curahan idea
KEMASYARAKATAN
Masyarakat dapat menikmati keindahan alam
Dapat menyatupadukan penduduk berbilang kaum
Mengeratkan silaturrahim
PERSEKITARAN
Persekitaran menjadi indah
Dapat menyegarkan fikiran
Menjadi daya tarikan pelancong
top related