p strategi kesantunan

Post on 25-May-2015

385 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Strategi kesantunan

TRANSCRIPT

STRATEGI KESANTUNAN

LISAN & PENULISAN

STRATEGI KESANTUNAN

Dalam percakapan seseorang perlu bersikap

santun dengan menggunakan kata-kata yang

sesuai dengan situasi.

Tujuan: Menjaga air muka seseorang.

Bahasa atau tindakan yang mengancam

kehormatan orang lain haruslah dihindari.

CONTOHAnda ingin menggunakan satu daripada

beberapa pen di atas meja guru anda. Apakah

yang akan anda tuturkan?

A. Saya nak guna pen.

B. Boleh tak saya guna pen tu?

C. Minta maaf kerana mengganggu, boleh tak

saya gunakan pen tersebut?

 

Pastinya anda akan memilih ungkapan

yang sesuai dengan mempertimbangkan

identiti orang yang bertutur dengan anda

dan bagaimana anda boleh menjaga

kehormatannya. Maka, strategi

kesantunan diaplikasikan.

 

STRATEGI KESANTUNANBROWN & LEVINSON

Membuat andaian bahawa setiap individu :

1. mempunyai air muka

2. menyedari bahawa individu yang lain juga

mempunyai air muka.

air muka terbahagi kepada dua:

1. air muka positif : keinginan individu untuk

merasakan bahawa dirinya atau air mukanya

dihargai

2. air muka negatif : keinginan individu untuk

merasakan hak, kebebasan dan kuasa

autonomi terhadap tindakannya.

4 STRATEGI KESANTUNAN

(LISAN & PENULISAN)BROWN & LEVINSON

1. Strategi Langsung Melakukan FTA (perilaku bahasa yang

mengancam air muka) untuk menyatakan

sesuatu dengan jelas.

Biasanya dalam bentuk perintah dan

digunakan antara pihak yang saling mengenal

dan rapat, seperti teman / anggota keluarga.

CONTOH 1: “Ambilkan benda tu.”

CONTOH 2: “Berikan satu pada saya.”

Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan

cepat dan efektif.

Biasanya digunakan antara teman akrab atau

anggota keluarga.

LISAN

CONTOH 3: “Siapkan kertas kerja hari ni.”

Sebab : Penutur memiliki kuasa yang lebih

tinggi daripada pendengar. Penutur tidak

mempedulikan apabila tidak mendapat

kerjasama daripada pendengar.

Biasanya digunakan oleh penutur yang lebih

berkuasa daripada pendengar.

LISAN

“Get out,” she said to me. “I want to talk with

Mother.” (“Keluar”, katanya padaku. “Aku ingin

bercakap dengan Ibu.”) ~~Memoirs of a Geisha

‘get out’ menunjukkan bahawa penutur tidak

mengurangkan FTA.

Tuturan ini dapat mengancam muka negatif lawan

tutur.

PENULISA

N

2. Strategi Kesantunan Negatif / Formal:

Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur

untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.

Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum

dikenali, antara atasan dengan bawahan dan

antara orang muda dengan orang yang lebih tua.

CONTOH: “Bolehkah kamu bukakan pintu tu?”

Penutur menyatakan permintaan dengan orang

yang tidak begitu rapat.

LISAN

“Kamu tidak mau mencuci piring-piring itu?”

“ Anda ambilkan garam itu untuk saya, ya?”

“Saya rasa meja ni harus dicat.”

Penuturan sebegitu seolah-olah tidak memberi

peluang kepada lawan tutur untuk menjawab

“tidak” dan jelas menunjukkan bahawa penutur

telah mengancam kebebasan lawan tutur untuk

membuat keputusan. LISAN

“As a favor to me, do try to calm down” (Demi

aku, cubalah tenang dulu) ~~Memoirs of a

Geisha

Penutur melakukan FTA dengan meminta

kesediaan lawan tutur untuk bertenang.

Tetapi, penutur juga berusaha agar tidak

memberikan ancaman terhadap air muka lawan

tutur melalui penawaran yang dilakukan.PEN

ULISAN

3. Strategi Kesantunan Positif /

Keakraban :

Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga

muka positif pendengar.

Biasa digunakan antara dua orang teman,

kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan

akrab.

CONTOH 1: “Buka pintu ye.”

Dengan bertutur sebegitu, seolah-olah penutur

juga mengambil bahagian dalam penyelesaian

pekerjaan “membuka pintu”

CONTOH 2: ”Padamkan tulisan tu, sayang.”

menggunakan panggilan untuk menunjukkan

keakraban

LISAN

“Just one moment, Doctor, if you please” (Silakan

tunggu sebentar, Doktor) ~~Memoirs of a Geisha

Penutur berusaha menciptakan interaksi yang baik

antara penutur dan lawan tutur

Penggunaan ‘Doctor, if you please’ membuatkan

lawan tutur lebih terlibat pada interaksi dan

mengurangkan ancaman muka positif terhadap

lawan tutur.

PENULIS

AN

4. Strategi tidak Langsung

Penutur melakukan FTA secara tidak

langsung dengan membiarkan lawan

tutur mentafsir tuturannya.

Digunakan terutama apabila ada

ancaman yang lebih serius terhadap air

muka lawan tutur.

CONTOH : “Saya tidak suka sangat bercakap

dengan kau.”

Pertuturan sebegini terus terang

menyampaikan pandangan penutur dan telah

mengancam air muka pendengar.

LISAN

“Can’t you see this room is too hot?” (Tak tahukah

ruangan ini panas?) ~~~ Memoirs Of A Geisha

Tuturan ini sebenarnya bermaksud “sila buka

kipas”. Petunjuk dilakukan dengan menyebutkan

sesuatu yang berkaitan dengan tindakan yang

diminta.

Tujuan: Penutur ingin mengurangkan FTA

PENULIS

AN

SEKIAN ,

TERIMA

KASIH

top related